16
Keluaran Bil: 1/2014 Percuma Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Melaka Tel : 06- 3333333 Faxs : 06– 2323443 Email: www.jpbdmelaka.gov.my Lawatan Kerja Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia - m/s 6 Program Sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Melaka 2014 - m/s 4 Program Team Building - m/s 9 Lawatan Kerja Ke Kuching, Sarawak - m/s 10 Majlis Persaraan - m/s 13

Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Keluaran Bil: 1/2014 Percuma

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Melaka Tel : 06- 3333333 Faxs : 06– 2323443 Email: www.jpbdmelaka.gov.my

• Lawatan Kerja Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia - m/s 6

• Program Sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Melaka 2014 - m/s 4

• Program Team Building - m/s 9 • Lawatan Kerja Ke Kuching, Sarawak - m/s 10 • Majlis Persaraan - m/s 13

Page 2: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Sidang Redaksi

Ketua Editor Pn. Rozita Binti Hamit Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Pembangunan

Fotografi

Pn. Suryati Binti Md Kod Anuar

Editor En. Haris Bin Arifin

Ketua Unit

Pengurusan Korporat dan Keurusetiaan

En. Haris Bin Arifin

Pn. Analiza Binti Hj. Adam

Pereka Grafik

Pengurusan Penerbitan Pn. Hjh. Norisah Binti Ahmad

En. Zaruddin Bin Samian

En. Mohd. Zulfadhli Binti Abd. Wahid

Pn. Nur Sharina Binti Hamdan

Sidang Redaksi

Perutusan Pengarah

Program Sambutan Maulidurasul

Peringkat Negeri Melaka 2014

Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan

Bil 1/2014

Lawatan Kerja Ketua Pengarah

JPBD Semenanjung Malaysia

Garis Panduan Perancangan

Perintah Pemeliharaan Pokok

Garis Panduan Perancangan Taska dan Tadika

Program Team Building Melaka 2014

– Pengukuhan Diri Ke Arah Kecemerlangan

Organisasi.

Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak.

Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan

- Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Perhimpunan Bulanan -

Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis Persaraan

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri

Bil 1/2014 dan Bil 2/2014

Status Pewartaan Kawasan Lapang Negeri Melaka

m/ s 2

Isi Kandungan

m/s 2

m/s 3

m/s 4

m/s 5

m/s 6

m/s 7

m/s 8

m/s 9

m/s 11

m/s 12

m/s 13

m/s 10

m/s 14

m/s 15

Page 3: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Perutusan Pengarah

m/ s 3

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataa'ala

kerana Buletin bil 1 untuk tahun 2014 Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa Negeri Melaka (JPBD Negeri Melaka) berjaya

diterbitkan dengan lakaran yang lebih menarik bagi menyampaikan

dan mempamirkan aktiviti Jabatan pada suku tahun ini.

Pada amnya, terlalu banyak aktiviti yang dilalui oleh jabatan ini

yang melibatkan aktiviti jabatan mahupun aktiviti dari kerajaan

negeri.

Pada awal tahun lagi JPBD Negeri Melaka telah dikejutkan dengan

Program Rangka Kerja Jabatan (RKJ) yang di jalankan di Taiping

Perak bagi merangka Sasaran Kerja Tahunan (SKT) untuk satu tahun

2014. Kemudian diteruskan dengan program Team Building

melibatkan semua kakitangan JPBD Negeri Melaka yang diadakan

di Sungai Congkak, Ulu Langat Selangor.

Berbagai Aktiviti telah dilalui termasuklah aktiviti sambutan Maulidurasul, sesi lawatan Ketua Pengarah

JPBD Semenanjung Malaysia, perpindahan ke pejabat baru unit UMGN dan sebagainya. Antara

Program yang utama tahun ini ialah JPBD Negeri Melaka telah menjadi tuan rumah untuk perhimpunan

bulanan SUK pada 2 Jun 2014. Pengajuran kali ini telah mengangkat JPBD Negeri Melaka dimata

Kerajan Negeri dimana Jabatan telah mendapat pujian dari Ketua Menteri Melaka dan tersiar dalam

Akbar Melaka Hari ini pada 3 Jun 2014.

Dari segi pembangunan, JPBD Negeri Melaka juga terus aktif dalam membantu kerajaan negeri dalam

menjalankan berbagai projek Mega kerajaan negeri termasuk projek pembangunan „Hight Speed Reel‟,

Cadangan Jajaran Pengangkutan Awam Bersepadu.

Buletin JPBD Negeri Melaka ini juga akan sentiasa ditambahbaik dari masa kesemasa bagi memberi

imformasi yang terbaik kepada semua.

Akhir kata, saya mengharapkan agar Buletin Bilangan 1/2014, JPBD Negeri Melaka ini akan terus

menjadi bahan bacaan utama kepada umum dalam memastikan sistem penyampaian yang cepat tepat

dan berkat, khususnya di dalam bidang perancangan bandar.

Sekian

Melaka Maju Negeri ku Sayang

Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Melaka Maju Fasa Ke II

ABDUL JAMIL BIN ARSHAD

Page 4: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2014 telah diadakan pada 14

Januari 2014. JPBD Melaka telah menyertai sebahagian daripada 187

kontinjen yang mengambil bahagian dalam Sambutan Maulidur Rasul

Peringkat Negeri Melaka yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri

Melaka iaitu Tun Datuk Seri Mohd Khalil Yaakob , Ketua Menteri Melaka

Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron dan barisan Exco Negeri.

Program Sambutan Maulidur Rasul

“WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”

12 Rabiulawal 1435H

m/ s 4

Perarakan peserta kontinjen bermula dari Stadium Hang Tuah

dan berakhir di Masjid Negeri (Masjid Al Azim). Peserta

perarakan terdiri dari pelbagai Agensi Kerajaan, Swasta,

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Intitusi Pergajian Tinggi

(IPT), Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah

Agama serta kontigen dari Jawatankuasa Keselamatan dan

Kemajuan Kampung (JKKK) seluruh Negeri Melaka.

Page 5: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Bagi membincangkan perancangan halatuju JPBD Melaka dan

Sasaran Kerja Tahunan bagi tahun 2014 Mesyuarat Rancangan

Korporat Jabatan (RKJ) bil 1/2014 telah diadakan pada 8 hingga

11 Januari 2014 bertempat di Taiping Golf Resort, Taiping, Perak.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kakitangan JPBD Melaka seramai

21 orang pegawai terdiri dari Kumpulan Pengurusan dan

Profesional, dan Kumpulan Sokongan.

Program Rancangan Korporat Jabatan

Bil. 1/2014

m/ s 5

Page 6: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Lawatan Kerja Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia

YBhg Dato‟ Mohd Fadzil bin Hj Mohd Khir telah mengadakan

lawatan ke JPBD Negeri Melaka pada 28 Januari 2014

sebelum beliau menamatkan Perkhidmatan secara rasmi

pada 25 Februari 2013.

Dato‟ Ketua Pengarah pernah bertugas selaku Pengarah

JPBD Melaka selama 5 tahun dari tahun 1992 sehingga

1997. Antara perancangan pembangunan yang menjadi

sebahagian jasa beliau di Negeri Hang Tuah ini adalah

Pembangunan Koridor di beberapa kawasan di Negeri

Melaka, Perancangan Pulau Melaka, Pembangunan Pulau

Besar dan terlibat dengan Perancangan Tambak Laut

Negeri Melaka.

m/ s 6

Daun terap di atas bukit,

Kapal menyamun dualah batang,

Jadi Kenangan bukanlah sedikit,

Dari Dulu sampai sekarang.

Tinggi Bukit Gilang-Gemilang,

Air Di Laut Tenang-Tenangan,

Budi sedikit manakan hilang,

Itu nama kenang-kenangan.

Page 7: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

PENGENALAN

Perintah pemeliharaan pokok merupakan suatu perintah

mengenai pemeliharaan pokok, pokok-pokok atau kelompok

pokok yang boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa

perancang tempatan bagi melarang penebangan pokok

tanpa kebenaran bertulis dan bagi memastikan penggantian

pokok melalui penanaman semula

POKOK PERLU PERLINDUNGAN

Perlindungan khas kepada pokok yang lilitannya

melebihi 0.8 meter tidak boleh di tebang kecuali

dengan izin PBPT

Penebangan pokok yang dibenarkan hendaklah

diberi secara bertulis oleh PBPT

PBPT boleh mensyaratkan pokok yang ditebang

diganti dengan penanaman semula

Perunding ketika memohom K.M untuk pembangunan

hendaklah menyediakan pelan iventori pokok yang

melebihi 0.8 m diatas tapak cadangan untuk

pemeriksaan PBPT

PBPT memasukan syarat mengenai larangan

penebangan pokok dalam Borang A1

HAK POKOK

Pokok merupakan aset semulajadi dan

menjadi tanggungjawab setiap individu untuk

memeliharanya. Tujuan pemeliharaan adalah

bagi menjamin sumber alam semulajadi bagi

generasi akan datang untuk sama-sama

menikmatinya.

Seksyen 35A memberi kuasa pada pihak

berkuasa perancang tempatan (PBPT) untuk

mengeluarkan perintah pemeliharaan pokok

yang terancam kepupusan atau mempunyai

nilai-nilai istimewa.

Bahagian VA Akta 172 memberi perlindungan

khas kepada pokok-pokok matang untuk

memastikan ianya tidak ditebang dan sistem

ekologi semasa sesuatu kawasan dapat

dikekalkan.

NILAI TERSENDIRI NILAI SEJARAH TANAMAN KENAMAAN

Spesis pokok yang mempunyai

keindahan semulajadi atau nilai

estetik tembatan atau sebagai

penghadang fizikal terhadap

pemandangan yang buruk atau

lain-lain nilai.

Spesis pokok yang terdiri

daripada mana-mana spesis

pokok yang tumbuh atau

ditanam sempena sesuatu

upacara dan mempunyai kaitan

dengan nilai sejarah

Spesis pokok yang ditanam oleh

pemimpin negara dan orang

kenamaan sempena sesuatu

upacara yang mempunyai

kepentingan negara.

POKOK – POKOK DALAM KAWASAN PERLINDUNGAN

Termasuk semua pokok yang ditakrifkan di dalam undang-undang bertulis lain dan pokok-pokok yang

terletak di dalam kawasan yang diisytiharkan kawasan hutan simpan, kawasan tadahan air, kawasan

pemeliharaan bukit dan lain-lain kawasan yang seumpamanya.

POKOK-POKOK YANG PERLU DILINDUNGI

“RARE” “ENDEMIC” “ENDARGERED”

Pokok yang disenaraikan dalam

spesis pokok yang jarang ditemui

tetapi mempunyai jumlah yang

masih terkawal

Pokok yang disenaraikan dalam

spesis pokok yang hanya

didapati di tempat-tempat

tertentu.

Pokok yang disenaraikan dalam

spesis pokok yang sukar ditemui

dan jumlah yang semakin

berkurangan.

Perintah Pemeliharaan Garispanduan

m/ s 7

Pokok

Page 8: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

4 JENIS TASKA

TASKA DIRUMAH Menerima masuk 4 – 9 orang kanak-

kanak dalam rumah orang yang

didaftarkan.

TASKA DI INSTITUSI Menerima masuk 10 orang kanak-

kanak atau lebih

TASKA DITEMPAT

KERJA

Taman asuhan kanak-kanak yang

disediakan dimana-mana tempat

kerja

TASKA KOMUNITI

(TASKOM)

i. Menerima masuk 10 kanak-

kanak atau lebih;

ii. Di kawasan keluarga

berpendapatan rendah

(pendapatan isi rumah RM 2000

dikawasan bandar dan kurang

RM 1200 diluar bandar); dan

iii. Menerima bantuan daripada

Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri.

i. Surat persetujuan awal

pemilik rumah berjiran dalam jarak 20m atau

jalan mati (cul de sac) dalam jarak 200m.

ii. Rumah sesebuah dan berkembar. Rumah teres,

hanya di lot tepi (corner lot) sahaja dibenarkan.

iii Di perumahan pangsa (kondominium,

pangsapuri dll) hanya dibenarkan di aras

bawah yang berdinding.

iv Jarak antara sebuah Tadika/TASKA dengan

yang lain hendaklah melebihi 400m

DEFINISI

TADIKA : Dibawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta

550], Tadika didefinisikan sebagai mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah 4-6 tahun disediakan untuk 10 orang

murid atau lebih.

TASKA: Menurut peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-

Kanak 1984[Akta 308], Taska bermaksud mana-mana premis

yang menerima masuk 4 atau lebih kanak-kanak dibawah

umur 4 tahun dari lebih daripada satu isi rumah ( 2 atau

lebih keluarga) untuk dijaga dengan upah.

PERANCANGAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA

1. Pematuhi Rancangan Pemajuan

Hendak selaras dengan cadangan dan strategi

pembangunan RT dan RKK.

2. PBT boleh mengenakan syarat penyediaan tapak

khas kepada pemaju semasa permohonan KM

3. Nisbah penyediaan Tadika dan Taska mengikut

bilangan unit rumah – 1 tadika dan 1 taska bagi 200

unit rumah.

4. Lokasi dan Keadaan Tapak

• Dalam jarak berjalan kaki tidak melebihi 400m

(kawasan perumahan)

• Tidak dibenarkan di kawasan berbukit, curam

dan berisiko bencana.

• Tidak dibenarkan di sepanjang jalan atau

berhampiran jalan utama

• Sirkulasi lalulintas baik dan tempat letak kereta

mencukupi.

PERANCANGAN TAPAK

REKABENTUK BANGUNAN : 1. Keluasan Ruang Lantai Minimum

• Minimum 26.9kp (2.5mp) bagi setiap kanak-

kanak di rumah;

• Minimum 37.6 kp(3.5mp)bagi kanak-kanak di

institusi, tempat kerja dan TASKOM

TADIKA

• Minimum 15kp (1.4mp) bagi setiap kanak-

kanak atau 1786 kp (166mp)

• Maksimum 25 kanak-kanak bagi setiap kes.

TASKA

dengan kemudahan

Kategori Kanak-Kanak

Umur Kanak-Kanak

Nisbah Pengasuh Kanak-Kanak Profesional

Kanak-

kanak

Baru lahir – 1 thn 1 pengasuh : 3 kanak-kanak

1 - 3 thn 1 pengasuh : 5 kanak-kanak

3 - 4 thn 1 pengasuh : 10 kanak- kanak

Kanak-

kanak OKU

Baru Lahir – 1 thn 2 pengasuh : 3 kanak-kanak

1 - 3 thn 2 pengasuh : 5 kanak-kanak

3 - 4 thn 3 pengasuh : 10 kanak- kanak

TADIKA : Nisbah guru bagi kanak-kanak di Tadika adalah 1

orang guru dan 1 orang pembantu pengurusan murid bagi

setiap 25 orang murid

NISBAH PENGASUH/GURU DI TASKA & TADIKA

TASKA

KATEGORI PREMIS BAGI PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA

Di tapak khas yang telah didirikan bangunan

Di tempat kerja/Institusi/bangunan perniagaan dan

bangunan berintegrasi

Konsep bangunan berintegerasi Tadika dan TASKA dengan

kemudahan masyarakat yang lain

Di tapak khas yang belum didirikan bangunan

Di kawasan kediaman

dengan syarat-syarat tertentu.

masyarakat

2. Reka bentuk sejagat (Universal design)

3. Jalan keluar dan tangga kecemasan bagi

bangunan 2 tingkat atau di aras pertama.

4. Pencahayaan dan pengudaraan semulajadi

5. Material dan kemasan dalaman dari bahan

yang tidak merbahaya dan mengikut had

ketinggian kanak-kanak.

Taska dan Tadika Garispanduan

m/ s 8

Page 9: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Program Team Building JPBD Melaka 2014

m/ s 9

Demi mengeratkan kerjasama berpasukan

kalangan pegawai JPBD Melaka satu

Program „Team – Building‟ telah diadakan

pada 14-16 Februari 2014 bertempat di

Pusat Latihan Woodvalley, Hulu Langat,

Selangor. „Team Building‟ kali ini

diadakan dengan tema – Kursus

Pengukuhan Diri Ke Arah

Kecemerlangan Organisasi. Kursus ini

merupakan salah satu program latihan

sumber manusia jabatan setiap 2 tahun.

Program ini telah dihadiri oleh semua

lapisan pegawai JPBD Melaka dengan

jayanya.

Page 10: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Lawatan Teknikal Ahli Kumpulan Kerja Pusat

Data Geospatial Negeri Melaka bagi tahun

2014 telah diadakan pada 24 hingga 26

Mac 2014. Ahli Kumpulan telah dibawa ke

Jabatan Tanah dan Survei Kuching bagi

mendengar taklimat berkaitan „Land and

Survey Information System (LASIS)‟ dan

kawasan komited di Jabatan Tanah dan

Survey, Kuching, Sarawak bagi mendengar

Taklimat eLA2.

Lawatan Kerja Ahli Kumpulan Kerja Data Geospatial

m/ s 10

Page 11: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Bacaan Yasin dan

Solat Hajat – 9 Mei 2014

Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Gotong Royong

Gotong Royong Jabatan

2 Mei 2014

JPBD Melaka telah diluluskan

untuk menggunakan ruang

pejabat Majlis Sukan Negeri

yang telah dikosongkan

apabila MSN berpindah ke

Kompleks Stadium Hang Jebat.

Satu program gotong royong

melibatkan semua kakitangan

JPBD Melaka bagi membantu

perpindahan Unit UMGN dan

GIS Negeri ke ruang baru

tersebut.

Sehubungan itu satu majlis

bacaan Yasin dan Solat Hajat

oleh kakitangan JPBD Melaka

telah diadakan sempena

perpindahan ini.

m/ s 11

Page 12: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka

JPBD Melaka telah diamanahkan untuk menjadi

jabatan penganjur perhimpunan bulanan SUK

bagi bulan Jun 2014. Perhimpunan Bulanan

tersebut telah diadakan pada 2 Jun 2014

bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh

Melaka.

Penganjuran JPBD Melaka

telah berjaya dengan jayanya

dengan mendapat pujian dari

Ketua Menteri Melaka.

Kakitangan JPBD Melaka

sempat merakamkan gambar

kenang-kenangan bersama

Ketua Menteri Melaka dan

diterbitkan dalam Melaka Hari

Ini pada 3 Jun 2014. m/ s 12

Page 13: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Majlis Persaraan Tn. Hj. Zakariah Bin Jantan, En. Ahmad Bin Bosro

dan Tn. Hj. Othman Bin Ujang

Sehingga Jun 2014, JPBD Melaka telah

kehilangan 3 orang kakitangan yang bersara

secara wajib dan pilihan. Mereka ialah terdiri

daripada Tn. Hj. Zakariah Bin Jantan, En. Ahmad

Bin Bosro dan Tn. Hj. Othman Bin Ujang. Bagi

memperingati sumbangan mereka kepada JPBD

Melaka satu majlis meraikan mereka telah

diadakan pada 6 Jun 2014 di Hotel King,

Melaka bertema “GARDEN OF MEMORIES”.

Pada majlis tersebut lapisan pegawai tertinggi

termasuk Pengarah telah merakamkan

beberapa buah lagu untuk meraikan Majlis

Persaraan tersebut. m/ s 13

Page 14: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Kertas Kerja Pemakluman:-

Status Pewartaan Kawasan Lapang

Di Negeri Melaka sehingga 28 Feb

2014

Pemakluman Projek-Projek Di Bawah

Seksyen 20A Bagi Oktober 2014

hingga 30 Januari 2014

Kertas Kerja Baru :-

Laporan dan Cadangan Kawasan Brownfield

Negeri Melaka Bagi Kawasan :-

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Perbandaran Alor Gajah

Majlis Perbandaran Jasin

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.

Garispanduan Perancangan Tadika/Taska

Draf Cadangan Pengubahan Rancangan

Tempatan Daerah Bagi Kelulusan Program

Publisiti dan Penyertaan Awam Untuk :-

Rancangan Tempatan Daerah Melaka Tengah

2015 Pengubahan 1

Rancangan Tempatan Daerah Alor Gajah 2020

Pengubahan 1

Rancangan Tempatan Daerah Jasin 2020

Pengubahan 1

Permohonan Untuk Menukar Zon Kegunaan Tanah

RTD Jasin 2020 Dari Institusi Kepada Perumahan

Di Lot 24816 (PT 8534) Bandar Jasin Bestari,

Mukim Air Panas, Jasin, Melaka.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil 1/2014 & Bil 2/2014

Kertas Kerja Baru :-

Garispanduan Pusat Penyembelihan Ayam, Itik dan

Lain-Lain Unggas Di Kawasan Pihak Berkuasa

Tempatan.

Garispanduan Perancangan Taman Tema

Pelantikan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Melaka Sesi

2014-2017

Kerja Pemakluman :-

Cadangan Pelan Induk Penyuraian

Trafik Negeri Melaka.

Penyelarasan Persempadanan

Wilayah Negeri Sembilan, Melaka

dan Johor Bagi Projek Rel

Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur –

Singapura.

Status Pewartaan Kawasan Lapang Di

Negeri Melaka Sehingga 27 Mei

2014

Pemakluman Projek-Projek Di Bawah

Seksyen 20A Bagi Februari 2014

hingga 27 Mei 2014 (Projek

Kerajaan)

3 Jun 2014

18 Mac 2014

Perancang Negeri Ke -79 Mesyuarat Jawatankuasa

(Bil. 2/2014)

Perancang Negeri Ke -78 Mesyuarat Jawatankuasa

(Bil. 1/2014)

m/ s 14

Page 15: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) BIL

(LOT)

% LUAS

(HEKTAR)

%

TELAH DIWARTAKAN

i. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

ii. Majlis Perbandaran Alor Gajah

iii. Majlis Perbandaran Jasin

iv. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Jumlah

294

126

56

133

609

46.89

20.10

8.93

21.21

97.13

135.98

52.31

28.36

155.03

371.68

35.64

13.71

7.43

40.63

97.41

DALAM PROSES PEWARTAAN

i. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

ii. Majlis Perbandaran Alor Gajah

iii. Majlis Perbandaran Jasin

iv. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Jumlah

5

4

3

6

18

0.80

0.64

0.48

0.95

2.87

1.79

8.09

1.12

5.96

9.88

0.47

2.12

0.29

1.57

2.59

JUMLAH KESELURUHAN 627 100.00% 381.07 100.00 %

BELUM DI POHON PEWARTAAN (PBT)

i. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

ii. Majlis Perbandaran Alor Gajah

iii. Majlis Perbandaran Jasin

iv. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Jumlah

23

-

2

14

39

58.97

-

5.12

35.89

100 %

9.98

-

3.60

6.11

19.69

50.68

-

18.28

31.03

100 %

m/ s 15

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bil. 1/2014 & Bil. 2/2014

Sehingga 27 Mei 2014 kawasan lapang yang

telah diwartakan adalah seluas 371.68 hektar

meliputi 609 lot.

Negeri Melaka

Pewartaan

Sehingga 28 Feb 2014

Kawasan Lapang

Sehingga 27 Mei 2014

Kawasan Lapang Pewartaan

Negeri Melaka

Page 16: Perutusan Pengarah jan-jun 2014.pdf · Lawatan Kerja JPBD Melaka Ke Kuching Sarawak. Aktiviti Surau & Kelab Sukan Sosial & Kebajikan - Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat & Gotong Royong

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Melaka

Aras 5, Wisma Negeri, Bandar MITC , Hang Tuah Jaya,

75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel : 06-3333333 Faks : 06-2323443 http://www.jpbdmelaka.gov.my