6
DIMENSIKOOP 49 BIL. 46 JULAI 2015 Persatuan Wanita Dalam Koperasi Pertanian Di Jepun ............................................................................. ............................................................................. Rosidah Rashid Pusat Konsultasi dan Penyelidikan Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Jepun telah melakukan transformasi terhadap bidang pertanian dengan memansuhkan penyewaan tanah pertanian dan memberikan pemilikan tanah kepada petani. Pada tahun 1947, Akta Koperasi Pertanian telah digubal dan tertubuhnya Koperasi Pertanian sebagai organisasi ekonomi yang menjamin kebebasan para petani. Seterusnya, pada tahun 1948 hingga 1949, beberapa koperasi pertanian ditubuhkan di seluruh Jepun. Pada tahun 1954, Akta Koperasi Pertanian disemak semula dan satu badan Apex Central Union of Agricultural Cooperatives (JA-Zenchu) ditubuhkan untuk memberi panduan dan menyelaras gerakan koperasi pertanian Jepun pada peringkat kebangsaan. Pada masa yang sama, Prefectural Union of Agricultural Cooperatives ditubuhkan untuk melaksanakan tugas pada peringkat wilayah. Pada pertengahan tahun 1970 pula, koperasi pertanian secara aktif menyusun semula organisasinya untuk menggiatkan semula pertanian. Ini kerana, pada masa ini koperasi pertanian menghadapi kesukaran kerana tiada kenaikan dalam harga produk pertanian dan kemerosotan dalam aktiviti pinjaman dan simpanan. Mereka mula menjalankan aktiviti yang bukan berkaitan dengan pertanian seperti perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan. Mereka juga menggalakkan aktiviti perniagaan dan akhirnya pasar mini mula dibuka satu demi satu. Bergerak dengan arus semasa, negara Jepun telah berkembang menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia yang dinamik. Pertanian Jepun dan koperasi pertanian menghadapi cabaran baharu di tengah persekitaran ekonomi domestik dan antarabangsa yang berkembang pesat dari hari ke hari. Koperasi pertanian mengembangkan aktivitinya untuk membangunkan pertanian negara Jepun dan memperbaiki operasi pertanian anggotanya dan memperbaiki taraf hidup mereka. Koperasi pertanian dianggap sebagai platform untuk menguatkan ikatan antara angggota dengan mempelbagaikan aktiviti kehidupan mengikut keperluan anggota yang secara aktif terlibat dengan operasi pertanian di komuniti setempat. Pada tahun 1992 secara rasminya logo koperasi pertanian dilancarkan dan nama Japan Agricultural Cooperative diringkaskan sebagai JA dan diguna pakai hingga ke hari ini. Keanggotaan Wanita dalam JA Pada tahun 2006, JA dianggotai seramai 4,931,853 orang anggota dan seramai 812,508 anggota adalah wanita, iaitu sebanyak 16.5 peratus sahaja. Sehubungan itu, keanggotaan dan pelantikan wanita dalam jawatan pengurusan tertinggi sangat diperlukan dalam

Persatuan Wanita Dalam Koperasi Pertanian Di Jepun · kebajikan untuk anggota warga emas dan juga berusaha menjalankan aktiviti menaikkan taraf hidup komuniti setempat serta aktiviti

Embed Size (px)

Citation preview

49

DIMENSIKOOP

49BIL. 46 JULAI 2015

Persatuan Wanita Dalam Koperasi PertanianDi Jepun.............................................................................

.............................................................................Rosidah Rashid Pusat Konsultasi dan Penyelidikan

Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan Jepun telah melakukan transformasi terhadap bidang pertanian dengan memansuhkan penyewaan tanah pertanian dan memberikan pemilikan tanah kepada petani. Pada tahun 1947, Akta Koperasi Pertanian telah digubal dan tertubuhnya Koperasi Pertanian sebagai organisasi ekonomi yang menjamin kebebasan para petani. Seterusnya, pada tahun 1948 hingga 1949, beberapa koperasi pertanian ditubuhkan di seluruh Jepun. Pada tahun 1954, Akta Koperasi Pertanian disemak semula dan satu badan Apex Central Union of Agricultural Cooperatives (JA-Zenchu) ditubuhkan untuk memberi panduan dan menyelaras gerakan koperasi pertanian Jepun pada peringkat kebangsaan. Pada masa yang sama, Prefectural Union of Agricultural Cooperatives ditubuhkan untuk melaksanakan tugas pada peringkat wilayah.

Pada pertengahan tahun 1970 pula, koperasi pertanian secara aktif menyusun semula organisasinya untuk menggiatkan semula pertanian. Ini kerana, pada masa ini koperasi pertanian menghadapi kesukaran kerana tiada kenaikan dalam harga produk pertanian dan kemerosotan dalam aktiviti pinjaman dan simpanan. Mereka mula menjalankan aktiviti yang bukan berkaitan dengan pertanian seperti perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan. Mereka juga menggalakkan aktiviti perniagaan dan akhirnya pasar mini mula dibuka satu demi satu.

Bergerak dengan arus semasa, negara Jepun telah berkembang menjadi salah satu kuasa ekonomi dunia yang dinamik. Pertanian Jepun dan koperasi pertanian menghadapi cabaran baharu di tengah persekitaran ekonomi domestik dan antarabangsa yang berkembang pesat dari hari ke hari. Koperasi pertanian mengembangkan aktivitinya untuk membangunkan pertanian negara Jepun dan memperbaiki operasi pertanian anggotanya dan memperbaiki taraf hidup mereka. Koperasi pertanian dianggap sebagai platform untuk menguatkan ikatan antara angggota dengan mempelbagaikan aktiviti kehidupan mengikut keperluan anggota yang secara aktif terlibat dengan operasi pertanian di komuniti setempat.

Pada tahun 1992 secara rasminya logo koperasi pertanian dilancarkan dan nama Japan Agricultural Cooperative diringkaskan sebagai JA dan diguna pakai hingga ke hari ini.

Keanggotaan Wanita dalam JA

Pada tahun 2006, JA dianggotai seramai 4,931,853 orang anggota dan seramai 812,508 anggota adalah wanita, iaitu sebanyak 16.5 peratus sahaja. Sehubungan itu, keanggotaan dan pelantikan wanita dalam jawatan pengurusan tertinggi sangat diperlukan dalam

DIMENSIKOOP

5050 BIL. 46 JULAI 2015

pengurusan JA. Justeru, satu kajian telah dibuat pada tahun 2009 untuk melihat keperluan dan kehendak wanita muda, dan dapatannya telah dibawa ke pihak pengurusan tertinggi JA. Hasilnya, JA memutuskan supaya keanggotaan wanita di dalam JA mestilah lebih daripada 25 peratus dan lebih daripada 10 peratus dalam pewakilan dan lebih daripada dua orang dalam Lembaga Pengarah. Selepas penetapan sasaran tersebut, pada tahun 2011 terdapat sedikit peningkatan penyertaan wanita di dalam JA seperti jadual berikut:

Jadual 1: Keanggotaan Wanita dalam JA pada Tahun 2011

Rajah 1: Struktur Organisasi JA WA setakat tahun 2012

Perkara Keanggotaan Peratus Sasaran

Anggota 842,403 18.26 25 atau lebih

Perwakilan 17,076 5.75 10 atau lebih

Pegawai 835 4.39 2 orang atau lebih

Semenjak November 2008 hingga Julai 2011, seramai 209 orang wanita telah dicalonkan untuk menyandang jawatan pengarah di JA. Setakat tahun 2014, bilangan anggota JA telah menurun kepada 3,400,000 orang dan 610,000 orang daripadanya ialah anggota wanita. Penurunan ini adalah disebabkan oleh faktor peningkatan usia, kematian anggota, dan penghijrahan golongan muda ke bandar.

Persatuan Wanita JA

JA Women’s Association atau “Fujin-bu” ditubuhkan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua oleh JA untuk penambahbaikan status wanita supaya mereka mempunyai hak untuk bersuara. Sejak penubuhan tersebut, JA memainkan peranan penting dalam aktviti kehidupan dan penjagaan kesihatan untuk anggota. Sekitar tahun 1995, namanya telah ditukar kepada JA National Council of Women’s Association (JA WA). Peranan JA WA dilihat sangat penting dalam membangkitkan atau mencergaskan semula bisnes dan operasi JA. Ini kerana, mereka secara aktif terlibat dalam pertanian, pemprosesan produk pertanian dan menjalankan Direct Sales Shop (DSS). Selain itu, mereka juga bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti kebajikan untuk anggota warga emas dan juga berusaha menjalankan aktiviti menaikkan taraf hidup komuniti setempat serta aktiviti kebudayaan. Sumber kewangan persatuan ini adalah daripada yuran keanggotaan persatuan sebanyak 500 Yen setahun, keuntungan daripada DSS dan subsidi daripada JA.

Prinsip JA WA

JA WA mempunyai prinsipnya tersendiri selaras dengan objektif JA iaitu:

a) Bekerjasama antara satu sama lain untuk melindungi hak wanita dan memperbaiki status ekonomi dan sosial wanita daerah pedalaman. b) Menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti JA ke arah mendapatkan suara wanita kepada gerakan koperasi dan mengambil tindakan yang berhubung dengan gerakan.c) Berusaha mencipta komuniti setempat yang selesa, berhubung rapat antara satu sama lain dan saling membantu melalui aktiviti koperasi yang melibatkan wanita.

Struktur Organisasi JA WA

Terdapat tiga peringkat dalam struktur organisasi JA WA (Rajah 1). Peringkat pertama akan memberi idea kepada pihak atasan (JA), jika pihak atasan setuju, ia diturunkan ke peringkat kedua dan peringkat kedua akan menyebarkan idea kepada peringkat ketiga. Setiap aktiviti yang dijalankan oleh JA WA akan dibantu dalam bentuk kewangan oleh JA.

The National Council of JA Women’s Association (Kebangsaan)

The Prefectural Councils of JA Women’ Associations (Wilayah)

Total number of Associations (Primary level)

1

2

3

JA Women’s Association atau “Fujin-bu” ditubuhkan di Jepun selepas Perang Dunia Kedua oleh JA untuk penambahbaikan status wanita supaya mereka mempunyai hak untuk bersuara

51

DIMENSIKOOP

51BIL. 46 JULAI 2015

Keanggotaan JA WA

Sehingga tahun 2012, terdapat 692, 778 orang anggota JA WA dengan 800 persatuan di dalam JA seluruh Jepun.

Aktiviti JA WA

Aktiviti JA WA terbahagi kepada dua kategori iaitu aktiviti di awal penubuhan dan aktviti mengikut keperluan semasa. Aktiviti pertama di awal penubuhan JA WA adalah memperbaiki taraf hidup dan pendidikan dalam kalangan petani wanita yang tinggal di kawasan pedalaman. Antara aktiviti utama yang mereka jalankan ialah:

a) Galakan membela ayam untuk dijual telurnya supaya duit tersebut boleh dikumpulkan untuk memperbaiki dapur untuk memasak. Pada asalnya, mereka menggunakan dapur kayu yang terletak dalam ruang dapur yang tertutup menyebabkan asap tidak dapat keluar dan telah mengakibatkan ramai yang mengalami sakit mata dan radang paru-paru. Dengan duit terkumpul itu, mereka mula menukarkan persekitaran dapur dengan membuat tingkap dan kemudiannya menukarkan dapur kayu kepada dapur gas.

b) Menggalakkan petani wanita melibatkan diri dalam aktiviti meracun serangga perosak di kebun mereka. Mereka diajar untuk menggunakan racun dan pam racun supaya mereka boleh melakukannya sendiri tanpa mengharapkan kaum lelaki yang kebiasaannya berada di kebun pada hujung minggu sahaja. Ini kerana, kebanyakan kaum lelaki akan bekerja di bandar dan meninggalkan isteri mereka di kampung.

c) Mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk bayi dan kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman. Kaum wanita ini juga diberi bimbingan tentang perancangan keluarga.

d) Satu beg beras akan diberikan kepada setiap anggota JA WA oleh JA sebagai bonus semasa musim menuai. Anggota JA WA akan menjual beras dan menyimpan duit untuk membina sistem pengairan automatik supaya penggunaan tenaga wanita untuk kerja-kerja pengairan dapat dikurangkan.

e) Memberi latihan dan bimbingan tentang penyediaan buku simpan kira supaya petani wanita dapat merekodkan semua perbelanjaan dan pendapatan harian mereka secara sistematik.

f) Mengadakan aktiviti khas seperti membacakan buku kepada golongan miskin dan buta huruf hasil daripada pengumpulan wang untuk pembelian buku.

Setelah masa berlalu dan petani wanita semakin maju, aktiviti JA WA juga turut berubah mengikut keperluan anggotanya dan mengikut peredaran zaman, namun, aktiviti menaikkan taraf hidup kaum petani tetap diteruskan sehingga kini. Aktiviti memperbaiki taraf hidup merupakan aktiviti terpenting di dalam JA dan ia menjadi tugas JA WA untuk melaksanakannya selaras dengan kehendak JA. Aktiviti ini meliputi semua aspek dalam memperbaiki taraf hidup anggota dan juga membina komuniti setempat yang selesa. Skop aktiviti ini tertumpu kepada:

a) Aktiviti pendidikan dan kebajikan Aktiviti pendidikan ini meliputi semua bidang termasuk kesihatan, pertanian dan perniagaan. Aktiviti yang dijalankan termasuklah: i) Kelas memasak makanan sihat, makanan bayi dan makanan tradisional Jepun, pemprosesan produk pertanian, penjagaan bayi dan kanak- kanak serta aktiviti sukan. Mereka juga menyediakan makanan sihat untuk sekolah dan majlis-majlis tertentu.

ii) Pendidikan kepenggunaan seperti kelas atau bengkel tetang persediaan persaraan, pengurusan harta, percukaian dan perancangan kehidupan. Pendidikan ini diberikan oleh pensyarah daripada universiti atau sukarelawan. iii) Penjagaan warga emas turut dititikberatkan seperti mengunjungi warga emas yang tinggal berseorangan dan bertanyakan khabar mereka dua kali seminggu. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan menghantar makanan kepada warga emas yang sudah tidak berupaya untuk memasak sendiri. iv) Mengadakan program pertukaran pelajar dari bandar untuk datang sendiri ke kawasan

DIMENSIKOOP

5252 BIL. 46 JULAI 2015

pedalaman supaya mereka dapat merasai pengalaman hidup sebagai petani sebenar. Bagi program ini, JA menetapkan sasaran seramai 3,000 pelajar setahun untuk datang dan tinggal bersama petani.

Aktiviti menanam padi oleh pelajar sekolah

b) Aktiviti perniagaan dan pemprosesan produk pertanian Pada asalnya, aktiviti ini bertujuan untuk membantu anggota JA WA menyimpan wang untuk kegunaan sendiri melalui aktiviti yang boleh mendatangkan keuntungan. JA WA menubuhkan kedai jualan langsung (DSS) untuk dijadikan pusat bagi anggota JA WA memasarkan produk mereka. Kebanyakan DSS berada di bandar dan disediakan oleh JA. Kebiasaannya, para petani akan menghantar produk mereka ke DSS, namun bagi petani yang tidak berupaya untuk menghantarnya, pihak JA akan datang ke rumah petani dan mengambil sendiri produk tersebut untuk dijual di DSS. Bagi produk yang tidak habis dijual biasanya akan diproses terlebih dahulu untuk dijadikan makanan, atau produk lain seperti kacang soya yang diproses menjadi miso paste dan tau fo. Makanan yang diproses ini akan dijual semula di DSS, begitu juga dengan produk pertanian yang boleh dikeringkan. Mereka akan mengeringkan atau membuat jeruk untuk dijual semula. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran di samping menjadi sumber pendapatan kepada mereka.

Kini DSS bukan sahaja menjadi tempat untuk jualan produk pertanian, tetapi juga menjadi pemangkin kepada aktiviti pertanian supaya petani- petani tidak keluar daripada JA, dan memberi peluang komunikasi antara pengguna dan petani. Di samping itu, mereka juga menjalankan

kempen menggalakkan “Local Production for Local Consumption”. Hingga kini, terdapat 20,000 DSS di seluruh Jepun. Hasil daripada DSS ini juga telah meningkatkan pendapatan petani sebanyak lima peratus, malahan pengguna mendapat hasil pertanian yang segar dengan harga yang lebih murah.

c) Aktiviti deklarasi “Eco-Life” JA WA dan penduduk Jepun umumnya sangat berminat dengan isu alam sekitar dan pemanasan global. Sehubungan itu, JA WA telah menjalankan kempen mengamalkan cara hidup “eco-life” kepada semua anggotanya. Mereka mendidik dan memberikan pendedahan kepada anggota tentang idea penjimatan tenaga dan kehidupan secara ekologikal seperti tidak membuka peti ais terlalu kerap dan menutup semua suis jika tidak digunakan.

d) Aktiviti bantuan kepada mangsa tsunami Pada tahun 2011, kawasan timur Jepun iaitu Fukushima telah dilanda bencana tsunami yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan teruk di wilayah tersebut. JA WA tidak ketinggalan menyumbangkan bantuan kepada mangsa di kawasan terlibat. Mereka turut menyediakan makanan kepada mangsa, membuat Micanga (reben atau gelang good luck) dan selimut untuk dijual. Setiap 100 Yen daripada harga barang tersebut akan didermakan kepada mangsa bencana. Mereka berjaya menjual sebanyak 16, 656 Micanga dan 1,904 helai selimut.

Kedai Jualan Terus Produk Pertanian

53

DIMENSIKOOP

53BIL. 46 JULAI 2015

Cabaran JA WA

Sepanjang penubuhan JA WA, pelbagai cabaran yang mereka terpaksa tempuhi. Antara cabaran yang getir adalah:

a) Penurunan bilangan anggota yang semakin berlarutan disebabkan oleh pemodenan yang mewujudkan peluang pekerjaan selain daripada bertani. Kerajaan mengatakan bahawa pertanian amat penting tetapi pendapatan petani semakin berkurangan.

b) Kaum wanita atau petani tidak lagi berminat untuk meneruskan kehidupan sebagai petani di kampung dan mengambil keputusan berhijrah ke bandar untuk bekerja di syarikat-syarikat besar.

c) Sukar untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan kerana persatuan wanita dipandang kecil oleh kerajaan Jepun. Ini kerana JA WA banyak bergantung kepada JA untuk mengembangkan aktivitinya.

d) Prosedur pemprosesan makanan yang sangat ketat di Jepun yang mementingkan kebersihan, keselamatan dan kualiti. Kerajaan tempatan mempunyai pusat latihan pemprosesan makanan sendiri tetapi JA WA terpaksa bersaing dengan persatuan lain untuk menjalankan latihan di situ.

Bagi menangani cabaran tersebut, JA WA telah menjalankan beberapa pelan tindakan seperti:

a) Bekerja keras menjalankan promosi untuk menggalakkan penyertaan JA daripada kalangan keluarga petani seperti isteri dan anak petani.

b) Menambah aktiviti mengikut kehendak anggota terutamanya anggota muda supaya dapat menarik lebih ramai golongan muda, seperti menjalankan aktiviti bengkel mewarnakan kuku mengikut trend masa kini.

c) Mempelbagaikan produk di DSS supaya lebih ramai pelanggan akan tertarik untuk menjadi anggota JA WA.

d) JA meyediakan subsidi kepada JA WA untuk menggalakkan penyertaan daripada petani wanita seperti mengadakan kelas memandu traktor.

e) JA merancang untuk membina pusat latihan pemprosesan makanan sendiri untuk memudahkan JA WA mendapatkan latihan.

Usaha di atas bukan sahaja dapat menambahkan keanggotaan JA WA, malah ia juga dapat menambahkan keanggotaan ke dalam JA itu sendiri.

DIMENSIKOOP

5454 BIL. 46 JULAI 2015

Faktor Kejayaan JA WA

JA WA telah berjaya menaikkan taraf wanita dalam perniagaan dan komuniti, bahkan pendapat mereka juga telah diterima pakai. Ini terbukti dengan beberapa orang ketua dalam JA WA yang telah berjaya mendapat tempat di dalam pengurusan tertinggi JA. Antara faktor kejayaan JA WA ialah:

a) JA WA merupakan platform untuk kaum wanita terutamanya petani untuk menambah pendapatan mereka.

b) Sokongan yang jitu daripada JA dalam menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti seperti tadika, DSS, kelas memasak dan tidak ketinggalan bantuan dari sudut kewangan turut menjadi faktor bagi kejayaan JA WA.

c) Terjadinya bencana tsunami di Fukushima yang mengukuhkan lagi sikap bekerjasama dalam memberi bantuan dari segi fizikal dan mental kepada mangsa turut menjadikan mereka untuk lebih kuat.

Kesimpulan

JA WA merupakan kekuatan bagi JA kerana JA WA dapat membantu JA dalam mengembangkan aktiviti dan menambah keanggotaannya. JA WA memainkan peranan penting dalam JA terutamanya aktiviti yang berkaitan dengan menaikkan taraf hidup komuniti setempat, kebajikan dan DSS. Manakala JA pula lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti yang lebih besar seperti pertanian, pemasaran, penyimpanan, pemprosesan dan lain-lain. Maka, peranan JA WA amat penting dalam memajukan anggota wanita dan membolehkan suara wanita dapat didengari dalam JA dan menjadikan wanita lebih dihargai di Jepun.

Justeru, konsep persatuan wanita di dalam koperasi boleh dipraktikkan oleh koperasi di Malaysia juga. Walaupun koperasi wanita telah wujud di Malaysia, tetapi konsep ini boleh dipratikkan di mana-mana koperasi yang mempunyai anggota wanita. Ini kerana, koperasi boleh mempelbagaikan aktivitinya dan menyerahkan pengendalian kepada kaum wanita melalui persatuan wanita dalam koperasi.

Rujukan

Agricultural Cooperative in Japan: Basic Textbook. (2011). Tokyo, Jepun: IDACA

Hotta. (2014). Organization and Activities of JA Women’s Asssociations. Jepun: JA Zenchu

5454 BIL. 46 JULAI 2015