7
Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua Wee Hui Juat* Abstrak: Sebelas buah bibliografi mengenai sastera Mahua yang diterbitkan di antara 7958 dan 7984 dihuraikan dengan butir-butir bibliografi yang lengkap dan disertakan dengan ulasan penuh untuk memperlihatkan ciri-ciri khusus tiap-tiap satu daripadanya. Di dalam 77 buah bibliografi ini bersemadi maklumat mengenai sastera Mahua dan penults- penulis Mahua dari 7979 sehingga 7987. Rencana ini menyarankan supaya Universiti Malaya dijadikan pusat bibliografi sastera Mahua untuk meneruskan usaha bibliografi yang sehingga ini dikerjakan oleh para cendekiawan yang berminat. Abstract: This article is on bibliographical control of Mahua (Malaysian Chinese) literature. Eleven bibliographies published between 7958 and 7984 are described giving bibliographical details and full annotations in order to show the special features of each of them. In these 77 bibliographies are found information on Mahua literature and writers from 7979 till 7987. The writer suggests that the University of Malaya be made the bibliographical centre for Mahua literature in order to continue with the biblio- graphical efforts which until now have been the concern of individual scholars. Para sarjana berpendapat bahawa kesusasteraan Mahua moden muncul sclepas pergerakan sastera baru di China pada tahun 1919 apabila bahasa klasik disingkirkan dengan secara rasmi dan bahasa moden digunakan dalam semua bentuk penulisan. Perkataan Mahua pula mengikut Goh Thean Chye ' ( *:k::t ) adalah gabungan kata Ma (singkatan untuk Malaya) dan kata Hua (ringkasan bagi Tionghua). Oleh itu, Mahua bermakna orang-orang Tionghua di Malaya. Perkataan Malaya dalam penggunaan bahasa Tionghua meliputi Malaysia dan Singapura. Bagi para sarjana dan mereka yang berminat dalam kesusasteraan Mahua, mere ka be rasa am at bertuah kerana beberapa orang cendekiawan dalam bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa buah biografi dan bibliografi dengan tujuan merakam- kan karya-karya para penulis Mahua ini. Sumber- sumber ini memberi gambaran yang jelas mengenai siapakah penulis-penulis ini, apakah karya-karya mereka, sumbangan mereka kepada kesusasteraan Mahua dan lain-lain maklumat berguna. Sumber-sumber bibliografi retrospektif yang ada pada kita pada hari ini berjumlah 11 buah. Oi bawah ini diberikan butir-butir bibliografi serta huraian dan ulasan mengenai kandungan tiap-tiap sebuah daripadanya. Bibliografi retrospektif 1. Bibliografi berjudul ~1t.'-1"1t ,,00 )]'-AAj~ EI (A classified Iist of Iiterary works by Malayan Ch inese after the war) dalam Journal of the South Seas Society, jilid 14 (1958), halaman 51-56, ialah usaha Huang I-jung (*~'*) untuk menyediakan satu senarai karya-karya .sastera oleh para penulis selepas Perang Ounia Kedua, dan meliputi tempoh 1946-1958. Karya-karya yang d icatatkan di dalam- nya dibahagi kepada lima kategori iaitu novel, puisi, drama, prosa dan pengembaraan. Huang menyenarai- kan 95 tajuk novel, 14 tajuk puisi, 10 tajuk drama, 48 tajuk prosa dan 17 tajuk pengembaraan yang berjumlah 184 buah karya dalam masa 13 tahun. Senarai Huang ini bukanlah satu senarai yang benar- benar Mahua kerana dalam senarai itu telah termasu k sekurang-kurangnya 4 buah buku dari penulis-penulis Hong Kong.' *Pegawai Perpustakaan, Bahagian Koleksi Asia Timur, Perpustakaan Universiti Malaya. 1 Goh Thean Chyc. Bibliografi Puisi Mahua Moden di Malaysia dan Singapura. Ditcrbitkan oleh Jurusan Kesusasteraan Mahua, [abatan Pengajian Tionghua, Universiti Malaya, 1973. Prakata. 2 Ang Tian Se , 'Pcndokumentasian sastera Tionghua moden di Malaysia', dalam Dokumentasi Kesusasteraan Malaysia. Diseleng- garakan oleh Rohani Rustam dan Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1979. h. 117. 12 Kekal Abadi 6(4} Oisembcr 1987

Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua - CORE · 2017-02-19 · bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa ... 66 pantun, 34 svair, 102 buah buku, ... danmengandungi semua teks

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua - CORE · 2017-02-19 · bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa ... 66 pantun, 34 svair, 102 buah buku, ... danmengandungi semua teks

Pengawalan Bibliografi Sastera MahuaWee Hui Juat*

Abstrak: Sebelas buah bibliografi mengenai sastera Mahua yang diterbitkan di antara7958 dan 7984 dihuraikan dengan butir-butir bibliografi yang lengkap dan disertakandengan ulasan penuh untuk memperlihatkan ciri-ciri khusus tiap-tiap satu daripadanya.Di dalam 77 buah bibliografi ini bersemadi maklumat mengenai sastera Mahua dan penults-penulis Mahua dari 7979 sehingga 7987. Rencana ini menyarankan supaya UniversitiMalaya dijadikan pusat bibliografi sastera Mahua untuk meneruskan usaha bibliografiyang sehingga ini dikerjakan oleh para cendekiawan yang berminat.

Abstract: This article is on bibliographical control of Mahua (Malaysian Chinese)literature. Eleven bibliographies published between 7958 and 7984 are described givingbibliographical details and full annotations in order to show the special features of eachof them. In these 77 bibliographies are found information on Mahua literature andwriters from 7979 till 7987. The writer suggests that the University of Malaya be madethe bibliographical centre for Mahua literature in order to continue with the biblio-graphical efforts which until now have been the concern of individual scholars.

Para sarjana berpendapat bahawa kesusasteraanMahua moden muncul sclepas pergerakan sasterabaru di China pada tahun 1919 apabila bahasa klasikdisingkirkan dengan secara rasmi dan bahasa modendigunakan dalam semua bentuk penulisan. PerkataanMahua pula mengikut Goh Thean Chye ' ( *:k::t )adalah gabungan kata Ma (singkatan untuk Malaya)dan kata Hua (ringkasan bagi Tionghua). Oleh itu,Mahua bermakna orang-orang Tionghua di Malaya.Perkataan Malaya dalam penggunaan bahasa Tionghuameliputi Malaysia dan Singapura.

Bagi para sarjana dan mereka yang berminatdalam kesusasteraan Mahua, mere ka be rasa am atbertuah kerana beberapa orang cendekiawan dalambidang ini telah menyusun atau menyunting beberapabuah biografi dan bibliografi dengan tujuan merakam-kan karya-karya para penulis Mahua ini. Sumber-sumber ini memberi gambaran yang jelas mengenaisiapakah penulis-penulis ini, apakah karya-karyamereka, sumbangan mereka kepada kesusasteraanMahua dan lain-lain maklumat berguna.

Sumber-sumber bibliografi retrospektif yang adapada kita pada hari ini berjumlah 11 buah. Oi bawah

ini diberikan butir-butir bibliografi serta huraian danulasan mengenai kandungan tiap-tiap sebuahdaripadanya.

Bibliografi retrospektif

1. Bibliografi berjudul ~1t.'-1"1t,,00 )]'-AAj~ EI(A classified Iist of Iiterary works by Malayan Ch ineseafter the war) dalam Journal of the South SeasSociety, jilid 14 (1958), halaman 51-56, ialahusaha Huang I-jung (*~'*) untuk menyediakansatu senarai karya-karya .sastera oleh para penulisselepas Perang Ounia Kedua, dan meliputi tempoh1946-1958. Karya-karya yang d icatatkan di dalam-nya dibahagi kepada lima kategori iaitu novel, puisi,drama, prosa dan pengembaraan. Huang menyenarai-kan 95 tajuk novel, 14 tajuk puisi, 10 tajuk drama,48 tajuk prosa dan 17 tajuk pengembaraan yangberjumlah 184 buah karya dalam masa 13 tahun.Senarai Huang ini bukanlah satu senarai yang benar-benar Mahua kerana dalam senarai itu telah termasu ksekurang-kurangnya 4 buah buku dari penulis-penulisHong Kong.'

*Pegawai Perpustakaan, Bahagian Koleksi Asia Timur, Perpustakaan Universiti Malaya.

1Goh Thean Chyc. Bibliografi Puisi Mahua Moden di Malaysia dan Singapura. Ditcrbitkan oleh Jurusan Kesusasteraan Mahua,[abatan Pengajian Tionghua, Universiti Malaya, 1973. Prakata.

2 Ang Tian Se , 'Pcndokumentasian sastera Tionghua moden di Malaysia', dalam Dokumentasi Kesusasteraan Malaysia. Diseleng-garakan oleh Rohani Rustam dan Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1979. h. 117.

1 2 Kekal Abadi 6(4} Oisembcr 1987

Page 2: Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua - CORE · 2017-02-19 · bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa ... 66 pantun, 34 svair, 102 buah buku, ... danmengandungi semua teks

2. Bibliografi yang diusahakan oleh Persatuan BahasaTionghua, Universiti Nanyang pada tahun 1964,

.~.::t1E~61~)J.¥..R.$-1t~ (Asal-usul dan pcrkem-bangan kreatif sastera Mahua) merangkumi buku-buku yang tertulis sehingga 1963.

Senarai tajuk-tajuk buku ini disusun menurutaturan kronologi. Bagi tahun empat puluhanterdapat 24 tajuk, bagi tahun lima puluhan 382tajuk dan bagi tiga tahun yang pertama dalam tahun-tahun enam puluhan tcrdapat 279 tajuk yangmemberi jumlah besar sebanyak 685 tajuk. Senaraiini kurang memuaskan sebab ianya termasuk bukansahaja beberapa taju k bu ku dari Hong Kong dannegeri Thai malah dari Russia pun. Terjemahan-terjemahan serta buku-buku beraneka ragam jugadikumpulkan.?

3. Satu' senarai karya-karya terjemahan dari sas~eraMclayu, dari 1957 hingga 1963, dilampirkanpada akhir rencana 'Perkembangan kesusasteraanterjemahan Melayu - Tionghua di Malaya,' ~IehTan Chin Kwang dalam majalah Bahasa, terbitanPersekutuan Bahasa Melayu Un iversiti Malaya,nombor 8 (pertengahan 1966) halaman 65 - 96.

Lampiran ini menyenaraikan 1g buah karya ter-jemahan dalam bentuk buku, 305 buah dalam bentuksiaran dalam suratkhabar atau majalah, 66 pantun,34 svair, 102 buah buku, makalah atau ceramahradio yang ada kaitan dengan kesusasteraan Melay~dan 30 buah buku bacaan umum. Maklumat sepertinama penulis, penterjemah, tarikh penerbitan,penerbit dan jumlah halaman diberikan bagi tiap-tiap karya yang dicatat. Suatu biografi ringkasmengenai 19 orang penterjemah juga dilampirkanbersama-sama dengan menyatakan nama-namasebenar rnereka, hasil karya mereka serta sedikitmaklumat mengenai latarbelakang mereka.

4. $~.~::t1j.ioJ1'Ft-71 (Indeks Kreatif Sastera Mahua)oleh Xie Ke ( .~ it. ) diterbitkan bersama olehPersatuan Guru-guru Sekolah Menengah. Ci~~Singapura dan Pertubuhan Bekas Graduan UniversitiNanyang dan meliputi kesemua karya di antara 1934hingga 1969. Bibliografi ini disusun rnenurut kronologidan memberikan isi kandungan serta jumlah halamanbagi setiap bu ku. 384 taju k yang d isenarai kan d idalamnya boleh dibahagikan seperti berikut:-

Cereka: 1934 -1939 41940 -1949 81950-1954 591955-1959 461960 - 1964 871965 - 1969 29 [urnlah : 233

3lbid.

Drama: 1947 -1949 51950-1954 11955 - 1959 61960 - 1964 151965 -1969 12 Jumlah: 39

1937 -1949 31950 -1954 31955 - 1959 191960 -1964 341965 - 1969 38 Jumlah: 97

19491950-1954 101955 - 1959 201960 - 1964 271965 - 1969 20 Jumlah: 78

Puisi:

Prosa:

Kritikan dan Rujukan Penyelidikan 16Lain-lain [terrnasuk antologi) : 79

5 ..~ .$~::t ,,":k. ~ (Kompendium Sastera TionghuaMalaya Moden), terbitan The World Book Co. Ltd.,Singapura pada tahun 1971-1972 ialah sumbangandari Fang Xiu ( ~ 11}).

Penerbitan ini rnerupakan satu siri suntingandokumen-dokumen bagi tempoh 22 tahun, iaitu dari1920 hingga 1942. Siri ini ialah dalam 10 jilid danmeliputi bahan-bahan tentang kritikan kesusasteraan(2 jilid), novel (2 jilid), drama (1 jilid), puisi (1 jilid),prosa (1 jilid], gerakan drama (2 jilid) dan sumber-sumber penerbitan (1 jilid).

Sebelum Perang Dunia Kedua, syarat-syaratpenerbitan dan percetakan adalah tidak sesuai bagipenerbitan sebarang jenis buku atau makalah. Olehitu para penulis terpaksa menyiarkan hasil penamereka melalui lembaran-Iembaran dalam akhbar-akhbar ternpatan. Saw pengkajian ten tang sasteraMahua sebelum Perang Dunia Kedua hanya dapat di-buat dengan mencungkil dengan sebaik-baiknyamaklumat yang terdapat dalam akhbar-akhbar lama.Fang Xiu dengan penuh kesabaran, telah menghabis-kan masa yang panjang untuk menyelidiki isi kan-dungan akhbar-akhbar lama ini demi mengumpulkanmaklumat penting bagi kompendium ini.

Sebenarnya, kompendium ini tidak boleh dianggapsebagai suatu bibliografi. Tetapi, memandangkanmaklumat yang terkandung di dalamnya sukardiperolehi dari sumber-sumber lain, ianya harusdimasukkan dalam mana-mana perbincanganmengenai bibliografi sastera Mahua.

Sekiranya seseorang hanya merujuk kepadabibliografi-bibliografi selain dari kompendium ini,beliau mungkin akan memperolehi suatu gambaran

13

Page 3: Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua - CORE · 2017-02-19 · bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa ... 66 pantun, 34 svair, 102 buah buku, ... danmengandungi semua teks

bahawa arena sastera Mahua sebelum Perang DuniaKedua adalah scpi sahaja, walhal ini tidak benar.

Yang lebih pcnting ialah penyusun kompendiumini telah mencetak scmula makalah-makalah sepertiyang tcrsiar di dalam lembaran akhbar lama. Inidapat menjimatkan masa dan tcnaga seseorangpenyelidik yang jika tiadanya terpaksa mencarisuratkhabar-suratkhabar lama yang kcbanyakannyahanya boleh didapati di Perpustakaan NationalUniversity of Singapore."

Pada umumnya, akhbar-akhbar berbahasa Cinatempatan selepas tahun 1946 boleh didapati diArkib Negara Malaysia.

6. Bibliografi Puisi Mahua Moden di Malaysia danSingapura yang disusun oleh Goh Thean Chyed iterbitkan oleh J uru san Kesusasteraan Mahua,[abatan Pengajian Tionghua, Universiti Malaya,pada 1973, dan mengandungi semua teks sajakberbahasa Tionghua yang dapat dikesan sehingga1973.

Sebanyak 163 buah antologi sajak dicatatkandengan nama penyajak, tarikh dan tempat tcrbitan,penerbit dan jumlah halarnan. Susunan bahan-bahan ialah mengikut abiad nama penyajak.

7 ..~ $~-ij,fF.:"o '?;"$Ji E.] jJf_(Modern Chinese Literaturein Malaysia and Sinqapore: A Classified Bibliographyof Books In Chinese) yang diselenggarakan olehGoh Thean Chye dan diterbitkan oleh [abatanPengajian Tionghua, Universiti Malaya pada 1975,menyenaraikan karya-karya ciptaan Mahua daritahun 1934 hingga 1975.

Dalam bibliografi ini, Goh Thean Chye menyenarai-kan dan mengelaskan bu ku-bu ku sastera berbahasaTionghua hasil karya penulis-penulis dari Malaysiadan Singapura. Senarai ini mengandungi 1024tajuk dan diatur di bawah 7 kategori: puisi (192tajuk), prosa dan esei (211 tajuk), cereka (400tajuk), drama (48 tajuk), kritikan dan rujukanpenyelid ikan (45 taju k), an tologi dan dongeng(62 tajuk) dan karya-karya terkumpul (66 tajuk)_Bagi setiap buku yang disenaraikan, dinyatakan namapenulis, tarikh diterbitkan, penerbitnya serta tajuk-tajuk isi kandungannya.

8.,q~.~ $~~-*i-1JJ .Jlt.(Singapore - Malaysia ChineseLiterature Oictionury) yang disunting oleh lao Rong( M. A. ), diterbitkan oleh Educational PublicationsBureau, Singapura pada 1977, dan mengan'dungi

pelbagai jenis maklumat mcngenai kesusasteraanMahua schingga bulan Discmber 1977,

Zao Rong membahagikan isi kandungan buku inikepada 4 bahagian : (i) judul-judul karya (ii) nama-nama pcnulis (iii) maksud kata-kata asing (iv)bahagian majmuk yang menyenaraikan (a) pertu-buhan-pertu buhan tempatan yang berhaluankcsusasteraan (b) penerbitan-penerbitan berkala (c)lernbaran-lernbaran sastera dalarn akhbar dan buku-buku bersiri.

Dalam bahagian judul-judul karya, perkara yangpaling menarik ialah cara bagairnana penyuntingnvamengelaskan 1610 karva Mahua kepada (a) novel(b) esei dan prosa (c) pu isi (d) drama (e) karyapergabungan cerpen, sajak dan cerita dongeng (f)pengembaraan dan biografi (g) kritikan sastera dankajian (h) antologi ciptaan penulis-penulis yangberlainan (i) karya aneka jenis (j) karya penter-jemahan dan (k) karya-karya yang tidak mencermin-kan ken idupan ternpatan.

Sebelum pengisytiharan darurat pada tahun 1948yang juga melarang pengimportan buku-bukukesusasteraan baru dari China, sebilangan penulissentiasa memandang 3,000 batu ke seberang lautuntuk pimpinan dan ilham, walaupun mereka telahdi kriti k dengan hebatnva. Untu k mengasingkankarya-karya ini yang mengambil peristiwa dankehidupan di China sebagai pokok pembicaraan,suatu kategori yang khas telah diperuntukkan,raitu (k}, untuk memudahkall kerja penyelidik-penyelidik yang ingin menumpukan perhatian merekapada karya-karya yang tidak menggambarkankehidupan harian masyarakat tempatan,

Usaha Zao Rong yang telah memilih karya-karyaterjemahan dari bahasa-bahasa lain, termasu k bahasaMalaysia, Inggeris dan lain-lain lagi, harus diberisanjungan.

Dalam setiap kategori, buku-buku diaturkanmengikut susunan kronologi dengan nama penulis,tahun penerbitan dan penerbit, saiz buku, jumlahhalaman dan tajuk-tajuk isi kandungan jika diketahui.

Bahagian nama penul is (Mahua) atau biografidalam buku ini memperkenalkan 731 orang secararingkas sahaja dengan memberikan nama sebenar,hasil karya dan maklumat lain yang berkenaan dalamkurang daripada 50 patah perkataan. 731 orang penu-lis ini termasuk mereka yang berasal dari China danpernah menyumbang kepada kesusasteraan Mahua

4Maklumat mengenai suratkhabar-suratkhabar awal bcrbaha a Cina tempatan bolch diperolehi dari buku berjudul Nl'wspapersPublished in the Malaysian I1rea: With a Union List of Local Holdings, susunan Lim Pui Huen, Singapore: Institute of South-east Asian Studies, 1970, Datin Lim sedang mcngusahakan alu cdi i yang kcmaskini,

l-l

Page 4: Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua - CORE · 2017-02-19 · bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa ... 66 pantun, 34 svair, 102 buah buku, ... danmengandungi semua teks

dan juga pcnulis tempatan yang menerbitkan karyamcreka di luar negeri.

Untuk memperolehi gambaran yang lebih lengkapmengenai penulis-penulis dan penyunting-penyuntingdalam arena sastera Mahua, bahagian ini perludiruju kkan bersarna-sarna dengan ,'f~.~ ~ j:, 1'1' ~~ it(Biographies of Malaysian and :-:ingaporean ChineseWriters) yang diusahakan oleh Ma Lun (.~~ ) (silalihat no. 11) atas dua sebab

1. Terdapat penulis-penulis yang diperkenalkandalam biografi Ma Lun dan tidak disebut dalambahagian biografi buku ini dan begitu juga sebalik-nya. Contohnya, Yang Baihe (#i1i1i') disebut-kan oleh Ma Lun tetapi tidak oleh Zao Rong.Xu Minmou (1~~;tt.) pula disenaraikan olehZao Rong tetapi tidak dimasukkan oleh Ma Lun.

2. Adalah perkara biasa bagi sese orang penulis Mahuamenggunakan beberapa nama samaran. Ma Lundan Zao Rong mempunyai cara sendiri dalampemilihan nama samaran. Sebagai contoh, LuBaiye (·1t·8ft) dan Wei Beihua (1i{JI:.~), kedua-duanya adalah nama samaran bagi penulis LiXuemin( :t*~). Dalam biografi Ma Lun, LuBaiye digunakan manakala Wei Beihua puladigunakan oleh Zao Rong. Meskipun terdapatketidak-selarasan dalarn pemilihan nama samaranuntuk rujukan, akan tetapi perbezaan ini mem-bantu para pembaca yang merujuk kepada kedua-dua bibliografi ini menyedari bahawa karya-karyadi bawah nama-nama samaran yang berlainan itusebenarnya ialah hasil ciptaan penulis yang sama.Kedua-dua penyusun juga memberi semua namasamaran yang digunakan oleh seseorang penulisdan ini membantu pembaca mereka mengenalinama-nama tersebut dengan tidak perlu cubamengesannya dari satu halaman ke satu halamanyang lain.Sesuatu bahasa tidak dapat elak dari kehilangan

keasliannya apabila ianya ditutur di tempat yangjauh dari tempat asalnya. Begitu juga dengan bahasaCina yang dituturkan di tanahair kita. lanya bukansahaja dicemarkan oleh dialek tempatan terutam~nyaKantonis dan Hokkien yang merupakan dua dialekyang biasa ditutur di sekitar ran tau ini, bahkan olehbahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bagi seorangpembaca dari rantau asing, beliau mungkin meng-hadapi kesulitan dalam memahami kata-kata danrangkaian kata sedemikian yang memang banyakdigunakan dalam karya-karya Mahua. Zao Rongdalam bahagian ketiga Singapore - Malaysia ChineseLiterature Dictionary telah beru ha dengan ber-tungkus lumus untuk menerangkan maksud kata-kata asing, dengan menyatakan bahawa ianya ditirudari dialek atau bahasa yang tertentu, dan seterusnya

memetik contoh-contoh seperti yang digunakan olehpenulis-penulis dalam karya-karya rnereka.

Tidak menghairankan sekiranya Zao Rong meng-atakan bahawa beliau telah menghabiskan masa 7tahun untuk menyunting buku ini kerana usahaseperti mengenal pasti bahasa yang dicemarkan danmencari tempat-tempat di mana ianya digunakanbukan suatu kerja yang mudah tetapi memerlukanrujukan kepada lebih daripada 200 buah karyaciptaan Mahua termasuk sajak dan prosa.

Bahagian terakhir ialah bahagian pelbagai jenisyang membekalkan maklumat mengenai organisasiyang berhaluan kesusasteraan, penerbitan-penerbitanberkala, lembaran-Iembaran sastera dalam suratkhabardan karya-karya bersiri.

Sejumlah 78 pertubuhan kesusasteraan diperkenal-kan secara ringkas dengan maklumat mengenai tarikhdan tempat penubuhan, aktiviti, dan hasil-hasilpenerbitan tiap-tiap sebuah pertu buhan.

Sejak wujudnya sastera Mahua, apakah bahan-bah an berkala yang telah diterbitkan? Singapore-Malaysia Chinese Literature Dictionary menyenarai-kan sebanyak 240 judul, dengan menyatakan secararingkas tarikh permulaan penerbitan, saiz terbitandan u ntu k berapa lama ianya d iterbitkan.

Sejarah kesusasteraan Mahua moden di Malaysiamemang tidak dapat dihuraikan dengan selengkapnyatanpa meninjau akhbar-akhbar awal dengan teliti. Se-benarnya lebih daripada sembilan puluh peratus hasilsastera sebelum perang itu dapat diketemui di dalamlernbaran-lernbaran akhbar. Zao Rong memberikantarikh permulaan penerbitan, nama editor lembaranberkenaan, atau siapakah yang selalu menulis dilembaran itu.

Dengan pengisytiharan darurat pada tahun'1948,kcmasukan buku-buku dari China telah ditegahkan.Ini mengakibatkan keperluan bahan-bahan bacaan dipasaran tempatan. Memandangkan kepada keperluanini, Nanyang Siang Pau telah mengambil langkah yangpertama pada tahun 1948 untuk menerbitkan satusiri buku tempatan yang terdiri daripada prosa,pengembaraan, esei, novel dan lain-lain lagi. Sejak itu,beberapa buah siri buku yang seumpama ini telahditerbitkan. Zao Rong menyenaraikan sebanyak24 siri buku dengan menyebut penerbitnya, saizbuku serta semua tajuk buku di bawah sesuatu siri.

Usaha Zao Rong lebih merupakan sebuah 'karnus 'yang penuh dengan pclbagai jenis maklumat mengcnaisastera Mahua.

9. Ma Lun, penulis yang terkenal, telah mcnulis.~ ~ 1.i; 1'1'A,1HJ (Biography of Malaysia and Singa-pore Chinese Writers) yang diterbitkall oleh PenerbitTai-Iai ( **,~*-d. ) di lohor Baharu pada tahun1979.

1 5

Page 5: Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua - CORE · 2017-02-19 · bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa ... 66 pantun, 34 svair, 102 buah buku, ... danmengandungi semua teks

Di samping memperkenalkan para penulis Mahuaini, beliau juga menyebut karya-karya yang dicipta-kan oleh mereka.

Seramai 200 orang penulis Mahua diperkenalkan.Kebanyakan mereka ialah penulis-penulis zamansebelum Perang Dunia Kedua dan zaman sebelumpemisahan Singapura dari Malaysia. Penulis-penulisini diperkenalkan dalam 3 siri mengikut zamanmereka giat menulis. Siri pertama ialah zamansebelum perang (1919-1942) seramai 46 orang.Keduanya, 54 orang penulis selepas Perang DuniaKedua dan bagi siri terakhir, 100 orang penuliszaman sebelum pemisahan Singapura. Semuamaklumat yang terdapat dalam buku ini bolehdiperolehi dari siri lanjutannya iaitu 'Biographies ofMalaysian and Singaporean Chinese Writers' di manabukan sahaja lebih ramai penulis diperkenalkan,bahkan dengan pembetulan pada tempat-ternpatyang perlu. (Sila lihat no. 11.)

10. $~INJt.",~""foJi!El (Bibliografi Buku-bukudan Terbitan Berkala Berbahasa Cina di Singapura)disunting oleh .M-1NJ.t 00~1Il-tfi:",~ ....f'J1tl!..t- Ji i' (Jawatan-kuasa Penyunting Bibliografi Buku-buku dan Terbitan Berkala Berbahasa Cina, Per-pustakaan Negara Singapura) dan diterbitkan padatahun 1980. .

Sebutan sastera Mahua sentiasa meruju k kepadahasil karya di Malaysia dan Singapura. Nampaknyasetakat ini, sarjana-sarjana kita masih tidak berhajatmengasingkan sastera kedua-dua negara ini. Kenya-taan ini dapat diperhatikan dalam bibliografi danbiografi yang telah ditulis atau disunting.

Walau bagaimanapun, usaha untuk mendoku-mentasikan karva-karya Mahua secara berasinganseperti dalam 'Bibliografi Buku-buku dan TerbitanBerkala Berbahasa Cina di Singapura' yang menum-pukan perhatian kepada terbitan di Singapura sahajaadalah am at bermanfaat. tanya dapat memudahkanlagi kerja-kerja para penyelidik dalam bidang ini.

Suatu pengelasan yang amat teliti telah diadakan.Pembahagian sebanyak 1195 buah terbitan adalahseperti berikut:

i. Antologi (80 tajuk)II. Kritikan dan kajian (36 tajuk)iii. Sajak (1~9 tajuk)iv. Drama (56 taju k]v. Prosa (191 tajuk)vi. Novel (330 tajuk)vii. Esei, kewartawanan, kesenian dan muzik

(13 taju k)viii. Bahasa (24 tajuk)ix. Kemasyarakatan, organisasi dan perkhidrnatan

(20 tajuk)x. Politik, undang-undang dan kerajaan (22 tajuk)

16

xi. Ekonomi, perniagaan dan perusahaan (31 tajuk)xii. Pendidikan (16tajuk)XIII. Biografi, sejarah dan geografi (95 taju k)xiv. Teknologi (30 tajuk)xv. Terbitan berkala (102 tajuk)

Semua terbitan disusun mengikut nama pertamapenulis dan dinyatakan tajuk buku, tempat dan tahunditerbitkan, penerbitnya dan tempat buku-bukutersebut boleh dipinjam sama ada di perpustakaanumum, Perpustakaan Nasional Singapura atau daribeberapa cawangannya.

11 . .M-.~",~1t~~1~ (Biographies of Malay-sian and Singaporean Chinese Writers) hasil Ma Lunmerupakan suatu siri lanjutan kepada nombor 9 diatas dan diterbitkan oleh Feng Yun Publications,Singapura, 1984.

Ma Lun berpegang teguh pada keyakinannyabahawa pengalaman seorang penulis dalam usahamencipta boleh: mendorong peminat sastera generasimuda untuk mengikut jejak langkah yang sama.Lebih-Iebih lagi dengan mengetahui sedikit sebanyaktentang latarbelakang pengalaman penults tertentu,adalah mudah bagi seseorang pembaca untukmenikmati karyanya itu, menyedari apakah faktoryang mendorongnya untuk mencipta karya itu danseterusnya memahami apakah ideologi atau buahfikirannya. Kepercayaan ini telah mendorong MaLun untuk berhubung dengan lebih kurang 400 orangpenulis Mahua demi untuk menu lis 'Biographies ofMalaysian and Singaporean Chinese Writers' disamping memberikan penghargaan yang sewajarnyakepada mereka.

Seramai 305 orang pcnulis diperkenalkan denganterperinci dalam lebih kurang 1000 patah perkataanbagi tiap-tiap seorang. Bagi 200 orang lagi, namamereka hanya disebut pada tempat-tempat yang ber-kenaan oleh kerana kekurangan maklumat mengenaimereka.

Ma Lun telah membahagikan penulis-penulis inikepada 7 siri mengikut perkembangan politik diran tau ini.

i. Zaman sebelum penjajahan Jepun (1919-42):48 orang.

ii. Zaman kehancuran kuasa Jepun (1945-49);25 orang.

iii. Zaman bebas (1950-59): 77 orang.iv. Zaman pemisahan Singapura dari Malaysia

(1960-69): 36 orang di Singapura.v. Zaman Malaysia berpisah dari Singapura (1960-

69): 50 orang di Malaysia.vi. Zaman pesat membangun di Singapura (1970-

81): 26 orang.VII. Zaman pesat membangun di Malaysia (1970-

81): 43 orang

Page 6: Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua - CORE · 2017-02-19 · bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa ... 66 pantun, 34 svair, 102 buah buku, ... danmengandungi semua teks

Pembahagian adalah sedemikian kerana dalamjangka masa lebih 60 tahun ini yang penuh dengankesulitan, penulis-penulis tidak pernah melupakantanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Merekaterus dengan usaha mereka mencatatkan kesengsaraanzaman ini.

Seperti biasa, perkenalannya bermula denganlatarbelakang penulis dan dilengkapi denganmaklumat seperti tarikh dan tempat lahirnya,pendidikan, pekerjaan dan pengalaman hidupnya.Beri kutannya ialah karya-karya yang diciptanya, lain-lain nama samaran yang sentiasa digunakan, namasebenarnva, ini kadangkala diikuti oleh suatuanalisa hasil ciptaannya, kegiatannya dalam arenasastera Mahua, sumbangannya, atau pendapatnyaterhadap sastera Mahua. Kecuali 11 orang yangkebanyakan mereka ialah penulis-penulis zaman awaldan barangkali sudah meninggal dunia atau tidak lagibermastautin di rantau ini, yang lain telah disertakandengan gam bar masing-masing.

Sebelum biografi ini diterbitkan dalam bentukbuku, kesernua perkenalan penulis-penulis ini bagisetiap siri telah disiarkan dalam beberapa ruanganlembaran sastera suratkhabar-suratkhabar Cinatempatan.

Siri pertama disiarkan dalam Sin Chew fit Poh(Malaysia) di ruangan ~-i-~,fk (Wenyi Chunqiu) ~ari21 Ogos 1981 hingga 23 Mei 1982 dengan tajuk~-m.~~fF#:4t~i! (Rekod temuramah denganpenulis-penulis Mahua sebelurn perang). Siri keduayang bertaju k ~.ft 4 0 .f1\.~ ~11 #:~ -Itt (Sepintaslalu penulis-penulis Mahua selepas perang dalamtahun em pat puluhan) disiarkan dari 28 Ogos 1981hingga 2 Oktober 1981 dalam Nanyang Siang Pau(Malaysia) di ruangan iSi ~ (Shang yu). Siri yangberikutan diberi tajuk 50 .f1\$~.~11#:Hf'l (Bari-san penulis-penulis Singapura dan Malaysia tahunlima puluhan) disiarkan di ruangan ~11A. (XiezuoRen), Nanyang Siang Pau (Singapura) bermula dari19 Februari 1982, sejumlah 29 siri. Siri yang ke-empat bertajuk 50 .f1\ ~Jfl A.~tJ.-t (Biografi tokoh-tokoh di arena sastera tahun lima puluhan) disiarkandi ruangan ~-!&~ 00 (Wenyi Gongyuan) Sing Pin fihPao (Pulau Pinang) dari 13 Oisember 1981 hingga26 Jun 1983. 50 .f1\.~~11#:Hf'l(Barisan penulis-penulis Mahua tahun lima puluhan) sejak 6 Julai1983 sehingga 26 Ogos tahun yang sam a disiarkandalam Nanyang Siang Pau (Malaysia) ruangan iSi ~(Shang yu). Oari 6 Januari 1982 hingga 4 April1982, Tong Baa (Kuala Lumpur) menyiarkan6 0 .f1\.~~#A.-ltIt~ (Sepintas lalu penyair-penyair Mahua tahun cnam puluhan) di (uangan

~)§,l. (Wen feng). 60 .f1\ k.~ ~ 11 A. 5·Hft.(Potrait penulis-penulis Mahua tahun enarn puluhan)disiarkan '1~.Iam Nanyang Siang Pau (Malaysia),ruangan iSi ~ (Shang yu) dari 13 Mei 1982 hingga21 Ogos tahun yang sama. Berikutannya ialah70.f1U~~11~"* (Penulis-penulis Cina diSingapura pada tahun tujuh puluhan] yang disiarkandari 1 Jun 1982 hingga 1 September 1982 di *rHrt(Sern Toh Pau, NTUC) (Singapura). Ruangan ~ -t6-~,fk(Wcnyi Chunqiu) dalam Sin Chew fit Poh (Malaysia)menyiarkan .ft5il [70-811 ~~$~ ~ * (Tunas baru[70-81]) dari 16 Jun 1982 hingga 19 Januari 1983.~J.tA.~tJ.-t (Biografi tokoh-tokoh di arena sastera)suatu biografi yang ringkas yang merupakan siritambahan disiarkan di ruangan ;J~5i. (Xin Yuan) dalam;J~1JoJ,tfJ 1'1 (Singapore Monthly).

Siaran siri-siri ini mendapat sambutan yang baikdari orang ramai. Ini dapat dilihat dari permintaanuntuk pembetulan yang dibuat oleh penulis-penulissendiri atau orang lain. Berdasarkan daya usaha MaLun untuk berhubung dengan penulis-penulis danmendapatkan maklum balas dari orang ramai melaluisiaran dalam akhbar-akhbar, kita boleh merumuskanbahawa ketelitian dan ketepatan merupakan duamutu yang dipentingkan oleh beliau dalam menyiap-kan bu ku yang penuh dengan titik peluh ini. lanyamerupakan biografi penulis yang tunggal denganpengenalan yang panjang lebar, suatu buku yang tidakboleh diketepikan oleh sesiapapun yang berminatmengetahu i tokoh-tokoh sastera dalam arena sasteraMahua.

KesimpulanSetakat ini perbincangan kita tclah diturnpukan padasurnber-surnber maklumat retrospektif mengenaisastera Mahua. Sastcra Mahua ialah satu sastera yanghidup subur. Ini dapat kita pcrhatikan daripadaindustri penerbitan dan percetakan yang menghasil-kan beratusan penerbitan kecil dan besar dalamsemua genre dan dalam pelbagai bentuk. Oi antara-nya ialah risalah, buku cenderamata, buku, majalahhiburan, majalah terpelajar dan suratkhabar harian.Usaha untuk mendokumentasikan karya-karya yangbersemadi dalam jenis-jenis penerbitan ini memerlukanban yak masa dan tenaga. Bagaimanakah caranya kitahendak berwaspada tentang apa yang diterbitkan di'seluruh negara oleh penerbit besar dan kecil. Ak/aPenyerahan Bahan Perpustakaan tahun 1986I\lewaiibkan scmua penerbit trmpatan mendeposit-kan di Perpustakaan Negara Malaysia lima naskhahbagi tiap-tiap scbuah karya yang diterbitkan demimemelihara dan mcngabadi kan warisan persuratan

17

Page 7: Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua - CORE · 2017-02-19 · bidang ini telah menyusun atau menyunting beberapa ... 66 pantun, 34 svair, 102 buah buku, ... danmengandungi semua teks

negara." Soalnya ialah apakah semua pencrbitmematuhi undang-undang ini walaupun merekaharus scdar bahawa mercka boleh dihukum oleh rnah-kamah jika mengingkarinya? Pihak PerpustakaanNegara Malaysia pula diwajibkan untuk mencrbitkanBibliografi Negara Malaysia tiap-tiap tahun. Di dalarn-nva akan discnaraikan semua penerbitan yang di-tcrima. Soalnya apakah semua penerbitan yangditerima dimasukkan ke dalamnya.

Kita sedia maklum bahawa sejak tahun 1983Bibliografi Negara Malaysia ada suatu ruangan khasuntuk karya-karya dalam skrip bukan rumi yangditerima. Pada tahun 1984 umparnanva, sejumlah149 karya berbahasa (ina disenarai kan di dalamruangan tersebut. Apakah hanya 149 buah karyadihasilkan pada tahun tersebut? Bagaimana halnyadengan karya-karya berbentuk cerpen, sajak, dansebagainya yang mempunyai ruangan tetap dalammajalah-majalah dan akhbar-akhbar? Di manakahmaklumat mengenainya boleh diperolehi?

Usaha-usaha ke arah pengawalan bibliografisastera Mahua setakat ini merupakan usaha peribadioleh segolongan cendekiawan tempatan yangberminat. Sudah sampai masanya untuk sebuahpertubuhan mengambil alih tugas berat ini demi

rnernpastikan kekekalannya. Pada pendapat penulisrru, Universiti Malaya dengan Jabatan PengajianTionghuanya yang mempunyai sarjana-sarjanaterulung dalam bidang ini, dan Perpustakaannya yangmempunyai sebuah bahagian khusus untuk koleksibahan-bahan dalam bahasa Tionghua dengan pus taka-wan-pustakawan berkelayakan dari segi pengetahuanbahasa dan ikhtisas, adalah yang paling sesuai untukmeneruskan usaha ini. Berbagai jenis bibliografi bolehdiusahakan tiap-tiap tahun dan dihimpunkan limatahun sekali.

Pencatatan maklumat sahaja tidak mencukupi.Bagi setiap maklumat yang dirakarnkan dalam biblio-grafi usaha hendaklah dibuat untuk mempastikanbahawa bahan tersebut dapat dilihat oleh yangmemerlukannya. Perkara ini tidaklah semudahnyabagi setengah bahan lama yang tidak dapat dikesanpengwujudannya kini. Bahan-bahan kini juga tidakterkecuali daripada gejala ini. Maksud ulasan iniialah supaya usaha yang lebih gigih hendaklahdijalankan untuk menyclamatkan warisan silamsastera Mahua dan seterusnya memelihara sastera kinidan kelak untuk generasi-generasi akan datang.Usaha bibliografi serta perolehan dan pemeliharaanhasil kesusasteraan Mahua hendaklah berjalan seiring.

5 Akta ini berkuatkuasa pada 15 April 1987 dan menggantikan Akta Pemeliharaan Buku-Buku tahun 1966 yang hanya rncwajib-kan penycrahan dua naskhah bagi tiap-tiap sebuah pcncrbitan kcpada Pcrpustakaan Negara Malaysia.

18