Percubaan STPM Sejarah 2 Selangor + Skema

  • Upload
    hazryle

  • View
    1.380

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

1 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN Bahagian A Jawab dua soalan sahaja 1. Bincangkan Sistem Politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British. 2. Jelaskan sistem dan peranan raja sebelum campur tangan British. [25] [25] SELANGOR 2011

3. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. [25] 4. Bincangkan faktor-faktor penentangan terhadap campur tangan British di Perak dan Pahang pada abad ke-19. [25] 5. Rancangan penubuhan Malaysia merupakan satu usaha mengekang pengaruh komunisme di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Bincangkan pernyataan ini. [25] 6. Bincangkan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 [25]

Bahagian B Jawab dua soalan sahaja 7. Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan China sebelum kedatangan kuasa Barat. [25] 8. Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di Siam dan China pada abad ke-19.[25] 9. Bincangkan implikasi Perjanjian Bowring 1885 di Thailand dan Perjanjian Yandaboo 1826 di Myanmar [25] 10. Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa pemerintahan antara maharaja Tung Chih di China dengan Maharaja Meiji di Jepun. [25] 11. Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan revolusi pada awal abad ke-20 [25] 12. Bincangkan pembangunan ekonomi dan sosial Indonesia dan China yang dilaksanakan selepas perang dunia kedua. [25]

2 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN Bahagian A 1. Bincangkan sistem politik Melayu tradisional sebelum campur tangan British. Skema markah Pengenalan (3m) Sebelum Perjanjian Pangkor, 20 Januari 1874, British telah pun terlibat dalam negeri Melayu, misalnya; Palau Pinang (1786), Singapura (1819) dan Melaka (1825). Pada tahun 1874, British terlibat di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ( Sungai Ujong ). Pada tahun 1887, Pahang;1909,Kedah dan Perlis. Pada tahun 1910, Kelantan; 1914 Johor dan 1919 Terengganu. Sistem Politik Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat: Negeri, Daerah/Jajahan dan kampung B.SISTEM POLITIK MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH ISI (20m) 1. Negeri (a) Kuasa tertinggi dalam politik terletak pada Yang Dipertuan/Sultan: misalnya, Sultan Kedah, Sultan Perak dan Sultan Selangor, Yang Dipertuan Negeri Sembilan dan Sultan Kelantan. (b) Baginda dibantu oleh Pembesar. Misalnya di Perak dikenali dengan Orang Besar Empat ( Raja Bendahara, Orang Kaya Besar diraja Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Menteri Paduka Tuan ), Delapan ( Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putra, Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja Syahbandar Muda, Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Sri Amar Bangsa Diraja, Orang KayaKaya Panglima Bukit Gantang Sri Amar, Orang Kaya-Kaya Syahbandar Paduka Indra, Orang Kaya-Kaya Sri Agar Diraja dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan ), Enam Belas dan Tiga Puluh Dua. Selain itu baginda juga dibantu oleh Raja Muda. Kelantan ( misalnya, Raja Bendahara, Raja Temenggung, Perdana Menteri dan Engku Besar Jeram ). Kedah ( misalnya, Tunku Bendahara dan Tunku Temenggung ). Terengganu ( Dato Seri Lela Diraja, Tengku Nara Wangsa, Dato Bija Sura dan Dato Indera Guru ). (c) Sultan pemerintah yang dikaitkan dengan daulat. Barangsiapa ingkar titah Sultan atau melakukan sesuatu yang dilarang pada adat sultan ia akan terkena tulah. Pakaian kuning hanya untuk Raja sahaja. Selain itu tiap-tiap sultan memiliki alat-alat kebesaran. Walaupun terdapat perbezaan, tetapi pada asasnya sama: gendang nobat, serunai dan nafiri; obor (payung), surat ciri, mohor raja, puan (tepak sirih), tali pinggang dan rantai, mahkota, batil emas, geluk, agok, dokoh, kancang halkah, sundang, pedang, keris panjang dan lembing. (d) Apabila sultan mangkat, bakal waris raja biasanya bergelar Raja Muda/Yang Dipertuan Muda/Tengku Mahkota/Tengku Besar akan dilantik oleh pembesar sebelum jenazah sultan dimakamkan. Dalam adat penggantian, kecuali Perak, putera sulung sultan yang bergelar bakal sultan akan dilantik sebagai pengganti. Perak, sistem penggantian mengikut giliran: Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Sultan. Apabila sultan mangkat, Raja Muda diangkat sebagai sultan; Raja Bendahara diangkat sebagai Raja Muda dan Raja Di Hilir sebagai Raja Bendahara. Namun begitu dalam perlaksanaan, SELANGOR 2011

3 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

apabila Sultan Ali mangkat di Sayong pada tahun 1871, Raja Muda Abdullah dilantik sebagai pengganti; sebaliknya Raja Bendahara Ismail dilantik sebagai Sultan Perak. (e) Sebelum campur tangan British di Johor, Johor mengisytiharkan Undang Undang Tubuh pada tahun 1895. Begitu juga dengan Terengganu pada tahun 1911. Undangundang ini di antara lain menyentuh penggantian sultan dan perjalanan pentadbiran. 2. Peringkat Daerah/Jajahan (a) Peringkat ini ditadbir oleh pembesar yang mendapat tauliah daripada sultan/Yang Dipertuan. Misalnya Long Jaafar dan Menteri Ngah Ibrahim di Larut, Dato Maharaja Lela di Pasir Salak dan Dato Sagor di Kampung Gajah. Begitu juga Raja Jumaat di Lukut dan Raja Abdullah di Selangor. Long Ismail di Kampung Laut dan Temenggung Aria Pahlawan Long Tan di Galas di Kelantan. Dato Bahaman dan Dato Purba Jelai di Jelai. (b) Pembesar daerah/jajahan ini akan bertanggungjawab kepada sultan Yang Dipertuan. Pembesar ini dilantik dan ditauliahkan oleh sultan/Yang Dipertuan. (c) Pentadbiran mereka bergantung kepada peruntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan. Mereka dibenarkan memungut cukai yang mana menjadi pendapatan mereka. (d) Kekuasaan dan pengaruh pembesar lazimnya berdasarkan kepada jumlah pengikutnya. Jika ramai berpengaruh, jika kecil sebaliknya. Pengikut terdiri: hamba berhutang dan sukarela. 3. Peringkat terakhir dalam susunan politik ialah kampung (a) Pemimpin di peringkat ini dikenali sebagai Penghulu (Tok Kweng di Kelantan). (b) Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih akan dilantik oleh sultan dengan anugerah surat tauliah. Penghulu ini akan bertanggungjawab kepada pembesar. Namun begitu pada masa pemerintahan Sultan Omar Terengganu, Penghulu bertanggungjawab terus kepada baginda. Kesimpulan (2m) Sebelum kedatangan kuasa barat Negeri-negeri Melayu telah mempunyai sistem politik yang sistematik.Ini jelas daripada pembahagian kuasa di peringkat pusat, daerah dan kampung. Setelah campur tangan kuasa barat sistem politik di Tanah Melayu telah mengalami banyak perubahan kerana pihak barat menghadkan kuasa golongan pemerintah tradisional Melayu.

4 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

2. Jelaskan sistem dan peranan raja sebelum campur tangan British Skema markahPengenalan: (3m)

Sistem beraja di negeri-negeri Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Bentuk pemerintahan tertua dan telah lama diamalkan di negeri-negeri Melayu seperti di Perak,Kedah,Pahang dan Johor. Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam struktur sosial masy Melayu tradisional. Mempunyai kuasa mutlak dalam aspek politik,ekonomi dan sosial. Sistem beraja pada umumnya berdasarkan Adat Temenggung dan Adat Perpatih. ISI Sistem beraja (8m) 1.Negeri-negeri Melayu seperti Perlis,Kelantan,Terengganu,Pahang,Selangor dan Perak mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan Adat Temenggung. Perlantikan sultan atau raja adalah secara perwarisan takhta. Apabila raja mangkat baginda akan digantikan oleh putera gahara sulung sahaja. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, hak perwarisan takhta boleh diberi kepada saudara lelaki sultan atau raja. Walau bagaimanapun hak perwarisan takhta bukanlah mutlak kerana pembesar-pembesar mempunyai pengaruh yang besar dalam melantik orang lain sebagai sultan. 2.Sistem perwarisan takhta di Perak sedikit berbeza dengan negeri-negeri Melayu lain. Perak mengamalkan sistem pemerintahan secara bergilir. Mengikut sistem penggantian bergilir, apabila sultan mangkat, Raja Muda akan dilantik menjadi sultan, Raja Bendahara menjadi Raja Muda, Raja Dihilir menjadi Raja Bendahara dan putera sulung sultan dilantik menjadi Raja Dihilir. 3.Putera gahara sulung mesti melalui tiga peringkat jawatan sebelum ditabalkan menjadi sultan atau raja. Walau bagaimanapun adakalanya sistem penggantian bergilir tidak diikuti kerana pembesar boleh mengenepikan sesiapa yang tidak disukai atau dianggap tidak sesuai dan memilih mana-mana raja yang disukai sebagai sultan 4.Sistem politik yang diamalkan di Negeri Sembilan berasaskan Adat Perpatih. Pemerintahnya bergelar Yang di-Pertuan Besar. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain. Perlantikan Yang di-Pertuan Besar dianggap lebih demokratik kerana dipilih atau dilantik oleh Undang Berempat iaitu Undang Sungai Ujong, Undang Jelebu, Undang Johol dan Undang Rembau. 5.Undang Berempat akan memilih pengganti Yang di-Pertuan Besar daripada kalangan putera baginda. Undang Berempat boleh juga memilih orang lain yang dianggap layak dengan memberi keutamaan kepada saudara lelaki Yang di-Pertuan Besar yang memerintah itu. Sekiranya Yang diPertuan Besar tiada putera atau saudara lelaki, orang lain yang dianggap layak akan menggantikan Yang di-Pertuan Besar. Peranan Sultan sebelum campur tangan British(12m) 1.Menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Rakyat tidak boleh mempersoalkan hak dan kewibawaan seseorang Sultan. 2.Seseorang sultan/raja sedaya-upaya memerintah dengan adil, saksama, bijaksana dan bermuafakat untuk mewujudkan negeri yang aman dan sejahtera.

5 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

3.Baginda dianggap lambang perpaduan, sultan dianggap suci dan kudus. Sultan juga dianggap sebagai khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu titah sultan tidak boleh disanggah. Ini bermakna segala urusan pemerintahan raja adalah perintah Allah. 4.Kedudukan sultan yang suci diperkukuhkan melalui konsep daulat iaitu mempunyai kebolehan istimewa, adil, bekuasa dan berwibawa. Daulat adalah batas pemisah antara sultan dengan rakyat. Rakyat yang enggan mengakui kedaulatan sultan dianggap menderhaka dan akan ditimpa tulah atau kecelakaan. 5.konsep daulat akan mengukuhkan dan meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Konsep daulat diperkukuhkan dengan penggunaan bahasa dalam, warna kuning dan putih. Payung kuning untuk anak raja, payung putih untuk raja, alat-alat kebesaran seperti cop mohor, nobat, pedang dan keris kerajaan dan sebagainya. 6.Perpaduan dan keharmonian rakyat amat diutamakan kerana kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. 7.Baginda menjadi ketua angkatan tentera. Jika berlaku peperangan sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara. 8.Sultan mempunyai kuasa untuk melaksanakan sistem kerah iaitu rakyat diwajibkan melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan/raja tanpa upah dalam tempoh tertentu. Pembesar dengan perintah sultan / raja boleh mengerahkan rakyat membuat kerja membina istana, menjadi tentera, membina jambatan dan sebagainya. 9.Sulta/raja mempunyai kuasa memungut cukai ke atas kawasan yang ditadbir baginda dan mengutip cukai dari kawasan pedalaman. Contoh Sultan Abd Samad menerima cukai hasil bijih dari Kelang daripada Raja Mahadi. Kesimpulan.(2m) Campur tangan British telah menjejaskan sistem, peranan dan tanggungjawab sultan/raja. Walau bagaimanapun kuasa dan kedudukan sultan dipulihkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan penubuhan Majlis Raja-Raja, yang tujuannya untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi, perkenan raja-raja diperlukan dalam perkara seperti perhubungan, migrasi, perlantikan pegawai kanan kerajaan dan sebagainya.

6 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

3. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Skema markah Pengenalan (3m) Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di Tanah Melayu. Penanaman kopi dan tebu yang berharga tinggi pada ketika itu lebih menguntungkan. Mulai 1839 permintaan terhadap getah telah meningkat berikutan penciptaan tayar motokar oleh Goodyear. Penanaman getah juga bertambah akibat daripada kemerosotan harga kopi dunia. Terdapat beberapa faktor yang mendorong peladang-peladang menanam getah secara besarbesaran di Tanah Melayu. ISI Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah (20m) 1. Sumbangan H.N.Ridley Perlantikan H.N.Ridley sebagai Pengarah Botonical Garden di Singapura pada tahun 1888 melahirkan era baru bagi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu. H.N.Ridley telah berusaha sedaya upaya untuk memperkenalkan getah kepada penduduk tempatan dengan memberi biji-biji benih getah. Beliau juga memujuk peladang-peladang kopi dan tebu supaya menanam getah. Tindakan Ridley berjaya memujuk seorang Cina bernama Tan Choy Yan menanam 16 hektar getah pada tahun 1896. adik-beradik Kinderley juga dipengaruhi oleh Ridley dan menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897 Ridley berjaya memperkenalkan satu cara penorehan saintifik iaitu sistem tulang ikan herring atau ibedem. Cara ini dapat mengeluarkan susu getah yang banyak dan berterusan tanpa merosakkan pokok getah. Ridley juga memperkenalkan satu cara yang selamat untuk mengangkut anak benih getah iaitu dengan membungkusnya dalam arang batu yang lembab. Cara pengangkutan ini membolehkan anak benih getah dihantar ke kawasan yang lebih jauh. Ia dapat membantu pembukaan ladang-ladang getah yang baru. 2. Dasar Kerajaan Pada tahun 1897, cukai tanah yang rendah iaitu sebanyak 10 sen dikenakan ke atas tanah yang berukuran seekar untuk 10 tahun pertama ditanam dengan getah. Selepas 10 tahun , cukai cukai ini dinaikkan menjadi 50 sen seekar. Duti sebanyak 2.5% dikenakan ke atas getah bagi 15 tahun yang pertama. Selepas 15 tahun duti ini dinaikkan kepada 5%. Sesiapa yang membuka tanah untuk penanaman getah akan diberikan hak milik yang kekal. Akibatnya ramai pelabur melibatkan diri dalam kegiatan penanaman getah di Tanah Melayu. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah membaiki sistem perhubungan iaitu jalan raya dan landasan keretapi untuk menghubungkan kawasan ladang dengan bandar dan pelabuhan.

7 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

Pada tahun 1899 kerajaan telah menguntukkan wang berjumlah RM4000 bagi menjalankan eksperimen-eksperimen getah dan lain-lain tanaman. 3. Kemerosotan harga kopi Kemerosotan harga kopi turut membantu memperkembangkan perusahaan getah di Tanah Melayu. Di antara tahun 1896-1900 harga kopi di pasaran telah mengalami kemerosotan. Kejatuhan harga kopi adalah disebabkan penawaran kopi adalah lebih daripada permintaan di pasaran dunia, kopi di Tanah Melayu menghadapi persaingan hebat daripada kopi Brazil. Pokok kopi juga diserang oleh penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk. 4. Tambahan permintaan getah dunia akibat perkembangan perusahaan yang menggunakan getah. Perkembangan perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke-20 mengakibatkan penggunaan getah dunia meningkat. Penciptaan tayar angin oleh J.B.Dunlop pada tahun 1888 dan perkembangan perusahaan motokar membantu menaikkan permintaan getah. Pada masa yang sama harga getah turut melambung tinggi. Malahan penggunaan terhadap getah juga meningkat akibat perkembangan dalam industri kasut, pakaian, perubatan, perabot, tayar dan peralatan elektrik. 5. Bekalan buruh yang murah untuk bekerja di estet-estet. Orang India selatan yang berhijrah secara beramai-ramai ke Sem.Tanah Melayu telah membekalkan tenaga buruh yang murah bagi perusahaan getah. Malahan, buruh-buruh India adalah yang mudah dikawal dan rajin bekerja. Kewujudan mereka telah membolehkan pembukaan banyak estet getah yang besar oleh orang Eropah. 6. Pelaburan Orang Eropah dan penyelidikan saintifik membolehkan pengeluaran getah secara besar-besaran Syarikat Eropah seperti Harrisons and Crosfield, Guthries, Sime Darby dan lain-lain telah melabur secara besar-besaran dalam perusahaan getah. Dengan pengelibatan orang Eropah penyelidikan getah telah bertambah. Pada tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan oleh kerajaan bagi memajukan perusahaan getah. Penyelidikan telah dibuat untuk menaikkan mutu getah serta mencari kegunaan-kegunaannya yang baru.

Kesimpulan (2m) Walaupun berlaku zaman kemelesetan, perusahaan getah masih kekal sebagai perusahaan terpenting di Tanah Melayu. Perusahaan getah semakin berkembang sehingga pada tahun 1914. semenanjung Tanah Melayu telah membekalkan lebih setengah daripada bekalan getah dunia.

8 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

4. Bincangkan faktor-faktor penentangan terhadap campur tangan British di Perak dan Pahang pada abad ke-19. Skema markah Pengenalan(3m) Selepas British campur tangan secara rasmi di Negeri-negeri Melayu mereka telah mengambilalih pentadbiran dengan memperkenalkan sistem residen pada tahun 1874. Residen bertindak sebagai penasihat raja-raja Melayu dari segi pentadbiran dan ekonomi. Sistem ini telah diperkenalkan di Perak pada tahun 1784 dengan J.W.W Birch sebagai residen yang pertama dan di Pahang pada 1888 dengan J.P. Rodger sebagai residen pertama.Tujuan utama sistem ini diperkenalkan untuk membantu dan menasihati Raja-raja Melayu dari segi pentadbiran dan ekonomi serta mengembalikan keamanan di Perak dan Pahang. Walau bagaimanapun pengenalan sistem Residen telah mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu di Perak dan di Pahang. ISI. Faktor-faktor kebangkitan di Perak. (10m) 1. Kelemahan Perjanjian Pangkor. Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pd 20 Jan 1874 , tetapi Birch hanya memulakan tugasnya sebagai Residen British di Perak pd 4 Nov 1874 iaitu hampir 10 bulan kemudian. Ini membolehkan pembesar-pembesar Perak yang tidak berpuas hati dengan sistem residen telah menentang Raja Abdullah. Sultan Abdullah telah mengambil peluang drpd kelewatan tersebut utk memerintah Perak dgn sebebas-bebasnya. Baginda byk menghabiskan masa dgn berjudi, sabung ayam dan menambah hutang. Perjanjian Pangkor membolehkan Sultan Abdullah dilantik sebagai sultan. Dlm masa yg sama terdapat masalah tuntutan takhta oleh Raja Ismail dan Raja Yusuf. Raja Ismail juga tidak mahu menyerahkan alat-alat kebesaran negeri yg menjadi syarat . Birch melanggar syarat yang diperuntukkan dlm Perjanjian Pangkor. Mengikut perjanjian tersebut, sempadan Dinding dan Pangkor dan diserahkan kpd pihak British mengikut perjanjian Low akan dikembalikan semula, walau bagaimanapun utk menyelesaikan masalah ini, kawasan seluas 200 batu persegi termasuk bahagian Selama yg mempunyai banyak bijih timah dimasukkan ke dlm pentadbiran British.Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar Perak. 2. Kelemahan peribadi Birch. a. Birch tidak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran di NNM. Beliau tidak boleh bertutur dlm bahasa Melayu serta tdk memahami budaya dan adat resam Melayu. Kekurangan ini menyebabkan beliau sukar utk menjalinkan hubungan dengan sultan dan pembesar Melayu. Birch juga dilihat tdk sabar dan tdk mahu bertolak ansur apabila berurusan dgn sultan dan pembesar. Ini bertentangan dengan adat Melayu yang menjunjung tinggi sultan dan pembesar sebagai pemimpin yang dihormati. b. Pembaharuan yang dilakukan tanpa berunding dgn Sultan Abdullah. Birch mengarahkan Sultan Abdullah berdiam diri selepas Sultan Abdullah memberitahu Birch supaya berunding dahulu

9 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

sebelum melakukan apa-apa pembaharuan. Tindakan ini menyebabkan Sultan Abdullah mengutuskan wakil iaitu Raja Idris ,Laksamana dan Muhammad Arshad utk bertemu Sir Andrew Clarke tetapi tidak dilayan, malah Birch telah mengugut akan menyerahkan jawatan sultan kepada Raja Yusuf sekiranya baginda enggan menandatangani perisytiharan tersebut. 3. Pembaharuan-Pembaharuan Birch a. Antaranya ialah pungutan cukai, sistem kewangan dan perlembagaan. Birch telah membatalkan pajakan Kuala Sg Perak yang dibuat Sultan Abdullah dengan Lee Cheng Tee dengan kadar 2600 ringgit setahun selama 10 tahun. Birch mengarahkan saudagar tersebut memohon semula pajakan berkenaan. b. Birch juga telah membatalkan cukai bijih timah di Batang Padang yang sebelum ini dinikmati oleh sultan dan diganti dgn bayaran royalty 9 ringgit bagi setiap barang yang dipungut di Kuala Perak. Bagi mendapatkan wang, kerajaan negeri telah memusatkan pungutan cukai dgn meletakkannya dibawah pegawai Eropah yang dilantik oleh residen sebagai wakil sultan dibenarkan mengutip cukai. Pembesar lain tidak dibenarkan dan ini bercanggah dengan nilai-nilai yang diwarisi sejak turun temurun.,misalnya Datok Maharaja Lela dan Datok Sagor mendapat hasil dari perahu yang keluar masuk. c. Dalam melaksanakan peraturan cukai ini, Birch bertindak keterlaluan dgn membakar rumah Raja Ngah di Bidor kerana memungut cukai drpd pelombong Cina di situ, Raja Ngah adalah saudara kpd Raja Ismail. Sebelum ini baginda bersifat berkecuali, tetapi tindakan tersebut menimbulkan kemarahan beliau. d. Birch juga telah campur tangan dlm soal perhambaan yang diamalkan di Perak .Sistem ini menjadi kebanggaan pembesar Perak sejak sekian lama. Kebanyakan hamba yang lari adalah wanita yang diberi perlindungan oleh Birch di rumah kediamannya di Bandar Bahru. Hamba-hamba ini tidak dikembalikan kpd tuannya sehingga menimbulkan syak wasangka tentang moral Birch. Beliau dikatakan menyeludup seorang perempuan Melayu ke Pulau Pangkor.Tuntutan sultan Abdullah terhadap hamba-hamba ini tidak dilayan oleh Birch. e. Penubuhan Balai-balai Polis di Kuala Kurau, Beruas, Kota Setia, Durian Sebatang, Tanjung Piandang, Bidor, Kuala Kangsar, Trong dan Lumut telah menyebabkan pegawai polis mengambilalih kuasa pentadbiran di peringkat tempatan. Jawatan penghulu yang dilantik oleh sultan dan Pembesar dengan menggunakan sistem warisan telah terjejas. f. Birch juga telah menyusun semula cukai-cukai pajak, candu, arak, judi , permit balak, cukai perahu, senjata, padi dan memotong atap. Cukai-cukai turut dikenakan ke atas perahu dan perahu dagang. Perahu nelayan yang boleh membawa 3 orang di dalamnya dikenakan cukai 50 sen . Perahu dagang dan tongkang dikenakan $ 1.00. Sesiapa yang melanggar arahan akan didenda $25.00 dan perahu mereka akan dirampas.

Faktor-faktor kebangkitan di Pahang. (10m) a. Perasaan tidak puas hati Sultan akibat kehilangan kuasa politik.

1 0 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 Rasa tidak puas hati Sultan Ahmad yang hilang kuasa mentadbir serta memungut cukai. Pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri pula hanya meletakkan raja sebagai pengerusi menyemarakkan lagi perasaan tidak puas hati sultan. Lagipun British tidak menyukai Sultan Ahmad dan ingin menggantikan Tengku Mahmud sebagai Sultan yang baru. Keadaan ini menyebabkan Sultan telah memanggil pembesar-pembesar Pahang untuk bermesyuarat di Pulau Tawar. b. Perasaan tidak puas hati pembesar. Para pembesar juga menentang kerana mereka dilarang daripada memungut cukai, menyimpan hamba abdi, mengamalkan sistem kerah dan menghakimkan kes-kes sivil dan jenayah di daerah masing-masing. Pembesar-pembesar juga tiada kuasa dalam majlis Mesyuarat Negeri serta hilang punca pendapatan. Sebagai ganti, mereka akan dibayar elaun bulanan sahaja. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar-pembesar Melayu. Dato Bahaman pula berasa tidak puas hati ekoran daripada tindakan British yang membelakangkan beliau dalam pentadbiran di kawasan Semantan terutama apabila British membina balai polis di Lubuk Terua. Beliau telah menghantar surat bantahan kepada E.A.Wise. Walau bagaimanapun, British tidak mengendahkan bantahan Dato Bahaman. Dato Bahaman juga tidak puas hati dengan jumlah elaun iaitu 70 ringgit sebulan yang dibayar oleh British kepada pembesar berlapan termasuk Dato Bahaman. Tok Gajah dan Mat Kilau juga menentang kerana kegagalan Majlis Mesyuarat Negeri membenarkan orang-orang Melayu Pahang menangguhkan pembayaran cukai tanah. Elaun yang ditawarkan kepada mereka juga rendah. c. Perasaan tidak puasa hati rakyat Rakyat Pahang juga menentang kerana sistem cukai, lesen dan permit yang membebankan mereka. British juga melarang orang Melayu Pahang membawa atau memakai keris ketika keluar dari rumah. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana Biritsh tidak memahami soal adat resam Melayu. Keadaan ini menyusahkan rakyat. Ia menyebabkan timbul penentangan terhadap British. Pada ketika itu juga timbul perasaan anti asing di kalangan masyarakat Melayu terutama terhadap pegawai-pegawai British, askar-askar British dari Punjab serta polis dari India yang dianggap sangat sombong, tidak memahami Bahasa Melayu dan bersikap biadap terhadap orang-orang Melayu. Kesimpulan (2m) Dengan ini jelas menunjukkan bahawa penentangan masyarakat Melayu di Perak dan Pahang telah menyebabkan British mengubah pelaksanaan sistem Residen pada tahun 1896. Mulai tahun 1896 hingga 1909, British cuba memperkenalkan satu pentadbiran baru iaitu negeri-negeri Melayu Bersekutu. Penentangan tersebut juga telah menjadi titik tolak kepada wujudnya semangat nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu.

1 1 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 5. Rancangan penubuhan Malaysia merupakan satu usaha mengekang pengaruh komunisme di Tanah Melayu, Singapura,Sabah dan Sarawak. Bincangkan pernyataan ini. Skema markah Pengenalan(3m) Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 dengan dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah(Borneo Utara). Namun pada 1965 Singapura telah diusir keluar oleh Tunku Abdul Rahman. ISI (20m) 1.Bagi Tanah Melayu Isu keselamatan negara dari ancaman komunis/sayap kiri merupakan perkara yang serius dan perlu ditangani dengan segera dan berkesan. Masalah politik yang dihadapi oleh PAP pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura dan kemungkinan sayap kiri PAP yang dipimpin oleh Lim Chin Siong berkuasa lalu membawa kepada sebuah republik komunis. Tunku bimbang kerana Tanah Melayu masih berhadapan dengan masalah pemberontakan komunis walaupun darurat sudah diisytiharkan tamat. Sebelum ini sejak 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pemimpin-pemimpin politik Melayu sentiasa menolak percantuman Singapura dengan Tanah Melayu kerana isu ras. 2.Pengaruh komunis juga turut berkembang dan mengancam penduduk Sarawak. Bagi Tunku Abdul Rahman penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei dapat membentuk pakatan menyekat pengaruh komunis. Sebab-sebab lain Mempercepatkan Kemerdekaan . Penubuhan Malaysia akan memberi peluang kepada Sabah, Sarawak dan Brunei, dan Singapura untuk mencapai kemerdekaan lebih awal. Ini kerana negeri-negeri tersebut masih berada di bawah pemerintahan Inggeris. Sebab itu gagasan Malaysia dicadangkan. i. Oleh yang demikian, Inggeris berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Sekiranya mereka bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Keseimbangan Kaum . Selain faktor di atas, cadangan gagasan Malaysia dapat mewujudkan keseimbangan antara kaum dengan bukan bumiputera. Hal ini berlaku kerana 75 peratus penduduk Singapura terdiri daripada kaum Cina. Tunku Abdul Rahman bimbang jumlah kaum bukan bumiputera akan melebihi jumlah orang Melayu. Sementara itu di Sabah dan Sarawak lebih 70 peratus pendudkuk nya terdiri daripada kaum bumiputera. i. Lantaran itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei bagi mewujudkan keseimbangan kaum. Kerjasama Ekonomi . Penubuhan Malaysia juga bertujuan untuk membentuk kerjasama ekonomi bagi meningkatkan pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak. Pada masa itu Sabah dan Sarawak masih mundur sedangkan Tanah Melayu, Singapura, dan Brunei telah mencapai kemajuan. Oleh itu penubuhan Malaysia dijangka dapat mewujudkan keseimbangan ekonomi di semua wilayah

1 2 SEJARAH 2 Kesimpulan. (2m) Akhirnya setelah melalui pelbagai rintangan dari dalam dan tentangan pihak luar Persekutuan Malaysia berjaya ditubuhkan pada 16 Sept 1963. Seterusnya menjadi negara berdaulat dan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah khususnya ancaman pihak komunis dan pembangunan negaranegara yang menjadi anggota Persekutuan Malaysia. Namun pada tahun 1965 Singapura terpaksa dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia. SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

1 3 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 6. Bincangkan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963SKEMA JAWAPAN A. PENGENALAN (3m)

Selepas pembubaran Malayan Union, pemerintahan Malaysia diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan PTM menjadi teras sistem demokrasi berparlimen di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan. Pentadbiran Malaysia terdiri dari tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong yang menjadi simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Setiap badan dipegang oleh pihak berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

B. ISI ISI PENTING (20m) 1. BADAN PERUNDANGAN Peringkat pusat/Persekutuan

Sistem kerajaan Malaysia berasaskan perlembagaan yang banyak persamaan dengan perlembagaan Britain dan India. Mengikut perlembagaan Malaysia ketua negara ialah DYMM Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Baginda ialah seorang raja berperlembagaan. Dalam menjalankan kuasa pemerintahan di bawah perlembagaan Yang Dipertuan Agung bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Mengikut undang-undang Parlimen Malaysia terdiri daripada Yang Dipertuan Agung. Dewan Negara ( wakil dari perkhidmatan awam ) dan Dewan Rakyat ( wakil yang dipilih ). Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurangnya dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

YANG DIPERTUAN AGONG

Satu perbezaan dalam perlembagaan yang tidak ada dalam mana-mana negara lain ialah Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja daripada kalangan 9 orang Sultan Melayu. Sebagai ketua negara, baginda mempunyai kuasa mengampunkan kesalahan-kesalahn lain dalam Wilayah Persekutuan Kula Lumpur dan segala hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Baginda juga memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Baginda juga Boleh mengisyhtiharkan undang-undang tentera atau darurat.

1 4 SEJARAH 2Dewan negara.

SKEMA PERCUBAAN

SELANGOR 2011

Adalah majlis tertinggi Parlimen. Tugas utama ialah membahaskan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli dipilih dan dilantik. 26 orang ahli dipilih oleh Dewan Undngan Negeri dan 43 orang ahli yang dilantik oleh YPA. Ahli Dewan Negara berkhidmat sebagai anggota Dewan selama 3 tahun dan tertakluk sama ada dia akan dilantik dan dipilih semula.

Dewan rakyat. Dewan Rakyat terdiri daripada 192 orang wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal undang-undang dan meluluskan undangundang.

2. BADAN EKSEKUTIF Pentadbiran kerajaan pusat

Badan eksekutif memainkan peranan menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang yang ada. Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Pentadbiran peringkat Persekutuan dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri bertanggungjawab memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran dengan licin dan teratur. Jemaah Menteri diketuai oleh PM dengan dibantu oleh TPM dan menteri-menteri lain sebagai ahli. Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Persekutuan beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun diwujudkan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai Kementerian dan kakitangan yang dikenali sebagai pegawai kerajaan.

Pentadbiran kerajaan negeri. Kuasa eksekutif peringkat negeri terletak pada Sulatn/Raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri

1 5 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 Kuasa tersebut dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan ( EXCO ) Badan ini diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri yang dilantik oleh Sultan/Raja/YDP Besar atau YDP Negeri. Majlis ini bersama-sama bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dipanggil Majlis Tertinggi manakala Di Sabah di panggil Jemaah Negeri. Menteri Besar/Ketua Menteri dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan negeri dan tertakluk kepada senarai negeri dan senarai bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Pentadbiran meliputi tanggungjawab hal ehwal tanah dan galian, air, agama dan pertanian. Di peringkat daerah, pentadbiran diketuai oleh pegawai daerah.

Pentadbiran kerajaan tempatan.

Kerajaan Tempatan terdiri daripada Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang YDP dan ditadbir oleh sebuah majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Fungsi utama kerajaan tempatan ialah memberi tumpuan kepada pembangunan sosioekonomi. Di Sabah pentdbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung. Setiap daerah ditadbir oleh Pegawai daerah yang dibantu oleh Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung. Di Sarawak pentadbirannya dibahagikan kepada bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibantu oleh Temenggung. Di daerah ditadbir oleh Pegawai Residen dan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak. Manakala kampung ditadbir oleh Penghulu.

3. BADAN KEHAKIMAN

Bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman yang dilaksanakan oleh pihak mahkamah. Kuasa kehakiman terleltak pada dua mahkamah tinggi (Tanah Melayu dan Borneo) dan beberapa Mahkamah Rendah. Mahkamah mempunyai bidang kuasa besar dalam bidang Perundangan dan Eksekutif iaitu: A. B. Kuasa mentaksir perlembagaan dan undang-undang. Kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang

1 6 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 C. Kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang persekutuan dan negeri tidak sah dan batal.

Mengikut perlembagaan persekutuan , badan kehakiman sebagai sebuah badan yang bebas bagi membolehkan mahkamah menjalankan tugas dengan adil dan saksama. KESIMPULAN (2m) Sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga 1963 telah distruktur dengan jelas di peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri termasuk Sabah dan Sarawak.Dengan ini pentadbiran Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dapat berjalan sistematik dan lancar. Keadaan ini menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi sehingga hari ini.

1 7 SEJARAH 2 Bahagian B 7. Bincangkan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Cina sebelum kedatangan Barat. Pendahuluan: ( 3 m ) Adat mempunyai pertalian rapat dengan masyarakat . Membentuk satu sistem nilai dan mewujudkan satu peraturan untuk mengawal perlakuan anggota masyarakat sebelum kedatangan barat. China dan India telah mempunyai sistem adat yang tersusun dan teratur yang diamalkan secara turun-temurun. Isi: Adat di China ( 10m ) 1. Wanita hamil -Tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengkebumian dari mula hamil sehingga 100 hari selepas bersalin -Wanita baru bersalin perlu berehat dan mengambil makanan berkhasiat -Dilarang mengambil sayuran dan buahan mentah mengelakkan jatuh sakit, bertujuan menjaga kesihatan ibu dan anak 2. Adat perkahwinan -Diatur sejak kecil lagi bertujuan agar hubungan kekeluargaan tidak terputus -Anak yang dilahir dianggap menyambung keturunan generasi orang tua mereka -Majlis akan diadakan di pihak lelaki sahaja -Sekiranya tiada anak tidak akan ada persembahan bagi memuja roh ibu bapa mereka dan ini dianggap memalukan generasi terdahulu 3. Adat berkaitan bayi atau anak kecil -Anak yang dilahirkan dikira satu tahun dan sewaktu satu tahun ia dikira 2 tahun. Ini kerana umur bayi dikira bermula dari masa ibu mengandung. -Soal pendidikan amat diambil berat, ditekankan ajaran Confucius dan menghormati keluarga 4. Adat membebat kaki -Untuk tujuan kecantikan dan mengawal pergerakan anak gadis supaya tidak bergerak jauh -Kaki anak gadis dibebat antara umur 4 hingga 8 tahun -Menyebabkan kaki anak gadis menjadi kecil dan tidak seimbang dan hanya mampu melangkah kecil -Lenggok jalan seperti pokok willow dianggap cantik -Diamalkan oleh golongan masyarakat berada 5. Adat pemujaan nenek moyang -Menyediakan bahan persembahan seperti ayam, buah-buahan (bentuk makanan) di atas meja tempat memuja -Biasanya anak lelaki yang tua mewakili ahli keluarga -Bertujuan menghormati nenek moyang -Dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga -Penghormatan dilakukan pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru Cina 6. Tilikan dan Feng Shui SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

1 8 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 -Sangat percaya tilikan untuk menentukan nasib seseorang mengikut empat pusingan hidup iaitu masa lahir, nama, rupa dan Feng Shui -Feng Shui amat mempengaruhi kehidupan masyarakat China seperti menentukan tapak rumah, kubur, bangunan dan sebagainya 7. Adat berkenaan anak lelaki - Masyarakat China tradisional mementingkan anak lelaki kerana akan mengekalkan nama keluarga - Anak perempuan yang telah berkahwin akan menggunakan nama keluarga suaminya - Oleh itu kelahiran anak lelaki disambut meriah berbanding anak perempuan 8. Adat Kow Tow -adat ini merupakan satu cara menghormati raja ketika mengadap raja -rakyat akan meniarap sembilan kali di hadapan maharaja sebagai penghormatan kepada pemerintah. Adat ini diguna pakai kepada orang barat yang datang ke China walaupun tidak digemari oleh pihak barat.

Adat di India ( 10m) Masyarakat di India mengamalkan sistem adat dalam seluruh kehidupan sejak lahir sehingga saat kematian 1. Adat ibu mengandung -Ibu yang hamil mempunyai banyak pantang larang kerana ditakuti akan mempengaruhi bayi dalam kandungan seperti tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mengumpat, bergaduh, dengki. 2. Adat kelahiran -Masyarakat India tidak menyukai kelahiran bayi perempuan. Oleh itu mereka melakukan adat pembunuhan bayi perempuan. Ini untuk mengelakkan ibu bapa menanggung penderitaan membayar dowry apabila anak mereka berkahwin. Apabila anak perempuan tidak berkahwin pula ibu bapa akan mendapat malu. -Selepas kelahiran, bibir bayi akan disapu madu dan minyak sapi yang dilakukan oleh golongan Brahmin. 3. Adat perkahwinan -Sebelum berkahwin mereka akan menetapkan hari yang baik untuk melangsungkan perkahwinan. -Ia dilakukan oleh golongan Brahmin. -Pihak perempuan hendaklah memberikan dowri kepada pengantin lelaki. 4. Adat Sutte -Adat ini diamalkan apabila seorang isteri kematian suaminya. Merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu dengan merelakan diri mereka dibakar bersama suami. Diamalkan sebagai bukti kesetiaan. -Pada 1818 seramai 800 balu telah menjalani adat ini dipedalaman Benggal. -Adat ini telah dihapuskan oleh Willian Bentick melalui Akta 1829. 5. Adat tidak membenarkan balu berkahwin semula -Balu dilarang berkahwin semula selepas kematian suami, oleh itu larangan

1 9 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 menghias diri dan hanya membenarkan pemakaian sari berwarna putih sahaja. -Balu juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. 6. Adat Thuggee -Dilakukan oleh golongan Tug di Wilayah Timur Laut India. Merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. -Diamalkan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali. -Pada 1829 William Bentick membentuk sebuah badan untuk hapuskan golongan Thu. 7. Sistem kasta (vama) -membahagikan masyarakat kepada golongan tertentu bertujuan menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. 4 kelas masyarakat iaitu i. kysatria (perwira,aristocrat), ii.Brahmin (sami), iii. vaisya (pedagang) iv. sudra (rakyat biasa) Kesimpulan (2m) Adat dan hukum adat di China dan India mempunyai peranan dan garis panduan yang harus diikuti oleh setiap anggota masyarakat. Adat di China tertumpu kepada golongan pemerintah sedangkan di India lebih kepada sistem nilai yang membentuk keperibadian masyarakat.

2 0 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 8. Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di Siam dan di China pada abad ke-19. Pengenalan (3m) -Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara Asia termasuk China dan Siam. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat -Bagaimana pun pada akhirnya Siam terpaksa juga menerima kedatangan barat dengan cara yang baik dengan menandatangani perjanjian Bowring 1855 -Sedangkan pihak China meneruskan dasar tutup pintu hinggakan memaksa pihak Barat membukanya secara paksa melalui perang Candu dan diakhiri perjanjian Nanking 1842. B. ISI ISI PENTING Dasar Isolasi/ Tutup Pintu Thailand (10m) Thailand mengamalkan dasar isolasi sejak pengasasan Dinasti Chakri oleh Jeneral Chakri ( Raja Rama 1) pada tahun 1782. Thai enggan mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat atas beberapa alasan iaitu :-Mempunyai segala keperluan yang mencukupi dan tidak memerlukan sebaran barangan kecuali senjata. Thai hanya berminat berdagang dengan China. Bimbang kuasa Barat akan cuba mengambil kesempatan campur tangan dalam politik tempatan dengan memihak kepada Burma, Vietnam dan Kemboja yang sedang berperang dengan Thailand. -Raja Rama II (1809-1824) mengadakan hubungan terhad dengan kuasa Barat. Raja Rama II mengadakan hubungan perdangan dengan Portugis menerusi perjanjian dengan Carlos Manuel Silveria pada tahun 1818 di bawah kawalan Thai. Usaha Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk mendapatkan kebenaran perdagangan tidak dilayan oleh Raja Siam. Keadaan politik di negeri-negeri Melayu Utara naungan Siam memaksa Siam berhubung dengan kuasa Barat terutamanya British. Siam telah campur tangan dalam hal ehwal politik kedah pada tahun 1818 dengan memaksa Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin menyerang Perak yang enggan menghantar bunga emas ke Siam. Sultan Kedah terpaksa menyerang Perak untuk mengelakkan serangan Siam. Sekitar tahun 1821, Siam sekali campur tangan di Kedah apabila Kedah bersekutu dengan Burma menentangnya. Siam bertindak menghantar satu pasukan tentera untuk menyerang Kedah. Sultan Ahmad Tajuddin melarikan diri ke Pulau Pinang untuk meminta perlindungan dan bantuan tentera British. Kesan daripada itu, Siam menghantar John Crowford ke Siam pada tahun1822 untuk mengadakan perhubungan perdagangan dengan Siam. Utusan John Crowford mengalami kegagalan kerana Raja Rama II enggan mengadakan sebarang perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat. -Raja Rama III (1824-1851) terpaksa melonggarkan dasar tutup pintu untuk mengelakkan Siam kehilangan wilayah kepada kuasa Barat. Perubahan sikap ini disebabkan meletusnya Perang Inggeris Burma 1 dan hubungan Inggeris-Siam dengan negeri-negeri Melayu Utara. Kesan Perjanjian Yandabo yang menamatkan Perang Inggeris-Burma 1 pada tahun 1826 merugikan Burma dan juga mengancam keselamatan Siam. Raja Rama III bimbang akan menerima nasib yang sama dengan Burma jika Siam degil dan terus mengamalkan dasar tutup pintu.

2 1 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 Baginda melonggarkan dasar pemencilan untuk mengurangkan alasan campur tangan British di wilayah-wilayahnya di negeri-negeri Melayu Utara. Raja Rama III merintis jalan dengan mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan dengan kuasa british di Pulau Pinang dengan menandatangani perjanjian Burney pada 20 Jun 1826. Namun, dasar buka pintu Raja Rama III tidak kekal lama khususnya selepas kekalahan China dalam Perang Candu pertama (1839-1842). Malahan Siam tidak memperoleh sebarang keuntungan melalui perdagangan dengan kuasa Barat.Justeru Rama III mengubah dasar politiknya dan mengehadkan semula hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat dengan mengamalkan dasar isolasi. Sekatan perdagangan dengan mengenakan beberapa cukai baru terhadap barang-barang dari luar dan mengawal eksport barangannya. Contohnya, cukai gula dinaikkan kepada hampir 40%. Walau bagaimanapun usaha-usaha kuasa barat untuk membuka pintu Siam berterusan. Pada tahun 1850an, Britain dan Amerika Syarikat cuba mengadakan perdagangan. Utusan British diketuai oleh James Brooke sementara Amerika Syarikat diwakili Joseph Ballestiar ke Siam. Kedua-dua utusan itu gagal memperoleh sebarang hak wilayah dan perdagangan di Siam. Raja Mongkut (1851-1868) menyedari kuasa-kuasa Barat sedang meningkatkan usaha memperluas lingkungan pengaruh masing-masing. Tindakan ini mengancam kedaulatan Siam. Pencerobohan British di Burma dan China membimbangkan kemerdekaan Siam. Raja Mongkut merasakan langkah-langkah positif perlu diambil untuk mengelakkan Siam daripada pencerobohan kuasa-kuasa Barat. B) Dasar Tutup Pintu China (20m) -Pada peringkat awal China menjalankan hubungan dengan kuasa-kuasa barat, namun hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19. Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar isolasi -Beberapa peraturan perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas pedagang-pedagang barat. Dasar ini dilakukan oleh China kerana : a) Bimbang kuasa barat akan mengunakan peluang dari hubungan ini untuk campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan b) Perluasan agama Kristian dan budaya barat dikuatiri akan mencemarkan agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak masyarakat Cina c) Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan imej Cina d) Orang-orang Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun e) Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu pekerjaan yang hina. Oleh itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber

2 2 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 -Bermula pada abad ke 19 kuasa-kuasa barat mula memperlihatkan keinginan yang kuat untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan barang-barang dagangan seperti teh dan sutera -Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan dasar ekonomi tertutup tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar -Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah memberikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang penting ialah Tungfoo dan Kwonglei -Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika Syarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkaraperkara yang bersangkutan dengan perdagangan -Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China. Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan perdagangan orang-orang barat di China antaranya: a) Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja b) Orang-orang barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang merupakan wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan perdagangan dengan orang-orang asing c) Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan d) Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim perniagaan e) saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan f) Saudagar-saudagar barat tidak membawa masuk isteri dan senjata api ke China

g) Orang-orang barat juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina h) Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas dan hanya dibenarkan melawat Taman Bunga sahaja -Peraturan-peraturan ini menyukarkan pedagang-pedagang barat untuk menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah meletus. berdagang dan

Kesimpulan (2m) Negara China dan Siam mengamalkan dasar tutup pintu atas sebab-sebab tertentu. Kedua-dua negara tidak memerlukan barangan dari luar. Yang membezakan dasar isolasi kedua-dua negara ialah boleh dikatakan bahawa dasar isolasi China lebih kepada sesuatu yang total dan mutlak. Dasar isolasi Siam pula sentiasa berubah-ubah mengikut perkembangan politik dan dasar pemerintahannnya.

2 3 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011

9. Bincangkan implikasi Perjanjian Bowring 1855 di Thailand dan Perjanjian Yandaboo 1826 di Burma. Pengenalan (3 m) -Perjanjian Bowring 1855 ditandatangani oleh raja Mongkut dengan British bertujuan untuk mengekalkan kedaulatan Thailand. -Perjanjian Yandaboo dimeterai pada Februari 1826 akibat kekalahan Burma dalam perang Inggeris Burma 1 -Kedua dua perjanjian ini memberikan implikasi yang besar terhadap Thailand dan Burma terutama dalam soal pemerintahan dan politik Isi-isi penting: (20 m) Implikasi Perjanjian Bowring (10 m) i. Permulaan Dasar Buka Pintu Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menandatangani siri perjanjian- perjanjian perdagangan dengan kuasa Barat yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856), Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1862), Belgium, Norway, Itali dan Sweden (1868) dan diteruskan oleh anaknya Chulalongkorn misalnya dengan Jerman 1872. ii. Hubungan Diplomatik yang erat -Siam menjalinkan hubungan diplomatik dengan British dan kuasa Barat yang lain atas dasar persamaan taraf. -Selepas Perjanjian Bowring, Raja Mongkut telah menghantar utusan yang diketuai oleh Phaya Suriwongse ke Britain. - Ini mengeratkan lagi persahabatan Siam dengan Britain. iii. Kemerdekaan Siam tetap terpelihara -Dasar buka pintu Siam, hubungan diplomatik yang erat dan keistimewaan yang sama dan adil kepada semua kuasa Barat yang ada di Siam telah menjamin kemerdekaan Siam. iv. Pembukaan Siam kepada perdagangan antarabangsa - Perjanjian Bowring dan perjanjian dengan kuasa Barat yang lain mendedahkan Siam kepada perdagangan antarabangsa. - Perdagangan antarabangsa sangat menguntungkan Siam sendiri di mana sistem ekonomi sara diri digantikan dengan sistem ekonomi komersial. - Bilangan kapal dagang di Siam semakin meningkat - Pengeksportan beras, kayu jati dan gula Siam juga meningkat. v. Britain muncul sebagai pelabur utama - Siam banyak menjalankan perdagangan dengan Britain sehingga Siam dikenali sebagai satelit ekonomi Britain. -Pelabuhan British di Singapura dan Hong Kong sibuk menjalankan perdagangan dengan Siam. vi. Penguasaan perdagangan orang Cina di Siam tamat - Perjanjian Bowring menamatkan penguasaan orang Cina terhadap perdagangan Siam. vii. Perubahan dalam sistem kewangan Siam

2 4 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 - Berikutan dengan perdagangan antarabangsa, kerajaan Siam telah memperbaiki sistem percukaian dan sistem kewangannya. Implikasi perjanjian Yandaboo (10m) i.Memalukan dan menjatuhkan maruah orang Burma Raja Bagyidaw berpendapat Perjanjian Yandaboo berat sebelah dan menjatuhkan maruah Burma .British berjaya menguasai Hilir Burma dan Burma kehilangan wilayah penting seperti Arakan dan Tennaserim. -Pengambilan kedua dua wilayah itu dianggap sebagai satu rampasan terhadap hak rakyat Burma dan Burma menganggapnya tidak sah -Burma tidak menghormati wakil British. Burma enggan menubuhkan pejabat perwakilan Burma di Calcutta,tindakan ini merenggangkan hubungan Inggeris Burma ii.Burma kerugian dari segi Ekonomi -pengambilan Arakan dan Tenneserim merugikan Burma kerana kawasan tersebut kaya dengan pelbagai sumber seperti beras dan kayu jati iii.Meletakkan asas campur tangan British ke seluruh Burma British mula campur tangan dalam politik Burma dan menguasai Hilir Burma Burma mengingkari perjanjian itu dan enggan membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada British menyebabkan British tidak puas hati membawa kepada Perang Inggeris Burma II (1852) dan Perang Inggeris Burma III (1885) keseluruhan Burma dikuasai Inggeris. Kesimpulan (2m) Perjanjian Bowring membawa kepada Thailand ke arah pemodenan dan mengekalkan kedaulatan Thailand. Manakala Perjanjian Yandabo membawa kepada perluasan kuasa British di Burma iaitu menyebabkan berlakunya Perang Inggeris Burma II dan III dan seterusnya menjatuhkan dinasti Konbaung.

2 5 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 10. Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa pemerintah antara Maharaja Tung Chih di China dengan Maharaja Meiji di Jepun. Pengenalan (3m) -Pemulihan Tung Chih ( Chung Hsin ) di China telah bermula pada tahun 1862 sempena dengan pelantikan Tung Chih sebagai Maharaja. Beliau memerintah China dari tahun 1862 sehingga 1875. -Manakala Pemulihan Meiji ( Meiji Ishin ) pula bermula pada tahun 1868 berikutan dengan runtuhnya pemerintahan Tokugawa pada tahun tersebut. Maharaja Meiji memerintah Jepun sehingga tahun 1912. B. SEBAB-SEBAB BERAKUNYA PEMULIHAN. -Sejak pertengahan abad ke 19,China dan Jepun dihadapkan dengan pelbagai krisis. Kedaulatan kedua-dua negara terjejas kesan daripada kemaraan kuasa barat ke Asia Timur untuk merebut peluang-peluang perniagaan. Setelah kalah Perang Candu 1 pada tahun 1839, kerajaan Manchu terpaksa menandatangani perjanjian Nanking 1842 dan perperjanjian-perjanjian berat sebelah dengan kuasa-kuasa barat yang lain. Perjanjian itu menyebabkan terhakisnya autonomi kerajaan dalam pemerintahan negara. Jepun juga terpaksa menandatangani perjanjian yang serupa sejak tahun 1854 (Perjanjian Kanagawa). -Kegagalan kedua-dua kerajaan menghadapi tekanan kuasa Barat ini memperlihatkan bahawa kedua-dua negara itu berada pada kedudukan yang lemah dari segi politik dan ketenteraan berbanding kuasa barat. -Hakikat ini memberikan kesedaran kepada elit pemerintah di kedua buah negara bahawa mereka perlu berbuat sesuatu untuk mengembalikan semula kedaulatan mereka. Ancaman Barat yang berterusan dan ketidakupayaan kerajaan menangkisnya boleh membawa masalah yang lebih buruk ke atas keselamatan dan keadaan ekonomi negara. -Di samping itu di dalam negeri pula kehidupan rakyat semakin tertekan. Pemberontakan di kalangan petani semakin menjadi-jadi. Di China misalnya pemberontakan Taiping hampir-hampir meruntuhkan Dinasti Manchu. Manakala di Jepun pula keresahan di kalangan petani akibat kemerosotan taraf hidup mengugat kestabilan politik di dalam negeri. Berhadapan dengan ancaman luar dan tekanan dalam negeri, para pemimpin di kedua-dua negeri itu mula memikirkan cara-cara bagaimana mengatasi masalah itu dan membangunkan keutuhan politik dan ketenteraan di negara masing-masing. Untuk mencapai tujuan itu maka berlakunya kedua-dua proses pemulihan di China dan Jepun. Walau bagaimanapun, para pelopor pemulihan tersebut mempunyai cara-cara yang berbeza untuk mencapai matlamatnya. Kesimpulan (2) Walaupun dari segi matlamat kedua-dua pemuihan itu hampir sama tetapi cara para pemimpin kedua-dua negara mencapai matlamatnya berbeza. Di China kepercayaan kepada keunggulan warisan tradisi Confucius dalam mengatasi masalah kehidupan bernegara masih tebal walaupun China telah berhadapan dengan ancaman Barat hampir 3 dekad.

2 6 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 11. Sejauh manakah kelemahan institusi beraja di Thailand dan China telah mencetuskan revolusi pada awal abad ke 20. A.Pengenalan (3m) -Revolusi China meletus pada tahun 1911 telah mengakibatkan runtuhnya Dinasti Manchu yang memerintah negara China sejak tahun 1644. Revolusi ini di pimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. -Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi tersebut dipimpin oleh Pridi Panomyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik Raja. -Kedua-dua revolusi tersebut berpunca dari kelemahan institusi beraja yang semakin meruncing sedangkan rakyat yang dipimpin oleh golongan intelektual berkehendakan perubahan dari dikuasai kuasa maharaja yang bersifat mutlak. B. Isi (20M): I. Revolusi China 1911 (10m) i.Kelemahan institusi beraja -Pengaruh dan kuasa kerajaan Mancu mulai merosot pada pertengahan abad ke-19. Kerajaan Mancu tidak cekap dan rasuah serta gagal membaiki taraf hidup dan kebajikan rakyat China. -Populariti raja-raja China merosot apabila berlaku pencerobohan barat dan China kalah dalam beberapa siri peperangan yang dianggap bahawa raja telah kehilangan mandat tuhan. -Kerajaan Mancu juga tidak mempunyai pemimpin yang cekap dan bijaksana pada awal abad ke20. ii.Masalah Cukai dan Rasuah -Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Hanya sebahagian kecil pungutan cukai di wilayah diserahkan kepada kerajaan pusat. Rasuah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda daripada yang ditetapkan. iii.Kekalahan Tentera Manchu dalam peperangan dan pembayaran ganti rugi -Tentera Manchu mengalami kekalahan di dalam Perang Candu 1 dan 2; Perancis pada tahun 1884; Perang China-Jepun 1894-1895; dan Boxer 1900. Kekalahan-kekalahan ini memalukan China. - Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China. Ganti rugi peperangan menyebabkan China memikul beban hutang. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkan China terpaksa membayar 450 juta tael kepada asing. Kekalahan dalam Perang Candu 1 pula China terpaksa membayar sebanyak 21 juta tael dan Perang Candu Kedua sebanyak 6 juta tael. iv.Pertambahan Penduduk dan Kesengsaraan Rakyat China -Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta orang kepada 430 juta orang antara tahun 1885-1911. Pertambahan penduduk tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian. Akibatnya rakyat China bertambah miskin. -Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagi kesengsaraan rakyat China. -Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugi peperangan, dan membiayai jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot akibat kemasukan barang-barang asing. Petani tidak mampu membayar cukai tinggi, mereka terpaksa menjual tanah kepada orang kaya.

2 7 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 v.Sentimen anti-Manchu -Sentimen anti- Manchu semakin menebal di kalangan orang Cina. Orang Manchu bukan orang Cina asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun 1644. Orang Cina tidak mahu tunduk kepada kerajaan Manchu. Cogan kata mereka Hapuskan Manchu, Kembalikan Dinasti Ming. -Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang Cina di dalam pentadbiran. Mereka curiga dengan kesetiaan orang Cina. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu. vi. Kemunculan Golongan Intelektual - Pada pertengahan kedua abad ke 19, Kerajaan Mancu menghantar pelajar-pelajar ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan idealogi-idealogi baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme, kebebasan, dan hak-hak asasi manusia. -Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji telah menjadi ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi. -Dr. Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu dengan digantikan kerajaan Republik. - Dr. Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu nasionalisma, demokrasi, dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara 1895-1911, Dr. Sun dan pengikut-pengikutnya melancarkan 10 pemberontakan. Walau bagaimanapun , pemberontakan itu gagal tetapi maruah kerajaan Manchu mulai merosot. -Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegarakan perkhidmatan keretapi dan pinjaman dari kuasa asing. Landasan keretapi yang menghubungkan Canton-Hankow dan HankowChengtu, memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dan kedaulatan wilayah Negara China. Revolusi Siam 1932 (10 m) i.Kelemahan institusi beraja Zaman Vajiravudh -Sistem monarki di Siam mulai merosot semasa pemerintahan Raja Vajiravudh. Vajiravudh berusaha mengukuhkan lagi kuasa monarki mutlak. Kabinet menteri jarang bersidang -Ketidakcekapan pentadbiran dan korupsi berleluasa. Vajiravudh lebih berminat dalam bidang kesenian berbanding pentadbiran dan suka berfoya-foya -Beliau menjalankan dasar pilih kasih. Penubuhan pasukan Harimau Liar menambahkan perasaan tidak puas hati golongan tentera sehingga golongan tentera cuba menggulingkan Vajiravudh pada tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal. Zaman Prajadhipok -Kuasa monarki semakin merosot pada zaman Raja Prajadhipok. -Raja Prajadhipok memecat menteri-menteri dan pegawai kerajaan yang dilantik oleh Vajiravudh. Jawatan menteri telah diserah kepada putera-putera raja sehinga pegawai-pegawai awam merasa tidak puas hati. -Raja Prajadhipok melaksanakan langkah-langkah yang tidak popular seperti memecat pegawai dan mengurangkan bayaran gaji serta memperkenalkan cukai baru. Golongan pegawai awam dan tentera tidak berpuas hati. -Krisis politik yang berlaku antara Menteri Peperangan (Putera Bavoradej) dengan Menteri Perdagangan ( Putera Purachatra) melemahkan lagi sistem monarki. ii. Peranan golongan intelektual -perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek berpendidikan barat di Siam

2 8 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 -golongan berpendidikan barat terpengaruh dengan idea demokrasi barat, fahaman anti monarki dan sistem pemerintahan barat -golongan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Eropah khasnya di Perancis dan German mula mengkritik dan menganggap sistem monarki sebagai lapuk dan menghalang permodenan Siam. Golongan intelek terlibat memimpin revolusi bagi tujuan memodenkan negara Siam iii.Kemelesetan ekonomi dunia Ekonomi dunia mengalami kemerosotan pada tahun 1920 an dan 1930 an. Kemelesetan ekonomi memberi kasan besar terhadap ekonomi Siam Siam mengalami kekurangan belanjawan sehingga memaksa kerajaan menjalankan langkah berjimat cermat yang menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat khasnya pegawai awam dan golongan tentera. C. Kesimpulan (2m) -Ada benarnya kelemahan sistem beraja di China dan Siam menjadi sebab kebangkitan pendokong revolusi disamping faktor-faktor lain seperti kemunculan golongan intelektual. -Apapun natijah kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki mutlak. Sistem pemerintahan di Siam berubah raja berkuasa mutlak diganti sistem raja berperlembagaan sementara di Cina sistem beraja di tamatkan.

2 9 SEJARAH 2 SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011 12. Bincangkan pembangunan ekonomi dan sosial Indonesia dan China yang di laksanakan selepas perang dunia kedua. Pengenalan (3m) -Selepas perang dunia kedua, kebanyakan negara Asia menghadapi pelbagai masalah seperti kemiskinan dan kaedah bagaimana membangunkan rakyat yang tertinggal dalam ekonomi dan sosial. -Di Indonesia kesan penjajahan Belanda dan penjajahan Jepun masih dirasakan selepas perang dunia kedua. Penderitaan selepas perang dan kemiskinan menjadi isu utama penduduk. -Begitu juga di China, PKC baru sahaja mengambil alih pemerintahan pada tahun 1949, dimana keadaan ekonomi yang merosot kerana dikuasai oleh pihak asing. -Oleh yang demikian pelbagai usaha dilakukan oleh kedua-dua kerajaan Indonesia dan China untuk membangunkan ekonomi sosial mereka. Isi Indonesia (10m) 1.Indonesia menduduki tempat kelima penduduk paling ramai di dunia. Lebih 65 peratus penduduk tinggal di Pulau Jawa dan Madura. Selainnya di Sumatera, Sulawesi, Kalimantan, dan Irian Jaya. Etnik utama dan paling ramai ialah orang Melayu (Indonesia). Penduduknya menggunakan bahasa kebangsaan. Namun bahasa Belanda, Inggeris, Arab dan Sanskrit juga digunakan. 2. Ekonomi Indonesia bergantung kepada pertanian dan eksport komoditi. 60 peratus tenaga kerja terlibat dalam pertanian. Pada abad 17 dan 18, terkenal sebagai pengeksport utama rempah. Pada abad 20, petroleum, bijih timah dan getah menjadi bahan eksport utama. Beras, ikan, hasil hutan merupakan keperluan asas penduduk tempatan dan pendapatan utama negara. 3. Jawa merupakan kawasan pertanian yang utama, mengeluarkan 50 peratus padi negara, 90 peratus soya, 75 peratus jagung, 80 peratus ubi kayu. Kerajaan telah melaksanakan Revolusi Hijau untuk memajukan sektor pertanian. 4. Pada tahun 1958, kerajaan menggalakkan pelaburan luar mengusahakan estet pertanian. Tahun 1961, Presiden Soekarno mengarahkan setiap keluarga petani perlu memiliki dua hektar tanah tetapi tidak melebihi 15 hektar tanah tanaman padi atau 20 hektar tanah tanaman biasa. Dalam bidang industri, Indonesia melibatkan diri dalam bidang petroleum, getah, barangan elektrik dan tekstil. 5. Tahun 1958, Indonesia membenarkan pelabur asing memiliki industri sendiri tetapi telah memiliknegarakan beberapa industri penting. 6. Pada tahun 1950, kerajaan meluluskan undang-undang untuk meningkatkan taraf pendidikan penduduknya. Pendidikan wajib dilaksanakan dan penganjuran pendidikan untuk golongan dewasa turut diadakan.

3 0 SEJARAH 2 China (10m) 1.Ketika Parti Komunis China mengambil alih kuasa pemerintahan pada tahun 1949, ekonomi sedang merosot. Sebenarnya ekonomi dikuasai orang asing seperti dalam perbankan dan perkhidmatan keretapi. 2. Kerajaan memberi perhatian serius terhadap pembangunan ekonomi berasaskan perusahaan bukannya pertanian. Tujuannya untuk mewujudkan masyarakat tidak mempunyai kelas. Industri berat bertumpu di Manchuria manakala industri ringan di Shanghai dan Tientsin. 3. Usaha juga diambil untuk mengukuhkan sistem mata wang dan pembinaan semula serta membesarkan sistem perhubungan moden. Tali air dan rancangan membina projek hidroelektrik telah dimulakan. 4. Pada awalnya, peranan penting diberikan kepada pemodal persendirian dan kemudian kepada pemodal perusahaan Barat. China berusaha menambahkan pendapatan kasar negara yang diperoleh daripada perusahaan iaitu sebanyak 70 peratus berbanding dengan 20 peratus pada tahun 1953. Usaha ini berdasarkan kaedah sosialis dan bukannya kapitalis. 5. Usaha lain diperkenalkan seperti Rancangan Lima Tahun (1953-1957). Antara perkaranya seperti pengenalan koperasi, pembaharuan tanah, dan pembangunan luar bandar. Ini bertujuan meningkatkan taraf hidup petani. 6. Pendidikan juga diberi perhatian bertujuan melatih kebanyakan penduduk yang kurang menceburi bidang teknikal. 7. Pada awal 1950-an, kerajaan China telah memeterai penjanjian dengan Rusia. Rusia memberi pinjaman $500 juta dolar dan memberi bantuan teknikal kepada China. Pada tahun 1956, beriburibu pakar teknikal dari Rusia dihantar ke China. Orang China juga dihantar ke Rusia untuk mendapatkan pendidikan teknikal. Kesimpulan (2m) -Pelbagai usaha dilakukan untuk merealitikan pembangunan pucuk pimpinan negara masingmasing -Masalah utama kekurangan modal yang menyebabkan meminta bantuan luar terutama barat. -Pihak barat mengambil kesempatan menyebar ideologi seperti Rusia di China. SKEMA PERCUBAAN SELANGOR 2011