26

PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal
Page 2: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN

(MEKANISME)

AHMAD RIDWAN BIN MUHAMMAD

Laporan penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 3: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan :......................................................

Nama penyelia : DR. ROHANA BINTI HAMZAH

Tarikh :.......................................................

Page 4: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

iii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”.

Tandatangan :...............................................................

Nama Penulis : AHMAD RIDWAN BIN MUHAMMAD

Tarikh :................................................................

Page 5: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

iv

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Junjungan Dan

Pujian Atas Limpahan Dan Kurnian Allah S.W.T, Tuhan Seluruh Alam. Selawat Dan Salam Ke

Atas Junjugan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Buat insan yang teristimewa dalam hidupku, inginku abadikan penghargaan buat kalian.

Ibu dan Ayah tersayang

Muhammad bin Ibrahim & Haminah binti Abdul Rahman

Setiap iringan doamu menyerikan kejayaanku, tiap gerak langkahku akan kuingati segala

baktimu.

Isteriku yang tercinta

Shuhailah binti Ismail

Setiap kenangan dan kesabaranmu bersamaku menjadi sumber ilham dan kekuatan diriku dalam

mengharungi dugaan dan cabaran yang melintang.

Kekanda dan adinda yang dikasihi

Kenangan membesar bersama tidak akan ku lupakan, segala pengorbanan kalian mengerti

kerenah diriku akan ku hargai untuk selama-lamanya.

Buat Pensyarah-pensyarah yang disanjungi,

(Dr. Rohana binti Hamzah dan lain-lain)

Akanku manfaatkan segala ilmu yang kalian curahkan. Semoga Allah merahmati

perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk segalanya.

Buat Teman Seperjuangan yang diberkati,

(Adibah, Nursuraya, Muhamad Fikri, Mohamad Shahrizad, Muhammad Ikhwan,

Nor Mohd Khairul Ihsan, Wan Mohd Elyas, Noraqma Aqmal Serta Semua Warga

SPH)

Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan usia, suka duka telah diharungi bersama.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Page 6: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah

S.A.W. Segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memberiku

kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang

tidak terhingga kepada penyelia Projek Sarjana Muda iaitu, Dr. Rohana binti Hamzah.

Tiada kata seidah bahasa yang dapat saya ungkapkan dengan hanya ucapan terima kasih

yang dapat saya berikan. Banyak dugaan yang telah saya harungi selama saya dibawah

bimbingan beliau. Pengajaran dan ketegasan mendidik telah membuatkan saya lebih

matang dalam berfikir.

Memberi segala tunjuk ajar sehingga setiap helaian muka surat disemak dan

diperbetulkan dengan hanya menggunakan sebatang pen yang membuatkan helaian

tersebut penuh dengan ilmu yang berguna kepada saya. Ketegasan beliau dalam

membimbing saya ke arah pelajar berilmu membuatkan saya lebih bersemangat dalam

mengharungi segala kepayahan dan kesukaran bukan sahaja dalam menyiapkan Pojek

Sarjana Muda tetapi dalam pembelajaran bagi kursus-kursus laian. Segala pengorbanan

dalam mendidik saya akan semat di dalam hati dan sentiasa mendoakan agar beliau

mendapat keredhaan-Nya dengan apa yang dilakukan.

Tambahan lagi, tidak lupa juga teman seperjuangan dalam menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini iaitu Adibah yang tidak henti-henti mencari kesesuaian bahan dan

Nursuraya yang tidak jemu-jemu memilih rekabentuk yang sesuai untuk diaplikasikan.

Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bantuan dan kerjasama yang telah

diberikan. Semoga Allah memberkati kalian di dunia dan akhirat.

Page 7: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

vi

ABSTRAK

Pencemaran air merupakan salah satu penyumbang di dalam pencemaran pada

zaman pemodenan hari ini. Punca pencemaran air yang teruk adalah datang dari

pembuangan sisa pepejal dan cecair yang tidak bersistematik melalui longkang dan

saliran tanpa penyelenggaraan dan pengurusan dengan betul. Perangkap Sisa Makanan

adalah alat yang digunakan untuk menahan sisa pepejal dan menapis sisa cecair bagi

mengurangkan masalah pencemaran air. Namun, perangkap yang sedia ada tidak

diselenggara dengan sempurna dan terletak jauh dari punca aliran menyebabkan air sisa

buangan bertakung di dalam sistem perparitan sebelum memasuki perangkap. Oleh itu,

kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sistem mekanisme yang boleh diaplikasikan

dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji

adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal dan cecair, keberkesanan sistem

tapisan melalui kuantiti sisa pepejal tertahan serta kuantiti pengaliran air selepas ditapis

dan mekanisme sistem penyelenggaraan perangkap sisa makanan. Kajian kualitatif ini

menggunakan pemerhatian sebagai kaedah pengumpulan data. Data yang diperoleh

dipersembahkan dalam bentuk jadual. Lokasi kajian yang dilakukan adalah premis

menjual makanan dan minuman di Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia

(UTM), Skudai, Johor. Dapatan kajian mendapati sistem aliran tapisan yang sesuai bagi

Perangkap Sisa Makanan dan sistem perparitan adalah menggunakan tarikan daya

graviti. Disamping itu, Perangkap Sisa Makanan yang dihasilkan menunjukkan

keberkesanan yang baik dalam menjalankan kefungsiannya di mana perangkap sisa

pepejal boleh menampung sehingga 6 kilogram sisa pepejal pada setiap tujuh jam.

Sistem penyelenggaraan yang sesuai bagi Perangkap Sisa Makanan adalah

menggunakan kaedah manual dari tenaga manusia.

Page 8: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

vii

ABSTRACT

Water pollution is a contributor to the pollution of the modern era today. Severe

water pollution is coming from solid and liquid waste that goes through the drains and

drainage without proper maintenance and management. Food waste traps are devices

used to hold solid waste and filtered liquid waste to reduce water pollution. However,

existing traps are not properly maintained and located away from sources of water flow

causing stagnant waste in the drainage system before entering the trap. Therefore, this

study conducted to identify the mechanisms that can be applied in the production of food

waste trap prototype. The variables studied are the mechanisms of flow systems of solid

waste and liquid filtration, the effectiveness of screening by the quantity of solid waste

and the quantity retained after the filtered water flow and trap maintenance system

mechanisms of food waste. This qualitative study was using observation as a method of

data collection. The data obtained are presented in tables. The locations of study are

premises selling food and drinks at the Arcade Meranti, Universiti Teknologi Malaysia

(UTM), Skudai, Johor. The study found that a suitable filter flow system for food waste

trap and drainage system is to use gravitational attraction. In addition, food waste

generated traps showed effectiveness in carrying out the functionality of any solid waste

trap up to 6 kilograms every seven hours. The appropriate maintenance system for food

waste trap is to use manual methods.

Page 9: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Operasi 11

1.9 Kerangka Teori 12

1.10 Penutup 14

Page 10: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

ix

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Sumber-sumber Air Sisa 16

2.2.1 Air Sisa Domestik 16

2.2.2 Air Sisa Industri 18

2.3 Ciri-ciri Air Sisa 18

2.4 Air Sisa Restoran 20

2.4.1 Minyak dan Gris 20

2.5 Kaedah Pengurusan Air Sisa Restoran 22

2.5.1 Pengurusan Sisa Minyak dan Gris 22

2.5.1.1 Pengurusan Sisa Minyak dan Gris

Dari Pembuangan Persendirian 23

2.6 Kesan-Kesan Pencemaran Air 25

2.6.1 Kesan Fizikal 25

2.6.2 Kesan Biologi 26

2.6.2.1 Water-borne Diseases 26

2.6.2.2 Water-washed Diseases 27

2.6.2.3 Water-based Diseases 27

2.6.2.4 Insect Vector Diseases 28

2.6.3 Pengurangan Oksigen Terlarut (DO) 28

2.6.4 Pertambahan Peratus Permintaan Oksigen

Biokimia (BOD) 29

2.7 Perangkap Sisa Makanan 29

2.8 Aliran Air 30

2.9 Mekanisme Penyelenggaraan Perangkap 31

2.10 Kajian Sedia Ada Mengenai Rawatan Air Sisa

Restoran 33

2.10.1 Sistem Rawatan Air di L50, Universiti

Teknologi Malaysia (Perangkap Sampah) 33

Page 11: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

x

2.10.2 Perangkap Minyak BioGT 36

2.11 Penutup 38

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 39

3.2 Kaedah Kajian 39

3.3 Rekabentuk Kajian 40

3.4 Lokasi Kajian 40

3.5 Populasi dan Persampelan Kajian 41

3.6 Instrumen Kajian 42

3.7 Prosedur Kajian 44

3.8 Penerangan Carta Alir 45

3.8.1 Pengumpulan Maklumat dan Data 45

3.8.1.1 Pemerhatian 45

3.8.1.2 Analisis Keperluan 45

3.8.1.3 Pejabat Harta Bina 46

3.8.2 Analisis Masalah 46

3.8.3 Pemilihan Idea 46

3.8.4 Pembangunan Prototaip 47

3.8.4.1 Lakaran Projek 47

3.8.4.2 Perancangan Pembinaan Prototaip 47

3.8.4.3 Pembinaan Prototaip 47

3.8.4.4 Pengujian Prototaip 48

3.8.5 Penambahbaikan Prototaip 54

3.8.6 Pengumpulan Data 54

3.8.6.1 Pemerhatian 54

3.8.7 Analisis Data Kajian 54

3.8.7.1 Pemerhatian 54

3.9 Penutup 55

Page 12: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

xi

BAB 4 PEMBANGUNAN PROTOTAIP

4.1 Pendahuluan 57

4.2 Proses Pembangunan Perangkap Sisa Makanan 57

4.2.1 Proses Pembangunan Perangkap Sisa Pepejal 58

4.2.2 Proses Pembangunan Perangkap Sisa Cecair

(Bekas Penapisan) 65

4.2.3 Proses Pembangunan Perumah 71

4.3 Pengiraan Kos 78

4.3.1 Kos Bahan 78

4.3.2 Kos Komoditi 78

4.3.3 Kos Sampingan 78

4.4 Perangkap Sisa Makanan 79

4.5 Penutup 82

BAB 5 ANALISIS KAJIAN

5.1 Pendahuluan 83

5.2 Need Analysis Test 83

5.3 Dapatan Mekanisme Sistem Aliran Tapisan Sisa

Pepejal dan Cecair Pada Perangkap Sisa Makanan 88

5.3.1 Pemasangan Perangkap Sisa Makanan Pada

Sistem Perparitan Kafeteria Arked Meranti 88

5.3.2 Sistem Aliran Tapisan Sisa Pepejal dan Cecair

Pada Perangkap Sisa Makanan 90

5.4 Dapatan Keberkesanan Sistem Tapisan Perangkap

Sisa Makanan 92

5.4.1 Kuantiti Sisa Pepejal Tertahan 92

5.4.2 Kuantiti Pengaliran Air Selepas Ditapis 94

Page 13: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

xii

5.5 Dapatan Mekanisme Sistem Penyelenggaraan

Perangkap Sisa Makanan 95

5.6 Penutup 98

BAB 6 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

6.1 Pendahuluan 99

6.2 Rumusan 99

6.3 Perbincangan 102

6.3.1 Masalah Membangunkan Perangkap Sisa

Makanan 102

6.3.2 Kelebihan dan Kekurangan Perangkap Sisa

Makanan 103

6.4 Cadangan 104

6.5 Kesimpulan 105

BIBLIOGRAFI 106

LAMPIRAN A-D 109

Page 14: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Anggaran Aliran Air Sisa Bagi Pelbagai

Jenis Bangunan Dan Perkhidmatan 17

2.2 Ciri-Ciri Fizikal, Kimia Dan Biologi Bagi

Air Sisa, Punca Serta Kesannya 19

3.1 Senarai Premis Menjual Makanan Dan

Minuman Di Arked Meranti 41

3.2 Senarai Peralatan Untuk Pengujian Prototaip 49

3.3 Senarai Bahan Untuk Pengujian Prototaip 49

4.1 Senarai Kos Bahan 78

4.2 Senarai Kos Komoditi 78

4.3 Senarai Kos Sampingan 78

5.1 Kuantiti Sisa Pepejal Tertahan 92

5.2 Kuantiti Air Dalam Seminit 94

Page 15: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Ruang Perangkap Sisa Pepejal 5

1.2 Keadaan Longkang Tercemar (Berminyak) 6

1.3 Susun Atur Perangkap Sisa Pepejal 6

1.4 Keadaan Perangkap Sisa Pepejal 7

1.5 Kerangka Teori Penghasilan Perangkap

Sisa Makanan 12

2.1 Pengumpulan Minyak Dan Gris Di Atas

Permukaan Tangki Septik 21

2.2 Perangkap Minyak Dan Gris (Gambar

Skematik Luar Sampel) 24

2.3 Pelan Sistem Rawatan Air Di L 50 34

2.4 Saiz Perangkap Sampah Di L 50 34

2.5 Sistem Rawatan Air Di L 50 35

2.6 Perangkap Sampah Di L 50 35

2.7 Perangkap Minyak BioGT Bahagian Luar 36

2.8 Perangkap Minyak BioGT Bahagian Dalam 37

2.9 Paparan 3D Perangkap Minyak BioGT 37

2.10 Sistem Aliran Perangkap Minyak BioGT 38

2.11 BioGT Dispersant 38

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 44

3.2 Carta Alir Proses Pengujian Prototaip 48

3.3 Bekas Penapisan Pertama (Arang Kayu) 50

3.4 Bekas Penapisan Kedua (Agregat) 50

Page 16: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

xv

3.5 Bekas Penapisan Pertama Dimasukkan

Ke Dalam Perumah 51

3.6 Bekas Penapisan Kedua Dimasukkan

Ke Dalam Perumah 51

3.7 Perumah Yang Telah Dipasang Ke Dalam

Longkang 52

3.8 Perangkap Sisa Makanan Yang Telah

Lengkap Dipasang 52

3.9 Sisa Makanan Dikumpulkan 53

3.9 Sampel Air Yang Belum Dilabel 53

4.1 - 4.14 Proses Pembangunan Perangkap Sisa Pepejal 58 - 64

4.15 - 4.28 Proses Pembangunan Perangkap Sisa Cecair

(Bekas Penapis) 65 - 71

4.29 - 4.43 Proses Pembangunan Perumah 71 - 77

4.44 Hasil Kerja Perangkap Sisa Makanan 79

4.45 Ceraian Bahagian Aras Perangkap Sisa Makanan 79

4.46 Susunan Bahagian Aras Ketiga Pada Perumah 80

4.47 Susunan Bahagian Aras Kedua Pada Perumah 80

4.48 Susunan Bahagian Aras Pertama Pada Perumah 81

4.49 Susunan Aras Perangkap Sisa Makanan (Isometri) 81

5.1 - 5.7 Need Analysis Test 84 - 87

5.8 Kedudukan Perangkap Sisa Makanan Pada

Sistem Perparitan Kafeteria Arked Meranti 88

5.9 Cabang-T Diantara Longkang Kecil Dan Longkang

Besar 89

5.10 Perangkap Sisa Makanan Pada Cabang-T

Longkang 89

5.11 Mekanisme Sistem Aliran Tapisan Sisa Pepejal

Dan Cecair Pada Perangkap Sisa Makanan 90

5.12 Aliran Tapisan Air Sisa Pepejal Dan Cecair Pada

Longkang Melalui Perangkap Sisa Makanan 91

Page 17: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

xvi

5.13 Carta Alir Sistem Penyelenggaraan Perangkap

Sisa Makanan 96

5.14 Pemegang Atau „Handle‟ Pada Perangkap Sisa

Cecair 97

5.15 Pemegang Atau „Handle‟ Pada Perangkap Sisa

Pepejal 97

Page 18: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

telah mencetuskan pelbagai situasi. Pembangunan pesat sektor ekonomi dan

perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang

selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu,

disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan

yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat iaitu masalah pencemaran.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu

perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan

mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. Pencemaran mengikut

definisi bermaksud: “merosakkan, tidak bersih atau kotor”. Definisi ini juga perlu

dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaran apabila sesuatu yang

mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur-unsur yang

bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikap manusia yang

tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunya perubahan dan

kerosakan dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam Al Quran yang mulia:

Page 19: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

2

"Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di

laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah

hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu

supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"

(Surah Al-Rum : 41)

Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera

menurut amaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia :

Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah

memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan

diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat

dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

(AI A'raaf: 56)

Pencemaran air juga merupakan salah satu penyumbang di dalam pencemaran

pada zaman pemodenan hari ini. Menurut Jasiman Ahmad (1996), pencemaran air boleh

berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Merujuk kepada Akta Kualiti Alam

Sekeliling 1974, pencemaran air ditakrifkan sebagai sebarang perubahan langsung atau

tidak langsung dari segi kandungan, keadaan dan warna air sehingga menjejaskan kualiti

dan memberi kesan apabila digunakan. Punca pencemaran air yang teruk adalah datang

dari pembuangan sisa pepejal dan cecair yang tidak bersistematik oleh pihak industri,

penternak serta pemilik premis perniagaan berasakan makanan (Haliza, 2007). Beberapa

pihak yang tidak bertanggungjawab ini bertindak mengalirkan air kumbahan yang

mengandungi sisa cecair dan pepejal melalui longkang dan saliran tanpa

penyelenggaraan dan pengurusan dengan betul. Seterusnya, air yang tidak dirawat ini

Page 20: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

3

akan terus mengalir kedalam sungai dan laut yang akan menyebabkan kehidupan akuatik

dan sumber pendapatan nelayan terjejas.

Dengan berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi dalam usaha

untuk memastikan negara mampu berdaya saing, pencemaran adalah suatu elemen

penting yang perlu diberi perhatian. Menurut Zaini Ujang 2009, inovasi merujuk kepada

cetusan idea kreatif diterjemahkan secara konkrit dan operasional yang meningkatkan

nilai sesuatu maklumat, ilmu, tindakan, perkhidmatan, produk rekacipta, penyampaian

dan pengurusan. Sejajar dengan itu, seberapa banyak produk berinovasi perlu

dibangunkan untuk mengatasi masalah pencemaran yang kian menular dalam kehidupan

seharian. Manakala menurut Abdul Jawwad (2004), inovasi adalah aktiviti tertentu yang

diusahakan atau dilakukan oleh manusia dengan menggunakan pemikiran dan

kemampuan akal serta fizikal dalam menghasilkan suatu penemuan yang baru, yang

berkaitan dengan persekitarannya dan memberikan manfaat dalam kehidupan sosial.

1.2 Latar Belakang Masalah

Melihat kepada keadaan longkang di Malaysia pada hari ini amat menyedihkan

terutamanya premis perniagaan berasaskan makanan. Sebenarnya, warna dan bau air

dapat memberitahu kita apa yang sedang berlaku terhadapnya. Misalnya seperti air

berwarna hijau mengambarkan terdapatnya tumbuhan kecil yang dinamakan rumpair

yang tumbuh di dalamnya. Manakala air berlumpur menunjukkan terdapat kandungan

kelodakan atau mendapan yang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas. Air yang

mempunyai lapisan berkilau pula memberi gambaran bahawa berlaku tumpahan minyak

di permukaan air tersebut. Selain itu, kita juga dapat melihat kadangkala air itu berbuih

dan ini menunjukkan kemungkinan sabun dari rumah atau kilang yang mengalir ke

dalamnya. Hijau pekat, kotor, busuk dan pelbagai istilah negatif yang sering

Page 21: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

4

diungkapkan oleh masyarakat hari ini terhadap tahap kebersihan longkang (Radzee,

2007).

Terdapat satu kes di Kota Tinggi, Johor dimana sebanyak 156 premis makanan

diarah tutup serta merta oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Tinggi (JKDKT) dalam

Operasi Premis Makanan yang bermula Januari 2010 sehingga Mei 2010 lalu. Diantara

kesalahan yang dilakukan oleh premis tersebut ialah tidak memasang perangkap minyak

dengan sempurna pada sistem buangan (Farik, 2010). Berpandukan kepada Akta

Kerajaan Tempatan, premis perniagaan yang terlibat dengan aktiviti pembuangan sisa

pepejal atau cecair dikehendaki membina atau memasang perangkap sebelum air

dilepaskan ke dalam saluran paip pembentungan bawah tanah (Hasmiza, 2009). Dengan

cara ini, sekurang-kurangnya lebih separuh daripada kandungan sisa minyak akan

terperangkap pada perangkap minyak.

Arked Meranti merupakan salah sebuah tempat makan atau kafeteria yang utama

di Universiti Teknologi Malaysia. Arked Meranti yang terletak berhampiran dengan

Kolej Tun Fatimah, Kolej Rahman Putra dan Center Point. Saban hari Arked tersebut

dikunjungi oleh ratusan pelajar untuk menjamu selera. Oleh yang demikian, Arked

tersebut menjana sisa pepejal cecair yang banyak setiap hari. Pertambahan bilangan

pelajar yang semakin meningkat serta peluang pelajaran yang pelbagai menyebabkan

semakin banyak premis perniagaan seperti restoran-restoran di buka dan tambahan pula

Arked ini beroperasi dari pagi hingga malam. Masalah pembuangan sisa yang tidak

terkawal dikhuatiri akan menyebabkan masalah pencemaran yang lebih serius berlaku.

Umumnya, pemerhatian awal penyelidik mendapati pekerja restoran melakukan

aktiviti membasuh peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan dan gelas atau

membersihkan makanan sebelum memasak. Tetapi timbul masalah disini kerana sisa

makanan yang berlebihan akan dicurahkan baik kedalam sinki mahupun terus ke

longkang. Lazimnya sisa buangan dari restoran di salirkan secara terus ke dalam saliran

utama tanpa di rawat terlebih dahulu. Walaupun terdapat sebuah perangkap sisa pepejal

sebelum memasuki pembentung, namun ia tidak di selenggarakan dengan sempurna.

Tambahan pula, kedudukan antara perangkap pada longkang ke saluran pembentung

Page 22: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

5

dengan longkang premis adalah jauh dan ini boleh menyebabkan air sisa buangan

bertakung. Dalam pada itu terdapat juga sisa makanan dan minyak yang terkumpul tanpa

dibersihkan dari perangkap. Sisa buangan seperti minyak dan gris serta lebihan makanan

yang di alirkan terus ke sistem saliran akan menyebabkan masalah pencemaran seperti

pencemaran air dan bau busuk. Menurut Hasmiza (2009), sistem perangkap gris

mestilah ada pada setiap kafe dan sistem yang dihasilkan hendaklah dapat mengatasi

masalah pencemaran dan mempunyai penyelenggaraan yang baik.

Rajah 1.1: Ruang perangkap sisa pepejal

Page 23: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

6

Rajah 1.2: Keadaan longkang tercemar (berminyak)

Rajah 1.3: Susun atur perangkap sisa pepejal

Page 24: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

7

Rajah 1.4: Keadaan perangkap sisa pepejal

Oleh itu, terdapat satu keperluan untuk menghasilkan sebuah perangkap yang

boleh memerangkap sisa makanan dan minyak bagi menjamin kebersihan alam sekitar

di UTM dan juga di Malaysia.

1.3 Pernyataan Masalah

Kebanyakan perangkap yang sedia ada tidak mampu untuk memerangkap sisa

buangan pepejal dan cecair pada masa yang sama. Oleh yang demikian, kajian ini

bertujuan untuk mengkaji keupayaan mekanisme pergerakan sisa buangan pepejal dan

cecair ke longkang dengan mengoptimumkan keberkesanan terhadap perangkap sisa

pepejal dan cecair. Untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan betul, faktor

anggaran beban atau isipadu yang boleh ditampung oleh perangkap ini turut diuji. Selain

itu, arah gerakan aliran air juga tidak diabaikan. Penyelidik mengkaji gerakan aliran ini

berlandaskan alam semulajadi supaya ianya berfungsi dengan lebih optimum. Bagi

melengkapkan lagi kajian ini, penyelidik turut mengkaji sistem penyelenggaraan

Page 25: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

8

perangkap sisa buangan pepejal dan cecair agar dapat diselenggara dengan lebih mudah

dan efisien.

1.4 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini ialah untuk mengenal pasti mekanisme pergerakan sisa

buangan pepejal dan cecair ke longkang. Matlamat kajian ini boleh dicapai melalui

objektif-objektif berikut :

1.4.1 Mengenal pasti mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal dan cecair pada

Perangkap Sisa Makanan.

1.4.2 Menguji keberkesanan mekanisme sistem tapisan Perangkap Sisa Makanan

terhadap:

1.4.2.1 Kuantiti sisa pepejal tertahan

1.4.2.2 Kuantiti pengaliran air selepas ditapis

1.4.3 Mengenal pasti mekanisme sistem penyelenggaraan Perangkap Sisa Makanan.

Page 26: PEMBANGUNAN PERANGKAP SISA MAKANAN - fp.utm.my · dalam penghasilan prototaip Perangkap Sisa Makanan. Pembolehubah yang dikaji adalah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal

9

1.5 Persoalan Kajian

1.51 Apakah mekanisme sistem aliran tapisan sisa pepejal dan cecair pada Perangkap

Sisa Makanan?

1.5.2 Apakah keberkesanan mekanisme sistem tapisan Perangkap Sisa Makanan

terhadap:

1.5.2.1 Kuantiti sisa pepejal tertahan?

1.5.2.2 Kuantiti pengaliran air selepas ditapis?

1.5.3 Apakah mekanisme sistem penyelenggaraan Perangkap Sisa Makanan?