2
PERSATUAN RUMAH AMAL SABAH (SABAH CHESHIRE HOME) Reg. No. PPM-16-12-16071974 website: http://www.sabahcheshirehome.org Jalan Vokasional, Km 5, Off Jalan Tuaran Likas 888100 Kota Kinabalu, Sabah Tel: 088-438202 Fax: 088-434570 Email: [email protected] Sijil Asas Kemahiran Pastri Cheshire Kolej ATI (Cheshire ATI College Certificate in Basic Pasty Skills) JPK Kemahiran Pastri Tahap 2 Dengan Kerjasama SYARAT KEMASUKAN: Orang Kurang Upaya Berumur 17 ke atas Boleh membaca dan menulis (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) Mestilah sihat tubuh badan. YURAN PENDAFTARAN: Yuran pendaftaran - RM200 Yuran setiap tahap - RM4,200 Pelatih yang layak akan mendapat Pembiayaan Yuran Kursus yang diperolehi melalui tajaan atau pinjaman tetapi tertakluk kepada terma dan syarat. Makanan dan penginapan akan disediakan tetapi tertakluk kepada syarat dan kos yang telah ditetapkan.

PERSATUAN RUMAH AMAL SABAH

  • Upload
    vudat

  • View
    265

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSATUAN RUMAH AMAL SABAH

PERSATUAN RUMAH AMAL SABAH (SABAH CHESHIRE HOME)

Reg. No. PPM-16-12-16071974

website: http://www.sabahcheshirehome.org

Jalan Vokasional, Km 5, Off Jalan Tuaran Likas 888100 Kota Kinabalu, Sabah

Tel: 088-438202 Fax: 088-434570 Email: [email protected]

Sijil Asas Kemahiran Pastri Cheshire Kolej ATI (Cheshire ATI College Certificate in Basic Pasty Skills)

JPK Kemahiran Pastri – Tahap 2

Dengan Kerjasama

SYARAT KEMASUKAN:

Orang Kurang Upaya

Berumur 17 ke atas

Boleh membaca dan menulis

(Bahasa Melayu & Bahasa

Inggeris)

Mestilah sihat tubuh badan.

YURAN PENDAFTARAN:

Yuran pendaftaran - RM200

Yuran setiap tahap - RM4,200

Pelatih yang layak akan mendapat

Pembiayaan Yuran Kursus yang diperolehi melalui tajaan atau pinjaman tetapi tertakluk kepada terma dan syarat.

Makanan dan penginapan akan disediakan tetapi tertakluk kepada syarat dan kos yang telah ditetapkan.

Page 2: PERSATUAN RUMAH AMAL SABAH

LATAR BELAKANG

Persatuan Rumah Amal Sabah merupakan sebuah pertubuhan kebajikan bukan kerajaan yang berdaftar, dan

tidak bermotifkan keuntungan. Selepas bertahun menyediakan khidmat penjagaan dan perlindungan kepada

Orang Kurang Upaya, sejajar dengan visi dan misi baru Leonard Cheshire Disability, penekanan kepada

kesaksamaan hak asasi Orang Kurang Upaya memperbolehkan OKU menikmati hidup yang berkualiti dan

bolehakses kepada sumber-sumber yang dinikmati oleh orang bukan kurang upaya. Berbagai program diwujudkan

dan dilaksanakan seperti Program Memperkasakan Ekonomi, kempen-kempen advokasi, pemulihan cara kerja,

fizikal, pendidikan inklusif dan lain-lain lagi.

Kolej ATI ialah sebuah kolej yang bertaraf antarabangsa 5 Bintang oleh MyQuest (Kementerian Pendidikan Tinggi).

Merupakan satu-satunya kolej yang menjurus kepada bidang hospitaliti, pelancongan dan kulinari di Sabah.

Sijil kemahiran Pastri ini adalah unik kerana ia memberi 50%

tumpuan kepada pembelajaran “hands on” yang akan

membantu pelatih meningkatkan dan memperoleh kemahiran

pastri asas yang diperlukan dalam pasaran terbuka.

Dalam Program Memperkasakan Ekonomi ini, Persatuan ini dan

Kolej ATI bekerjasama dalam memberikan pendidikan dan

latihan kemahiran pastri selain dari menyediakan penempatan

latihan, peralatan, tenaga pengajar, silibus skop kursus dan

fasiliti-fasiliti lain dengan harapan yang besar agar para pelatih

berusaha gigih untuk mencapai kejayaan dan berjaya dalam

hidup.

Kursus Asas Pastri kolaborasi ATI Cheshire ini diharapkan

menghasilkan pelatih-pelatih yang boleh menembusi pasaran

terbuka melalui latihan praktikal/teori, latihan kerja dan

kaedah pemadanan kerja.

MATLAMAT

Matlamat program ini ialah

untuk mempromosi kehidupan

berdikari di kalangan Orang

Kurang Upaya dalam hidup

bermasyarakat.

TEMPOH LATIHAN Pengenalan Kepada

Kemahiran Pastri ini ialah

kursus:-

9 bulan dengan latihan

industri

Setiap tahap terdiri daripada 2

bahagian:-

Bahagian A:

Suai Kenal, Teori, Latihan

dan Penilaian

Sijil Pembantu Penyedia

Pastri Tahap 2 – (6 bulan)

Bahagian B:

Latihan industri (3 bulan)

Tertakluk kepada budibicara

pihak pengurusan untuk

pengecualian latihan industri

KOMPONEN PROGRAM

Program Sijil Pastri ini mengandungi

dua (2) komponen iaitu:-

Latihan Kemahiran

Menyediakan peluang latihan

kemahiran kepada Orang Kurang

Upaya dan para Ibu Tunggal.

Peluang pekerjaan samada bekerja

dengan orang lain ataupun berniaga

sendiri.

Agar projek memperkasakan

ekonomi ini menjadi model untuk

direplikasikan dalam pembangunan

pusat latihan serupa di organisasi

kurang upaya lain;

Bengkel terlindung

Menyediakan peluang pekerjaan

kepada para graduan kursus

sementara menunggu peluang

pekerjaan dipasaran terbuka atau

memasuki bidang perniagaan kecil-

kecilan.

Untuk mengaplikasikan kemahiran

praktikal pelatih dalam bidang

bakeri.

Mempromosikan kehidupan

berdikari kepada pelatih