23

PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

  • Upload
    others

  • View
    45

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd
Page 2: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd
Page 3: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

DIKALANGAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI

DAERAH KLANG, SELANGOR

MOHD HAZIZI BIN SARIBIN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER, 2004

Page 4: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd
Page 5: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

iii

DEDIKASI

Segala pujian bagi Allah S.W.T serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Sekalung doa ku iringkan buat ayahanda dan bonda tercinta

Jasa dan budi tersemat di hati

Buat pembimbing yang dihormati Setiap kata-kata sebagai nasihat dan dorongan untuk berjaya

Page 6: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

iv

PENGHARGAAN

Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah

rahmat dan keizinannya maka kertas projek ini dapat disiapkan.

Di sini, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada Encik Johari bin Hassan, selaku penyelia dan penasihat saya yang banyak

mengorbankan masa beliau untuk membimbing, memberi nasihat, tunjuk ajar dan

galakan kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan.

Sekalung penghargaan teristimewa buat ayahanda dan bonda, sesungguhnya

berkat doa dan keredhaan mereka telah mendorong saya terus berjuang menimba ilmu.

Juga buat abang dan kakak yang sentiasa berada disisi untuk sama-sama memberi

dorongan dan galakan.

Untuk Tony BCB, Bagang, Kamarul, Prop, Jun, Nicky, Nurhafiza, Zarina dan

semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak, jutaan terima kasih di atas

sokongan dan bantuan yang telah diberikan. Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha

mereka.

Page 7: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh mana guru-guru sekolah menengah menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran serta bentuk penggunaan yang sering digunakan oleh guru dan juga mengenalpasti sikap guru terhadap penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar. Masalah-masalah yang dihadapi dalam menyedia dan menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar turut dikaji. Kajian dibuat dalam bentuk tinjauan ke atas populasi guru-guru yang mengajar di sekolah menengah sekitar Daerah Klang, Selangor. Seramai 160 responden yang terlibat dalam kajian ini. Set soalselidik telah dibentuk untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian dan mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengenai latar belakang responden, bahagian B mengandungi 51 item berkenaan persoalan kajian dan bahagian C adalah bahagian cadangan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Sosial Sciences (SPSS) for Windows Version 11.5. Analisis deskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah adalah rendah tetapi mempunyai minat yang tinggi dalam menggunakannya. Masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru hasil daripada dapatan kajian adalah tidak mempunyai masa untuk menyediakan bahan pengajaran disamping kurang kemahiran dalam menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar oleh guru-guru sekolah menengah berada pada tahap yang rendah.

Page 8: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

vi

ABSTRACT

This research was to find out how far secondary school teachers had used computer as teaching aids in teaching and learning process. The objectives of this study were to determine the skill level and the usage as well as the attitude of teacher towards the utilization of computer as teaching aids. The research also identified the problem faced by teacher using computers as preparation to or during class time. Population of this research was the secondary school teachers in Daerah Klang, Selangor. A total of 160 respondents were involved in this study. A set of questionnaire had been used to gather information regarding the problem and was decided into three sections. Section A was about respondent background; section B has 51 items and section C was for the suggestion. The obtained data had been analyzed by using Statistical Package For Social Sciences (SPSS) for Window Version 11.5. Descriptive analysis for frequencies and percentages were used to analyze the data. The result of this study indicated that the level of computer usage was low but the teachers have high enthusiasm to utilize it. Lack of skill and time to prepare teaching aids using computer was the main problem faced by the teachers. In generally, the research found out that computer usage as teaching aids by secondary school teachers were very low.

Page 9: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

TAJUK KAJIAN i

PENGESAHAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Batasan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Definisi Istilah 9

Page 10: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

viii

BAB PERKARA MUKASURAT

1.7.1 Pembelajaran Berpandukan

Komputer (PBK) 10

1.7.2 Alat Bantu Mengajar (ABM) 10

1.7.3 Komputer 11

1.7.4 Minat 11

1.7.5 Guru Akademik 12

1.7.6 Pengetahuan Asas Komputer 13

1.8 Penutup 13

II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Sikap dan Minat 15

2.2 Takrifan Alat Bantu Mengajar 17

2.3 Faktor Yang Mempengaruhi

Penggunaan Alat Bantu Mengajar 18

2.3.1 Sikap Guru 19

2.3.2 Pengalaman Mengajar 19

2.3.3 Pengurusan Alat 20

2.3.4 Kewangan 20

2.3.5 Beban Tugas 20

2.4 Sikap Terhadap Penggunaan

Komputer 21

2.5 Pengetahuan Komputer 23

2.6 Penutup 25

Page 11: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

ix

BAB PERKARA MUKASURAT

III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 26

3.1 Populasi / Sample Kajian / Responden 26

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Instrumen Kajian 28

3.4 Prosedur Kajian 30

3.5 Analisis Kajian 31

3.6 Beberapa Andaian Kajian 33

3.7 Penutup 34

IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 35

4.1 Latar Belakang Responden 36

4.2 Kekerapan Menggunakan Alat Bantu

Mengajar 39

4.3 Analisis Persoalan Kajian 42

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 44

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 48

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 50

4.4 Kesimpulan 53

Page 12: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

x

BAB PERKARA MUKASURAT

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 54

5.1 Perbincangan

5.1.1 Latar Belakang Responden 55

5.1.2 Kekerapan Menggunakan Alat Bantu

Mengajar 57

5.1.3 Bentuk Penggunaan Komputer 59

5.1.4 Kemahiran Menggunakan Komputer 60

5.1.5 Minat Menggunakan Komputer

Sebagai ABM 61

5.1.6 Masalah-Masalah Dalam Menyediakan

Dan Menggunakan Komputer Sebagai

ABM 62

5.2 Rumusan Kajian 63

5.3 Cadangan Kajian 65

5.4 Penutup 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN

A. Lampiran A - Soalselidik 70

B. Lampiran B Surat Kebenaran

Menjalankan Kajian 76-78

Page 13: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Skala Lima Mata 30

3.2 Skala Likert 30

3.3 Perkaitan Antara Skor, Tahap dan Peratusan 33

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina dan Bangsa 36

4.2 Taburan Jantina Mengikut Kelulusan Ikhtisas dan

Pengalaman Mengajar 37

4.3 Taburan Responden Mengikut Bidang Pengkhususan

dan Matapelajaran (pengkhususan) Yang Diajar 38

4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus Yang Pernah

Diceburi 39

4.5 Peratusan responden mengikut kekerapan menggunakan

ABM di dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas 40

4.6 Pengkelasan Skala Lima Mata kepada tiga mata 42

4.7 Pengkelasan Skala Likert kepada tiga bahagian. 43

4.8 Analisis responden terhadap bentuk penggunaan

komputer oleh guru-guru sekolah menengah. 44

4.9 Tahap (kemahiran) penggunaan komputer 46

4.10 Analisis responden terhadap penggunaan komputer

sebagai ABM 48

Page 14: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

xii

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT

4.11 Analisis responden terhadap permasalahan yang

timbul dalam menggunakan komputer sebagai ABM 51

4.12 Analisis responden terhadap permasalahan yang

timbul dalam menggunakan komputer sebagai ABM 52

Page 15: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Borang Soalselidik 70

B Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan 76

Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 78

Page 16: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

xiv

SENARAI SINGKATAN

1. ABM : Alat Bantu Mengajar

2. AK : Amat Kerap

3. ATK : Amat Tidak Kerap

4. AS : Amat Setuju

5. CAI : Computer Assisted Learning

6. CAL : Computer Assisted Instruction

7. K : Kerap

8. MRSM : Maktab Rendah Sains Mara

9. PBK : Pembelajaran Berpandukan Komputer

10. P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

11. S : Setuju

12. SPSS : Statistical Package for Sosial Sciences

13. STS : Sangat Tidak Setuju

14. STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

15. STP : Sijil Tinggi Pelajaran

16. TK : Tidak Kerap

17. TP : Tidak Pasti

18. TS : Tidak Setuju

19. TV : Televisyen

Page 17: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

BAB I

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Sejak akhir-akhir ini, kehidupan seharian manusia semakin dipengaruhi oleh

teknologi komputer. Mungkin masih ramai lagi yang masih “buta IT” ataupun tidak jelas

tentang penggunaan komputer. Penggunaan komputer bukan saja digunakan di dalam

sektor perindustrian, perubatan dan kerajaan bahkan telah diperluaskan lagi

penggunaannya di dalam bidang pendidikan. Objektif penggunaan komputer mungkin

berbeza bagi sesuatu sektor atau bidang tetapi pada keseluruhannya kegunaan komputer

adalah untuk meningkatkan atau menaikkan taraf prestasi, mengurangkan kos serta

tenaga pekerja dan menyimpan data-data yang penting.

Sistem maklumat merupakan interaksi antara manusia dan mesin (komputer)

untuk tujuan mengumpul dan menyebarkan maklumat. Ia merupakan satu aset yang

sangat penting di zaman ini di dalam kehidupan seharian. Sistem pendidikan pada masa

kini juga telah tertumpu kepada penggunaan sistem maklumat di dalam proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

Page 18: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

2

Menurut Tuan Haji Abu Bakar Bachik; Pengarah Pendidikan Negeri Perak dalam

ucapannya (Buletin PKPSM; 1999) menyatakan perubahan baru diperlaksanakan di

sekolah bestari serta penggunaan pesat media elektronik dan komputer akan menjadikan

pelajar lebih proaktif dan minda mereka lebih terdedah kepada pelbagai maklumat.

Memandangkan penekanan kepada penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan masa

kini, maka bahan pengajaran tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada media cetak

tetapi lebih tertumpu kepada penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P).

Menurut bekas Menteri Pendidikan, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

(Buletin Kementerian Pendidikan : 1998) mereka yang mempunyai banyak maklumat

dan pengetahuan akan mengatasi mereka yang tidak bermaklumat dan kurang

berpengetahuan. Negara yang kaya dengan maklumat akan mengatasi negara yang

miskin dengan maklumat dan faktor utama membawa manusia kepada maklumat dan

pengetahuan ialah teknologi.

Mohamad (1992) menyatakan kebolehan komputer menerusi latihan dan

aplikasinya berupaya menjadikan pelajar lebih aktif dalam pembelajaran mereka.

Sehubung dengan itu, terdapat pelbagai cara yang digunakan di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) yang berteraskan komputer.

Bagi merealisasikan penggunaan komputer sebagai ABM di sekolah, pihak

Kementerian Pendidikan telah membuat satu langkah berkesan dengan memberikan

komputer peribadi kepada para guru sains dan matematik. Ini merupakan langkah awal

pihak Kementerian dalam pendidikan bagi mewujudkan suasana yang lebih berkesan di

dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Selain itu, kursus-kursus mengenai penggunaan komputer telah dianjurkan

kepada golongan guru bagi menambahkan lagi pengetahuan di dalam penggunaan

komputer agar dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 19: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

3

Penggunaan komputer sebagai ABM dapat membantu guru dalam proses P&P di

sekolah agar ianya lebih menarik. Kulik (1985) di dalam kajian Mohamed Najib (1990)

mengatakan bahawa penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) seperti komputer dan

multimedia dapat menarik tumpuan pelajar dalam proses P&P untuk mengatasi masalah

serta meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran disamping mengikuti jejak

perkembangan dunia berasaskan teknologi maklumat.

1.1 Latar Belakang Masalah

Masalah penggunaan komputer, tahap penggunaan dan minat terhadap komputer

dikalangan guru-guru komputer sering dibincangkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

Penyelidikan yang telah dibuat juga menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan

penguasaan komputer di kalangan guru sangat rendah berbanding dengan tahap

pengetahuan yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan

komputer sebagai media pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan

berkesan.

Ahmad Rashid (1992) dalam kajiannya menyatakan bahawa kebanyakan guru di

sekitar Johor Bahru mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang sedikit sekali

mengenai pengguNaan komputer. 61.5 peratus guru mempelajari komputer atas daya

usaha sendiri manakala 80 peratus berminat untuk pelajari tetapi tidak berpeluang.

Berita Harian (19 Mei 1997) telah melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan

telah mengarahkan semua guru di negara ini mengikuti kursus Kementerian Teknologi

Page 20: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

4

Maklumat (IT) bagi melahirkan golongan pendidik yang memiliki kemahiran dalam

teknologi tinggi mulai tahun 1998.

Penggunaan komputer dalam pendidikan merupakan suatu pendekatan yang baru

dalam pendidikan negara ini. Bagaimanapun penggunaan komputer sebagai ABM agak

berbeza dengan pendekatan ABM yang lain seperti radio ataupun media TV pendidikan.

Program komputer dalam pendidikan memang dinanti-nantikan oleh golongan guru atau

tenaga pengajar bagi membantu mereka di dalam pengajaran atau pembelajaran serta

mengurangkan masalah beban kerja sejak KBSM dilaksanakan. Apa yang menjadi

persoalan di sini adakah para guru di sekolah menengah telah bersedia serta mampu

untuk mengharungi perkembangan teknologi canggih ini sebagai salah satu daripada

ABM semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sikap dan tanggapan guru terhadap

penggunaan komputer sebagai ABM dan pengetahuan mengaplikasikan komputer di

antaranya ialah ;

a. kemudahan peralatan komputer yang disediakan di sekolah tidak mencukupi

kerana ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak.

b. perkembangan pesat teknologi komputer menyebabkan banyak masa dan

tenaga diperlukan untuk mendapatkan pengetahuan terkini kerana

kebanyakan yang telah diketahui atau dipelajari sudah tidak sesuai lagi

dengan keadaan semasa.

c. sikap dan tanggapan guru-guru itu sendiri yang memandang sepi terhadap

perkembangan teknologi komputer masa kini menyebabkan ramai di

kalangan guru-guru buta komputer.

Oleh yang sedemikian, penggunaan komputer sebagai ABM di dalam proses

P&P sukar dilakukan kerana kurangnya pengetahuan guru-guru terhadap penggunaan

Page 21: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

5

komputer. Ada diantara guru-guru yang menganggap penggunaan komputer sebagai

ABM menyukarkan tugas mereka dan memerlukan masa untuk mengendalikannya.

Tetapi secara psikologinya penggunaan komputer sebagai ABM dapat menarik minat

para pelajar dengan lebih berkesan di dalam proses P&P.

1.2 Pernyataan Masalah

Terdapat kenyataan yang menyatakan “berikan komputer kepada guru-guru

terlebih dahulu sebelum diberikan kepada para pelajar”. Jika kita amati kenyataan ini

ianya ada kebenarannya di mana demi memastikan guru-guru adalah sebagai individu

yang menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer

sebagai ABM di dalam bilik darjah.

Tetapi persoalannya adalah masih terdapat para guru di sekolah yang masih tidak

tahu menggunakan komputer atau tiada keinginan untuk mencubanya sebagai ABM di

dalam bilik darjah. Mungkinkah para guru masih tidak mahu menerima cabaran untuk

mempelajari komputer disebabkan sikap negatif terhadap teknologi komputer yang

masih ada di dalam diri guru-guru itu sendiri.

Mengenai sikap pula, ianya amat perlu dipersoalkan khususnya dalam suasana

negara hari ini yang mementingkan sikap bersih, cekap dan amanah bagi meningkatkan

mutu perkhidmatan dan sebagainya. Perubahan terhadap sikap merupakan suatu

landasan untuk memperkembangkan lagi tahap pengetahuan di dalam penggunaan

komputer dikalangan guru-guru bagi melahirkan generasi yang bermaklumat.

Dari itu, kajian ini dirasakan sangat penting sebagai titik permulaan ke arah sikap

yang lebih positif di kalangan guru-guru terhadap penggunaan komputer sebagai ABM.

Page 22: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

6

Satu langkah yang lebih berkesan amat perlu di atur sebagai langkah masa depan yang

lebih bernilai dan berfaedah berdasarkan hasil kajian yang berhubung dengan sikap guru

terhadap pengunaan komputer sebagai ABM. Maka jelaslah ianya merupakan suatu hal

yang amat penting untuk dibongkarkan dan disusun semula dengan rapi dan berguna.

1.3 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sikap guru-guru

sekolah menengah terhadap penggunaan komputer sebagai Alat Bantu Mengajar di

dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai tujuan ini, kajian ini juga akan cuba

menghuraikan beberapa objektif kajian seperti berikut :

a. mengenalpasti bentuk penggunaan komputer yang sering digunakan oleh

guru-guru sekolah menengah.

b. mengenalpasti tahap penggunaan komputer yang sering digunakan oleh guru-

guru sekolah menengah.

c. mengenalpasti minat guru-guru terhadap penggunaan komputer sebagai ABM

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

d. mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru sekolah menengah

terhadap penggunaan komputer sebagai ABM.

Page 23: PENGGUNAAN KOMPUTER SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR … · penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah kebangsaan di daerah klang, selangor mohd

7

1.4 Persoalan Kajian

Tinjauan yang dijalankan akan dapat menjawab beberapa persoalan yang timbul

berkaitan dengan sikap para guru terhadap penggunaan komputer sebagai alat bantu

mengajar.

Sebagai panduan untuk mencapai tujuan dan objektif-objektif kajian ini,

beberapa persoalan kajian akan dikemukakan;

a. Apakah bentuk penggunaan komputer yang digunakan oleh guru-guru di

sekolah menengah.

b. Apakah tahap penggunaan komputer yang digunakan oleh guru-guru di

sekolah menengah.

c. Apakah minat guru-guru sekolah menengah terhadap penggunaan komputer

sebagai ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

d. Adakah wujud masalah dalam penggunaan komputer sebagai ABM

dikalangan guru-guru sekolah menengah seperti kurang kemahiran,

pengalaman dalam menggunakan komputer dan pengetahuan dalam

mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.