Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)Di Universiti Malaysia Sabah

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/23/2019 Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)Di Universiti Malaysia Sab

    1/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    1

    Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)

    Di Universiti Malaysia Sabah

    Earnie Elmie Binti Hilmi

    Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa

    Universiti Malaysia Sabah088-320000 Ext 5312

    Fax: 088-435708

    EMAIL:[email protected]

    ABSTRAK

    Kemahiran Insaniah (KI) merupakan satu kemahiran generik yang berkaitrapat dengan kemahiran bukan akademik

    seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran ini telah

    diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia pada tahun 2006 melalui terbitnya Modul Pembangunan

    Kemahiran Insaniah (soft skills) untuk Pengajian Tinggi Malaysia (2006. Serdang: Penerbit Universiti Putra

    Malaysia). Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan penerapan kemahiran insaniah di seluruh institusi

    pengajian tinggi Malaysia pada tahun 2007. Kemahiran Insaniah mula diperkenalkan di Universiti Malaysia Sabah

    pada tahun 2007 juga tetapi aplikasi sepenuhnya adalah pada semester pertama 2008/2009 ini. Pada sesi pengajian

    ini, semua subjek-subjek universiti wajib diterapkan dengan elemen kemahiran Insaniah. Subjek Pengantar Falsafah

    (UE00602) adalah merupakan salah satu subjek pilihan yang diambil di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti

    Malaysia Sabah. Penerepan elemen KI masih baru diaplikasikan dalam subjek ini. Kertas kerja ini adalah bertujuan

    untuk menyoroti pengalaman di dalam mengendalikan kuliah pengantar Falsafah (UE00602) yang diterapkan dengan

    elemen kemahiran insaniah dan keberkesanan KI kepada para pelajar. Penulis akan membincangkan aspek penilaian,

    pemarkahan dan reaksi pelajar kepada elemen KI ini. Kelebihan dan kekurangan di dalam penerapan elemen KI ini

    juga akan disentuh oleh penulis. Penulis akan menggunakan teknik pemerhatian, analisis dan soalselidik pelajar

    untuk mengetahui keberkesanan KI di dalam subjek ini.

    1. PENGENALANSubjek Pengantar Falsafah UE00602 merupakan

    salah satu subjek dari komponen kemahiran Insaniah

    (KI) yang wajib diambil oleh pelajar Universiti

    Malaysia Sabah. Penerapan elemen insaniah mula

    dilaksanakan pada semester ini. Kertas kerja ini akan

    melihat keberkesanan dan pengalaman menerapkan

    elemen ini di dalam subjek Pengantar falsafah. Kertas

    kerja ini juga akan membincangkan metod

    pelaksanaan dan reaksi pelajar terhadap penerapan

    elemen KI ini.

    Pengantar falsafah (UE00602) merupakansalah satu matapelajaran daripada Pusat Penataran

    Ilmu dan Bahasa yang wajib diambil oleh pelajar

    mengikut komponen iaitu (Prospektus Prasiswazah

    2008/2009: 250):

    1. Komponen etika dan moral profesional

    UE00102 Etika dan Akhlak

    UE00202 Etika Golongan Profesional

    UE00302 Etika dalam Sains

    UE00402 Pengantar Etika

    UE00502 Isu kontemporer dalam Etika

    UE00602 Pengantar Falsafah

    UE00702 Agama dan Pembangunan InsanUE00802 Etika dalam Sastera Malaysia

    2. Komponen Kemahiran berkomunikasi

    UC00102 Komunikasi Korporat

    UC00202 Komunikasi antara Budaya

    UC00302 Kemahiran Berunding

    UC00402 Komunikasi Manusia

    UC00502 Bahasa dan Komunikasi

    UC00602 Komunikasi dan Pengucapan

    Profesional

    UC00702 Kaedah pengurusan berorganisasi

    UC00802 Dialog antara agama

    UC00902 Makna dalam KonteksKomunikasi

    3. Komponen pemikiran dan pembelajaran

    berterusan

    UK00102 Pemikiran Kritis

    UK00202 Pemikiran dan Penulisan Kreatif

    UK00302 Pemikiran politik semasa

    UK00402 Teknik dan Kemahiran Belajar

    UK00502 Pengurusan kewangan Peribadi

  • 7/23/2019 Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)Di Universiti Malaysia Sab

    2/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    2

    UK00602 Apresiasi Seni

    UK00702 Pluraliti Etnik dan Budaya Borneo

    UK00802 Pemikiran Islam Semasa

    UK00902 Pengantar Pemikiran dan Analisis

    Sosial

    Jadi, pelajar akan memilih salah satu subjek daripada

    komponen tersebut pada setiap tiga semester.

    Sebelum terus ke penerapan elemen kemahiran

    insaniah, ini adalah secara ringkas pengenalan kepada

    subjek pengantar falsafah.

    Falsafah adalah satu subjek yang

    memerlukan kita untuk berfikir dan menganalisis

    sesuatu perkara. Kursus ini akan memberikan

    gambaran umum mengenai falsafah. Kursus ini

    merupakan pendedahan awal falsafah kepada para

    pelajar. Para pelajar akan diperkenalkan dengan

    falsafah seperti pengenalan ringkas falsafah

    (pengertian, kepentingan, rukun falsafah, persoalan-

    persoalan falsafah) subjek-subjek falsafah sepertimetafizik, epistemologi, aksiologi dan logik serta

    sejarah perkembangan falsafah iaitu dari falsafah

    Yunani, Falsafah abad Pertengahan, Falsafah Moden

    dan sehinggalah ke Falsafah Kontemporari. Di dalam

    kursus ini juga akan memperkenalkan tokoh-tokoh

    falsafah dan sumbangan mereka pada zaman dahulu

    dan kesannya pada masa kini (Ahmad Sunawari

    Long. 2006).

    Asas penilaian penilaian di dalam subjek

    pengantar falsafah ini ialah:

    Kuiz : 5%Essei pendek : 10%

    Tugasan & pembentangan : 40%

    Peperiksaan pertengahan : 15%

    Peperiksaan akhir : 30%

    Jumlah : 100 %

    Manakala elemen-elemen kemahiran insaniah yang

    terlibat ialah:

    Senarai Elemen Insaniah

    Tahap Kemahiran KeteranganCS1 KIM Kebolehan

    menyampaikan idea

    dengan jelas, berkesan

    dan dengan penuh

    keyakinan, secara lisan

    dan bertulis.

    CS2 KIM Kebolehan

    mengamalkan

    kemahiran mendengar

    yang aktif dan memberi

    maklum balas.

    CS3 KIM Kebolehan membuat

    pembentangan secara

    jelas dengan penuh

    keyakinan dan

    bersesuaian dengan

    tahap pendengar.

    CS4 KIM Kebolehan

    menggunakan teknologi

    dalam pembentangan

    CS5 Kebolehan berunding

    dan mencapai

    persetujuan.

    CS6 Kebolehan

    berkomunikasi dengan

    peserta komunikasi

    yang mempunyai

    budaya yang berlainan

    CS7 Kebolehan

    mengembangkan

    kemahiran komunikasi

    perseorangan

    CS8 Kebolehan

    menggunakan

    kemahiran bukan lisan

    CTPS1 KIM Kebolehan mengenal

    pasti dan menganalisis

    masalah dalam situasi

    kompleks dan kabur,

    serta membuat

    penilaian yang

    berjustifikasi.

    CTPS2 KIM Kebolehan

    mengembang danmembaiki kemahiran

    berfikir seperti

    menjelaskan,

    menganalisis dan

    menilai perbincangan.

    CTPS3 KIM Kebolehan mencari idea

    dan mencari

    penyelesaian alternatif.

    CTPS4 Kebolehan berfikir

    melangkaui batas.

    CTPS5 Kebolehan membuat

    keputusan yangberdasarkan bukti yang

    kukuh

    CTPS6 Kebolehan untuk

    bertahan serta

    memberikan perhatian

    sepenuhnya terhadap

    tanggungjawab yang

    diberikan.

    CTPS7 Kebolehan memahami

    dan menyesuaikan diri

  • 7/23/2019 Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)Di Universiti Malaysia Sab

    3/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    3

    kepada budaya

    komuniti dan

    persekitaran kerja yang

    baharu

    TS1 KIM Kebolehan membina

    hubungan baik,

    berinteraksi dengan

    orang lain dan bekerja

    secara efektif bersama

    mereka untuk mencapai

    objektif yang sama.

    TS2 KIM Kebolehan memahami

    dan mengambil peranan

    bersilih ganti antara

    ketua dan ahli

    kumpulan.

    TS3 KIM Kebolehan mengenali

    dan menghormati sikap,

    kelakuan, dan

    kepercayaan orang lain.

    TS4 Kebolehan memberi

    sumbangan kepada

    perangcangan dan

    menyelaraskan hasil

    usaha kumpulan.

    TS5 Bertanggungjawab

    terhadap keputusan

    kumpulan.

    LL1 KIM Kebolehan mencari dan

    mengurus maklumat

    yang relevan daripada

    pelbagai sumber.

    LL2 KIM Kebolehan menerima

    idea baharu danberkeupayaan untuk

    pembelajaran autonomi.

    LL3 Kebolehan

    mengembangkan minda

    ingin tahu dan

    dahagakan ilmu.

    EM1 Kebolehan memahami

    kesan ekonomi, alam

    sekitar dan sosiobudaya

    dalam amalan

    profesional

    EM2 KIM Kebolehan

    menganalisis danmembuat keputusan

    dalam menyelesaikan

    masalah berkaitan etika

    EM3 Kebolehan

    mengamalkan sikap

    beretika, disamping

    mempunyai rasa

    bertanggungjawab

    terhadap masyarakat

    LS1 KIM Pengetahuan tentang

    LS2 KIM Kebolehan untuk

    memimpin projek

    LS3 Kebolehan untuk

    memahami dan

    mengambil peranan

    bersilih ganti antara

    ketua pasukan dan

    anggota pasukan

    LS4 Kebolehan untuk

    menyelia anggota

    pasukan

    2. PERMASALAHAN KAJIANKajian ini adalah untuk melihat sejauhmana

    kesesuaian penerapan elemen kemahiran insaniah

    di dalam subjek pengantar falsafah (UE00602) di

    Universiti Malaysia Sabah.

    Elemen kemahiran insaniah ini telah

    diterapkan sepenuhnya pada semester ini.

    Penerapan elemen ini adalah melalui asas penilaian

    yang telah dipelbagaikan. Bukan sekadar

    berdasarkan peperiksaan semata-mata.

    Kajian ini juga akan melihat rekasi pelejar

    kepada penerapan elemn kemahiran insaniah di

    dalam subjek ini.

    3. SOROTAN LITERATURKemahiran Insaniah telah diperkenalkan oleh

    Kementerian Pengajian Tinggi melalui ModulKemahiran Insaniah (soft skills) untuk institusi

    pengajian tinggi.

    Setakat kajian penulis, perbincangan

    mengenai penerapan elemen ini di dalam subjek

    universiti masih belum disentuh secara khusus.

    Hanya buku Modul Kemahiran Insaniah (soft skills)

    untuk Institusi pengajian tinggi yang menyentuh

    tentang bagaimana elemen kemahiran insaniah

    boleh diterapkan di dalam fakulti/sekolah.

    4. OBJEKTIF KAJIAN1. Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan

    penerapan elemen kemahiran insaniah di dalam

    subjek pengantar falsafah (UE00602) di Universiti

    Malaysia Sabah.

    2. Selain daripada itu, kajian ini ingin

    mengenalpasti aspek kekurangan dan kelemahan

    penerapan elemen kemahiran insaniah di dalam

    subjek ini.

  • 7/23/2019 Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)Di Universiti Malaysia Sab

    4/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    4

    3. Kajian ini juga akan melihat reaksi pelajar terhadap

    penerapan elemen ini.

    5. SKOP KAJIANKajian ini telah dijalankan kepada pelajar yang

    sedang mengambil subjek Pengantar falsafah di

    Universiti Malaysia Sabah pada sesi 2008/2009 untuk

    dijadikan sampel kajian.

    Pelajar pada sesi 2008/2009 ini dipilih

    kerana pada semester ini penerapan elemen

    kemahiran insaniah telah dilaksanakan sepenuhnya di

    dalam kursus ini.

    Sebanyak 50 borang soal selidik telah

    diedarkan secara rawak kepada pelajar tetapi yang

    memulangkannya hanya 36 borang sahaja.

    6. METODOLOGI KAJIAN1. Kaedah perpustakaan akan digunakan bagi

    mendapatkan sumber-sumber primer dan sekunder

    seperti modul, prospektus dan buku-buku yang

    berkaitan.

    2.Kaedah kerja lapangan yang melibatkan

    pemerhatian, analisis dan kaedah survei bagi

    mendapatkan data asas. Pemerhatian dilakukan

    kepada reaksi pelajar, analisis pula dilakukan

    daripada data-data yang diperolehi manakala satu

    survei telah dijalankan untuk melihat sejauhmana

    penerimaan pelajar terhadap penerapan elemenkemahiran insaniah ini.

    7. HASIL KAJIANPengenalan

    Di dalam kelas juga selain daripada mengamalkan

    kuliah yang berpusatkan pada pensyarah, amalan

    pembelajaran berpusatkan pelajar juga diamalkan.

    Amalan ini melalui pembentukan kumpulan di dalam

    kuliah untuk perbincangan tajuk pelajaran dan

    pembentangan secara berkumpulan (Kementerian

    Pengajian Tinggi Malaysia 2006: 33-34). Tajuk

    perbincangan akan diberikan kepada pelajar pada

    minggu sebelumnya.

    Reaksi pelajar

    Untuk reaksi pelajar ini, penulis telah melakukan

    soalselidik untuk mengetahui pandangan pelajar

    terhadap penerapan elemen kemahiran insaniah di

    dalam kursus ini..

    1. Tahap kepuasan dalam pembahagian penilaian

    kursus

    Kepuasan

    terhadap

    pembahagiaan

    penilaian kursus

    Bilangan

    pelajar Peratusan

    ya 32 88.9

    tidak 4 11.1

    Jumlah 36 100.0

    Berdasarkan jadual, 88.9 peratus pelajar

    puashati terhadap penilaian kursus, manakala 11.1

    peratus lagi tidak berpuashati.

    2. Tahap pembahagian penilaian yang

    membebankan

    Pembahagiaan

    penilaianmembebankan

    Bilanganpelajar Peratusan

    ya 13 36.1

    tidak 23 63.9

    jumlah 36 100.0

    63.9 pelajar bersetuju pembahagian

    penilaian yang pelbagai tidak membebankan

    mereka manakala sebanyak 36.1 mengatakan ianya

    membebankan.

    3. Pemahaman pelajar

    Pemahaman

    terhadap subjek

    pengantar

    falsafah

    Bilangan

    pelajar Peratusan

    ya 31 86.1

    tidak 5 13.9

    Jumlah 36 100.0

    Sebanyak 86.1 peratus pelajar memahami

    subjek ini manakala yang selebihnya iaitu 13.9

    peratus tidak faham.

    4. Pandangan pelajar terhadap kemahiran insaniah

    Bilangan

    pelajar

    Peratusan

    Sangat tidak memuaskan

    Tidak memuaskan

    Sederhana

    Memuaskan

    Sangat memuaskan

    1

    2

    18

    12

    3

    2.8

    5.6

    50.0

    33.3

    8.3

  • 7/23/2019 Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)Di Universiti Malaysia Sab

    5/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    5

    Jumlah 36 100.0

    Berdasarkan jadual di atas, sebanyak 50

    peratus mengatakan tahap kemahiran insaniah adalah

    pada tahap sederhana manakala selebihnya

    mengatakan memuaskan (33.3 peratus), sangat

    memuaskan (8.3 peratus), tidak memuaskan (5.6

    peratus) dan sangat tidak memuaskan sebanyak (2.8

    peratus).

    5. Kemahiran insaniah memenuhi kemahiran yang

    diperlukan

    Bilangan

    pelajar

    Peratusan

    Sangat tidak memuaskan

    Tidak memuaskan

    Sederhana

    Memuaskan

    Sangat memuaskan

    Jumlah

    1

    6

    16

    8

    5

    36

    2.8

    16.7

    44.4

    22.2

    13.9

    100.0

    Sebanyak 44.4 peratus mengatakan tahap

    kemahiran yang diperolehi bertaraf sederhana,

    manakala selebihnya ialah memuaskan (22.2 peratus),

    tidak memuaskan (16.7 peratus), sangat memuaskan

    (13.9 peratus) dan sangat tidak memuaskan 2.8

    peratus).

    6. Pandangan pelajar terhadap teknik pembelajaran

    Bilangan

    pelajar

    Peratusan

    Sangat tidak

    memuaskan

    Tidak memuaskan

    Sederhana

    Memuaskan

    Sangat memuaskan

    Jumlah

    2

    2

    17

    10

    5

    36

    5.6

    5.6

    47.2

    27.8

    13.9

    100.0

    Sebanyak 47.2 peratus mengatakan teknik

    pembelajaran bertaraf sederhana, manakalaselebihnya ialah memuaskan ( 27.8 peratus), sangat

    memuaskan (13.9 peratus), sangat tidak memuaskan

    dan tidak memuaskan masing-masing sebanyak 5.6

    peratus.

    7. Peratusan kemahiran insaniah yang diperolehi

    pelajar di dalam kursus pengantar falsafah melalui

    pemilihan kemahiran di dalam kertas soal selidik.

    CS1 KIM Kebolehan menyampaikan 44.4%

    CS2 KIM Kebolehan mengamalkan

    kemahiran mendengar yang

    aktif dan memberi maklum

    balas.

    41.7%

    CS3 KIM Kebolehan membuat

    pembentangan secara jelas

    dengan penuh keyakinan

    dan bersesuaian dengan

    tahap pendengar.

    30.6%

    CS4 KIM Kebolehan menggunakan

    teknologi dalam

    pembentangan

    66.7%

    CS5 Kebolehan berunding dan

    mencapai persetujuan.

    61.1%

    CS6 Kebolehan berkomunikasi

    dengan peserta komunikasi

    yang mempunyai budaya

    yang berlainan

    55.6%

    CS7 Kebolehan mengembangkan

    kemahiran komunikasi

    perseorangan

    41.7%

    CS8 Kebolehan menggunakan

    kemahiran bukan lisan

    44.4%

    CTPS

    1

    KIM Kebolehan mengenal pasti

    dan menganalisis masalah

    dalam situasi kompleks dan

    kabur, serta membuat

    penilaian yang

    berjustifikasi.

    25.0%

    CTPS2

    KIM Kebolehan mengembangdan membaiki kemahiran

    berfikir seperti menjelaskan,

    menganalisis dan menilai

    perbincangan.

    47.2%

    CTPS

    3

    KIM Kebolehan mencari idea dan

    mencari penyelesaian

    alternatif.

    66.7%

    CTPS

    4

    Kebolehan berfikir

    melangkaui batas.

    27.8%

    CTPS

    5

    Kebolehan membuat

    keputusan yang berdasarkan

    bukti yang kukuh

    55.6%

    CTPS

    6

    Kebolehan untuk bertahan

    serta memberikan perhatian

    sepenuhnya terhadap

    tanggungjawab yang

    diberikan.

    72.2%

    CTPS

    7

    Kebolehan memahami dan

    menyesuaikan diri kepada

    budaya komuniti dan

    persekitaran kerja yang

    baharu

    66.7%

  • 7/23/2019 Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)Di Universiti Malaysia Sab

    6/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    6

    TS1 KIM Kebolehan membina

    hubungan baik, berinteraksi

    dengan orang lain dan

    bekerja secara efektif

    bersama mereka untuk

    mencapai objektif yang

    sama.

    66.7%

    TS2 KIM Kebolehan memahami dan

    mengambil peranan bersilih

    ganti antara ketua dan ahli

    kumpulan.

    55.6%

    TS3 KIM Kebolehan mengenali dan

    menghormati sikap,

    kelakuan, dan kepercayaan

    orang lain.

    75.0%

    TS4 Kebolehan memberi

    sumbangan kepada

    perancangan dan

    menyelaraskan hasil usaha

    kumpulan.

    63.9%

    TS5 Bertanggungjawab terhadap

    keputusan kumpulan.

    72.2%

    LL1 KIM Kebolehan mencari dan

    mengurus maklumat yang

    relevan daripada pelbagai

    sumber.

    66.7%

    LL2 KIM Kebolehan menerima idea

    baharu dan berkeupayaan

    untuk pembelajaran

    autonomi.

    52.8%

    LL3 Kebolehan mengembangkan

    minda ingin tahu dan

    dahagakan ilmu.

    55.6%

    EM1 Kebolehan memahamikesan ekonomi, alam sekitar

    dan sosiobudaya dalam

    amalan profesional

    33.3%

    EM2 KIM Kebolehan menganalisis dan

    membuat keputusan dalam

    menyelesaikan masalah

    berkaitan etika

    38.9%

    EM3 Kebolehan mengamalkan

    sikap beretika, disamping

    mempunyai rasa

    bertanggungjawab terhadap

    masyarakat

    61.1%

    LS1 KIM Pengetahuan tentang teoriasas kepimpinan

    52.8%

    LS2 KIM Kebolehan untuk memimpin

    projek

    44.4%

    LS3 Kebolehan untuk

    memahami dan mengambil

    peranan bersilih ganti antara

    ketua pasukan dan anggota

    pasukan

    41.7%

    41.7%

    LS4 Kebolehan untuk menyelia

    anggota pasukan

    30.6%

    Hasil daripada kajian ini menunjukkan

    tahap kemahiran insaniah pelajar berada pada tahap

    sederhana. Ini berlaku kerana beberapa faktor,

    antaranya ialah:

    1. Pelajar terbeban dengan jam kredit subjek yang

    banyak

    2. Kekangan masa bagi pelajar untuk

    membahagikan masa untuk mencari maklumat

    kerana subjek yang diambil terlampau banyak.

    3. tidak mendapat kerjasama dari ahli kumpulan

    apabila ada kerja kumpulan.

    4. Pelajar tidak pandai membahagikan masa.

    5. Pelajar rasa terbeban dengan pembahagian

    penilaian.

    8. KESIMPULANSecara amnya, pelajar di dalam kursus PengantarFalsafah ini dapat memperolehi kemahiran insaniah

    walaupun bertaraf sederhana. Walaupun demikian,

    pelajar dapat juga menerapkan elemen-elemen

    kemahiran insaniah berikut iaitu kemahiran

    berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran

    menyelesaikan masalah, kemahiran kerja

    berpasukan, pembelajaran berterusan dan

    pengurusan maklumat, etika dan moral profesioanal

    dan kemahiran kepimpinan. Kemahiran insaniah ini

    memang sesuai untuk diterapkan kepada pelajar,

    Cuma apa yang perlu ialah sedikit

    penambahbaikian di dalam aplikasi penerapan

    tersebut.

    9. IMPLIKASI KAJIANHasil daripada kajian dan pengamatan penulis,

    menunjukkan terdapatnya kebaikan dan

    kekurangan di dalam menerapkan kemahiran

    insaniah di dalam subjek pengantar falsafah ini,

    antaranya ialah:

    Kebaikan kemahiran insaniah adalah seperti

    berikut:

    1. Pelajar dapat mempelajari sesuatu yang baruseperti cara untuk mahir dalam komunikasi,

    kerja kumpulan dan sebagainya

    2. Pelajar tidak tertekan dengan pembahagianmarkah yang terlampau banyak

    3. Memahirkan pelajar dengan teknikkemahiran selain daripada bentuk akdemik

    4. Pelajar dapat berfikir dengan lebih secarakreatif dan kritis

    5. Pelajar dapat bekerjasama sebagai satukumpulan

  • 7/23/2019 Penerapan Elemen Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Subjek Pengantar Falsafah (UE00602)Di Universiti Malaysia Sab

    7/7

    Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

    Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

    7

    Kekurangannya pula adalah seperti berikut:

    1. Apabila bilangan pelajar ramai, susah untukdipantau

    2. Kekangan masa bagi pelajar dan pensyarah3. Kekurangan pensyarah untuk mengecilkan

    bilangan pelajar

    4. Kekangan bilik kuliah yang tidak sesuai untukmelakukan perbincangan dan aktiviti dalam

    kelas

    5. Pelajar dibebankan dengan bebanan kerja yangbanyak terutama yang mengambil lebih

    daripada 20 jam kredit

    10. CADANGANPenerapan elemen kemahiran insaniah di IPTA amat

    sesuai dilakukan kerana elemen ini akan menjadikan

    pelajar berdaya saing, mempunyai kemahiran-

    kemahiran insaniah (soft skills) dan melahirkan

    pelajar yang berdikari. Kemahiran Insaniah jugadapat membentuk pelajar menjadi individu yang

    mahir di dalam pelbagai bidang kemahiran insaniah

    seperti kepimpinan, kerjasama berpasukan,

    komunikasi dan pembelajaran berterusan. Pembaikan

    di dalam penerapan elemen ini haruslah dikaji dengan

    lebih mendalam untuk memastikan keberkesanannya

    seperti:

    1. Dewan kuliah dapat dibina bersesuaian dengan

    konsep kemahiran insaniah

    2. Pelajar dapat dibahagikan kepada kumpulan-

    kumpulan kecil agar pemantauan senang dilakukan.

    3. Struktur kursus diubahsuai mengikut keadaansemasa

    4. Bilangan pensyarah dapat ditambah sekiranya

    bilangan pelajar ramai.

    5. Bilangan kredit yang diambil oleh pelajar pada

    setiap semester dapat dikurangkan

    RUJUKAN

    Ahmad Sunawari Long. 2006. Sejarah Falsafah.

    Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

    Malaysia

    Idris Awang. 2001. Kaedah penyelidikan: suatu

    sorotan. Selangor: Intel Multimedia and

    publication.

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Modul

    Kemahiran Insaniah (soft skills) untuk

    Institusi pengajian tinggi. 2006.Serdang:

    Penerbit Universiti Putra Malaysia.

    Prospektus Prasiswazah 2008/2009 Universiti

    Malaysia Sabah. 2008. Kota Kinabalu:

    Universiti Malaysia Sabah.

    Pusat pengajian siswazah UKM. 1999.

    Menyediakan usul penyelidikan 1. Bangi:

    Pusat pengajian siswazah UKM.

    Pusat pengajian siswazah UKM. 2000.

    Menyediakan Tesis akademik. Bangi:

    Pusat pengajian iswazah UKM