Perfect Euthanasia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Euthanasia

Text of Perfect Euthanasia

PENGENALAN

EUTANASIA DARI PERSPEKTIF SAINS, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG1.1 EUTHANASIA

Perkataan euthanasia berasal daripada bahasa Greek. Eu bermaksud baik dan thanatos bermaksud kematian. Satu maksud telah diberikan untuk mendefinisikan perkataan ini iaitu Sengaja menamatkan riwayat hidup seseorang dengan jelas dan nyata atas permintaan si mati tersebut

Oleh itu, istilah euthanasia biasanya menyifakan tindakan membunuh dengan niat atau sengaja oleh seseorang yang melakukan pembunuhan. Walau bagaimanapun, sesetenahpihak mendefinisikan euthanasia melalui dua istilah iaitu Voluntary (Sukarela) dan Involuntary (Bukan sukarela. (1)

Euthanasia sebenarny mempunyai banyak maksud mengikut moral, etika dan juga agama. Menurut kamus Dwibahasa Oxford, euthanasia bermakud Kematian (mencabut nyawa) dengan cara lembut kerana kasihan, terutama untuk menamatkan seksa (penderitaan) seseorang. (2)

Terdapat beberapa istiah yang berhubung kita dengan euthanasia atau yang mempunyai maksud yag tidak jelas. Jadi adalah penting untuk membezakan istilah-istilah berikut bagi mendefinisikan euthanasia sesuai dengan keadaan sebenar.

1. Euthanasia Pasif (Passive Euthanasia)

-Membiarkan sseorng itu dengn mengubah bentuk sokongan dan membiarkan mati dalam keadaan semulajadi, contohnya:

i. Menanggalkan peralatan sokongan idup seperti memberhentian respirator

(alat bantuan pernafasan)

ii Memberhentikan prosedur perubatan atau berhenti memberi ubat dan air

iiiMembenarkan seseorang pesakit itu terdehidrat, enderit atau mati

kelaparan.

ivTidak membekalkan CPR (Cardio-pulmonary resuscitation) dan

membiarkan jantung berhenti dan mati secara semulajadi.

Bentuk euthanasia yang paling biasa adalah dengan memberi pesakit morfin dalam dos yang tinggi untuk mengawal kesakitan, walaupun kemungkinan ubat penahan sakit itu akan menindas respirasi dan menyebabkan kematian yang lebih awal daripada yang sepatutnya.

2. Euthanasia aktif

-Melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung, sebagai menunaikan permintaan daripada orang yang dibunuh tersebut.

Suatu contoh pembunuhan rahmat dlam tahun 1998, yang mana melibatkan seorang pesakit ALS (penyakit Lou Gehng) oleh Dr. Jack Kevorkian, seorang doctor dari Michgan

Pesakitnya begitu takut terhadap kemudaratan penyakit tersebut yang boleh menyebabkan kematian yang mengerikan. Oleh it pesakit tersebut meminta agar nyawanya ditamatkan dengan carayang tidak menyakitkan.

Dr. Kevorkian kemudian menyuntik suhu badan yag dibawah kawalan kepada pesakit lalu menyebabkan kematiannya. Dalam perbicaraan yang berlangsung pada tahun 1990 para juri telah mensabitkan kesalahan dengan pembunuhan ke-2

3. Pembunuhan yang dibantu oleh seseorang doctor (Physician Assisted Suicide)

Seseorang yang menjelaskan pengetahuan mengenai euthanasia memberikan seseorang individu bimbingan dan cara untuk membunuh dengan jelas. Bimbingan dan cara untuk membunuh seseorag dengan niat yang jelas ini akan membantu mereka yang terlibat memahami tuju euthanasia. Seseorang doctor akan membantu seseorang untk membunuh diri dipanggil Physician assisted suicide.

4. Euthanasia bukan sukarela (Involuntary Euthanasia)

Istilah ini digunakan untuk menerangkan pembunuhan seseorang yang tidak meminta bantuan dengan jelas dan nyata dalam kematiannya. Kes ini selalu berlaku kepada pesakit yang berada dalam keadaan koma (Persistent Vegetative State) yang mungkin tidak akan pulih.

Terdapat juga beberapa istilah lain yang digunakan dalam mendefinisikan euthanasia oleh DR. Brian Pollards melalui artikelnya. Euthanasia menerusi aman web Southern Cross Biothics Institute

Menurut Dr. Brian Pollards, euthanasia ialah sengaja membunuh dengan tindakan atau mengabaikan kebebasan hidup sseorang untuk kebaikan.Kata kunci disini adalah dengan niat maka jika kematian adalah bukan dengan niat, ia adalah bukan tindakan euthanasia.

Dr. Brain menggunakan beberapa istilah untuk mentakrifkan euthanasia iaitu, Voluntary Euthanasia, Non-voluntary Euthanasia, Involuntary Euthanasia by action dan Euthanasia by Omission. Keempat-empat istilah ini adalah untuk memberikan definisi Eutanasia yang tepat dan sebarang yang berhubung kait dengannya.

Menurut beliau lagi, apa yang dikatakan BUKAN euthanasia: Seseuatu kematian itu bukan euthanasia kecuali kematia itu diseabkan oleh pembunuhan dengan niat atau sengaja. Terdapat jga sesetengah tindakan perubatan yang selalunya dilael sebagai euthanasia pasif sebenarnya bukan bentu euthanasia, sehingga ia dilakukan dengan niat atau sengaja mecabut nyawa seseorang.

Tindakan ini termasuklah memberikan rawatan permulaan yang tidak akan meberikan kebaikan kepada pesakit. Seperti penarikan baik sebarang rawatan yang tidak memberi sebarang kesan, rawata adalah sangat membebankan pesakit atau tidak dikehendaki dan kaedah memberi ubat penahan sakit dalam dos yang tinggi yag mungkin membahayakan pesakit walaupun ia termasuk kaedah euthanasia. Semua ini adlah seahagian daripada praktik perubatan yang baik dan disokong oleh undang-undang apabila ia digunakan dengan sewajarnya. (1)

1.2 SEJARAH EUTHANASIA

Sejarah Euthanasia bermula kira-kira 400 B.C melalui Sumpah Hippokratik oleh ahli perubatan Greek,Hippocrates (bapa perubatan) Saya tidak akan memberi ubat yang menyebabkan kematian kepada ssiapa pun jika diminta mahupun dicadangan.Engish Common Law Abad ke-14-20 (Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agong Amerika berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh ketua Haim Rehnaquist)

Lebih spesifik, melebihi 700 tahun, undang-undang Umum Anglo Amerika tidak membenarkan kedua-dua bunuh diri dan pembunuhan diri dengan bantuan.

182-Badan Berkuasa Undang-undang Amerika dengan nyata dan jelas mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan. (Petikan adalah daripada Mahkamah Agung Amerika berkuatkuasa pada tahun 1997, Washington V. Gluckberg-Pendapat ini ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquuist).

Badan berkuasa undang-undang Amerika awal-awal dengan nyata dan jelas mengharamkan pembunuhan diri dengan bantuan dilakukan. Ia digubal di New York pada 10 Disember 1828. Banyak Negara yang menjadikan New York sebagai contoh. Di antara tahun 1857 dan 1865 satu Suruhanjaya New York yang diketuai oleh Dudley Field telah merangka satu kod jenayah yang mencegah pembunuhan diri dengan bantuan terutamanya membekalkan kepada individu tertentu dengan sebarang peralatan yang boleh menyebabkan kematian atau dadah yang beracun, sedangkan mengetahui individu itu berniat untuk membunuh diri dengan menggunakan peralatan atau dadah tersebut.

Amerika abad ke-20(Petikan ini adalah daripada Mahkamah Agung Amerika berkuatkuasa dalam tahun 1997 di Washington V. Glucksberg dan pendapat ini ditulis oleh Ketua Hakim Rehnquist)

Bagaimanapun dengan asas yang mendalam, Amerika menghalang pembunuhan diri dengan bantuan seseorang doktor setelah beberapa tahun menyelidik dan mengesahkannya.Kerana kemajuan dalam bidang perubatan dan teknologi, Amerika pada hari ini mula membenarkan kematian di sebarang istitusi perubatan berbanding dengan di rumah yang diakiakan oleh penyakit kronik.

1920-Buku Permitting the Destructin of life not worthy of life telah diterbitkan

Pengarang buku ini adalah Alfred Hoche, M.D, seorang professor psikiatrik di Universiti of Freiburg dan Karl Binding, juga merupakan seorang professor udang-undang daripada Universiti of Lepzig, membantah pesakit yang menerima bantuan kematian dengan alasan mereka sepatutnya diletakkan dibawah keadaan pengawalan yang sangat cermat lebih daripada seorang psikiatrik. Buku ini membantu memberi sokongan euthanasia. Buku ini membant memberi sokongan euthanasia Involuntary kepada Nazi German.

1935-Persatuan Euthanasia England dibentuk untuk memperkenalkan euthanasia

1939-Laman web Nazi German The History place

Pada Oktober 1939 huru hara dari letusan Perang Hitler telah tersebar luaa berikutan arahan melakukan pembunuhan rahmat (mercy killing) kepada mereka yang sakit dan tidak berkeupayaan. Kod Aktion T4 ialah program Euthanasia Nazi untuk menghapuskan kehidupan yang tidak sepatutnya yang pada mulanya penumpuan diberikan kepada bayi baru dilahirkan dan kanak-kanak.

Bidan dan doktor perlu untuk mendaftar kaak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas yang menunjukkan simpton. Kaedah ini termasuklah pengedaran satu borang soal selidik daripada Kementerian Kesihatan Reich.

Program Euthanasia Nazi berkembang dengan cepat termasuk program untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. Pada Oktober 1939, Hitler telah memerintahkan supaya mereka yang didapati menghidap sesuatu penyakit yang tidak boleh diubati setelah menjalani diagnosis terhadap tahap penyakit tersebut haruslah diberikan mercy killing.

1995-Kawasan utara Australia meluluskan, satu draf undang-undang euthanasia

Ini memberian kesan dalam tahun 1996 dan pada tahun 1997 yang mana Parlimen Australia telah menolak draf ini.

1998-Oregon, Amerika meluluskan pembunuhan diri dengan bantuan

2000-The Netherlands melluskan euthanasia

2002-Belgium meluluskan euthanasia

1.3 Negara-negara yang meluluskan dan melaksanakan euthanasia

Dalam tahun 1935, The Euthanasia Society of England telah ditubuhkan untuk menyokong euthanasia. Dalam bulan Oktober 1939, Hitler mengarahkan mercy killing secara besar-besaran untuk mereka yang sakit dan kurang upaya. Kood itu dinamakan Aktion T 4. Ia bertujuan untuk melenyapkan life unworthy of life dan ia difokuskan terhadap golongan bayi yang baru lahir dan kanak-kanak. Bidan-bidan dan para doctor ketika itu diarahkan agar mendaftarkan kanak-kanak sehingga yang berumur 3 tahun yang menun