Pengenalan Dasar Makroekonomi

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    1/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    DASAR

    MAKROEKONOMI

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    2/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    DEFINISI DAN SKOP

    ANALISIS Analisis makroekonomi

    menjelaskan kegiatan sesebuah

    negara secara keseluruhan.

    Analisis ini mengkaji kegiatan

    dan interaksi sektor isi rumah,

    firma, kerajaan, dan negaraasing yang menentukan tingkat

    pencapaian ekonomi.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    3/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    Makroekonomi mengkaji kegiatan

    dan masalah ekonomi serta

    penyelesaiannya secarakeseluruhan.

    Mikroekonomi mengkaji peranan isi

    rumah dan firma secara tersendiri

    serta interaksi antara isi rumah

    dengan firma pelbagai jenis pasaran.

    PERBEZAAN ANALISIS

    MAKROEKONOMI DAN

    MIKROEKONOMI

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    4/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    PETUNJUK / PEMBOLEH

    UBAH MAKROEKONOMI

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    5/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    PENDAPATAN NEGARA/

    KELUARAN NEGARA

    Pendapatan Negara didefinisikan sbg

    jumlah pendapatan faktor yang diterimaoleh sesebuah negara untuk tempoh

    setahun.

    Keluaran Negara: jumlah nilai barang akhir

    dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam

    sesebuah negara untuk tempoh setahun.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    6/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    PENDAPATAN NEGARA/

    KELUARAN NEGARA

    Pertambahan pendapatan negara/ keluarannegara merupakan satu peningkatan dalampencapaian ekonomi kerana keadaan tersebutmenunjukkan bahawa:

    a) lebih banyak peluang pekerjaan telahdiwujudkan, maka lebih banyak faktor-faktorpengeluaran digunakan dan kadarpenggangguran menurun.

    b) tingkat kebajikan dan taraf hidup rakyatmeningkat.

    Pengurangan pendapatan negara/ keluarannegara akan menurunkan tingkat pencapaianekonomi dan memerlukan perhatian dantindakan yang sewajarnya daripada kerajaan.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    7/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    GUNA TENAGA DAN

    TENAGA BURUH

    Tenaga buruh ialah jumlah penduduk

    dalam usia kerja (15 64 tahun) yang

    sedang bekerja atau sedang aktif

    mencari pekerjaan, tidak termasuk surirumah dan pelajar.

    Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruhyang digunakan dalam pekerjaan

    produktif untuk mengeluarkan output

    negara.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    8/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    PENGGANGURAN

    Pengangguran ialah masalah ekonomi

    yang menunjukkan sebilangan buruh

    yang sanggup bekerja tetapi tidak

    mendapatkan pekerjaan.

    Pengangguran berpunca daripada

    penggantian buruh dengan mesin,kemunduran dalam industri,

    kemelesetan ekonomi dan sebab-sebab

    lain.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    9/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    PENGGANGURAN

    Pengiraan kadar pengganguran adalah pentingdalam analisis makroekonomi. Ini keranapenurunan kadar pengangguran bermaknapeningkatan kadar guna tenaga, pertambahanpendapatan negara/ keluaran negara danpeningkatan pencapaian ekonomi.

    Apabila kadar pengganguran berapa pada paras4% atau kurang, ekonomi dianggap telahmencapai tahap guna tenaga penuh. Kadarpengganguran yang rendah biasanya

    dikaitkan dengan pengganguran geseran, iaitupengganguran yang bersifat sementara.Pengganguran geseran berlaku apabila tenagaburuh berhenti pekerjaan lama secarasukarela untuk mencari pekerjaan baru yanglebih baik.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    10/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    PENGGANGURAN

    Apabila sesebuah negara belum

    mencapai guna tenaga penuh,keluaran negara dan pendapatan

    negara boleh terus ditambah jika

    kadar guna tenaga meningkat

    atau kadar pengganguranmenurun.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    11/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    INFLASI

    Merupakan satu masalah ekonomi yang merujuk kepadakenaikan tingkat harga umum secara berterusan dantidak terbatas.

    Berpunca dari lebihan perbelanjaan yang wujud dalam

    sesebuah ekonomi yang telah mencapai guna tenagapenuh, kenaikan kos pengeluaran dan harga barangimport.

    Dianggap sebagai satu masalah ekonomi yangmenyebabkan kos hidup masyarakat meningkat dan

    seterusnya taraf hidup masyarakat menurun.

    Kadar inflasi merupakan kadar kenaikan tingkat hargabarang secara umum pada suatu tahun tertentuberbanding dengan tahun sebelumnya.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    12/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    INFLASI

    Harga umum ialah harga purata semua barangdan perkhidmatan yang dipasarkan dalampasaran.

    Tingkat harga umum dapat diukur melaluiindeks harga pengguna (IH). Indeks hargapengguna bagi tahun asas (tahun yangdijadikan asas perbandingan) ditetapkansebagai 100.

    Sekiranya indeks harga pengguna tahun dikajiialah 105, kadar inflasi ialah 5% berbandingdengan tahun asas.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    13/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    IMBANGAN

    PEMBAYARAN

    Imbangan Pembayaran ialah penyatakewangan tentang segala urus niaga

    dan aliran modal antara sesebuahnegara dengan negara lain dalamsetahun.

    Dapat menggambarkan sama adaperdagangan antarabangsamenguntungkan atau merugikansesebuah negara.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    14/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    IMBANGAN

    PEMBAYARAN

    Lebihan dalam imbangan pembayaranmenguntungkan sesebuah negara danseterusnya menambahkan rizab pertukaranasing negara tersebut.

    Kurangan dalam imbangan pembayaranmerugikan sesebuah negara dan seterusnyamengurangkan rizab pertukaran asing negaratersebut.

    Kurangan dalam imbangan pembayaranmerupakan satu masalah ekonomi yangmemerlukan campur tangan kerajaan melaluikawalan langsung dan sebagainya.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    15/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    PERTUMBUHAN

    EKONOMI

    Bermaksud peningkatan dan perkembangan dalamkegiatan yang menyebabkan pertambahan barangdan perkhidmatan (KDNK benar) yang dikeluarkandalam sesebuah masyarakat atau ekonomi.

    Mengukur prestasi pembangunan sesebuah negara.

    Menunjukkan pembangunan ekonomi berbentukfizikal. Tidak mengambil kira pertambahanpenduduk.

    Kajian makroekonomi bermatlamat mencapaipertumbuhan ekonomi agar lebih banyak peluangpekerjaan baru diwujudkan kepada penduduk yangsemakin bertambah.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    16/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    PERTUMBUHAN

    EKONOMI

    KDNK benar ialah nilai barang danperkhidmatan yang dikeluarkan dalam

    sesebuah negara mengikut harga tetappada tahun asas.

    KDNK benar adalah lebih sesuai sebagaipengukur pertumbuhan ekonomi

    berbanding dengan KNK benar keranaKDNK benar menunjukkan pertambahanoutput dalam sesebuah negara, manakalaKNK benar termasuk pertambahan outputdi luar negeri.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    17/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    DASAR

    MAKROEKONOMI

    Tingkat guna tenaga penuh

    - untuk meminimumkan tingkat pengganguran danmemaksimumkan pendapatan negara.

    - untuk menjamin kebajikan masyarakat dapatdicapai pada tingkat maksimum.

    Kestabilan harga

    - penting untuk mengelakkan masalah inflasi atau

    kemelesetan ekonomi . Kenaikan harga umumyang berterusan (inflasi) atau kemerosotan hargaumum yang berterusan (kemelesetan ekonomi)akan menimbulkan kesan buruk kepada pengguna,pengeluar dan ekonomi secara keseluruhan.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    18/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    DASAR

    MAKROEKONOMI

    Pertumbuhan ekonomi- untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan

    - memastikan keluaran negara dan pendapatannegara sentiasa bertambah

    - supaya kebajikan masyarakat negara berkenaan

    semakin baik.

    Imbangan Pembayaran

    - Imbangan pembayaran yang bertambah baikadalah matlamat makroekonomi yang harusdicapai untuk menambah rizab pertukaran asing

    sesebuah negara.- pertambahan eksport dan pengurangan importdapat memperbaiki imbangan pembayaran danseterusnya meningkatkan aset rizab bank pusatnegara berkenaan.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    19/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    DASAR

    MAKROEKONOMI

    Adalah sukar bagi mengekalkan tingkat guna tenagapenuh pada setiap tahun. Kemelesetan ekonomiyang melanda di negara asing akan merebak kenegara itu melalui perdagangan antarbangsa ataukesan globalisasi. Akibatnya, negara itu juga akanmengalami kemerosotan ekonomi danpengganguran yang semakin baik.

    Kestabilan tingkat harga umum juga sukardikekalkan apabila taraf hidup masyarakat

    semakin naik dan diikuti oleh kemudahan kredityang semakin meluas. Kesannya permintaanagregat meningkat dan harga umum turut naik.Sebaliknya semakin banyak lebihan stok firmayang gagal dipasarkan, harga umum akan jatuh.

  • 8/9/2019 Pengenalan Dasar Makroekonomi

    20/20

    8/17/2010 PPISMP SEM 3 - Dasar Makroekonomi

    DASAR

    MAKROEKONOMI

    Malaysia pernah mengalami pertumbuhan ekonomiyang positif dan negatif sejak tahun 1980.matlamat dasar makroekonomi adalah untukmengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yangpositif dan semakin meningkat supaya taraf hidupnegara berkenaan semakin meningkat.

    Kurangan dalam imbangan pembayaran sesebuahnegara akan mengurangkan rizab pertukaran

    asing negara berkenaan. Maka matlamat dasarmakroekonomi adalah untuk memperbaikkurangan dalam imbangan pembayaran supayamemperoleh lebihan dalam imbanganpembayaran.