2
Muka surat 1 daripada 2 Kenyataan Media LHDNM, 5 Julai 2017 KENYATAAN MEDIA PERBICARAAN DUA KES SAMAN JENAYAH LHDNM SHAH ALAM, 5 Julai 2017 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada hari ini mendakwa dua orang pengarah di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana gagal mematuhi peruntukan-peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1967). Nor Asyikeen Othman (37 tahun) yang juga pengarah bagi Syarikat Mayo Surgical Supply, didakwa bagi kesalahan di bawah seksyen 82(1)(a) ACP1967 iaitu telah gagal untuk menyimpan rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian larasan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2012 seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM300.00 dan tidak lebih daripada RM10,000.00 atau boleh dihukum penjara bagi satu tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya. Tertuduh mengaku bersalah dan Majistret Puan Sarulatha A/P Paramavathar telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5000.00. Jika tertuduh gagal membayar denda tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama empat bulan. Manakala Yong Kee Eng (40 tahun) yang juga pengarah bagi Syarikat Algood Services, telah didakwa bagi kesalahan di bawah seksyen 82(1)(a) ACP1967 iaitu telah gagal untuk menyimpan rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian larasan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2010, 2011 dan 2012 seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM300.00 dan tidak lebih daripada RM10,000.00 atau boleh dihukum penjara bagi satu tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya. Untuk siaran segera

PERBICARAAN DUA KES SAMAN JENAYAH · PDF fileMuka surat 1 daripada 2 Kenyataan Media LHDNM, 5 Julai 2017 KENYATAAN MEDIA PERBICARAAN DUA KES SAMAN JENAYAH LHDNM SHAH ALAM, 5 Julai

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERBICARAAN DUA KES SAMAN JENAYAH · PDF fileMuka surat 1 daripada 2 Kenyataan Media LHDNM, 5 Julai 2017 KENYATAAN MEDIA PERBICARAAN DUA KES SAMAN JENAYAH LHDNM SHAH ALAM, 5 Julai

Muka surat 1 daripada 2

Kenyataan Media LHDNM, 5 Julai 2017

KENYATAAN MEDIA

PERBICARAAN DUA KES SAMAN JENAYAH LHDNM

SHAH ALAM, 5 Julai 2017 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada

hari ini mendakwa dua orang pengarah di Mahkamah Majistret Shah Alam kerana gagal

mematuhi peruntukan-peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1967).

Nor Asyikeen Othman (37 tahun) yang juga pengarah bagi Syarikat Mayo Surgical

Supply, didakwa bagi kesalahan di bawah seksyen 82(1)(a) ACP1967 iaitu telah gagal

untuk menyimpan rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian

larasan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2012 seperti yang dikehendaki oleh Ketua

Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh

dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM300.00 dan tidak lebih daripada

RM10,000.00 atau boleh dihukum penjara bagi satu tempoh tidak lebih daripada satu

tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh mengaku bersalah dan Majistret Puan Sarulatha A/P Paramavathar telah

menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5000.00. Jika tertuduh gagal membayar

denda tersebut, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama empat bulan.

Manakala Yong Kee Eng (40 tahun) yang juga pengarah bagi Syarikat Algood Services,

telah didakwa bagi kesalahan di bawah seksyen 82(1)(a) ACP1967 iaitu telah gagal

untuk menyimpan rekod-rekod yang mencukupi berkenaan pendapatan atau kerugian

larasan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2010, 2011 dan 2012 seperti yang

dikehendaki oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia. Jika disabitkan

kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM300.00

dan tidak lebih daripada RM10,000.00 atau boleh dihukum penjara bagi satu tempoh

tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Untuk siaran segera

Page 2: PERBICARAAN DUA KES SAMAN JENAYAH · PDF fileMuka surat 1 daripada 2 Kenyataan Media LHDNM, 5 Julai 2017 KENYATAAN MEDIA PERBICARAAN DUA KES SAMAN JENAYAH LHDNM SHAH ALAM, 5 Julai

Muka surat 2 daripada 2

Kenyataan Media LHDNM, 5 Julai 2017

Tertuduh tidak mengaku bersalah dan Majistret Puan Sarulatha A/P Paramavathar telah

menetapkan 9 Ogos 2017 adalah tarikh bagi serahan dokumen-dokumen oleh LHDNM

untuk perbicaraan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa LHDNM Puan Ainul Farahin binti

Ramli.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873

Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 5 Julai 2017.