25
PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH

PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

  • Upload
    letram

  • View
    240

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH

PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH

Page 2: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

2

Prakata Dekan, Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan Pengajian Pascasiswazah ini telah semak, diteliti dan dibincangkan semula di bawah satu Jawatankuasa Kecil yang dilantik sebelum ini dan seterusnya telah diperakukan oleh Senat yang bersidang pada 27 Jun 2007. Sehubungan itu, saya bagi pihak Pengurusan Pusat Pengajian Pascasiswazah inigin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas jasa baik dan kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli Jawatankuasa Kecil ini yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan hasrat Pusat untuk menyemak semula peraturan ini setelah 10 tahun ianya digunapakai. Peraturan baru ini dibangunkan setelah dibuat perbandingan antara IPT dalam dan luar negara dan dijangka ianya lebih bersifat mesra pelajar dan telah merangkumi semua perkara, Insya Allah. Sekian, Terima kasih Salam Ikhlas dari ; Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah .

Page 3: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

3

Kandungan Tajuk Mukasurat 1. Nama, Mula Berkuatkuasa 5 2. Syarat Penerimaan Masuk 5

2.1 Kelayakan 2.1.1 Sarjana 2.1.2 Sarjana Falsafah 2.1.3 Doktor Falsafah

3. Permohonan 6 3.1 Prosedur Permohonan 3.2 Penangguhan Kemasukan

4. Pendaftaran dan Bayaran 8

4.1 Pendaftaran Pada Awal Semester 4.2 Pendaftaran Bagi Calon Yang Telah Menyerahkan

Tesis 4.3 Pendaftaran Bagi Calon Yang Tidak Mendaftar

Untuk Tempoh Yang Lama 4.4 Bentuk Pendaftaran 4.5 Penggantungan Pendaftaran

5. Jenis Pengajian 10 6. Tempoh Pengajian 10

6.1 Program Sarjana Secara Kerja Sosial 6.2 Program Sarjana Secara Penyelidikan 6.3 Program Doktor Falsafah

7. Perlanjutan Tempoh Pengajian 11 8. Pendaftaran Kursus 11

8.1 Pendaftaran Wajib 8.2 Pendaftaran Kursus Prasyarat 8.3 Pendaftaran Kursus Elektif 8.4 Pendaftaran Audit 8.5 Beban Kerja

8.5.1 Beban Kerja Secara Kerja Kursus 8.5.2 Beban Kerja Secara Penyelidikan

8.6 Pemilihan Kursus 8.7 Kursus Bahasa Melayu 8.8 Keperluan Menghadiri Kuliah 8.9 Tambah, Gugur dan Tarik Diri dari Kursus

Page 4: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

4

9. Polisi Yuran 14 9.1 Pembayaran Yuran 9.2 Tarik Diri dari Pengajian 9.3 Menarik Diri dari Kursus 9.4 Menggantung Pengajian

10. Tesis/Disertasi 14 11. Penyeliaan 15 12. Kaedah Penilaian 16 13. Syarat Pengurniaan Ijazah 21 14. Penangguhan Peperiksaan dan Penyerahan Laporan 21

Projek/Disertasi 14.1 Penangguhan Peperiksaan 14.2 Penyerahan Disertasi/Laporan Praktikum/Projek

15. Status Sebagai Calon Pascasiswazah 22 16. Rayuan Terhadap Terhadap Semakan Semula Keputusan 22

Peperiksaan dan Rayuan Meneruskan Pengajian 16.1 Rayuan Untuk Menyemak Semula Keputusan

Peperiksaan 16.2 Rayuan Meneruskan Pengajian

17. Perpindahan Jam Kredit 23 17.1 Secara Kerja Kursus 17.2 Secara Penyelidikan

18. Am 24

Page 5: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

5

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

[PENGAJIAN PASCASISWAZAH]

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Seksyen 31 dan 32 Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah 1998, maka Senat Universiti Malaysia Sabah dengan ini membuat peraturan berikut : 1. Nama, Mula Berkuatkuasa dan Pemakaian

1.1 Peraturan ini dinamakan Peraturan Universiti Malaysia Sabah sebagai (Peraturan

Pengajian Pascasiswazah) 1998 (pindaan 2007) yang akan berkuatkuasa pada jun 2007 merujuk kepada tarikh kelulusan Senat kelak].

1.2 Peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua calon yang sedang atau mula mengikuti sesuatu Program Pascasiswazah yang mengurniakan ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah selepas tarikh peraturan ini mula berkuatkuasa.

2. Syarat Penerimaan Masuk

2.1 Kelayakan Calon yang ingin memohon mengikuti Program Pengajian Pascasiswazah mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut :

2.1.1 Sarjana

a. Ijazah Sarjanamuda dengan Kepujian yang baik dari Universiti Malaysia Sabah atau mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat ; atau

b. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda dan mempunyai

kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

c. Calon yang memenuhi sebahagian syarat-syarat di atas hendaklah mengikuti kursus-kursus yang ditetapkan oleh pihak Sekolah/Institut dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B .

d. Calon yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Kerja Kursus

hendaklah memenuhi syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh Sekolah/Pusat/Institut masing-masing.

e. Calon yang mendapat keputusan kelas 1 dan 2 : 1 di peringkat Ijazah

Sarjanamuda boleh memohon untuk mengikuti program Sarjana Fasafah (dalam para 2.1.2).

Page 6: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

6

2.1.2 Sarjana Falsafah

a. Ijazah Sarjanamuda dengan kepujian kelas 1 dan 2 : 1 dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat ; dan

b. Mendapat perakuan yang baik dari Dekan Sekolah/Institut yang dipohon

oleh calon.

c. Calon Sarjana Falsafah boleh diterima masuk mengikuti Program Doktor Falsafah tertakluk kepada kemajuan pengajian yang memuaskan pada tahun pertama.

2.1.3 Doktor Falsafah

a. Ijazah Sarjana dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau

b. Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai

kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

c. Calon yang sedang mengikuti program Sarjana Falsafah di Universiti Malaysia Sabah yang mendapat kelulusan menaiktaraf oleh Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah Sekolah/Institut dan diperakukan oleh Senat.

d. Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Universiti Malaysia Sabah atau

dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah S/P/I dan diiktiraf oleh Senat.

e. Calon lepasan Sarjana Secara Kerja Kursus dengan disertasi perlu

mendapat sekurang-kurangnya gred B untuk disertasi. Calon lepasan Sarjana Kerja Kursus tanpa Disertasi hendaklah mendapat PNGK 3.5 ke atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan.

f. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Senat.

3.

Permohonan

3.1

Prosedur Permohonan 3.1.1 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang telah

ditetapkan beserta dokumen-dokumen lain yang telah disahkan benar dan dimajukan kepada Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah.

3.1.2 Calon antarabangsa dikehendaki ;

Page 7: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

7

3.2

a. mengemukakan bukti kukuh status kewangan seperti jaminan bank, penaja dan sebagainya bagi memastikan calon berkemampuan dari segi kewangan untuk meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sabah;

b. mengemukakan transkrip akademik dalam Bahasa Inggeris yang telah

disahkan benar atau diperakukan oleh pihak yang bertanggungjawab di institusi pengajian tinggi masing-masing ;

c. Calon dari negara-negara yang bukan menggunakan Bahasa Inggeris

[non-English Speaking Country] perlu mengemukakan keputusan ujian bahasa Inggeris sama ada dalam ujian IELTS [Band 6] atau dalam ujian TOEFL [Band 5 atau 550/213];

d. Calon yang tidak memenuhi perkara (c) perlu mengambil dan lulus

(dengan mendapat sekurang-kurang gred B dan ke atas) kursus Intensive English Language Programme [IELP] Jangka Pendek selama 1 semester yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah sebelum mendaftar sebagai calon Pascasiswazah.

3.1.3 Calon yang masih di peringkat semester akhir program pengajian Ijazah

Sarjanamuda dibenarkan memohon tertakluk kepada perakuan Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut masing-masing.

3.1.4 Calon yang tidak memenuhi syarat-syarat umum tetapi mempunyai

pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan melebihi sepuluh (10] tahun boleh dipertimbangkan permohonannya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Sekolah/Pusat/Institut dan diperakukan oleh Senat.

3.1.5 Calon yang sedang berkhidmat hendaklah mendapat kebenaran dari Ketua

Jabatan atau Majikan masing-masing untuk mengikuti pengajian. 3.1.6 Setiap permohonan hendaklah terlebih dahulu dipertimbangkan oleh

Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah peringkat Sekolah/Pusat/Institut berkenaan sebelum surat tawaran dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Pascasiswazah.

3.1.7 Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Penangguhan Kemasukan 3.2.1 Calon yang telah diterima masuk tetapi belum mendaftar boleh memilih

untuk menangguhkan pendaftaran kemasukannya selama tidak kurang dari satu semester dan tidak melebihi dua semester dengan membuat permohonan secara bertulis kepada Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah dalam tempoh empat [4] minggu dari tarikh pendaftaran. Tawaran akan terbatal dengan sendirinya sekiranya calon tidak memohon untuk menangguh pendaftaran kemasukannya dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 8: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

8

Selepas tempoh ini, permohonan baru kemasukan perlu dibuat semula.

4. Pendaftaran dan Bayaran

4.1 Pendaftaran Pada Awal Semester 4.1.1 Calon dikehendaki mendaftar pada setiap semester dalam tempoh empat (4)

minggu dari tarikh pendaftaran setiap semester bermula. 4.1.2 Pendaftaran lewat dibenarkan dengan perakuan Dekan PPPS sehingga minggu

ke-6 dengan bayaran denda lewat sebanyak RM170. 4.1.3 Setiap calon dikehendaki membayar yuran pengajian dan yuran-yuran lain

yang patut dibayar semasa mendaftar pada awal semester. 4.1.4 Mana-mana calon yang mempunyai hutang tertunggak akan digantung

pendaftaran pada semester berikutnya. 4.1.5 Calon yang tidak mendaftar pada satu-satu semester tanpa kebenaran

bertulis untuk menangguh pengajian boleh digantung pendaftarannya. 4.1.6 Mana-mana calon yang tidak mendaftar selama dua (2) semester berturut-

turut akan diberhentikan dari pengajian.

4.2 Pendaftaran Bagi Calon Yang Telah Menyerahkan Tesis Calon yang telah menyerahkan tesis untuk pemeriksaan hendaklah terus mendaftar sebagai Calon Pascasiswazah sehingga penilaian tesisnya selesai tanpa dikenakan sebarang yuran.

4.3 Pendaftaran Bagi Calon Yang Tidak Mendaftar Untuk Tempoh Yang Lama

Seseorang Calon Pascasiswazah yang telah tidak mendaftar pada tempoh yang lama iaitu tidak melebihi dua (2) semester bagi pengajian sepenuh masa dan tidak melebihi empat (4) semester bagi pengajian separuh masa boleh membuat rayuan untuk meneruskan pengajian dengan dikenakan yuran permohonan sebanyak RM200.00 dan denda RM30.00 bagi setiap semester yang ia tidak mendaftar dan permohonan boleh dibuat sekali sahaja pada sepanjang pengajian.

4.3.1 Tempoh tidak mendaftar atas sebab di atas tidak akan diambilkira sebagai sebahagian daripada keperluan maksimum yang dibenarkan bagi melayakkan diri untuk mendapatkan ijazah.

4.4 Bentuk Pendaftaran

4.4.1 Calon boleh memilih sama ada untuk mengikuti pengajian secara sepenuh

masa ataupun separuh masa.

Page 9: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

9

4.4.2 Calon yang mengikuti pengajian secara kerja kursus sepenuh masa hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 12 jam kredit sehingga maksimum 21 jam kredit bagi setiap semester. Calon separuh masa pula hendaklah mendaftar tidak melebihi 12 jam kredit bagi setiap semester.

4.4.3 Pendaftaran kurang atau lebih dari jumlah kredit minimum dan maksimum

tertakluk kepada syarat-syarat khas yang ditetapkan dalam Sekolah/Pusat/Institut.

4.4.4 Calon boleh memohon kepada Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah melalui

Dekan Sekolah/Institut/Pusat untuk menukar bentuk pendaftaran dari sepenuh masa ke separuh masa atau sebaliknya.

4.4.5 Permohonan di bawah perenggan 4.4.4 hanya dibenarkan sekali sahaja di

sepanjang tempoh pengajian. 4.4.6 Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) semester pertama bagi

calon sepenuh masa dan empat (4) semester pertama bagi calon separuh masa.

4.4.7 Calon yang mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menjadualkan

pertemuan dengan Penyelia atau Jawatankuasa Penyeliaan secara berterusan pada setiap semester. Rekod pertemuan hendaklah dicatatkan dalam Buku Log/Buku Akademik Calon yang ditandatangani oleh Calon dan Penyelia pada setiap pertemuan.

4.5 Penggantungan Pendaftaran

4.5.1 Calon yang telah mendaftar boleh memohon untuk menggantung pendaftaran

atas sebab-sebab yang munasabah. Tempoh penggantungan pendaftaran ini tidak akan diambilkira sebagai sebahagian daripada tempoh pengajian yang ditetapkan. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh empat (4) minggu selepas semester bermula dan disokong oleh Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut dan diperakukan oleh Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah.

4.5.2 Penggantungan boleh dibenarkan tidak kurang dari satu semester dan tidak

melebihi dua semester di sepanjang tempoh pengajiannya. 4.5.3 Penggantungan tidak terpakai bagi kes perlanjutan semester yang diluluskan. 4.5.4 Calon yang diluluskan penggantungan pendaftaran tidak dianggap sebagai

calon universiti yang berdaftar, dan dengan itu ia tidak layak menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti kecuali untuk mendapatkan nasihat bagi menyambung semula pengajiannya.

4.5.5 Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah berhak menggantung pengajian

seorang calon atas alasan-alasan yang munasabah tetapi tidak termasuk

Page 10: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

10

tindakan di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Tatatertib Universiti. Alasan-alasan adalah seperti berikut :

i. calon yang mepunyai hutang tertunggak, ii. calon yang gagal mendaftar pada mana-mana semester, iii. sesuatu alasan luar biasa yang dikemukan oleh Dekan Pusat Pengajian

Pascasiswazah. 4.5.6 Calon juga boleh digantung pengajiannya jika didapati bersalah oleh

Jawatankuasa Tatatertib Universiti. 4.5.7 Tanpa menidakkan peranggan 4.5.1 Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut

boleh mencadangkan kepada Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah penggantungan seseorang calon atas sebab-sebab kesihatan dengan syarat disahkan oleh Doktor Panel yang dilantik oleh Universiti atau mana-mana hospital kerajaan.

5. Jenis Pengajian

5.1 Calon boleh memilih salah satu daripada jenis pengajian berikut (tertakluk kepada

jenis pengajian yang ditawarkan) : 5.1.1 Secara Penyelidikan 5.1.2 Secara Kerja Kursus

6. Tempoh Pengajian

6.1 Program Sarjana Secara Kerja Kursus 6.1.1 Tempoh pengajian sepenuh masa adalah dua (2) hingga enam (6) semester

tertakluk kepada struktur program sekolah/institut masing-masing. 6.1.2 Tempoh pengajian separuh masa adalah empat (4) hingga lapan (8) semester

tertakluk kepada struktur program sekolah/institut masing-masing.

6.2 Program Sarjana Secara Penyelidikan 6.2.1 Tempoh pengajian sepenuh masa adalah dua (2) hingga enam (6) semester. 6.2.2 Tempoh pengajian separuh masa adalah empat (4) hingga lapan (8)

semester.

6.3 Program Doktor Falsafah

6.3.1 Tempoh pengajian sepenuh masa adalah empat (4) hingga lapan (8) semester.

6.3.2 Tempoh pengajian separuh masa adalah enam (6) hingga dua belas (12)

Page 11: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

11

semester.

6.4 Semua calon wajib memenuhi syarat keperluan tempoh minimum pengajian untuk layak diijazahkan.

7. Perlanjutan Tempoh Pengajian

7.1 Setiap calon boleh memohon untuk melanjutkan tempoh pengajian yang telah mencapai tempoh maksimum pada semester yang terakhir. Permohonan perlu perlu mendapat persetujuan dan pengesahan dari Penyelia, Dekan/Pengarah Sekolah/Institut/Pusat dan tertakluk kepada pertimbangan Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah.

7.2 Perlanjutan tempoh pengajian hanya dibenarkan terhad kepada dua semester selepas tempoh maksimum yang dinyatakan pada para 6.

7.3 Peraturan dalam perenggan 7.2 sama terpakai bagi permohonan di bawah perenggan 4.4.3.

7.4 Pengiraan baki tempoh pengajian selepas pertukaran bentuk pendaftaran boleh dikira seperti berikut :

7.4.1 Baki tempoh pengajian secara penyelidikan X 2 sekiranya menukar dari Sepenuh Masa ke Separuh Masa.

7.4.2 Baki tempoh pengajian secara penyelidikan X 0.5 sekiranya menukar dari

Separuh Masa ke Sepenuh Masa. Contoh bagi calon sepenuh masa adalah seperti berikut : Calon A mendaftar pengajian sepenuh masa dan telah mengikuti pengajiannya selama 2 semester. Pada semester ke 3, calon A telah menukar pengajiannya ke pengajian separuh masa, maka baki pengajiannya layak adalah 4 semester.

8. Pendaftaran Kursus

8.1 Pendaftaran Wajib Pendaftaran wajib bermaksud pendaftaran kursus-kursus yang diperlukan untuk mendapat ijazah Sarjana sama ada kursus wajib mahupun elektif. Maklumat pendaftaran kursus wajib akan dimasukkan dalam pengiraan untuk menentukan Purata Nilai Gred [PNG] bagi pengajian calon.

8.2 Pendaftaran Kursus Prasyarat 8.2.1 Kursus prasyarat bermaksud kursus yang mesti diambil dan lulus oleh calon

yang mengikuti Program Pascasiswazah secara kerja kursus. Calon secara penyelidikan dan dikenakan kursus prasyarat perlu mengambil dan lulus

Page 12: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

12

kursus prasyarat intensif tersebut sebelum memulakan kerja-kerja penyelidikan. Calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya gred B sepertimana yang disyaratkan oleh Sekolah/Institut/Pusat masing-masing.

8.2.2 Kursus akan diberi catatan tanpa nilai gred dan diberikan keputusan umum

berbentuk lulus atau kandas sahaja. 8.2.3 Kursus ini tidak diambilkira untuk menentukan purata nilai gred pengajian

calon tetapi diambil kira sebagai syarat pengijazahan sepertimana yang ditetapkan oleh Sekolah/Institut/Pusat.

8.2.4 Pendaftaran prasyarat ini juga akan digunapakai kepada calon secara

penyelidikan yang diwajibkan mengambil beberapa kursus prasyarat sebelum atau ketika menjalankan penyelidikan.

8.3 Pendaftaran Kursus Elektif

8.3.1 Kursus elektif adalah kursus yang disyaratkan ke atas seseorang calon yang

mengambil program Pascsiswazah sama ada secara kerja kursus ataupun penyelidikan. Kursus ini boleh diambil pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian dan mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi tujuan pengijazahan.

8.3.2 Kiraan beban kredit tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh setiap

Sekolah/Pusat/Institut.

8.4 Pendaftaran Audit Calon boleh mendaftar untuk mengikuti mana-mana kursus secara audit. Kursus-kursus yang diikuti secara audit tidak dikira untuk menentukan purata nilai gred dan umumnya tidak dikira sebagai memenuhi keperluan untuk pengijazahan. Calon yang mengikuti kursus secara audit diperlukan memenuhi peraturan-peraturan berhubung kehadiran kuliah, peperiksaan dan lain-lain lagi. Kursus tersebut tidak dikira unitnya dalam menentukan beban kerja kursus pada setiap semester.

8.5 Beban Kerja

8.5.1 Beban Kerja Kursus

Bagi calon yang mengikuti jenis pengajian selain daripada 5.1.1 [Penyediaan Tesis Penuh], jumlah unit kerja kursus yang dibenarkan untuk diikuti pada satu-satu semester ialah dua belas [12] hingga dua puluh satu [21] jam kredit bagi Program Sepenuh Masa dan tidak melebihi dua belas [12] jam kredit bagi Program Separuh Masa. Bagi semester terakhir Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut boleh membenarkan pengecualian kepada had-had minimum dan maksimum tersebut.

8.5.2 Beban Kerja Secara Penyelidikan

Page 13: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

13

Bagi calon yang mengikuti jenis pengajian 5.1.1, beban kerja penyelidikan bagi program penyelidikan separuh masa dan sepenuh masa adalah masing-masing 250 dan 500 jam bagi setiap semester.

8.6 Pemilihan Kursus

Calon yang mengikuti kerja kursus hendaklah membuat pemilihan kursus-kursus yang hendak diambil setelah berunding dan mendapat nasihat dari Penyelaras Pascasiswazah/Penyelia masing-masing.

8.7 Kursus Bahasa Melayu Semua calon luar negara dikehendaki mengikuti kursus Bahasa Melayu yang ditawarkan di bawah Pusat Penaratan Ilmu dan Bahasa sepertimana yang ditetapkan oleh Universiti sebagai kursus pendaftaran audit. Walaubagaimanapun pengecualian boleh diberi kepada calon-calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu setara anjuran badan lain atau kes-kes tertentu yang diiktiraf oleh Senat Universiti.

8.8 Keperluan Menghadiri Kuliah

8.8.1 Calon dikehendaki menghadiri semua kuliah/tutoran/seminar bagi kerja kursus yang telah didaftarkan.

8.8.2 Calon yang telah mendaftar sesuatu kursus tetapi gagal/tidak mampu untuk

mengikuti kuliah hendaklah menggugurkan kursus tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Calon yang mendaftar sesuatu kursus tetapi tidak mengikuti kuliah dan penilaian dan tidak memohon menggugurkannya akan diberi gred X bagi kursus berkenaan.

8.8.3 Keputusan peperiksaan calon yang menghadiri kuliah dan mengambil

peperiksaan sesuatu kursus yang tidak didaftarkan tidak akan diambil kira.

8.9 Tambah, Gugur dan Tarikh Diri dari Kursus

8.9.1 Setiap calon dibenarkan menambah, menggugur, menukar dan menarik diri dari sesuatu kursus yang telah didaftarkan setelah mendapat nasihat dan sokongan dari Penyelaras Pascasiswazah masing-masing.

8.9.2 Proses tambah dan gugur boleh dilakukan dari minggu pertama sehingga

minggu ke empat perkuliahan. 8.9.3 Tarik diri dari kursus hanya boleh dibuat dari minggu ke empat hingga ke

minggu ke lapan perkuliahan di mana kursus-kursus yang telah digugurkan akan diberikan gred TD (tanpa sebarang nilai).

8.9.4 Sebarang penukaran, penambahan dan pengguguran hendaklah memenuhi

jumlah unit minimum dan maksimum yang perlu diambil pada sesuatu

Page 14: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

14

semester sepertimana yang dinyatakan pada para 8.5.1.

9. Polisi Yuran Secara umumnya, semua yuran yang telah dibayar tidak boleh dituntut semula.

9.1 Pembayaran Yuran Calon yang mempunyai hutang tertunggak tidak akan dibenarkan mendaftar pada semester seterusnya sehingga semua yuran tertunggak dijelaskan.

9.2 Tarik Diri dari Pengajian 9.2.1 Tanpa menidakkan perkara 9, calon yang menarik diri dari pengajian dalam

tempoh empat minggu dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan, layak menuntut semua yuran semester semasa yang telah dibayar tidak termasuk yuran pendaftaran. Permohonan untuk menuntut yuran semester semasa ini perlu ditujukan kepada Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah.

9.3 Menarik diri dari Kursus

9.3.1 Calon yang ingin menarik diri dari kursus yang telah didaftarkan selepas dari

minggu ke 4 pengkulihan tidak dibenarkan menuntut yuran kursus.

9.4 Menggantung Pengajian Yuran berbayar bagi calon yang telah mendapat kelulusan untuk menggantung pengajian akan dibawa ke hadapan.

10. Tesis/Disertasi

10.1 Calon tidak boleh mengemukakan semula tesis yang telah diserahkan kepada universiti lain kepada universiti ini, tetapi boleh memasukkan mana-mana bahagian daripada karya itu dengan syarat bahagian karya yang dimasukkan itu dirujuk dengan jelas.

10.2 Jika dipersetujui oleh Penyelia atau Jawatankuasa Pascasiswazah Sekolah/Institut/Pusat masing-masing, calon boleh menerbitkan kertas-kertas mengenai karyanya ketika sedang dalam pengajian dengan syarat kertas-kertas tersebut mesti mengandungi penghargaan yang diberikan kepada Universiti.

10.3 Jumlah perkataan dalam tesis Doktor Falsafah tidak melebihi 100,000 perkataan manakala bagi tesis sarjana secara penyelidikan pula tidak melebihi 60,000 perkataan dan bagi disertasi Sarjana pula hendaklah tidak melebihi 20,000 perkataaan. Jumlah perkataan ialah perkataan dalam teks sahaja iaitu tidak termasuk jadual, rajah, nota kaki dan lampiran.

10.4 Peraturan mengenai penyediaan tesis adalah sepertimana yang terdapat dalam

Page 15: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

15

Garis Panduan Gaya Penulisan UMS.

10.5 Seseorang calon yang akan menyerahkan tesis hendaklah menyerahkan Notis Penyerahan Tesis kepada Dekan/Pengarah Sekolah/Institut/Pusat untuk dilengkapkan dan diserahkan kepada Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah dalam tempoh tiga(3) bulan sebelum menyerahkan tesis untuk diperiksa dan Pemeriksaan Lisan (Viva Voce) akan diadakan dalam tempoh tiga (3) bulan setelah tesis diserahkan oleh calon.

10.6 Calon hendaklah menyerahkan tesis yang telah dijilidkan : 10.7.1 Dua naskhah kepada Pusat Pengajian Pascasiswazah dan satu salinan soft

copy dalam bentuk CD-ROM 10.7.2 Tiga naskhah kepada Sekolah/Pusat/Insitut

10.7 Tesis/Disertasi boleh diterbitkan setelah mendapat kebenaran dari pihak Universiti.

11. 11.1

Penyeliaan Setiap calon Pascasiswazah secara penyelidikan akan diselia sama ada oleh Penyelia, Penyelia Bersama atau Jawatankuasa Penyeliaan manakala calon Pascasiswazah secara kerja kursus di setiap Sekolah/Pusat/Institut akan dibimbing dan dipantau oleh Penasihat Akademik yang akan dilantik oleh Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut masing-masing.

11.1.1 Penasihat Akademik akan dilantik oleh Sekolah/Pusat/Institut selepas calon mendaftar sebagai calon Pascasiswazah dan berperanan membimbing serta memberi konsultasi mengenai pengambilan kursus dan kemajuan calon semasa mengikuti pengajian.

11.1.2 Penyelaras Pascasiswazah akan bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan

semua kursus di dalam Program Pascasiswazah Sekolah/Pusat/Institut.

11.2 Penyelia dan Jawatankuasa Penyeliaan

11.2.1 Calon yang menjalankan penyelidikan akan dibimbing oleh seorang Penyelia, atau Penyelia Utama dan Penyelia Bersama, atau Jawatankuasa Penyeliaan yang akan dilantik oleh Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah.

11.2.2 Penyelia Utama akan memikul tanggungjawab yang lebih besar berbanding

Penyelia Bersama. 11.2.3 Jawatankuasa Penyeliaan Pascasiswazah terdiri daripada sekurang-

kurangnya tiga (3) orang ahli termasuk seorang Pengerusi. Pengerusi bertanggungjawab menyelaras aktiviti penyeliaan bagi calon tersebut.

11.3 Penyelia, Penyelia Utama dan Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Pascasiswazah

Page 16: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

16

hendaklah terdiri daripada ahli-ahli akademik yang sedang berkhidmat di Universiti ini.

11.4 Ahli-ahli akademik yang dipinjamkan ke tempat lain, berhenti atau bersara dari universiti, kontrak, atau pakar dari universiti atau organisasi lain yang berkelayakan hanya boleh dilantik sebagai Penyelia Bersama atau sebagai ahli Jawatankuasa Penyeliaan Pascasiswazah kecuali bagi kes-kes tertentu berdasarkan penjanjian khas.

11.5 Jika kerana sesuatu sebab, Penyelia, Penyelia Bersama atau Ahli Jawatankuasa tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya maka Dekan/Pengarah Sekolah/Institut/Pusat hendaklah melantik ahli akademik lain untuk menjalankan tugas-tugas tersebut bagi suatu tempoh yang dianggap perlu.

11.6 Calon boleh memohon menukar atau menambah Penyelia, Penyelia Bersama atau ahli Jawatankuasa Penyeliaan. Sekolah/Pusat/Institut juga boleh mencadangkan penukaran atau penambahan penyelia apabila difikirkan perlu. Permohonan hendaklah disahkan oleh Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut dan ditujukan kepada Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah bagi pertimbangan dan kelulusan. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh dua semester pertama pengajian.

11.7

Laporan Kemajuan Calon Secara Penyelidikan 11.7.1 Penyelia, Penyelia Utama dan Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan

hendaklah menyampaikan kepada Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah satu laporan sulit mengenai kemajuan kerja calon selewat-lewatnya pada minggu ke-15 setiap semester bagi tujuan dilaporkan ke Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah.

11.7.2 Pihak Pusat Pengajian Pascasiswazah akan mengeluarkan keputusan

kemajuan yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Pascasiswazah untuk disampaikan kepada setiap calon sebelum pendaftaran semester baru bermula.

11.7.3 Calon yang memperolehi keputusan tidak memuaskan selama dua (2)

semester berturut-turut boleh dicadangkan oleh Sekolah/Pusat/Institut untuk diberhentikan.

11.7.4 Calon yang dicadangkan oleh penyelia supaya diberhentikan dan

diperakukan oleh Dekan/Pengarah Sekolah/Institut akan diberhentikan oleh Pusat Pengajian Pascasiswazah.

12. Kaedah Penilaian

12.1 Penilaian bagi calon yang megikuti pengajian secara penyelidikan hendaklah

mengandungi ;

12.1.1 satu tesis yang akan diperiksa oleh sekurang-kurang seorang Pemeriksa Luar dan Pemeriksa Dalam.

Page 17: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

17

12.1.2 pemeriksaan lisan akan dilakukan bagi mempertahankan tesis di hadapan

Jawatankuasa Pemeriksaan Lisan.

12.2 Penilaian bagi calon yang mengikuti pengajian secara kerja kursus sahaja hendaklah mengandungi ;

12.2.1 peperiksaan bagi kursus yang diikuti pada setiap semester. 12.2.2 Peperiksaan bagi kursus prasyarat/kelayakan (jika perlu).

12.3 Penilaian bagi calon yang mengikuti pengajian secara kerja kursus dan mengemukakan disertasi hendaklah mengandungi ;

12.3.1 peperiksaan atau sebarang bentuk penilaian bagi kerja kursus yang diikuti pada setiap semester.

12.3.2 Setiap disertasi akan diperiksa oleh Pemeriksa Dalam dan Pemeriksa Luar

sekiranya jumlah jam kredit disertasi tersebut melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan jam kredit program. Walau bagaimanapun, sekiranya unit tersebut bernilai 40% atau kurang maka disertasi tersebut boleh diperiksa oleh Pemeriksa Dalam sahaja.

12.4 Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah yang terdiri daripada Timbalan Naib

Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut dan empat (4) wakil Senat yang dilantik hendaklah mempertimbangkan keputusan peperiksaan calon berkenaan dan jika berpuas hati akan dibawa ke Senat bagi tujuan perakuan untuk pengurniaan Ijazah.

12.5 Penilaian Kerja Kursus

12.5.1 Peperiksaan bagi semua kursus yang berdaftar pada sesuatu semester akan diberikan nilai gred.

Gred dan Nilai Gred yang diberikan kepada sesuatu kursus adalah seperti berikut :

Gred Nilai Gred

Peratusan Taraf/Catatan

A 4.00 80 – 100 Lulus dengan cemerlang A- 3.67 75 – 79 B+ 3.33 70 – 74 B 3.00 65 – 69 B- 2.67 60 – 64

Lulus dengan baik

C+ 2.33 55 – 59 Lulus E 0.00 0 - 54 Gagal X

0.00 Gagal

12.5.2 Berikut adalah status yang diberi tanpa nilai gred :

Page 18: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

18

SM Sedang Maju U Audit TD Tarik Diri TP Tangguh Peperiksaan L/K Lulus/Kandas TL Tidak Lengkap XX Proses Tindakan Tatatertib

12.5.3 Takrifan status yang diberikan tanpa nilai adalah seperti berikut :

a. SM (Sedang Maju) digunakan bagi bagi kursus disertasi/praktikum/projek yang memerlukan lebih satu semester untuk disiapkan. Jam kredit bagi kursus tersebut dikira untuk pengiraan jam kredit umum bagi sesuatu semester dan bukan untuk keperluan mendapatkan ijazah. Jam kredit dan nilai gred hanya diambilkira bagi maksud pengiraan jumlah jam kredit keseluruhan setelah gred diperolehi.

b. U (Audit) diberikan kepada calon yang mendaftar, menghadiri kursus

dan mengambil peperiksaan bagi sesuatu kursus tetapi nilai gred diberikan dan simbol tersebut hanya direkodkan jika calon lulus peperiksaan kursus tersebut.

c. TD (Tarik Diri) diberikan kepada calon yang menarik diri dari sesuatu

kursus dengan kebenaran pensyarah dan Dekan/Pengarah Sekolah/Institut selepas minggu ke – 4 hinggga minggu ke – 8 pengkuliahan.

d. TP (Tangguh Peperiksaan) diberikan kepada calon yang memohon

untuk menangguhkan peperiksaan atas alasan kesihatan iaitu dalam tempoh 48 jam selepas tarikh peperiksaan berlangsung. Peperiksaan Gantian hendaklah diadakan seberapa segera yang mungkin berdasarkan keadaan kesihatan calon.

e. L/K (lulus/kandas) diberikan bagi kursus tanpa gred. f. TL (Tidak Lengkap) diberikan kepada calon yang tidak dapat

menyelesaikan keperluan kursus (tidak termasuk disertasi) pada akhir minggu ke 15 atas alasan yang munasabah. Calon perlu melengkapkan tugasan tersebut selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas semester berikutnya bermula untuk mendapat penilaian penuh dan nilai gred.

g. X diberikan kepada calon yang telah mendaftar sesuatu kursus tetapi

tidak menghadiri sebarang keperluan penilaian bagi kursus ini. Nilai X adalah bersamaan dengan 0.0.

h. XX diberikan kepada calon yang sedang menanti proses tindakan

Page 19: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

19

tatatertib.

12.6 Pengiraan Unit dan Purata Nilai Gred (PNG)

12.6.1 Kursus wajib seperti yang dinyatakan dalam perenggan 8.1 akan digunakan dalam pengiraan jam kredit.

12.6.2 Purata nilai gred akan ditentukan mengikut kaedah-kaedah di bawah :

a. Purata Nilai Gred Semester (PNGS)

Jumlah Nilai Gred [nilai gred x jam kredit kursus] untuk semua kursus dibahagi dengan jumlah jam kredit bagi semua kursus yang diikuti pada satu-satu semester

Contoh : Semester 1

Kursus Gred Nilai Gred Jumlah Kredit Kursus

Nilai Gred X Jumlah Kredit Kursus

PD5013 B- 2.67 3 8.01 PD5023 A- 3.67 3 11.01 PD5033 B+ 3.33 3 9.99 PD5042 A 4.00 2 8.00 PD5082 A- 3.67 2 7.34

13 44.35

PNGS Semester = 44.35 ______ 13.00 = 3.41

b. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)

Jumlah Nilai Gred [nilai gred x jam kredit kursus] untuk semua kursus dibahagi dengan jumlah jam kredit bagi semua kursus yang telah diikuti sehingga ke akhir pengiraan.

Contoh :

Semester 1

Kursus Gred Nilai Gred Jumlah Kredit Kursus

Nilai Gred X Jumlah Kredit Kursus

PD5113 B- 2.67 3 8.01 PD5023 A- 3.67 3 11.01 PD5033 B+ 3.33 3 9.99 PD5042 A 4.00 2 8.00

Page 20: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

20

PD5082 A- 3.67 2 7.34 Jumlah 13 44.35

Semester 2

Kursus Gred Nilai Gred Jumlah Kredit Kursus

Nilai Gred X Jumlah Kredit Kursus

PD5063 B 3.00 3 9.00 PD2023 B+ 3.33 3 9.99 PD5083 B+ 3.33 3 9.99 PD5092 A 4.00 2 8.00

Jumlah 11 36.98 Jumlah

Besar 24 81.33

PNGK Komulatif = 81.33 ______ 24 = 3.39

12.7 Syarat-syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian

12.7.1 Takrif lulus

Seseorang calon dianggap lulus dan dibenar meneruskan pengajian jika mendapat PNGK tidak kurang daripada 3.00 dan mendapat status Lulus dan Terus Pengajian.

12.7.2 Takrif Lulus Bersyarat

a. Calon diberikan status Lulus Bersyarat dan diberikan amaran jika mendapat PNGK di antara 2.33 dan 2.99.

b. Calon yang mendapat status Lulus Bersyarat pada dua (2) semester

berturut-turut akan diberikan status Gagal dan Diberhentikan. 12.7.3 Takrif Gagal dan Diberhentikan

a. Calon diberikan status Gagal dan Diberhentikan jika mendapat PNGK di bawah 3.00 pada dua semester berturut-turut.

b. Calon diberikan status Gagal dan Diberhentikan jika mendapat PNGK di

bawah 2.33 pada mana-mana semester. 12.7.4 Calon dibenarkan mengulang sebarang kursus yang mendapat B- dan ke

bawah. Kursus-kursus yang diberi gred E masih dikira dalam pengiraan PNGS dan PNGK sehingga calon mengulang dan lulus.

Page 21: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

21

12.7.5 Bagi kursus yang diulang, gred yang lebih tinggi akan diambilkira untuk

tujuan pengiraan gred keseluruhan pengajian.

13. Syarat Pengurniaan Ijazah

13.1 Ijazah Sarjana dan Dokor Falsafah boleh dikurniakan kepada calon yang telah memenuhi syarat-syarat berikut ;

13.1.1 Memenuhi semua kehendak Peraturan Pengajian Pascasiswazah. 13.1.2 Melengkapkan keperluan jam kredit yang ditetapkan oleh

Sekolah/Pusat/Institut. 13.1.3 Keputusan peperiksaan calon mestilah disahkan oleh Jawatankuasa

Pengajian Pascasiswazah dan diperakukan oleh Senat.

13.1.4 Melunaskan segala bentuk liabiliti kepada Universiti.

14. Penangguhan Peperiksaan dan Penyerahan Laporan Projek/Disertasi

14.1 Penangguhan Peperiksaan

14.1.1 Calon yang sakit atau menghadapi masalah-masalah lain sewaktu peperiksaan boleh memohon kepada Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut untuk menangguhkan pengambilan peperiksaan berkenaan. Sekolah/Pusat/Institut hendaklah dimaklumkan berkenaan alasan ketidakhadiran dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam setelah tamatnya peperiksaan bagi kursus berkenaan.

14.1.2 Permohonan untuk penangguhan peperiksaan bagi kursus berkenaan pada

sesuatu semester atas sebab-sebab kesihatan hendaklah disertakan dengan surat pengesahan doktor kerajaan atau doktor panel Universiti Malaysia Sabah.

14.1.3 Permohonan atas sebab-sebab lain boleh dipertimbangkan atas budi bicara

Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah. Peperiksaan boleh diatur berdasarkan kepada merit kes tersebut.

14.3 Penyerahan Disertasi/Laporan Praktikum

14.2.1 Tarikh akhir penyerahan disertasi/laporan praltikum adalah pada dua minggu selepas tarikh peperiksaan yang ditetapkan pada semester terakhir.

14.2.2 Calon yang gagal menyerahkan disertasi/laporan tersebut pada tarikh yang

telah ditetapkan akan diberikan gred E dan dikehendaki mendaftar semula.

Page 22: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

22

15. Status Sebagai Calon Pascasiswazah

15.1 Calon yang telah diberi penggantungan pengajian bagi sesuatu semester akan

hilang statusnya sebagai calon Pascasiswazah dan calon tersebut tidak berhak mendapat atau menggunakan kemudahan-kemudahan Universiti sehingga mendaftar semula selepas tempoh yang dibenarkan.

15.2 Seseorang calon yang tidak mendaftar selama satu (1) semester panjang tanpa kebenaran bertulis dari Universiti akan digantung pengajian dan hilang status sebagai calon.

15.3 Seseorang calon yang tidak mendaftar selama dua (2) semester panjang berturut-turut tanpa kebenaran bertulis daripada Universiti akan diberhentikan dari pengajian.

16. Rayuan Terhadap Semakan Semula Keputusan Peperiksaan dan Rayuan Meneruskan Pengajian

16.1 Rayuan untuk Menyemak Semula Keputusan Peperiksaan

16.1.1 Sesuatu rayuan untuk menyemak semula keputusan peperiksaan hendaklah menggunakan Borang Rayuan Menyemak Semula Keputusan Peperiksaan dan dimajukan kepada Pusat Pengajian Pascasiswazah oleh calon dalam tempoh dua [2] minggu dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan.

16.1.2 Rayuan hendaklah disertakan dengan yuran proses sebanyak RM50.00

bagi setiap kursus. Bayaran ini tidak boleh dituntut balik. 16.1.3 Apabila diterima sesuatu rayuan, pihak Pusat Pengajian Pascasiswazah

hendaklah merujukkannya kepada Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut berkenaan. Dekan/Pengarah Sekolah/Pusat/Institut hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pemeriksa bagi menyemak semula keputusan penilaian kursus berkenaan.

16.1.4 Jawatankuasa Pemeriksa hendaklah terdiri daripada Dekan/Pengarah

Sekolah/Pusat/Institut atau wakilnya selaku Pengerusi, Penyelaras Pascasiswazah Sekolah/Pusat/Institut, dua ahli lain dan pemeriksa asal.

16.1.5 Keputusan rayuan hendaklah diperakukan oleh Mesyuarat

Sekolah/Pusat/Institut dan dikemukakan ke Pusat Pengajian Pascasiswazah bagi pengesahan Senat.

16.1.6 Keputusan Senat adalah muktamad.

Page 23: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

23

16.2 Rayuan Meneruskan Pengajian

16.2.1 Seseorang calon yang mendapat keputusan gagal dan diberhentikan oleh

sebab gagal memenuhi syarat-syarat untuk meneruskan pengajian boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

16.2.2 Setiap rayuan hendaklah dikemukakan kepada Pusat Pengajian

Pascasiswazah dalam tempoh empat (4) minggu selepas pengumuman rasmi keputusan peperiksaan beserta yuran proses RM100.00. Bayaran ini tidak boleh dituntut balik. Sebarang rayuan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

16.2.3 Jawatankuasa Pascasiswazah Sekolah/Pusat/Institut boleh menerima atau

menolak sesuatu rayuan. 16.2.4 Semua keputusan perlu diperakukan dalam Mesyuarat

Sekolah/Pusat/Institut dan dimaju ke Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah bagi pengesahan Senat.

16.2.5 Keputusan Senat adalah muktamad. 16.2.6 Rayuan hanya dibenarkan untuk sekali sahaja sepanjang pengajian.

17.

A.

Perpindahan Jam Kredit Secara Kerja Kursus

17.1 Calon boleh memohon memindahkan sebahagian jam kredit kursus pengajian Pascasiswazah yang telah diambil dari institusi pengajian tinggi sama ada dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Senat.

17.2 Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh pendaftaran semester satu (1) pengajian.

17.3 Kursus yang hendak dipindahkan mesti sekurang-kurangnya gred B dan tidak melebihi 5 tahun dari tarikh permohonan dan bersesuaian dengan program yang diikuti di Universiti Malaysia Sabah.

17.4 Jumlah jam kredit yang dipindahkan hendaklah tidak melebihi 1/3 dari jumlah keseluruhan jam kredit yang ditetapkan oleh setiap Sekolah/Pusat/Institut.

17.5 Permohonan boleh dibuat menggunakan Borang Permohonan Perpindahan Jam Kredit dan diserahkan ke Pusat Pengajian Pascasiswazah dengan bayaran yuran proses sebanyak RM100.

17.6 Permohonan akan dibincangkan di peringkat Sekolah/Pusat/Institut dan keputusan akan dimajukan ke Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah bagi pengesahan Senat.

Page 24: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

24

B. Secara Penyelidikan

17.7 Proses perpindahan calon Pascasiswazah dari Universiti lain ke Universiti Malaysia

Sabah mestilah berlaku melalui persetujuan bersama.

17.8 Calon yang memohon memindahkan pengajian secara penyelidikan ke Universiti Malaysia Sabah perlu melengkapkan syarat jumlah semester minimum untuk setiap program ijazah yang dipohon.

17.9 Perpindahan ini mesti dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Sekolah/Pusat/Institut untuk dimajukan kepada Jawatankuasa Pengajian Pascasiswazah bagi perakuan oleh Senat.

18. Am

18.1 Peraturan ini dan semua tafsiran mengenainya yang dibuat oleh Senat akan berkuatkuasa serta merta.

18.2 Senat mempunyai kuasa membenarkan apa-apa pengecualian yang difikirkan sesuai daripada kehendak-kehendak Peraturan ini dari semasa ke semasa.

Page 25: PERATURAN PENGAJIAN PASCASISWAZAH from Absan · Untuk makluman pelajar dan warga Universiti Malaysia Sabah, Peraturan ... atas dan dikehendaki mengikuti kursus Metodologi Penyelidikan

25

Ahli Jawatankuasa Kecil Semakan Semula Peraturan Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah, adalah seperti berikut ;

1. Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed (Penasihat) 2. Prof. Madya Dr. Abdul Hamid bin Ahmad (Ketua) 3. Dr. Zaleha Aziz (PPPS) 4. Dr. Rosita Chong Abdullah (Dekan SPKAL) 5. Prof. Madya Dr. Abdullah Chik (Wakill SST) 6. Dr. Sabariah Salleh (Wakil SPPS) 7. Dr. Idris bin Mohd. Said (Wakil IBTP) 8. Dr. Sitti Raehanah bt. Mohd. Shalleh (Wakil IPMB) 9. En. Beddu Salam Baco (Wakil SPsiKS) 10. Pn. Sharija Che Shaari (Wakil SPE) 11. Cik Sharifah Ismail (Wakil Pendaftar) 12. Cik Kamisah Husin – Sekretariat (PPPS)