18
Jumal Kinabalu VI(2000) 118-135 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI SABAH: Pengalaman Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Di Daerah Kudat. Paul Porodong· Pengenalan Penulisan ini akan meninjau isu-isu pembangunan dalam masyarakat pctani pindah di Daerah Kudat, Sabah. Isu-isu yang akan dibincangkan ialah latar belakang pembangunan, pelbagai alipek pembangunan ill-situ dan hala tuju pembangunan di kawasan kajian. TInjauan ini akhirnya akan menilai sejauhmanakah 'pembangunan' (khususnya dalam bidang pembangunan ekonomi) yang dikendalikan telah dapat meningkalkan tarafhidup para petani. Persoalannya ialah, sejauhmanakah usaha-usaha untuk membangunkan petani pindah telah dapat diterima oleh golongan sasaran dan mencapai matlamatnya? l\Iakna Membangun dan Pembangunan. Pembangunan telah menjadi satu fenomena global selcpas Pcrang Dunia Kedua (Bernstein, 1973). Sementara itu pula PBB tclah mewartakan era selepas perang tersebut sebagai dekad pembangunan (Balendier, 1972). Soalnya apakah itu pembangunan? Umum sering membuat tanggapan bahawa istilah 'pcmbangunan' adalah nama kedua bagi perubahan fizikal yang dirancang oleh manusia di persekitaran mereka Walaupun tanggapan ini mengandungi kebenaran tctapi harus juga diingat bahawa bukan semua perubahan menjurus kepada pembangunan. Perubahan mungkin boleh membawa kesan sebaliknya. Paul Porodong ialah Pensyarah Program Sosiologi dan Anlropologi Sosial. Sekolah Sains Sosial. Universili Malaysia Subah.

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Jumal Kinabalu VI(2000) 118-135

PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI SABAH: Pengalaman Koperasi Pembangunan Desa (KPD)

Di Daerah Kudat.

Paul Porodong·

Pengenalan

Penulisan ini akan meninjau isu-isu pembangunan dalam masyarakat pctani pindah di Daerah Kudat, Sabah. Isu-isu yang akan dibincangkan ialah latar belakang pembangunan, pelbagai alipek pembangunan ill-situ dan hala tuju pembangunan di kawasan kajian. TInjauan ini akhirnya akan menilai sejauhmanakah 'pembangunan' (khususnya dalam bidang pembangunan ekonomi) yang dikendalikan telah dapat meningkalkan tarafhidup para petani. Persoalannya ialah, sejauhmanakah usaha-usaha untuk membangunkan petani pindah telah dapat diterima oleh golongan sasaran dan mencapai matlamatnya?

l\Iakna Membangun dan Pembangunan.

Pembangunan telah menjadi satu fenomena global selcpas Pcrang Dunia Kedua (Bernstein, 1973). Sementara itu pula PBB tclah mewartakan era selepas perang tersebut sebagai dekad pembangunan (Balendier, 1972). Soalnya apakah itu pembangunan?

Umum sering membuat tanggapan bahawa istilah 'pcmbangunan' adalah nama kedua bagi perubahan fizikal yang dirancang oleh manusia di persekitaran mereka Walaupun tanggapan ini mengandungi kebenaran tctapi harus juga diingat bahawa bukan semua perubahan menjurus kepada pembangunan. Perubahan mungkin boleh membawa kesan sebaliknya.

• Paul Porodong ialah Pensyarah Program Sosiologi dan Anlropologi Sosial. Sekolah Sains Sosial. Universili Malaysia Subah.

Page 2: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pl'mbangunan Luar Bandar Di Sabah

Mcnurut Bernstein (1973: 13)~ pembangunan adalah

.... .. the emphasis on conscious action to effect large scale change ;n a desired direction, utilizing ;n a centralized or at least coordinated way the resources available to a given political UII;t".

Oleh kerana pembangunan memerlukan perancangan yang melibatkan semua bidang iaitu ekonomi, sosial dan politik, maka ini tentu sekali akan melibatkan ahli-ahli dalarn bidang tersebut Dengan itu kerap juga terdapat pengcrtian pembangunan yang sempit yang berkecenderungan menonjolkan pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan pembangunan politik. Dasar pengertian sedemikian sukar diterima secara rasional kerana ia menganggap pembangunan manusia boleh dicerai-beraikan kepada bahagian-bahagian tertentu yang boleh dibangunkan secara berasingan. Pemahaman ini sukardipertahankan kerana semua aspek pembangunan tersebut adalah berkaitan dan saling mempengaruhi antara satu sarna lain. Griffin dan Enos (1970:60) merumuskan bahawa untuk melaksanakan pembangunan, ketiga-tig.l aspek tersebut, iaitu ekonomi, sosial dan politik, haruslah saling terlibat antara satu sarna lain dan berlaku serentak.

PBB pula mendefmisikan pembangunan sebagai sesuatu yang bukan sahaja harus dilihat daripada segi pemenuhan kehendak-kchendak material tetapi juga dari segi pembaikan keadaan sosiaI manusia. Ringkasnya pembangunan haruslah bukan sahaja ditumpukan kepada pembangunan ekonomi tetapi juga pembangunan dalarn bidang sosiaI, kebudayaan dan institusi.

Istilah pembangunan juga dikaitkan dengan istilah seperti kemajuan (progress) dan pertumbuhan (growth). Perkaitan istilah ini diasaskan kepada idea bahawa pergerakan masyarakat adalah secara evolusi iaitu pergerakan kearah sesuatu yang semakin maju dan kompleks. Jadi pada pandangan umum, tiada bezat:lya di antara pembangunan dan kemajuan. Tetapi, apa yang membezakan di antara pembangunan dan kemajuan, mengikut teori evolusi klasik, iaIah bentuk pergerakan itu sendiri. Kemajuan dalam evolusi klasik bergerak secara bertahap-tahap, sehala dan berlaku dalamjangka mac;a panjang. Auguste Comte (1798-1857) misalnya melihat pergerakan bertahap itu akan dimulakan dengan tahap teologi iaitu peringkat masa manusia dikuasai oleh alam sekitamya melalui kepercayaan akan ~y~ kuasa supematural yan~ ~~nguasai kehidupan mereka. Tahap ini dilikLlb pula dengan tahap metaflZlk laltu tahap bilamana manusia mula menilai

119

Page 3: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Paul Porodong

persekitaran mereka dengan lebih objektif dan realistik dan akhir sekali tahap saintifik dan positif bilamana manusia mengambil peranan yang proaktif terhadap alam sekeliling. Morgan ·pula menghuraikan perkembangan kemajuan manusia dengan mendakwa kemajuan manusia akan bennuladari tahap 'savagery' diikuti oleh tahap 'barbarism' dan akhir sekali oleh tahap bertamadun.

Sebaliknya, berbeza daripada teori evolusi klasik, proses pergerakan pembangunan adaIah dirancang secara teratur, sengaja dan untuk mat1amat yang khusus. Tentu sekali ia tidak berkaitan dengan pergerakan tahap­tahap tertentu. Iajuga boleh mencapai matlarnatnya dalamjangka rnasa yang lebih pendek.

Galeski (1972: 273) rnenyarankan supaya istilah pembangunan, kemajuan dan perturnbuhan ini diganti dengan istilah "perubahan sosial". Menurut beliau, istilah-istilah sebelurn ini mempunyai unsur nilai dan emosi yang seolah-olah menegaskan bahawa sebarang pergerakan sosial itu semestinya mempunyai kesan positif. Pendapat Galeski ini wajar dinilai kerana, sarna ada kita menilai kemajuan ataupun pembangunan masyarakat, kita haruslah terlebih dahulu menilainya dengan mengambilkira ukuran-ukuran atau angkubah-angkubah tertentu. Jadi sementara kita bel urn pasti pergerakan sosial itu merupakan kemajuan ataupun pembangunan maka istilah perubahan sosial haruslah digunakan. Selain mempunyai konolasi nilai dan emosi, istilah pembangunan dan kemajuan juga membawa erti pertumbuhan daripada segi kuantiti dan sudah tentu ini bukanlah satu jaminan bagi berlakunya pertumbuhan dari aspek kualiti.

O\eh itu, di antara perturnbuhan, kemajuan dan pembangunan pengertiannya tentu sekali berbeza antara satu sarna lain. Sebuah negara mungkin mengalami pertumbuhan dalam bidang ekonomi atau sosial tetapi ia tidak semestinya pula mengalami kemajuan dan pembangunan. Justeru itu kita mungkin melihat dua proses yang berlainan tetapi berkaitan dan berturutan, iaitu pertumbuhan ekonomi diikuti oleh kemajuan dan pembangunan ekonomi. Dalam pertumbuhan ekonomi hanya wujud perubahan kuantiti tetapi kernajuan mahupun pembangunan ekonomi turul melibatkan perubahan kuantiti serta kualiti.

Menurut Seers (1970), istilah-istilah pertumbuhan ekonomi, pembangunan ekonomi dan pembangunan adalah berkaitan bpi harus dibezakan dengan meletakkan setiap satunya dalam sualu susunan tertenlu; perlumbuhan

120

Page 4: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

ekonomi sebagai proses di lahap pennulaan yang kemudiannya diikuti oleh pembangunan ekonomi dan akhir sekali oleh pembangunan. Menurut Seers lagi, indikator terpenting untuk mengenalpasti pembangunan ialah KNK dengan andaian semakin tinggi KNK maka semakin banyakJah hasil yang dapat diagihkan. Sekiranya pengagihan berlaku, ini akan menghasilkan pertumbuhan ekonomi. Dengan itu dapatlah negara mengatasi masalah­ma<;alah sosial serta politik yang utama iaitu kemiskinan, pengangguran dan ketaksamaan ekonomi untuk mencapai tahap membangun. Jika salah satu ma<;a}ah sosial yang diperkatakan ini meningkat, maka pembangunan sehenar bolch dianggap telah tidak herlaku.

Pembangunan hamslah bertunjangkan rnatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup majoriti rakyat dalam aspek sosial, politik dan ekonomi. Tujuan pembangunan haruslah bukan semata-mata untuk sesebuah negara itu menjadi kaya dari segi ekonomi atau meningkatkan KNK atau pendapatan perkapita. Walaupun pembangunan sering dikaitkan dengan pertumbuhan

. ekonomi tetapi perhubungan ini tidak man tap; malah terdapat juga kes sebaliknya yakni kepesatan pembangunan ckonomi telah menyebabkan pertambahan kadar pengangguran, peningkatan ketaksamaan sosial serta peningkatan kadar kemiskinan mutlak. (Bank Dunia, 1990)

Sungguhpun dcmikian, kebanyakan negara memang mengutamakan pembangunan ekonomi seperti penyediaan makanan, pakaian, perlindungan dan pekerjaan. Oleh kerana pembangunan dijalankan dalam konteks ini maka kcpcntingan agenda keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat, seperti pengurangan penderitaan, pergantungan, penindasan dan ketaksamaan jatuh ke taraf kedua.

Pembangunan juga dapat dijelaskan sebagai satu bentuk proses sosial, ekonomi dan politik. Dalam kes sedemikian itu sesebuah masyarakat yang terlibat dalam pembangunan akan dapat menikmati peningkatan tarafhidup rakyat secara menyeluruh (Cramb, eLat. 1988: I). Menurut Cramb lagi, pembangunan hams menampakkan keseimbangan, yakni ia harus membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Peningkatan kualiti hidup ini antara lain harus mencakupi perjuangan membebaskan individu dan masyarakat dari belenggu kemiskinan, perkembangan dalam bidang ekonomi, pembangunan individu melalui pengukuhan sistem sosial dan usaha mempertahankan kebe.basan dan autonomi individu. Sebarang pembangunan yang tidak menJurus kepada matlamat-matlamat ini haruslah dinilai semula agar

121

Page 5: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Paul Porodong

perubahan yang dihidangkan dapat dieanai supaya membawa pembangunan dalam ertikata yang sebenar.

Oleh itu tidaklah keterlaluan kalau kita menegaskan bahawa usaha melaksanakan program pembangunan bukanlah satu tugas mudah. Halangan utama yang perlu diberikan perhatian ialah faktor manusia itu sendiri.2

Kerencaman latar belakang manusia haruslah ditcrima sebagai satu hakikat Usaha-usaha membangunkan manusia harus bertitik to)ak dari sini. Kecenderungan untuk membuat genernlisasi haruslah dikurangkan ke tahap minima agar matlamat yang ingin diburu tidak dikaburi o)ch matlamat­matlamat yang mengabaikan kepentingan dan kerelevanan matlamat tempatan.

Pendekatan Pembangunan Luar Bandar di Sabah

Pembangunan ekonomi Sabah sebelum mencapai kemcrdekaan tidak memberikan penckanan kepada penduduk luar bandar (Zulkifli Hj. Mustafa. 1992). Pada peringkat ini tumpuan pembangunan di luar bandar kalau adapun hanyalah kepada pembangunan sumber ekonomi ncgeri melalui aktiviti perladangan dan penebangan balak. Kedua-dua aktiviti utama ini menjadi pemangkin pcmbangurtan infrastruktur sosiockonomi di luar bandar. Pembangunan luar bandar terutama sektor pertanian saradiri diabaikan. lni tidak menghairankan kerana Borneo Chartered Company hanya bcrminat 'membangunkan' kawasan yang mempunyai potcnsi kcuntungan ekonomi yang besar pada masa itu seperti perladangan tembakau di selatan Teluk Marudu. Pulau Banggi dan kawasan lain di Daerah Kudat (Appell. 1976: 6).

Kemerdekaan Sabah pada tahun 1963 (lantas sarna-sarna membentuk Malaysia pada 16 September 1963) kemudiaanya mula diisi dcngan wawasan pembangunan ekonomi. Sektor luar bandar menjadi tumpuan semata-mata kerana majoriti penduduk tinggal di luar bandar dan sektor bandar bo)eh dikatakan hampir tidak wujud pada masa itu. Sungguhpun begitu. apa sebenamya yang berlaku ialah. kerajaan negeri hanya meneruskan strategi ekonomi penjajah. Hasilnya pcnduduk asal Sabah seperti Bajau, Kadazan Dusun, Murut. Rungus, Brunei dan banyak lagi tidak menikmati kernerdekaan 'ekonomi' bumi sendiri atau masih dikekang pelbagai gejala kemiskinan.

122

Page 6: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Menjelang 1970 an. satu pendekatan yang penting dalam pembangunan luar bandar di Sabah ialah pembangunan in-situ. Melalui pendekatan ini. tumpuan diberikan kepada pembangunan fIzikal dan swnber manusia secara komprehensif mclalui subsidi dan bantuan berbentuk kewangan dan teknikal. perkhidmatan pengembangan serta nasihat dan usaha mempercekapkan pemasaran hasilluar bandar.

Pada amnya pembangunan in-situ luar bandar di Sabah. telah mengambiI contoh dari apa yang dilakukan di Semenanjung Malaysia iaitu usaha ditumpukan kepada memperbaiki kelemahan struktural dan institusi di luar bandar (Zulkifly Hj. Mustafa. 1992). Aspek ini termasuklah saiz ladang yang tidak ekonomik, kclcmahan tcknologi pengeluaran. kekurangan kredit. kemudahan pasaran yang tidak cekap dan ketiadaan hak milik tanah.

Pelaksanaan pembangunan in-situ Iuar bandar di Sabah telah dijalankan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. Antaranya Jabatan Pertanian. Koperasi Pembangunan Desa (KPD). Lembaga Tabung Getah Sabah (SRFB). Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (OOVSAI). Yayasan UsahaMaju.JabatanPerikanandan KO-NELAYAN. labatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA). Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengcnai pcngalaman agcn-agcn pembangunan luar bandardi Sabah. pengkaji akan menumpukan perbincangan seterusnya kepada pengalaman sebuah agensi. Agensi ini, KPD, adalah agen pembangunan yang boleh dianggap aktif di kawasan kajian berdasarkan kadar keterlibatannya dengan pembangunan ekonomi penduduk tempatan.

Koperasi Pembangunan DESA (KPD)

Pada 1976, KPD adalah sebuah badan koperasi. Pad a tahun 1977 ia telah dijadikan salah sebuah agensi Kerajaan Negeri Sabah yang bermatlamat untuk mengatasi masalah kemiskinan dan ketidakseimbangan ekonomi. khususnya di kalangan masyarakat luar bandar. Penubuhan KPD juga selaras dcngan matlamat Dasar Ekonomi Barn (DEB).

Menurut Enakmen KPD 1981, matlamat penubuhan KPD adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar di Sabah melalui

123

Page 7: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Paul Porodon,~

pembangunan bidang pertanian (KPO. 1994). Selaras dengan matlamat penubuhan KPO. strategi-strategi pelaksanaan turnt dirangka untuk mencapai rnatlamat-matlamat tersebut Enakmen KPD 1981 mcnggariskan strategi yang antaranya menekankan pembangunan in-situ serta pengembangan sektor pertanian luar bandar melalui kegiatan pemprosesan dan pemasaran melalui usaha sarna dengan KPO.

Sebelum 1981. pendekatan yang digunakan olch KPD terlalu menekankan aspek pembangunan produktiviti sedangkan pembangunan kemanusiaan kurang diberikan perhatian. Keadaan ini telah menyebabkan peserta projek mempunyai sindrom terlalu bergantung kepada bantuan KPO walaupun tempoh usahasama telah tamat. Akibatnya banyak ladang atau projek diabaikan begitu sahaja oleh peserta. Sepatutnya mereka harus mcneruskan projek tersebut. Menyedari kekurangan ini pihak KPD lelah merangka strategi pembangunan yang dikenali sebagai "Strategi Utama KPO". Strategi ini dijangka akan dapat melahirkan para peladang atau pcngusaha yang progresif dan berdikari dan seterusnya dapal membasrni masalah kerniskinan di luar bandar (KPO. 1993). Pendekatan pcmbangunan dalam strategi yang bam ini ialah:

(a) Pembangunan manusia Matlamat utama pendekatan ini ialah menanamkan semangat berdikari. Ini dilakukan dengan melahirkan pengusaha yang tcrlatih dan berpengalaman untuk membolehkan mcreka mcmajukan diri sendiri.

(b) PembangUlzan ekmzomi Matlamat pendekatan ini ialah untuk mcningkatkan kemahiran para peserta dalam pengurusan perusahaan secara komersial serta menekankan penggunaan sumber yang lebih produktif.

(c) Pembangunan dan pemelilzaraan alam sekitar. Pendekatan ini bertujuan untuk menyemai sikap bertanggungjawab di kalangan para peserta tentang pentingnya usaha rnengseimbangkan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.

(d) Kesihatan asas desa. Matlamat pendekatan ini iaIah untuk melahirkan kumpulan sasar yang sihat dan produktif.

124

Page 8: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Selaras dengan matlamat -matlamatnya, KPD telah melancarkan projek, skim perladangan, kemudahan pinjaman dan kemudahan latihan. Kegiatan­kegiatan ini adalah seperti berikut:

(a) Program latihan pertanian KPD-OISCA International. 3

Di bawah program ini belia dan beliawanis di kalangan kumpulan sasaran diberi peluang untuk mengikuti latihan asas pertanian. Program ini dikendalikan bersama oleh KPD dan OISeA· International yang berpusat di Tokyo, Jepun. Peserta yang cemerlang turut diberi pcluang melanjutkan pclajaran di Jepun untuk latihan lanjutan.

(b) Projek ladang demonstras;. Projek ini bertujuan rnewujudkan ladang contoh untuk menunjukkan kepada masyarakat umum khususnya golongan petani ten tang kaedah pertanian moden yang berorientasikan perdagangan. Ladang ini turut mendedahkan peserta kepada kaedah pengurnsan pertanian yang sesuai dengan kemampuan peserta.

(c) Perladangan secara kontrak. Program ini dilancarkan khusus untuk memberikan peluang kepada golongan miskin untuk turnt terlibat dalam kegiatan pembangunan ekonomi. Struktur program yang dijalankan alas dasar usahasama ini dapat dilihat dalam Jaduall.

(d) Projek pembangunan pertanian bersepadu. Di bawah program ini limajabatan dan agensi kerajaan negeri di bawah Kementerian Pertanian dan Perikanan (Sabah) telah berganding bahu untuk menyediakan pakej pembangunan. Jabatan dan agensi yang terlibat ialah KPD sendiri, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Jabatan Perikanan dan Jabatan Pengairan dan Sal iran. Objektifutama program ini ialah untuk meningkatkan produktiviti tanah tcrbiar melalui penglibatan salah satu atau lebih agensi dan jabatan terse but.

• (e) Projek Usalzamaju.

Projek ini merupakan sebuah program sosioekonomi Kerajaan Negeri Sabah yang dilaksanakan oleh KPD. Program ini menyediakan modal melalui kemudahan pinjaman tanpa faedah, cagaran dan penjamin dalam usaha menggalakkan penduduk luar

125

Page 9: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Paul Porodong

bandar menceburi bidang-bidang lain khw;usnya bidang pcmiagaan. Program ini dijangka akan dapat meningkalkan peronan wanita luar bandar melalui pembangunan ekonomi kcluarga.

laduall Konsep Perladangan Secara Kontrak

Tanah ~ Milik Pctani

Tcnagaburuh ~ Pctani dan ahli kcluarga

Pcngurusanladang ~ Pctani dan ahli kcluarga

ModaVPinjaman (input) ~ Disediakan oleh KPO

Latihanlnasihat teknikal ~ Oisediakan olch KPO

Pasaran ~ Dijamin olch KPO

Pengangkutan ~ Disediakan olch KPO

Pcmbayaran pinjaman ~ 5% daripada hasil jualan

Pcndapatan petani ~ HasH jualan

Simpanan (diwajibkan) ~ 5% daripada pendapatan petani

Sumber: KPD, Program·program pembangunan KPD, 1993.

Sebenarnya pemberian kredit hanyalah salah satu strategi yang digunakan oleh KPD untuk mencapai rnatlamat-rnatlamat organisasi. Bagaimanapun oleh kerana banyak aktiviti KPD yang mclibatkan pemberian kredit sarna ada secara langsung atau tidak langsung maka pendckatan ini dianggap mempunyai hubungan yang lebih rapat dcngan KPD berbanding dcngan agensi-agensi pembangunan yang lain.

Prestasi KPD pada umumnya boleh dilihat dalam empat aspek iaitu: pencapaian fizikal, pencapaian penyertaan atau penerimaan masyarakat. pencapaian ekonomi organisasi dan pencapaian dalam mcningkalkan pendapatan para peserta. Sesuai dengan tujuan kajian ini, tumpuan perbincangan akan dihalakan kepada pencapaian KPD dalam meningkalkan pendapatan peserta projek-projck yang dianjurkan oleh KPD.

126

Page 10: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pencapaian Peningkatan Pendapatan

Adalahjelas bahawa KPD mengalami perkembangan dari segi pencapaian fizikal, pencapaian ekonomi organisasi dan pertambahan dalam kadar bilangan peserta setiap tahun. Walaupun terdapat tanda yang menun jukkan bahawa pencapaian ekonomi organisasi adalah kurang mantap dari tahun ke tahun namun apa yang nyata ialah projek-projek KPD telah mampu menjana pendapatan pada tahap dan kadar yang berbeza-beza. Persoalan yang akan ditinjau berikutnya ialah sejauhmanakah pendapatan yang diperolehi daripada projek KPD telah dapat meningkatkan pendapatan peserta projek KPD 4?

Persoolan ini dapat diperincikan dengan mengambi1kira pengalaman pihak KPD dalam salah sebuah projek yang telah dijalankan iaitu kegiatan mentemak lebah madu di Daerah Kudat. Projek mentemak lebah madu ini merupakan satu projck KPD yangdianggap paling besardan terpenting di Daerah Kudat kerana ia melibatkan 490 peserta (60.6%) daripada seluruh peserta (809) projek KPD di daerah ini pada tahun 1992. Kesemua peserta projek lebah madu terdiri daripada kaum Rungus. Bagaimanapun tidak semua pcserta ini produktif dan bilangan yang mcnjual madu mereka kepada KPD adalah tidak tetap.

Jadual2 menunjukkanjumlah pendapatan bersih selurnh pentemak lebah madu di Daerah Kudat Pendapatan ini diperolehi selepas simpanan wajib (5%) dan hutang (5%) ditolak daripada hasil jualan.

Pada tahun 1992,jumlah pendapatan bersih pentemak ialah RM73,641.21. Bagaimanapun matlamat asal atau sasaran pada tahun tersebut ialah RM1l5,200.00 atau RM9,600.00 sebulan. Ini bermakna peratus pencapaian pendapatan pada 1992 ialah 63.9%. Walaupun pencapaian ini agak jauh Icbih rendah daripada matlarnat ac;al tetapi kejayaan ini sebenamya membanggakan memandangkan projek ini hanya barn dimulakan pada tahun 1991.

Pencapaian pendapatan bulanan adalah tidak tetap. Pencapaian pada bulan­bulan berikut meIebihi paras matlarnat asa! iaitu bulan Mac, RM 11 ,588.76 (120.7%); Julai, RM 13,972.30 (145.5% - merupakan yang tertinggi) dan Ogos, RMll,925.80 (124.2%). Pendapatan pada bulan-bulan lain bagaimanapun gagal memenuhi matlamat asa1. Hanya pada bulan Februari pendapatan agak menghampiri sedikit matlamat iaitu RM8238.78 (85.8%)

127

Page 11: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Paul Porodong

manakala pada bulan-bulan lain pencapaian adalah kurang daripada 57.6%. Pendapatan terendah diperolehi pada bulan Mei dan Oktobcr iaitu masing­masing RMI095.15 (l 1.4%) dan RM161O.80(l6.8%).

Purata pendapatan bulanan yang diterima oleh pentemak pacta tahun 1992 ialah RM24.85 sebulan. lni dikira mc1alui Kadar perkiraan berikut iaitu:

PPP = 1£ BP

PPP = Purata pendapatan pentemak JP = Jumlah pendapatan pad a tahun bcrkenaan BP = Bilangan pentemak PPP (1992) = RM73,641.21

2,964 = RM 24.85

Berdasarkan purnta pendapatan bulanan ini adalahjclas bahawa pendapatan pentemak adalah sangat rendah. Misalnyajika diambilkira pendapatan yang

. agak tinggi pada bulan Mac 1992, purata pendapatan mcrcka hanyalah RM63.67 yakni berdasarkan 182 pentcmak yang terlibat (yang menjual madu kepada KPD pada bulan Mac 1992 terscbut).

Pendapatan pada tahun 1993 sebenarnya dijangkakan meningkat berdasarkan prestasi yang agak baik pada tahun 1992. Bagaimanapun tindakan mcningkatkan matlamat asal sebanyak 400% tanpa mcngambilkira kemampuan dan pencapaian pada 1992 tclah menycbabkan pcratus pencapaian matlarnat semakin merosot. Pendapatan pacta tahun 1993 yang scbanyak RM 163,291.46 scbenarnya merupakan peningkatan pencapaian sebanyak 121.7% berbanding tahun sebelumnya. Bagaimanapun rnatlamat yang ditingkatkan ke RM48,OOO telah mcnyebabkan peratus pencapaian tahun 1993 hanya 25.9%. Pencapaian pada bulan Ogos mcrupakan yang tertinggi dcngan pcndapatan sebanyak RM40,386.63 (84.1 %). Pemtus pencapaian pendapatan pacta bulan-bulan lain adalah kurang daripada50%.

TIndakan segelintir pentemak yang mencampurkan madu dengan air gula telah disedari oleh KPD pada bulan Oktober 1993 apabila madu yang berada dalam simpanan KPD rosak. KPD telah mcngurangkan pembclian dengan serta merta menycbabkan pendapatan dan peratus pencapaian pada tiga bulan terakhir 1993 telah merosot dengan tcruk sekali.

128

Page 12: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Jadual2 Jumlah Pendapatan (Bersih)

Bulanan Projek Lebah Madu KPD Di Daerah Kudat Pada Januari 1992 Hingga April 1994

Bulan! Jumlah Pendapatan Matlamat Peratus TahuD Asal Pencapaian 1991 Januari 2585.10 9600.00 26.9 Februari 8238.78 9600.00 85.8 Mac 11588.76 9600.00 120.7 April 5528.15 9600.00 57.6 Mei 1095.15 9600.00 11.4 Jun 4921.15 9600.00 51.3 Julai 13972.30 9600.00 145.5 Ogos 11925.80 9600.00 124.2 September 3803.52 9600.00 39.6 Oktober 1610.80 9600.00 16.8 November 4937.80 9600.00 51.4 Disember 3433.60 9600.00 35.8 1993 Januari 10544.07 48000.00 21.9 Februari 7855.03 48000.00 16.4 Mac 18064.94 48000.00 37.6 April 18997.40 48000.00 39.6 Mei 13737.25 48000.00 28.6 Jun 8999.46 48000.00 18.7 Julai 23872.46 48000.00 49.7 Ogos 40386.63 48000.00 84.1 September 19011.01 48000.00 39.6 Oktober 1215.81 48000.00 2.7 November 431.60 48000.00 0.9 Disember 98.80 48000.00 0.2 1994 Januari 222.53 101760.00 0.2 Februari 19057.60 101760.00 18.7 Mac 98.80 101760.00 0.1 April 9301.96 101760.00 9.1

Sumber: Pejabat KPD, Daerah Kudat (Maklumat tidak diterbitkan)

129

Page 13: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Paul Porodong

Purata pendapatan bulanan pada tahun 1993 ialah RM33.52 iaitu peningkatan sebanyak 34.9% berbanding talmn scbclumnya Pcningkatan ini sudah tentu lebih baik sekiranya peristiwa pada tiga bulan terakhir 1993 tidak berlaku (rujuk Jadual2). Pacta tempoh tiga bulan tcrscbut pcndapatan setiap petani adalah pada kadar RM2.72, RMO.92 dan RM 1.3~ sebulan. Selain tiga bulan tersebut pendapatan bulanan tcrendah dicatatkan ialah pacta bulan Februari iaitu RM 19.25.

Peratus pencapaian pada empat bulan pcrtama 199~ scmakin mcrosot juga kerana KPD telah meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Peristiwa penghujung tahun 1993 menyebabkan KPD menghadkan pcmbclian hanya dan kumpulan atau sebilangan pentcrnak yang terpilih sahaja.llanya 7~ orang penternak yang telah menjual madu kepada KPD. Purata pcndapatan bulanan pacta empat bulan pcrtama 199~ ialah RM51.58 iaitu pcningkatan sebanyak 53.9% berbanding RM33.52 pada tahun 1993.

Walaupun terdapat potensi untuk mcningkatkan jurnlah pendapatan bulanan penternak melalui projek ini tetapi pad a mas a tersebut potensi dan sumbangan projek ini ternyata belurn berjaya menjadi satu sumbcr pendapatan yang rnembolehkan penduduk luar bandar mengatasi paras garis kemiskinan. Malah rnereka tidakpun bcrupaya mengharnpiri paras tersebul Berdasarkan angka dari bulan Januari 1992 hingga bulan April 199~. pendapatan bulanan para pcnternak kebanyakannya adalah kurang daripada RM50.00

Saranan

Jonias (1994195) dalam kajiannya mengenai projck mcntcrnak madu Icbah KPD telah mcnyarankan pcrkara bcrikut untuk meningkatkan produktiviti projek ini.

(i) Menggunakan hair mod en dan alat pengekstrak. Penggunaan haif moden. kom madu dan kom anak Icbah tidak bcrcampur boleh rnemudahkan penggunaan alat pcngckstrak iaitu alat yang digunakan untuk mengeluarkan madu tanpa merosakkan kom madu seperti yang terjadi dalam amalan tradisional. Cara ini mernpercepatkan pengcluaran madu kerana lebah tidak pcrlu mengambil masa yang lama untuk mcrnbina scmula kom madu atau komanak.

130

Page 14: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

(n) KPD hams meningkatkan harga belian madu Harga yang KPD tawarkan ialah RMS.OO sekilo. Harga pasaran pula ialah RM30.00 sekilo (Abu Bakar dan Abdul Malik, 1990: 140). MenurutJonias, walaupun petani mungkin tidak mengetahui perbezaan hatga ini tetapi KPD haruslah berusaha meningkatkan harga belian ke satu tahap yang lebih munasabah (Jonias, 19941 95: 155). Adalah menjadi tanggungjawab KPD untuk turnt memberi pertimbangan sosial yang sewajarnya (selain pertimbangan ekonomi) memandangkan tujuan utama KPD adalah untuk membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar.

Untuk menggalakkan para pentemak menghasilkan madu yang tulen dan bennutu, KPD juga harus memperkenalkan sistem harga berdasarkan mutu. Penggunaan peralatan seperti reJractometers untuk mengukur kandungan airdalam madu patut diperluaskan demi memberi amaran kepada pentemak bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab mereka boleh dikesan. Selain itu, sistem harga ini juga akan menggalakkan pentemak meningkatkan mutu prod uk mereka.

(m) Meneari potensi pasaran Pada masa itu KPD membeli madu secara kredit daripada pentemak. Bagaimanapun terdapat aduan bahawa KPD lambat atau sering menangguhkan pembayarnn yang sepatutnya dilakukan pad a setiap hujung bulan. Keadaan seperti ini menyebabkan pentemak kurang bersemangat mengeIjakan projek mereka KPD haruslah memperbaiki keadaan ini. Di samping itu, potensi pac;aran di dalam dan luar negeri haruslah diterokai dengan lebih agresif lagi untuk menjamin keluaran ini mempunyai masa depan yang lebih baik.

Kesimpulan

Sebagai sebuah organisasi yang komited terhadap usaha membangunkan masyarakat luar bandar di Sabah, usaha-usaha KPD harus diteruskan dan dipertiogkatkan lagi.

Pengalaman KPD dalam projek temakan madu lebah di kawasan kajian bolch memberikan gambarnn tentang isu-isu dan permasalahan yang dialami oleh pihak KPD sendiri sebagai agen perubahan serta para peserta yang terlibat dengan projek tersebut.

131

Page 15: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Paul Porodong

Dalam keadaan yang ideal, kedua-dua pihak ini sepatutnya tiM mcmpunyai masalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama. Ini kerana daripada banyak aspek. KPD sebenamya telah berperanan scbagai pcmbuka pcluang kepada para peserta untuk mcningkatkan kedudukan sosiockonomi mcreka. Tetapi peluang peserta untuk mengukuhkan kerjasama ini terjejas akibat adanya kejadian mencampurkan madu lcbah dcngan air (gula). Kejadian ini merupakan turning point kepada prestasi projek ini. Matlamat dan maksud tindakan pentemak yang tidak bertanggungjawab ini adalahjelas iaitu untuk mendapatkan kuantiti jualan yang lcbih tinggi. Scbaliknya maksud tersirat daripada kejadian ini harus mcnjadi iktibar kepada semua pihak. Ia harus dijadikan teladan yang berguna untuk mempa<;tikan rancangan­rancangan pembangunan yang lain dapat mengambilkira isu disebalik kejadian ini.

Perkara pokok yang perlu diselaraskan semula di sini ialah sa<;araJl matlamat KPD itu sendiri. Jib KPD melctakkan ukuran kejayaan projek-projekny~ kepada perkiraan keuntungan kewangan. maka ini bennakna KPO tcrpaksa mengurangkan komitmennya untuk membangunkan masyarakat luar bandar dengan lebih pesat. Sebaliknya,jika KPD meletakkan ukuran kejayaan kepada peningkatan kualiti kehidupan masyarakat tuar bandar maka KPO hams bersedia untuk mengorbankan sedikit kepcntingan ekonomi kapitaIis.

Apapun dalam merenungkan semula matlamat dan wawac;an KPO sebagai sebuah agen pembangunan. para pembuat dasar dan pelaksana dalam organisasi ini harnslah tidak memesongkan matlamat pembangunan itu kepada kemajuan atau pertumbuhan ekonomi semata-mata. Peningkatan kualiti kehidupan manusia harns dijadikan teras utama dalam peringkat perancangan dan pelaksanaan program-program KPO.

Nota

2

Walaupun hakikat ini diterima, tidak sukar untuk mencari rancangan­rancangan pembangunan yang rnengabaikan faktor ini sarna sekali. Sebagai contoh. menggunakan pendekatan pcmbangunan tanah (seperti kelapa sawit) untuk Orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia, tanpa adanya usaha untuk menyesuaikan rancangan pembangunan tersebut dengan keadaan tempatan. (Juli Edo.I995)

OlseA -International Organization!or Industrial, Spiritual alld Cultural Advancement telah dutubuhkan pada tahun 1961. Badan

132

Page 16: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

ini merupakan badan bukan kerajaan bertaraf antarabangsa yang pertama di Jepun. Usaha sumbangan badan ini difokuskan kepada isu pembangunan mapan dengan menghantar beribu-ribu sukarelawan yang dikhususkan untuk berkhidmat di negara-negara sedang membangun di seluruh Asia Pacific. Pegangan utama OISCA­International ialah, pembangunan yang baik haruslah memberikan penekanan kepada pertanian dan pembangunan sektor industri utama di luar bandar (rural-based primary industries). Walaupun OISCA­International bukan sebuah badan keagamaan, ia sangat menekankan komponen kerohanian untuk mengiringi pembangunan material. Semangat berkhidmat para sukarelawannya serta perhubungan rapatnya dengan masyarakat sasaran menjadi simbol cara kerja OISeA -International.

) Bukanlah tujuan artikel ini untuk melihat semua projek yang dijalankan oleh KPD. Walau bagaimanapun usaha KPD dalam perusahaan lebah madu yang di jalankan boleh memberikan gambaran tentang persoalan dan isu pembangunan yang dihadapi oleh KPD.

Saya perlu merakamkan penghargaan kepada Encik Jonias Sulindap (Sesi Akademik 1994/95 Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya) yang telah beljaya mendapatkan data-data ini dari pihak yang berkenaan untuk dimasukkan dalam latihan ilmiahnya yang bertajuk Koperasi Pembangunan Desa Dalam Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat Luar Bandar Di Sabah: Kajian Kes Pentemakan Lebah Madu Di Daerah Kudat Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Bibliografi

Abu Bakar Atim dan Abdul Malik (1990) Pentemakan Lebah Madu Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Appell, G.N. (1976) 'The Rungus Dusun and Other Dusunic Groups' in Insular Southeast Asia: Ethnographic Studies Connecticut: Human Relations Area Files Inc.

Appell,G.N. (1978) 'The RungusDusun' in Victor T. King (ed.) Essays on Borneo Societies Hull Monographs on Southeast Asia. No.7.,

133

Page 17: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Paul Porodong

Oxford: Oxford University Press for the University of Hull. pp. 143-241.

Appell. G.N. (1985) 'Land Tenure and Development Among the Rungus of Sabah, Malaysia' in G.N Appell (ed.) Moderniz.ntion and the Emergence of A Landless Peasantry: Essays on tile IlIIegrarion of Peripheries to Socio-economic Centers Williamsburg, Virginia: Dept of Anthorpology College ofWllliam and Mary.

Balcndcir. G. (1972) 'Development and Sociology' in International Social Science Journal Vol XXIV, No.1.

Bernstein. Henry (ed.) (1973) Underdevelopment and Development: The Third World Today USA: Penguin Book.

Cramb, R.A. (1988) 'The Commercialization oflban Agriculture' in R.A Cramb & R.H.W Reece (cds.) Development in Sarawak Centre of Southeast Asian Studies, Monash University, 105-134

Galeski, B. (1972) 'Conflict and Change as an Aspects of Development' in Sociology Ruralis Vol 12.

Griffin, K.B & Enos, I.L. (1970) Planning Development London: Adisson-Wesley

Institut Kajian Pembangunan (Sabah) IDS, (1989) Final Report: Rationalization of State Ministries, Department and Agencies Institute for Development Studies (Sabah) Vol. 1.

Jonias Sulindap (1994/95) Koperasi Pembangunan Desa Dalam Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat Luar Bandar Negeri Sabah: Kajian Kes Pelllemakan Lebah Madll Di Daeralr Kudat Latihan llmiah. Fakulti Ekonorni dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Juli Edo (1995) 'The Economic Activities of Orang AsH Living Periphery : A case study of Kampung Pengkalan Daun, Cenderung Balai, Peral:' . in Rokiah Talib & Tan Chee Beng (eds.) Dimension of Traditions and Development in Malaysia Petaling Iaya: Pelanduk Publication, 258 - 284.

134

Page 18: Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Pembangunan Luar Bandar Di Sabah

Koperasi Pembangunan Desa (KPD) (1989) Projek Usahamaju: Falsafah. Asas dan Syarat Pinjaman Khas Untuk Keluarga Berpendnpatan Rendnh di Luar Bandnr Kota Kinabalu : Jabatan eetak Kerajaan.

Koperasi Pembangunan Desa (KPD) (1990) Five Years Planning. 1991-1995 Kota Kinabalu: J abatan Cetak Kera jaan.

Koperasi Pembangunan Desa (KPD) (1993) Program-Program Pembangunan KPD Kota Kinabalu: Jabatan Cetak Kerajaan.

Koperasi Pembangunan Desa (KPD) (1994) KP D Briefing Points Kota Kinabalu: Jabatan Cetak Kerajaan.

Sabah State Govennent (1984) Profile Daerah dnn Kampung, Kudat Jilid 11. Pejabat Daerah Kudat

Seers ,D. (1970) 'The Meaning of Development' in Agricultural Development Council Inc., New York.

World Bank (1990) World Development Report New York: Oxford University Press.

Zulkifly Hj. Mustapha (1992) 'Pembangunan In-situ Luar Bandar Di Sabah' dalam Victor King dan Nazaruddin Mohd. Jali (penyelaras) Isu-isu Pembangunan Luar Bandar Di Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

OISCA-International http://www.oisca.org.htm

135