22

PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik
Page 2: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik
Page 3: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI

MATAPELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN

ELEKTRONIK TINGKATAN EMPAT TOPIK PEARUH

AZMAN BIN YUSOF

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari, 2004

Page 4: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Teramat istimewa buat,

Ayahanda Haji Yusof Endol Bonda Hajah Asiah Binti Ali

……….jasamu dan kasihmu menjadikan aku insan. Ayah mertuaku Haji Abang Yaakub Abang Tuah

…………yang memberi ketenangan Bonda mertuaku Allahyarham Hajah Bom Binti Junaidi

…………..Semoga dicucuri rahmat. Isteriku yang sangat mengerti dan memahami Dayang Bahayiah Binti Abang Yaakub Anak-anakku yang sabar menanti Ahmad Iqbal Ahmad Irsyad Aina Batrisyia

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian sepanjang pengajianku. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat serta hidayah dari Allah s.w.t.

Page 5: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik
Page 6: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya saya dapat

menyempurnakan projek ini bagi memenuhi daripada syarat untuk mendapatkan ijazah

sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan elektrik) dari UTM. Penulis ingin

merakamkan ikhlas kepada penyelia tesis,En. Hassan Bin Hushin serta En Megat

Aman Zahiri Bin Megat Zakaria atas bimbingan dan dorongan tanpa rasa jemu yang

diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya serta isteri yang

telah banyak memberi sokongan dan motivasi serta bantuan mendapatkan bahan ilmiah

ketika menghasilkan projek ini. Tidak lupa pula kepada pihak pengurusan yang

membantu saya untuk mendapatkan bahan rujukan. Begitu juga kepada rakan-rakan saya

yang telah banyak membantu untuk menyempurnakan hasil projek ini.

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk membina sebuah perisian pembelajaran berbantukan

komputer bagi topik “Kuantiti ,Unit dan komponen elektrik ” di bawah tajuk Pearuh bagi

mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang selari dengan

sukatan mata pelajaran tingkatan 4. Perisian ini telah dibangunkan dengan menggunakan

perisian gubahan Macromedia Authorware 6.5, Adobe Photoshop, Macromedia Flash

MX , Sound Recorder dan lain-lain. Perisian ini telah digubal dengan menggunakan

Bahasa Melayu dan berpandukan kepada KBSM sukatan pelajaran malaysia. Penggunaan

hiperteks dan simulasi yang dapat menawarkan persekitaran pembelajaran. Penemuan

melalui paparan animasi dan multimedia pasti akan menarik minat pelajar untuk terus

menggunakan perisian ini. Penggunaan ciri-ciri interaktif yang membolehkan pelajar

melaksanakan capaian maklumat secara rawak,memberi peluang kepada pelajar untuk

menjelajah ke mana-mana bahagian perisian secara bebas. Media pengajaran yang

menggunakan pelbagai pancaindera akan memberikan kesan dalam menghasilkan konsep

yang terang kepada pelajar. Alat Bantu mengajar yang betul dan sesuai seperti yang

dibangunkan ini boleh menjadi daya penarik kepada pelajar dalam menerangkan suatu

konsep dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Perisian ini telah dipakejkan

dalam bentuk cakera padat untuk dibawa ke mana-mana dan mudah dibawa.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

ABSTRACT

The objective of this project was to develop a multimedia Computer Assisted

Learning (CAL) for the topic “Quantity Unit and Electric Component” under the title

Pearuh for the subject of Electric and Electronic Engineering studies which is applicable

to form four syllabus at schools. This software was developed by using Macromedia

Authorware 6.5 , Adobe Photoshop, Macromedia Flash MX, Sound Recorder and etc.

This software was developed by using Bahasa Melayu and was reffered to the KBSM

Malaysia syllabus. In addition the use of hypertexts and simulation can offer a condusive

learning environment. Besides that, animation and multimedia attract the students interest

to keep on using the software. The use of interactive features, helps the students to

achieve the information randomly. They give opportunities to the students to explore any

parts of the software. The teaching media that use variety of perception , gives affective

effects in producing clear concept to the students. The appropriate teaching aids also help

the students in understanding the concepts well. This software is also portable since it is

packaged into compact discs.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN

i

DEDIKASI

ii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

SENARAI LAMPIRAN

vii

xi

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif Perisian 7

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 8

1.6 Kepentingan Perisian 9

1.7 Definisi Istilah 10

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

1.7.1 Pengajian Kejuruteraan Elektrik 10

1.7.2 Pelajar Tingkatan 4 Sek.Men.Teknik 10

1.7.3 Multimedia 10

1.7.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer 11

1.7.5 Interaktif 11

1.7.6 Pembelajaran Kendiri 12

1.7.7 Pengguna Elektrik 12

1.8 Skop dan Batasan Projek 12

BAB II 2.0 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 14

2.3 Sejarah Pembelajaran Berbantukan Komputer 16

2.4 Penggunaan Komputer Di Dalam Bidang Pendidikan 17

2.5 Media atau Sumber Pengajaran dan Pembelajaran 18

2.6 Hubungan Multimedia Dengan Tugas Guru 20

2.7 Strategi Pembentukkan PBK Berdasarkan

Teori-Teori Pembelajaran. 21

2.8 Strategi Pengajaran dalam Perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer 26

2.8.1 Latih Tubi 26

2.8.2 Tutorial 26

2.8.3 Permainan 27

2.8.4 Simulasi 27

2.8.5 Penemuan 27

2.8.6 Penyelesaian Masalah 27

2.9 Kelebihan PBK 28

2.10 Kelemahan dan Masalah Penggunaan

Multimedia dalam Pendidikan 30

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

BAB III 3.0 REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Am 33

3.3 Rekabentuk Perisian 34

3.4 Bahasa Gubahan 35

3.5 Permilihan Perkakasan dan Perisian 36

3.6 Perkakasan dan Perisian Pengguna 37

3.7 Penggunaan 37

3.8 Ciri-ciri Perisian 38

3.8.1 Menu Utama 38

3.8.2 Sub Menu. 38

3.8.3 Maklumat 39

3.8.4 Contoh-Contoh Carta Alir 39

3.9 Penyediaan dan Pengeditan Teks 41

3.10 Pembinaan Grafik dan Kesan Visual 41

3.11 Penghasilan Animasi 42

3.12 Penghasilan Audio 43

3.13 Interaksi dan Tindakbalas Perisian 43

3.14 Pelaksanaan Dalam Perisian 44

3.15 Penilaian Perisian 45

3.16 Penutup 46

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

BAB IV 4.0 PENGGUNAAN PERISIAN

4.1 Pendahuluan 47

4.2 Pempakejan dan Penyimpanan Perisian 47

4.3 Panduan Penggunaan 48

4.4 Kandungan perisian dan Menu Utama 48

4.4.1 Pengenalan kepada Perisian 49

4.4.2 Objektif Pelajaran 50

4.4.3 Menu Bantuan 51

4.4.4 Menu Jenis –jenis Pearuh 51

4.4.5 Menu Latihan 52

4.4.6 Penamat 53

4.5 Penutup 54

BAB V 5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2 Perbincangan 55

5.3 Cadangan 58

5.4 Rumusan 59

RUJUKAN 61

LAMPIRAN

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Carta Alir Pearuh 64 B Surat Pengesahan 65

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik
Page 15: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

BAB I

PENGENALAN 1.0 Pendahuluan

Pembelajaran Perisian Berbantukan Komputer (PPBK) atau Computer-Assisted

Learning (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. Walaupun PPBK telah

diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu , istilah hanya popular pada tahun 1980-an .

Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah didapati ,perisian PPBK ini turut

bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia ,PBBK masih baru. Meskipun perisian

PPBK sudah ada di pasaran dan di dalam internet , penggunaannya masih belum meluas

dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di negara ini. Kebanyakan penggunaan

perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu pendidik di sekolah atau di universiti

dalam kursus masing-masing atau melalui kelab komputer di sekolah. Dengan kata lain

,tidak ada keseragaman dalam penggunaan perisian PPBK di sekolah atau di institusi

pendidikan.

Kehadiran multimedia turut menyaksikan penerimaannya secara meluas di dalam

segmen pendidikan. Di dalam aplikasi perdana MSC, penggunaan multimedia

merupakan antara usur penting di dalam penyediaan serta pembangunan kandungan

persekolahan bestari. Kelangsungannya ia turut membabitkan penggunaan animasi

secara meluas serta aktif. Dengan cirinya yang dinamik serta berwarna, kandungan

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

berasaskan animasi bukan sahaja nampak lebih hidup serta ceria tetapi turut mampu

merangsang kecenderungan serta minat para pelajar (Majalah PC). Meskipun

begitu,kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PPBK di sekolah melalui

program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak swasta ,kerajaan

berharap agar PPBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya dapat

disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini baik ,tetapi pemindahan

pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru terhad dan terlalu minimum.

Manakala pengintegrasian teknologi ke dalam kurikulum menjadi menjadi satu

cabaran kepada guru-guru di dalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini.

Teknologi dapat menarik perhatian , dan pada masa yang sama “menakutkan “guru-guru.

Umum mengetahui teknologi maklumat dan komunikasi berupaya menjadikan

pembelajaran lebih menarik , lebih praktikal dan terkini. Malangnya ramai guru

mendapati sukar untuk mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah.

Pelbagai pendekatan, kaedah dan strategi pengajaran boleh digunakan oleh guru-

guru di sekolah demi untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajarn dan

pembelajaran dalam bilik darjah. Namun begitu ,walaupun kita kini berada di zaman

siber dan teknologi canggih, ada guru-guru yang masih selesa mengimplimentasi

pengajaran secara tradisional (seperti penggunaan buku teks dan papan kapur) dan ini

boleh menyebabkan tahap penggunaan teknologi di dalam bilik darjah agak rendah.

Situasi begini boleh memudaratkan sistem pendidikan kita. Ini memandangkan

perubahan dalam teknologi berkembang dengan begitu pesat, manakala pendidikan pula

berubah dalam bentuk yang agak perlahan. Kegagalan sistem pendidikan (termasuk guru-

guru dan pengurusan sekolah) mengguna atau membuat pengubahsuaian terhadap

teknologi-teknologi baru boleh menyebabkan sekolah bukan lagi menjadi tempat utama

untuk memperoleh pembelajaran. Bagi mengelakkan ketidakselarasan di antara

pendidikan dan perkembangan teknologi, kita perlu mengambil langkah mengadaptasi

sistem pendidikan agar dapat bergerak seiring dengan kemajuan dalam teknologi

maklumat dan komunikasi. Ini kerana sistem pendidikan menjadi gelanggang di mana

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

warganegara dan tenaga kerja generasi akan datang dapat di latih dan dilengkapi dengan

pengetahuan dan kemahiran agar tidak ketinggalan dengan arus kemajuan.

1.1 Latarbelakang Masalah

Kerajaan sedang bergerak pantas untuk menyediakan kemudahan internet di

semua sekolah bagi merapatkan jurang digital di kalangan rakyat ( Datuk Amar Leo

Moggie (Mingguan Malaysia 2003). Sebagai sebuah negara yang sedang pesat

membangun , negara ini memerlukan kira-kira 125.000 tenaga yang berpengalaman

(knowledge workers) dalam tempoh lima tahun akan datang. Hal ini menunjukkan

bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan pelajar dan graduan yang bukan

lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi maklumat.tetapi menjadi

pengguna yang aktif. Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan

dengan kemahiran lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu

kepada pemprosesan perkataan (contohnya, word), pengkalan data (contohnya Access),

paparan elektronik (contohnya Excell) dan persembahan grafik (contohnya powerpoint).

Pendidik tidak seharusnya menjadi pengguna (consumer) semata-mata, tetapi terlibat

secara langsung sebagai pencipta atau pereka (designer) perisian komputer serta mampu

menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan dan

penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan pendidik.

Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih

diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga terlatih dalam pengajaran dan

pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk mencipta dan

membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian yang berada di pasaran kini

tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan

pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan cita

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

rasa pendidik. Kementerian Pendidikan menjangkakan sebanyak empat buah perisian

bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik akan dapat

dibangunkan oleh konsortium yang dilantik pada akhir tahun ini. .

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi

memperbaiki kandungan perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan

perisian sentiasa berubah dengan cepat, maka tidak mustahil perisian yang dihasilkan

oleh konsortium atau syarikat swasta hari ini menjadi tidak sesuai lagi pada bulan

hadapan. Hal ini bermakna bahawa untuk jangka panjang, adalah lebih menjimatkan dan

berkesan sekiranya para pendidik sendiri membangunkan perisian mengikut disiplin

masing-masing dan memperbaiki serta memantapkan perisian tersebut dari semasa ke

semasa.

Sekali gus persoalan tentang keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum,

kesesuaian dengan budaya dan pemikiran setempat (pelajar di sekolah luar bandar,

bandar/metropolitan), kesesuaian dengan pedagogi suatu disiplin, dan kesesuaian dengan

cita rasa pendidik yang lebih mengetahui suasana pembelajaran di sekolah akan dapat

diatasi.

Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia

kepada sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar

dilatih menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual Basic, Authorware)

bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan itu melibatkan logik

algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Proses pengaturcaraan bukan sahaja

memakan masa, tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang

perlu diketahui oleh pendidik. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat pengarang

(authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan

kemahiran pengaturcaraan yang tinggi seperti CoMIL (Malaysia) (Computer Intergrated

Learning System), para pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PPBK multimedia

dengan lebih mudah dan cepat.

Page 19: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi

penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di

universiti. Pengubahsuaian beban kerja dan peranan pendidik perlu dibuat bagi

memastikan sekolah atau institusi berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.

1.2 Penyataan Masalah

Penghasilan perisian dalam kuantiti yang banyak dalam pasaran merupakan satu

petanda yang baik dalam dunia pendidikan di negara kita yang sedang melangkah ke era

maklumat tanpa sempadan. Tetapi pernahkah kita meneliti kualiti perisian yang

dihasilkan?. Kebanyakan ikon yang kurang jelas dalam perisian multimedia banyak

menganggu tumpuan pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

teks yang kurang jelas dan terlalu banyak memberi kesan yang negatif kepada pelajar.

Selain itu, elemen audio yang cukup menarik dan berkesan tidak dititikberatkan.

Masalah yang biasa timbul ialah kurangnya minat terhadap kaedah pengajaran

yang sedia ada (Ee Ah Meng, 1990). Ini adalah kerana kaedah penyampaian pelajaran

menggunakan alat bantu mengajar yang sedia ada bersifat statik walaupun menarik, ianya

belum tentu dapat menarik perhatian pelajar. Bagi menyampaikan pengajaran ianya juga

memerlukan pembimbing setiap masa, tetapi dengan menggunakan alat bantu pengajaran

berbantukan komputer pengawasan dan pembimbing dapat dikurangkan. Di samping itu

juga penyampaian pengajaran yang kurang berkesan dengan alat bantu mengajar yang

kurang menarik dan mengambil masa untuk menguruskannya. Kefahaman ini

kemungkinan boleh diatasi dengan menggunakan alat bantu mengajar berbantukan

komputer dalam bentuk multimedia.

Page 20: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

Kebanjiran perisian-perisian yang diimport dari luar negara juga menyebabkan

industri pasaran perisian kursus tempatan dalam delima. Mungkin bagi sesetengah

individu, perisian kursus yang diimport terutama dalam versi Bahasa Inggeris lebih baik

daripada perisian tempatan. Tetapi pernahkah kita terfikir tentang keselesaan pelajar

yang bakal menggunakan perisian tersebut?. Seperti yang kita tahu , bahasa pengantar

yang utama digunakan di sekolah adalah Bahasa Melayu. Ini menjadikan kurang sesuai

untuk kegunaan pengguna iaitu warga pendidik dan pelajar di dalam “iklim” negara kita

yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Kebanyakan perisian multimedia biasanya dihasilkan oleh pakar-pakar dalam

multimedia atau lebih spesifiknya pakar dalam pengaturcaraan . Mereka kurang

mengambil kira kemahiran pedagogi dan keselarasannya dengan sukatan pelajaran

tempatan iaitu KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM.(Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah). Selain itu, terdapat juga perisian multimedia yang

dihasilkan mengikut sukatan mata pelajaran negara asal. Ini mungkin tidak sesuai dengan

nilai-nilai budaya tempatan dari segi agama, budaya, nilai murni, politik dan lain-lain.

Biasanya perisian-perisian yang diimport ini lebih cenderung kepada persekitaran budaya

asing. Ini menyebabkan ia tidak sesuai dari perspektif pelajar kita yang diasuh dengan

nilai-nilai ketimuran dan budaya tempatan. Bagi pelajaran yang membabitkan mata

pelajaran teknikal kebanyakannya memerlukan kefahaman konsep dan teori-teori yang

kukuh. Umpamanya bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,

ia memerlukan pelajarnya memahami konsep-konsep dan teori-teori penyambungan

peralatan elektrik dan juga fungsinya. Ia perlu kerana pelajar tersebut dalam proses

pengajaran dan pembelajaran akan mendatangkan kesan yang lebih positif berbanding

dengan proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.

Page 21: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

Jesteru itu,pembangun merasakan perlunya satu media pengajaran yang

berasaskan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ataupun perisian yang dapat

memenuhi objektif pengajaran. Topik yang dikemukakan adalah “Kuantiti ,Unit dan

komponen elektrik ” di bawah tajuk Pearuh bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Elektrik dan Elektronik Tingkatan Empat yang selari dengan sukatan mata pelajaran ,

kurikulum, budaya serta diharapkan dapat memaparkan elemen-elemen multimedia.

Diharapkan juga penghasilan perisian multimedia dalam versi Bahasa Melayu ini akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menarik

1.3 Objektif Perisian

Di antara objektif utama pembangunan perisian ini adalah untuk membangunkan

satu pakej pembelajaran dalam versi Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Teori

Kejuruteraan Elektrik Tingkatan Empat bagi bab “komponen elektronik-Pearuh”.

Di antara lain tujuannya ialah :-

a) menghasilkan suatu aplikasi multimedia interaktif untuk digunakan oleh

pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri (self directed learning) bagi

memenuhi tahap pembelajaran pelajar yang pelbagai

b) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang multimedia dan sebagai

alternatif kepada guru untuk menyediakan alat bantu mengajar

c) memenuhi permintaan pasaran negara terhadap perisian multimedia dalam

versi bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) selaras dengan perlaksanaan

Sekolah Bestari.

d) Menyediakan rekabentuk yang memuatkan konsep multimedia dan

pedagogi supaya dapat menghasilkan perisian pendidikan yang berkesan .

Page 22: PEMBINAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER BAGI … filepembinaan perisian berbantukan komputer bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik tingkatan empat topik

1.4 Objektif Projek

Melalui pakej pembelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ini,

pelajar akan dapat:-

a) mengenal pasti komponen elektronik

b) memilih komponen elektronik yang sesuai untuk penggunaan

c) mengenal pasti unit dan simbol komponen elektrik.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Dalam pengajaran-pembelajaran teknologi kejuruteraan elektrik dan elektronik

samada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah, konsep asas sesuatu tajuk amat

penting dan perlu disampaikan secara berkesan supaya pelajar dapat menguasai pelajaran

seterusnya yang memerlukan kefahaman konsep asas. Pembangun memilih tajuk

kuantiti, unit dan komponen elektronik adalah berdasarkan faktor pengaliran arus elektrik

dalam wayar yang disebabkan oleh pergerakan elektron bebas tidak dapat dilihat oleh

deria penglihatan kita walaupun menggunakan bantuan kanta pembesar. Jika diajar

dengan bantuan ABM pun, gambar yang statik tanpa animasi boleh menimbulkan

persoalan dari segi keberkesanan.

Jadi pembangun memilih tajuk ini sebagai projek multimedia interaktif bertujuan

untuk menghasilkan suatu pendekatan pengajaran-pembelajaran yang lebih berkesan

dalam penyampaian konsep asas tentang pearuh, fungsi pearuh, jenis pearuh, dan

pengujian pearuh.