31
1 PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ISLAH BIN MAT ZIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

  • Upload
    vucong

  • View
    226

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

1

PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN

KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ISLAH BIN MAT ZIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH

DALAM MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya ISLAH BIN MAT ZIN

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

______________________________________ ____________________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

108, JLN JASA 37, RINI HILLS,

TAMAN MUTIARA RINI, 81300 SKUDAI,

JOHOR BAHRU.

Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________

PROF MADYA DR. HAMDAN BIN SAID

(Nama Penyelia)

Page 3: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

3

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”

Tandatangan : ………………………………

Nama Penyelia : PROF MADYA DR.HAMDAN BIN SAID

Tarikh : ………………………………

Page 4: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

4

PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH DALAM MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

ISLAH BIN MAT ZIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2013

Page 5: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

5

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : ISLAH BIN MAT ZIN

Tarikh : …………………………..

Page 6: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

6

DEDIKASI

Istimewa buat semua ahli keluarga

Segala pengorbanan, penat lelah, dorongan dan semangat

serta iringan doa

yang tiada galang gantinya

akanku kenang hingga ke hujung nyawa.

Khas buat penyelia

Prof Madya Dr. Hamdan bin Said

Terima kasih tidak terhingga

Tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan.

Tidak lupa juga

Rakan-rakan seperjuangan

Segala cerita pahit dan manis pencarian ilmu dikongsi bersama

Kejujuran kalian adalah kunci keeratan persahabatan ini.

Page 7: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

7

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan Pencipta alam semesta, selawat serta salam ke atas Rasul utusan mulia, keluarganya para sahabat dan mereka yang berada di atas jalan petunjuk hingga ke hari kemudian.

Alhamdulillah bersyukur dengan limpah dan perkenan Allah SWT saya berjaya meyempurnakan kajian ini. Sekalung budi dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof Madya Dr. Hamdan bin Said yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat sepanjang tempoh penulisan kajian ini.

Jutaan terima kasih ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengharung perit getir dalam pencarian ilmu yang tiada berpenghujung ini. Anda semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini.

Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak memberi dorongan serta iringan doa diucapkan terima kasih tidak terhingga, pengorbanan dan keprihatinan semua akan tetap terpahat dalam hati.

Page 8: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

8

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap

keberkesanan Penilaian Pengajaran Pensyarah (e-PPP) di Universiti Teknologi

Malaysia dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pensyarah.

Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan kaedah temu bual secara lisan dengan

empat orang pensyarah daripada tiga bidang fokus yang berbeza yang dipilih dengan

menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data kualitatif telah dianalisa dengan

menggunakan tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa perancangan pengajaran, cara

penyampaian pengajaran, interaksi antara pensyarah dengan pelajar dan kemahiran

insaniah boleh mempengaruhi penilaian pelajar terhadap pensyarah menggunakan e-

PPP. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa semua responden memaparkan

respons yang sangat positif terhadap e-PPP dengan menyatakan bahawa e-PPP

mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pensyarah di universiti.

Responden juga mengharapkan e-PPP ini diteruskan dan dibuat penambahbaikan

untuk memantapkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Responden

dalam kajian ini turut memberi cadangan untuk penambahbaikan terhadap e-PPP ini.

Selain itu, kerjasama dan tindakan daripada pihak terlibat perlu ada dalam

memastikan e-PPP ini berupaya menunjukkan prestasi pengajaran yang sah dan

dipercayai. Cadangan tindakan dan kajian lanjutan turut dibincangkan dalam kajian

ini.

Page 9: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

9

ABSTRACT

This study aims to identify the perceptions of the effectiveness of lecturers

Students Evaluation of Teaching (e-PPP) at Universiti Teknologi Malaysia in

improving the quality of teaching and learning lecturer. Qualitative study was

conducted using the method of oral interviews with four lecturers from three

different focus areas selected using purposive sampling. Qualitative data were

analyzed by using a theme. The results showed that instructional planning,

instructional delivery mode, the interaction between students and lecturers with soft

skills can affect student evaluation of lecturers use e-PPP. Results showed that all

respondents show a very positive response to the e-PPP, stating that e-PPP can

improve the quality of teaching and learning at the university lecturer. Respondents

also expect the e-PPP continued and made improvements to enhance the quality of

teaching and learning lecturer. Respondents in this study also makes

recommendations for improvements to the e-PPP. In addition, cooperation and action

from affected parties should have in ensuring e-PPP is capable of performing a valid

and reliable teaching. Proposed action and further research are discussed in this

study.

Page 10: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

10

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah dan Operasi 11

1.10 Penutup 14

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Penilaian Pengajaran Pensyarah oleh Pelajar 15

Page 11: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

11

2.2.1 Pelaksanaan Sistem Penilaian 15

2.2.2 Masa Penilaian 16

2.2.3 Menyatakan Nama Penilai 17

2.2.4 Kehadiran Pensyarah Semasa Proses Penilaian 17

2.2.5 Tujuan Penilaian 18

2.2.6 Gender Penilai 19

2.3 Perancangan Persediaan Pengajaran untuk Penilaian 19

2.3.1 Perjumpaan Kelas 20

2.3.2 Tahap Kursus 20

2.3.3 Saiz Kelas 21

2.3.4 Tugasan Kursus 22

2.3.5 Kaedah Pengajaran 23

2.3.6 Bahan Pengajaran Pensyarah 24

2.4 Penyampaian Pengajaran 25

2.4.1 Proses Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 26

2.5 Penilaian Pensyarah Terhadap Pelajar 26

2.6 Interaksi Pensyarah dan Pelajar 27

2.7 Kemahiran Insaniah 28

2.7.1 Personaliti Pensyarah 29

2.7.2 Pangkat, Kelulusan dan Pengalaman Pensyarah 29

2.7.3 Gender Pensyarah 30

2.7.4 Penampilan dan Sahsiah Pensyarah 31

2.8 Penutup 32

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Lokasi 35

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 36

3.5.1 Protokol Temu Bual Pensyarah 36

3.5.2 Temu Bual Lisan 37

Page 12: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

12

3.6 Prosedur Kajian 39

3.7 Kajian Rintis 40

3.7.1 Kesahan 41

3.8 Kaedah Penganalisisan Data 42

3.8.1 Prosedur Analisis Data Kuantitatif 42

3.9 Penutup 44

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 46

4.2 Hasil Temu Bual Pensyarah 47

4.2.1 Dapatan Bahagian A : Demografi Pensyarah 47

4.2.2 Dapatan Bahagian B: Hasil Temu 47

4.2.2.1 Apakah persepsi pensyarah terhadap penilaian

pelajar dalam e-PPP? 48

4.2.2.1.1 Mampu Membantu Pensyarah

Meningkatkan Kualti Pengajaran

berdasarkan e-PPP 49

4.2.2.1.2 Kesan pengajaran pensyarah daripada

e-PPP 50

4.2.2.1.3 Menggunakan e-PPP Sebagai

Sumber Pengajaran 52

4.2.2.2 Apakah persepsi pelajar terhadap perancangan

dalam e-PPP di Universiti Teknologi Malaysia? 53

4.2.2.2.1 Membuat Perancangan Pengajaran

daripada e-PPP 54

4.2.2.2.2 Kaedah, Teknik dan Falsafah yang

Digunakan 55

4.2.2.3 Apakah persepsi pensyarah terhadap penyampaian

isi pelajaran dalam e-PPP di Universiti?

Teknologi Malaysia? 57

4.2.2.3.1 Masa Kuliah 57

4.2.2.3.2 Saiz Kelas 59

Page 13: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

13

4.2.2.4 Apakah persepsi pensyarah terhadap penilaian

terhadap pelajar dalam e-PPP ? 60

4.2.2.4.1 Pemberian Tugasan Pelajar 61

4.2.2.4.2 Pemberian Markah Tugasan 62

4.2.2.4.3 Kaedah Penilaian yang Digunakan 64

4.2.2.4.4 Masa Penilaian 65

4.2.2.4.5 Gender 66

4.2.2.5 Apakah persepsi pensyarah terhadap interaksi

pelajar-pensyarah dalam e-PPP? 67

4.2.2.5.1 Sikap Keterbukaan Pensyarah 67

4.2.2.5.2 Interaksi Pensyarah dengan Pelajar 69

4.2.2.6 Apakah persepsi pensyarah terhadap kemahiran

insaniah dalam e-PPP? 70

4.2.2.6.1 Pangkat dan Status Pendidikan

Pensyarah 70

4.2.2.6.2 Penampilan dan Pemakaian Pensyarah 71

4.2.2.6.3 Pensyarah Tempatan dan Pensyarah

Asing 72

4.2.2.7 Apakah penambahbaikan dan cadangan yang perlu

dalam sistem e-PPP berdasarkan pandangan

pensyarah 74

4.2.2.7.1 Skala Penilaian yang Digunakan 74

4.2.2.7.2 Aplikasi e-PPP 76

4.2.2.7.3 Cadangan Aplikasi e-PPP 78

4.3 Penutup 79

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Rumusan 81

5.3 Perbincangan Dapatan kajian 83

5.3.1 Objektif 1 : Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap

penilaian pelajar dalam e-PPP 84

Page 14: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

14

5.3.2 Objektif 2 : Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap

perancangan dalam e-PPP 84

5.3.3 Objektif 3 : Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap

penyampaian isi pelajaran dalam e-PPP 85

5.3.4 Objektif 4: Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap

penilaian pensyarah terhadap pelajar dalam e-PPP 86

5.3.5 Objektif 5: Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap

interaksi pelajar-pensyarah dalam e-PPP 87

5.3.6 Objektif 6 : Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap

kemahiran insaniah dalam e-PPP 87

5.3.7 Objektif 7: Mengenal pasti cadangan dan penambahbaikan

daripada pensyarah terhadap e-PPP 89

5.4 Cadangan Kajian 89

5.4.1 Pensyarah 90

5.4.2 Jabatan dan Fakulti 90

5.4.3 Universiti 91

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.6 Penutup 92

RUJUKAN 93

LAMPIRAN 100

Page 15: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

15

SENARAI RAJAH NO TAJUK MUKA SURAT. 1.1 Kerangka Model Kajian 13

3.1 Proses Persampelan Melalui Tiga Peringkat 35

3.2 Langkah-Langkah Prosedur Kajian 39

Page 16: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

16

SENARAI SINGKATAN E-PPP Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah

UTM Universiti Teknologi Malaysia

CTL Center For Teaching And Learning

LAN Lembaga Akreditasi Negara

SIRIM Institut Penyelidikan Dan Piawaian Malaysia

KPI Key Performance Indicator

Page 17: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

17

SENARAI LAMPIRAN

NO TAJUK MUKA SURAT.

A Surat Pengesahan Status Pelajar daripada Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) 100

B Surat Kebenaran Menjalankan Temu Bual 101

C Skrip Protokal Temu Bual 102

Page 18: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

18

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Pendidikan merupakan landasan yang menjadi penanda aras untuk pembentukan dan

pencapaian negara dalam mencapai hasrat berstatus negara maju menjelang 2020.

Pendidikan sentiasa melalui evolusi selari dengan perkembangan masa kini. Pelbagai

usaha dan tindakan dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memperkasa dan

memartabatkan pendidik di mata masyarakat mahupun dunia. Malaysia perlu

membentuk masyarakat yang berketerampilan dan modal insan yang cemerlang agar

dapat bersaing dalam arena global menembusi segenap bidang. Menyedari hakikat

pentingnya pendidikan negara dalam merealisasikan aspirasi negara mencapai taraf

negara maju, ilmu menjadi agenda utama dalam memperkasa sistem pendidikan

negara.

Menyedari hakikat betapa pentingnya pendidikan kepada masyarakat, banyak

institusi pengajian tinggi telah ditubuhkan untuk menempatkan pelajar. Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak

asing lagi di negara kita yang dengan rasminya diisytiharkan sebagai universiti yang

mempunyai sejarah 100 tahun pada 26 Januari 2005 (Mohd Zulkifli Mohd Ghazali,

2007). Dalam usaha menjadi sebuah institusi pengajian yang unggul kepada

masyarakat Malaysia dan juga masyarakat global, pihak universiti mestilah

mempunyai objektif khusus dan dasar pendidikan yang jelas untuk mencapai

kecemerlangan. Ini kerana, tanpa dasar yang jelas sistem dan perlaksanaan

pendidikan di universiti akan menjadi kucar kacir dan terumbang-ambing (Syed

Othman Alhabsyi, 2001).

Page 19: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

19

Menurut Nurhayati Ishak (2006), bagi mewujudkan sebuah institusi

pendidikan yang efisyen dan efektif serta mencapai piawaian yang ditetapkan,

pendekatan kualitatif dalam segenap aspek pendidikan harus diberikan tumpuan yang

serius. Inilah asas untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dalam menempuhi

alam perkerjaan seterusnya menjadi aset negara yang berharga. Sebagai usaha

membekalkan pendidikan berkualiti kepada pelajar, pemilihan tenaga pengajar

diberikan perhatian yang serius kerana staf akademik merupakan nadi kepada

sesebuah universiti dan kewibawaan universiti amat bergantung kepada kewibawaan

pensyarahnya (Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, 2007).

Kecemerlangan yang tinggi dalam akademik dan pengetahuan yang luas

dalam bidang ilmu bukanlah faktor penentu kecemerlangan pengajaran seseorang

pensyarah. Sehubungan itu, banyak kursus dan latihan berbentuk pedagogi

dibekalkan kepada golongan pensyarah. Baharin Abu (2000) menegaskan tentang

pentingnya untuk menyediakan kursus dan latihan berbentuk kemahiran pengajaran

dalam kalangan pensyarah, lebih-lebih lagi kepada pensyarah baru. Walau

bagaimanapun, pengajaran yang baik bukanlah berdasarkan teknik pengajaran

pengajar semata-mata, tetapi terhasil daripada identiti dan personaliti yang

dicerminkan oleh pengajar terhadap pelajarnya (Hativa, 2001). Angelo (2002)

menyatakan bahawa pendidik bertanggungjawab sebagai pendorong, pembimbing,

penilai, serta pembentuk sahsiah kepada pelajarnya. Golongan pensyarah perlulah

terlebih dahulu berkeupayaan tinggi menjalankan tugas tersebut dengan sebaik

mungkin bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Menurut Korthagen (2001), seseorang pensyarah bukan sahaja bergantung

kepada ilmu pengetahuan yang diperolehinya tetapi personalitinya juga memainkan

peranan penting dalam menjadikan seseorang itu pendidik yang cemerlang dan

efektif. Ini adalah kerana emosi seseorang bergantung kepada personaliti individu

yang berhadapan dengannya. Sekiranya seseorang pensyarah tidak menunjukkan

personaliti yang baik, ia akan menyebabkan pelajar kurang berkeyakinan terhadap

penyampaiannya, dan seterusnya menjejaskan tahap pencapaian pelajarnya (Borich,

1996). Berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan, jelaslah betapa

Page 20: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

20

pentingnya kecemerlangan personaliti pensyarah dalam menyampaikan

pengajarannya dengan berkesan kepada pelajarnya.

Untuk menilai tahap keberkesanan pengajaran pensyarah terhadap

pembelajaran pelajar, adalah penting untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap

pensyarah yang mengajarnya. Ini adalah kerana persepsi akan mempengaruhi reaksi

dalam mencipta hubungan pensyarah-pelajar di dalam kelas, seterusnya

menyumbang kepada prestasi akademik sama ada secara positif atau negatif.

Penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah memberi peluang untuk

pembangunan akademik dan cara baru untuk mengambil kira perkembangan teori

dan praktikal dalam bidang pengajaran pensyarah (Smith, 2008). Menurut Norhasni

(2007), pelajar merupakan penilai yang boleh memberikan komen dan pandangan

terhadap kualiti dan mutu pengajaran pensyarah. Menyedari betapa pentingnya

penilaian pelajar terhadap tahap keberkesanan pengajaran pensyarah, satu bentuk

penilaian diwujudkan dengan menggunakan sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah

(e-PPP). Berdasarkan maklumat daripada Polisi dan Kod Amalan Pengajaran dan

Pembelajaran UTM, penilaian pengajaran pensyarah dilaksanakan kepada staf

akademik melalui sistem atau talian Penilaian Pengajaran Pensyarah (e-PPP) setiap

penghujung semester.

Kajian-kajian dalam bidang kepimpinan pengajaran turut menyebutkan

bahawa para pemimpin pengajaran memantau proses pengajaran dan pembelajaran

bagi tujuan pembangunan profesional pensyarah dan pentadbir (Glickman, Gordon &

Ross-Gordon, 2001). Secara ringkasnya, pemantauan yang dilaksanakan oleh

pemimpin pengajaran memberi fokus kepada kaedah peningkatan bagi memastikan

matlamat institusi pendidikan masing-masing tercapai.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kecemerlangan akademik merupakan alat pengukur yang menentukan tahap

kejayaan pelajar di universiti, di dalam mahupun di luar negara. Ia seharusnya

Page 21: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

21

menjadi matlamat utama seorang siswa atau siswazah kerana ia menunjukkan sejauh

mana penguasaannya terhadap ilmu yang dipelajari di universiti (Arham Abdullah,

Baharin Mesir, dan Mohd Muhaimin Mohamed, 2006).

Masalah yang sering dihadapi oleh pensyarah dan pihak pengurusan

akademik di universiti ialah kegagalan sebahagian mahasiswa menunjukkan prestasi

yang cemerlang dalam akademik (Utusan Melayu, 2001) termasuklah di Universiti

Teknologi Malaysia tersendiri. Menurut Arham Abdullah et al. (2006), prestasi

akademik graduan di UTM secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana.

Buktinya, peratusan graduan yang berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama pada

setiap tahun adalah sangat rendah berbanding dengan jumlah pelajar yang mendapat

Ijazah Kelas Kedua (Tinggi) dan Ijazah Kelas Kedua (Rendah). Malahan masih

ramai pelajar yang tidak dapat menghabiskan pengajian mereka dalam jangka masa

yang minima sebagaimana keperluan universiti. Jadi, tidak menghairankan apabila

terdapat sebilangan pelajar yang terpaksa mengulang kembali kursus yang telah

diambil sebagai memenuhi syarat pengijazahan. Hal ini sangat membimbangkan

kerana tanpa keputusan yang baik, mereka akan sukar mendapat tempat yang baik

dalam bidang pekerjaan kelak dan berdaya saing di dalam masyarakat (Katzenmeyer,

2001).

Masalah pencapaian akademik yang rendah ini mempunyai kaitan secara

langsung dengan kaedah pengajaran dan komitmen pensyarah. Jika pensyarah

mampu menyampaikan pengajarannya dengan berkesan, kesannya akan dapat dilihat

pada peningkatan prestasi akademik pelajarnya. Pengajaran yang berkesan dikatakan

berlaku apabila pengajar mampu memindahkan pengetahuan dan boleh diterima serta

difahami oleh pelajar (Kember dan Wong, 2001). Apakah pensyarah mampu

memindahkan pengetahuan dengan jaya? Kajian perlu dilakukan untuk mengenal

pasti perkara ini.

Peranan yang dimainkan oleh pensyarah juga amatlah penting dalam

menentukan kejayaan pelajar. Pensyarah merupakan ramuan penting di dalam resepi

pendidikan di seluruh institusi pendidikan tinggi. Ia merupakan elemen utama yang

perlu diberi perhatian kerana pengaruhnya agak besar terhadap prestasi pelajar.

Page 22: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

22

Banyak faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran seseorang pensyarah. Ia

merangkumi aspek pertuturan, minat dan kesungguhan, kematangan dan keyakinan

diri, hubungan sesama pensyarah dan pihak institusi, hubungan pensyarah dengan

pelajar, sikap mementingkan masa pemakaian, perwatakan, bersifat fleksibel,

penyabar, berminat terhadap pelajar dan boleh bergurau dengan pelajar (Abdul

Rahim et.al., 2000). Sejauh manakah aspek-aspek di atas ada pada pensyarah UTM?

Kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti perkara ini.

Bagi melahirkan pelajar yang berkesan, pensyarah terlebih dahulu perlu

mampu dan berkeupayaan tinggi menjalankan peranan mereka dengan cemerlang

dan berkesan. Ini termasuklah menyediakan persediaan dan perancangan yang rapi

sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Feldman (1978)

perancangan yang teratur dan berkesan menjamin sesi pengajaran dan pembelajaran

yang menarik minat pelajar untuk belajar serta dapat mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan. Hasil daripada perancangan pengajaran yang

baik, dapat menjamin sesi pengajaran yang berkesan.

Sementara itu, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pelajar terhadap

sistem penilaian yang diguna pakai oleh pensyarah dalam pemberian markah dan

gred terhadap tugasan mereka. Menurut Abd Raof dan T. Subahan (1999), tujuan

penilaian ini adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan tugasan, memberi

nasihat, bimbingan dan dorongan supaya dapat meningkatkan mutu pembelajaran

dan yang paling penting memberi pandangan yang positif terhadap kefahaman

pengajaran pensyarah.

Faktor interaksi juga dikatakan memberi impak yang besar dalam

pembelajaran pelajar. Interaksi merupakan proses perkongsian pengalaman antara

pensyarah dengan pelajarnya dan begitu juga sebaliknya. Namun begitu interaksi

berkesan hanya akan berlaku sekiranya sesuatu maklumat yang ingin disampaikan

kepada penerima dapat diterima dan difahami dengan baik. Dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran, interaksi dikatakan berkesan sekiranya pensyarah

dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, tunjuk ajar serta nasihat

kepada pelajar dengan baik dan tepat dan jelas tanpa sebarang kekeliruan, kekaburan

Page 23: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

23

dan salah faham (Ab.Rahman, 2000). Jika dilihat dalam senario pensyarah dan

pelajar UTM, interaksi yang berlaku adalah terhad di dalam bilik kuliah sahaja.

Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini? Kajian perlu dilakukan untuk mengenal

pasti interaksi antara pensyarah dan pelajar.

Justeru Center for Teaching and Learning (CTL) diwujudkan di Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) bagi membina satu bentuk instrumen sistem penilaian

pengajaran pensyarah. Sistem ini dinamakan sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah

(e-PPP) dan akan diisi oleh pelajar pada setiap akhir semester pengajian. Sistem ini

mempunyai lima dimensi utama yang meliputi aspek perancangan, penyampaian isi

pelajaran, penilaian pensyarah terhadap pelajar, interaksi pensyarah-pelajar dan

kemahiran insaniah pensyarah. Dalam sistem ini, pelajar dikehendaki membuat

penilaian terhadap pengajaran pensyarah mereka. Sistem penilaian ini dilaksanakan

bertujuan untuk mengetahui tahap kualiti pengajaran pensyarah dan memantau serta

membangunkan program-program yang bersesuaian. Ini dapat memastikan

pensyarah UTM sentiasa dibekalkan dengan kemahiran dan teknik pengajaran yang

mantap, cemerlang, berkesan dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian

cemerlang pelajar. Persoalannya sejauh manakah pelajar dan pensyarah mengetahui

peranan sistem ini dilaksanakan? Malahan, adakah sistem ini benar-benar sesuai

untuk digunakan dalam menilai pengajaran pensyarah? Kajian perlu dilakukan untuk

mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh e-PPP dalam meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran pensyarah.

1.3 Pernyataan Masalah

Setiap pensyarah mempunyai ciri dan kaedah pengajaran yang berbeza.

Pelajar pula sentiasa mempunyai persepsi yang berbeza terhadap keutamaan ciri dan

pengajaran pensyarah yang dianggap sebagai cemerlang. Salah satu kaedah yang

digunakan untuk memastikan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia

berkeupayaan melahirkan pelajar yang berkualiti adalah dengan meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini memberi gambaran semua

tenaga akademik di universiti perlu memiliki kemahiran dan kepakaran dalam proses

Page 24: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

24

pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan sumber manusia yang mampan dan

berkualiti ke arah pembangunan negara. Apakah kepakaran dan kemahiran yang

perlu ada pada seseorang pensyarah itu? Sejauh mana mereka ini memiliki

kepakaran dan multi kemahiran dalam bidang pengajaran masing-masing?

Pihak pengurusan universiti pada masa kini perlu akur dengan kehendak

pasaran kerja semasa dan sehingga kini pelbagai usaha telah dilakukan untuk

melahirkan graduan yang mempunyai nilai tambah untuk menghadapi pasaran kerja

yang lebih kompetatif. Pelbagai sumber digunakan untuk mendapatkan

pengiktirafan kualiti pembelajaran dalam kursus yang ditawarkan seperti

pengiktirafan sistem pengurusan kualiti oleh Institut Penyelidikan dan Piawaian

Malaysia (SIRIM), Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Lembaga Jurutera Malaysia

dan pelbagai program latihan industri pelajar. Usaha ini adalah untuk melahirkan

graduan bertaraf global dan berpendidikan tinggi. Walaupun begitu, usaha ini

dianggap kurang berkesan kerana pengangguran siswazah menjadi kayu pengukur

kepada kejayaan tersebut. Sebagai warga organisasi dalam institusi pengajian tinggi,

keupayaan pensyarah untuk mengeluarkan produk mengikut kehendak pasaran kerja

global agak teruji. Ini menggambarkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh

pensyarah menjadi seolah-olah tidak relevan dengan kehendak pasaran kerja masa

kini.

Berdasarkan senario di atas, sejauh manakah pensyarah Universiti Teknologi

Malaysia ini bersedia menyahut cabaran global ini? Apakah isu dan peranan

pensyarah dalam menangkis setiap permasalahan dan tanggapan yang timbul ini?

Kajian yang dijalankan ini akan mengupas keperluan dan pelaksanaan penilaian

pengajaran pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia dengan mengambil kira

perspektif pensyarah terhadap keberkesanan penilaian pengajaran pensyarah

Universiti Teknologi Malaysia dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Mengikut Julian, Appelle, O'Sullivan, Morrison, & Wamsley, (2012)

penilaian pengajaran pensyarah memberi satu rancangan masa depan dengan semua

kemahiran mengajar diri dinilai. Dengan adanya kesedaran dan pemahaman yang

tepat mengenai kualiti pengajaran dan pembelajaran, pensyarah dapat mengenal pasti

sejauh mana peranan mereka serta cabaran yang dihadapi. Ini memberi gambaran

Page 25: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

25

dengan adanya kemahiran dan kepakaran di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, pensyarah dapat mengembleng tenaga untuk bersama-sama

memperkasa pendidikan tinggi dan sekaligus dapat meningkatkan martabat

profesionalisme tenaga akademik pendidikan tinggi.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran pensyarah daripada persepsi dan pensyarah. Oleh itu

kajian ini bertujuan untuk :

1. Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap penilaian pelajar dalam e-PPP.

2 Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap perancangan pengajaran dalam e-

PPP.

3 Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap penyampaian isi pelajaran dalam e-

PPP

4 Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap penilaian pensyarah terhadap pelajar

dalam e-PPP.

5 Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap interaksi pelajar-pensyarah dalam e-

PPP.

6 Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap kemahiran insaniah dalam e-PPP.

7 Memberikan cadangan dan penambahbaikan terhadap e-PPP.

1.5 Persoalan Kajian Dalam kajian ini, persoalan kajian yang ingin dicapai ialah:

Page 26: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

26

1. Apakah persepsi pensyarah terhadap penilaian pelajar dalam e-PPP?

2. Apakah persepsi pensyarah terhadap perancangan pengajaran dalam e-PPP?

3. Apakah persepsi pensyarah terhadap penyampaian isi pelajaran dalam e-PPP?

4. Apakah persepsi pensyarah terhadap penilaian terhadap pelajar dalam e-PPP?

5. Apakah persepsi pensyarah terhadap interaksi pelajar-pensyarah dalam e-

PPP?

6. Apakah persepsi pensyarah terhadap kemahiran insaniah dalam e-PPP?

7. Apakah cadangan dan penambahbaikan daripada pensyarah untuk

meningkatkan keberkesanan e-PPP dalam meningkatkan kualiti pengajaran

dan pembelajaran?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pensyarah terhadap penilaian

pengajaran pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian ini akan dapat

membantu pihak universiti untuk merancang dan melaksanakan program-program

yang boleh memantapkan lagi kemahiran dan pengajaran pensyarah.

1.6.1 Universiti Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diharap dapat menggunakan hasil

dapatan kajian ini sebagai titik tolak untuk merangka peraturan atau syarat dalam

memilih staf akademik dengan berfokuskan kepada kemahiran pedagogi. Selain itu,

pihak UTM juga diharap dapat memberikan anugerah khas kepada pensyarah yang

mendapat keputusan penilaian cemerlang dengan tujuan untuk memotivasikan

pensyarah untuk menggunakan kaedah pengajaran terbaik dalam pengajaran mereka.

1.6.2 Fakulti

Page 27: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

27

Kajian ini dapat digunakan oleh pihak fakulti untuk merangka perancangan

pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan menyeluruh yang dapat memberi

panduan tentang bagaimana sesuatu kursus itu dapat dijalankan dengan jayanya.

1.6.3 Pensyarah Kredibiliti pensyarah dapat diiktiraf melalui panduan yang dibekalkan daripada hasil

dapatan kajian ini. Ianya akan dapat menjurus keupayaan pensyarah itu di dalam

memperbaiki mutu pengajaran.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjau terhadap penggunaan e-PPP dalam

menilai pengajaran pensyarah yang dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia.

Tinjauan proses penilaian pengajaran ini hanya dilaksanakan di UTM. Skop kajian

tertumpu kepada lima konstruks iaitu perancangan pengajaran pensyarah, pengajaran

pensyarah dalam menyampaikan isi pelajaran, penilaian pensyarah terhadap pelajar,

interaksi pensyarah dengan pelajar dan kemahiran insaniah pensyarah.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada enam aspek. Kajian ini hanya terhad kepada

kaedah temu bual bersama pensyarah sahaja dalam kutipan data. Dalam kajian ini

tiada pemerhatian secara langsung kepada pengajaran pensyarah. Kajian ini hanya

dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sahaja. Oleh itu dapatan kajian

hanya menggambarkan keadaan persekitaran dan keperluan pensyarah dan pelajar di

UTM ini sahaja. Hasil kajian tidak boleh diperluas kepada universiti atau kolej

universiti yang lain di Malaysia.

Ketepatan kajian ini banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para

responden dalam menjawab temu bual yang dijalankan kepada mereka. Kajian ini

adalah berdasarkan persepsi responden terhadap keperluan dalam pengajaran dan

Page 28: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

28

pembelajaran. Masa penilaian dilaksanakan adalah tidak terhad. Temu bual

dilakukan di luar sesi pengajaran dan pembelajaran atau masa lapang pensyarah.

Tempoh masa temu bual tidak terhad. Ini bertujuan untuk memberi kebebasan dan

keselesaan kepada responden.

1.9 Definisi Istilah dan Operasi

Berikut adalah definisi operasi dan istilah yang digunakan dalam kajian ini:

1.9.1 Persepsi

Kamus Dewan edisi keempat mendefinisikan persepsi sebagai pandangan.

Gibson,(1989) memberikan definisi persepsi sebagai proses kognitif yang

dipergunakan oleh individu untuk mentafsir dan memahami dunia sekitarnya

dengan menjelaskan bahawa persepsi merupakan proses pemberian erti

mengikut pandangan individu. Dalam kajian ini, persepsi merupakan

pandangan yang diberikan oleh pensyarah terhadap e-PPP.

1.9.2 Pensyarah

Pensyarah ialah orang yang memberikan syarahan (ceramah), di universiti,

orang yang memberikan kuliah. Bagi kajian ini pensyarah merujuk kepada

tenaga pengajar yang mengajar di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai

empat orang pensyarah yang terlibat dalam sampel kajian.

1.9.3 Penilaian

Penilaian ialah perihal atau perbuatan menilai atau pentafsiran. Menurut

Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan

menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-

pilihan yang ada. Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang

dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.

Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang

membolehkan seseorang membuat keputusan. Pada asasnya penilaian

Page 29: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

29

merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan

pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi

pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif

pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di universiti, penilaian

boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk

menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan

kuliah dan makmal dicapai. Dalam kajian ini, penilaian merujuk kepada

penilaian pelajar terhadap sistem Penilaian Pengajar Pensyarah (e-PPP).

1.9.4 Pengajaran

Pengajaran merujuk perihal mengajar, akan sesuatu yang berkaitan dengan

mengajar seperti cara, sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan.

Pengajaran adalah satu proses penyampaian iaitu menyampaikan maklumat

dan ilmu pengetahuan dengan kaedah dan teknik pengajaran (Abd Ghafar Md

Din, 2003). Robiah Sidin (1998) menyatakan bahawa pengajaran sebagai

usaha yang dibuat bagi membolehkan pembelajaran berlaku dalam diri orang

lain. Ia merangkumi penyediaan rancangan pengajaran yang meliputi

penggunaan teknik pengajaran tertentu, alat dan bahan sumber tertentu.

Dengan itu dapat dikatakan pengajaran adalah usaha yang diatur dan

mempunyai matlamat, yang biasanya untuk mencapai sesuatu yang boleh

diukur kejayaannya. Dalam kajian ini, pengajaran pensyarah di dalam kelas

yang menggunakan segala aspek yang berkaitan dengan teknik, strategi,

kaedah, alat dan sumber tertentu.

1.9.5 Kualiti

Kualiti bermaksud darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi atau mutu

barang itu baik. Kualiti ialah nilai (Feigenbaum, 1961), menepati spesifikasi

(Gilmore, 1974), menepati permintaan dan kecacatan sifar (Crosby, 1979),

cemerlang (Waterman, 1982), menepati kehendak pelanggan (Parasuraman,

1985), kesesuaian bagi penggunaan (Juran dan Gryna, 1988) dan pelbagai

lagi. Crosby (1979) menjelaskan bahawa kualiti merupakan keselarasan

dengan keperluan. Kualiti juga dikaitkan dengan darjah keseragaman, kos

Page 30: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

30

yang rendah dalam pengeluaran, dan disesuaikan dengan pasaran (Deming,

1986). Cohen dan Brand (1993) pula berpendapat bahawa kualiti ialah

kesesuaian penggunaan atau menepati keperluan pelanggan. Seterusnya

kualiti adalah penambahbaikan berterusan dalam semua aspek (Bank, 1988).

Dalam kajian ini kualiti merujuk kepada mutu pengajaran pensyarah.

1.9.6 Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan

penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.

Pembelajaran ialah pertambahan pemikiran dan kebolehan bagi sesuatu

perbuatan atau pekerjaan atau pekerjaan yang berkaitan dengan minat, sikap

dan nilai seseorang. Proses pembelajaran memerlukan usaha dan rangsangan

daripada pihak yang mengajar kepada pihak yang belajar. Menurut Hamalik

(1999) pembelajaran merupakan kombinasi yang tersusun atas unsur-unsur

manusiawi, material, kemudahan, kelengkapan dan prosedur yang saling

mempengaruhi mencapai tujuan pembelajaran. Novak dan Tyler (1986)

mendefinisikan pembelajaran sebagai satu proses di mana pelajar itu

membentuk cara pemikiran yang baru atau mengubahsuaikan pemikiran yang

lama, yang seterusnya akan berlaku perubahan tingkah laku. Zanden dan

Pace (1988) pula mendefinisikan pembelajaran sebagai sesuatu perubahan

yang agak kekal di dalam tingkah laku atau kebolehan yang terhasil melalui

pengalaman. Ia dapat dianalisis daripada perubahan-perubahan tingkah laku

yang agak stabil interaksinya dengan persekitaran.

Page 31: PERSPEKTIF PENSYARAH TERHADAP PENILAIAN … Bin Mat Zin.TP.pdf · semua merupakan pendorong kekuatan diri dalam mengejar impian ini. Buat keluarga yang sentiasa memahami dan banyak

31

1.10 Kerangka Kajian

Rajah 1.1 Kerangka Model Kajian

1.10 Penutup

Kesimpulannya, kajian ini memberi fokus untuk mengetahui persepsi pelajar

dan pensyarah tentang keberkesanan Penilaian Pengajaran Pensyarah (e-PPP) dalam

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga bertujuan

mendapatkan cadangan yang sesuai untuk penambahbaikan Penilaian Pengajaran

Pensyarah (e-PPP). Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor

Bahru, Johor yang melibatkan pelajar dan pensyarah.

Dimensi

• Perancangan pengajaran

• penyampaian isi pelajaran

• penilaian pensyarah terhadap pelajar

• interaksi pensyarah-

• pelajar • kemahiran

insaniah •

Persepsi Pensyarah

Keberkesanan Penilaian

Pengajaran Pensyarah (e-PPP)

dalam meningkatkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran