80
KEMASUKAN DAN PERKEMBANGAN PENGARUH INDIA KE DALAM MASYARAKAT ASIA TENGGARA

Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

KEMASUKAN DAN PERKEMBANGAN PENGARUH INDIA KE DALAM

MASYARAKAT ASIA TENGGARA

Page 2: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

PENGARUH INDIA Adalah tidak tepat untuk menggunakan istilah negara kepada India purba (silam).

Menurut pengembara China yang bernama Hsuen Tsang, "Orang orang Intu [India] memanggil negeri mereka dengan pelbagai nama, iaitu menurut daerah".

"Aryavarta" di dalam bahasa Sanskrit dan dialek Hindustan (atau Hindi) yang kemudian, merujuk kepada dataran Ganges. "India" adalah istilah yang asalnya dipinjam oleh orang orang Greek dari bahasa orang-orang Farsi (Persians) bagi menamakan khusus kepada negeri yang diairi oleh Sungai Sindhu atau Hindus.

Page 3: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Sejarah India banyak juga dipengaruhi oleh keadaan-keadaan geografinya. India dapat dibahagikan kepada 4 kawasan pembahagian budaya, setiap satu dikuasai oleh sistem sungainya. Kawasan-kawasan itu ialah:

1.lembah Indus, 2. lembah Ganges,3.dataran Deccan, 4.kawasan selatan atau semananjung India.

Etnologi India: Istilah-istilah linguistik seperti Dravidia dan Arya telah digunakan bagi menamakan unit-unit etnik. Tidak lama dahulu Baron E. van Eickstedt (seorang antropologis Jerman) mengemukakan bahawa "there are no Aryans and Dravidians (ethnics), though there are Aryan and Dravidian languages and cultural usages."

Page 4: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Umumnya ada 3 rumpun bahasa dan budaya India awal.

1. Veddoid (yang terpecah dua, iaitu Malids dan Gondids) dipakai oleh rumpun-rumpun bangsa Afrika dan Melanesia dikenali sebagai Indo-Negrids (berasal dari kawasan utara India).

2. Dravidia digunakan oleh rumpun Melanid yang mendiami hujung selatan India dan utara Sri Lanka. Bahasa ini yang datang dari utara India bukanlah milik rumpun Melanid yang asal, tetapi telah dipaksakan ke atas mereka.

3. Arya digunakan oleh rumpun Indids yang mendiami negeri Aryavarta, di dataran Ganges. (Arya bererti "sanak" seperti "sanak" saudara).

Page 5: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Para penduduk ini (khususnya Indus-Ganges) mempunyai kemahiran seni yang baik dan pelbagai objek yang ditemui (arkeologi) memberi keterangan tentang adat sosial dan kebiasaan (habits) mereka.

Contohnya:

1. Penduduk lembah Indus mahir sebagai pembuat barang logam.2. Agama - penyembahan "Mother Goddess" (Dewi Utama), kultus yang

tersebar ke seluruh Asia Kecil (Asia Minor), terdapat dalam ukiran-ukiran pada pelbagai barang tembikar, cop (seals) dan tangkal yang digunakan oleh penduduk Indus.

Page 6: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Kemajuan tamdun lembah Indus kemudiannya merosot, mungkin

berpunca dari;

1. peralihan yang berlaku pada dasar sungai Indus

2. berlakunya wabak penyakit, atau

3. penyerangan oleh kaum-kaum bukit, mungkin oleh orang Harappa dari rumpun Indo-Aryan.

Page 7: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Orang-orang Indo-Aryan (penghijrah baru ke India, kira-kira abad 1500 SM) - yang adat mereka secara kolektif dikenali sebagai Rig Vedic, berbaur dengan penduduk tempatan walaupun kesan pengaruh mereka sangat ketara.

Agama orang Arya terdiri dari penyembahan kepada Dewa-dewa. Ketua dewa ialah Dyaus-pitar (Jupiter), bapa langit yang kemudiannya mengalah (digantikan) kepada Varunna, tuhan alam semesta langit dan laut.

Bersama Varunna tergabung dewa-dewi lain seperti matahari (Surya/Savitri/Mitra), Ushas/Aurora (pasangan/gundek), Indra (pahlawan ideal seperti Thor kepada orang Viking).

Page 8: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Tuhan-tuhan lain, yang jatuh ke kategori lain, ialah Agni (Ignis) api suci, dan Soma (secara mistik dikenali sebagai bulan, yang mengawal tanaman/tumbuhan...) dan sebagainya.

Di samping itu terdapat kepercayaan yang dikategorikan sebagai "Vedic

pantheon".

Perkataan Veda bererti "wisdom" (asalnya vid yang bererti mahu mengetahui). Manakala Rig Veda merupakan stanza yang mengandungi 1,028 nyanyian puji pujian yang kini dikumpulkan ke dalam 10 buah buku.

Rig Veda berada di dalam pemilikan Rishis/guru yang turun temurun.

Page 9: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Apabila zaman kreatif Veda berakhir, dan nyanyian puji pujian sudah terbentuk dalam corak tetap, sebilangan ciri dalam bentuk prosa yang disebut sebagai Brahmanas ditambah kepadanya.

Kesemua ciri itu mengandungi peraturan peraturan dalam melakukan ritual dan penerangan penerangan tentang makna yang seringkali dihuraikan dengan cerita-cerita mitologikal (mitos).

Berserta Brahmanas terdapat beberapa ciri lain seperti, (Buku-buku Hutan) dan Upanishads (karya karya falsafah keagamaan

yang mengandungi spekulasi mistikal bagi murid murid peringkat atas/lanjutan.

Page 10: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Sebagai tambahan kepada kesemua ciri tadi, terdapat pula pelbagai Sutras (dinamakan demikian kerana mereka mengandungi keterangan-keterangan atau perbidalan yang pendek yang digabungkan) seperti Srauta Sutras (peraturan peraturan berlarutan bagi mengerjakan upacara korban Vedic), Dharma Sutras (mengandungi keterangan tentang asal perundangan Hindu), Grihya Sutras (mempersoalkan tentang upacara upacara domestik/kekeluargaan atau rumah tangga seperti waktu perkahwinan, kelahiran dll.).

Kelahiran Upanishads dan beberapa ciri lain berlaku antara 800 SM hingga 600 SM. Manakala Sutras wujud antara tahun 600 SM hingga 200 SM.

Page 11: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Pada permulaan kewujudan Sutras, iaitu antara tahun 599 SM hingga 527 SM, agama Jainisme diasaskan oleh Vardhamana.

Kemudian antara tahun 563 SM dan 483 SM, lahir pula agama Buddha yang diasaskan oleh Siddhartha Gautama. Dan tahun 483 SM merupakan tarikh bermulanya Majlis Buddha yang pertama.

Pada masa kelahiran pelbagai ciri, sutras dan agama-agama tadi, kemunculan empayer baru juga berlaku. Abad ke-7 SM terbentuk empayer Magadha (diselatan Bihar) dan Kosala (Oudh).

Empayer Magadha (650 SM - 28 SM);

Page 12: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Mempunyai 5 dinasti sepanjang kewujudannya, dengan;

1.Dinasti pertama (650 SM - 413 SM) dikenali sebagai Saisunaga. 2.Dinasti kedua (413 SM - 222 SM) mempunyai 9 pemerintah.3.Dinasti ke-III (322 SM - 185 SM) ialah dinasti Maurya yang memperlihatkan pemerintahan raja-raja besar India iaitu:

a. Chandragupta Maurya (322 SM - 305 SM).b. Asoka (273 SM - 232 SM). Ditabalkan pada tahun 269 SM.

Berikutan dari peperangan Kalinga, Asoka menukar anutan kepada agama Buddha (261 SM). Baginda menghantar pengembang-pengembang agama Buddha ke negeri-negeri jiran (259 SM). Berlaku penerbitan Pemasyhoran Batu (Rock Edicts) dan Pemasyoran Kalinga (257 SM - 256 SM). Penghantaran utusan ke Sri Lanka (250 SM). Pembentukan Majlis Pataliputra (240 SM). Mangkat (232 SM) diganti oleh Dasaratha.

Page 13: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Pada 185 SM dengan kemangkatan Drihadratha, berakhir empayar dinasti Maurya.

4. Dinasti ke-IV, dinasti Sunga (185 SM - 73 SM). Bermula dengan pemerintahan Pushyamitra. Berlaku reaksi Brahmanikal.

Pada tahun 175 SM empayar Magadha diserang oleh Menander (Raja Sialkot dari Greek) yang diusir kemudiannya oleh Sakas (230 SM -58 SM).

5. Dinasti ke-V, iaitu dinasti Kanva (73 SM - 28 SM). Pada waktu ini bermulanya era Vikrama (58/7 SM). Dinasti Kanva

digulingkan oleh Andhras dari Decca.

Page 14: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Pada tahun 120 Masehi kenaikan Maharaja Kanishka. Apabila maharaja ini mangkat pada 162 Masehi diganti oleh Hariskha. Pada tahun Masehi 220, empayer Kushan berakhir dengan perpecahan.

Pada tahun 320 Masehi kenaikan Chandragupta I yang menandakan permulaan zaman Gupta. Empayar ini wujud sehingga 480-490 Masehi sahaja.

Selepas zaman Gupta, maka diikuti oleh zaman Pallava dan Pala (awal dan kemudian) yang meliputi dari abad ke-6 hingga abad ke 12/13 Masehi.

Page 15: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Aspek yang sangat penting wujud pada waktu sejak kejatuhan dinasti Maurya sehingga abad ke-8 Masehi ialah kemunculan secara beransur-ansur agama Hindu dalam bentuk yang diketahui sekarang ini.

Evolusi pembentukan agama ini berligar baur juga dengan agama Jainisme dan Buddha. Dan para rahib Brahmin sekali lagi menekankan kuasa mereka.

Evolusi agama Hindu ini membelakangkan tuhan-tuhan lama. Tuhan-tuhan ini (yang tidak dihilangkan) diatasi oleh diserap ke dalam Trimurti Hindu (kesatuan 3 unit organ utama), baikpun Brahma, Vishnu atau Siva yang mewakili tiga lipatan aspek (iaitu ciptaan pengkekalan dan pemusnahan).

Page 16: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Mitos agama yang popular tentang Siva dan Vishnu dikumpulkan di dalam 18 sajak panjang berbahasa Sanskrit dikenali sebagai Puranas (cerita lama).

Ia memuatkan cerita legenda tentang pembentukan dunia dan tuhan-tuhan, para keramat dan pahlawan zaman silam berserta jurai keturunan raja-raja dan peraturan peraturan tentang peribadatan dan bentuk-bentuk penyembahan. Vishnu merupakan subjek utama di dalam Puranas.

Page 17: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Gelarannya yang digemari ialah Bhagavan (Yang Terpuja) dan para penyembahnya disebut sebagai Bhagavatas.

Vishnu/Bhagavan menawarkan keselamatan rohani kepada semua tanpa menggira kasta (sama ada Brahman, Vaisya, Ksatriya atau Sudra).

Keselamatan rohani (dharma) yang dilakukan melalui avatars (doktrin kewujudan kembali) boleh membawa seseorang itu karma - seperti avatar Vishnu yang popular diceritakan (dalam Mahabhratta atau sajak Bhagavad Gita) berlaku ke atas Krishna yang menjadi pemandu pedati Arjuna.

Page 18: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Apa yang utama membezakan antara agama Hindu "baru" itu dengan agama (lama) Veda ialah, Hindu "baru" telah menjadi lebih jelas menggunakan rupa manusia (patung manusia) dalam rupa tuhan mereka (iaitu tuhan diwakili oleh patung/idol yang diam di kuil yang dilayan sebagai naungan diraja).

Page 19: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

AGAMA HINDUAGAMA HINDU

Page 20: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Hinduisme sukar untuk diberi pengertian yang tepat. Ia bukan sebuah agama seperti Kristian atau Islam, tetapi merupakan satu cara hidup - satu koleksi amalan/ritus, tradisi tradisi dan mitologi mitologi - yang diperakukan oleh buku-buku suci dan disebarkan oleh pengajaran-pengajaran Brahmanikal. Tempat tempat utama belajar yang utama yang wujud pada peringkat awal ialah di Nalanda (pengajian sekular dan keagamaan).

Dalam sastra imaginatif, pertumbuhan yang utama ialah karya atau epik istana. Manakala dalam sastra popular (romances) yang utama ialah Dasa Kumara Charita (Pengembaraan 10 putera Dandin dan Kadanburi dan Harsha Charita Bona.

Dari huraian yang telah diberikan, maka dapatlah difahami bahawa agama Hindu (dan kebudayaan India-Hindu) adalah lahir dari tradisi Dravidia/Indo dan Arya. Kombinasi kedua tradisi ini mencetuskan dua kategori tulisan yang diiktiraf suci oleh agama Hindu, iaitu SRUTI dan SMRITI.

Page 21: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

1. Sruti (pendengaran) ialah pengetahuan pengetahuan kekal suci

(external sacred knowledge) yang didengar oleh para rishi. Antaranya ialah:

a. Veda (samhitas/koleksi pengetahuan pengetahuan yang dianggap suci). Ia terbahagi kepada:

a) RigVeda (yang mengandungi Brahmana, Aitareya dan Kanshitaki).b) Sama-Veda (mengandungi 8 Brahmana).c) Yagur-Veda (terbahagi kepada Veda putih (mengandungi Taittiriya-

Brahmana) dan hitam (Satapatha-Brahmana).d) Atharva-Veda (mengandungi satu Brahmana).•

Page 22: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

b. Brahmanas yang merupakan arahan arahan bagi pengunaan ritual yang tepat dalam melakukan nyanyian puji-pujian dan ibadat serta bahan bahan mitologi yang berasal dari kosmos/cakerwala.

c. Aranyakas yang kandungannya bersifat esoterik - mempersoalkan tentang asas semulajadi jasad-naluri manusia dan tentang alam semesta.

d. Upanishads - merupakan satu koleksi besar tulisan-tulisan yang dicantumkan (sebagai sambungan/apendik) kepada Aranyakas. Upanishads dianggap sebagai kerangka asas kefalsafahan Hindu - mengandungi "akhiran pengetahuan suci (Vedanta)" yang menghuraikan soal Brahman-atman (realiti mutlak) dan karma-samsara (perbuatan dan kelahiran semula).

Page 23: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

2. Smriti (Ingatan) yang dianggap sebagai rekod rekod yang diingati dan diperturunkan dari generasi ke generasi, antaranya:

a. Epik (seperti Mahabhrata/Bhagavad-Gita dan Ramayana).

b. Kanun Manu - merupakan penghuraian yang sangat lengkap tentang hukum hakam suci Hindu. Manu pada tradisinya dianggap sebagai bapa kepada manusia dan pengasas kepada peraturan sosial dan moral. Buku ini mengandungi undang undang perkahwinan, peraturan makan, tugas tugas raja, undang-undang awam/civil dan jenayah, amalan dan korban harian, serta keterangan keterangan tentang pelbagai hal etikal.

Page 24: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

c. Puranas (bererti purba) - keterangan keterangan mitologikal tentang asal usul tuhan tuhan, pendita dan raja-raja dan soal penciptaan, pemusnahan dan penciptaan kembali.

d. Sutras - antara yang popular ialah Kamasutras (cerita cerita keseronokan)

Page 25: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Dari sejak awal lagi Hinduisme mengiktiraf empat keperluan asas kehidupan manusia. Dua yang pertama ialah "keseronokan" dan "harta kekayaan" yang dirujuk sebagai "Jalan Nafsu", manakala dua yang lain disebut sebagai "tugas moral" dan "pembebasan" yang dikenali sebagai "Jalan Penebusan/Pengabdian".

Agama Hindu tidak mengutuk mereka yang memilih Jalan Nafsu, tetapi mereka yang mahu mencapai atman-brahman iaitu jalan yang membawa kerahmatan sejati hendaklah memilih Jalan Penebusan/Pengabdian. Bagi mereka yang memilih Jalan Penebusan/Pengabdian dua jalan utama ditawarkan:

i. Karma Marga (jalan tugas) menekankan tugas seseorang supaya melakukan upacara-amal dan perlakuan yang murni menurut kanun Manu dan lain lain adat susila tradisi Hindu.

Page 26: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

ii. Jnana Marga (Jalan Ilmu Pengetahuan) bagi mereka yang mempunyai kecenderungan atau potensi intelektual, falsafah, kuat rasionaliti dan disiplin diri.

Caranya ialah berusaha mendapatkan kerahmatan sejati itu melalui persepsi kepada nama nama dan bentuk bentuk semulajadi yang bersifat illusi, serta menyedari tentang realiti tunggal konsep Brahman-atman.

Dari persepsi dan kesedaran itu akan lahirlah kuasa bahasan fikiran, sebagai disiplin yang dapat mengawal akal dan deria (mind and senses) - sehingga wujudlah ketenteraman, kecekalan dan konsentrasi dalaman (jiwa). Sementara itu bagi mengharungi hidup yang menuju ke arah kerahmatan tersebut, ada empat peringkat yang harus dilalui:

Page 27: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

a. sebagai murid (Brahmacarin), b. sebagai Ahli keluarga (Grihastha), c. sebagai penghuni hutan atau orang bertapa (Vanaprastha); dand. sebagai pengembara (Sanmyasin) yang mengasingkan hal-hal keduniaan dan hidupnya berpandu kuat kepada hikmah Upanishad.

Dalam proses ini terdapat pula beberapa sistem falsafah (dharshana) yang kebanyakannya adalah sejalan kerana masing masing menyubur dan mencuba setinggi yang boleh potensi potensi diri seseorang khususnya bagi mencapai budhi (kebijaksanaan) yang teratas. Salah dari proses/falsafah itu dikemukakan oleh para pendita-pendita agama Hindu.

Bagi mereka jalan menuju kerahmatan itu tidak dibahagikan menurut peringkat (kronologi) tetapi mengikut 6 sistem logikal iaitu sistem Nyaya, sitem Sankhya, sistem Yoga, sistem Purva-Mimansa, sistem Vedanta; dan sistem Bhakti marga (jalan penyerahan diri kepada agama).

Page 28: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

AGAMA BUDDHA

Page 29: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Diasaskan oleh Siddhartha Gautama yang digelar Buddha (Yang Berkesedaran/The Enlightened One).

Mempunyai 3 kitab suci (Tripitaka): (i) Vinaya Pitaka - peratuan biara bagi pelbagai sami, (ii) Sutta Pitaka - buku pengajaran agama Buda, (iii) Abhidhamma Pitaka - perbincangan tentang sebab dan gelagat kesemua kehidupan.

Di samping itu terdapat himpunan cerita cerita rakyat agama Buddha dikenali sebagai Jataka yang banyak pula bahagian bahagiannya seperti Lalitavista (terpahat pada candi Borobodur), Jatakamala dan Vicvantara-Jakata. Ada pula kitab Mahavatsu yang menghimpunkan karangan-karangan tentang soal-soal baru dalam agama Buddha baikpun untuk mazhab Hinayana atau Theravada atau untuk aliran-aliran mistik seperti Madhyamika atau Yogacara dan lain-lain lagi.

Page 30: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Pengajaran agama Buddha menyentuh empat kebenaran mulia:

• 1. Dukkha - punca dukkha ialah tanha (mementingkan diri dan hawa nafsu/keinginan. Bagi mengatasi dukkha/tanha perlulah mengambil jalan tengah dengan mengamalkan ;

(i) pemahaman yang betul.(ii) Masuk campur/mencelah yang betul.(iii) Percakapan yang benar/betul.(iv) Kelakuan yang betul.(v) Pekerjaan yang betul.(vi) Usaha yang betul.(vii) Kontemplasi yang betul (mengawal akal) (viii) Konsentrasi yang betul

Kesemua ini membawa kepada nirvana.

Page 31: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

• 2. Nirvana - bererti pelenyapan atau keluar (dari dukkha).

• 3. Anicca - bererti tidak kekal/sementara (hidup yang berputar dari lahir, membesar, merosot dan mati. Putaran yang diliputi dukkha.

• 4. Anatta - bererti jasad dan jiwa (self and ego). Jasad tidak kekal, jiwa

kekal. Keduanya mempunyai 5 cantuman (skandhas) iaitu sifat sifat fizikal, persepsi, perasaan, "subconscious predispositions" dan kesedaran/ keawasan. Setiap satu berada dalam keadaan terus-terusan berubah. Gabungan ini mencetuskan individu.

Page 32: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

• Umumnya bagi mencapai nirvana, seseorang beragama Buddha perlu mengambil langkah mencari perlindungan ke dalam:

(i) perlindungan Buddha, (ii) perlindungan dengan dhamma (kebenaran) dan ajaran-ajaran moral; dan (iii) perlindungan dengan Sangha/rahib yang memerlukan pematuhan kepada arahan arahan berikut:

1.jangan membunuh,2. jangan mencuri,3. jangan berkelakuan buruk, 4. jangan berbohong, dan

5. jangan meminum / menggunakan benda yang memabukkan.

Page 33: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Di samping itu ada beberapa tambahan lain seperti:

1. bersederhana makan, 2. jangan melihat tarian, nyanyian atau drama,

3. jangan menggunakan bau-bauan (pewangi), bahan kosmetik atau barang kemas,

4. jangan menggunakan tilam yang empuk; dan 5. jangan menerima emas atau perak.

Page 34: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Agama Buddha selepas kematian Siddharatha Gautama (Buda) telah terpecah kepada kira-kira 16 aliran/mazhab. Pada zaman Asoka (270 SM), terdapat dua aliran utama iaitu mazhab Stkariada atau Buddha Theravada/Hinayana (kenderaan kecil/little vehicle); dan mazhab Mahasangghika atau Buddha Mahayana (kenderaan besar/greater vehicle).

Perbezaan antara keduanya ialah: Buddha Theravada menganggap usaha menuju nirvana hanya boleh dilakukan oleh individu kepada dirinya sahaja.

Malah aliran ini mengatakan bahawa Buddha sendiri tidak dapat membantu orang lain mencapai nirvana. Aliran Theravada juga menetapkan bahawa bagi mencapai nirvana perlu masuk menjadi sami/sangha (memerlukan pengasingan dari rumah).

Page 35: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Sebaliknya aliran Mahayana mempercayai tentang adanya Buddha yang akan datang (bergelar Maitreya) yang membawa erti bahawa aliran ini menganggap usaha menuju nirvana tidak terhad kepada "individu untuk individu itu sahaja". Buddha Mahayana mengatakan bahawa dalam usaha mencapai nirvana tidak perlu pengasingan dari rumah.

Aliran Mahayana tersebar ke utara, sampai ke Tibet (dan mencetuskan isme Lama dengan Dalai Lama sebagai ketua tertinggi rahib yang dianggap sebagai jelmaan kembali Bodhisattva). Dari arah utara India ini agama Buddha (Mahayana) sampai ke China pada zaman dinasti Han (abad ke-3 SM). Manakala aliran Theravada tersebar ke selatan, ke Sri Lanka dan ke Asia Tenggara.

Oleh kerana Buddha Mahayana - lebih terbuka (liberal) memudahkan berlakunya sinkritisme Buddha dengan agama Hindu.

Page 36: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Perbezaan Hindu dengan Buda Perbezaan yang ketara ialah, agama Buddha menolak dua jalan keselamatan

yang asas dalam agama Hindu, iaitu jalan falsafahnya atau jalan ilmu (Jnana Marga) dan jalan menyerah diri kepada tuntutan agama atau berbakti (Bhakti Marga).

Agama Buddha menganggap jalan keselamatan (nirvana) dicapai dengan menekankan/menghilangkan nafsu kerana nafsu menjadi punca dukkha/sengsara hidup

Page 37: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

(sedangkan dalam agama Hindu, tidak melarang jalan nafsu, sekadar tidak mengalakkannya sahaja) dan bukannya mensebadikan diri dengan atman Brahman (kontigen individu bersatu dengan Brahman/Kebenaran Mutlak yang mengelakkan karma-samsara/perlakuan-lahir kembali).

Oleh itu agama Buddha menganggap sesiapa yang menolak nafsu (tanha) maka ia akan mencapai nirvana dan tidak perlu lahir kembali (reinkarnasi).

Cara cara menghilangkan dukkha menurut agama Buddha dikenali sebagai Jalan Pertengahan/Kesederhanaan, tetapi sebenarnya ia menekankan tentang disiplin diri yang murni seperti juga yang terdapat kepada jnana marga dalam agama Hindu.

Page 38: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Satu lagi perbezaan keduanya ialah, agama Budda percaya tuhan atau tuhan-tuhan tertakluk kepada perubahan dan bersifat sementara (anicca), sedangkan anggapan sebaliknya oleh agama Hindu.

Menurut agama Buddha hidup adalah sementara dan takdir (anicca) menentukan sesuatu jasad (self) dan jiwa (ego) yang disebut sebagai anatta. Jasad akan wujud bila lahir, lebur bila mati, tetapi jiwa terus wujud sebagai kontigen individu.

Dan individu (jiwa) ini berserta jasad/tubuh barulah menjadi apa yang dikatakan "orang". Sebagai orang ia memilikki sifat sifat fizikal. persepsi, perasaan, "subconscious predisposition", dan kesedaran (awasan).

Page 39: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Sifat-sifat seperti persepsi dan seterusnya adalah meletakkan seseorang dalam agama Buddha seperti seorang yang berada di jalan jnana marga dalam agama Hindu. Namun pun adanya persamaan, agama Buddha menolak upacara korban, upacara amal dan sembahyang.

Secara tidak langsung perbezaan ini membawa agama Buddha menentang wujudnya peranan kasta, peranan golongan Brahmin dan konsep atman-Brahman.

Oleh itu agama Buddha adalah liberal, mengalakkan setiap orang mengejar setinggi yang boleh melalui potensi potensi yang terdapat pada dirinya bagi memperolehi nirvana dan budhi (kebijaksanaan).

Page 40: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Falsafah agama Buddha yang demikian itu membuatkan ia boleh diangap sebagai athesis atau "tiada tuhan" atau lebih merupakan agama "humanistic" sahaja. [S.A. Nigosin, World Religion, London: Edward Arnold Publishers Ltd., 1975, h. 155-157.]

Di Asia Tenggara umumnya, jalan pengabdian (jnana marga) dalam agama Hindu dan jalan budhi-nirvana dalam agama Buddha tidaklah dipentingkan sangat di kalangan bangsawan, apatah lagi di kalangan rakyat.

Falsafah falsafah yang luhur tadi dicairkan atau digemburkan ke dalam sifat mitologi, kesenian dan kepentingan status sosial, adat dan upacara sahaja. Jalan Nafsu atau keseronokan lebih menarik minat mereka. Dalam perkataan lain, soal dharmasastras (perundangan) dan arthasastra (politik) diatasi oleh kamasastra (keseronokan).

Page 41: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

PENYEBARAN PENGARUH INDIA Coedes mengistilahkan kerajaan ke-Indiaan Asia Tenggara sebagai

"Hinduized".

Brian Harrison mengistilahkannya "Indianized". [Nampaknya istilah B.Harrison lebih sesuai].

Menurut Sylvain Levi: India memberi mitologinya kepada jiran-jirannya. Mereka ini pula

menyebarkan mitologi itu ke seluruh dunia. India, sebagai ibu kepada perundangan dan falsafah memberi kepada tiga perempat Asia, satu tuhan, satu agama, satu doktrin, dan kesenian. India memberi bahasa suci, kesusteraan, institusi institusinya ke dunia luar.

Page 42: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Oleh itu dari sudut budaya, kawasan Asia Tenggara kini dicorakkan sedikit atau banyak kesan Indianisasi yang berlaku lama dahulu.

Ketara kesan itu dapat dilihat dari kepentingan unsur Sanskrit di dalam perbendaharaaan bahasa-bahasa yang dituturkan, penggunaan pada satu masa dahulu atau berterusan hingga kini bentuk huruf/tulisan yang berasal dari India, pengaruh perundangan dan organisasi pentadbiran India, penerusan tradisi tradisi Brahmin walaupun di negeri-negeri yang menerima Islam atau yang Buddha Sinhalese; dan kehadiran monumen-monumen lama yang dari segi seni bina dan ukiran berkait rapat dengan kesenian India serta mempunyai inskripsi/tulisan Sanskrit.

Page 43: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Menurut Van Leur:

"Hindu cultural influence had to do only with sacral rites and ritual, and also literature and government techniques, which had a consecrated magical character."

"Brahmin mission... was not the preaching of any revealed doctrine of salvation, but the ritualistic and bureaucratic subjugation and organization of the newly entered regions."

Page 44: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Dari proses Indianisasi ini lahirlah kerajaan kerajaan yang pada awal pembentukan mereka mempunyai ciri ciri yang sangat ke-Indiaan.

Namun demikian sejarah pengembangan tamadun India ke timur masih belum dihuraikan dengan sepenuhnya.

Perhubungan diantara India dengan kawasan timur bermula sejak zaman pra-sejarah lagi, tetapi hanya pada permulaan tahun Masehi barulah berlaku pembentukan kerajaan kerajaan yang dihasilkan oleh proses Indianisasi. Sebelum kebangkitan kerajaan kerajaan itu, Asia Tenggara khususnya telah menerima kehadiran para pelayar, pedagang, para imigran India yang mengwujudkan penempatan (koloni) India seawal awalnya sejak zaman Neolithic - kemudian barulah diikuti oleh golongan agama [Brahman atau sami Buda] serta cendikiawan [Sanskrit].

Page 45: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Bagaimana pengaruh India diperkenalkan kepada masyarakat Asia Tenggara?

Setengah pendapat menekankan kepentingan pengaruh ilmu pengetahuan agama Hindu (Hindu theoretical treatises) atau disebut "sastras".

Manakala Coedes menekankan satu aspek lain, iaitu kesan lanjutan dari ketakjupan pribumi Asia Tenggara yang melawat dan melihat tempat tempat suci di India, membawa kepada kesediaan orang Asia Tenggara menerima pengaruh India.

Satu yang pasti, ialah, pengembangan itu tidak dilakukan melalui ketenteraan.

Page 46: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

H.G.Q. Wales memberi peringkat penyebaran pengaruh India dalam 4 gelombang utama (dilihat secara kronologi - tetapi pembahagian tempoh antara sesuatu gelombang tidaklah jelas, ada tindan lapis):

1. Waktu Amaravati (Abad pertama - abad ke-3 Masehi)2. Waktu Gupta (abad ke-4 hingga abad ke-6 Masehi)3. Waktu Pallava (tahun 550 - 750 Masehi)4. Waktu Pala (750-900)

Page 47: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Kemudian satu lagi gelombang disebut sebagai waktu Pala kemudian (abad ke-12 dan 13 Masehi, iaitu berikutan dari pertaburan sami sami Nalanda).

Manakala gelombang gelombang (kecil) yang lain turut berlaku dari masa ke semasa. Heine-Geldern misalnya menyebut satu gelombang yang wujud pada zaman pra-sejarah, diistilahkannya sebagai gelombang gelombang megalithic (yang membawa banyak penyebaran budaya).

Page 48: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Sylvain Levi memberi 3 sebab berlaku pengembangan pengaruh India ke Asia Tenggara:

(1) khabar khabar tentang adanya emas di kawasan Asia Tenggara - sehingga timbul nama Suvannabhumi (land of gold) kepada Burma.

(2)kemahiran yang dicapai dalam teknologi pelautan dan kerana keadaan laut yang agak tenang.

(3) orang orang Buda tidak takut mengharung laut (kerana tiada kasta seperti agama Hindu yang menganggap mengharung laut akan menjatuhkan kasta seseorang).

Page 49: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Bermula tahun Masehi peradapan India mula tersebar ke Asia Tenggara, dan sehingga abad ke-5 Masehi, wujudlah beberapa buah kerajaan ke-India-an (kerajaan kerajaan yang tersusun/berbentuk menurut garis garis teori politik India, agama Buda atau Hindu.

Page 50: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

INDIANISASI Indianisasi nampaknya tidak mungkin berlaku dalam operasi yang

sekata/serupa ataupun menyeluruh.

Pendapat pendapat yang mengatakan bahawa Indianisasi dimulakan oleh ;

(i) migrasi orang orang India, dan

(ii) para pedagang, sudah lebih diragui dari diterima sebagai sepenuhnya benar. Walau bagaimanapun kemungkinan golongan pedagang sebagai mekanisme utama penyebaran pengaruh budaya India tidaklah dapat ditolak bulat bulat. Ada kemungkinan bahawasanya

Page 51: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

(iii) masyarakat Asia Tenggara telah tertarik dengan budaya Hindu-Buda yang dianuti pedagang pedagang ini menyebabkan mereka meniru-cipta budaya India yang sesuai dan yang diperlukan.

(iv) Peranan golongan pengembara (seperti tersebut dalam catatan China). Contoh utama ialah Kaundinya.

(v) Dibawa terus oleh para pendita (rahib dan cendikiawan).

Page 52: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

• Peringkat -peringkat Pengaruh Hindu-Buda:

Pengaruh Hindu

Peringkat pertama:

ialah waktu sebelum pertengahan abad ke-4 (pengaruh yang agak samar atau kurang berkesan). Pada peringkat ini (sejak awal Masehi hingga abad ke-4), berlaku pertumbuhan kerajaan-kerajaan kecil pribumi seperti Lin-i dan Funan, tanpa pengaruh India yang jelas.

Page 53: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Peringkat kedua:

dari pertengahan abad ke-4 hingga kepada pertengahan abad ke-6.

Faktor yang membawa kepada perubahan peringkat penyebaran pengaruh India, ialah;

(i) perdagangan (ii) agama Buddha

Page 54: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

(iii) perubahan politik di Ganges - orang orang Kushan yang mendudukki Ganges (sehingga sampai ke Benares) mempunyai (dikatakan) dinasti yang disebut Murunda. Pada tahun 357 di bawah pimpinan maharaja agung Samudragupta, kesemua utara India ditundukkan ke bawah dinasti Gupta. Para penyerang Scythian (dari utara) diundurkan.

Ada kemungkinan satu cabang dari keluarga Kushan, terusir dari tebing Ganges, meneroka nasib mereka keluar dari Telok Bengal ke kawasan timur (Tenggara Asia).

Golongan inilah agaknya yang menjadi tali penghubung antara kerajaan Murunda dengan kerajaan kerajaan awal Tenggara Asia, khususnya Funan.

Page 55: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Pengaruh Buddha

Ada peringkat penyebaran Buddha tahap awal ke Asia Tenggara - dikenali melalui rupabentuk patung Buddha.

Peringkat I - Zaman Amaravati (abad ke-2 dan ke-3 Masehi) dengan pnenemuan utama di sungai Kamara di Sulawesi.

Peringkat II - Zaman Gupta (abad ke-4 dan ke-5) dengan penemuan utama di Dong-duong (Champa).

Page 56: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Sungguhpun agama Buddha merupakan penyebar pengaruh India yang utama (kerana ia lebih bersifat missionari) ke Asia Tenggara pada peringkat awal, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa agama Hindu juga turut serta pada waktu yang sama.

Sebab itulah ditemui di Dong-doung inskripsi Sanskrit (Hindu) di samping penemuan patung Buda yang mewakili tarikh yang lebihkurang sama. Malahan dibuktikan bahawa raja Lin-i/Champa yang bernama Bhadravarman (pertengahan kedua abad ke-4, (ibukotanya mungkin bernama Tra-kieu) membina sebuah kuil di kawasan lembah pergunungan Mi-son bagi penyembahan Siva.

Nampaknya penyembahan Siva merupakan penyembahan agama Hindu yang awal di TBAT. Penyembahan Vishnu hanya wujud selepas abad ke-5 Masehi.

Page 57: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Bukti kewujudan dan perkembangan Funan serta pengaruh India ke atasnya banyak diperolehi melalui catatan awal China. Raja-raja Funan menghantar utusan ke China dan ke India (sebelum abad ke-4 lagi).

Pada akhir abad ke-4 dan pada abad ke-5 Masehi sudah terdapat hubungan rapat Funan dengan India. Seorang dari raja tahap akhir zaman Funan, Jayavarman (mati 514 Masehi) dengan ibukotanya di kawasan pendalaman - iaitu di antara kawasan Ba Phnom danAngkor Borei, merupakan seorang yang mentarafkan dirinya jelmaan Siva - iaitu sebagai (tuhan) Siva dibumi atau dikenali sebagai Siva Girisa "raja/tuhan yang tinggal di gunung".

Namun demikian pengaruh Buddha juga turut berkembang di Funan kerana menurut catatan China, kerajaan China meminta Funan menghantar kepadanya sami-sami (Buddha) Funan bagi mengembangkan agama itu ke China.

Page 58: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Manakala di kawasan sebelah barat TBAT, orang-orang India menamakan Burma selatan dan semenanjung Melayu sebagai "Suvarnabhumi" (bumi emas).

Di Burma pada tempoh sebelum abad ke-6, orang-orang Pyu menubuhkan kerajaan mereka, Srikshetra. Kerajaan ini mendapat pengaruh Buddha seperti dibuktikan oleh penemuan tulisan/teks Pali (Buda) yang bertarikh akhir abad ke-5 Masehi.

Hasil penggalian arkeaologi ditemui di kawasan Hmawza artefak artefak mewakili zaman sebelum abad ke-6 yang mempunyai tulisan India.

Page 59: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Di kawasan Menam dan kawasan semenanjung Thailand, tempat kediaman orang-orang Mon, dikenali negeri (kerajaan) mereka sebagai Dvaravati yang mungkin terletak di kawasan Thaton di Burma atau Nak'on Pathom di Siam. Ia merupakan kawasan pengaruh Buddha.

Penemuan arkeaologi berupa teks purba orang Mon, mewakili abad ke-6. Manakala tinggalan senibina ialah "stupas" (Buda) ditemui di P'ong Tuk, dan paling ketara ialah "Roda-roda undang-undang" (Buddha) ditemui di P'ra Pathom.

Kesemuanya tinggalan yang mewakili abad ke-6. Di tempat yang sama di temui juga rupa Buddha pada kepingan batu (mewakili abad ke-7).

Page 60: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Kesan Pengaruh Hindu-Buda Penyebaran pengaruh India, lebih bersifat "penetration pacifique" [N.J. Krom]. Siapa

juga pembawa budaya India itu, nampaknya mereka telah mengutarakan budaya yang berunsur satu cara hidup yang menekankan doktrin agama dan falsafah yang tertentu sehingga penerimaan budaya itu mesti dilakukan secara keseluruhan (en bloc) oleh ketua ketua pribumi tempatan/Asia Tenggara.

Penerimaan agama Hindu membawa bersamanya penerimaan cara hidup ke-India-an, atau sebaliknya penerimaan cara hidup ke-India-an membawa penerimaan agama Hindu.

Page 61: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

• Pengaruh keagamaan-budaya dari India meningkatkan peradapan Asia Tenggara melalui 2 cara utama.

Pertamanya melalui apa yang diistilahkan sebagai, "pulsating galactic polity". Orang yang memberi istilah "pulsating galactic polity" itu ialah Stanley Tambiah dalam artikelnya "Samgha and Polity in Thailand" in Religion and Political Legitimation in Southeast Asia, ed. by Bardwell Smith Chambersburg, Pa.: Wilson Books, 1977. [M.C. Ricklefs membuat komen terhadap buku itu, dalam artikel JAS, XXXVI (2) Feb 1977, h. 286]

Manakala cara kedua ialah cara tidak formal tetapi tertumpu kepada golongan elite (elite education).

Page 62: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Kesan politik• Kesan politik dari penyebaran pengaruh India ialah pengwujudan beberapa

buah kerajaan yang mengikut corak India terutamanya Champa, Fu-nan (kemudiannya Che-la dan Angkor), Dvaravati, Shrikshetra dan lain lain.

• Sedikit sahaja yang dapat diketahui bagaimana kerajaan kerajaan itu muncul tetapi bolehlah diandaikan sama ada orang orang India menekankan corak organisasi mereka ke atas masyarakat pribumi, atau masyarakat tempatan yang terpengaruh dengan budaya India telah dengan sendiri membentuk organisasi politik meniru pola (politik) India.

Page 63: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Berhubung dengan kesan politik terdapat dua jenis kanun, iaitu kanun rakyat dan kanun diraja yang memberi sumbangan yang besar.

Kanun diraja boleh dibahagikan kepada dua pula, iaitu untuk golongan agama dan satu lagi untuk golongan diraja.

Kanun untuk golongan diraja bersandar kuat kepada kitab dharmasastras (kanun manu) dan arthasastras (pemasyoran politik), terutamanya rajaniti atau susila raja. Dibandingkan di antara kedua jenis kanun, maka kanun diraja lebih utama dan kuat diresapi oleh pengaruh Hindu-Buda kerana golongan aristokrat lebih menerima unsur unsur agama dan budaya dari India demi kepentingan kedudukan mereka.

Page 64: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Walau bgaimanapun adat asal pribumi masih tergembur pada zaman itu kerana perhubungan antara rakyat dan raja masih memerlukannya lantran rakyat seluruhnya akan kurang faham sekiranya seluruh sistem sosial-politik dari India digunakan dengan sepenuhnya.

Winstedt [Kingship and Enthronment in Malaya] cuba menunjukkan peranan dan kedudukan raja yang berkembang pada zaman Hindu-Buda yang mempunyai fungsi dan kebolehan sebagai seorang shaman.

Page 65: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Raja sebagai shaman ditakrifkan sebagai pawang/bomoh, yang mempunyai ilmu ilmu mentera, jampi dan serapah. Dengan kelebihan itu ia dipercayai dapat menguasai alam gaib yang mempengaruhi kehidupan individu individu dalam masyarakat.

Kebolehan raja mengausai alam gaib meletakkannya di satu kedudukan yang tinggi dalam skel/strata sosial masyarakat.

Jelaslah menunjukkan bahawa seseorang raja perlu menyakinkan rakyat dalam taraf pengetahuan yang difahami oleh rakyat sendiri, iaitu dalam bentuk adat dan sistem sosial yang telah wujud sebelum tibanya pengaruh dari India.

Page 66: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Peranan Brahmin itu telah menyebabkan penerimaan secara en-bloc golongan bangsawan (elite) terhadap doktrin agama dan falsafah Hindu.

Penerimaan itu juga telah membawa cara hidup India seperti teknik pentadbiran yang kemudiannya diubah-suaikan dengan keadaan tempatan. Oleh itu terdapat ramai "soi-distant" Brahmans yang bertugas dalam istana.

Page 67: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Dari itu munculah buat pertama kali organisasi sosial yang bercorak negara dan negara kota, atau sekurang kurangnya komuniti komuniti yang jelas menunjukkan penerimaan ciri ciri peradapan India khususnya dua konsep, iaitu konsep raja (devaraja) dan konsep kasta (ryta).

Konsep raja telah disamakan kedudukannya dengan dewa dewa yang menunjukkan penerimaan tradisi Brahmin yang tertumpu kepada konsep devaraja dan dianggap berkuasa penuh dalam hal keagamaan dan adat istiadat dan konsep konsep dharma (virtues/hemah tinggi).

Adalah menjadi tugas raja mengekalkan dharma dengan menjaga hiraki dharma yang terbahagi kepada 4 tingkat dan menjaga susunan kelas dan peringkat dalam masyarakat. Dalam kanun Manu tugas raja ialah (i) melindungi semua, (ii) memilikki ciri ciri tuhan tuhan Indra (angin), Yama (matahari dan api) dan Varuna (bulan dan harta); dan (iii) ada sakti atau diperlakukan supaya ada atau dipercayai ada sakti walaupun raja itu masih bayi.

Page 68: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Manakala konsep ryta (kasta) pula menekankan sifat sifat ideal seseorang raja yang adil dan saksama. Akibat dari itu ialah segala-galanya ditentukan oleh suatu kuasa yang tinggi sehingga pemaufakatan tidak wujud lagi. Rakyat telah menjadi golongan rendah dalam sistem feudalisme ke-Hindu-an [Sistem feudal yang menuntut kewujudan stratifikasi fungsional secara hiraki yang membezakan kedudukan seseorang terhadap lainnya dalam sesebuah masyarakat.

Oleh itu gelaran gelaran tertentu diberikan supaya seseorang menerima hormat atau layanan yang setaraf dengan gelarannya. Biasanya gelaran baru diikuti oleh penamaan/nama baru bergelaran].

Page 69: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Walaupun 4 kasta Hindu tidak pernah berlaku dalam masyarakat tempatan, tetapi ternyata adanya pembahagian yang jelas antara golongan bangsawan, golongan petuanan, dan golongan rakyat (petani, pekerja atau hamba).

Dalam sistem sosial dan adat yang diperkembangkan oleh tradisi Hindu-Buda, kedudukan dan perlakuan individu ditentukan di bawah sistem pemerintahan otokratik dan parental.

Page 70: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

• Umumnya kesan politik dirumuskan seperti berikut:

1. Lahirnya 3 kelas iaitu bangsawan, petuanan dan rakyat.2. Wujudnya kelas yang berbeza itu menyebabkan kuasa ditangan kelas

bangsawan dan petuanan. Kuasa yang dibantu oleh unsur politik dan agama India menjadikan politik tempatan bersifat otokratik dan bersistem "parental". Bererti hilangnya ciri ciri demokrasi.

3. Wujud hukuman yang berbeza terhadap kelas yang tertentu.

Page 71: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Kesan Keagamaan Di antara aliran dan ajaran keagamaan dari India yang berkembang di Asia

Tenggara ialah:

Ajaran Saivasiddhanta, iaitu suatu mazhab Hindu yang bersifat mistis dan yang berkembang pada abad permulaan Masehi - keselamatan atau kerahmatan mutlak dan terelak dari mati dan kelahiran kembali (samsara) yang berulang ulang kali dapat dicapai melalui pengetahuan yang hakiki (secara mistik) tentang sifat Dewa Siva.

Aliran Siva adalah aliran yang memuja Siva tetapi lebih khusus ditujukan kepada Durga, isteri Siva. Golongan ini dipanggil gulungan Cakta. Aliran Cakta menerima sambutan yang luas sehingga masuk terserap ke dalam agama Buda. Kitab suci golongan ini ialah Tantra (agama/Tantrayana) yang menekankan berbagai bagai hal keagamaan dan cara cara pemujaan yang lebih lebih bersifat sihir dan gaib.

Page 72: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Pengaruh agama Buddha Mahaya meningkat pengaruhnya di Asia Tenggara setaraf dengan pengaruh Buddha Hinayana/Theravada pada abad ke-8. Coedes yakin ia berpunca dari kenaikan dinasti Pala di Bengal dan Magadha pada pertengahan abad ke-9 dan peranan yang dimainkan oleh universiti universiti di Nalanda. Beliau memberi bukti bukti:

1. Buda Mahayana mendapat perhatian yang sejajar dengan pembawaan ajaran Sarvastivada (dari mazhab Buddha Hinayana/Theravada) yang tersebar di Palembang.

2. Terdapat sudah archa Bodhisativa Lokhesvara (Buddha Mahayana) di Kambuja (iaitu di Prasat Ta Keam).

Page 73: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

• 3. Sifat sifat Buddha Mahayana yang agak jelas terpancar pada waktu itu di Asia Tenggara ialah:

a. kecenderungan kepada ajaran mistik Tantrik Vajrayana (Buddha Mahayana) yang popular ketika itu di Bengal.

b. adanya sikritisme dengan kultus Hindu yang dapat dilihat dalam amalan keagamanan di Kambuja, pengabungan pemujaan kepada Siva-Sidharata Buddha. Satu petanda bahasa agama Buddha (Mahayana) diterima secara resapan kepada pengaruh Hindu.

Page 74: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

c. terdapat sikap yang memberi keutamaan kepada penebusan dosa jiwa mereka yang mati. Petanda yang menunjukkan bahawa faham agama Buda terjelma dalam kultus (animisme) pribumi.

Oleh itu dapat dirumuskan bahawa agama Hindu-Buddha yang sampai ke Asia Tenggara melakukan pensenyawaan (fecundation) dengan kepercayaan kepercayaan pelbagai bentuk yang rendah sifatnya (primordial beliefs) ketika melakukan diffusi peradapannya (India).

Apa yang memudahkan berlakunya pensenyawaan ialah kerana terdapat ciri ciri keselarian (parallelism) antara kepercayaan kepercayaan "primordial" Asia Tenggara dengan kepercayaan asal India.

Oleh itu juga mudah difahami mengapa penyembahan kepada Siva (pemusnah) lebih utama di Asia Tenggara jika dibandingkan dengan Vishnu (pemulihan dan kemakmuran) kerana dalam penyembahan Siva ia banyak menyerap faham agama agama "primordial" (kultus kultus pra zaman Arya). Perlakuan ini diteruskan juga di Asia Tenggara.

Page 75: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Kesan Ilmu Pengetahuan Soekmono, Sedjarah Kebudayaan Indonesia, p. 66-7 membahagikan 4 kumpulan/jenis

kitab dari India:

1.kitab keagamaan (tutur),2.kitab hukum (sastra, yang boleh dibahagi kepada kitab umum dan kitab khusus/casana yang ditujukan kepada golongan tertentu seperti kitab kitab untuk menentukan hak, status dan kewajipan pendita misalnya kitab Rsicasana),3.kitab epik-legenda (wiracarita), misalnya yang utama ialah Ramayana, Mahabharata dan Bhagavad-Gita; dan4.lain lain termasuklah keagamaan, kesusilaan dan kitab kitab huraian sejarah seperti Nagarakrtagama (cerita peringatan ke atas raja Hayam Euruk dan kekuasaan Majapahit dirantau ini ditulis oleh Prapanca, pemuisi istana yang mengelolakan biara biara agama Buda bagi pihak kerajaan), Niddesa dan sebagainya.

Page 76: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Agama Hindu - (an amorphous religion without a leader, clergy, orthodoxy of program) oleh itu agama Hindu lebih longgar (dibandingkan dengan Buda) dalam bentuk penyebarannya, sehingga memudahkan sinkritisme dengan animisme tempatan (kepercayaan kepercayaan primordial).

Justeru itu juga maka ajaran Cakti dan Tantra (mengutamakan aspek aspek sihir dan gaib) lebih popular dari ajaran Hindu yang sebenarnya. Menurut Coedes [The Indianized...p. 146], contoh sinkritisme ini dapat dilihat pada inskripsi di Jawa misalnya yang menyebut tentang tiga aliran agama iaitu Saira (penyembahan Siva, agama Hindu), Sogata (Buda) dan Rishi (penganut faham lama/aliran tertentu).

Page 77: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Manakala dalam unsur Brahmanisme dapat dikategorikan kepada dua, pertamanya Brahmanisme rakyat, dan keduanya Brahmanisme istana.

Khazanah kebudayaan India lebih diminati dari falsafah agamanya sehingga falsafah itu diabaikan dan diubah suai menjadi seni belaka.

Sungguhpun benar bahawa pengaruh India kuat berlaku ke atas golongan bangsawan, tetapi pengaruh itu masih tidak menjalar dengan sifat sifat murni kerana mereka itu sendiri pun dikatakan tidak benar benar faham akan ajaran ajaran murni ytang terpendam di dalam agama/falsafah Hindu-Buda. Mereka lebih mementingkan perkara perkara yang mengenai tata-upacara serta ajaran ajaran yang membesarkan keagungan dewa dewa bagi kepentingan pendakwaan mereka sendiri bahawa mereaka adalah penjelmaan dewa dewa juga. Justeru itu dapat memperkukuhkan kedudukan golongan mereka sebagai stratum atas hiraki/lapiran masyarakat.

Page 78: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Dari segi alam pemikiran pengaruh India (baikpun sekular atau agama) telah mengemburkan mitologi dalam masyarakat tempatan, sedangkan penumpuan yang berlebihan kepada mitologi mengalakkan corak pemikiran yang tidak-diskursif (pemikiran yang wujud secara tidak sedar, tidak konkrit, berbentuk ibarat, tidak terarah/non-directed, dan kurang bahasan/rasional (less exhausting).

Oleh itu lahirlah mitos, kesusteraan khayalan, magis, totemisme, pantang larang, mimpi dan fenomena fenomena psizis (pysche) yang lain yang kebanyakannya dianggap tidak rasional [Heng-hsiung Jeng, "Metamorphosis in Mythology" Jernal Budaya Melayu, jilid 1, h. 22-24.]

Tulisan yang utama zaman Hindu-Buda ialah tulisan Nagari Pallava (Buda) dan Sanskrit (Hindu). Huruf Devanagari (satu dari tulisan kuno India selain dari tulisan Kharosthi dan Brahmi) dari bahasa Sanskrit. Wujudlah juga bahasa yang berbeza: iaitu bahasa dalam (istana) dan bahasa luar istana (bahasa pasar atau bahasa rakyat).

Page 79: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Manakala beberapa kesan lain ialah:

1.adat yang diperkaya dan diberi sifat baru, iaitu lebih bercorak feudal,

2.egocentrisme dan lain lainya dalam masyarakat dan individua juga berubah,

3.meningkatkan kemahiran kemahiran perindustrian dan perhubungan-perdagangan.

Page 80: Pengaruh India (Agama Hindu-Buddha)

Sekian, terima kasih…