20
Persatuan Pandu Puteri 2014 Sejarah Penubuhan Pandu Puteri Malaysia Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. 1

Persatuan Pandu Puteri

  • Upload
    mia-mia

  • View
    502

  • Download
    16

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah pandu puteri

Citation preview

Page 1: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Sejarah Penubuhan Pandu Puteri

Malaysia

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun

1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri

Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat

Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran

Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di

Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957,

Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri

Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan

Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

1

Page 2: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri

Malaysia telah menerima pengiktirafan dan

sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan

Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta

Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada

tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai

komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan

wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan

ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi

kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat

sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan

menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan

efektif untuk remaja dan wanita dewasa.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan

menonjolkan imej yang selari dengan program

2

Page 3: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita

dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin

berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan

program Pandu Puteri yang bercorak pendidikan

bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal

ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel,

ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan

keperluan remaja wanita dan wanita dewasa

Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang

berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan

Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia

mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap

kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti,

menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri

relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu

3

Page 4: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya

pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan

baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan

latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu

Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan

(Patrol System) yang menjadi ciri utama

pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli

adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri

yang bertujuan supaya seseorang ahli :

•Boleh dipercayai

•Sentiasa taat dan setia

•Suka menolong orang lain

•Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri

yang lain

4

Page 5: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

•Sentiasa bersopan santun

•Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam

sekitar

•Sentiasa menurut perintah

•Bersemangat dan bergembira walaupun dalam

kesulitan

•Sentiasa berjimat cermat

•Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat

komponen iaitu

perkembangan diri,

sahsiah dan intelek;

minat dan hobi;

5

Page 6: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

gaya hidup sihat;

khidmat.

Program Pandu Puteri juga menekankan empat

elemen utama iaitu

perkembangan jasmani,

emosi,

kerohanian

kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan

latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM Pandu

Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan

(Patrol System) yang menjadi ciri utama

pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan

kebolehan semua peringkat ahli melalui sistem

6

Page 7: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang

ahli muda digalakkan berusaha supaya berjaya

menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA, manakala

Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA

PEMIMPIN.

RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian

disediakan di semua peringkat – pasukan, daerah,

negeri dan kebangsaan.

•Perancangan jangka panjang disediakan di

peringkat kebangsaan oleh Lembaga Eksekutif

Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja

Kebangsaan

•Perancangan jangka pendek dan strategi

pelaksanaan disediakan di peringkat negeri oleh

Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian

di cawangan serta Pemimpin

7

Page 8: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

•Pemimpin dan ahli muda melaksanakan

rancangan jangka pendek di dalam Pasukan

•Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan

Pemimpin sekali sebulan atau dua bulan sekali

•Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan

Pesuruhjaya

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini

mempunyai 85,000 orang ahli dan sukarelawan di

seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri

Malaysia merupakan ahli gabungan Majlis Belia

Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan

Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu

Puteri Malaysia adalah ahli penuh Persatuan Pandu

Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World

8

Page 9: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Association of Girl Guides and Girl Scouts –

WAGGGS).

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan

Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan

Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan

Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk

Anugerah “Duke of Edinburgh’s Award” atau kini

dikenali sebagai “International Award

Association”.

Tujuan PPPM

9

Page 10: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan

mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini

supaya menjadi warga negara yang peka,

berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin.

Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan insan

10

Page 11: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah,

bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya

kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk

membantu orang lain.

Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan

dan latihan melalui program Pandu Puteri

mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol

System) yang menjadi ciri utama dalam

pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

Persetiaan & Undang-Undang Pandu Puteri

Bahawa Dengan Sesungguhnya

Saya Berjanji Dan Bersetia

Dengan Sedaya Upaya

Menunaikan Kewajipan Saya

Kepada Tuhan

11

Page 12: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Raja Dan Negara Saya Malaysia

Menolong Orang Setiap Masa, dan

Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri

Piagam

Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:

Menyediakan latihan Pandu Puteri yang

berkualiti

Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang

tulin melalui Program Pandu Puteri

Melahirkan ahli yang berkaliber

Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai

murni

Menampilkan ahli sebagai warga negara yang

sihat dan berguna

Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela

tanpa apa-apa ganjaran

12

Page 13: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Misi & Visi

Misi

"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai

komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan

dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu,

kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi

kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."

Visi

"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan

menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan

efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa."

Nilai-Nilai Teras

PPPM percaya bahawa semua ahli perlu

menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa:

13

Page 14: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Integriti

Kejujuran

Hormat-menghormati

Tolerasi

Kasih Sayang

Bantu-membantu

Objektif Am

Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik

dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya

bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia

memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif.

Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga

negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah

dan bertimbangrasa terhadap orang lain.

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

14

Page 15: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga

Persetiaan Pandu Puteri.

Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri

serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar

biru membawa maksud matahari menyinari

setiap kanak-kanak di dunia.

Asas Program Pandu Puteri

Perkembangan Diri, Sahsiah dan Intelek

15

Page 16: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Minat dan Hobi

Gaya Hidup Sihat

16

Page 17: Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri 2014

Khidmat

Di sediakan oleh,

Maisarah Binti Abd Karim

Pemimpin Pandu Puteri

SMK Sg Nibong

17