22
PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

  • Upload
    others

  • View
    26

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS

DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN

KONSTRUKTIVISME

SARIMAH BINTI SA’IBOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS

DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN

KONSTRUKTIVISME

SARIMAH BINTI SA’IBOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2007

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

Nama Pelajar : SARIMAH BINTI SAIBOR Tarikh : 15 NOVEMBER 2007

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

iii

DEDIKASI

Sekalung budi…..

Buat penyeliaku Puan Zaleha Binti Abdullah dan Encik Mohd Fadzli Bin Ali, pensyarah-

pensyarah Jabatan Multimedia yang pernah mendidikku secara langsung dan tidak langsung dan

semua pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang pernah mendidikku, bimbingan dan tunjuk

ajar kalian amat berharga dan bernilai buatku…

Terima kasih atas segala-galanya…

Buat Bonda yang tercinta …

Aminah Binti Muhammad

Terima kasih di atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang diberikan

Hanya Allah yang dapat membalasnya

Untuk abang-abang dan kakak-kakak yang ku sayangi…

Terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan

Semoga Allah memberkati hidup kalian

Buat rakan-rakan seperjuangan…

Dorongan dan doa kalian telah membuahkan kejayaan buat diriku

Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan

limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapaan terima

kasih yang tak terhingga kepada Puan Zaleha Binti Abdullah dan Encik Mohd Fadzli

Bin Ali selaku penyelia Projek Sarjana Muda di atas segala bimbingan, tunjuk ajar

dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan

serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

menyiapakan Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

v

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) bagi mata pelajaran Matematik yang

bertajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra. Perisian yang dibangunkan berasaskan

teori konstruktivisme menggunakan strategi tutorial. Pembinaan perisian ini adalah

berasaskan kepada model reka bentuk Hannafin dan Peck yang melibatkan proses

tiga fasa. Dalam fasa pertama, analisis keperluan dan diikuti dengan fasa kedua iaitu

fasa reka bentuk dan seterusnya dalam fasa ketiga, fasa pembangunan dan

pelaksanaan. Semua fasa dalam model ini melibatkan proses penilaian dan

pengulangan yang dijalankan dari semasa ke semasa mengikut peringkat fasa-fasa

yang dinyatakan. Perisian yang dibangunkan merupakan mesra pengguna di mana

pengguna bebas untuk mengawal pembelajaran. Perisian ini dibina berasaskan

Macromedia Authorware 7.0 dan beberapa perisian sokongan yang lain iaitu Adobe

Photoshop CS2, Recorder Sound Fordge 9.0, Ulead Cool 3D dan Macromedia Flash

MX 2004. Penyebaran bagi perisian ini adalah menggunakan Compact Disc (CD)

bagi memudahkan penyimpanan yang tidak memerlukan ruang yang besar. Diharap

perisian ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar-pelajar khususnya pelajar

tingkatan empat sejajar dengan perkembangan masa kini.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

vi

ABSTRACT

The main purpose of this research is to develop a Computer Aided Learning

software for the mathematical subject of Lines And Planes In 3 Dimension. The

software is developed based on the constructivism theory using tutorial strategy. The

development is based on the design model of Hannafin and Peck which involves

three phases. In the first phase, analyze process and followed by the second phase

which is the design phase and finally the third phase which is the development and

execution. All the phases in this model involve evaluation process and repetitions

which is executed from time to time according to the levels of phases mentioned.

The software developed is user friendly where users are free to control their own

learning process. This software is built by using Macromedia Authorware 7.0 as the

main development tools, supported by other tools such as Adobe Photoshop CS2,

Recorder Sound Forge 9.0, Ulead Cool 3D and Macromedia Flash MX 2004.

Distribution of the software is via Compact Disc for easy storage. It is hoped that the

software will help student’s performances especially secondary compactable with the

needs of new age development.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Rasional Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Objektif Reka Bentuk 6

1.7 Persoalan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Kepentingan Kajian 8

1.10 Definisi Operasional 8

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Apakah Konstuktivisme 11

2.3 Pendekatan Konstruktivisme Dalam

Mata Pelajaran Sains Dan Matematik 14

2.4 Aplikasi Konstruktivisme Dalam Perisian 15

2.5 Penggunaan PBK Dalam Matematik 17

2.6 CD-ROM Sebagai Alat Penyebaran 18

BAB 3 REKA BENTUK KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Model Reka Bentuk Pembangunan Perisian 20

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 21

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 22

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 22

3.3 Pemilihan Perisian Dan Perkakas Untuk

Membangunkan Perisian 22

3.3.1 Bahasa Pengubahan 23

3.3.2 Perkakasan Dalam Proses Pembangunan 23

3.3.3 Perkakasan Main Balik Perisian 24

3.3.4 Perisian-Perisian Lain 24

3.4 Penyebaran Perisian 24

3.5 Strategi Pengajaran 25

3.5.1 Tutorial 25

3.5.1.1 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan

Strategi Pengajaran Tutorial 26

3.5.1.2 Peranan Perisian Dalam Pelaksanaan

Strategi Pengajaran Tutorial 26

3.5.1.3 Peranan Pelajar Dalam Pelaksanaan

Strategi Pengajaran Tutorial 27

3.5.2 Teori Konstruktivisme 27

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

ix

3.6 Carta Aliran Perisian 28

3.7 Kesimpulan 29

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN

4.1 Pendahuluan 30

4.2 Pakej Untuk Penyebaran 30

4.3 Kandungan Perisian 31

4.3.1 Montaj 31

4.3.2 Menu Utama 33

4.3.3 Ujian 33

4.3.4 Perbincangan 36

4.3.5 Maklumat 37

4.3.6 Glosari 37

4.3.7 Keluar 38

4.3.8 Kredit 39

4.3.9 Permainan 40

4.4 Penutup 41

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 42

5.2 Perbincangan 42

5.3 Masalah Yang Dihadapi 44

5.3.1 Kekangan Masa 44

5.3.2 Kurang Mahir 45

5.4 Keistimewaan Perisian 45

5.5 Kelemahan Perisian 46

5.6 Cadangan 47

5.6.1 Memperbaiki Reka Bentuk 47

5.6.2 Perisian Dalam Dwi Bahasa 47

5.6.3 Penghasilan Perisian Secara Kumpulan 48

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

x

5.6.4 Pengujian Perlu Dilakukan 48

5.7 Rumusan 49

BIBLIOGRAFI 50

LAMPIRAN 57

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

xi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model reka bentuk instruksi bersisitem

Hanaffin & Peck 21

4.1 Paparan Montaj 32

4.2 Paparan Tajuk Isi Pelajaran 32

4.3 Paparan Menu Utama 33

4.4 Paparan Masukkan Nama 34

4.5 Paparan Pilihan Soalan 34

4.6 Paparan Soalan 35

4.7 Paparan Nota Pada Soalan 35

4.8 Paparan Perbincangan 36

4.9 Paparan Jawapan Yang Diberi 36

4.10 Paparan Bantuan 37

4.11 Paparan Glosari 38

4.12 Paparan Keluar 39

4.13 Paparan Kredit 40

4.14 Paparan Permainan 41

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir Perisian 56

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Ini

bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebuah

negara maju pada tahun 2020 seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020. Untuk

menjadi sebuah negara yang maju, negara mestilah mempunyai rakyat yang

berkualiti dan hanya melalui pendidikanlah yang dapat menghasilkan rakyat

Malaysia yang sedemikian rupa. Keperluan untuk meningkat taraf pendidikan rakyat

Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai

pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang

pendidikan.

Sekolah Bestari ditubuhkan bagi tujuan untuk meningkatkan lagi sistem

pendidikan negara dengan memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu dari

komponen dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di mana Sekolah

Bestari dibekalkan dengan pelbagai kemudahan canggih seperti komputer

multimedia yang dapat membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

2

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah dapat dikenal pasti sebagai

bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan

pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang diikuti. Menurut

Tengku Zawawi (1999), penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik dapat

memperkembangkan dan memperkaya lagi tajuk yang diajar. Di mana pengunaan

teknologi yang bersesuaian dan berkesan dapat membantu meningkatkan pencapaian

dan penguasaan hasil pembelajaran yang dikehendaki (PPK, 2000). Di samping itu

juga, Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) merupakan salah satu cara untuk

mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk

mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Bagi pihak Kementerian Pelajaran pula sedang berusaha menyediakan bahan

PBK yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Seperti mana yang

kita tahu bahawa peranan guru-guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai

fasilitator atau permudah cara di dalam kelas apabila penggunaan PBK digunakan.

Menurut Zoraini Wati Abas (1993) guru-guru seharusnya peka dengan

perkembangan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat ke arah

peningkatan diri dan profesionalisma. Institusi penggajian tinggi yang melahirkan

seorang pendidik memainkan peranan penting dalam memberikan latihan kepada

guru-guru terlatih melalui kursus dalam perkhidmatan supaya guru-guru sentiasa

dapat meningkatkan mutu pendidikan dalam era teknologi maklumat yang

globalisasi.

PBK sesuai dijadikan sebagai bahan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dan seterusnya aktiviti pengkayaan. Seperti yang kita tahu bahawa

gabungan teks, grafik, audio, animasi dan video dalam persembahan sesuatu perisian

dapat memberangsangkan dan tidak menjemukan (Baharuddin et. al., 2002). Hal ini

amat ideal dalam memperkayakan minda pelajar secara efektif. Cirinya yang

interaktif menambahkan lagi keberkesanan dalam mengembangkan intelek individu

seseorang pelajar.

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

3

PBK juga bertindak sebagai alat atau bahan untuk membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana yang kita tahu bahawa ianya akan

memudahkan proses pembelajaran isi kandungan, perkembangan pemikiran aras

tinggi dan penyelesaian masalah. Dalam mencapai objektif yang dikehendaki, guru

perlu membuat perancangan dari segi isi dan strategi PBK berdasarkan objektif

pengajaran dan kumpulan sasaran. Guru akan merancang aktiviti-aktiviti pengayaan

berkomputer yang sesuai di mana akitiviti ini melibatkan murid-murid menggunakan

komputer dan perisian aplikasi yang sesuai sebagai satu alat untuk membantu mereka

menyelesaikan masalah dan memahami konsep pelajaran.

PBK akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran jika

seseorang pelajar tidak dapat menguasai pembelajarannya, dia hanya perlu

mengulangi semula gerak latihan bahagian tersebut ataupun kembali semula ke

langkah sebelumnya iaitu bermula daripada peringkat awal agar pembelajaran dapat

dijalankan semula. Proses pengulangan ini memerlukan pelajar lebih memberi atau

menumpukan perhatian kepada gerak kerja yang diulangi. Perisian bahan pengajaran

dan pembelajaran yang dibuat perlu membimbing pelajar untuk mengulang setiap

gerak kerja yang dilakukan.

Terdapat pelbagai jenis teori pembelajaran dalam bidang pedagogi yang boleh

diaplikasikan dalam reka bentuk dan pembinaan perisian PBK. Teori-teori

pembelajaran mempengaruhi pembentukkan model-model reka bentuk pengajaran

yang digunakan sebagai panduan dalam pembinaan perisian PBK. Aplikasi teori ini

perlulah bertepatan dengan keperluan dan kesesuaian penggunaannya. Teori

pembelajaran konstruktivisme merupakan teori yang akan menjadi tumpuan dalam

pembangunan perisian PBK yang akan dibangunkan.

Di mana kita tahu, teori ini merupakan proses pelajar membina pengetahuan

atau konsep berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Melalui perisian yang

dibangunkan, pelajar dapat menimba pengalaman dan memperkukuhkan idea atau

konsep yang sedia ada. Selain daripada itu, pelajar juga terlibat secara aktif dalam

perisian yang dibangunkan dan bukan hanya dapat mengawal pembelajaran mereka.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Matlamat Pendidikan

Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis dan

bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan

pengetahuan Matematik dalam kehidupan harian pelajar-pelajar. Dalam mencapai

matlamat ini, kandungan Matematik KBSM diolah kepada tiga bidang iaitu nombor,

bentuk dan ruang dan perkaitan (Nik Azis Nik Pa, 1992).

Kajian ini adalah berkaitan dengan tajuk Garis Dalam Satah Tiga Matra yang

telah dikenal pasti topik yang sukar untuk pelajar mempelajarinya dan juga bagi guru

yang mengajar melalui pengalaman pengkaji semasa membuat latihan mengajar.

Pelajar-pelajar sukar untuk menentukan sudut apabila diberi objek dalam bentuk tiga

dimensi.

Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra merupakan salah satu tajuk dalam bidang

bentuk. Pelajar yang ingin menguasai tajuk ini mesti menguasai beberapa tajuk lain

terlebih dahulu iaitu sudut, teorem pithoragas dan trigonometri. Tajuk-tajuk ini juga

di bawah bidang bentuk yang merupakan komponen dalam geometri.

Bagi tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra, kesukaran wujud apabila

pelajar sukar melihat objek tiga matra dan hubungan antara objek-objek tersebut

(Piaget,1953). Menurut Maznah (2000) dalam Faziyah (2007), kesukaran memahami

Matematik adalah disebabkan pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada

pemahaman konsep-konsep yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, guru mesti

menggunakan model yang konkrit supaya pelajar dapat memanipulasi model-model

tersebut. Seterusnya pelajar dapat membuat hubungan konsep berdasarkan

pengetahuan sedia ada pelajar.

Seperti yang dinyatakan oleh Suydam (1985) dalam Norhayati (2000) bahawa

guru-guru pada hari ini dikatakan terlalu bergantung kepada buku teks dan tidak

banyak aktiviti dijalankan selain membuat latihan dari buku teks. Hal ini berlaku

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

5

kerana kesukaran guru untuk menyedia dan mendapatkan model kontrik yang

bersesuaian dengan topik yang diajar.

Menggunakan perisian yang terdapat di pasaran merupakan salah satu

alternatif yang digunakan untuk mengatasi masalah ini. Guru tidak lagi memerlukan

model konkrit kerana dengan menggunakan perisian tersebut pelajar dapat

memanipulasi objek-objek di dalam komputer sahaja. Dengan kata lain, pelajar

hanya menggunakan perisian itu sepenuhnya.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada permasalahan yang diutarakan, pengkaji ingin

membangunkan sebuah perisian PBK untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seperti

yang kita tahu bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipelbagaikan

seperti kewujudan perisian yang dibangunkan ini dapat menarik minat pelajar untuk

belajar. Selain itu, ianya juga dapat mengukuhkan lagi konsep yang diperlukan oleh

seorang pelajar. Di mana kita tahu bahawa konsep memainkan peranan yang penting

dalam mata pelajaran Matematik.

Di samping itu juga, pencapaian mata pelajaran Matematik di SMK St.

Thomas, Kuantan juga dijadikan alasan bahawa pengkaji berminat untuk

membangunkan perisian bagi topik ini. Analisis prestasi SPM 1997 – 2001 yang

dikeluarkan oleh SMK St. Thomas, Kuantan menunjukkan keputusan yang tidak

memberangsangkan. Di mana pada tahun 2001 hanya 70.9% sahaja peratusan pelajar

yang lulus dalam mata pelajaran matematik. Ini menunjukkan bahawa 29.1% pelajar

yang tidak lulus. Di mana ianya berkaitan dengan tajuk garis dalam satah tiga matra

yang tidak dapat dijawab oleh pelajar tersebut.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

6

1.4 Rasional Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) untuk digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang dibangunkan

adalah berbentuk multimedia di mana ia memainkan peranan penting di dalam

pengajaran kerana ia mempunyai ciri-ciri interaktif (Wan Salihin et. al., 1998). Oleh

itu, kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu seperti berikut:

a) Pelajar sekolah menengah yang belajar di tingkatan empat

b) Guru yang mengajar mata pelajaran Matematik Tingkatan Empat.

1. 5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) menggunakan strategi pengajaran jenis tutorial berasaskan teori

konstruktivisme bagi tajuk Garis Dan Satah Dalam Tiga Matra.

1.6 Objektif Reka Bentuk

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK …...PEMBANGUNAN PERISIAN PBK MATEMATIK TINGKATAN 4, GARIS DAN SATAH DALAM 3 MATRA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME SARIMAH BINTI SA’IBOR

7

Objektif reka bentuk yang dibangunkan adalah seperti berikut:

i. Mendedahkan pelajar dengan penggunaan perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

ii. Memberi peluang kepada pelajar belajar dan mengulangkaji mengikut

tahap kebolehan masing-masing.

1.7 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif-objektif yang dinyatakan, terdapat dua persoalan

kajian iaitu:

i. Bagaimana Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) dapat

membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Garis Dan

Satah Dalam Tiga Matra.

ii. Bagaimana teori konstruktivisme dapat diaplikasikan di dalam

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK).