25
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN GAS BERTERASKAN TEORI BEBAN KOGNITIF MOHD AMIR BIN TALIB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

  • Upload
    hakien

  • View
    249

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK

ASAS KIMPALAN GAS BERTERASKAN TEORI BEBAN KOGNITIF

MOHD AMIR BIN TALIB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK

BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN GAS BERTERASKAN TEORI

BEBAN KOGNITIF

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya MOHD AMIR BIN TALIB

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

N0. 59-A, KG SG LAYAR HUJONG, Nama Penyelia

08000, SG PETANI, KEDAH D.A.

Tarikh: 10 MEI 2011 Tarikh: 10 MEI 2011

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja

kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

ii

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca tesis ini.

Dan pada pandangan saya tesis ini memenuhi keperluan skop

dan kualiti untuk dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : ..................................................................

Nama Penyelia : DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD

Tarikh : 10 MEI 2011

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

iii

PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI

TOPIK ASAS KIMPALAN GAS BERTERASKAN TEORI BEBAN KOGNITIF

MOHD AMIR BIN TALIB

Laporan Tesis Ini Dikemukan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

vi

“Saya mengakui bahawa tesis ini yang bertajuk “Pembangunan Perisian Multimedia

Berpandukan Pbk Bagi Topik Asas Kimpalan Gas Berteraskan Teori Beban Kognitif”

adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang diambil dari rujukan

yang dinyatakan. Tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah yang lain di Universiti

Teknologi Malaysia atau di institusi-institusi lain.

Tandatangan : .......................................................

Nama Penulis : MOHD AMIR BIN TALIB

Tarikh : 10 MEI 2011

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

v

DEDIKASI

Ya Rahman Ya Rahim

Ku bersyukur KehadratMu, Ya Allah…

Teristimewa buat ayahanda dan bonda,

Buat abang-abang dan kakak-kakak,

Yang amat disayangi

Terima kasih atas Segalanya

Teman-teman seperjuangan

Jasa kalian akan ku kenang

Terima kasih atas segala sokongan kalian

Bukanlah satu kebaikan namanya

bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi

engkau tidak pernah mengamalkannya

Tuntutlah ilmu,

tetapi tidak melupakan ibadah, dan

kerjakanlah ibadah tetapi

tidak boleh melupakan ilmu

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian selayakNya bagi Allah S.W.T jua. Tuhan pentadbir

sekelian alam. Dengan izinNya kajian ilmiah ini dapat disempurnakan sebagaimana

yang dikehendaki. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih saya rakamkan buat

Penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Muhammad Sukri bin Saud di atas bimbingan,

dorongan dan nasihat yang telah diberikan sepanjang tempoh penyeliaan projek ini.

Akhir sekali setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan rakan-

rakan seperjuangan yang sama-sama membantu dan memberi bantuan atau khidmat

nasihat sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga berjaya menyiapkan

projek ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

vii

ABSTRAK

Perkembangan teknologi komputer dan sistem perisian multimedia telah

membawa arus perubahan yang sangat besar sehingga ke dalam sistem pendidikan.

Namun dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) masih kurang

diperkembangkan. Oleh yang demikian, projek ini bertujuan untuk membangunkan

sebuah perisian multimedia berbentuk Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) bagi

topik asas kimpalan gas berteraskan Teori Beban Kognitif. Isi kandungan perisian ini

disusun berdasarkan sukatan pelajaran dan modul Teknologi Woksyop 2, Politeknik.

Dengan itu, proses pembangunan perisian multimedia ini adalah dengan menggunakan

model rekabentuk pengajaran ADDIE sebagai panduan dan teras dalam membangunkan

perisian ini. Data kajian diambil dari dua sumber utama, iaitu melalui pendapat pakar

dan borang soal selidik yang diisi oleh pelajar-pelajar setelah pengujian ke atas perisian

modul ini dilakukan. Analisis yang diperolehi mendapati bahawa perisian yang telah

dibangunkan ini dapat memenuhi keperluan tenaga pengajar dan pelajar dalam P&P.

Dimana, pakar sangat bersetuju bahawa modul ini mampu meningkatkan kefahaman

pembelajaran bagi matapelajaran teknikal. Dengan terhasilnya perisian ini, masalah yang

timbul di dalam kelas teori asas kimpalan gas dapat diatasi dan mampu menjadi

pemangkin dalam matapelajaran berbentuk PTV khususnya.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

viii

ABSTRACT

Development of computer technology and multimedia software system has led to

huge waves of change the education system. But, in the field of Technical and

Vocational Education (TVE) is still less evolved. Therefore, the project aims to develop

a multimedia software in the form of Computer-Aided-Learning (CAL) for the basic

topic of gas welding based on the Cognitive Load Theory. The content is based on the

syllabus and module of Polytechnic Workshop Technology 2. Thus, the multimedia

software development process is to use as ADDIE model of instructional design as a

guide in developing the module. Data were collected from two main sources, suggested

by the experts, and questionnaires were answered by students after the module

testing was done. The analysis found that the module has been developed are suitable

for teachers and students in T&L. which the experts agreed that this module can increase

the understanding of learning for technical subjects. Based on this module development,

the problems that arise in the theory class of basic gas welding can be

resolved and could be a catalyst in the form of TVE in particular subjects.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Skop Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Penutup 8

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

x

2 SOROTAN KAJIAN 9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) 9

2.3 Penggunaan Animasi di dalam Multimedia 11

2.4 Pendekatan Gabungan Teks dan Grafik 12

2.5 Kelebihan Penggunaan Multimedia Dalam P&P 12

2.6 Teknik Pengajaran yang Bersesuaian 14

2.7 Teori Beban Kognitif 15

2.7.1 Beban kognitif 15

2.7.2 Teori Beban Kognitif 16

2.8 Model Rekabentuk 18

2.8.1 Model ADDIE 18

2.9 Penutup 19

3 METODOLOGI KAJIAN 21

3.1 Pengenalan 21

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Lokasi Kajian 24

3.4 Kaedah Persempelan 25

3.5 Instrumen Kajian 26

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Menguji Instrumen (kajian rintis, mencari

kebolehpercayaan, kesahan) 30

3.8 Kaedah Pengumpulan Data 31

3.9 Analisis Data 31

3.10 Kesimpulan 32

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

xi

4 REKABENTUK DAN ANALISIS PERISIAN

MULTIMEDIA 33

4.1 Pengenalan 33

4.2 Hasil Rekabentuk dan Pembangunan Perisian

Multimedia 33

4.2.1 Topik dan Subtopik Perisian Multimedia 33

4.2.2 Isi Kandungan Perisian Multimedia 34

4.2.3 Perisian-Perisian yang Digunakan 34

4.2.4 Perisian Adobe Flash Professional CS5 35

4.2.5 Perisian Adobe Media Encoder CS5 35

4.2.6 Perisian Window Movie Maker 35

4.2.7 Perisian Microsoft Office Picture Manager 36

4.3 Pembangunan Perisian Multimedia Komputer

Berteraskan Toeri Beban Kognitif 36

4.4 Analisis Data Perisian Multimedia 41

4.5 Hasil Dapatan Kajian 42

4.5.1 Perkaitan Penggunaan Perisian Multimedia

Dalam Menarik Minat Pelajar bagi Topik Asas

Kimpalan Gas. 42

4.5.2 Perkaitan Penggunaan Perisian Multimedia

Dengan Kefahaman dan Kesesuaian P&P bagi

topik Asas Kimpalan Gas 44

4.5.3 Ciri-Ciri Perisian Multimedia bagi Topik Asas

Kimpalan Gas 46

4.6 Hasil Dapatan Kajian Pendapat Pakar 48

4.7 Penutup 49

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 50

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 50

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

xii

5.2.1 Elemen-elemen yang Menarik Minat Pelajar 51

5.2.2 Elemen-elemen Kefahaman dan Kesesuaian P&P 52

5.2.3 Ciri-ciri Multimedia 53

5.3 Kesimpulan 55

5.4 Cadangan Kajian dan Pembangunan Lanjutan 56

5.5 Penutup 57

BIBLIOGRAFI 58-60

LAMPIRAN 61-85

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Skala likert untuk soalan bentuk positif 41

4.2 Soal Selidik Berkaitan Minat Pelajar 43

4.3 Bilangan Pelajar dan Peratusan Minat Pelajar 43

4.4 Soal Selidik Berkaitan Kefahaman Pelajar 44

4.5 Bilangan Pelajar dan Peratusan Kefahaman Pelajar 45

4.6 Soal Selidik Berkaitan Ciri-Ciri Perisian Multimedia 46

4.7 Bilangan Pelajar dan Peratusan bagi Ciri-Ciri Perisian

Multimedia 47

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model ADDIE 18

4.1 Susunan subtopik mengikut nombor 37

4.2 Urutan langkah diberikan nombor dan dilebalkan 38

4.3 Menggabungkan teks dan grafik 38

4.4 Teks diminimakan 39

4.5 Menyediakan Gambaran Sebenar 40

4.6 Highlight (Menekankan) isi yang penting 40

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

xv

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pembelajaran dan Pengajaran

PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

ADDIE - Analysis (analisis),

Design (reka bentuk),

Development (pembangunan),

Implementation (perlaksanaan),

Evaluation (penilaian)

JKM - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Modul asal (KERJA-KERJA ASAS KMPALAN GAS

- Prinsip dan proses pemotongan gas) 61

B SET SOAL SELIDIK (PELAJAR) 78

C SET SOAL SELIDIK (PAKAR) 83

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembelajaran dan pengajaran (P&P) pada masa kini telah banyak berubah wajah

akibat transformasi kepada era teknologi tinggi yang pesat membangun tanpa batas.

Sebarang maklumat dapat diperolehi dengan pantas dan segera melalui medium

elektronik. Menurut Azman dan Rozita dalam kajian Noraini (2006), kemajuan

teknologi banyak membantu dalam menjimatkan masa dan penggunaan tenaga malah

memudahkan proses pemindahan transformasi maklumat ini yang bergerak dan berlaku

dalam ruang maya yang tiada had sempadannya, kini ianya semakin menjadi realiti

dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Menurut Jamalludin dan Zaidatun, (2000) “Kebaikan perisian multimedia dalam

pendidikan, bahan multimedia sebenarnya merujuk kepada bahan yang menyatukan dua

media ataupun lebih iaitu teks, gambar, grafik, bunyi, tayangan serta animasi

menjadikannya satu persembahan yang jelas dan mudah difahami”. Dengan terdapatnya

bahan multimedia, isi pengajaran dalam bentuk modul atau buku teks mampu

diadaptasikan kepada bentuk yang lebih menarik dan jelas.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

2

Pembelajaran berbantu komputer (pbk) yang menggabung teknologi animasi dan

multimedia mampu membantu meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu di kalangan

pelajar-pelajar. Menurut Jamalludin (1996), bahawa penggunaan alat bantu mengajar

multimedia mampu mewujudkan suasana P&P yang paling konduksi dan variasi.

Dengan terdapatnya multimedia sebagai medium P&P, penyampaian boleh

dipelbagaikan dengan gabungan beberapa elemen multimedia seperti grafik, audio,

video dan animasi. Secara tidak langsung pembelajaran tidak menjadi bosan dan mampu

menarik perhatian pelajar-pelajar. Dengan itu, proses P&P yang efektif dapat dihasilkan

seiring dengan perkembangan teknologi multimedia.

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa bahan multimedia

interaktif mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan

yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran

tradisional (Crowe dan Palmera-Leynes, 1995). Daripada kenyataan ini, pembangunan

perisian multimedia berteraskan teori beban kognitif adalah sangat bertepatan dimana

penggunaan multimedia di dalam pembelajaran mampu mempertingkatkan kadar

penerimaan pelajar berbanding kaedah tradisional.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak kebelakangan ini, pembinaan perisian yang berasaskan multimedia untuk

tujuan P&P amat digalakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi

menjamin pembelajaran yang optimum (Manimegalai, 2001). Pembinaan perisian

berbentuk Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) adalah sangat digalakkan oleh

kerajaan kerana kaedah pembelajaran seperti ini mampu meningkatkan prestasi pelajar-

pelajar ke suatu tahap yang sepatutnya. Dengan wujudnya perisian berbentuk

multimedia ini, penyampaian boleh dilakukan dengan lebih jelas dan lebih mirip kepada

situasi sebenar.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

3

Namun begitu, pembangunan perisian berbentuk multimedia bagi subjek yang

terdapat dalam aliran Teknik dan Vokasional (PTV) adalah sangat kurang dibangunkan

oleh mana-mana pihak. Walaupun pembelajaran PTV lebih menekankan kepada

praktikal, pembelajaran secara teori juga adalah sangat penting bagi menjelaskan konsep

yang betul sebelum memulakan kerja-kerja di bengkel. Berdasarkan pemerhatian yang

dilakukan oleh penyelidik, sewaktu di kelas teori, pelajar-pelajar PTV tidak dapat

memberi tumpuan yang sepenuhnya. Di antara sebabnya adalah pembelajaran yang

berbentuk tradisional yang tidak begitu sesuai bagi matapelajaran PTV dan telah

membebankan pemikiran pelajar-pelajar. Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran

berbentuk tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian

maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada

pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai penerima adalah pasif.

Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk belajar.

Krouse dan Krouse (1981) dan Brown dan Langer (1990), mengatakan terdapat

dua faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik rendah di kalangan pelajar.

Pertama ialah status sosio-ekonomi dan yang kedua adalah kekurangan kemahiran

kognitif. Mengikut Philips (1992), kemahiran kognitif memainkan peranan penting

dalam menentukan prestasi akademik pelajar. Perkara ini juga turut berlaku terhadap

pelajar aliran PTV yang mempunyai minat yang tinggi terhadap kemahiran yang

berbentuk praktikal dan kurang meminati kepada pembelajaran secara teori.

Memandangkan PBK pada masa kini adalah sangat digalakkan oleh KPM bagi

menjamin pembelajaran yang optimum. Dengan itu, telah terdapat beberapa subjek yang

telah dipergiatkan perlaksanaannya dalam membangunkan modul kepada perisian

multimedia bagi meningkatkan mutu pembelajaran negara. Namun begitu, perisian yang

menfokuskan kepada subjek-subjek dalam aliran PTV masih lagi berkurangan

terutamanya bagi matapelajaran “Kimpalan Gas”.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

4

1.3 Pernyataan Masalah

Politeknik Malaysia telah menawarkan pelbagai kemahiran separa mahir kepada

pelajar-pelajar di dalam aliran teknik dan vokasional khususnya. Antaranya adalah topik

kimpalan gas yang terdapat di dalam matapelajaran Amalan Bengkel Mekanikal 2

(J2002) dan Teknologi Worksyop 2 (J2003). Bagi matapelajaran Amalan Bengkel

Mekanikal 2, pembelajaran asas kerja-kerja kimpalan gas adalah berbentuk praktikal

sepenuhnya. Manakala, Teknologi Worksyop 2 pula adalah berbentuk teori dan

dilakukan didalam bilik kuliah. Daripada pemerhatian penyelidik, penyampaian yang

dilakukan bagi kelas teori Teknologi Worksyop 2 adalah berbentuk tradisional. Dengan

itu, pelajar-pelajar mudah berasa bosan dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian

di dalam kelas.

Bagi proses pengajaran pula, pensyarah atau tenaga pengajar menghadapi

kesukaran dalam menyampaikan isi pengajaran daripada modul yang berbentuk teks

semata-mata kepada pelajar-pelajar. Ini disebabkan, penyampaian hanya dilakukan

melalui syarahan, sedangkan kerja-kerja kimpalan yang berbentuk praktikal perlu diberi

konsep yang tepat dan perlu didedahkan pelajar-pelajar kepada bentuk sebenar. Dengan

itu, pensyarah atau tenaga pengajar sukar menterjemahkan isi pengajaran kerja-kerja

kimpalan gas kepada pelajar-pelajar dengan hanya berbekalkan modul sahaja.

Penggunaan modul sahaja menyebabkan P&P tidak begitu berkesan kepada

pelajar-pelajar PTV dan pelajar-pelajar yang mengambil kelas kimpalan khususnya. Ini

kerana, berdasarkan pengalaman penyelidik selakukan bekas pelajar kejuruteraan

mekanikal di salah sebuah politeknik, kecenderungan pelajar-pelajar kejuruteraan adalah

kepada kerja-kerja praktikal.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

5

Dengan itu, sekiranya berlaku ketidakberkesaan kelas teori di dalam

matapelajaran Teknologi Worksyop 2, secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar-

pelajar asas kimpalan gas tidak memperolehi input dan konsep yang sepatutnya sebelum

melakukan kerja-kerja praktikal. Manakala, isi pengajaran yang berbentuk statik

daripada modul pula menyebabkan pelajar-pelajar tidak berminat dan tidak bersemangat

untuk ingin belajar di dalam kelas asas kimpalan gas.

Pada zaman kini, era pembangunan teknologi begitu pesat membangun terhadap

semua sektor seperti telekomunikasi dan rangkaian, perindustrian, hospitaliti dan

perkhidmatan. Pembangunan teknologi ini juga telah meresap masuk ke dalam bidang

pendidikan dari segi insfrastruktur dan juga P&P di dalam kelas. Di dalam sesetengah

pengkhususan dan subjek, penggunaan teknologi di dalam P&P seperti perisian

multimedia bagi mengadaptasikan isi kandungan daripada modul kepada bentuk

multimedia telah giat dibangunkan. Tetapi belum lagi terlihat tanda-tanda dalam

membangunkan perisian multimedia bagi subjek-subjek di dalam aliran PTV.

Antara sebab perisian multimedia bagi subjek-subjek pendidikan vokasional

tidak dapat dibangunkan secara serius adalah kerana pada masa kini telah berlakunya

peralihan pendidikan teknik kepada pendidikan vokasional. Perisian multimedia bagi

subjek-subjek pendidikan vokasional ini sangat penting untuk dibangunkan bagi

mengadaptasikan isi-isi pengajaran daripada modul kepada bentuk multimedia dan

animasi. Khususnya kepada matapelajaran kimpalan arka dan gas kerana pembelajaran

secara tradisional bagi kelas teori matapelajaran kimpalan arka dan gas menyebabkan

pelajar hilang tumpuan dan kebosanan.

Berdasarkan latarbelakang pelajar-pelajar teknik dan vokasional, penyelidik

berpendapat satu perisian multimedia perlu dibangunkan bagi kelas teori asas kimpalan

arka dan gas. Ini bertujuan untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul apabila

menggunakan pembelajaran secara tradisional. Dengan itu, pada peringkat permulaan,

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

6

penyelidik akan membangunkan sebuah perisian multimedia bagi topik asas kerja-kerja

kimpalan gas di dalam matapelajaran Teknologi Woksyop 2.

1.4 Objektif Projek

Objektif utama projek ini adalah seperti berikut :

i. Membangunkan perisian multimedia bagi topik asas kerja-kerja kimpalan

gas berteraskan teori beban kognitif.

ii. Menerapkan pembelajaran berbantu komputer (PBK) bagi pelajar-pelajar

yang mengikuti matapelajaran Teknologi Worsyop 2.

iii. Menguji perisian multimedia dan rekabentuk antaramuka dari segi

kesesuaian P&P dan keberkesanan penggunaannya.

1.5 Skop kajian

i. Skop projek adalah membangunkan sebuah perisian multimedia

berpandukan pembelajaran berbantu komputer (pbk) berteraskan teori

beban kognitif. Kandungan perisian merangkumi seperti berikut:

a) Proses Pemotongan Oksi-Asitelina

b) Prinsip-prinsip Pemotongan Oksi-Asitelina

c) Muncung Pemotongan Oksi-Asitelina

d) Pelarasan Tekanan Gas dan Langkah-langkah Memulakan

Nyalaan Pemotongan

e) Langkah-langkah Memotong Lurus

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

7

c) Jenis-jenis dan Sebab Berlaku Kecacatan Pemotongan

ii. Perisian ini juga sesuai digunakan oleh tenaga-tenaga pengajar, pelatih-

pelatih dan pelajar-pelajar sebagai bahan rujukan.

iii. Perisian multimedia ini dibangunkan bagi pelajar-pelajar yang mengikuti

matapelajaran Teknologi Worksyop 2 (J2003) berpandukan sukatan mata

pelajaran yang dikeluarkan oleh Politeknik.

1.6 Kepentingan Kajian

Perisian multimedia ini dibina adalah untuk memberi kemudahan dan

kepentingan kepada semua individu yang mempelajari kimpalan dan kepada pelajar-

pelajar yang mengikuti kelas teori asas kimpalan gas khususnya. Perisian yang dibina

adalah berasaskan komputer bertujuan untuk memudahkan proses P&P dalam kelas teori

kimpalan gas. Kaedah ini yang menggabungkan animasi dan multimedia mampu

menarik minat pelajar dan mengatasi masalah kebosanan dikalangan pelajar. Secara

tidak langsung kaedah ini dapat mencetus perasaan ingin tahu dikalangan pelajar dan

pelajar-pelajar dapat memperolehi pengetahuan yang sepatutnya di dalam topik asas

kerja-kerja kimpalan gas.

Selain itu, dengan terdapatnya perisian seperti ini penyampaian pengajar menjadi

lebih mudah dan mampu menarik perhatian pelajar terhadap topik tersebut. Malah

pembangunan perisian ini secara tidak langsung dapat membantu mengatasi kekurangan

alat bantu mengajar dalam proses P&P bagi kimpalan gas dengan memenuhi sukatan

pelajaran asas kimpalan yang dikeluarkan oleh Politeknik. Tenaga pengajar dapat

memberikan penerangan dengan lebih berkesan dengan adanya unsur-unsur multimedia

yang menarik seperti animasi, video, gambar, teks dan sebagainya. Pengajaran guru

juga turut menjadi lebih menarik dengan adanya respon daripada pelajar.

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA BERPANDUKAN PBK BAGI TOPIK ASAS KIMPALAN …€¦ ·  · 2011-10-11pembangunan perisian multimedia berpandukan pbk bagi topik asas kimpalan gas berteraskan

8

1.7 Penutup

Dengan tercetusnya perisian ini, ia mampu menterjemahkan isi pengajaran asas

kimpalan gas daripada modul ke dalam bentuk animasi dan multimedia. Ini sekaligus

menjadikan isi pengajaran yang berbentuk statik kepada bentuk dinamik atau

pergerakan. Modul yang menjadi medium perantara penyampaian teori asas kimpalan

gas dapat diadaptasikan ke dalam bentuk perisian animasi dan multimedia berasaskan

pembelajaran berbantu komputer.