26

PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

  • Upload
    others

  • View
    31

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Page 2: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Page 3: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA

NURUL AKMA BINTI SAID

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 4: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Page 5: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

iii

DEDIKASI

Ya Allah

Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu

Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternila

Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan

Khas buat Abah & Mak yang disayangi

Said Husain dan Salma Shafie

Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang kalian berikan kepadaku

sejak kecil. Segala jerih payah kalian berdua tidak akan ku lupakan. Terima kasih juga

atas doa kalian keatas anakmu ini.

Abang, kakak dan adik- adikku

Mohd Hadiratul Quddus, Nurul Syuhada, Nur Farahiyah, Mohd Mustaqim, Mohd

Tarmimi, Mohd Firdaus dan Mohd Fuad.

Terima kasih atas dorongan dan sokongan kalian.

Buat Abah (Ahmad Puhad b. Alim)

Selaku penyelia dan pensyarah yang banyak membantu dan mendidik

Jasamu akan ku hargai selamanya

Juga buat mama(Abidah Murad) sekeluarga.

Dan yang teristimewa (Madheil Azaeim)

Terima kasih atas dorongan dan bantuan kalian.

Buat semua pensyarah di Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan

Terima kasih atas didikan kalian.

Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi,

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendididkan (Pengajian Islam)..

Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya

Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama

Amin...

Page 6: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah kerana dengan

limpah kurniaNya dan izinNya, diberi saya kekuatan dan semangat untuk menyiapkan

Projek Sarjana Muda. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,

ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan para mujahidin.

Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan kepada abah, mak dan keluarga yang

tidak jemu memberi dorongan dan sokongan serta doa yang amat membantu dalam

menyiapkan kajian ini. Semoga Allah merahmati kalian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Puhad

b. Alim selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan masa

keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta melontarkan

buah fikiran sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga buat

pihak di Fakulti Tamadun Islam (FTI),Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi

Malaysia dan juga pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Terima kasih kepada Pn. Norhalina Othman yang telah memberikan kerjasama

yang baik sepanjang proses temubual. Juga buat sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana

Muda Sains SertaPendidikan (Pengajian Islam) sesi 2010/2011, terima kasih kerana

memberikan sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.

Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian

seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.

Page 7: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pengguna terhadap pengurusan halal

JAKIM. Di samping itu juga kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti pengetahuan

pengguna terhadap prosedur mendapatkan sijil dan logo halal JAKIM dan kesedaran

pengguna terhadap adanya sistem kawalan sijil dan logo halal JAKIM. Kajian ini

melibatkan pelajar tahun 2, 3 dan 4 program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam). Set soal selidik yang mengandungi 50 item telah diedarkan kepada

109 orang responden. Namun, hanya 95 set soal selidik sahaja yang telah dikembalikan.

Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, serta

min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

windows versi 15.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah α = 0.913. Purata min

bagi objektif pertama, iaitu persepsi pengguna terhadap pengurusan halal JAKIM

adalah 3.99. Purata min bagi objektif kedua iaitu berkenaan dengan pengetahuan

pengguna tentang prosuder halal adalah 4.02. Manakala, 4.06 adalah purata min bagi

objektif yang terakhir iaitu, kesedaran pengguna terhadap adanya sistem kawalan sijil

dan logo halal JAKIM. Di akhir kajian, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan

terhadap pihak- pihak yang tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk

penyelidikan pada masa akan datang.

Page 8: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to investigate the consumer’s perception toward the

management of halal JAKIM. In addition, this study was conducted to identify

consumer’s knowledge of procedures to obtain JAKIM halal logo and awareness of

system control and certification of halal JAKIM. This study involved the 2nd

, 3rd

and 4th

year students Bachelor of Science with Education (Islamic Studies). Questionnaire that

consists of 50 items were distributed to 109 respondents. However, only 95

questionnaires were returned. Data were analyzed descriptively to get the frequencies,

percentages, and means by using the Statistical Package for Social Science (SPSS)

version 15.0 for windows. The reliability value of the pilot study was α= 0.913. The

mean of the first objective which is perception of users on the management of halal

JAKIM is 3.99.The average mean for the second objective which is concerned with the

knowledge of consumers about halal procedures is 4.02. Meanwhile, the average of

mean is 4:06 for the final objective which is awareness of the control system and

certification of halal JAKIM. At the end of the study, researcher had proposed several

suggestions to the related parties. Further studies were proposed for research in the

future.

Page 9: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 10: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

viii

1.7 Batasan dan Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Pengguna 9

1.8.3 Halal 9

1.8.4 Haram 9

1.8.5 Prosedur 10

1.9 Kesimpulan 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Konsep Pengurusan 12

2.2.1 Pengurusan Konvensional 12

2.2.2 Pengurusan Islam 13

2.2.2.1 Prinsip- prinsip Pengurusan Islam 14

2.3 Konsep Kawalan 18

2.4 Konsep Halal Haram dalam Islam 19

2.4.1 Pengertian Halal dan Haram 24

2.4.2 Pengertian Syubhat 29

2.5 Pengurusan Halal di Malaysia 35

2.5.1 Pengurusan Halal JAKIM 35

2.5.2 Standard dan Piawaian 37

2.5.3 Prosedur Permohonan Halal 38

2.5.3.1 Pengauditan 40

2.5.4 Sistem Kawalan Sijil Halal JAKIM 42

2.5.4.1 Undang- undang yang Digunapakai

dalam Pemantauan dan

Pemeriksaan. 44

2.6 Kajian Lepas 46

Page 11: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ix

2.7 Kesimpulan 47

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 48

3.2 Reka Bentuk Kajian 48

3.3 Tempat Kajian 49

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 49

3.5 Instrumen Kajian 50

3.5.1 Borang Soal Selidik 51

3.6 Kajian Rintis 53

3.7 Pengumpulan Data Sekunder 54

3.8 Tatacara Kajian 54

3.9 Analisis Data 55

3.10 Kesimpulan 57

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 58

4.2 Analisis Item Soalan Bahagian A 59

4.2.1 Latar Belakang Responden mengikut Jantina 59

4.2.2 Latar Belakang Responden mengikut Umur 60

4.2.3 Latar Belakang Responden mengikut Tahun

Kursus 60

4.2.4 Latar Belakang Responden mengikut Tahap

Pendidikan 61

4.2.5 Latar Belakang Responden mengikut Aliran

Pendidikan 61

4.3 Analisis Item Soalan Bahagian B 62

Page 12: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

x

4.3.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pengguna

Terhadap Pengurusan Halal JAKIM 63

4.4 Analisis Item Soalan Bahagian C 71

4.4.1 Analisis Data Mengenai Pengetahuan

Pengguna Terhadap Prosedur Mendapatkan

Sijil dan Logo Halal JAKIM 71

4.5 Analisis Item Soalan Bahagian D 79

4.5.1 Analisis Data Mengenai Kesedaran

Pengguna terhadap Adanya Sistem

Kawalan Sijil dan Logo Halal JAKIM 79

4.6 Analisis Keseluruhan 88

4.6.1 Dapatan Kajian Persepsi Pengguna

Terhadap Pengurusan Halal JAKIM 88

4.6.2 Dapatan Kajian Pengetahuan Pengguna

Terhadap Prosedur Mendapatkan Sijil

dan Logo Halal 90

4.6.3 Dapatan Kajian Kesedaran Pengguna

Terhadap Adanya Sistem Kawalan 93

4.7 Kesimpulan 95

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 97

5.2 Perbincangan 97

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 98

5.2.2 Persepsi Pengguna terhadap Pengurusan

Halal JAKIM 100

5.2.3 Pengetahuan Pengguna Terhadap prosedur

Mendapatkan Sijil dan Logo Halal 102

5.2.4 Kesedaran Pengguna terhadap Adanya

Page 13: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

xi

Sistem Kawalan Sijil dan Logo Halal

JAKIM 104

5.3 Rumusan 105

5.3.1 Persepsi Pengguna terhadap Pengurusan

Halal JAKIM 106

5.3.2 Pengetahuan Pengguna Terhadap prosedur

Mendapatkan Sijil dan Logo Halal 106

5.3.3 Kesedaran Pengguna terhadap Adanya

Sistem Kawalan Sijil dan Logo Halal

JAKIM 107

5.4 Cadangan 107

5.4.1 Persatuan Pengguna 107

5.4.2 Media Massa 108

5.4.3 JAKIM 108

5.4.4 Kerajaan Malaysia 109

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 109

5.6 Kesimpulan 110

BIBLIOGRAFI 111

LAMPIRAN

Page 14: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Kriteria Skala Likert 52

3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 52

3.3 Taburan Soalan Mengikut Item Positif dan Negatif 52

3.4 Tahap Skor Min 56

3.5 Aras Persetujuan 56

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 59

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 60

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 60

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 61

4.5 Taburan Responden Mengikut Aras Pendidikan 61

4.6 Skala Likert 62

4.7 Nilai Skor Min 63

Page 15: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

xiii

4.8 Taburan Skor bagi Item 1 63

4.9 Taburan Skor bagi Item 2 64

4.10 Taburan Skor bagi Item 3 64

4.11 Taburan Skor bagi Item 4 65

4.12 Taburan Skor bagi Item 5 65

4.13 Taburan Skor bagi Item 6 66

4.14 Taburan Skor bagi Item 7 66

4.15 Taburan Skor bagi Item 8 67

4.16 Taburan Skor bagi Item 9 67

4.17 Taburan Skor bagi Item 10 68

4.18 Taburan Skor bagi Item 11 68

4.19 Taburan Skor bagi Item 12 69

4.20 Taburan Skor bagi Item 13 69

4.21 Taburan Skor bagi Item 14 70

4.22 Taburan Skor bagi Item 15 70

4.23 Taburan Skor bagi Item 16 71

4.24 Taburan Skor bagi Item 17 72

4.25 Taburan Skor bagi Item 18 72

4.26 Taburan Skor bagi Item 19 73

4.27 Taburan Skor bagi Item 20 73

4.28 Taburan Skor bagi Item 21 74

Page 16: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

xiv

4.29 Taburan Skor bagi Item 22 74

4.30 Taburan Skor bagi Item 23 75

4.31 Taburan Skor bagi Item 24 75

4.32 Taburan Skor bagi Item 25 76

4.33 Taburan Skor bagi Item 26 76

4.34 Taburan Skor bagi Item 27 77

4.35 Taburan Skor bagi Item 28 77

4.36 Taburan Skor bagi Item 29 78

4.37 Taburan Skor bagi Item 30 78

4.38 Taburan Skor bagi Item 31 80

4.39 Taburan Skor bagi Item 32 80

4.40 Taburan Skor bagi Item 33 81

4.41 Taburan Skor bagi Item 34 81

4.42 Taburan Skor bagi Item 35 82

4.43 Taburan Skor bagi Item 36 82

4.44 Taburan Skor bagi Item 37 83

4.45 Taburan Skor bagi Item 38 83

4.46 Taburan Skor bagi Item 39 84

4.47 Taburan Skor bagi Item 40 84

4.48 Taburan Skor bagi Item 41 85

4.49 Taburan Skor bagi Item 42 86

Page 17: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

xv

4.50 Taburan Skor bagi Item 43 86

4.51 Taburan Skor bagi Item 44 87

4.52 Taburan Skor bagi Item 45 87

4.53 Dapatan Kajian Persepsi Pengguna Terhadap

Pengurusan Halal JAKIM 88

4.54 Dapatan Kajian Pengetahuan Pengguna Terhadap Prosedur

Mendapatkan Sijil dan Logo Halal 91

4.55 Dapatan Kajian Kesedaran Pengguna Terhadap Adanya

Sistem Kawalan 93

Page 18: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

xvi

SENARAI SINGKATAN

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KPDNKK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan

KS Kurang Setuju

MRSM Maktab Rendah Sains Mara

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

r.a Radiallahu anha

S Setuju

SAW Sallallahu Alaihi Wasalam

SBP Sekolah Berasrama Penuh

SMA Sekolah Menengah Agama

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMUA Sekolah Menengah Ugama Negeri

SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Pengajian Islam)

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SS Sangat Setuju

STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Taala

TS Tidak Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Surat Pemohonan Menjalankan Projek

Sarjana Muda

Page 20: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pihak Pengurusan halal di Malaysia seharusnya berhati-hati dan bersikap positif

terhadap isu-isu yang berkaitan logo halal JAKIM demi menjaga kebajikan semua pihak

yang terlibat dengan industri halal dan keperluan umat Islam di Malaysia. Umat Islam

akan merasa selesa dan selamat jika pihak yang berkaitan dengan pengeluaran sijil dan

logo halal tidak dipertikaikan kemampuan dan kebertanggungjawabannya dalam

mengurus sektor halal di Malaysia. Setiap kelemahan yang berlaku dalam pengurusan

dan pengeluaran logo halal hendaklah diatasi segera dan perkhidmatanya di

pertingkatkan agar semua pihak berpuas hati.

Umumnya masyarakat Malaysia mengetahui tentang peranan yang dimainkan

oleh pihak JAKIM dalam menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal dunia dan

menganggap JAKIM mempunyai tanggungjawab besar dalam perkara ini. Kesedaran

semua pihak termasuk pengusaha dan pengguna terhadap makanan halal adalah sama,

Page 21: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

2

mereka melihat jaringan pihak-pihak yang terlibat dalam makanan halal adalah sama

penting. Oleh itu faktor-faktor yang boleh menyebabkan kegagalan usaha murni negara

sebagai pengeluar terbesar produk halal dunia hendaklah dikenal pasti.

Tujuan memperbaiki tahap pengurusan halal di Malaysia bukan semata-mata

untuk melindungi kepentingan pengusaha dan pengguna tetapi juga melindungi akidah

dan kehidupan beragama. Penyelewengan yang berlaku dalam sijil dan logo halal boleh

menjejaskan nama baik negara dan kepercayaan dunia terhadap Malaysia. Negara telah

membelanjakan banyak wang bagi tujuan menjadikan Malaysia sebagai negara contoh

dalam industri makanan halal.

Pandangan baik dunia terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang

membangun perlu diambil kesempatan agar apa yang negara lakukan sentiasa mendapat

sokongan padu terutamanya dari negara-negara Islam. Umat Islam di seluruh dunia

hakikatnya adalah pelanggan terhadap barangan halal yang cuba diusahakan Malaysia.

Pengurusan sijil dan logo halal JAKIM yang berkredibiliti mampu memberikan

keyakinan terhadap usahawan halal dalam dan luar negara.

Pihak pengurusan halal di Malaysia seperti JAKIM juga perlu

mempertingkatkan perkhidmatan dan menawarkan sijil dan logo halal hanya kepada

syarikat dan usahawan yang benar-benar bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi

peraturan-peraturan yang ditetapkan JAKIM. Semakin tinggi tahap pengurusan JAKIM

terhadap sijil dan logo halal semakin kurang isu-isu berkaitan yang berlaku, dan ianya

dapat mengurangkan penyelewengan sijil dan logo halal di kalangan usahawan produk

halal di Malaysia.

Page 22: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

3

Dalam pengurusan sesebuah organisasi perkara yang dianggap penting ialah

bagaimana organisasi dapat memastikan sistem pengurusan sijil dan logo halal JAKIM

di perbaiki dan dipertahankan kewibawaannya dari semasa ke semasa. Perkara ini dapat

dilakukan melalui tindakan-tindakan yang dianggap wajar dan menepati tuntutan

pengurusan dalam Islam.

1.2 Latar belakang Masalah

Umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan pelbagai pendedahan produk

yang selama ini dianggap halal tapi sebaliknya berlaku penipuan sepertimana

bercampurnya bahan- bahan yang tidak halal dan penyalahgunaan logo halal. Harian

Metro, (11 Jun 2010). JAKIM telah mengadakan serbuan keatas sebuah kilang di Sungai

Petani, Kedah yang mengeluarkan dan mengedar produk makanan seperti bebola dan

kek ikan, mee dan kuetiaw dan telah mendapati makanan yang halal dan haram

bercampur di dalam satu peti sejuk iaitu bebola ikan dan kek ikan yang mendapat

kelulusan halal JAKIM telah bercampur dengan bebola babi yang diperolehi daripada

pengeluar lain. Harian Metro, (11 Jun 2010). Selain daripada itu, memakan haiwan

ternakan yang diberi makanan sebahagian besarnya adalah organ dalaman babi atau

haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai

pengharaman telah diwartakan. Berita Harian, (19 April 2010). Terdapat juga banyak

khabar yang menyatakan, bukan sahaja produk makanan yang mempunyai status tidak

halal atau syubhah tetapi produk kegunaan harian seperti sabun, barangan kosmetik, beg

tangan, kasut dan lain- lain lagi, sebagai contoh barangan kosmetik yang diperbuat

daripada janin yang digugurkan, manakala barangan kulit diperbuat daripada kulit babi.

Page 23: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

4

Harian Metro(19 Mei 2010) ayam yang baru disembelih di Pasar Pudu dibiarkan

berlonggok atas lantai yang kotor dan berlendir. Malah kebanyakan penyembelih ayam

berkenaan adalah terdiri daripada kalangan warga Bangladesh yang dikhuatiri tidak

menjalani ujian kesihatan selain lulus ujian syara’ bagi menjadi penyembelih ayam.

Permasalahan logo halal yang pelbagai rupa dan bentuk juga menjadi punca

kekeliruan sama ada sesuatu produk itu halal ataupun haram kepada pengguna

terutamanya pengguna Islam. Sesetengah umat Islam mudah percaya dengan adanya

logo halal pada sesuatu premis atau pun pekerja wanitanya memakai tudung, dan

keyakinan mereka tidak akan pudar akan status halal premis tersebut biarpun pemilik

premis itu adalah orang bukan Islam. Terdapat pihak yang menyatakan bahawa JAKIM

sukar untuk menangani masalah logo halal ini. Bagi menjawab persoalan ini, pihak

JAKIM telah menyatakan bahawa pemantauan berkala dan berjadual sentiasa dilakukan

dilakukan keatas pemegang- pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. JAKIM

menyasarkan untuk membuat pemantauan berkala sekurang- kurangnya dua kali setahun

keatas pemegang sijil pengesahan sijil halal. (Berita Harian, 15 April 2010).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir

Baharom berkata “Produk makanan yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf

oleh kerajaan, tidak dibenarkan dipamer di ruang makanan halal di premis perniagaan

seluruh negara selepas Akta Halal diperkenalkan selewat- lewatnya hujung tahun ini. Ia

adalah antara aspek utama yang dipertimbangkan sebelum draf Akta itu dikemukakan

dalam pembentangan rang undang- undang Akta halal di parlimen”. ( Berita Harian, 8

Mac 2010)

Menurut Ustaz Amri Abdullah, Penolong Pengarah Pemantauan Bahagian Hab

Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selepas pihak pemohon menepati

segala peraturan, pemeriksaan produk dan garis panduan yang telah ditetapkan maka

Page 24: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

5

JAKIM akan mengeluarkan sijil halal. Selepas itu, barulah dilakukan pemantauan secara

berkala dan juga dilakukan sekiranya terdapat aduan. (Majalah Aniqah. Julai 2010: 22)

Seiring dengan matlamat negara ingin menjadikan Malaysia sebuah negara

pengeluar produk halal, maka Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk

memastikan bahawa setiap keluaran produk halal dari Malaysia adalah halal secara

menyeluruh. Menurut Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Industri Halal (HDC),

Wan Salman Sulaiman dalam Harian Metro (28 April 2010) Malaysia mahu menjadi

lebih daripada kadar hab kerana hasrat negara untuk membangunkan ekonomi halal dan

ekosistem halal. Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri

Halal (HDC) berkata hab halal Malaysia sebenarnya lebih menyeluruh berbanding

dengan negara lain kerana selain proses pembuatannya, ia meliputi banyak lagi perkara.

Ini bermakna Malaysia bukan sekadar hab sebaliknya lebih dari itu seperti dari segi

ekosistem dan logistik. (Harian Metro, 17 Mei 2010).

Perkembangan produk halal di Malaysia bukan sahaja dalam industri produk

makanan malah turut berkembang dalam aspek perbankan dan perkhidmatan. Sebagai

contoh dalam sistem Perbankan Islam terdapat produk- produk seperti mudharabah,

murabahah dan lain- lain. Selain daripada itu, sistem pajak gadai Islam iaitu al- Rahnu

telah berkembang ke arah yang positif. Harian Metro(19 Jun 2010) Yayasan

Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) bercadang untuk mewujudkan 400

cawangan perkhidmatan pajak gadai berkonsepkan Islam iaitu al-Rahnu, di seluruh

negara pada 2012.

Page 25: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam era globalisasi ini, terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan soal halal,

haram dan syubhah. Terdapat pelbagai produk di pasaran sama ada produk makanan,

perkhidmatan, barangan kegunaan dan lain- lain. Namun, persoalannya adakah semua

produk ini adalah halal dan suci. Selain daripada itu, adakah sijil dan logo halal yang

dipamerkan pada produk atau premis- premis jualan adalah diluluskan oleh pihak

JAKIM. Oleh yang demikian penyelidik di dalam kajian ini ingin membuat kajian

terhadap pengurusan sijil dan logo halal JAKIM dengan menumpukan kepada persepsi

pengguna terhadap pengurusan sijil dan logo halal, pengetahuan pengguna terhadap

prosedur mendapatkan sijil dan logo halal serta kesedaran pengguna terhadap adanya

sistem kawalan sijil dan logo halal JAKIM.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti persepsi pengguna terhadap pengurusan halal JAKIM

1.4.2 Mengenalpasti pengetahuan pengguna terhadap prosedur mendapatkan sijil

dan logo halal JAKIM

1.4.3 Mengenalpasti kesedaran pengguna terhadap adanya sistem kawalan sijil

dan logo halal JAKIM

Page 26: PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA …...PENGURUSAN HALAL DI MALAYSIA NURUL AKMA BINTI SAID Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

7

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian dalam kajian ini adalah:

1.5.1 Apakah persepsi pengguna terhadap pengurusan halal JAKIM?

1.5.2 Adakah pengguna mengetahui terhadap prosedur mendapatkan sijil dan logo

halal JAKIM?

1.5.3 Adakah pengguna menyedari tentang adanya sistem kawalan terhadap sijil

dan logo halal JAKIM?