32
Pendekatan Deduktif Advance Organiser David Ausubel

Pendekatan deduktif

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pendekatan deduktif

Pendekatan DeduktifAdvance Organiser

David Ausubel

Page 2: Pendekatan deduktif

Pendekatan Deduktif3 penekanan dalam model ini:

Bagaimana maklumat (kandungan kurikulum) disusunBagaimana minda memproses maklumat baru (pembelajaran)Bagaimana guru mengaplikasi kandungan dan pembelajaran dalam pengajaran mereka

Page 3: Pendekatan deduktif

Pendekatan DeduktifModel yang dirancang untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar.

Guru berperanan menyusun maklumat yang banyak dan menyampaikannya secara lebih bermakna dan berkesan.

Page 4: Pendekatan deduktif

Pendekatan DeduktifKonsep pengajaran yang bermula daripada yang umum kepada yang khusus

UMUM KHUSUSMaklumat disampaikan melalui kuliah, pembacaan dan tugasanPeranan pelajar adalah untuk menguasai idea dan maklumat

Page 5: Pendekatan deduktif

Struktur KognitifAdvance Organiser adalah model yang direka bentuk untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar

Struktur kognitif ialah struktur sesuatu bidang pengetahuan yang ada dalam minda seseorang; sebanyak mana pengetahuan yang ada dan sebaik mana pengetahuan tersebut tersusun, menggambarkan bentuk struktur kognitif seseorang.

Page 6: Pendekatan deduktif

Mengukuhkan Struktur Kognitif

Ausubel menegaskan struktur kognitif sedia ada adalah faktor terpenting dan perlu diperkukuhkan bagi menentukan sama ada bahan baru yang disampaikan adalah bermakna, dapat difahami dengan baik dan dapat di simpan dalam ingatan

Page 7: Pendekatan deduktif

Pembelajaran BermaknaMengikut Ausubel, pembelajaran bermakna

bergantung kepada:1. Kesediaan pelajar untuk belajar2. Bentuk susunan bahan yang

dipersembahkanKerana: ia mengalakkan pemprosesan

maklumat yang baik dan…Bukan disebabkan oleh kaedah pengajaran

Page 8: Pendekatan deduktif

Pengajaran EkspositoriMenurut Ausubel, semasa kuliah atau mana-mana bentuk pengajaran ekspositori, minda pelajar juga boleh menjadi aktif – apabila maklumat yang disampaikan dikaitkan dengan struktur kognitif sedia ada.

Page 9: Pendekatan deduktif

Pengajaran Ekspositori

Operasi mental menjadi aktif apabila pelajar cuba melihat maklumat yang disampaikan dari sudut yang berbeza, mengaitkannya dengan maklumat yang serupa atau yang bertentangan, dan akhirnya membuat tafsiran sendiri mengikut kerangka rujukannya.

Page 10: Pendekatan deduktif

Penyusunan Maklumat

Menurut Ausubel ada persamaan antara susunan bahan pengajaran dan cara manusia menyusun maklumat di dalam minda (struktur kognitif)Struktur ini akan menjadi peta konsep kepada pelajar apabila mereka menganalisis domain tertentu dan menyelesaikan masalah dalam domain tersebut.

Page 11: Pendekatan deduktif

Penyusunan MaklumatSetiap bidang mempunyai struktur yang berhirarki.Peringkat teratas terdiri dari aspek umum dan abstrak dan di peringkat bawah konsep yang lebih konkrit dan khusus

Konsep Umum Khusus (Abstrak) (Konkrit)

Page 12: Pendekatan deduktif

Penyusunan Maklumat: Perkaitan dengan struktur kognitif

Ausubel – Pengetahuan baru akan memberi makna dan boleh disimpan dalam ingatan hanya apabila ianya berkaitan dengan konsep yang sedia adaSekiranya ia tidak berkaitan @ bertentangan dengan struktur kognitif yang sedia ada ianya tidak memberi makna dan tiada pautan (akan mudah dilupakan)

Page 13: Pendekatan deduktif

Penyusunan MaklumatOleh itu, guru perlu menyusun bahan yang akan diajar dan sampaikan dalam bentuk idea/konsep dahuluDi samping itu pelajar juga perlu secara aktif mengaitkan maklumat baru dengan melihat pertalian,persamaan, perbezaan atau jurang dengan maklumat sedia ada

Page 14: Pendekatan deduktif

Implikasi kepada KurikulumMelibatkan 2 Prinsip:1. Perbezaan Progresif ( idea yang umum

disampaikan dahulu sebelum yang lebih terperinci disampaikan secara berurutan)

2. Perkaitan Intergratif (idea baru perlu dikaitkan secara tidak langsung dengan apa yang telah dipelajari dahulu)

Page 15: Pendekatan deduktif

Advance Organiser

Cara utama untuk mengukuhkan struktur kognitif dan simpanan jangka panjang maklumatAusubel mengambarkan advance organiser sebagai bahan pengenalan yang dipersembahkan sebelum pembelajaran sebenar dan di aras abstrak yang lebih tinggi dan umum daripada kandungan bahan pembelajaran sebenar (disediakan oleh guru)

Page 16: Pendekatan deduktif

Advance OrganiserTujuan: Untuk menerangkan, menyatukan,

mengaitkan dan membezakan bahan dalam tugasan pembelajaran semasa dengan bahan pembelajaran sebelumnya

Keberkesanan bergantung kepada penggunaan konsep, istilah dan kenyataan yang telah diketahui pelajar serta ilustrasi dan analogi yang bersesuaian

Page 17: Pendekatan deduktif

Advance OrganiserGuru perlu memperuntukkan masa mengajar dan mengembangkan konsep, istilah @ hubung-kait sesuatu bahan kerana pemahaman ini penting sebelum dapat dikaitkan dengan bahan pengajaran berikutnya.Organiser juga boleh diberi dalam bentuk analogi dari bidang lain untuk memberi perspektif baru

Page 18: Pendekatan deduktif

Advance OrganiserContoh:Pelajar perlu faham apakah ‘budaya’

sebelum guru mengajar tentang perbezaan kumpulan budaya

Contoh:Konsep keseimbangan yang diajar dalam

pendidikan seni boleh diaplikasikan dalam subjek sastera, matematik dsb.

Page 19: Pendekatan deduktif

Advance Organiser - Jenis2 Jenis Advance Organiser:

1. Pendedahan – Konsep asas di tahap abstrak yang tertinggi. Ini berguna kerana ia menyediakan perancah tentang idea baru @ yang tidak biasa ditemui pelajar

Page 20: Pendekatan deduktif

Advance Organiser - Jenis

2. Perbezaan – digunakan untuk pelajar membezakan konsep lama dengan konsep baru atau satu konsep dengan satu konsep yang lain

Contoh: Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dalam ‘operasi darab’ bila mereka belajar ‘operasi bahagi’ tanpa rasa keliru tentang kedua-dua konsep tersebut

Page 21: Pendekatan deduktif

Model Pengajaran Advance Organiser

Aktiviti yang melibatkan 3 fasa:

Fasa 1: Pembentangan Advance Organiser

Fasa 2: Pembentangan tugasan pelajar dan bahan pembelajaran

Fasa 3: Mengukuhkan penyusunan kognitif

Page 22: Pendekatan deduktif

Fasa 1: Pembentangan AO

1. Menjelaskan tujuan/objektif pengajaran2. Membentang organiser

- kenal pasti maksud atribut- beri contoh-contoh- beri konteks- ulangi

3. Menyedarkan pelajar tentang pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang relevan dengan bahan pengajaran yang baru.

Page 23: Pendekatan deduktif

Fasa 1: Pembentangan AO

1. Menjelaskan tujuan/objektif pengajaran adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelajar dan untuk memandu mereka kearah matlamat pembelajaran demi untuk mencapai pembelajaran yang bermakna

2. Organiser itu sendiri adalah idea dan mesti diterokai secara intelektual dan bukanlah pengenalan pembelajaran @ pernyataan yang ringkas

Page 24: Pendekatan deduktif

Fasa 1: Pembentangan AO3. Antara ciri-ciri organiser:

- mesti dibina supaya dapat difahami pelajar sedalamnya- mesti di tahap abstrak yang lebih tinggi dan lebih umum dari bahan pengajaran sebenar- tidak semestinya panjang tapi pelajar menyedari perkaitannya dengan pengetahuan sedia ada @ pengalaman mereka, dapat difahami dengan jelas dan berkaitan secara berterusan dengan tugasan pembelajaran dan penyusunan bahan pengajaran

Page 25: Pendekatan deduktif

Fasa 2: Pembentangan Tugasan pelajar dan bahan pembelajaran

1. Membentang bahan pembelajaran baru2. Menarik perhatian pelajar3. Menyusun pengajaran secara eksplisit.4. Menyusun bahan pengajaran secara

logikal dan eksplisit.

Page 26: Pendekatan deduktif

Fasa 2: Pembentangan Tugasan pelajar dan bahan pembelajaran

Dalam fasa ini bahan pembelajaran dibentang dalam bentuk syarahan, perbincangan, filem, ujikaji @ pembacaan.Bahan pembelajaran mestilah eksplisit supaya pelajar mendapat halatuju dan dapat melihat susunan logikal bahan-bahan dan perkaitannya dengan AO

Page 27: Pendekatan deduktif

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif1. Menggunakan prinsip perkaitan dan

integrasi2. Mengalakkan pembelajaran resepsi

yang aktif3. Mendapatkan pendekatan kritikal

terhadap subjek4. Menjelaskan

Page 28: Pendekatan deduktif

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif

Tujuan utama fasa ini adalah untuk mengukuhkan bahan pembelajaran yang baru dalam struktur kognitif sedia ada pelajar (mengukuhkan susunan kognitif pelajar)

Page 29: Pendekatan deduktif

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif

Guru boleh mengaitkan bahan baru dengan struktur kognitif sedia ada dengan:1. Mengingatkan pelajar kepada idea umum2. Minta ringkasan atribut utama dalam bahan pembelajaran yang baru3. Mengulang definisi secara tepat4. Minta pelajar membezatarakan antara aspek2 bahan5. Minta pelajar menerangkan bagaimana bahan pembelajaran menyokong konsep2 dalam organiser

Page 30: Pendekatan deduktif

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif

Pembelajaran Aktif boleh dicapai dengan:1. Meminta pelajar untuk menerangkan bagaimana

bahan baru dapat dikaitkan dengan organiser2. Meminta pelajar contoh-contoh tambahan dari

konsep dalam bahan pembelajaran3. Meminta pelajar memberi isi utama bahan

pembelajaran berdasarkan apa yang mereka faham

4. Menyuruh pelajar menguji bahan pembelajaran dari sudut pandangan yang berbagai

Page 31: Pendekatan deduktif

Kesan pengajaran advance organiser

Model

advance

organiser

Struktur Konsep

Penerapan makna yang didapati daripada maklumat

dan idea.

Tabiat berfikir secara tepat Minat terhadap inkuiri

Kesan pengajaran

Kesan pupukan

Sumber: Joyce, Well & Showers, 1996. Models of teaching.

Page 32: Pendekatan deduktif

Rujukan

Joyce, B., Weil, M. & Showers, B. (1996) Models of teaching. Edisi ke-5. Boston: Allyn and Bacon. Bab 15.