17
Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714 73 PEMIKIRAN USTAZ MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY: TENTANG GOLONGAN YANG SELAMAT (USTAZ MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY’S THOUGHT: ON THE FACTION THAT ACHIEVED SALVATION) Abdul Ghani Bin Muhammad [email protected] Calon Program Sarjana Perbandingan Warisan dan Peradaban Univerisiti Islam Malaysia Cyberjaya (UIM) Profesor Dr. Adel M. Abdulaziz Algeriani [email protected] Koordinator Warisan dan Peradaban Univerisiti Islam Malaysia Cyberjaya (UIM) Abstract: In recent times, Muslims face various questions and confusion arising from the claims and thoughts of various quarters; some say that all religions are true, Islam is a liberal religion, others say that only theirs is true and safe, and anything else is wrong, stray or deviant. This paper aims to discuss how Ustaz Muhammad 'Uthman argues and details the issue and how he distinguishes the 'safe'and 'unsafe' groups. In this regard, he adhered to the classic text of "Al-Farq bayna al-Firaq" ( ا ب ق ر ف ال ق ر ف ل) authored by Abd al-Qahir al-Baghdady (429H / 1037M). His detailing of the said issue is evident based on his books "al-Firqah al-Najiah" and "Upholding Ahlu's-Sunnah wa'l-Jama'ah". For Ustaz Muhammad 'Uthman, the reliable group is only the members of Ahlus Sunnah wal Jamaah who are recognized and guaranteed by the Prophet Muhammad SAW. On the other hand, the other groups that arose thereafter, despite being Muslims, such as Khawarij, Shi'a, Mu'tazilah, Jabariah, Qadariah, Murji'ah, Batiniah and their fragments have not been recognized and are considered 'unsafe', as they have deviated from the teachings of Ahlu's-Sunnah wa'l-Jama'ah. Likewise, the ideals and flows of the outcome of thought or reflection of the Western philosophy of Liberal Islam, religious pluralism and others, are all not recognized and are not secured. Key words: Golongan yang selamat, Ahli Sunnah Wal Jamaah, falsafah Barat.

PEMIKIRAN USTAZ MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY: …gbse.com.my/v4No11MAY2018/Paper-169-.pdf · Muhammad ‘Uthman membahas dan memperincikan persoalan tersebut dan ... dan kerohanian,

  • Upload
    ngokiet

  • View
    225

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

73

PEMIKIRAN USTAZ MUHAMMAD ‘UTHMAN

EL-MUHAMMADY: TENTANG GOLONGAN YANG SELAMAT

(USTAZ MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY’S THOUGHT: ON THE

FACTION THAT ACHIEVED SALVATION)

Abdul Ghani Bin Muhammad

[email protected]

Calon Program Sarjana Perbandingan Warisan dan Peradaban

Univerisiti Islam Malaysia

Cyberjaya

(UIM)

Profesor Dr. Adel M. Abdulaziz Algeriani

[email protected]

Koordinator Warisan dan Peradaban

Univerisiti Islam Malaysia

Cyberjaya

(UIM)

Abstract: In recent times, Muslims face various questions and confusion arising from

the claims and thoughts of various quarters; some say that all religions are true, Islam

is a liberal religion, others say that only theirs is true and safe, and anything else is

wrong, stray or deviant. This paper aims to discuss how Ustaz Muhammad 'Uthman

argues and details the issue and how he distinguishes the 'safe'and 'unsafe' groups. In

this regard, he adhered to the classic text of "Al-Farq bayna al-Firaq" ( لفرق الفرق بي ا )

authored by Abd al-Qahir al-Baghdady (429H / 1037M). His detailing of the said issue

is evident based on his books "al-Firqah al-Najiah" and "Upholding Ahlu's-Sunnah

wa'l-Jama'ah". For Ustaz Muhammad 'Uthman, the reliable group is only the

members of Ahlus Sunnah wal Jamaah who are recognized and guaranteed by the

Prophet Muhammad SAW. On the other hand, the other groups that arose thereafter,

despite being Muslims, such as Khawarij, Shi'a, Mu'tazilah, Jabariah, Qadariah,

Murji'ah, Batiniah and their fragments have not been recognized and are considered

'unsafe', as they have deviated from the teachings of Ahlu's-Sunnah wa'l-Jama'ah.

Likewise, the ideals and flows of the outcome of thought or reflection of the Western

philosophy of Liberal Islam, religious pluralism and others, are all not recognized and

are not secured.

Key words: Golongan yang selamat, Ahli Sunnah Wal Jamaah, falsafah Barat.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

74

Abstrak: Sejak kebelakangan ini ramai umat Islam berdepan dengan pelbagai

persoalan dan kekeliruan berpunca daripada ledakan pemikiran pelbagai pihak; ada

yang mengatakan semua agama benar, Islam itu agama liberal, ada yang mengatakan

golongan mereka sahaja yang benar dan selamat, manakala yang lain salah, sesat

atau menyeleweng. Kertas ini bertujuan untuk menyatakan bagaimana Ustaz

Muhammad ‘Uthman membahas dan memperincikan persoalan tersebut dan

bagaimana beliau menggagaskan tentang golongan yang selamat dan golongan-

golongan yang tidak selamat. Dalam hal ini, beliau berpegang kepada teks klasik“

Al-Farq bayna al-Firaq” ( الفرق بي الفرق) yang dikarang oleh Abd al-Qahir al-Baghdadi

(429H/1037M). Pemerincian beliau dapat diperhatikan dengan jelas dalam bukunya

“al-Firqah al-Najiah” dan “Menegakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah”. Bagi Ustaz

Muhammad ‘Uthman golongan yang selamat itu adalah golongan Ahli Sunnah Wal

Jamaah iaitu golongan yang diakui dan dijamin selamat oleh Rasulullah SAW.

Manakala golongan-golongan yang lain yang timbul selepas itu walaupun bergelar

Islam seperti golongan Khawarij, Syi’ah, Mu’tazilah, Jabariah, Qadariah, Murji’ah,

Batiniah dan pecahan-pecahannya tidak diakui dan tidak selamat, kerana ia telah

menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Demikian juga fahaman-

fahaman dan aliran-aliran hasil daripada pemikiran atau tempias daripada falsafah

Barat sama ada Islam Liberal, Pluralisme agama dan lain-lain, semuanya tidak diakui

dan tidak dijamin selamat.

Kata Kunci: Golongan yang selamat, Ahli Sunnah Wal Jamaah, falsafah Barat.

2018 JGBSE

PENDAHULUAN

“Agama di sisi Allah hanyalah Islam”,1 dan “Sesiapa yang menuntut agama selain

daripada Islam tidak akan diterima, bahkan mereka akan mengalami kerugian di

akhirat nanti” 2. Nabi Muhammad SAW memberitahu pada suatu masa nanti umatnya

akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan. Dari jumlah itu hanya satu golongan

sahaja yang selamat yang akan masuk syurga dan selebihnya tujuh puluh dua golongan

lagi akan masuk neraka. Satu golongan yang selamat itu namanya Ahli Sunnah Wal

Jamaah. Golongan ini paling ramai yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai “as-

Sawad al-A’azham”, mereka bertapak kukuh di serata dunia termasuk di Alam Melayu

(Nusantara) sejak dahulu hingga sekarang ini, kecuali di Iran yang sebahagian

besarnya bermazhab Syi’ah Rafidhah.

1 Iaitu maksud daripada firman Allah ( إ ن الد ين ع ن د للا ال س ل م) pada surah Aali Imran, ayat 19.

2 Iaitu maksud daripada firman Allah ( سلم دينا ف لن ي قبل منه وهو ف الخرة من الاسرين تغ غي ال (ومن ي ب Pada surah Aali Imran ayat 85.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

75

Untuk memahami asal usul, konsep, sejarah dan perkembangan Ahli Sunnah

Wal Jamaah, marilah kita melihat bagaimana seorang tokoh dakwah yang

menggelarkan dirinya sebagai Lebai, mengupaskannya dengan cara yang mudah, gaya

yang sangat menarik dan memuaskan, beliau ialah Ustaz Muhammad ‘Uthman El-

Muhammady3 (1943-2013) yang dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1426H

peringkat Kebangsaan pada tahun 2005.

ASAL USUL, PRINSIP DAN KONSEP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Prinsip amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangan utama bagi seluruh

masyarakat Islam di Malaysia (dan di Nusantara pada amnya). Ia bermaksud

berpegang kepada aliran dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah, ia

mengikut manhaj Imam Asy’ari dan Maturidi, dalam fikah, ia mengikut mazhab

Imam Syafi’ei di samping meraikan mazhab-mazhab lain. Manakala dalam akhlak

dan kerohanian, ia mengikut Imam Ghazali.4 Untuk menjelaskan perkara ini, Ustaz

‘Uthman menggunakan teks-teks klasik antaranya kitab “Al-Farq bayna al-Firaq”

yang dikarang oleh Abd al-Qahir al-Baghdadi. Penggunaan istilah Ahli Sunnah Wal

Jamaah memang terdapat dalam beberapa Hadith Nabi SAW terutamanya dua istilah;

Jamaah dan firqah (dengan bentuk banyaknya/plural: firaq). Menurut Ustaz ‘Uthman,

sebelum meneliti sejarahnya elok dibicarakan terlebih dahulu istilah kalimah Ahli

3 Namanya Muhammad ‘Uthman bin Muhammad. Beliau dilahirkan di Kampung Panji, Pengkalan

Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1943, berasal daripada keluarga petani, pendidikannya

bermula dengan sekolah Melayu kemudian diikuti dengan pendidikan menerusi Bahasa Inggeris secara

formal bermula dengan kelas Special Malay sehingga mendapat ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam

bidang Pengajian Islam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, manakala pengetahuan agama Islam dan

Bahasa Arab didapatnya mata pelajaran Agama Islam yang diajar di sekolah dan daripada beberapa

paper (kertas pengajian) ketika belajar di universiti tersebut dan daripada pembacaannya. Beliau

memiliki pelbagai ilmu yang berkualiti, dan pernah menjadi pensyarah dan penyelia di universiti-

universiti, pendakwah, penulis, penceramah, pendebat, pembentang kertas kerja di seminar-seminar dan

kongres-kongres, di Malaysia dan juga di Nusantara. Beliau menterjemah Tafsir Quran Abdullah Yusoff

Ali daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia sebanyak lima jilid, diterbitkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka dan menterjemah kitab Fathul Mu’in, karangan Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz

al-Malibari daripada Bahasa Arab kepada Bahasa Malaysia sebanyak dua jilid, tetapi buat masa ini

diterbitkan jilid pertama sahaja oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Dan beliau menulis

beberapa buah buku dan beratus tajuk artikel, makalah, kertas kerja. Selain daripada dinobatkan sebagai

Tokoh Maal Hijrah 1426H peringkat Kebangsaan pada tahun 2005 dan Tokoh Keilmuan Negeri

Kelantan 2007, beliau dianugerahkan dengan pelbagai gelaran seperti Datuk (dari Kerajaan

Persekutuan), Dr (dari Universiti Pulau Pinang dan Universiti Utara Malaysia), Profesor dan sebagainya

dan telah ditawarkan sebagai pensyarah oleh beberapa buah universiti tempatan dan juga universiti luar

negara seperti Oxford University dan Harvard University, walau bagaimanapun beliau menolak tawaran

daripada universiti luar negara atas alasan ingin berkhidmat dalam negara sendiri. Beliau mampu

memahami dan menghuraikan dengan baik ilmu-ilmu Islam dan Barat termasuk falsafahnya.

Sebahagian besar hidup beliau dihabiskan untuk dakwah dan penulisan. Beliau kembali ke rahmat Allah

pada 25 Mac, 2013 akibat komplikasi jantung, ketika beliau sedang menyiapkan kerja-kerja

penulisannya di tempat kediamannya di Perkarangan Jalan Duta, Kuala Lumpur dan dikebumikan di

Perkuburan UIAM, Gombak, Kuala Lumpur. (Hj. Zaidi Hasan (2013) Majalah Pengasuh bil. 527, h. 2-

11). 4 Aizan Ali Mat Zin, Dr. dan Siti Hajar Aziz, “Muhammad ‘Uthman El-Muhammady: Analisis

Sumbangannya Dalam Penulisan”, suatu kertas kerja (tt.). h. 5. Dan lihat juga artikel, -Muhammad

‘Uthman El-MUhammady (tt.), “Epistemologi Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Kepentingannya Dalam

Pembinaan Tamadun Dunia Melayu”, Majalah Pengasuh, MAIK, h. 45.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

76

Sunnah Wal Jamaah. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah memang terbit daripada Hadith-

hadith Nabi SAW, antaranya;

Pertamanya terdapat dalam Sunan Ibn Majah suatu riwayat dari Abu Hurairah

katanya, Rasulullah SAW bersabda:

)) ت فر قت ال ي هود على إحدى وسبعي فرقة وت فتق أم ت على ثلث وسبعي فرقة ((5 [Maksudnya: Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan

(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan].

Dalam nota kakinya (oleh Muhammad Fu’ad Abd al-Baqi)6 dinyatakan;

bahawa mereka yang dikatakan “umatku” itu adalah “Umat Ijabah” iaitu umat yang

menerima seruan Nabi SAW dan Ahli Qiblat7, manakala perpecahan yang

dimaksudkan adalah dalam bidang usul dan akidah, bukan dimaksudkan dalam bidang

furu’ atau cawangan-cawangan hukum dan amaliyat.8

Sebuah Hadith lagi telah diriwayatkan oleh Ibn Majah, hadithnya Rasulullah

SAW bersabda:

تي وسبعي ))افتقت الي هود على إحدى وسبعي فرقة ف واحدة عون ف الن ار . وافتقت الن صارى على ثن ف الن ة وسب فرقة ف واحدة أم ت على ثلث وسبعي فرقة ، فإحدى وسب عون ف الن ار وواحدة ف الن ة . وال ذي ن فس مم د بيده لت فتقن

تان وسب عون ف الن ار ، قيل ي رسول الل من هم ؟ قال : الماعة(( 9 ف الن ة وثن

[Maksudnya: Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan,

satu golongan masuk syurga manakala tujuh puluh golongan lagi masuk neraka.

Orang-orang Nasara telah berpecah kepada tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh

satu golongan masuk neraka, manakala satu golongan lagi masuk syurga. Demi

Tuhan yang diri Muhammad di tanganNya, umatku akan berpecah kepada tujuh puluh

tiga golongan, maka satu golongan di dalam syurga dan tujuh puluh dua golongan di

5 Sanadnya: د بن عمرو عن أب سلمة عن أب هري رة ث نا مم د بن بشر حد ث نا مم بة حد ث نا أبو بكر بن أب شي حد

6 Sunan Ibn Majah bab Iftiraq al-Ummah, Hadith-hadith 3991-3993, juz 11, tahqiq Muhammad Fuad

Abd al-Baqi, Qahirah, tanpa tarikh. 7 Dikehendaki dengan Ahli Qiblat itu ialah mereka yang mengaku Islam, menghadap Ka’bah ketika

solat walaupun ia kaki maksiat dan menurut hawa nafsu selagi dia tidak mendustakan dengan sesuatu

yang dibawa oleh Rasululullah SAW dan dalam syarah Aqidah al-Tahawiah disebut kata syeikh: Dan

Kami tidak mengkafirkan seseorang dari ahli Qiblat dengan sebab apa-apa dosa selagi dia tidak

menghalalkannya (perbuatan itu). Demikianlah menurut syarah Aqidah al-Tahawiyah, Ibn Abi al-‘Izzi

al-Dimasyqi (٧٩٢).

.واألرنؤط( .، ط: التكي427-426)شرح العقيدة الطحاوية، ص 8 Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, (2017), “Al-Firqah al-Najiah”, terbitan MUAFAKAT, Kuala

Lumpur, Januari 2017, h.25-26. 9 Ibid, h. 26-27. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Ibn Majah dan juga Ibn Abi al-Dunia, dari Auf bin

Malik, dan diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi, al-Hakim dan Ibn Hibban dari Abu Hurairah. Semua

mereka mengatakan Hadith tersebut “sahih”.

Sanadnya: ث نا عمرو بن عثمان بن سعيد بن كثي بن دينار المص ث نا صفوان بن عمرو ي حد ث نا عب اد بن يوسف حد ن راشد بن ع حد عليه وسل م:سعد عن عوف بن مالك قال: قال رسول الل صل ى الل

Menurut pentahqiq kitab Al-Zawa’id, isnad Hadith tersebut terdiri daripada mereka yang boleh

dipercayai.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

77

dalam neraka. Rasulullah ditanya, siapa yang masuk syurga? Beliau menjawab: al-

Jama’ah].

Dan Rasulullah SAW bersabda (keratan bahagian depan Hadith ini, sila rujuk

di nota kaki di bawah ini):

عليه ن هي ي رسول الل قال ما أن )).......وت فتق أم ت على ثلث وسبعي مل ة كل هم ف الن ار إل مل ة واحدة قالوا وم 10وأصحاب((

[Maksudnya: ………. Dan umatku berpecah kepada tujuh puluh tiga millah

(golongan) kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu golongan. Para sahabat

bertanya: Golongan apa mereka itu wahai Rasulullah? Jawab baginda: Iaitu

golongan yang mengikut jalan hidupku(sunnahku) dan para sahabatku].11

Dan lagi Rasulullah SAW bersabda seperti pada suatu hadith riwayat Imam

Tirmizi (Tuhfatul Ahwazi bil. 2676);

كم ا ضللة فمن أدرك ذلك منكم ف عليه بسن ت ))......فإن ه من يعش منكم ي رى اختلفا كثيا وإي ومدثت األمور فإن ها بلن واجذ(( 12 وسن ة اللفاء الر اشدين المهدي ي عض وا علي

[Maksudnya: Maka sesungguhnya sesiapa yang hidup dari kalangan kamu akan

melihat banyak perselisihan. Kamu hendaklah berhati-hati bila bersama-sama dengan

perkara-perkara yang dibaharukan (dalam urusan agama) kerana ia sesat. Maka

sesiapa dari kalangan kamu mendapati yang demikian itu maka ia wajib berpegang

dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang bijaksana yang diberi petunjuk,

gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham kamu].13

10 Sanadnya dan potongan Hadith bahagian depannya:

ث نا أبو داود الفري عن سفي 2641 ث نا ممود بن غيلن حد الل بن يزيد عن عبد قي عن عبد ان الث وري عن عبد الر محن بن زيد األفريحد عل بلن عل حت إن كان من هم من ي على أم ت ما أتى على بين إسرائيل حذو الن الل بن عمرو قال قال رسول الل صل ى الل عليه وسل م ليأت

تي وسبعي مل ة علنية لكان ف أم ت من يصنع ذلك وإن بين إسرائ أتى أم ه ....يل ت فر قت على ثن Menurut Imam Tirmizi Hadith tersebut tarafnya hasan. 11 Op.cit h. 35-36. Lihat juga Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (1996), “Sejarah dan Konsep Ahli

Sunnah Wal Jamaah”, terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri, h. 4-5. 12 Sanad dan potongan Hadith sebelumnya seperti berikut:

ث نا بقي ة بن الوليد، عن - 2676 ث نا علي بن حجر قال: حد ، ي بن سعد، عن خالد بن معدان، عن عبد الر ب حد محن بن عمرو الس لمي ت من ها العيون ووجلت من ها رف سل م ي وما ب عد صلة الغداة موعظة بليغة ذ و عن العربض بن سارية، قال: وعظنا رسول الل صل ى الل عليه

نا ي والط اعة، وإن عبد أوصيكم بت قوى الل والس مع » رسول الل ؟ قال: القلوب، ف قال رجل: إن هذه موعظة مود ع فماذا ت عهد إلي ................................................................حبشي،..............

Imam Tirmizi mengatakan taraf hadith tersebut sebagai “Hasan sahih”. 13 Kata pengarang kitab “Subul as-Salam”: Adapun Hadith:

ا وعض وا علي ها بلن واجذ عدي تس كوا ب ))عليكم بسن ت وسن ة اللفاء الر اشدين ب (( [Maksudnya: Wajib atas kamu (berpegang) dengan Sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang betul

selepasku. Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham].

Ia telah diriwayatkan oleh Imam-imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan Tirmizi dan Al-Hakim

mengatakannya sahih serta menuruti syarat Syaikhan (Bukhari dan Muslim).

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

78

BILAKAH TIMBULNYA PERSELISIHAN DAN PERPECAHAN?

Menurut Ustaz ‘Uthman, Imam Abd al-Qahir al-Baghdadi telah menyatakan dalam

kitabnya “Al-Farq bayna al-Firaq”, bahawa di zaman Rasulullah SAW iaitu tahun 10

Hijriah iaitu pada tahun kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam berada dalam

pegangan dan perjalanan agama yang satu dalam dasar-dasar agama atau usuluddin

dan cawangan-cawangannya, selain daripada mereka yang menzahirkan ketaatan di

samping menyembunyikan kenifaqan.14

Kemudian Umat Islam berselisih pendapat tentang kewafatan

Rasulullah SAW. Ada yang mengatakan Rasulullah diangkat ke langit

macam Nabi Isa dan ada yang mengatakan Rasulullah SAW memang

wafat. Setelah Abu Bakar as-Sidek membaca beberapa potong ayat Quran

antaranya ayat 30 dari surah al-Zumar:

م مي تون﴾ ﴿إن ك مي ت وإن [Maksudnya: sesungguhnya engkau (Muhammad) mati dan

mereka juga mati],

maka dengan penjelasan Abu Bakar itu mereka berpuas hati, bahawa

Rasulullah SAW memang sudah wafat.

Kemudian mereka berselisih pendapat tentang tempat pengebumian

jasad Rasulullah SAW. Akhirnya perselisihan itu selesai apabila Abu

Bakar al-Sidek membaca sepotong Hadith:

األنبياء يدف نون حيث ي قبضون(())أن [Maksudnya: para Nabi itu dikebumikan di mana mereka mati].

Kemudian mereka berselisih pendapat tentang perlantikan khalifah.

Pihak Ansar mahu Sa’d bin Ubadah, manakala pihak Quraisy mahukan

orang Quraisy. Maka Abu Bakar al-Sidek membaca sepotong Hadith

riwayat Imam Ahmad dari Anas bin Malik:

األئم ة من ق ريش [Imam-imam (pemimpin) itu dari Qurasy].15

Kemudian mereka berselisih pendapat tentang harta Nabi SAW

(Fada’) yang dituntut oleh Fatimah. Hal itu selesai apabila Abu Bakar al-

Sidek membaca sepotong Hadith yang diriwayatkan oleh al-Daruqutni

daripada Ummu Hani’ daripada Fatimah radiaAllah ‘anha:

إن األنبياء ل يورثون [Sesungguhnya para Anbia itu tidak diwarisi].

Kemudian umat Islam terpaksa menentang orang yang tidak mahu

mengeluarkan zakat dan orang-orang yang mengaku jadi nabi seperti

14 Muhammad ‘Uthman el-Muhammady, (2017), “Al-Firqah an-Najiah”, terbitan MUAFAKAT, Kuala

Lumpur, Januari 2017, h.48. 15 Ibid, h. 48-52.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

79

Tulaihah dan Musailamah al-Kazzab dan seterusnya mereka sibuk

berperang dengan kerajaan Rom dan Parsi.

Kemudian berlaku perselisihan di kalangan sahabat mengenai

tuduhan ke atas Sayedina Uthman, dan perselisihan antara Sayedina Ali

dan Muawiyah. Walau bagaimana pun beberapa perselisihan tersebut

berpanjangan.

Di penghujung generasi sahabat ada sekumpulan orang berfahaman

“qadariah” [Mereka berfahaman bahawa Allah tidak mengetahui

perbuatan makhluk sebelum makhluk perbuat perbuatannya]. Walau

bagaimana pun fahaman itu ditolak oleh saki baki sahabat Nabi yang masih

ada pada masa itu antaranya Abdullah bin ‘Amr, Abdullah bin Abi Aufa

dan ‘Uqbah bin ‘Aamir al-Juhaniy.

Kemunculan golongan Khawarij. Di zaman Rasulullah SAW telah

timbul sanggahan puak munafik, tetapi mereka ini bukan dari golongan

kaum Muslimin dari awal lagi. Di zaman Rasulullah SAW juga, benih

kemunculan golongan Khawarij mula timbul apabila mereka keluar

membantah terhadap Nabi SAW kerana tidak berpuas hati cara Nabi SAW

membahagikan harta rampasan perang Hunain, kononnya pembahagian itu

tidak adil, lalu berkata: “Adilkanlah wahai Muhammad, engkau tidak

berlaku adil”16. Golongan ini bergerak dengan begitu aktif dan mereka

berpecah sehingga kepada dua puluh golongan, kemudian tiap-tiap satu

daripadanya mengkafirkan yang lain. Antara golongan ini ialah; Azariqah

.(البضي ة) dan Ibadhiah (الن جدات ) Najadaat ,(األزارقة ) Kemunculan golongan Rafidhah (Syi’ah). Golongan ini mula muncul di

zaman pemerintahan Ali bin Abu Talib. Mereka ini dianggap pelampau,

sesetengahnya dibuang negeri oleh Khalifah Ali. Mereka ini berpecah

kepada empat golongan iaitu Zaidiyah, Imamiyah, Kaysaniyah dan

golongan Ghulat (pelampau). Golongan-golongan ini berpecah pula dan

masing-masing mengkafirkan golongan yang lain. Seluruh golongan

Syi’ah Ghulat terkeluar dari Islam. Adapun golongan Syi’ah Zaidiyah dan

Imamiyah mereka termasuk dalam golongan Islam kerana mereka bebas

daripada iktikad yang membawa kepada kekufuran.17

Kemunculan golongan Qadariyah Mu’tazilah. Mereka ini memisahkan

diri daripada ajaran Islam yang benar secara ontologi dan epistemologi dan

mereka berpecah kepada dua puluh golongan. [Mereka ini muncul pada

permulaan kurun kedua Hijriah 80-131H di Basrah, kemudian merebak ke

Khurasan, Tirmiz, Yaman, Semenanjung Arab, Kufah, Armania hingga ke

Baghdad. Tokoh yang paling masyhur dalam golongan ini ialah

Zamakhsyari pengarang Tafsir al-Kasyaf, al-Jahiz, Khalifah al-Ma’mun

16 Salih bin S’ad as-Suhaimiy, Syeikh, “Tarikh al-Khawarij bi Ikhtisor” 17 Lihat Al-Farq bayna al-Firaq, h. 13-16 dan lihat juga Al-Firqah al-Najiah, h. 51-56.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

80

dan Qadi Abdul Jabbar18]. Mereka menggunakan perkataan “al-Qadariah”

yang bersifat equivocal [satu perkataan mempunyai erti yang bertentangan]

kepada diri mereka. Perkataan Qadariah itu bagi mereka ada dua maksud,

satunya seperti yang telah diketahui ramai bahawa takdir baik dan buruk

itu semuanya datang daripada Allah Taala, sedangkan pendirian mereka,

setiap hamba itu berkuasa mengadakan perbuatan dirinya sama ada yang

baik atau yang buruk. Tujuan menamakan diri mereka demikian untuk

melepaskan diri mereka daripada celaan manusia terhadap mereka melalui

sabdaan Nabi SAW:

.[Qadariah itu Majusi umat ini] القدري ة موس هذه األم ة

Dan sabdaannya yang lain:

الل ف القدر القدري ة خصماء [Qadariah itu penentang Allah dalam al-qadar].

Mereka dicela kerana mereka menolak sifat qidam bagi Allah, umpamanya

mereka mengatakan kalam Allah baharu.19

Muncul golongan Murji’ah. [Golongan Murji’ah ialah orang-orang yang

mengutamakan iman daripada amalan. Mereka meletakkan amalan pada

tempat kedua nisbah dengan iman dan amalan bukan sebahagian daripada

iman. Dan mereka berkata: Maksiat tidak memudaratkan iman

sebagaimana ketaatan tidak bermanfaat berserta kufur – Multaqa Ahl al-

Hadith- penulis]. Mereka ada tiga cawangan; satu cawangan mengikut

fahaman Qadariah, cawangan yang kedua mengikut ajaran Jahm dan

cawangan yang ketiga seperti yang mengikut ajaran Abu Syamr al-

Murji’i.20

Kemudian timbul pula ajaran-ajaran dan pemikiran-pemikiran yang sesat

berkaitan dengan tasawuf seperti; tuhan dalam diri manusia, manusia

itu tuhan, syurga neraka dalam diri, Quran yang ada ini kertas sahaja

dan lain-lain.

Kemudian timbul pula pemikiran moden yang menyesatkan dari perspektif

Islam; seperti Sekularisme, Materialisme, Pascamodenisme, dan

saintisme.21

Seterusnya Ustaz ‘Uthman menyebut, bahawa Imam Abd al-Qahir al-Baghdadi

menyatakan golongan-golongan itu terdiri daripada tujuh puluh dua golongan; dua

puluh daripada kalangan Rawafidh, dua puluh daripada kalangan Khawarij, dua puluh

daripada kalangan Qadariah, sepuluh daripada Murji’ah dan tiga daripada Najjariyah,

18 Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam hal keagamaan dan siasah dalam pemerintahan

Bani Abbasiah. Mereka mengutamakan akal daripada nas Quran atau Hadith, baik dan buruk diputuskan

oleh akal, sedangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah menggunakan akal sebagai jalan untuk memahami nas

dan bukannya penentu.- Sumber dari Wikipedia al-Mausu’ah al-Hurrah. 19 Al-Firqah al-Najiah, h. 60-62. Dan lihat juga Al-Farq bayna al-Firaq, h. 16-18. 20 Ibid, h. 62 21 Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (2011), “Ajaran Dan Pemikiran Sesat Dalam Konteks

Islam”, Kertas kerja.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

81

Bakriah, Dirariyah, Jahmiah dan Karramiyah. Dan kata Imam Abd al-Qahir lagi, ini

jika hendak dikira jumlahnya dan boleh juga hendak dimaksudkan ramainya golongan-

golongan yang tersebut itu dan pecah-pecahan masing-masing. Mereka ini ada yang

sekadar sesat sahaja dan ada yang terlampau sesat sehingga menjadi kafir. Manakala

golongan yang tidak sesat bahkan yang selamat hanyalah satu sahaja iaitu golongan

Ahli Sunnah Wal Jamaah.22

GOLONGAN YANG SELAMAT ( الفرقة الناجية) – AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Kata Ustaz ‘Uthman, menurut Imam Abd al-Qahir al-Baghdadi lagi, golongan yang

ke tujuh puluh tiga ialah golongan yang selamat iaitu golongan Ahli Sunnah Wal

Jamaah. Golongan ini ada dua golongan; satunya di samping menggunakan Quran dan

Hadith mereka banyak juga menggunakan pendapat akal, maka kerana itu mereka

dikenali sebagai Ahl al-Ra’yi, dan mereka bukanlah kaum fahaman Liberal seperti

sekarang ini, manakala satu lagi lebih kepada bersandar kepada Quran dan Hadith

daripada menggunakan fikiran dalam memutuskan sesuatu.23 Beliau menyatakan

bahawa golongan Fuqaha’ mereka itu, golongan Qurra’nya, Ahli Ilmu Kalamnya dan

Ahli Hadith mereka bersepakat di atas pegangan yang satu; tentang mentauhidkan

Allah Tuhan yang menjadikan alam ini, serta sifat-sifatNya, qidamNya serta qidam

sifat-sifatNya, keadilanNya, hikmatNya, nama-namaNya dan harus orang-orang

beriman melihatNya di dalam syurga. Juga mereka bersepakat tentang Nubuwah,

tentang Imamah, hukum-hukum di alam akhirat dan perkara-perkara yang asas dalam

agama. Mereka hanya berselisih dalam perkara ranting ( ف روع) dalam hukum fikah

sahaja. Dan tiada sesuatu yang mereka berselisih itu boleh membawa kepada kesesatan

atau kefasikan. Dan mereka sepakat berikrar dan beriman dengan segala kitab Allah

dan Rasul-rasulNya, dan mereka mengharuskan apa yang diharuskan oleh Quran dan

mengharamkan apa yang diharamkan oleh Quran. Dan mereka sepakat beriman

dengan adanya soalan Munkar dan Nakir di dalam kubur, tentang kebangkitan semula

di Padang Mahsyar, tentang kolam Kautsar, tentang Mizan.24

Menurut Ustaz ‘Uthman, di dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin ada

menyatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu datang dari tujuh golongan yang

berikut, iaitu: Syi’ah, Khawarij, Mu’tazilah, Murji’ah, Najjariah, Jabariah dan

Musyabbihah.25

Jadi apa yang dibahaskan oleh Ustaz ‘Uthman itu disokong oleh Darul Fatwa

Majlis Islam Tertinggi Australia yang menyatakan, Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah

golongan terbesar umat Muhammad. Mereka terdiri daripada para sahabat Nabi dan

pengikut-pengikut mereka dalam bidang usul akidah iaitu beriman dengan Allah,

dengan malaikat, kitab-kitab dan rasul-rasulNya, hari akhirat dan qadar baik dan buruk

22 Ibid, h. 63-64. 23 Ibid, h. 64 24 Ibid, h. 64-66, dan lihat juga al-Farq bayna al-Firaq, h. 20. 25 Ibid, h. 66-68.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

82

daripada Allah. Mereka yang paling utama ialah yang hidup dalam tiga kurun pertama

yang dikatakan sebaik kurun oleh Rasulullah SAW, kemudian yang hidup selepas

mereka. Mereka inilah golongan yang selamat. Adapun kumpulan Mu’tazilah dan

Musyabbihah yang muncul selepas tahun 260 Hijrah maka Allah bangkitkan dua Imam

besar Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansor al-Maturidi untuk memberi penjelasan

tentang akidah Ahli Sunnah yang dipegangi oleh para sahabat dan pengikut-pengikut

mereka dengan membawa dalil-dalil naqli dan akli serta menolak kekeliruan yang

ditimbulkan oleh mereka.26

Tetapi lain pula pendapat Ibn Taimiyah. Baginya, Ahli Sunnah Wal Jamaah

ialah mereka yang berpegang kepada Kitab, Sunnah dan ijma’. Mereka inilah yang

selamat.27

Walau bagaimanapun John Hick menegaskan, bahawa semua agama adalah

jalan keselamatan. Pengertian keselamatan ini, apabila dipertimbangkan dalam

perspektif pluralisme agama, ertinya transformasi kewujudan manusia dari

kepercayaan diri kepada orientasi baru yang berpusat di Realiti Ilahi, ia adalah

keselamatan yang berada di dalam skop manusia dan boleh dicapai dalam kehidupan

seharian. Kitab Suci agama-agama mengandungi ajaran-ajaran untuk transformasi

radikal ini pada manusia, yang telah menghasilkan orang-orang kudus, orang yang

tidak berbeza daripada yang lain tetapi hanya lebih maju dalam proses transformasi

batin. Mereka adalah orang yang terbuka kepada Transenden, juga menjadi bebas dari

kebimbangan diri dan segala kebimbangan yang lain dan diberi kuasa untuk hidup

sebagai instrumen Tuhan / Kebenaran / Realiti (Hick 1991, p.136-137).28 Bagi penulis,

pendapat John Hick ini berdasarkan andaian daripada pemikiran falsafahnya semata-

mata, tiada bukti kukuh yang dibawa oleh beliau yang menyatakan semua agama

adalah jalan keselamatan.

Ustaz ‘Uthman menambah, beberapa elemen Pascamodenisme sedikit

sebanyak telah mempengaruhi umat ini dalam jangka masa yang pendek dan juga

dalam jangka masa yang panjang sehingga ada pihak yang menyamaratakan agama

sebagai sama benar, sama selamat, meringankan institusi sendiri seperti Kesultanan,

Majlis Fatwa dan kedudukan Ulil Amri. Ada yang menyamaratakan semua ilmu dan

meringankan nilai akhlak Islam, jatidiri budaya dan umat.29

KEMUNCULAN GERAKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Menurut Ustaz ‘Uthman, reaksi daripada gerakan pelbagai golongan dalam akidah itu,

muncul pula para ulama yang besar menegakkan ajaran atau fahaman yang telah pun

didukung oleh para ulama terdahulu secara berturutan dari Nabi, para sahabat, dan para

ulama berikutnya. Antaranya Abu al-Hasan al-Asy’ari (260-324H) lahir di Basrah dan

26 Darul Fatwa Majlis Islam Tertinggi Australia. 27 Majmuu’ al-Fatawa (346/3), Imam Ibn Taimiyah. 28 - Lawrence Nwachukwu Okwuosa, Chinyere Theresa Nwaoga and Favour C. Uroko,

“A Critique of John Hick’s Multiple Incarnation: Theology and Christian Approach to Religious

Dialogue”. Research Article Vol 8 No 5 September 2017, h.163. 29 Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (2011), “Beberapa Elemen Pemikiran Pascamodenisme

Dalam Suluhan Cahaya Ajaran Syeikh Daud Al-Pattani Satu Pengamatan Awal”. Kertas kerja.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

83

meninggal dunia di Basrah dan Abu Mansor al-Maturidi (-333H) lahir di Samarqand

dan meninggal dunia di Samarqand. Aliran akidah ini dikenali sebagai ajaran Ahli

Sunnah Wal Jamaah yang sudah pun dijelaskan sebelum ini. Nama golongan ini kerap

juga disebut sebagai Sunni, Asy’ari atau Asy’ariyah. Abu al-Hasan al-Asy’ari dan Abu

Mansor al-Maturidi dianggap imam Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mereka ini yang

menyusun ilmu akidah dan menyusun hujah-hujah untuk mempertahankan akidah

yang benar daripada serangan golongan bid’ah seperti Mu’tazilah, Jabariah, Khawarij,

Syi’ah, Batiniah dan lain-lain, kalau sekarang ini seperti Wahabiah.30

ABU AL-HASAN AL-ASY’ARI DAN ALIRANNYA

Kata Ustaz ‘Uthman, Abu al-Hasan al-Asy’ari pada mulanya berpegang dengan aliran

Mu’tazilah yang dipelajari daripada gurunya Abu Ali al-Juba’i, kemudian beliau

meninggalkan gurunya setelah mendapat hidayat dari Allah Taala. Abu al-Hasan

banyak mengarang kitab antaranya; al-Ibanah en Usul al-Dianah, Maqalat al-

Islamiyyin dan al-Muujaz. Antara ulama besar yang menyebarkan aliran Imam al-

Asy’ari ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal (m 365H), Abu Ishak al-Isfarayini (m 411H),

Imam al-Hafiz al-Baihaqi (458H), Abu al-Ma’ali al-Juwaini (Imam al-Haramain)

(478H), Imam al-Qusyairi (465H), Imam al-Baqilani (403H), Imam al-Ghazali

(505H), Imam Fakhruddin al-Razi dikatakan Mujaddid kurun ke 7 Hijrah (606H), dan

Imam ‘Izzuddin Ibn Abd al-Salam (660H). Semua mereka ini berpegang dengan ajaran

Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut huraian Abu al-Hasan al-Asy’ari. Manakala ulama

yang terkemudian yang mendukung ajaran Imam al-Asy’ari ialah Syeikhul Islam

Syeikh Abdullah al-Syarqawi (1227H), Syeikh Ibrahim al-Bajuri (1272H), Syeikh

Nawawi al-Bantani (1315H), Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Patani dan

Syeikh Husein al-Tarabalisi.31

GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TERDIRI DARIPADA

BEBERAPA KATEGORI

Ustaz ‘Uthman menyatakan, golongan ini ada lapan asnaf (kategori) seperti yang

berikut: Pertama: Kategori mereka yang mendalami dan mencukupi dalam ilmu

akidah; tauhid, kenabian dan balasan di akhirat. Kedua: Kategori mereka yang

mendalami dan mencukupi dalam ilmu fikah. Ketiga: Kategori mereka yang

mendalami dan mencukupi dalam ilmu Hadith dan Sunnah. Keempat: Kategori

mereka yang mendalami dan mencukupi dalam ilmu-ilmu nahu, sharaf dan sastera

Arab. Kelima: Ketegori yang memiliki ilmu yang mendalam dan mencukupi dalam

bidang Quran, tafsir dan qiraat. Keenam: Kategori ahli zuhud. Ketujuh: Kategori

mereka yang sentiasa bersiap siaga menjaga sempadan negara Islam. Kelapan:

30 Ibid, h. 68-71. 31 Al-Firqah al-Najiah, h. 69-71. Dan lihat juga K.H. Sirajuddin Abas, I’tiqad Ahlissunnah wal

Jamaah, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1978, h. 33.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

84

Kategori negeri-negeri yang banyak tertonjol dengan nyata tentang banyaknya syi’ar

Islam.

Pada pandangan Ustaz ‘Uthman, jika ini dimengerti semuanya dan diamalkan

dengan kesedaran, tidak akan timbul golongan Ayah Pin, Syi’ah, Islam Liberal, aliran

dan pemikiran Pascamodenisme, aliran yang menolak Hadith, aliran mengecap orang

lain bid’ah dan mereka sahaja yang tidak bid’ah, aliran yang mengecam terhadap

imam-imam dan para ulama Ahli Sunnah seperti mengecam Imam al-Ghazali, Imam

al-Suyuti, Imam Nawawi atau mengecam terhadap ulama terkenal di dunia Melayu

seperti yang dilakukan oleh mereka yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Wahabiah

yang mengaku diri sebagai golongan Salafi atau mendakwa mereka sahaja golongan

Ahli Sunnah Wal Jamaah.32

Kata Ustaz ‘Uthman lagi, inilah golongan yang benar dan selamat ketika

berada di atas titian Sirat (jambatan di atas permukaan neraka), dan inilah pegangan

Dunia Melayu semenjak dahulu dan aliran lain tidak berjaya mempengaruhinya

sampai sekarang. Hanya sekarang ada cabaran-cabaran jenis Ayah Pin, Islam Liberal,

dengan tempiasnya mula ada di Malaysia. Ini perlu diawasi agar segala pengaruh yang

mengganggu Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat dicari penyelesaiannya. Dan bagi orang

awam ikut saja aliran yang dipegangi oleh kumpulan yang ramai ini yang didukung

oleh para ulama muktabar dari dulu sampai sekarang dan usah terpengaruh dengan

fahaman-fahaman atau aliran-aliran yang lain yang tidak terjamin kebenarannya. 33

DASAR-DASAR YANG DISEPAKATI OLEH AHLI SUNNAH WAL

JAMAAH

Menurut Ustaz ‘Uthman, Al-Baghdadi dengan penuh yakin telah menyatakan: “Dan

kami tidak mendapati sehingga ke hari ini dari kalangan firqah (pecahan/golongan)

umat ini, siapakah di kalangan mereka yang selaras dengan perjalanan para sahabat

melainkan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari kalangan fuqaha’ umat ini dan para

mutakallimin yang berpegang dengan sifat-sifat Allah, mereka ini lain daripada

golongan Rafidah, Qadariah, Khawarij, Jahmiyah, Najjariah, Musyabbihah, Ghulat

dan Hululiah”. Kemudian beliau menghuraikan dasar-dasar yang disepakati di

kalangan Ahli Sunnah Wal Jammah.34

1- Mereka menyabitkan hakikat-hakikat dan ilmu-ilmu (pengertian) yang ada

pada para ulama secara ijma’, sedangkan ada golongan lain berpegang dengan

bahawa tiap-tiap sesuatu itu berdasarkan anggapan. Dengan itu mereka

32 Ibid, h. 72-83. 33 Ibid, h. 83-86. 34Menegakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, h. 52, dan lihat juga Al-Farq bayna al-Firaq, h. 304.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

85

menganggap semua iktikad sah walaupun saling bertentangan dan nafi-

menafikan antara satu dengan lainnya.

2- Mereka menyabitkan secara ijma’ bahawa sesuatu selain daripada Allah dan

sifat-sifatNya adalah makhluk dan baharu belaka.

3- Mereka menyabitkan segala yang baharu itu mesti ada penjadinya iaitu Allah

dan Dialah yang menjadikan segala jisim dan ‘aradh dan Dia tidak dikandung

oleh tempat dan tidak dilalui oleh masa dan Dia kaya tiada dapat manfaat

daripada makhlukNya dan Dia jua yang menjadikan makhluk ini tanpa bantuan

daripada mana-mana pihak.

4- Mereka berpegang dengan sifat Allah seperti kudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’,

basar dan kalam adalah sifat-sifatNya yang azali dan abadi.

5- Mereka berpegang dengan nama-nama Allah itu sembilan puluh sembilan

diambil daripada Quran dan Sunnah yang sahih, dan nama-namaNya tidak

boleh dikiaskan. Sedangkan Mu’tazilah boleh dikiaskan seperti al-Muti’ (yang

patuh= المطيع ) yang dibuat oleh al-Juba’i.

6- Mereka berpegang dengan keadilan Allah, mempercayai bahawa Allah yang

mencipta segala-galanya sedangkan Qadariah mengatakan manusia mencipta

sendiri perbuatannya, dan mempercayai hidayat, rezeki dan ajal daripada

Allah.

7- Mereka berpegang dengan bahawa para nabi dan rasul semuanya ma’som dan

mereka dikurniakan mu’jizat, manakala para Aulia Allah tidak ma’som mereka

dikurniakan karamat. Tetapi Syi’ah Imamiah mengajar semua imam mereka

ma’som.

8- Mu’jizat dikurniakan kepada para nabi dan rasul untuk membantu mereka

dalam menyampaikan risalah Allah, mereka ini tidak berubah dari segi

ketaatan kepada Allah. Manakala wali dikurniakan karamah sebagai bukti

kebenaran dan memuliakannya, tetapi pendirian mereka kadang-kadang boleh

berubah seperti yang berlaku kepada Bal’am bin Ba’uraa. Golongan Qadariah

tidak menerima adanya karamah bagi Aulia.35

9- Mereka mengajar rukun-rukun Islam yang lima iaitu mengucap dua kalimah

syahadah, menunai solat lima waktu, menunai puasa Ramadan, menunai zakat

dan menunai haji bagi yang berkemampuan. Mereka menganggap kafir sesiapa

yang menafikan mana-mana bahagiannya atau sebahagiannya. Demikian juga

mereka mengajar wajib Jumaat, sesiapa yang menafikannya menjadi kafir. Dan

mereka mengatakan kafir kepada Khawarij dan Rafidah kerana mereka

mengatakan solat Jumaat tidak wajib.

10- Mereka berpegang dengan perintah suruhan dan larangan dan juga dengan

hukum yang lima iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

11- Mereka percaya; fana’ sekalian hamba (manusia) dan mereka akan menerima

balasan di alam yang abadi, alam Barzakh, Haudh, Sirat, Mizan dan Syafaat,

kekal nikmat syurga, kekal azab neraka, ada soalan Munkar dan Nakir di dalam

kubur, ada azab kubur.

35 Menegakkan Ahl al-Sunnah Wal Jamaah dan Mengelakkan darida Syi’ah, h. 52-65.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

86

12- Mereka berpegang kepada wajib ke atas umat Islam melantik pemimpin

mereka sama ada khalifah atau imam.

13- Mereka mengajar asal iman itu ma’rifat Allah dengan hati, membenar dengan

hati, manakala Karramiyah menyatakan iman itu ikrar sahaja, dan golongan

Qadariyah dan Khawarij mengatakan nama orang beriman itu hilang bagi

orang yang melakukan dosa.

14- Kebanyakan Ahli Sunnah mengajar, bahawa Anbia lebih utama daripada para

malaikat. Golongan Karramiyah menganggap setengah Aulia lebih utama

daripada setengah Anbia.

15- Kebanyakan Ahli Sunnah mengajar haram memakan sembelihan orang yang

tidak beriman dan berkahwin dengan perempuan mereka.36

PERLU DIBERI PERTIMBANGAN YANG PALING BERAT

Pada pengamatan Ustaz ‘Uthman, perkara yang perlu diberikan pertimbangan yang

paling berat ialah beberapa perkara pokok antaranya ialah bahawa Dunia Melayu

adalah rantau yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak dari

dahulu hingga sekarang. Prinsip-prinsip yang telah dibincang dahulu itu telah menjadi

pegangan mereka sejak dahulu hingga sekarang sebagaimana yang terhampar dalam

teks-teks mereka yang muktabar di Dunia Melayu seperti Nur al-Din al-Raniri

pengarang al-Sirat al-Mustaqim (kitab fikah yang terawal di Dunia Melayu), Abd al-

Rauf al-Fansuri pengrang Tafsir Turjuman al-Mustafid, Syeikh Abd al-Samad al-

Palimbani pengarang Sair al-Salikin (usul al-Din, fikah, dan tasawuf tergabung dalam

satu wacana), Syeikh Arsyad al-Banjari pengarang Sabila al-Muhtadin (fikah), Syeikh

Daud al-Patani pengarang al-Ward al-Zawahir (kitab usul al-din yang terbesar dalam

Bahasa Melayu jawi, tanpa tara sampai sekarang). Demikian seterusnya dengan jasa-

jasa mereka sampai sekarang yang menentukan amalan dan pegangan Islam di

Malaysia dan negeri-negeri lain di rantau ini. Ini perlu diteruskan, bahkan

diperkuatkan lagi pemahaman dan penghayatannya dengan adanya cabaran masalah-

masalah baharu yang timbul.

Pada pendapat Ustaz ‘Uthman, kalau warisan pengetahuan Ahli Sunnah Wal

Jamaah ini difahami benar-benar, maka terselamatlah umat Islam di rantau Dunia

Melayu ini daripada terjerumus ke dalam aliran Ayah Pin, Islam Liberal, tarekat-

tarekat sesat, faham kebendaan, fahaman Wahabi dengan ciri-cirinya yang

membid’ahkan orang dalam bidang usul al-din; kerana berpegang kepada mazhab,

kerana berqunut, bertahlil bila ada kematian, kerana talqin, kerana membaca Ya Sin

pada malam Jumaat, kerana berdoa dan mengaminkannya beramai-ramai, kerana

berzikir beramai-ramai, kerana bergerk-gerak badan dalam berzikir, kerana

mengadakan majlis maulid al-Nabi, kerana melawat kubur orang-orang salih dan

berdoa serta bertawasul dengan mereka, meminta doa kepada Tuhan bagi mendapat

36 Ibid, h. 66-70.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

87

berkat daripada mereka dan lain-lain. Mereka mahu semua orang lain dalam dunia ini

mengikut satu jenis cara memahami Islam sahaja, iaitu sebagaimana yang diajar oleh

mereka. Inilah cara Wahabi. Orang lain sesat dan berada dalam bid’ah. Bahkan ada

seorang pembesar dari sebuah negeri di Timur Tengah yang mengatakan orang Melayu

ini akhlaknya baik tetapi kasihan, mereka itu sesat. Juga seorang yang terpengaruh

dengan aliran mereka ini, dia orang Nusantara yang mengatakan bahawa berabad-abad

lamanya orang-orang Islam di Dunia Melayu ini berada dalam kesesatan; maka baharu

sekarang ada yang sedar, dengan merujuk kepada kumpulan mereka. Menurut Ustaz

‘Uthman kita perlu tangani masalah ini semua dengan baik, kita teruskan pegangan

dan amalan Ahli Sunnah secara bersepadu dan baku mengikut imam-imam muktabar

dalam usul al-din, fikah, tasawuf dan lain-lainnya, disertai dengan penelitian bagi

mempertahankannya, serta juga penguasaan teks-teks semasa, bagi mereka yang

memerlukannya supaya kita mampu mempertahankan agama kita yang maha suci

itu.37

Selain itu katanya, perlu ditambah lagi iaitu kita perlu berwaspada terhadap

aliran Syi’ah yang tertolak oleh ijma’ Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang orang-orang

negeri tertentu yang mempunyai pegangan seperti itu, itu hak mereka, tetapi jangan

kita biarkan ini berkembang dalam kalangan orang-orang Melayu Sunni di sini, kerana

ia akan membawa kepada malapetaka. Demikian juga dengan Islam Liberal yang

sedang berkembang dalam sebuah negera jiran, juga jangan kita biarkan ia

berkembang di sini. Dan pihak berwajib hendaknya janganlah membiarkan wakil-

wakil gerakan ini datang atas jemputan kelompok-kelompoknya di sini untuk

mengembangkan ideologinya. Kalau apa yang berlaku itu berupa perbincangan ilmiah,

dan untuk hujah ilmiah, maka itu ada sebab dan caranya yang khusus. Kita perlu

meneruskan keseragaman faham agama yang ada di rantau ini dalam epistemologi

Ahli Sunnah Wal Jamaah. 38

Inilah antara beberapa perkara pokok yang dapat dipaparkan mengenai sejarah

dan konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah serta beberapa penjelasan mengenai apa yang

berlaku dalam perkembangannya. Walaupun dalam terbentuknya konsep yang

akhirnya kelihatan termasuk di dalamnya unsur-unsur sejarah umat ini, hakikat ajaran

dan amal Ahli Sunnah adalah merupakan hakikat yang telah ada sejak zaman awal

Islam lagi. Adapun perkembangan kemudian itu adalah merupakan suatu

perkembangan secara tabi’ei dalam sejarah sebagai pernyataan dirinya pada masa

kemudian, sebagaimana suatu pokok itu adalah pernyataan diri bagi hakikatnya yang

ada dalam benihnya yang asal itu. Dalam konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah inilah

terletaknya neraca yang kita boleh gunakan bagi menerima atau menolak segala

sesuatu yang berhubungan dengan pegangan dan amalan keagamaan dengan

37 Ibid, h. 71-72. 38 Ibid, h. 72

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

88

implikasi-implikasinya. Dan inilah yang merupakan perkara penentu dalam umat dan

peradaban Islam.

KESIMPULAN

Ustaz ‘Uthman telah mengupas dengan panjang lebar sejarah dan konsep Ahli Sunnah

Wal Jamah, serta memberi penjelasan sejarah perkembangannya, juga perkembangan

golongan-golongan serpihan daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan

berpandukan kepada teks klasik “Al-Farq Bayna al-Firaq” berserta dengan beberapa

potongan Hadith Nabi SAW dan hujah-hujah serta huraian-huraian yang ada di dalam

kitab tersebut juga yang ada dalam beberapa buah buku karangan beliau sendiri.

Katanya, konsep ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah “adalah neraca bagi umat Islam

untuk menentukan sesuatu amalan dan pegangan itu boleh diterima atau ditolak”. Dan

perkembangan atau perubahan yang terdapat pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah itu

merupakan, “suatu perkembangan secara tabi’ei dalam sejarah sebagai pernyataan

dirinya pada masa kemudian, sebagaimana suatu pokok itu adalah pernyataan diri

bagi hakikatnya yang ada dalam benihnya yang asal itu”.39

PENUTUP

Demikianlah pemikiran dan penjelasan Ustaz Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

tentang golongan yang dijamin selamat di dunia dan akhirat. Penjelasan beliau itu

nyata banyak terikat dengan teks ulama muktabar Abd al-Qahir al-Baghdadi. Kertas

ini diharapkan menjadi lampu suluh atau pedoman yang berharga bagi umat Islam di

rantau ini agar tidak terjebak dalam kancah fahaman-fahaman atau pemikiran-

pemikiran yang menyeleweng dan merugikan diri sendiri dan juga umat Islam.

Rujukan:

- Al-Quran al-Kareem.

- Abd al-Qahir al-Baghdadi (429H), “Al-Farq Bayna al-Firaq”

- Aizan Ali Mat Zin, Dr dan Siti Hajar Aziz, “Muhammad ‘Uthman El-

Muhammady: Analisis

Sumbangannya Dalam Penulisan”, suatu kertas kerja.

- Al-Mubarakpuri “Tuhfatul Ahwazi”, syarh terhadap kitab Sunan Tirmizi.

- Darul Fatwa Majlis Islam Tertinggi Australia.

- Ibn Abi al-‘Izzi al-Hanafi (٧٩٢), “Syarh al-‘Aqidah al-Tahawiyah”, ditahqiqkan

oleh

Abdullah bin Abdul Muhsin Turkey dan Syu’aib al-Arnauutt.

، ط: التكي واألرنؤط(274-426)شرح العقيدة الطحاوية، ص - Imam Ibn Taimiyah, “Majmuu’ al-Fatawa” (346/3),

39 Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (2012), “Menegakkan Ahli Sunnah Wal Jamaah Mengelak

Daripada Syi’ah”, MAIK, Kelantan. h.73.

Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE) Vol. 4: No. 11 (May 2018) page 73-89 | www.gbse.com.my | eISSN : 24621714

89

- K.H. Sirajuddin Abas, I’tiqad Ahlissunnah wal Jamaah, Pustaka Aman Press,

Kota Bharu,

Kelantan.

- Lawrence Nwachukwu Okwuosa, Chinyere Theresa Nwaoga and Favour C.

Uroko, “A Critique

of John Hick’s Multiple Incarnation: Theology and Christian Approach to

Religious Dialogue” , Mediterranean Journal of Social Sciences. Research

Article Vol 8 No 5 September 2017.

- Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (2017), “Al-Firqah al-Najiah”, Pertubuhan

Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Kuala Lumpur.

- Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (2012), “Menegakkan Ahli Sunnah Wal

Jamaah dan Mengelakkan Daripada Syi’ah”, MAIK, Kota Bharu, Kelantan.

- Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (2011), “Ajaran Dan Pemikiran Sesat

Dalam

Konteks Islam”, Kertas kerja. https://blogtradionalislam.wordpress.com/

- Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (2011), “Beberapa Elemen Pemikiran

Pascamodenisme

Dalam Suluhan Cahaya Ajaran Syeikh Daud Al-Pattani Satu Pengamatan

Awal”. Kertas kerja.

- Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (2003), “Epistemologi Ahli Sunnah Wal

Jamaah Dan Kepentingannya Dalam Pembinaan Tamadun Dunia Melayu”,

Majalah

Pengasuh, Bil. 581, Jul/Ogos 2003, MAIK

- Muhammad ‘Uthman El-Muhammady (1996), “Sejarah dan Konsep Ahli Sunnah

Wal

Jamaah”, terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

- Sunan Ibn Majah bab Iftiraq al-Ummah, Hadith-hadith 3991-3993, juz 11, tahqiq

Muhammad Fuad Abd al-Baqi, Qahirah, tanpa tarikh.

- Wikipedia al-Mausu’ah al-Hurrah.

- Zaidi Hasan, Hj. (2013) “Ustaz ‘Uthman El-Muhammady: Tokoh Dakwah Yang

Ditemani

Bahan Bacaan”, Majalah Pengasuh, MAIK, bil. 527.