13
Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. PSIKOSOSIAL SUKAN PSIKOSOSIAL SUKAN Personaliti dan Sukan Personaliti dan Sukan

Personaliti Dan Sukan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psikologi sukan

Citation preview

  • Disediakan oleh:ABDUL LATIF BIN AHMADIPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat, Johor.PSIKOSOSIAL SUKANPersonaliti dan Sukan

    *

  • PENGERTIAN PERSONALITISecara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.Personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. ( Mishel, 1968).Personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. (Allport, 1961)

    *

  • PENGERTIAN PERSONALITIPersonaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. (Eysenck, 1981)Personaliti sebagai corak keseluruhan individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. (Kagen dan Segal, 1988).Personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme. (Watson, 1919)

    *

  • Perbezaan antara personaliti, watak dan trait

    PERSONALITIWATAKTRAITPersonaliti merujukkepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang individu.Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanyamerangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-menghormati dansebagainya.Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal.

    *

  • KLASIFIKASI PERSONALITIMenurut Carl Jung (1875 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu :

    Ekstrovert Introvert Ambivert

    *

  • KLASIFIKASI PERSONALITIEkstrovert

    Biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

    *

  • KLASIFIKASI PERSONALITIIntrovert

    Menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.

    *

  • KLASIFIKASI PERSONALITIAmbibertBagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

    *

  • PENGARUH PERSONALITI TERHADAP SUKANIndividu Introvert cenderung utk memilih jenis sukan yg memerlukan:PenumpuanKetepatanMotivasi kendiriKemahiran yg rumitTahap arousal (kebangkitan) yg rendah Pencapaian individu spt memanah, golf & snooker

    *

  • PENGARUH PERSONALITI TERHADAP SUKANIndividu Extrovert cenderung utk memilih jenis sukan:Menarik dan menyeronokkanSukan berpasukanRentak / jejak yg pantasTahap arousal / kebangkitan yg tinggi Kemahiran motor yg besar dan mudahKonsentrasi yg rendah spt, rugby dan tinju

    *

  • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITIFAKTOR BAKA/GENETIK

    Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.

    Jenis bentuk badanRupa bentuk badanCiri-ciri personalitiEndomorfBulat dan lembutTrait Viscerotinia:Suka bergaul, cepat mesra,berlega, mengandur.MesomorfOtot-otot kuat,berkemahiran psikomotorTrait Somatotonia:Tegas, agresif, suka riadah,sedia menghadapi cabaran.EktomorfKurus dan tinggiTrait Cerebrotonia:Tidak suka bergaul,introvert, tidak suka aktivitifizikal.

    *

  • FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITIFAKTOR PERSEKITARAN

    Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

    *

  • SEKIANTERIMA KASIH

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *