Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    1/46

    Universiti Malaya

    Akademi Pengajian Melayu

    Tamadun Melayu

    JXEA 1101

    Hasil Kerja:

    Mohammad Zulfadli Bin Mohd Rashid(JEA 080705)

    Muhammad Hafiz Bin Md Said(JEA 080707)

    26.09.2008

    MASJID DALAM KETAMADUNAN MELAYU:

    Masjid-masjid Singapura Dalam Pembentukan Nilai Di Kalangan

    Remaja: Satu Kajian Lapangan Ke Atas Masjid Darul Makmur

    (Singapura)

    DAFTAR ISI HAL

    1

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    2/46

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    3/46

    8.1.5 PAPAN NOTIS

    8.1.6 RUANG LEGAR MASJID

    8.1.7 BILIK WUDUK

    9. AKTIVITI REMAJA DI MASJID 27 - 28

    10. TINJAUAN KE ATAS REMAJA MASJID DARUL MAKMUR 29

    10.1 HASIL TINJAUAN 29 - 39

    10.2 TRANSKRIP TEMU BUAL DENGAN

    PETUGAS MASJID DARUL MAKMUR 40 - 45

    11. KESIMPULAN 45

    12. RUJUKAN 46

    1. DEFINISI DAN KONSEP

    3

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    4/46

    Istilah tamadun berasal daripada perkataan arab

    TAMADDUN yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan

    tingkah laku, yang berpunca daripada kata-kata maddana yang

    bererti memperhalus budi bahasa dan memperbaik tingkah laku dan

    juga bererti membuka atau membuat bandar. Daripada perkataan

    itu, terbit perkataan madinah bererti bandar, dan perkataanmadana bererti bersifat halus dan beradab sopan dalam tingkah

    laku. (urbane, civilized, refined). Istilah tamadun juga boleh

    dihubungkan dengan isitilah arab hadharah yang bermaksud diam

    di bandar, tahu adab sopan dan manis tingkah laku(Syed Muhammad Naquib Alattas,1995)1

    Tamadun, seperti yang dikatakan Syed Muhammad Naquib Alattas,

    merangkumi segala apa yang telah dicapai makhluk bernama manusia, ini termasuklah

    segala kemajuan yang telah dicapai dalam aspek pemikiran, sosial, budaya dan politik.

    Namun demikian, kemajuan-kemajuan tersebut mestilah dijiwai melalui kehalusan

    dalam budi bahasa dan kebaikan dalam tingkah laku.

    Sebuah masyarakat yang bertamadun menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga),

    adalah sebuah masyarakat yang mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yang

    halus, berperadaban, beradab2

    Encyclopedia Britannica pula, dalam definisi tamadunnya menekankan

    perkembangan manusia dalam aspek seperti language, religion, belief, morals, arts

    and manifestation of human mind and reasons.

    Justeru itu, kita dapat lihat bahawa istilah tamadun itu berkait rapat dengan

    moral dan manifestasi akal dan kelakuan manusia atau juga adab, yang membawa

    maksud tingkah laku serta tutur kata yang halus3. Menurut definisi-definisi yang

    diungkapkan tadi, sesebuah masyarakat itu tidak boleh dianggap bertamadun selagi

    masyarakat itu tidak mempunyai peradaban dalam pemikiran, kehalusan budi pekerti

    dan kemajuan yang dikecapinya.

    1Al-attas, S.M Naquib, 1995.Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC

    2

    Sheikh Othman bin Sheikh Salam. (Ed.) 1998 Kamus Dewan Edisi Ketiga, hal. 1355. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka.3

    Ibid. hal. 6.

    4

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    5/46

    Hal ini dapat kita lihat daripada pendapat Ahmad Tarmizi Talib, dalam

    bukunya Tamadun Islam:

    tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan

    (kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Manusia tidakakan dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai

    masyarakat yang bermoral.

    Hashim Musa juga menyimpulkan tamadun sebagai, sejumlah pencapaian dan

    pemerolehan dalam segala pelakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan

    dan santun begi pembentukan peribadi, akhlak, tatsusila, adab, tingkah laki dan budi

    bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia, yang

    membentuk masyarakat atau negara bangsa.4

    Adapun demikian takrifan yang boleh diangkat untuk mewakili kesemua

    takrifan-takrifan tamadun adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Chandra

    Muzaffar, Che Wan Jasimah, Wan Mohd. Radzi, Hashim Hj. Musa dan Mohd Zuhdi

    Marsuki dalam buku TITAS. Ia tertulis, secara lebih sempurna, tamadun boleh

    ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,

    pemikiran dan kemajuan (seperti sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan, dan

    lain-lain) yang tinggi, baik halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan

    komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk

    membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

    Tidak tersasar jika dinyatakan bahawa tamadun itu mempunyai lebih erti

    daripada kemajuan sains dan teknologi semata-mata, tetapi juga kepekaan terhadap

    keperibadian dan kerohanian yang tinggi. Oleh yang demikian, penelitian ke atas

    tamadun, terutamanya tamadun Melayu tidak harus memperlekehkan manifestasi

    ketamadunan dalam perkembangan kesenian, kesesuasteraan dan kehalusan tingkah

    4Hashim Musa, 2001. Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam-Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun

    Dunia Alaf Ketiga. hal. 25. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.

    5

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    6/46

    laku sebuah masyarakat yang digelar bertamadun.

    1.1 CIRI-CIRI TAMADUN

    Sesebuah tamadun mempunyai ciri-ciri tertentu untuk ia dianggap sebagai

    sebuah tamadun yang sempurna. Sesebuah masyarakat yang telah melalui atau sedang

    melalui proses ketamadunan, dalam erti kata lain adalah sebuah masyarakat yang

    sedang atau telah melalui proses evolusi dari kedaifan dan kejahilan ke kemartabatan

    dan kemajuan. Ciri-ciri tersebut, seperti yang dapat dipetik dari buku TITAS adalah

    seperti berikut5:

    i. Kewujudan petempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau

    beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau

    madinah.

    ii. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding

    sebelumnya, seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan

    yang lebih stabil dan panjang.

    iii. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik,

    pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.

    iv. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu

    sistem tulisan yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi,

    perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai

    bidang ilmu.

    v. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral

    yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan

    tindak-tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.

    vi. Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan

    5Mohd. Zuhdi Marsuki. 2006. Konsep Tamadun. Dalam. Tamadun Islam Tamadun Melayu. KualaLumpur: Universiti Malaya.

    6

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    7/46

    pembinaan bagi menyempurnakan lagi keselesaan hidup.

    vii. Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah,

    kesenian, kesusasteraan, dan nilai etika yang tersendiri.

    Ciri-ciri tersebut mempunyai kesamaan dengan ciri-ciri yang diketengahkan

    oleh Wan Hashim Wan Teh.6 Beliau mengatakan bahawa kehidupan bandar semata-

    mata tidak dapat memenuhi ciri-ciri kelahiran sebuah tamadun. Ciri-ciri tamadun,

    menurut beliau adalah seperti berikut:

    1. Menjalani kehidupan di bandar

    2. Mempunyai system pemerintahan atau kerajaan.

    3. Mempunyai tulisan.

    4. Mempunyai sistem perundangan.

    5. Mempunyai sistem kepercayaan dan agama.

    6. Wujudnya pengkhususan dalam pekerjaan.

    1.2 TAMADUN MELAYU

    Istilah Melayu, sebagaimana yang ditakrifkan oleh UNESCO pada

    tahun 1972 adalah suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand,

    Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia

    (fasal 160), istilah Melayu merujuk kepada seseorang yang menganut agama Islam,

    mengamalkan adat dan cara kehidupan Melayu serta berbahasa Melayu. Dari takrifan

    tersebut, bolehlah kita menggarap maksud tamadun Melayu itu.

    Mohd Ghouse Nasaruddin (1993) mengatakan bahawa Tamadun Melayu

    merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu punca, mempunyai

    asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza dari segi pengaruh alam persekitaran.

    6Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh & Ghazali Shafie. 1997. Tamadun Melayu: Menyongsong

    Abad kedua Puluh Satu. 1997. Penerbit UKM: Bangi

    7

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    8/46

    Tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina oleh Orang Melayu itu sendiri.

    Tamadun Melayu itu tercipta berdasarkan keintelektualan yang dimiliki oleh

    masyarakat Melayu. Keintelektualan Melayu terlahir dan kemudian diperkembangkan

    daripada pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh masyarakat Melayu, dari zaman

    animisme, Hindu-Buddha sehinggalah masyarakat Melayu itu mengenal, mendakap

    dan menggarap Islam sebagai jati dirinya.

    Kedatangan Islam telah membawa perubahan yangbesar dalam tamadun Melayu. Tradisi Islam bukan hanyatertumpu kepada system kepercayaan, malah meliputisegala aspek hidup bermasyarakat (Samri Sainuddin,

    2003)7

    Samri Sainuddin telah memperlihatkan bahawa, tamadun Melayu itu

    sebenarnya banyak diolah dan dicorak dengan kedatangannya Islam. Kesan pengaruh

    Islam itu dapat kita rasakan sehingga kini dalam bahasa, adat resam, dalam

    kepercayaan dan juga pandangan semesta masyarakat Melayu.

    1.3 TRADISI KEINTELEKTUALAN SEBAGAI ASAS PEMBINAAN

    TAMADUN MELAYU

    Dengan kehadiran Islam dalam dunia Melayu, ia sekaligus menitikberatkan

    ilmu sebagai sesuatu yang harus dipentingkan oleh umatnya. Masyarakat Melayu

    tidak dikecualikan dalam hal ini. Satu-satunya cara untuk mendapatkan ilmu adalah

    7 Samri Sainuddin. (2003). TITAS: TAMADUN MELAYU. (hal 19). Kuala Lumpur :Quantum Books.

    8

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    9/46

    dengan pendidikan. Dengan adanya kesedaran kepada kepentingan pendidikan, maka

    keintelektualan Melayu itu akan berkembang dan secara langsung, tamadun Melayu itu

    juga akan melalui peningkatan.

    Hasil-hasil karya Melayu-Islam pra-moden, antara lain, seperti Taj-us Salatin

    oleh Bokhari Al-Jauhari pada abad ke-17, Tuhfat al-Nafis oleh Raja Ali Haji pada abad

    ke-19 serta kelahiran tokoh-tokoh sufi seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin Ar-

    Raniri telah secara langsung ataupun tidak, menyumbang kepada ketamadunan

    Melayu.

    Justeru, sesebuah tamadun itu tidak akan berkembang tanpa tradisi

    keintelektualan dan tamadun Melayu, serta masyarakat Melayu itu sendiri tidak akan

    mencapai kemajuan tanpa menitikberatkan perkembangan keintelektualan

    masyarakatnya.

    Perkara ini juga diungkapkan oleh Awang Sariyan, seperti berikut:

    Pencapaian tahap tertinggi sesuatu masyarakat dalammengembangkan kebudayaannya sehingga terbina tamadun itulahyang menjadi petunjuk terbentuknya masyarakat madani.(Awang Sariyan, 2003)8

    2. ARTIFAK MASJID SEBAGAI MANIFESTASI KETAMADUNAN MELAYU

    Setiap tamadun itu akan memanifestasikan keintelektualannya melalui mentifak

    serta artifak. Mentifak, atau mentifact dalam bahasa Inggeris, adalah sebuah istilah

    yang dicipta oleh Sir Julian Sorell Huxley. Mentifak merujuk kepada idea atau

    kepercayaan yang digarapi sesuatu budaya itu, seperti undang-undang, bahasa, sastera

    8

    Awang Sariyan. 2003. Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Pembinaan Tamadun dan Masyarakat Madani.Dlm. Mana Sikana, Paitoon M. Chaiyanara, & Zubaidi Abas. (Eds.), Teori Pemikiran Tamadun Melayuhal. 1-44. Wilayah Selatan: Dewan Bahasa & Pustaka.

    9

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    10/46

    atau agama. Artifak pula, menurut Kamus Dewan, adalah barang-barang buatan

    manusia (terutama alat perkakas, senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu

    zaman.9 Namun, sesebuah artifak itu tidak semestinya datang dari zaman lampau atau

    merupakan objek-objek kuno atau antik sahaja. Sesungguhnya artifak adalah produk

    maujud ketamadunan dan kemanifestian daya intelektual sesebuah budaya itu.

    Dalam kertas ini, artifak yang menjadi skop dalam perbincangan mengenai

    ketamadunan Melayu, adalah masjid. Kertas ini akan selanjutnya membincangkan

    peranan masjid di Singapura dan bagaimana masjid itu telah digunakan sebagai pusat

    pendidikan dan dakwah, yang berperanan mengembangkan keintelektualan Melayu,

    sesuai dengan ciri-ciri sesebuah tamadun.

    3. SEJARAH MASJID-MASJID DI NUSANTARA

    Perkembangan Islam di Dunia Melayu-Nusantara pada abadkelima belas dan keenam belas disertai pembinaan masjid. Padaabad tersebut sudah wujud pusat pemerintahan Islam di Jawa,Brunei, Filipina, Patani, Sumatera dan Melaka(Abdul Halim Nasir, 1995)10

    Islam telah mula bertapak di dunia Melayu-Nusantara seawal abad ke-10 lagi.

    Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat dan batu nisan yang bertulis di

    beberapa tempat di rantau ini.11 Namun demikian, kewujudan masjid-masjid di

    Nusantara, iaitu di negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam,

    Singapura, Filipina dan wilayah Selatan Thailand, hanya terbukti selepas abad ke-15

    Tahun Masihi.

    Sejajar dengan perkembangan zaman, masjid-masjid di nusantara juga telah

    melalui proses pemodenan. Kalau dulu masjid-masjid di nusantara ini dibina seperti

    9Sheikh Othman bin Sheikh Salam. (Ed.) 1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga, hal. 65. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka.10

    Abdul Haljm Nasir. 1995. Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara. Bangi: Penerbit UniversitiKebangsaan Malaysia.11

    Ibid, hal. 35.

    10

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    11/46

    rumah-rumah kediaman12, tanpa keahlian pakar bangunan atau arkitek, masjid-masjid

    dewasa ini memperlihatkan pembangunan ketamadunan Melayu-Islam di rantau ini.

    Berikut adalah beberapa masjid yang terdapat di rantau nusantara Melayu ini.

    Masjid Besar Bahrur-Rahman di Aceh, Indonesia.

    12Ibid, hal. 35.

    11

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    12/46

    Masjid Makhdum di Kepulauan Simunul, Filipina.

    Masjid Negara di Shah Alam, Malaysia.

    12

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    13/46

    Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

    Masjid Omar Ali Saifuddin di Brunei.

    13

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    14/46

    Masjid HIdayatusaligeen di Naklua, Thailand.

    4. PERANAN MASJID DI SINGAPURA

    4.1 PENGENALAN

    Penelitian lapangan ini telah dijalankan untuk mengenalpasti dan

    membincangkan peranan masjid membentuk masyarakat yang beradab tinggi dan halus

    budi pekerti, sesuai dengan ciri-ciri tamadun, di Singapura.

    Walaupun Singapura adalah negara yang berbilang kaum, bangsa dan agama,

    tetapi tidak boleh dinafikan bahawa masyarakat Melayu itu seringkali akan dikaitkan

    dengan agama Islam. Maka, dengan itu, tidak hairanlah jika khutbah-khutbah solat

    Jumaat disampaikan dalam bahasa Melayu di kebanyakan masjid.

    Penelitian ini juga akan memfokuskan kepada konsep pembangunan insan,

    yang terkandung dalam ajaran Islam dan kerelevannya dengan masyarakat

    Melayu/Islam di Singapura.

    14

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    15/46

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    16/46

    Penelitian ini akan memperlihatkan fungsi dan peranan yang telah dimainkan

    oleh pihak masjid untuk golongan remaja. Penelitian ini melibatkan golongan remaja

    yang berusia 16 hingga 19 tahun sebagai responden.

    Sebelum mempersembahkan hasil kerja lapangan, haruslah diperhatikan dahulu sejarah

    dan latar belakang masjid di Singapura.

    5. MASJID DI SINGAPURA

    Masjid merupakan institusi Islam yang penting dalam masyarakat Islam di

    Singapura. Masjid dapat dilihat sebagai mercu tanda di Singapura. Kini terdapat

    kurang lebih 80 masjid di Singapura. Masyarakat Islam di Singapura adalah golongan

    minoriti di Singapura dan sebanyak 15% sahaja di kalangan rakyat Singapura yang

    beragama Islam dari lebih 3.5 juta penduduk Singapura.13

    5.1 PEMBINAAN MASJID DI SINGAPURA

    MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) adalah sebuah badan yang menjaga hal

    ehwal masyarakat Islam di Singapura. MUIS memainkan peranan yang penting di

    dalam pembinaan masjid-masjid di Singapura. MUIS telah mengambil inisiatif untuk

    mengumplkan wang untuk pembinaan masjid-masjid di Singapura melalui satu

    mekanisme CPF (Central Provident Fund) yang di panggil MBF (Mosque Building

    Fund). Rakyat Singapura yang beragama Islam dikenakan bayaran sebanyak 50sen dan

    telah dinaikkan jumlah sumbangan ini kepada $1 pada tahun 1977.14 Sumbangan ini

    telah banyak membantu masyarakat Islam di Singapura sendiri untuk membina

    beberapa institusi Islam yang penting yakni masjid.

    MUIS juga telah merancang bersama CPF dan juga HDB (Housing Development

    13

    Inter Religion Organisation. 2001. Religions In Singapore. Singapore: Inter-Religious Organisation.14Sharon Siddique. 2001. Islam And Society In Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian

    Studies.

    16

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    17/46

    Board) untuk penempatan masjid-masjid yang sesuai mengikut konsep, perancangan

    dan penempatan tanah di Singapura.

    5.2 PERANAN DAN FUNGSI MASJID DI SINGAPURA

    Konsep serta peranan masjid di Singapura menurut Haji Mansur Haji Sukaimi:

    Masjid sebagai tempat ibadah, institute pendidikan, pusat kerohanian dan juga

    merupakan sebuah badan yang mengendalikan urusan-urusan yang berkaitan dengan

    isu-isu masyarakat.

    Haji Mansur Haji Sukaimi menggambarkan masjid sebagai:

    a place of worship, an educational institution, a spiritual

    centre, a council chamber for the deliberation of community

    affairs, a community service centre, a secretariat office, or such

    other purpose that will bring about the optimal growth and

    prosperity of the Muslim, individually and as a collective

    entity.

    Justeru itu beliau menambah beberapa aktiviti di masjid yang baru memuatkan tadika,

    kelas agama, kursus haji, kursus bahasa Arab, perkhidmatan perpustakaan, pusat

    tusyen, kursus peningkatan masyarakat, kaunseling keluarga, pengutan zakat dan

    beberapa aktiviti cuti sekolah.

    Haji Mansur Haji Sukaimi kemudian menambah:

    Thus some of the activities to be found in the new mosques areas follows: kindergartens, religious classes, courses for haj

    pilgrims, Arabic language classes, library services, tuition and

    remedial classes, leadership and community development

    courses, family counseling, collection of zakat, and various

    school holiday activities.15

    Berdasarkan apa yang telah dikemukakan di atas, jelaslah bahawa masjid

    memainkan peranan yang besar di dalam pembangunan masyarakat di sesebuah tempat

    15 Ibid.

    17

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    18/46

    atau daerah. Sesebuah Negara yang maju seperti Singapura juga tidak terkecuali

    daripada arus pembangunan serta ketamadunan melalui peranan yang dimainkan oleh

    masjid-masjid. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa masjid memainkan peranan yang

    penting dalam pembangunan serta pembentukan nilai dan budaya kemasyarakatan

    yang tinggi dan halus budi pekerti. Ini sesuai dengan kriteria-kriteria yang harus ada

    pada sebuah masyarakat yang bertamadun.

    6. SEJARAH MASJID-MASJID TERAWAL DI SINGAPURA

    6.1 MASJID OMAR KAMPUNG MELAKA

    Masjid Omar Kampung Melaka merupakan masjid yang pertama dan tertua di

    Singapura yang terletak di Havelock Road di selatan Sungai Singapura. Masjid ini

    dibina pada tahun 1820 setahun selepas Raffles datang ke Singapura oleh seorang

    saudagar dan dermawan palembang yang bernama Syed Omar bin Ali Aljunied.

    18

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    19/46

    Masjid ini cukup menarik kerana ia terletak di bahagian pusat bandar di Singapura dan

    tujuan asalnya untuk kegunaan masyarakat Jawi perakan yang berasal dari Arab dan

    Indonesia. Masjid ini telah ditabalkan sebagai salah sebuah monumen negara di

    Sinagpura. Masjid ini telah dinaiktaraf oleh anak beliau sendiri, Syed Abdullah Bin

    Omar Aljunied pada tahun 1955.16

    Pembinaan semula masjid ini telah dijalankan pada tahun 1981-1982. Masjid

    ini boleh menempatkan seramai 1000 orang jemaah dan ramai di kalangan jemaah

    yang pergi ke masjid ini merupakan pekerja-pekerja yang bekerja di pejabat-pejabat di

    sekitar pusat bandar.

    6.2 MASJID SULTAN

    Masjid Sultan merupakan masjid yang kedua dibina di Singapura. Masjid ini

    dibina oleh Sultan Hussein Shah pada tahun 1824 dengan sebanyak $3000 geran

    16Cornelius-Takahama, Vernon. 2002, August 18). Masjid Omar Kampong Melaka. Retrieved

    September 15,2008, from http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_688_2004-12-27.html

    19

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    20/46

    diberikan oleh East India Company menurut perjanjian penyerahan Singapura kepada

    Company tersebut. Sebahagian dari tanah masjid ini diberikan oleh Raja Johor dan

    Raja Pahang, Tengku Alam Sultan Alam Shah pada tahun 1879.

    Pada tahun 1917, penyerahan tanah masjid ini telah diperbaharui kepada selama

    999 tahun. Pada tahun 1925 hingga 1928 masjid ini telah menjalani proses pembinaan

    semula dengan menelan belanja sebanyak $200 000.

    Senibina masjid ini telah direka oleh Denis Santry dan MacLaren dengan

    senibina Islam yang cukup menarik menarik mengikut stail keislaman dari sudut

    menaranya dan kubah yang dibina. Satu perkara yang menarik tentang senibinanya

    ialah masjid terdapat botol-botol kicap di sekeliling dasar kubahnya.17

    7. PENGARUH RUANG DI DALAM SENIBINA MASJID SINGAPURA

    Dewasa ini, masjid-masjid di Singapura bukan sahaja merupakan sebagai

    tempat peribadatan untuk orang-orang Islam. Masjid di Singapura kini memainkan

    peranan yang lebih penting dan lebih fokus kepada pembinaan insani masyarakat Islam

    di negara itu.

    Justeru itu, pembinaan masjid-masjid kini lebih tertumpu kepada fungsi-fungsi

    utama yang dapat memenuhi keperluan masyarakat. Seperti yang telah diterangkan di

    atas menurut Haji Mansur Haji Sukaimi:

    Thus some of the activities to be found in the new mosques are

    as follows: kindergartens, religious classes, courses for haj

    pilgrims, Arabic language classes, library services, tuition and

    remedial classes, leadership and community development

    courses, family counseling, collection of zakat, and various

    school holiday activities.

    Di sini kita dapat pengaruh peranan di dalam pembinaan ruang-ruang di dalam

    17

    Cornelius-Takahama, Vernon. 1999, April 17. Sultans Mosque. Retrieved September 15,2008,from http://infopedia.nl.sg/articles/SIP_753_2005-01-03.html

    20

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    21/46

    masjid di Singapura. Contoh masjid yang diambil di dalam penelitian ini ialah sebuah

    masjid yang terletak di kawan utara Singapura.

    8. PENELITIAN MASJID DARUL MAKMUR

    Perancangan untuk membina masjid di kawasan Yishun bermula pada tahun

    awal 1980an. Pada masa itu hanya terdapat 102 penduduk Islam di kawasan itu. Dari

    kumpulan yang sekecil itu dan dengan bantuan MUIS, sebuah Komiti Pembinaan

    Masjid ditubuhkan di dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh penduduk Islam di

    kawasan Yishun.

    Pada tanggal 3hb April 1983, 31 anggota komiti itu teah dilantik oleh Presiden

    MUIS pada ketika itu, Tuan Hj Ismail Mohd Said.

    Sejumlah $9,000.00 telah dapat dikumpulkan untuk memulakan proses

    21

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    22/46

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    23/46

    ilmu agama dengan suasa yang santai. Dekorasi ruang amat dinamik dan amat sesuai

    untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih kreatif lagi.

    8.1.3 BILIK KELAS AGAMA

    Ruang ini berbeza dengan ruang sudut belia di atas. Bilik ini lebih bersifat

    formal dengan kelengkapan pengajaran yang lengkap. Namun kerusi-kerusi yang boleh

    23

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    24/46

    dialih dengan mudah membuat kelas ini sebagai ruang untuk berdiskusi sesama murid

    tentang persoalan agama yang telah mereka pelajari.

    8.1.4 LUKISAN

    Islam merupakan salah sebuah agama yang tinggi dengan nilai-nilai estetika

    serta sejarah ketamadunan yang agung. Masjid Darul Makmur telah dapat

    mencerminkan ketamadunan Islam dengan lukisan mural di tembok-tembok di luar

    kelas-kelas agama. Selain dari menjadi hiasan, ia juga berfungsi sebagai pendidikan

    tentang ketamadunan Islam kepada murid-murid.

    24

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    25/46

    8.1.5 PAPAN NOTIS

    Walaupun papan notis mungkin tidak dianggap penting namun ianya amat

    berkesan dalam menyampaikan maklumat penting. Papan notis ini menempatkan

    gambar-gambar serta pamiran aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh murid-murid

    madrasah di masjid ini. Corak serta dekorasi yang menarik dapat menambat hati

    murid-murid madrasah asas untuk melihat apa yang dipamerankan.

    8.1.6 RUANG LEGAR MASJID

    Ini adalah ruang legar masjid. Ruang ini mempunyai berbagai fungsi antaranya

    ialah untuk menyebarkan informasi tentang aktiviti-aktiviti masjid-masjid di Singapura

    25

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    26/46

    melalui TV satelit. Selain itu, ruang ini menjadi ruang yang pertama ditemui apabila

    memasuki masjid ini. Ianya terletak bersebalahan dengan bilik wuduk.

    8.1.7 BILIK WUDUK

    Bilik wuduk di masjid ini.

    9. AKTIVITI REMAJA DI MASJID

    26

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    27/46

    Antara pendekatan yang dilaksanakan oleh Masjid Darul Makmur untuk

    menarik penglibatan remaja adalah menganjurkan aktiviti-aktiviti yang memenuhi

    citarasa mereka. Antaranya, adalah untuk menganjurkan Aktiviti Barbeku atau BBQ

    untuk remaja yang dianjurkan di perkarangan masjid.

    Masjid ini juga mengadakan kelas-kelas silat yang dijalankan di perkarangan

    masjid tersebut. Kelas-kelas silat ini disertai oleh kanak-kanak dan juga remaja.

    Selain daripada itu, Masjid Darul Makmur juga telah mendirikan sebuah

    pasukan bola sepak untuk remaja yang gemar akan sukan itu.

    Di sini, kita dapat lihat bahawa Masjid Darul Makmur telah menjalankan

    usaha-usaha pro-aktif untuk mendekatkan masjid dengan golongan remaja. Diharapkan

    dengan penyertaan belia dalam aktivit=aktiviti tersebut, hubungan rapat antara masjid

    dan remaja dapat dijalinkan.

    Dengan itu, Masjid Darul Makmur dapat berdakwah kepada golongan remaja,

    sekaligus memastikan pembangunan insaniah dalam diri remaja-remaja itu.

    27

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    28/46

    Kelas Silat di Masjid Darul Makmur

    Pasukan Bola Sepak Remaja Darul Makmu

    10. TINJAUAN KE ATAS REMAJA MASJID DARUL MAKMUR

    Sebuah tinjauan telah dijalankan ke atas sejumlah 24 orang remaja yang

    28

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    29/46

    mengikuti kelas agama di Masjid Darul Makmur ini. Dapatan dari tinjauan ini akan di

    kupas di bawah. Tujuan tinjauan ini untuk melihat fungsi dan peranan masjid untuk

    mendidik masyarakat terutama golongan remaja ini terlaksana dengan baik. Remaja-

    remaja ini telah diberi taklimat mengenai tinjauan ini serta difahamkan tentang isi

    kandungnya terlebih dahulu supaya mereka faham akan tujuan tinjauan yang hendak

    dilaksanakan.

    10.1 HASIL PENELITIAN

    Di bawah ini adalah graf yang menunjukkan aktiviti-aktiviti yang diikut serta oleh

    remaja-remaja ini dan juga pendapat mereka mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

    Dari tinjauan ini dapat dilihat bahawa masjid-masjid mengalami satu proses perubahan

    mengikut peredaran zaman untuk mengikut kehendak dan keperluan masyarakat yang

    bertamadun. Soalan temu bual ada di bahagian lampiran

    Carta untuk soalan 1 yang di bawah ini mempunyai dua kolum iaitu kolum1 dan kolum

    2. Kolum 1 mewakili jumlah reponden yang mengikuti akitiviti tersebut manakala

    29

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    30/46

    kolum 2 pula adalah jumlah keseluruhan responden yang telah membuat borang

    tinjauan.

    1. Saya datang ke masjid ini untuk tujuan :

    1.1 Solat waktu

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    6 24

    1.2 Solat Tahajjud

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    0 24

    1.3 Kuliah Maghrib

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    1 24

    30

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    31/46

    1.4 Kursus

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    1 24

    1.5 Kursus Moral

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    1 24

    1.6 Ibadah Korban

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    6 24

    31

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    32/46

    1.7 Kelas agama

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    24 24

    1.8 Syarahan Agama

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    1 24

    1.9 Program Teens/Tweens Alive

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    5 24

    1.10 Majlis pernikahan

    32

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    33/46

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    0 24

    1.11 Solat Hari Raya Aidilfitri/Adha

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    10 2

    1.12 Nisfu Syaaban

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    6 24

    1.13 Bekerja

    33

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    34/46

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    0 24

    1.14 Kerja relawan

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    8 24

    1.15 Tahlil

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    1 24

    1.16 Maulud

    34

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    35/46

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    4 24

    Carta 2 hingga carta 6 pula adalah carta yang menunjukkan respon Ya untuk kolum 1

    ataupun Tidak untuk kolum 2 oleh responden yang telah mengambil bahagian di dalam

    tinjauan ini.

    2. Anda suka datang ke masjid?

    0

    5

    10

    15

    20

    25

    30

    1 2

    Series1

    24 0Ya Tidak

    3. Adakah anda mengikuti aktiviti-aktiviti remaja atas minat sendiri?

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    1 2

    Series1

    14 10Ya Tidak

    35

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    36/46

    4. Aktiviti yang dijalankan oleh masjid ini menarik?

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    1 2

    Series1

    15 9Ya Tidak

    5. Adakah aktiviti remaja yang dijalankan di masjid ini menepati citarasa anda?

    10

    10.5

    11

    11.5

    12

    12.5

    13

    13.5

    1 2

    Series1

    13 11Ya Tidak

    6. Adakah anda berasa selesa mengikuti aktiviti di masjid untuk remaja?

    0

    2

    4

    6

    8

    10

    12

    14

    16

    18

    1 2

    Series1

    16 8Ya Tidak

    10.2 TRANSKRIP TEMU BUAL DENGAN PETUGAS MASJID DARUL

    36

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    37/46

    MAKMUR

    Temu ramah telah dijalankan di atas seorang pegawai eksekutif di Masjid Darul

    Makmur di Singapura pada tanggal 16hb Ogos 2008 jam 6.15 petang. Biodata beliau

    adalah seperti berikut:

    10.2.1 TRANSKRIP TEMU BUAL 1

    Nama: Ustaz Ruhaizan Bin Abdullah

    Umur : 27 thn

    Pengalaman : 4 thn bekerja di masjid tersebut.

    Jawatan : Ketua Jabatan Unit Remaja

    Rangka tugas:

    Mengajar kelas-kelas agama

    Melakarkan program-program pembangunan remaja

    Meninjau kelas-kelas madrasah

    Menjaga disiplin murid

    Mengerusikan mesyuarat untuk jabatan remaja masjid

    Mengikut program-program atau kursus-kursus remaja yang di anjurkan oleh

    Muis (Majlis Ugama Islam Singapura)

    Ustaz Ruhaizan Bin Abdullah merupakan salah seorang respondan yang penting untuk

    melihat peranan yang masjid lakukan untuk remaja.

    Beberapa soalan telah diajukan kepada Ustaz Ruhaizan dan remaja telah memberikan

    respon remajau terhadap soalan-soalan saya tanpa sebarang gangguan atau campur

    tangan dari mana-mana pihak.

    Apakah tanggapan masjid terhadap golongan remaja masa kini?

    37

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    38/46

    Remaja merupakan asset dan juga generasi yang akan meneruskan usaha memimpin

    masyarakat Melayu/Islam akan datang.

    Apakah yang dapat dilakukan oleh pihak masjid untuk golongan remaja ini?

    Masjid ini ada mempunyai Program Pembangunan Remaja dan program motivasi demi

    untuk mempertingkatkan diri para remaja.

    Masjid ini juga mengadakan aktiviti sukan untuk menarik golongan remaja ke masjid.

    Siapakah yang melakarkan program-program remaja?

    Pegawai pembangunan remaja dan juga remaja sendiri telah memberikan cadangan dan

    sumbangan terhadap pelakaran program-program remaja melalui sesi perbincangan dan

    maklum balas dari golongan remaja.

    Berapakah budget untuk program-program remaja?

    Lebih dari S$10,000 setahun. Ini bergantung kepada program-program yang telah

    dilakarkan dan akan dilaksanakan.

    Apakah masalah-masalah yang terdapat untuk melaksanakan program untuk

    golongan remaja ini?

    Mendapatkan peserta.

    Mengadakan program-program yang dapat menarik minat para remaja.

    Mengadakan program yang menepati kesesuaian masyarakat Melayu/Islam

    Ibu-bapa tidak memberi sokongan terhadap program yang dijalankan oleh

    pihak masjid untuk golongan remaja.

    38

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    39/46

    Tidak mendapat galakan ibu-bapa.

    Budget yang tidak mencukupi.

    Program yang dilakarkan oleh remaja tidak mempunyai hala tuju yang sesuai

    dan tidak menepati landasan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid dan Muis.

    Respondan yang kedua telah dapat ditemu-ramah pada 19hb Ogos 2008. Beliau

    bertugas sebagai pengurus Masjid Darul Makmur dan beliau merupakan orang

    yang terbaik untuk mendapatkan segala data serta informasi tentang kegiatan-

    kegiatan yang dijalankan oleh masjid tesebut. Biodata beliau seperti berikut :

    10.2.2 TRANSKRIP TEMU BUAL 2

    39

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    40/46

    Nama : Suzana Bte Aboo Bakar

    Umur : 41 thn

    Jawatan : Pengurus Masjid

    Pengalaman bekerja : 8thn (sebagai sukarelawan masjid)/ 4 thn (bekerja

    sepenuh masa di masjid)

    Rangka tugas :

    Menguruskan belanjawan masjid.

    Mengetuai unit Komunikasi Koperat

    Mengurus operasi masjid

    Operasi pendidikan

    Operasi dakwah

    Operasi remaja

    Administrasi-kewangan

    Apakah tanggapan masjid terhadap golongan remaja masa kini?

    Masjid melihat remaja sebagai pemimpin masa hadapan.

    Sumber penting dari segi tenaga, ilmu, kemahiran dan potensi.

    Kenapa ramaja dianggap sebagai satu sumber?

    Ramai adalah dari kalangan remaja.

    Masa untuk mereka membentuk diri dan mendapatkan ilmu, peluang dan menganggap

    masjid sebagai sebagai satu wahana untuk mereka berkembang.

    Remaja harus menyelami dan mengenal diri sendiri dan juga Islam.

    40

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    41/46

    Remaja boleh dianggap sebagai aset atau tanggungan.

    Mengapakah remaja boleh dilihat sebagai tanggungan?

    Jika remaja tidak dibimbing remaja akan terdorong kepada unsur-unsur negatif dan ini

    akan menjadikan remaja sebagai tanggungan kepada masyarakat.

    Masjid memainkan peranan yang besar untuk membentuk masyarakat dan dirasakan

    sekaligus penting untuk pihak masjid mendidik remaja.

    Apakah yang pihak masjid dapat lakukan untuk golongan remaja ini?

    Menyediakan semacam wahana untuk mereka mengenal diri sendiri.

    Memupuk konfiden di dalam diri mereka yang selama ini menganggap diri mereka

    sebagai lemah di dalam bidang ilmu berbanding yang bukan Islam di negara ini.

    Remaja dapat menyedari kekuatan diri mereka sendiri.

    Berkeyakinan untuk mengendalikan projek di masjid.

    Masjid merupakan tempat untuk berhubung di masa-masa genting.

    Masjid menyediakan latihan kepimpinan untuk remaja dan juga bengkel keusahawanan

    untuk mereka majukan diri.

    Tidak terjerumus membuat gejala-gejala yang kurang sihat ketika menghadapi tekanan

    rakan.

    Kesedaran mengenai seks luar nikah/BGR (boy/girl relationship)/tatu/samseng

    Bagaimanakah pihak pengurusan masjid meninjau program-program remaja?

    41

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    42/46

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    43/46

    Ini tergantung kepada sesebuah program yang hendak dijalankan.

    Apakah perubahan-perubahan yang terdapat di dalam aspek peranan masjd

    terhadap golongan remaja?

    Dulu:

    Remaja dilihat sebagai golongan yang hanya menempel sahaja kepada golongan

    muslimin/muslimah.

    Remaja hanya akan membantu pihak masjid untuk acara-acara besar yang dijalankan

    oleh pihak masjid.

    Kini :

    Pihak masjid telah menempatkan sebuah unit khas untuk melihat serta meninjau

    aktiviti serta membaik pulih program-program untuk remaja.

    Remaja kini dapat mengurus sebuah kumpulan sukarelawan dengan sendiri.

    Remaja boleh melakarkan serta menganjurkan sesebuah program.

    Mereka berupaya membuat publisiti dan pemasaran untuk masjid.

    Masjid ingin mencungkil bakat-bakat yang ada pada remaja kini. Mereka amat

    berupaya di dalam bidang IT (kemahiran maklumat) dan sebagainya.

    Apakah perubahan yang terdapat di dalam system pendidikan golongan remaja

    kini?

    Kalau dulu kita ada IRK (Islamic Religious Knowledge) yang diajarkan di sekolah-

    sekolah pemerintah sebagai salah satu mata pelajaran tetapi kini sudah tidak ada. Ilmu

    agama di kalangan remaja amat cetek sekali.

    Aklak di kalangan remaja juga telah banyak menurun disebabkan kekurangan n ilai-

    43

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    44/46

    nilai moral dan Islam.

    Sumber maklumat terdedah dengan meluas di kalangan remaja. Mereka boleh

    mendapat informasi dengan mudah sekali melalui internet/TV.

    Pendedahan kepada unsur-unsur negatif dan juga positif di kalangan remaja ini

    membimbangkan kerana mereka perlukan kemahiran untuk membuat perbandingan.

    Remaja kini terdedah kepada cara pembelajaran yang mengasah minda mereka.

    Remaja kini lebih berilmu berbanding remaja zaman dahulu.

    Apakah struktur unit belia?

    Kini kita tidak lagi mengikut struktur yang kukuh seperti dahulu.

    Aktiviti-aktivit kami merupakan aktiviti secara ad-hoc.

    Bagaimanakah penerimaan jemaah terhadap golongan remaja?

    Ada jemaah yang memberi maklum balas yang baik dan ada juga yang memberi

    maklum balas yang negatif.

    Ada jemaah yang mengatakan senang hati melihat remaja-remaja bergiat di masjid.

    Ada juga jemaah masjid yang tidak dapat menerima gelagat remaja di masjid yang

    dianggap mereka sebagai kurang sopan.

    Bagaimanakah pihak masjid menangani tanggapan negatif ini?

    Kami menyelitkan nasihat-nasihat di dalam tazkirah kepada jemaah supaya bersikap

    toleransi terhadap golongan remaja dapat dipupuk.

    Masjid Darul Makmur mempunyai kelas-kelas agama ASAS untuk remaja.

    Pra-remaja 1 hingga 4 untuk remaja yang berusia 11 hingga 14 thn.

    44

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    45/46

  • 8/14/2019 Peranan Masjid Dalam Ketamadunan Melayu (Masjid Darul Makmur)

    46/46