Pemangkasan Daun Kelapa Sawit

Embed Size (px)

DESCRIPTION

usahawan sampingan tanaman kelapa sawit

Citation preview

PEMANGKASAN PELEPAH SAWIT TujuanUntuk mengekalkan kanopi yang sihat sepenuhnya dengan membuang pelepah lebihan. (tua, mati, rosak dan berpenyakit)

Untuk mengekalkan luas daun yang optimum dan memaksimakan pengekalan nutrient dan air kedalam bahan kering vegetatif dan penghasilan buah.

Kekerapan

Semasa menuai dan setahun sekali.

Peralatan

Pokok kelapa sawit muda (tinggi pokok kurang 4 meter)Pahat (4 5 inci lebar) disambung pada batang paip besi.

Batu pengasah.

Pokok tinggi melebihi 4 meterSabit penuai.

Batu pengasah.

Kaedah KerjaSebelum tuaian yang pertama hendaklah dilakukan basal pruning dan diikuti amalan curi buah selama 12 bulan.

Bilangan pelepah yang mencukupi perlu dikekalkan untuk menyediakan luas indek daun (LAI) yang mencukupi sepanjang hayat pokok kelapa sawit tersebut. Pemangkasan berlebihan dan kurang pemangkasan hedaklah dielakkan.

Pangkal pelepah hendaklah dipotong rapat bagi mengelakkan biji lerai terlekat.

Pokok mandul adalah tidak produktif, tetapi perlu dicantas juga untuk menjaga dan mengekalkan kebersihan lading sehinggalah ia diracun dan dibuang.

Penyusunan pelepah dikawasan rata perlu dibuat dengan kemas dilorong pelepah yang disediakan selang sebaris dengan lorong tuai.

Bagi kawasan bukit atau tanpa teres, susunan pelepah hendaklah dibuat melintang atau mengikut kontor teres.

Jangan biarkan laluan air tersekat dengan pelepah dan jangan bakar pelepah yang dipotong.


KeselamatanPekerja mencantas mestilah menjarakkan diri dari pokok dan memotong pada lingkaran pelepah bagi mengelakkan kecederaan dari pelepah yang jatuh.

Alihkan pangkal pelepah dan letakkan kawasan yang berduri kedalam ditengah lorong pelepah bagi meminimakan kecederaan kaki dan tapak kaki.

Bulatan yang bersih dan bebas dari rumpai akan menyediakan laluan yang selamat bagi pekerja mencantas pelepah.

Pahat, sabit, parang adalah alat yang tajam dan perlu digunakan dengan berhati-hati.
Kegagalan mengikut prosedur keselamatan boleh mengakibatkan kecederaan.

SCOUT HARVESTING (MENUAI PILIHAN) Menuai pilihan dilakukan untuk memotong buah tandan segar (BTS) yang telah masak sekurang-kurangnya 6 bulan selepas pusingan terakhir mengkasi jambak bunga. Tujuannya adalah untuk menuai BTS yang masak dan membuang tandan busuk dan berpenyakit. Cara Pelaksanaannya: Tuai hanya tandan yang telah mempunyai lebih daripada 5 biji relai yang telah gugur.

Dijalankan 2 hingga 3 pusingan sebulan

Meninggalkan antara 48 - 56 bilangan pelepah hijau

Pelepah yang menyentuh tanah sahaja yang dibuang. Bahan & Peralatan Yang Digunakan 1. Pahat tuai (5-7.5cm) 2. Kereta sorong/guni/bakul 3. Besi Loading/Gancu 4.Kapak/parang 5. Pengaut dan pungkis (mengaut biji relai)

Panduan Produktiviti 1 orang bagi kawasan 25 - 30 ha./m.day