20

Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul
Page 2: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

ii

Page 3: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

PenyuntingSaidatul Nornis Hj. Mahali

Sim Chee Cheang

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAHKota Kinabalu • Sabah • Malaysia

http://www.ums.edu.my2015

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

Page 4: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

© Universiti Malaysia Sabah, 2015

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Asas Penulisan Tesis / Penyunting : Saidatul Nornis Hj. Mahali, Sim Chee Cheang ISBN 978-967-0521-50-3 1. Dissertations, Academic. 2. Academic writing. I. Saidatul Nornis Haji Mahali, 1969-. I. Sim, Chee Cheang, 1969-. 808.02

Muka taip teks: GeorgiaSaiz taip teks dan leading: 11/14 poinDiterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah.Dicetak oleh: Capital Associates (S) Sdn. Bhd. P. O. Box 21760 88775 Kota Kinabalu, Sabah.

Page 5: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

vvv

KANDUNGAN

Senarai JadualSenarai RajahPrakataPendahuluan

Bab 1 Garis Panduan Penulisan Tesis Jennifer Chan Kim Lian & Sharija Che Shaari

Bab 2 Asas kepada Penulisan Kertas Cadangan (Proposal) Penyelidikan Kualitatif

Sim Chee Cheang

Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan

Zairul Anuar Md. Dawam & Dg. Maryama Ag. Daud

Bab 4 Penggunaan Bahasa dalam Tulisan Ilmiah Asmiaty Amat

Bab 5 Teori dalam Tulisan Ilmiah Saidatul Nornis Hj. Mahali

Bab 6 Sorotan Literatur (Literature Review) Low Kok On

Bab 7 Metodologi Penyelidikan Anantha Raman Govindasamy

Bab 8 Tatacara Penyelidikan di Lapangan Ismail Ibrahim

1

33

51

67

79

97

111

123

Page 6: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

Bab 9 Analisis Statistik Kuantitatif dalam Kajian Sains Sosial

Tan Choon Keong & Ng Shi Ing

Bab 10 Penulisan Kritikal dan Dokumentasi untuk Penyelidikan Kualitatif

Bilcher Bala

Bab 11 Peperiksaan Lisan (Viva Voce) Ismail Ali & Azlan Awang

PenutupSenarai PenyumbangBibliografiIndeks

139

171

201

Page 7: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

vii

Senarai Jadual

Jadual

1.1 Aspek yang dinilai oleh pemeriksa dan contoh penulisan bab pengenalan dan kesimpulan sesebuah tesis

9.1 Peratusan wanita di universiti 9.2 Jenis data dan kesesuaian pengukuran

tendensi pusat 9.3 Jenis laporan berdasarkan jenis statistik

deskriptif 9.4 Jenis data dan ukuran tendensi pusat yang

bersesuaian 9.5 Soalan kajian dan jenis ujian statistik 9.6 Korelasi antara pengetahuan dan pendapatan

tahunan 9.7 Perbandingan min ujian-t untuk pendapatan

tahunan antara tahun ini dengan sebelumnya 9.8 Ujian-t sampel pasangan untuk perbandingan

min pendapatan tahunan sebelum dan selepasnya

9.9 Ujian-t kumpulan independen untuk perbandingan min pendapatan tahunan untuk nelayan bujang dan nelayan yang berumah tangga

9.10 Ujian ANOVA sehala untuk menguji perbezaan min pendapatan tahunan nelayan dalam empat kategori karang yang terlibat dalam program

9.11 Ujian Khi kuasa dua untuk pemerhatian kekerapan sikap nelayan

10.1 Perbandingan penulisan deskriptif dengan penulisan kritikal

14

145147

150

153

156158

160

162

164

166

169

186

Muka Surat

Page 8: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

viii

Senarai Rajah

Rajah

3.1 Struktur penulisan latar belakang 9.1 Taburan normal 9.2 Sisihan piawai 9.3 Data nelayan dalam SPSS

52148149157

Muka Surat

Page 9: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

ixix

Prakata

A kademik dan ilmiah merupakan dua perkataan dengan makna yang berbeza. Meskipun demikian, secara praktisnya

kedua-dua kata tersebut mempunyai hubungan yang sangat erat. Dalam konteks penulisan formal untuk dunia pendidikan, istilah penulisan akademik lebih sesuai digunakan. Penulisan akademik erat hubungannya dengan tindakan ilmiah kerana menggunakan kaedah-kaedah dan sistem-sistem tertentu. Terkait dengan itu, terdapat pengetahuan khusus yang perlu ditinjau-ulang, diuji bahkan, dibuktikan untuk sebuah penulisan akademik. Tulisan akademik dapat mengacu kepada pelbagai bentuk disiplin, interdisiplin dan transdisiplin dalam dunia akademik. Sehubungan itu, dalam konteks buku ini, istilah seperti penulisan ilmiah dan penulisan akademik akan digunakan secara saling berganti.

Sesungguhnya, persoalan tentang penyelidikan dan penulisan ilmiah sememangnya menjadi isu utama bagi pelajar pasca mahupun pelajar tahun akhir prasiswazah. Para penyelia sering berhadapan dengan masalah cara dan gaya penulisan ilmiah yang kurang jelas, tidak teratur, kurang sahih serta penyelidikan yang tidak lengkap. Masalah seumpama ini berpunca daripada kekeliruan pelajar dan ketidakpastian pelajar terhadap prosedur sesebuah penulisan ilmiah yang berasaskan kategori penyelidikan mengikut disiplin tertentu. Justeru, penerbitan buku ini adalah inisiatif untuk mengatasi masalah berkenaan. Beberapa penulis dalam kalangan penyelidik, penyelia dan juga selaku pensyarah dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan telah diundang untuk mencatat pendapat, pengalaman serta berkongsi ilmu pengetahuan mereka dalam penyelidikan dan penulisan ilmiah mengikut kesarjanaan dan kepakaran masing-masing. Namun demikian, perlu ditegaskan bahawa setiap disiplin ilmu mempunyai pengkhususan masing-masing dari segi pengungkapan gagasan dan idea. Oleh hal yang demikian, kami sedia maklum bahawa buku ini pastilah tidak mampu memenuhi

Page 10: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

x

kehendak setiap disiplin ilmu namun, setiap penyelidik dan pelajar perlu juga mencari sumber-sumber lain sebagai rujukan tambahan untuk memenuhi kelompangan tersebut. Semoga beredarnya buku ini kelak akan dapat membantu pemahaman para penyelidik dan pelajar untuk melunaskan tugas menulis sebuah penulisan ilmiah.

Buku ini juga merupakan sebuah sumbangsih ingatan daripada semua penyumbang makalah kepada mendiang Ng Shi Ing yang terkorban dalam serangan tembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai 2014.

SAIDATUL NORNIS HJ. MAHALISIM CHEE CHEANGUniversiti Malaysia Sabah2015

Page 11: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xi

Pendahuluan

Kerja-kerja penyelidikan dan penulisan bukanlah satu tugas mudah. Kedua-duanya memerlukan komitmen besar dan

berterusan. Setiap hasil penyelidikan pula memerlukan kemahiran yang jitu untuk disampaikan dalam pelbagai bentuk teks, sama ada bersifat ilmiah mahupun hanya sekadar satu laporan ringkas. Kepadatan dan ketepatan serta keberhasilan sesebuah penyelidikan terletak pula kepada keupayaan si penyelidik mengungkapkannya dalam bahasa yang bersesuaian.

Justeru, perlu diketahui bahawa kepelbagaian tradisi dan latar belakang disiplin mewarnai proses dan prosedur penyelidikan. Umumnya, ilmu pengetahuan dalam semua bidang yang bersangkutan dengan duniawi kebanyakannya terbit daripada penyelidikan. Penyelidikan merupakan suatu tatacara yang digunakan oleh manusia, khususnya penyelidik untuk menambah ilmu pengetahuan. Menurut Tuckman (1978), penyelidikan ialah satu usaha yang sistematik untuk mendapatkan jawapan kepada sesuatu masalah. Dengan demikian, penyelidikan dan penulisan itu perlu diseiringkan dengan baik agar dapat memberi manfaat kepada khalayak pembaca hasil sesebuah penyelidikan itu.

Secara ringkas dan umum ditampilkan bahawa sesebuah penyelidikan itu merupakan terjemahan daripada bahasa Inggeris, iaitu research, yang merupakan gabungan daripada kata re (kembali) dan to search (mencari). Beberapa sumber lain menyatakan bahawa research berasal daripada bahasa Perancis recherche. Justeru, inti utama sesuatu penyelidikan adalah ‘pencarian semula’ akan sesuatu. Hillway (1964), melalui bukunya yang berjudul Introduction to Research, menjelaskan bahawa penelitian adalah kajian yang dilakukan oleh seseorang melalui penyelidikan yang berhati-hati dan sempurna terhadap sesuatu masalah, sehingga diperoleh penyelesaian yang tepat terhadap masalah tersebut. Dengan perkataan lain, dapat dirumuskan bahawa penyelidikan itu sebenarnya berkait erat dengan aspek pemikiran kritis, rasional, logik (nalar) dan analitis,

Page 12: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xiixii

yakni melibatkan kaedah ilmiah yang dinilai dan boleh diukur, dibuktikan dan difahami dengan indera manusia. Penelitian yang menggunakan kaedah ilmiah dikenali sebagai penelitian ilmiah (scientific research).

Penyelidikan kualitatif pula adalah satu bentuk penyelidikan yang berguna untuk memperoleh penemuan-penemuan yang tidak terduga dan bertujuan untuk membina kerangka teoritis baharu. Penyelidikan kualitatif biasanya mengejar data verbal yang lebih mewakili fenomena dan bukannya angka-angka yang penuh dengan peratusan serta-merta, yang kurang mewakili keseluruhan fenomena. Menerusi penyelidikan kualitatif, data yang diperoleh daripada lapangan biasanya tidak terstruktur dan relatif sangat banyak, sehingga menyebabkan penyelidik berupaya untuk menata, mengkritik dan membuat pengklasifikasian.

Menurut Brannen (1992), secara epistemologi terdapat sedikit perbezaan antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif selalu menentukan data dengan variabel-variabel dan kategori ubahan, sementara penelitian kualitatif pula sebaliknya. Pembeza utama antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif, iaitu cara pengumpulan data. Tradisi kuantitatif meletakkan penyelidik sebagai instrumen pengumpul data, mengikuti andaian budaya dan mengikuti data manakala, tradisi kualitatif pula (termasuk penyelidikan sejarah dan deskriptif) adalah satu bentuk penyelidikan yang tidak menggunakan model-model matematik, statistik atau komputer.

Penyelidikan kualitatif dikenali dengan pelbagai istilah seperti penyelidikan kualitatif, penyelidikan lapangan, penyelidikan naturalistik, penyelidikan intrepretif, penyelidikan etnografi, penyelidikan fenomenologi, penyelidikan hermeneutik, penyelidikan kajian kes, penyelidikan humanistik dan penyelidikan post-positivistik. Meski demikian bervariasinya istilah dan pendekatan untuk penyelidikan bentuk ini, ia masih memiliki ciri dan tujuan yang sama.

Page 13: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xiii

Menerusi penyelidikan berbentuk kuantitatif, diyakini bahawa satu-satunya pengetahuan (knowledge) yang sah adalah ilmu pengetahuan (science), iaitu pengetahuan yang bermula dan didasarkan kepada pengalaman (experience) yang terakam melalui pancaindera dan kemudian diolah semula oleh proses penalaran (reason). Secara epistemologi, penyelidikan kuantitatif diterima sebagai suatu paradigma bahawa sumber pengetahuan paling utama adalah fakta yang sudah pernah terjadi dan lebih mengkhusus lagi kepada hal-hal yang dapat dilihat melalui pancaindera (exposed to sensory experience). Oleh hal yang demikian, secara ontologi, penyelidikan kuantitatif adalah kajian tentang fenomena dan hubungan-hubungan umum antara fenomena-fenomena berkenaan (general relations between phenomena) (Edmund Husserl 1859-1926).

Maka, sumber ilmu daripada paradigma kuantitatif itu terdiri daripada pemikiran rasional dan data empirik. Kerana itu, ukuran kebenaran terletak pada koherensi dan pembuktian nyata. Koherensi perlu sesuai dengan teori-teori terdahulu, manakala pembuktian nyata perlu sesuai dengan kenyataan empirik. Sesungguhnya, kerangka pengembangan ilmu kuantitatif bermula dengan proses perumusan hipotesis deduksi kepada teori, kemudian diuji kebenarannya melalui pengesahan untuk diproses lebih lanjut secara induktif dan menuju ke arah perumusan teori baharu. Oleh yang demikian, secara epistemologi pengembangan ilmu itu berputar mengikut urutan waktu; logik, hipotesis dan pengujian.

Demikian secara ringkas tentang dua tradisi penyelidikan yang menjadi pilihan pengkaji. Untuk maksud mempermudahkan para penyelidik muda khususnya, buku ini menampilkan 11 bab yang berkait erat dengan aspek-aspek penting dalam sesebuah penyelidikan. Semua asas dalam usaha meneroka bidang penyelidikan dipaparkan agar intinya dapat membantu para penyelidik muda menerokai laluan penyelidikan masing-masing. 11 judul makalah dimuatkan dalam buku ini yang berkisar pada

Page 14: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xiv

judul-judul berikut – (i) Garis Panduan Penulisan Tesis; (ii) Asas kepada Penulisan Kertas Cadangan (Proposal) Penyelidikan Kualitatif; (iii) Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan; (iv) Penggunaan Bahasa dalam Tulisan Ilmiah; (v) Teori dalam Tulisan Ilmiah; (vi) Sorotan Literatur (Literature Review); (vii) Metodologi Penyelidikan; (viii) Tatacara Penyelidikan di Lapangan; (ix) Analisis Statistik Kuantitatif dalam Kajian Sains Sosial; (x) Penulisan Kritikal dan Dokumentasi untuk Penyelidikan Kualitatif; dan (xi) Peperiksaan lisan (Viva Voce).

Dengan judul Garis Panduan Penulisan Tesis yang disumbangkan oleh Jennifer Kim Lian Chan dan Sharija Che Shaari menjadikan bab ini sebagai bab pembuka untuk kesebelasan bab dalam buku ini. Secara keseluruhan, bab ini memperincikan perkara-perkara yang sepatutnya terkandung dan diperincikan dalam sebuah penulisan ilmiah. Bermula dengan pemilihan tajuk sehinggalah ke bahagian rujukan telah dibincangkan oleh kedua-dua penulis. Selain memberi garis panduan sebuah penulisan ilmiah, bab ini juga membariskan contoh-contoh kata kunci yang menjadi kekuatan dan dalam pembentukan ayat-ayat ilmiah untuk penulisan ilmiah.

Bab Dua dikaryakan oleh Sim Chee Cheang dengan judul Asas kepada Penulisan Kertas Cadangan (Proposal) Penyelidikan Kualitatif. Bab ini memfokuskan kepada cara menghasilkan kertas cadangan (proposal) penyelidikan yang bersifat kualitatif dengan menggunakan metodologi analisis perisian atau lebih dikenali sebagai content analysis. Penyelidikan jenis ini digemari oleh kebanyakan penyelidik daripada kelompok bidang seni, sastera, kemanusiaan dan juga sosiologi. Penulis menekankan kepada cara menghasilkan satu kertas cadangan penyelidikan yang baik dengan mengambil kira aspek pemilihan teori, tajuk penyelidikan, permasalahan kajian, signifikan kajian, hipotesis dan objektif kajian, metodologi dan skop kajian, sorotan literatur serta penggunaan bahasa dalam proses penyediaan laporan

Page 15: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xv

sesuatu kajian itu. Penulis juga menegaskan bahawa sesebuah kertas cadangan yang baik akan secara langsung dan secara tidak langsung akan mendapat penilaian yang baik daripada bakal penyelia dan institut pengajian tinggi, yakni tempat sesebuah permohonan pengajian pascasiswazah dibuat. Dengan perkataan lain, kertas cadangan (proposal) penting kerana ia mencerminkan pemikiran, sikap dan pengetahuan seseorang pengkaji.

Bab ketiga ditulis oleh Zairul Anuar Md. Dawam dan Dg. Maryama Ag. Daud yang membincangkan tentang teknik penulisan pengenalan dalam penyediaan kertas cadangan penyelidikan. Kedua-dua penulis membincangkan tentang teknik penulisan khusus merujuk kepada kesukaran dan kegagalan pelajar menghubungkaitkan setiap subtajuk yang terdapat dalam bahagian penulisan pengenalan, iaitu latar belakang kajian, permasalahan kajian dan objektif kajian. Sebenarnya setiap subtajuk dalam kertas cadangan penyelidikan harus bersifat kohesif. Dengan perkataan lain, bahagian pengenalan merupakan bahagian yang penting untuk menjadi paparan awal kepada penilai atau pembaca tesis agar dapat memahami permasalahan kepada kajian yang bakal dijalankan.

Bab berikutnya disediakan oleh Asmiaty Amat yang berjudul Penggunaan Bahasa dalam Tulisan Ilmiah. Penulis memerihalkan kepentingan penggunaan bahasa yang baik, jitu dan berkesan semasa menulis kertas cadangan penyelidikan ataupun semasa menyediakan hasil penyelidikan. Menurut Asmiaty, penulisan ilmiah sama ada bersifat penulisan esei, laporan, latihan ilmiah atau penulisan tesis merupakan salah satu tugas hakiki dan menjadi rutin seorang pelajar di institusi pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, aspek penggunaan bahasa ilmiah jarang diberi tumpuan oleh pelajar mahupun sesetengah pensyarah yang meneliti kerja-kerja pelajar. Sehubungan itu, terdapat pelajar yang tidak begitu mempedulikan gaya penulisan mereka dan langsung tidak menitikberatkan aspek tersebut dalam penulisan. Penulisan ilmiah memerlukan ketelitian dari segi penggunaan

Page 16: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xvi

tatabahasa, gaya bahasa, ejaan, perbendaharaan kata dan bentuk penyampaiannya. Ia bukan sekadar melibatkan pembacaan, pemikiran dan penyuntingan. Penulisan ilmiah turut melibatkan ketahanan mental, minat, tumpuan dan usaha yang tinggi. Apa yang jelas, penulisan ilmiah khususnya penulisan tesis diharap mampu memperlihatkan kehadiran satu jalur hujah ketara yang mampu menjalin teks sejak mula hingga akhir. Keseluruhan hujah tersebut tidak bercanggah, jelas, mudah diikuti dan difahami, logik dan disandarkan kepada pembacaan dan pembuktian fakta dan bukannya retorik semata-mata.

Bab yang kelima disumbangkan oleh Saidatul Nornis Hj. Mahali dengan judul Teori dalam Tulisan Ilmiah. Bab ini menekankan kepada keperluan teori dalam sesebuah proses penyelidikan. Penulis menegaskan bahawa setiap pengkaji perlu memiliki keupayaan menggabungkan antara kerangka teori, data, analisis dan perbincangan dapatan kajian dengan baik dan jitu. Gabungan kesemua elemen berkenaan secara tidak langsung akan mengupayakan dan memberi kekuatan kepada sesebuah penulisan ilmiah. Kekuatan sesebuah penulisan ilmiah antaranya terletak pada teori yang didukung dan dijadikan tapak atau tunjang untuk membuktikan kebenaran sesuatu dapatan kajian. Justeru, dengan adanya pegangan teori yang utuh maka, sesebuah tulisan itu akan lebih mantap dan dapat diyakini kesahihannya. Pada prinsipnya, kesemua hasil penulisan ilmiah itu lahir daripada suatu kegiatan ilmiah. Hal yang membezakan antara setiap satu hasil tulisan ilmiah itu terletak pada cara setiap perbahasan dilakukan, sama ada dilandaskan secara penyelidikan, pemerhatian, penelitian lapangan, ujian makmal mahupun kajian pustaka semata-mata. Setiap satunya mesti mengandungi hasil analisis data yang bertunjangkan pemikiran ilmiah, yakni pemikiran yang logik dan empirik.

Bab keenam pula dikaryakan oleh Low Kok On yang bertajuk Sorotan Literatur (Literature Review). Penulis menjelaskan bahawa sesebuah sorotan literatur atau kajian literatur adalah perbicaraan terhadap bahan penerbitan lalu dalam bentuk buku, jurnal,

Page 17: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xvii

laporan penyelidikan dan penerbitan lain, yang berhubung rapat dengan fokus kajian pilihan seseorang pengkaji. Dalam konteks penyelidikan, tidak kira sama ada kajian berkenaan bersifat kualitatif, kuantitatif atau kaedah campuran (mixed methods), konsep dan cara menulis sorotan literatur adalah hampir sama. Penulis turut menegaskan beberapa perkara penting yang harus diketahui seseorang pengkaji baharu, iaitu i) konsep dan tujuan sorotan literatur diperlukan dalam sesebuah projek penyelidikan; ii) bentuk-bentuk penulisan sorotan literatur; iii) langkah-langkah sistematik membuat kajian perpustakaan; dan iv) perkara-perkara penting yang perlu ada dalam penulisan sorotan literatur. Dengan demikian, boleh dikatakan sesebuah sorotan literatur yang baik haruslah mengandungi perkara-perkara seperti ringkasan kajian, metodologi dan kaedah kajian, teori yang digunakan (jika ada), kaedah analisis dan dapatan kajian. Penulis turut menegaskan bahawa sorotan literatur itu bukan sekadar menyenaraikan bahan penerbitan tanpa sebarang perbincangan terhadap bahan.

Bab ketujuh ditulis oleh Anantha Raman Govindasamy dengan tajuk Metodologi Penyelidikan. Penulis menekankan bahawa penggunaan metodologi penyelidikan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam penyelidikan berunsur ilmiah. Sebarang penyelidikan tanpa metodologi penyelidikan dianggap sebagai tulisan bukan ilmiah. Dalam hal ini, pemilihan metodologi penyelidikan yang sesuai memang merupakan satu cabaran kepada semua penyelidik terutama penyelidik baharu. Pemilihan metodologi penyelidikan yang sesuai oleh seseorang pengkaji membolehkan sesuatu kajian dikemukakan dalam bentuk yang jelas dan sistematik. Lebih penting lagi, ia dapat meyakinkan pembaca tentang kredibiliti kaedah, cara data dikumpulkan dan kesesuaian pendekatan untuk menjawab persoalan kajian. Anantha juga menegaskan bahawa pemilihan sesuatu metode kajian bergantung kepada ilmu yang ingin diterokai oleh seseorang penyelidik. Oleh itu, seseorang penyelidik perlu memberikan perhatian khusus kepada pemilihan metodologi penyelidikan termasuk juga memahami falsafah di sebalik penggunaan sesuatu kaedah penyelidikan dalam sesuatu kajian.

Page 18: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xviii

Bab berikutnya disumbangkan oleh Ismail Ibrahim yang bertajuk Tatacara Penyelidikan di Lapangan. Penulis menerangkan maksud penyelidikan lapangan sebagai tempat seperti sesebuah lokasi rumah, kampung, sekolah, hospital, stesen kereta api dan lain-lain tempat di mana manusia menjalankan aktiviti seharian mereka secara berterusan. Beliau menjelaskan bahawa terdapat pelbagai ragam tatacara rujukan penyelidikan lapangan yang harus dijadikan panduan. Namun, pemilihannya adalah mengikut kesesuaian dan bentuk penulisan yang akan dibuat. Seseorang penyelidik harus tidak mengabaikan sebarang bentuk maklumat relevan yang diperoleh daripada pemberi maklumat. Apa pun maklumat yang diterima daripada informan harus direkodkan walaupun tidak relevan dengan skop penyelidikan pada ketika itu, namun ia mungkin boleh digunakan pada skop penyelidikan yang lain. Bab yang kesembilan disumbangkan oleh Tan Chon Keong dan Ng Shi Ing bertajuk Analisis Statistik Kuantitatif dalam Kajian Sains Sosial. Makalah ini mendiskusikan tentang kajian kuantitatif khusus merujuk kepada penyelidikan empirikal secara bersistematik yang berhubung dengan fenomena sosial melalui teknik statistik, matematik atau komputeran. Menurut penulis, proses pengukuran penting dalam kajian kuantitatif kerana ia mengaitkan hubungan asas antara pemerhatian empirikal dengan pengungkapan matematik dalam perhubungan kuantitatif. Kajian kuantitatif berkait dengan kaedah empirikal yang berasaskan falsafah ‘positivism’ dan sejarah statistik. Kaedah ini berlainan daripada kaedah kajian kualitatif. Kajian kuantitatif melibatkan cara persampelan yang sistematik dan pengumpulan data menggunakan instrumen yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dengan lain perkataan, makalah ini bertujuan untuk memberi panduan asas kepada beberapa analisis statistik kuantitatif asas dan yang popular dalam sesebuah penyelidikan bersifat kuantitatif.

Page 19: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xix

Bab berikutnya ditulis oleh Bilcher Bala dengan judul Penulisan Kritikal dan Dokumentasi untuk Penyelidikan Kualitatif. Bab ini membincangkan beberapa perkara asas tentang penulisan akademik yang memfokuskan kepada pendekatan penyelidikan kualitatif. Tujuan perbincangan ini adalah untuk menunjukkan bahawa proses penulisan melibatkan pertimbangan etika yang kompleks, yakni dari permulaan penyelidikan dijalankan sehingga penulisan penemuan terhasil menjadi naskhah karya akademik. Penulis turut membincangkan bahawa bentuk penulisan kritikal menuntut seseorang penulis untuk mengemukakan argumentasi yang jelas dan bernas berasaskan hasil penyelidikan, sama ada secara pendekatan kualitatif atau kuantitatif. Menurut penulis lagi, dalam bidang ilmu sains sosial dan kemanusiaan, biasanya argumentasi dan analisis terhadap sesuatu perkara atau fenomena yang bersifat kontekstual dihasilkan melalui pendekatan kualitatif.

Bab terakhir pula diperihalkan oleh Ismail Ali dan Azlan Awang yang berjudul Peperiksaan Lisan (Viva Voce). Kedua-dua penulis menjelaskan bahawa peperiksaan lisan atau juga disebut sebagai viva, viva voce, live voice, thesis examinations, oral examinations, thesis defense, verteidigung atau disputation (Jerman) merupakan satu syarat wajib kepada semua pelajar pascasiswazah di kebanyakan universiti terkemuka dunia, terutamanya di United Kingdom dan lain-lain negara (English-speaking countries) termasuk Malaysia. Bab ini juga menyenaraikan perkara yang perlu dititikberatkan sebelum, semasa dan selepas proses peperiksaan lisan. Secara keseluruhan, bab ini diusahakan untuk memberi satu gambaran asas proses viva voce dan falsafah di sebalik adanya proses peperiksaan lisan berkenaan.

Kesemua judul dalam setiap bab berkenaan mempunyai kaitan dengan proses penyelidikan, yakni dari proses awal idea terpacul, yang kemudiannya diluahkan ke dalam kertas cadangan penyelidikan, sehinggalah idea penyelidikan itu diupayakan ke

Page 20: Penyunting - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/18066/1/Asas penulisan tesis.pdfSim Chee Cheang Bab 3 Teknik Penulisan Pengenalan dalam Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan Zairul

xx

bentuk perjalanan penerokaan penyelidikan, secara bersepadu dan terstruktur. Hal ini penting agar para penyelidik muda tidak ‘teraba-raba’ tanpa arah terhala yang akhirnya akan menggendalakan proses sesebuah penyelidikan. Sesungguhnya, kaedah penyelidikan ialah satu kombinasi daripada beberapa faktor. Tugas penyelidikan adalah untuk meneroka pelbagai perspektif masyarakat secara semula jadi. Ia dipengaruhi oleh pelbagai perspektif yang dimiliki oleh si penyelidik, sama ada bersifat positivis, interpretivis, atau daripada perspektif lain. Sikap penyelidik juga mempunyai peranan yang akan menentukan teori mana seharusnya digunakan sebagai satu model teoretis, atau perspektif (pendekatan deduktif), atau beberapa model patut timbul daripada data sendiri (induktif).

Seyogia, perlu ditegaskan bahawa betapa terstruktur sesebuah proses penyelidikan itu tetapi, jika tidak dituntun oleh sikap penyelidik maka, pasti ada kekangan yang akan si penyelidik itu perlu hadapi. Justeru, dalam usaha mencari kebenaran, penyelidik harus menempuh berbagai-bagai cara, kaedah dan usaha. Antaranya melalui penemuan secara kebetulan, melalui kewibawaan, melalui penyelesaian secara spekulasi, melalui trial and error, melalui fikiran kritis, melalui pengalaman dan melalui penyelidikan ilmiah. Cara dan pegangan untuk menyelesaikan masalah penyelidikan hendaklah didasarkan pada pengetahuan yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu.

Oleh itu, penerbitan buku ini diharapkan akan dapat membantu dan memberi sekelumit pengetahuan kepada semua pelajar mahupun penyelidik muda dalam usaha meneroka dunia penyelidikan sama ada penyelidikan kualitatif mahupun kuantitatif.