peta minda

  • View
    990

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of peta minda

1. Lives in

AUNTY SUSAN

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 1Pelajar-pelajar tingkatan 1 dikehendaki menjalankan satu kajian geografi tempatan sebagai sebahagian daripada keperluan sukatan pelajaran Geografi yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang kajian yang ditetapkan untuk tahun ini adalah seperti berikut; Tema: Bentuk Muka Bumi Tajuk: Potensi pelbagai bentuk muka bumi di .. (tulis kawasan kajian anda) dan perbandingan dengan . (tulis negara yang dibandingkan). Contoh menulis tajuk: Potensi pelbagai bentuk muka bumi di Kg. Anak Kurau, Batu Kurau, Perak dan perbandingan dengan Pulau Jawa, Indonesia. Kandungan laporan kerja kursus ini terdiri daripada perkara-perkara berikut; 1. Kulit luar (gunakan format kulit yang saya sediakan) 2. Tajuk 3. Senarai kandungan 4. Penghargaan 5. Pendahuluan 6. Objektif 7. Kawasan kajian: (a) Huraian kawasan kajian (b) peta daerah (c) peta kawasan kajian yang dilukis (c) peta negara yang dibandingkan 8. Kaedah kajian 9. Dapatan kajian: 9 (a) Jenis-jenis bentuk muka bumi 9 (b) Kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian 9 (c) Potensi bentuk muka bumi di kawasan kajian dan perbandingan dengan negara lain 9 (d) Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan kajian 9 (e) Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar 9 (f) Bahan grafik: (i) jadual jenis pekerjaan penduduk (ii) graf jenis pekerjaan penduduk (iii) peta minda kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar 10. Rumusan 11. Lampiran 12. Rujukan: (a) buku (b) responden / orang sumber (c) laman web Kalau ada apa-apa pertanyaan atau perlukan penjelasan, sila tulis dalam ulasan di bawah. Posted by Cikgu Zabidi at 6:05 PM Links to this post

Create a Link Kerja Kursus Geografi Tingkatan 1Pelajar-pelajar tingkatan 1 dikehendaki menjalankan satu kajian geografi tempatan sebagai sebahagian daripada keperluan sukatan pelajaran Geografi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang kajian yang ditetapkan untuk tahun ini adalah

seperti berikut; Tema: Bentuk Muka Bumi Tajuk: Potensi pelbagai bentuk muka bumi di .. (tulis kawasan kajian anda) dan perbandingan dengan . (tulis negara yang dibandingkan). Contoh menulis tajuk: Potensi pelbagai bentuk muka bumi di Kg. Anak Kurau, Batu Kurau, Perak dan perbandingan dengan Pulau Jawa, Indonesia. Kandungan laporan kerja kursus ini terdiri daripada perkara-perkara berikut; 1. Kulit luar (gunakan format kulit yang saya sediakan) 2. Tajuk 3. Senarai kandungan 4. Penghargaan 5. Pendahuluan 6. Objektif 7. Kawasan kajian: (a) Huraian kawasan kajian (b) peta daerah (c) peta kawasan kajian yang dilukis (c) peta negara yang dibandingkan 8. Kaedah kajian 9. Dapatan kajian: 9 (a) Jenis-jenis bentuk muka bumi 9 (b) Kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian 9 (c) Potensi bentuk muka bumi di kawasan kajian dan perbandingan dengan negara lain 9 (d) Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan kajian 9 (e) Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar 9 (f) Bahan grafik: (i) jadual jenis pekerjaan penduduk (ii) graf jenis pekerjaan penduduk (iii) peta minda kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar 10. Rumusan 11. Lampiran 12. Rujukan: (a) buku (b) responden / orang sumber (c) laman web Kalau ada apa-apa pertanyaan atau perlukan penjelasan, sila tulis dalam ulasan di bawah. Posted by Cikgu Zabidi at 6:05 PM Links to this post Create a Link

Kerja Kursus Geografi 2011 ( Part 1 )

Entri ini khas untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil PMR 2011 ***PERHATIAN - KERJA KURSUS INI BELUM SIAP SEPENUHNYA. INI ADALAH SEBAGAI PANDUAN SAHAJA DAN SELEBIHNYA, ANDA KENALAH BERUSAHA MENGUBAHSUAI UNTUK DIJADIKAN SEBUAH KERJA KURSUS YANG LENGKAP.. Ini adalah contoh kerja kursus bagi mata pelajaran Geografi tahun 2011. Kerja kursus ini hanya dapat dipaparkan sehingga kaedah kajian sahaja. Ini adalah sebagai panduan untuk pelajar-pelajar membuat persediaan dalam menghasilkan dapatan kajian. Selepas membuat kaedah kajian, pelajar dikehendaki untuk membuat soal selidik atau temu bual. Daripada dapatan tersebut, pelajar dikehendaki membuat dapatan kajian. Contoh dapatan kajian akan anda peroleh dari Kerja Kursus geografi 2011 yang telah saya sediakan.. Sebelum itu , anda dikehendaki melengkapkan kerja-kerja awalan seperti di bawah. Perlu di ingatkan bahawa contoh kerja kursus ini adalah sebagai panduan sahaja. Para pelajar tidak dibenarkan untuk meniru atau mencetak 100% daripada ruangan ini. Pelajar digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri supaya kajian dihasilkan lebih mantap. Sila ikut panduan di bawah:1. Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar di Taman Daya, Johor Bahru ,Johor. 2. Senarai kandungan ( Rujuk Buku teks ) Perkara Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan

3. Penghargaan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan _____________________kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 ____Pn/En .................................yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................ dan .................................. yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu ......................................, .................................... , ................................... dan .............................. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini 4. Pendahuluan Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar Di ................................................" Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Daya kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke Bandar raya Johor Bahru. Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan. 5. Objektif kajian Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor. 3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor. 4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor. 5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Daya, Johor Bahru, Johor. 6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian. 6. Kawasan kajian Ini contoh sahaja. Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Daya, Johor Bahru, Johor iaitu kira-kira 14km di utara Bandar raya Johor Bahru. Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh Syarikat Keck Seng Sdn, Bhd. Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampong yang dipenuhi dengan tanaman getah serta kelapa sawit. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Johor Bahru. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik. Kawasan Taman Daya terletak di parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount Austin, Taman Setia Indah, Taman Delima dan taman-taman yang lain. Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bahru hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit. sila sertakan sila klik Peta daerah Johor bahru yang diwarnakan sendiri Pelan Taman daya yang diwarnakan sendiri (Nanti saya akan berikan ) Bagi pelajar tempat lain...boleh gunakan google map... 7. KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:1) Kaedah pemerhatian -Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman daya dengan melihat system perparitan serta sistempembuangan sampah. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai 2) Kaedah soal selidik -kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan. Atau ( pilih sama ada kaedah soal selidik atau Temu bual ) 2) Kaedah Temu bual - kami telah menemubual 10 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini ..Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pencemaran alam sekitar. Sila rujuk soalan temu bual yang disertakan. 3) Kaed