pemulihan jawi

  • View
    8.236

  • Download
    12

Embed Size (px)

Text of pemulihan jawi

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

TUGASAN TAKSIRAN

Sebagai seorang guru yang prihatin anda dikehendaki mengenalpasti masalah membaca dan menulis yang dihadapi murid dalam pembelajaran jawi dalam kelas anda dan.menghuraikan langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

Menulis satu esei pendek (2500-3000 patah perkataan) untuk menghuraikan masalah membaca dan menulis dalam pembelajaran jawi dan langkahlangkah pemulihan dan pengayaan.

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

PENDAHULUAN

Sepanjang saya melaksanakan peranan sebagai guru j-Qaf di sek.keb. Jalan Paya Besar,Lunas; program Pemulihan Jawi adalah menjadi tanggungjawab kepada guru j-QAF untuk dilaksanakan seperti mana yang telah direncanakan di dalam buku panduan Perlaksanaan Model-Model pengajaran dan Pembelajaran dan Ko-kurikulum. Dalam seminggu hanya 2 waktu atau satu jam diperuntukkan untuk kelas pemulihan jawi.

Sepanjang tempoh satu jam, murid j-Qaf telah dipisahkan daripada murid yang lain untuk belajar dengan menggunakan silibus j-Qaf. Semasa aktiviti j-Qaf berlangsung, murid-murid memberikan tindak balas yang positif dengan memberikan kerjasama sepanjang aktiviti dilangsungkan.

Kumpulan yang terpilih akan diberikan tumpuan dan mereka adalah dalam kelompok kecil yang benar-benar bermasalah dan perlu kepada kelas pemulihan jawi!

JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

ISU

Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi kepada murid-murid yang lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian yang

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

saya jalankan ke atas murid-murid kelas pemulihan jawi ini, didapati mereka mengalami masalah dalam banyak perkara.

Antara masalah-masalahnya mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal. Sehubungan dengan itu teknik dan metodologi yang berkesan perlu diajar supaya murid-murid ini dapat menguasai setiap kemahiran jawi yang menjadi sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan islam.

MASALAH

Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Konsep pendidikan pemulihan di dalam KBSR dan KBSM tertumpu kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira. Justeru itu, sebelum melaksanakan aktiviti pemulihan, seseorang guru itu harus mengenal pasti apakah masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira yang seringkali dihadapi oleh murid-murid. (Mok Soon Sang, 2003)

Di sini fokus utama dalam masalah penguasaan membaca jawi bagi mata pelajaran pendidikan Islam. Contoh-contoh masalah penguasaan kemahiran membaca ialah :JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

1. Masalah mengenal huruf tunggal yang diimlakkan. Murid-murid sering kali keliru dengan huruf yang hampir sama, Contoh:

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

2. Masalah membaca suku kata terbuka daripada huruf-huruf. Sukar menyebut suku kata terbuka yang diimlakkan Contoh:

3. Masalah membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf. Sukar membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf Contoh:

4. Masalah membaca perkataan-perkataan mudah dari suku kata terbuka dan tertutup. Sukar menyebut perkataan-perkataan dari suku kata terbuka dan tertutup. Contoh:

5. Masalah menyebut perkataan dengan betul dan lancar.JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

Murid seringkali sukar membunyikan huruf-huruf yang diimlakkan dengan tepat dan lancar Contoh:

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Beberapa masalah yang wujud berkaitan kemahiran menulis jawi di kalangan murid-murid pemulihan jawi ialah seperti berikut: Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh dibaca langsung. Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada huruf.Contoh: ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: dahulu kemudian diikuti dengan huruf .Murid menulis huruf terlebih dan .

Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang lain.Contoh: ditulis

Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar, atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas. Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang ditentukan. Tidak boleh membezakan bentuk huruf jawi ketika menulis huruf tunggal yang serupa.JAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

Sukar menulis bentuk huruf jawi tunggal kerana keliru dengan cara penulisan jawi dari kanan ke kiri.

Sukar

menulis

bentuk

huruf

jawi

bercantum

dan

keliru

ketika

menyambungnya sama ada di awal, di tengah dan di akhir perkataan.

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Murid tidak dapat membezakan matapelajaran jawi dan iqra. Murid-murid keliru dengan bentuk huruf yang sama dan bunyi yang hampir serupa. Murid-murid juga sukar mengingat huruf-huruf jawi yang terlalu banyak.

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN

Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka perlu diadakan program pemulihan dan pengayaan. Kelemahan murid yang telah dikenalpasti perlu diatasi melalui pemulihan dan kekuatannya perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan (Ahmad Mohd Salleh, 2008).

Ahmad Mohd Salleh (2008) menekankan bahawa aktiviti pemulihan adalah tindakan khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selain itu, aktiviti pemulihan membantu murid mengubah sikap daripada negatif kepada positif serta sikap yakin diri dan minat terhadap pelajaran.

Manakala aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa melalui aktiviti pelbagai atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid untuk diselesaikan secara individu atau kelompok bagi membantu meningkatkan kemahiran, meluaskan pengetahuan dan pengalaman.Melalui aktiviti pengayaanJAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

murid akan dapat mengembangkan minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan mereka.

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Untuk mendapatkan maklumat mengenai apa itu pemulihan dan pengayaan serta mengetahui terperinci jenis-jenis aktivitinya, maka dijelaskan seperti;

PEMULIHAN JAWI

Dalam hal pemulihan jawi, Ia dilaksanakan dengan satu penyusunan jadual mengajar dengan mengikut jadual mengajar sedia ada, kanak-kanak pemulihan meninggalkan kelas Jawi dalam kumpulan yang tidak melebihi 10 murid untuk mendapatkan perkhidmatan khas pemulihan dalam sebuah bilik yang disediakan khas (Lampiran A).

Seorang guru pemulihan khas di tugaskan mengelola dan mengurus kelas bimbingan khas pemulihan ini .Apabila cukup waktunya, iaitu dalam lingkungan tempoh 45 minit , murid-murid pemulihan tadi akan pulang ke kelas biasa masing-masing.( Ahmad Mohd Salleh, 2008)

BAGAIMANA MENGESAN MURID PERLU PEMULIHAN JAWI

MenurutJAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

Mok

Soon

Sang

(2003),

strategi

pengesanan

masalah

pembelajaran murid haruslah menitikberatkan perkara-perkara berikut yang mana sama caranya mengesan murid bermasalah dalam jawi.Iaitu;

1. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan cara-cara berikut:

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

A) PEMERHATIAN Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran membaca akan menunjukkan tanda-tanda berikut;

Tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf, perkataan atau ayat. Tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan dengan tepat. Tidak boleh membaca ayat dengan lancar. Membaca sesuatu perenggan terlalu lama. Menggerakkan bibir semasa membaca apabila membaca berkumpulan. Menggunakan membaca. Menggerakkan kepala dari kiri ke kanan, kemudian kanan ke kiri semasa membaca. Membaca dengan bunyi terlalu perlahan. Menutup muka dengan buku semasa membaca. jari untuk menunjukkan setiap perkataan semasa

Manakala murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kemahiran menulis boleh diperhatikan dengan cara memegang alatulis, gaya anggota semasa menulis dan bentuk tulisan. Secara am, kelemahan-kelemahanJAWI : PEMULIHAN & PENGAYAAN

penguasaan kemahiran menulis adalah seperti berikut; Bentuk huruf tidak ditulis tepat. Huruf-huruf dalam perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh. Perkataan-perkataan dalam ayat terlalu rapat, kecil atau condong. Jarak di antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh.

ILMU PENDIDIKAN

MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF

Ejaan perkataan seringkali salah.

B) PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI Rekod prestasi merupakan satu bentuk senarai semak yang digunakan untuk mengesan murid dalam sesuatu unit pembelajaran. Borang rekod prestasi ini mengandungi kemahiran-kemahiran dan catatan atau tindakan yang disusun di bahagian atas dan senarai nama murid-murid yang disusun dari atas ke bawah di sebelah kiri seperti dalam jadual 1(Lampiran B).

Melalui rekod tersebut, mana-mana murid bermasalah akan dipantau sama ada bole