33
Peta menunjukkan wilayah- wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914

Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914

  • Upload
    abia

  • View
    1.128

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BRITAIN. PERANCIS. BELANDA. SEPANYOL. PORTUGIS. Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914. CHINA. VIETNAM. BURMA. LAOS. THAILAND. FILIPINA. KEMBOJA. SABAH. TANAH MELAYU. SARAWAK. PETUNJUK:. INDONESIA. TIMOR-TIMUR. KESAN IMPERIALISME. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Peta menunjukkan wilayah-wilayah imperialis Barat di

Asia Tenggara pada tahun 1914

KESAN

IMPERIALISME

MAKSUD IMPERIALISME

• Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya untuk kepentingan tertentu

• Berlaku sejak semenjak zaman Empayar Yunani dan Rom

• Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, di mana kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia

EMPAYAR YUNANI/ROM

Imperialisme Barat di Asia Tenggara

• Terdiri daripada Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat

• 1511 Portugis berjaya menawan Melaka dan Timor Laste

• Sepanyol dan Amerika Syarikat menjajah Filipina• Belanda menjajah Indonesia• British menjajah Myanmar, Tanah Melayu,Sabah,

Sarawak dan Brunei• Peranchis menjajah IndoChina• Pada awalnya, imperialisme Barat bertujuan untuk

menguasai perdagangan rempah sahaja. • Kesan Revolusi Perindustrian, berlaku persaingan

kuasa Barat semakin sengit untuk menguasai ekonomi & politik tanah jajahan.

• Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dijajah oleh imperialis Barat

Faktor-faktor imperialisme Barat

• Geografi

• Revolusi Perindustrian

• Sistem perhubungan dan pengangkutan

• Persaingan kuasa-kuasa Barat

• Beban Orang Putih

• Kedudukan yang strategik yang terletak di laluan China dan India

• Menjamin pasaran yang lebih luas• Tanah yang subur• Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah

seperti Tanah Melayu dan Indonesia- bijih timah,• Thailand- bijih timah dan kayu jati• Burma- kayu jati • Filipina- tebu dan kelapa

Geografi

Revolusi Perindustrian

• Menyebabkan dasar imperialisme berubah.• Peringkat awal dasar kuasa barat menguasai

barang dagangan mewah• Selepas revolusi perindustrian, pelbagai barang

kilang dikeluarkan secara besar-besaran• Ini meningkatkan keperluan bahan mentah dan

pasaran baru• Kesannya imperialisme Barat pesat di China,

India dan Asia Tenggara.

Sistem perhubungan dan pengangkutan

• Kapal wap menyebabkan muatan lebih banyak diangkut

• Mempercepatkan perjalanan Timur – Barat• Pembukaan Terusan Suez 1869 yang

menghubungkan Laut Mediterranean dengan Laut Merah memendekkan jarak perjalanan antara Barat dan Timur

• Penggunaan kapal berkuasa wap dan pembukaan Terusan Suez menjadikan perjalanan lebih selamat & menjimatkan kos

TERUSAN SUEZ

• Penciptaan telegraf- kuasa imperialis dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai di tanah jajahan dengan lebih cepat

• Ahli-ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur dan

urusan perniagaan menjadi lebih mudah

• Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat

Persaingan kuasa-kuasa Barat

• Kesannya negara di Asia Tenggara menjadi rebutan tanah jajahan

• Semakin luas jajahan, semakin tinggi sanjungan diterima

• Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat.

Beban kulit putih dan tugas sebarkan tamadun

• Mendakwa kuasa barat lebih maju dan bertamadun

• Bertanggungjawab membantu dan memajukan penduduk di Asia

• British & Belanda – beban kulit putih

• Peranchis – tugas sebarkan tamadun

• Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk tanah jajahan.

TERUSAN

SUEZ

Perubahan Sistem Politik Asia Tenggara

• Sebelum kehadiran barat – pemerintahan beraja.

• Selepas kedatangan barat- digantikan dengan sistem birokrasi Barat.

Ciri-Ciri Birokrasi Barat

Filipina

Sebelum penjajahan• Terdiri daripada daerah-daerah kecil – barangay yang

diperintah oleh golongan Datu.• Di Selatan Filipina wujud kerajaan Islam.Selepas penjajahan• Sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan• Gabenor General sebagai pemerintah tertinggi peringkat

pusat• Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil

• Barangay disatukan menjadi encomienda yang ditadbir oleh encomiendaro

• Tugas encomiedaro: Menjaga keamanan Mengutip cukai Mengkristiankan penduduk barangay• Penyatuan barangay menjejaskan kuasa

Datu• Sistem Encomienda dibenci oleh

penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga

Indonesia

Sebelum penjajahan• Wujud kerajaan berasingan seperti Mataram dan

Bantam• Diperintah oleh raja dan pembesar• Pemerintahan tempatan diketuai Bupati/pembesar

daerahSelepas penjajahan(Belanda)• Pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan

diperkenalkan• Pentadbiran pusat diketuai oleh gabenor General yang

bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda

• Pentadbiran tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda

• Ditubuhkan jabatan kerajaan –Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.

• Dewan Tempatan dibentuk berfungsi sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa undang-undang

• Majlis Rakyat “Volksraad” ditubuhkan atas desakan Parti Sarekat Islam.

Burma

Sebelum penjajahan• Mengamalkan pemerintahan beraja di bawah

Dinasti Konbaung• Raja dibantu oleh Majlis diraja [Huttaw]• Pegawai kerajaan [wun]• Ketua Bandar [myothugyi]• Pegawai diraja[Ahmudan]• Pembesar tradisional [Athi]• Raja penaung sami Buddha

Selepas penjajahan• Perang Inggeris-Burma menyebabkan Burma

dikuasai oleh British• Kesannya dinasti Konbaung, institusi raja dan

pembesar dihapuskan• Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah

tertinggi• Akta Kampung Ulu Burma(1887) dan Akta

Perkampungan Burma(1889) melenyapkan pemerintahan tradisional

• Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai bandaran [Myo-ok]

• Undang-undang Barat diperkenalkan

• Pengaruh golongan agama merosot

• Fungsi raja sebagai penaung sami terhapus

• Majlis Perundangan ditubuhkan

• Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran diwujudkan.

Indochina

Sebelum penjajahan• Wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang

berkuasa mutlak tetapi memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.

• Kerajaan Vietnam tua diperintah oleh raja berkuasa mutlak

• Birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan China

Selepas penjajahan (Perancis)• Pentadbiran diketuai oleh Gabenor

general yang bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

• Dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah naungan/jajahan

• Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen General

• Leftenan General dibantu oleh • Residen Wilayah• Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali

sebagai Union Indochinoise (1887)

• Merupakan Persekutuan Indochina yang terdiri daripada Vietnam dan Kemboja

• Laos menyertainya pada tahun 1904

• Semua undang-undang di Indochinoise diluluskan oleh Parlimen Perancis.

• Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga

Tanah Melayu• Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu

Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan• Penaklukan Portugis terhadap Melaka meruntuhkan

institusi raja di Melaka• Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja terus

terhapus• Semasa pemerintahan British, Melaka,Pulau Pinang dan

Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat(NNS). Gabenor menjadi pemerintah tertinggi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan

• Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB), Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, British telah memperkenalkan Sistem Residen

• Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB), Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Johor, British memperkenalkan Sistem Penasihat

• Residen dan penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS

• Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu

Thailand

• Birokrasi Barat diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

• Dasar Raja Mongkut:- Melantik 80 penasihat Barat mengetuai

pelbagai jabatan di samping melatih pegawai tempatan

- Bidang Kewangan, Pelabuhan dan Polis dari Britain

Raja Chulalongkorn• Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis

Mesyuarat Tertinggi (merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran negeri) serta Kabinet Menteri(terdiri daripada golongan bangsawan berpendidikan Barat yang mengetuai kementerian)

• Juruaudit Britain dilantik berkhidmat di bahagian perbendaharaan negara

• Pada 1932 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan raja berkuasa mutlak.

• Perubahan ini telah mengurangkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja.

• Pemodenan pentadbiran yang dilakukan merupakan antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan Thailand.

RAJA CHULALONGKORN

Rumusan

• Pada keseluruhannya, perubahan sistem politik yang diperkenalkan oleh imperialis Barat terhadap negara yang dijajah menjadi faktor kejayaan mereka menguasai ekonomi tanah jajahan untuk kepentingan mereka.

• Walaupun institusi-institusi pemerintahan beraja masih kekal di beberapa tanah jajahan tetapi peranannya berkurangan.

• Birokrasi Barat yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan raja dan pembesar yang akhirnya membawa kepada tercetusnya gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.