6
PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSD SEGAMAT BAWAH 12 TAHUN - 2016 1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalanklan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Peraturan-peraturan AM MSSJ dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa MSSD Segamat. 2.0 JENIS PERTANDINGAN/ KATEGORI/ JARAK LALUAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara individu dan berpasukan. 2.2 Kumpulan umur dan kategori adalah seperti berikut: Kategori Peringkat Umur Jarak E Lelaki bawah 12 tahun 4 km F Perempuan bawah 12 Tahun 4 km 3.0 PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH RENDAH 3.1 Setiap pelajar yang didaftarkan mestilah warganegara Malaysia dengan 2 orang peserta bagi setiap kategori Lelaki dan perempuan 3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar sekolah masing- masing yang mengambil bahagian. 3.3 Peserta-peserta kategori 12 tahun ke bawah WAJIB membawa salinan kad Mykid atau surat beranak yang disahkan atau setaraf dengannya sebagai pengesahan rasmi. 3.4 Borang Penyertaan yang telah dilengkapkan berserta salinan fotostat kad pengenalan/sijil beranak/Mykid hendaklah dikemukakan kepada pihak pengelola pada hari kejohanan. Walau bagaimanapun sesalinan Borang Pendaftaran hendaklah diemelkan kepada pihak penganjur ke alamat e-mel

Peraturan Merentas Desa MSSD U12 - 2016

  • Upload
    segamat

  • View
    49

  • Download
    17

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peraturan yang lengkap

Citation preview

Page 1: Peraturan Merentas Desa MSSD U12 - 2016

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

PERINGKAT MSSD SEGAMAT BAWAH 12 TAHUN - 2016

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalanklan mengikut undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Peraturan-peraturan AM MSSJ dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa MSSD Segamat.

2.0 JENIS PERTANDINGAN/ KATEGORI/ JARAK LALUAN

2.1 Pertandingan ini dijalankan secara individu dan berpasukan.2.2 Kumpulan umur dan kategori adalah seperti berikut:

Kategori Peringkat Umur JarakE Lelaki bawah 12 tahun 4 kmF Perempuan bawah 12 Tahun 4 km

3.0 PENDAFTARAN PESERTA SEKOLAH RENDAH3.1 Setiap pelajar yang didaftarkan mestilah warganegara Malaysia dengan 2 orang peserta

bagi setiap kategori Lelaki dan perempuan

3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing yang mengambil bahagian.

3.3 Peserta-peserta kategori 12 tahun ke bawah WAJIB membawa salinan kad Mykid atau surat beranak yang disahkan atau setaraf dengannya sebagai pengesahan rasmi.

3.4 Borang Penyertaan yang telah dilengkapkan berserta salinan fotostat kad pengenalan/sijil beranak/Mykid hendaklah dikemukakan kepada pihak pengelola pada hari kejohanan. Walau bagaimanapun sesalinan Borang Pendaftaran hendaklah diemelkan kepada pihak penganjur ke alamat e-mel [email protected] pada 23/01/2016 sebelum pukul 12.00 tengah malam.

3.5 Borang R01 yang yang lengkap dengan gambar peserta yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan bersama-sama dengan Borang Penyertaan semasa pendaftaran.

4.0 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BERPASUKAN4.1 Mata dalam setiap kategori diberikan berdasarkan kedudukan yang diperolehi seperti

berikut:

Page 2: Peraturan Merentas Desa MSSD U12 - 2016

Kedudukan 1 2 3 4 5 6 7 8 ……….

Mata 1 2 3 4 5 6 7 8 ……….

4.2 Johan berpasukan akan ditentukan melalui jumlah mata terendah yang dikumpulkan oleh 3 orang peserta terbaik daripada 4 orang peserta daripada kedua-dua kategori dari sekolah yang mengambil bahagian.

5.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN

5.1 Juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa adalah berdasarkan kepada jumlah mata terendah yang dikumpulkan daripada kedua-dua kategori.

5.2 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat bilangan johan berpasukan yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

5.3 Jika berlaku seri lagi, tempat kedua dan berikutnya akan dikira sebagai pemenang.

6.0 HADIAH-HADIAH DAN SIJIL

6.1 Bagi acara individu, pingat dan sijil akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga tempat kelima belas bagi setiap kategori.

6.2 Tiada pingat atau sijil bagi acara berpasukan. 6.3 Piala Pusingan akan disediakan bagi Johan Keseluruhan.

7.0 NOMBOR PESERTA

7.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor pengenalan di bahagian hadapan dan di bahagian belakang serta disematkan dengan pin pada keempat-empat penjuru kain.

7.2 Pihak PPD akan menyediakan Nombor peserta.7.3 Warna kain adalah seperti berikut:

Lelaki kategori 12 Tahun - Warna BiruPerempuan kategori 12 Tahun - Warna Merah Muda

7.4 Ukuran kain 26cm x 15cm.7.5 Ukuran Nombor :

12cm x 14cm (Tinggi nombor)6cm x 7cm (Lebar Nombor)1.5cm x 2cm (Tebal nombor)

8.0 MELAPOR DIRI PESERTA8.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum acara

bermula iaitu pukul 8.00 pagi.

Page 3: Peraturan Merentas Desa MSSD U12 - 2016

8.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan memakai nombor peserta yang disematkan dengan pin pada keempat-empat penjuru kain.

9.0 PAKAIAN9.1 Peserta hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas sewaktu mengambil bahagian dan

pada majlis penyampaian hadiah serta berkasut. 9.2 Pakaian mestilah tidak jarang walaupun basah dan tidak mencolok mata.

10.0 BANTAHAN10.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOM, kecuali perkara

berikut:10.1.1 Sebarang masalah dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak

dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka paserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSD kelak.

10.1.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang dijalankan hendaklah dilakukan serta-merta dan tidak lewat daripada 15 minit selepas keputusan rasmi diumumkan.

10.1.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.

11.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA11.1 Tiap-tiap acara dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti ditetapkan Jawatankuasa

Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik. Sekiranya berlaku pindahan, pengurus-pengurus pasukan akan dimaklumkan.

11.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-undang Olahraga KOM terkini.

12.0 HAL-HAL LAIN12.1 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab atas kemalangan, kematian, kecacatan

anggota, kehilangan anggota badan/harta benda dan sebarang kecederaan yang berlaku semasa perjalanan pergi dan balik, semasa kejohanan berlangsung dan di dalam dan di luar kawasan pertandingan.

12.2 Walau bagaimanapun, pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakad mana yang munasabah.

Page 4: Peraturan Merentas Desa MSSD U12 - 2016

AGENDA MESYUARATPENGELOLA PERTANDINGANMSSD SEGAMAT

1. UCAPAN PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA

2. UCAPAN TUAN PPD/WAKIL PPD

3. UCAPAN PENGERUSI TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SUKAN MSSD

4. MEMBINCANG DAN MENETAPKAN

4.1 Tarikh Pertandingan4.2 Masa Pertandingan4.3 Tempat Pertandingan

5. PENGESAHAN PENYERTAAN

6. MEMBINCANG DAN MENETAPKAN PERATURAN PERTANDINGAN

7. UNDIAN PERTANDINGAN

8. PENGADILAN / PEGAWAI KEJOHANAN

9. PEMILIHAN PEGAWAI DAN PESERTA KE KEJOHANAN PERINGKAT MSS JOHOR

10. LATIHAN PUSAT KE MSS JOHOR

11. PENGURUSAN PERTANDINGAN

11.1 Pingat dan Sijil11.2 Makan Minum11.3 Tempat rehat peserta / pegawai11.4 Keselamatan peserta

12. HAL-HAL LAIN