25

PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

  • Upload
    hatu

  • View
    242

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah
Page 2: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah
Page 3: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA

MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP

MOTIVASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT

NORLINA BINTI PUNGUT

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei, 2011

Page 4: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

ii

Page 5: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

iii

DEDIKASI

Dengan bacaan basmallah….

Alhamdulillah,

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya

dan kekuatan yang diberikan kepada diri ini, kajian dapat dijalankan

dengan sempurna.

Buat ayah, Pungut bin A. Manaff & emak, Fauziah Hanim binti Jaafar

Kakak, Norain dan adik-adik, Hafiz dan Norafiqah

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan di atas sokongan yang padu

dan konsisten ,

Buat pensyarah yang dihormati dan disegani,

PM Dr. Zaleha binti Ismail,

Terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar

yang diberikan..

Semoga Allah membalas segala kebaikanmu..

Ucapan terima kasih juga buat sahabat-sahabatku

Ziha, Jaya, Ima, Nisa, Yati, Ama, Niza

Dan rakan seperjuangan

yang sentiasa memberi

sokongan dan dorongan,

Pahit manis yang diharungi bersama

menjadi kenangan kita…

Semoga kejayaan milik kita. bersama..insyaAllah

Page 6: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

iv

PENGHARGAAN

Assalamulaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurniaNya dan kekuatan yang diberikan, Projek Ijazah Sarjana Muda ini

dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Ribuan terima kasih khas buat yang terhormat kepada penyelia saya iaitu PM Dr.

Zaleha binti Ismail yang tidak pernah jemu memberi bimbingan, tunjuk ajar dan teguran

yang membina dalam usaha menyiapkan projek kajian ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan

keluarga yang saya sayangi yang setia memberi sokongan, dorongan dan galakan semasa

tugasan kajian ini dijalankan.

Selain itu, tidak ketinggalan buat guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah

menengah yang terlibat atas kesudian menerima kedatangan dan memberikan sepenuh

kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan.

Akhir sekali, sekalung penghargaan kepada sahabat-sahabat seperjuangan serta

semua pihak yang banyak membantu dan memberi nasihat kepada saya bagi menyiapkan

projek sarjana muda ini dengan sempurna dan jayanya. Terima kasih.

Page 7: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

v

ABSTRAK

Motivasi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor luaran

(motivasi ekstrinsik) dan faktor dalaman (motivasi intrinsik). Dalam konteks kajian

ini, Majalah Web Dunia Matematik khususnya ruangan Perisian Matematik dan Uji

Minda dikaji dari segi pengaruhnya terhadap motivasi dalam membina pengetahuan

Matematik. Kajian yang dijalankan adalah fokus kepada mengkaji pengaruh ruangan

Perisian Matematik dan Uji Minda dalam Majalah Web Dunia Matematik terhadap

motivasi pelajar Tingkatan 4. Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan

lebih 3 tahun ini menjadi salah satu platform utama dalam membantu pelajar dalam

proses pembelajaran menjangkau bilik darjah melalui aplikasi dalam artikel-artikel

dan aktiviti-aktiviti Matematik yang efektif dan menarik. Setiap ruangan

dibangunkan berdasarkan Model Motivasi ARCS, iaitu Perhatian (Attendance),

Relevan (Relevance), Keyakinan (Confidence) dan Kepuasan (Satisfaction). Kajian

ini melibatkan 37 orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru dan

telah dijalankan selama 2 jam dengan menggunakan Edisi Ogos 2010. Dapatan

kajian menunjukkan keempat-empat komponen ARCS ruangan Perisian Matematik

dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi

Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah komponen dominan yang

mempengaruhi motivasi pelajar dalam ruangan Perisian Matematik manakala

Perhatian adalah komponen dominan yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam

ruangan Uji Minda. Dapatan ini menunjukkan Majalah Web Dunia Matematik

sesuai dimanfaatkan oleh pelajar kerana berpotensi untuk mempengaruhi motivasi

pelajar dalam pembelajaran Matematik. Oleh itu, penerbitan majalah web ini harus

dikekalkan untuk manfaat bersama.

Page 8: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

vi

ABSTRACT

Motivation can be divided into two which are external factors (extrinsic

motivation) and internal factors (intrinsic motivation). In the context of this study,

Dunia Matematik Web Magazine especially the Mathematics Software and Brain

Test sections were surveyed in the context of its influence towards motivation in the

process of constructing students’ Mathematical knowledge. The study is focused on

surveying the influences of Mathematics Software and Brain Test in Dunia

Matematik Web Magazine towards motivation of Form Four students’. Dunia

Matematik Web Magazine was built more than 3 years ago and is aimed at exposing

the students’ to the application of Mathematics beyond the classroom through the

articles and Mathematical activities. The purpose of this study is to investigate the

influence of Mathematics Software and Brain Test sections in Dunia Matematik

Web Magazine towards students’ motivation based on each component in ARCS

Motivational Model which are Attention, Relevance, Confidence and Satisfaction.

A questionnaire containing 20 items is used as the instrument of this study. A total

of 37 Form Four, secondary school students from Johor Bahru were the respondents

of this study. The study was conducted for a duration of 2 hours using the August

2010 edition of the Dunia Matematik Web Magazine. This research found that all of

the components of the ARCS Motivational Model applied in the writing of both the

Mathematics Software section and the Brain Test section in Dunia Matematik Web

Magazine had played an important role in influencing the motivation of Form Four

students’. The dominant component was Confidence in the Mathematics Software

section and the dominant component for Brain Test section was Attention. This

shows that Dunia Matematik Web Magazine is suitable for students to use as it

potential to influence students’ motivation towards learning of Mathematics.

Therefore this web magazine should be published continuously for mutual benefit.

Page 9: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kerangka Teori 7

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Kepentingan Kajian 11

1.9.1 Majalah Web Dunia Matematik 11

1.9.2 Pelajar 11

Page 10: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

viii

1.9.3 Guru 12

1.9.4 Ibu bapa dan Masyarakat 12

1.10 Definisi 13

1.10.1 Motivasi 13

1.10.2 Pengaruh 13

1.10.3 Majalah Web Dunia Matematik 14

1.10.4 Ruangan Perisian Matematik 14

1.10.5 Ruangan Uji Minda 14

1.10.6 E-pembelajaran 15

1.10.7 Pembelajaran Matematik 15

1.11 Penutup 15

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Motivasi Pelajar Terhadap Matematik 16

2.3 Hubungan antara Motivasi dan Pencapaian Pelajar

dalam Matematik 18

2.4 Perubahan Motivasi Terhadap Kepelbagaian

Pendekatan Pengajaran 20

2.5 Penutup 22

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 23

3.3 Persampelan 24

3.4 Instrumen Kajian 24

3.4.1 Data Kuantitatif 24

3.4.2 Data Sokongan 29

3.5 Prosedur Kajian 29

3.6 Kajian Rintis 31

3.7 Analisis Data 31

3.7.1 Data Kuantitatif 31

3.8 Penutup 33

Page 11: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

ix

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 35

4.2.1 Jantina 35

4.2.2 Keputusan Subjek Matematik Pertengahan Tahun 36

4.3 Analisis Ruangan Perisian Matematik dalam Majalah

Web Dunia Matematik berdasarkan Model Motivasi ARCS 37

4.3.1 Pengaruh Ruangan Perisian Matematik ke

atas Motivasi Pelajar daripada komponen Perhatian 37

4.3.2 Pengaruh Ruangan Perisian Matematik ke

atas Motivasi Pelajar daripada komponen Relevan 40

4.3.3 Pengaruh Ruangan Perisian Matematik ke

atas Motivasi Pelajar daripada komponen

Keyakinan 42

4.3.4 Pengaruh Ruangan Perisian Matematik ke

atas Motivasi Pelajar daripada komponen

Kepuasan 45

4.4 Analisis Ruangan Uji Minda Matematik dalam Majalah

Web Dunia Matematik berdasarkan Model Motivasi ARCS 47

4.4.1 Pengaruh Ruangan Uji Minda ke atas Motivasi

Pelajar daripada komponen Perhatian. 47

4.4.2 Pengaruh Ruangan Uji Minda ke atas Motivasi

Pelajar daripada komponen Relevan. 50

4.4.3 Pengaruh Ruangan Uji Minda ke atas Motivasi

Pelajar daripada komponen Keyakinan. 52

4.4.4 Pengaruh Ruangan Uji Minda ke atas Motivasi

Pelajar daripada komponen Kepuasan 55

4.5 Komponen Dominan berdasarkan Model Motivasi

ARCS 57

4.5.1 Komponen Dominan berdasarkan Model

Motivasi ARCS Ruangan Perisian Matematik 57

4.5.2 Komponen Dominan berdasarkan Model

Motivasi ARCS Ruangan Uji Minda 58

4.6 Data Sokongan 59

4.6.1 Ruangan Perisian Matematik 59

Page 12: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

x

4.6.2 Ruangan Uji Minda 60

4.7 Penutup 62

5 PERBINCANGAN, CADANGAN, IMPLIKASI DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Motivasi Pelajar dalam Ruangan Perisian Matematik 63

5.2.1 Komponen Perhatian 64

5.2.2 Komponen Relevan 65

5.2.3 Komponen Keyakinan 66

5.2.4 Komponen Kepuasan 67

5.3 Motivasi Pelajar dalam Ruangan Uji Minda 68

5.2.5 Komponen Perhatian 68

5.2.6 Komponen Relevan 69

5.2.7 Komponen Keyakinan 70

5.2.8 Komponen Kepuasan 71

5.4 Masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian 71

5.4.1 Capaian Internet 72

5.4.2 Kekangan Masa 72

5.5 Cadangan Penambahbaikan 72

5.5.1 Menambahbaik Capaian Internet 73

5.5.2 Pengurusan Masa yang Teliti 73

5.6 Implikasi 73

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.8 Kesimpulan 76

RUJUKAN 77-84

LAMPIRAN 85

Page 13: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

xii

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

1.1 Kerangka Teori Kajian 9

3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian 30

4.1 Carta Bar Bilangan Responden Mengikut Jantina 35

4.2 Carta Pi Peratus Responden Mengikut Jantina 36

4.3 Carta Bar Bilangan Responden Mengikut Keputusan

Subjek Matematik

36

4.4 Carta Pi Peratus Responden Mengikut Keputusan

Subjek Matematik

37

4.5 Markah Soalan Kuiz Ruangan Perisian Matematik 44

Page 14: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Tujuan Pembinaan Item Latar Belakang

Responden

25

3.2 Skala Likert 25

3.3 Pecahan Item-item Bahagian B Mengikut Model

Motivasi ARCS

26

3.4 Rangka Penulisan Ruangan Perisian Matematik

Edisi Ogos 2010

28

3.5 Rangka Penulisan Ruangan Uji Minda Edisi Ogos

2010

28

3.6 Indeks Kebolehpercayaan dan Pengkelasan Ujian 32

3.7 Nilai Cronbach Alpha Ruangan Perisian

Matematik dan Uji Minda

32

3.8 Analisis Min 33

4.1 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 1 38

4.2 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 2 38

4.3 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 3 38

4.4 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 4 39

4.5 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 5 39

4.6 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 6 40

4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 7 40

4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 8 41

Page 15: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

xiv

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 9 41

4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 10 42

4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 11 42

4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 12 43

4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 13 43

4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 14 44

4.15 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 15 44

4.16 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 16 45

4.17 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 17 45

4.18 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 18 46

4.19 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 19 46

4.20 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 20 47

4.21 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 1 47

4.22 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 2 48

4.23 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 3 48

4.24 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 4 49

4.25 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 5 49

4.26 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 6 50

4.27 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 7 50

4.28 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 8 51

4.29 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 9 51

4.30 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 10 52

4.31 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 11 52

4.32 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 12 53

4.33 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 13 53

4.34 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 14 53

4.35 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 15 54

4.36 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 16 55

4.37 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 17 55

4.38 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 18 56

4.39 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 19 56

Page 16: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

xv

4.40 Taburan Kekerapan, Peratusan Skor Min Item 20 57

4.41 Purata Min Setiap Komponen ARCS bagi

Ruangan Perisian Matematik

57

4.42 Purata Min Setiap Komponen ARCS bagi

Ruangan Uji Minda

58

4.43

4.44

Komen-komen Responden bagi Ruangan Perisian

Matematik

Komen-komen Responden bagi Ruangan Uji

Minda

59

61

Page 17: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

xvi

SENARAI SINGKATAN

P & P Pembelajaran dan Pengajaran

ICT Information of Communication & Technology

ARCS Attention, Relevance, Confidence, Satisfaction

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN Jabatan Pelajaran Johor

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Page 18: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

xvii

SENARAI LAMPIRAN

A Data Analisis

B Statistik Diskriptif

C Jadual Purata Min Komponen ARCS Ruangan Perisian

Matematik

D Jadual Purata Min Komponen ARCS Ruangan Uji Minda

E Borang Soal Selidik

F Ruangan Perisian Matematik

G Ruangan Uji Minda

H Surat Kebenaran daripada KPM

I Surat Kebenaran daripada JPN

J Surat Kebenaran daripada Fakulti Pendidikan, UTM

Page 19: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Taksonomi didefinisikan sebagai perbandingan organisma berdasarkan kajian

mengenai prinsip, peraturan dan pengelasannya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).

Antara domain-domain dalam taksonomi ialah domain kognitif, domain afektif dan

domain psikomotor. Bloom dan rakan-rakannya telah memperkenalkan domain

kognitif pada tahun 1956. Terminologi afektif pula diperkenalkan oleh Krathwohl dan

rakan-rakan pada tahun 1964 dan terbahagi kepada penerimaan, tindak balas dan

menilai.

Elemen-elemen dalam domain kognitif ialah sintesis, pemahaman, penilaian dan

analisis. Elemen-elemen dalam domain afektif pula terdiri daripada motivasi, nilai,

sikap dan perasaan. Selain itu, terdapat tiga perkara yang berkaitan dengan aras domain

afektif iaitu kesedaran, kesudian untuk menerima dan perhatian yang terkawal.

Motivasi pula berkait rapat dengan kesudian untuk pelajar menerima ilmu yang

disampaikan di mana pelajar berasa tertarik untuk mempelajari sesuatu.

Page 20: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

2

Terdapat empat orientasi motivasi yang disenaraikan oleh penyelidik pendidikan

sains iaitu tingkah laku, keperimanusiaan, pemikiran dan sosial (Thomas Kobala, 2008).

Motivasi terhadap tingkah laku berfokuskan kepada konsep seperti galakan dan

peneguhan. Seterusnya motivasi terhadap keperimanusiaan merujuk kepada keinginan

seseorang pelajar untuk mencapai cita-cita yang diimpikan. Motivasi kognitif pula

adalah impian, perancangan dan jangkaan pelajar. Identiti pelajar dan hubungan antara

pelajar dengan orang lain pula menunjukkan kepada motivasi sosial.

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, P&P pada zaman moden ini,

pelbagai teknik yang menggunakan peralatan teknologi digunakan untuk meningkatkan

motivasi pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan. Menurut Angela M.O’Donnell

et.al (2005), motivasi pelajar dapat dilihat apabila mereka melibatkan diri secara aktif

atau tidak aktif dalam proses P&P. Di negara kita, pelbagai alat bantu mengajar telah

mula digunakan seperti interaktif CD, projektor, komputer dan lain-lain lagi. Usaha-

usaha ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Malaysia.

Tambahan lagi, para pelajar kini mempunyai banyak kemudahan untuk melayari

internet di luar bilik darjah atau di luar waktu persekolahan. Sebanyak 1.2 juta

komputer riba telah diperuntukkan dan diberikan secara percuma kepada para pelajar

dan keluarga yang layak. Mereka yang layak menerima komputer riba ini diwajibkan

melanggan perkhidmatan jalur lebar secara kontrak selama 24 bulan dengan TM.

Walau bagaimanapun, cas yang dikenakan kepada pelajar sekolah lebih murah

berbanding dengan golongan layak yang lain. Menurut Datuk Seri Dr. Rais Yatim

(2010), pakej yang disediakan untuk pelajar sekolah lebih menarik kerana mereka hanya

dikenakan yuran langganan sebanyak RM20 manakala yuran langganan sebanyak

RM38 dikenakan kepada isi rumah (as cited in Mohammad Yasir Jaafar, 2010). Peluang

yang diberikan ini membolehkan para pelajar merasai pengalaman menggunakan

internet sebagai sumber maklumat tambahan di luar bilik darjah.

Page 21: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

3

Sehubungan dengan itu, Majalah Web Dunia Matematik merupakan instrumen

yang terbaik untuk membantu meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran ini.

Selain itu, majalah web ini juga boleh membuka minda para pelajar mengenai ilmu

matematik yang sudah semestinya tidak hanya menumpukan kepada operasi aritmetik,

algebra dan lain-lain. Tambahan lagi, kemahiran generik pelajar boleh dipupuk dan

diasah tanpa mereka sedari. Pelajar boleh melihat keindahan, keunikan dan menambah

kefahaman matematik dalam ruangan Perisian Matematik dan ruangan Uji Minda.

1.2 Latar Belakang Masalah

Matematik merupakan subjek teras di sekolah dan kemahirannya sangat

diperlukan apabila pelajar meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kebanyakan kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi memerlukan

matematik dalam proses pembelajaran walaupun terdapat sesetengah kursus hanya

melibatkan konsep yang asas sahaja. Secara amnya, tanpa disedari matematik

merupakan aplikasi manusia dalam kehidupan seharian dan tidak hanya digunakan

apabila meningkat dewasa.

Kurikulum Matematik berubah mengikut peredaran masa (Noor Azlan Ahmad

Zanzali, 2008). Walau bagaimanapun, matematik masih dianggap subjek yang sukar di

kalangan pelajar-pelajar sekolah disebabkan oleh rumus yang perlu dihafal dan perlu

difahami cara penggunaannya. Kandungan matematik adalah dalam bentuk hirarki di

mana penyelesaian bagi soalan-soalan memerlukan daya mental yang tinggi dan

menuntut keperluan kognitif. Antaranya seperti pemikiran rasional, kemahiran berfikir

yang tinggi, analisis, berkebolehan membuat penaakulan dan mahir dalam penyelesaian

masalah.

Page 22: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

4

Tanggapan negatif terhadap subjek Matematik seperti susah dan keliru

menyebabkan motivasi dalam diri pelajar menurun. (Noor Azlan Ahmad Zanzali,

2008). Keadaan ini boleh diatasi dengan pengajaran yang menggunakan teori-teori

tertentu di samping penggunaan peralatan teknologi yang telah dibekalkan di sekolah.

Penggunaan perisian-perisian matematik pula sudah pasti membantu menyelesaikan

masalah matematik dengan memahami konsep dengan lebih mudah dan berkesan (Prof.

Madya Dr. Ab Rahman Ahmad dan Prof. Madya Dr. Baharudin Aris, 2003)

Tambahan lagi, matematik selalunya dilihat sebagai maklumat yang telah

ditetapkan daripada buku teks dan mengikut silibus. Guru pula dikehendaki

menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar dengan menggunakan kaedah pedagogi

yang terbaik dan boleh diterima dengan mudah oleh para pelajar (Nik Azis Nik Pa,

1986). Pandangan ini menyebabkan pemikiran segelintir guru dan pelajar menjadi

sempit seterusnya idea-idea yang memerlukan pemikiran di luar kotak tidak dapat

dilahirkan. Guru seharusnya memahami dengan mendalam isi kandungan yang akan

disampaikan kepada para pelajar supaya kaedah yang berkesan boleh digunakan hasil

daripada pemikiran kreatif guru.

Walaupun terdapat cadangan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan di dalam

buku teks, guru tidak perlu terlalu bergantung kepada aktiviti-aktiviti tersebut tetapi

guru boleh melakukan sebarang aktiviti yang lebih menarik dan mencabar minda para

pelajar. Oleh itu, kaedah penyampaian yang digunakan dalam proses P&P tidak hanya

menekankan kepada fakta dalam silibus. Buku teks fokus terhadap penghafalan dan

latihan untuk meningkatkan kemahiran manakala arahan yang diterima daripada guru

pula memerlukan tumpuan dan penglibatan pelajar untuk membina maksud sesuatu

konsep serta langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

Seterusnya, penglibatan yang aktif dalam penyelesaian masalah dapat diterapkan dalam

diri para pelajar (Cobb dan Bauersfeld, 1995; Hieber et al., 1996; Lampert, 1991).

Fokus pendidikan di sekolah menengah dan sekolah kebangsaan kini adalah

terhadap penyelesaian masalah. Proses penyelesaian masalah memerlukan pengetahuan

Page 23: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

5

sedia ada, pemikiran logik, imaginasi, kreativiti dan kesungguhan. Dalam kajian yang

dijalankan oleh Berinderject (1997), terdapat beberapa perkara yang menyebabkan

pelajar gagal dalam penyelesaian masalah. Antaranya adalah kurang pemahaman

terhadap soalan yang diberikan, salah menafsir soalan, kurang pengetahuan dalam

strategi penyelesaian masalah, salah menukarkan ayat ke dalam bentuk ayat matematik

dan lain-lain lagi. Perkara-perkara ini memberi kesan negatif terhadap motivasi pelajar.

Menurut Cockcroft (1982), penyelesaian masalah matematik hendaklah dimulakan

dengan menterjemahkan soalan tersebut dalam bentuk ayat matematik (as cited in En.

Daud b. Jeremi, 2004).

Majalah web yang telah dibangunkan lebih 3 tahun mulai tahun 2008

berperanan memaparkan matematik menjangkau bilik darjah dalam menyajikan

pelbagai maklumat dan aktiviti matematik dalam ruangan-ruangan Isu Semasa,

Statistik, Kesenian, Sejarah, Tahukah Anda, Tokoh, Aplikasi, Kerjaya, Pelajari

Matematik, Perisian Matematik, Permainan, Uji Minda dan Kuiz

Antara kajian yang telah dijalankan dalam Projek Sarjana Muda ialah

Pembangunan Ruangan “Tahukah Anda” dan “Perisian Matematik” dalam Majalah

Web Dunia Matematik oleh Mohd Syamim bin Ahmad Musthafa pada tahun 2010.

Begitu juga kajian ke atas majalah web ini oleh Noor Jamaliah binti Alias oleh 2010

bertajuk Pembangunan Ruangan Kuiz dalam Majalah Web Matematik. Dengan cara

ini, para pelajar lebih bermotivasi dan menghargai keindahan matematik melalui

pendedahan terhadap Majalah Dunia Web Matematik.

Kajian telah dijalankan oleh Norulhuda (2010) mendapati bahawa terdapat

perubahan sikap pelajar yang positif terhadap matematik dan Majalah Web Dunia

Matematik tetapi belum ada kajian yang mengkaji pengaruh ruangan Majalah Web

Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Oleh itu,

kajian seterusnya haruslah menumpukan kepada pengaruh setiap ruangan terhadap

motivasi pelajar. Laporan kajian ini mengutarakan pengaruh ruangan Perisian

Page 24: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

6

Matematik dan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik ke atas motivasi terhadap

pembelajaran matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat.

1.3 Pernyataan Masalah

Matematik mula dianggap subjek yang sukar apabila pengiraannya kompleks

dan melibatkan pelbagai angka. Konsep asas yang tidak difahami dengan betul pula

menyebabkan para pelajar mula memberi tanggapan yang negatif sekaligus menurunkan

tahap motivasi seorang pelajar. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang sangat

penting untuk memastikan para pelajar memahami konsep yang ingin disampaikan

dengan menggunakan cara yang kreatif dan menarik.

Menurut Norulhuda (2010), terdapat spesifikasi kurikulum matapelajaran

matematik iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menggariskan

kepentingan pelajar dengan mengamalkan sikap yang positif ke arah pembelajaran

matematik serta sentiasa menghargai keindahan dan kekuatannya, selari dengan

kehendak Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, pelajar yang bermotivasi untuk belajar ialah pelajar yang cenderung

untuk menemukan aktiviti-aktiviti yang bermakna, berharga dan mencuba untuk

melahirkan kelebihan-kelebihan tertentu daripada aktiviti-aktiviti tersebut (Brophy,

1988). Oleh yang demikian, Majalah Web Dunia Matematik yang dibangunkan

berdasarkan Model Motivasi ARCS diperkenalkan supaya para pelajar berpeluang

mengalami aktiviti-aktiviti yang bermakna menerusi persekitaran majalah web ini.

Kajian dijalankan untuk mengkaji pengaruh ruangan Perisian Matematik dan Uji

Minda Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar terhadap pembelajaran

Page 25: PENGARUH RUANGAN PERISIAN MATEMATIK DAN UJI MINDA …€¦ · dan ruangan Uji Minda Majalah Web Dunia Matematik mempengaruhi motivasi Pelajar Tingkatan 4. Komponen Keyakinan adalah

7

matematik. Setiap komponen dalam Model Motivasi ARCS dinilai untuk menentukan

motivasi ke atas pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Majalah Web Dunia Matematik telah dibangunkan berdasarkan Model Motivasi

ARCS yang merangkumi komponen Perhatian, Relevan, Keyakinan dan Kepuasan.

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan pengaruh dua ruangan Majalah Web Dunia

Matematik iaitu Perisian Matematik dan Uji Minda ke atas empat komponen motivasi

dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar Tingkatan Empat.

1.5 Persoalan Kajian

Berikut merupakan persoalan yang ingin dikaji berkaitan motivasi pelajar

terhadap ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda dalam Majalah Web Dunia

Matematik berdasarkan empat komponen dalam Model Motivasi ARCS:

i. Adakah ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda mempengaruhi

motivasi pelajar daripada komponen Perhatian?

ii. Adakah ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda mempengaruhi

motivasi pelajar daripada komponen Relevan?

iii. Adakah ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda mempengaruhi

motivasi pelajar daripada komponen Keyakinan?

iv. Adakah ruangan Perisian Matematik dan Uji Minda mempengaruhi

motivasi pelajar daripada komponen Kepuasan?