pola persempadanan dun sabah mengikut pembahagian koridor

  • Published on
    06-Feb-2017

  • View
    226

  • Download
    6

Embed Size (px)

Transcript

  • POLA PERSEMPADANAN DUN SABAH MENGIKUT PEMBAHAGIAN KORIDOR PENIBANGUNAN SABAH (SDC):

    SATU PENELITIAN AWAL

    Mustapa Abd. Talip ZainalAjamain Fadilah Sarbi Samsam Abu

    PENGENALAN

    Persempadanan merupakan salah satu persoalan dalam pengkajian geospatial yang

    menjurus kepada subbidang geografi politik Malahan, dapat dikatakan bahawa sudah sekian lama disiplin geografi memainkan peranan utama dalam menentukan sempadan politik clan fizikal di peringkat global. Namun, persoalan asas bagi menentukan persempadanan politik ialah persoalan teori tentang persempadanan pilihan raya yang masih belum jelas. Perkara yang ada hanyalah beberapa peraturan atau panduan yang

    perlu dipatuhi. Setiap negara mempunyai peraturan yang hampir universal sifatnya

    namun pelaksanaan penggarisan sempadan politik khususnya sempadan pilihan raya masih bersifat negosiasi dan percabaran antara parti-parti politik dan pihak-pihak bakepentingan yang lain (Abdul Hadi et at, 2007). Penggunaan konsep persempadanan geopolitik gerrymanderring yang dibincangkan oleh Fadilah dan penulis-penulis lain

    dalam kertas kerja pembentangan seminar yang sama telah menjelaskan mekanisme- mekanisme pembentukan persempadanan geopolitik khususnya bagi Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN Sabah).

    Perkara yang ingin dihujahkan ialah bersabit dengan konsepsualisasi ruang yang digunakan sebagai asas persempadanan clan pembahagian ruang yang tergambar

    menerusi pemetaan sempadan pilihan raya. Lazimnya, persempadanan digariskan berdasarkan ni sbah bilangan penduduk kepada wakil rakyatnya. Pol a taburan penduduk yang tidak seragam ruangnya memerlukan penggarisan sempadan yang bukan sekadar mengikut keluasan yang sama saiz ruang geografinya malah berpandukan beberapa indikator yang lain. Oleh hal yang demikian, makalah ini ditulis untuk menganalisis pola persempadanan DUN Sabah menggunakan analisis reniang (spatial analysis) untuk melihat sejauhmana integrasi persempadanan pilihan raya mengikut DUN Sabah dengan

    sempadan-sempadan yang lain. Daripada pengintegrasian tersebut, padanan antara pentadbiran mengikut daerah, tabiaan penduduk men gikut bangsa dan etnik, pendapatan clan bilangan pengundi mengikut sempadan pentadbiran daerah yang merentasi pembahagian persempadanan Kaidor Pembangunan Sabah (SDC) cuba dinilai.

  • Mustapa Abd. Talip ei a!.

    Analisis reruang menggunakan pendekatan GIS digunakan untuk

    memudahkan kerja-kerja penganalisisan reruang secara automasi yang menggunakan ModelBuilderT"' sebagai asas untuk menganalisis padanan dan tindanan antara

    angkubah yang dinyatakan di atas. Analisis-analisis reruang ini kelak dapat

    memperlihatkan pola persempadanan DUN mengikut sempadan pembahagian subkoridor dengan lebih mudah, sekali gus memperlihatkan implikasi-implikasi yang akan wujud berdasarkan kepada angkubah-angkubah yang ditentukan bagi setiap subkoridor justeru, implikasi untuk pembangunan menyeluruh untuk setiap DUN dan daerah pentadbiran pada masa hadapan dapat dilestarikan. Di samping itu, kertas kerja ini merintis suatu pendekatan holistik untuk melihat sejauhmana pola dan

    taburan persempadanan DUN Sabah yang dibahagikan mengikut pembangunan ekonomi menerusi konsep Pembangunan Koridor Sabah iaitu Koridor Pantai Barat, Koridor Tengah dan Koridor Pantai Timur mengikut pembahagian seimbang yang mewakili koridor-koridor pembangunan di Sabah.

    METODOLOGI

    Pendekatan kuantitatifditerapkan dalam mempersembahkan dan menganalisis data- data mengikut angkubah-angkubah seperti pendapatan, pecahan pengundi berdasarkan bangsa dan taburan penduduk melalui peta-peta tema yang dianalisis dalam bentuk urutan (ordinal), julat (interval) dan nisbah (ratio) untuk menggambarkan senario dan pola persempadanan secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian, aplikasi GIS menggunakan pendekatan analisis geoprocessing menerusi tatacara ModelBuilderT'" akan memudahkan kerja-kerja menganalisis dan memaparkan pola dan taburan setiap angkubah yang ditekankan mengikut pembahagian pembangunan koridor Sabah. Analisis reruang menggunakan kaedah tindan lapis (overlay analysis) merupakan kaedah analisis yang amat sesuai diaplikasikan kerana setiap angkubah yang digariskan mempunyai perhubungan data

    secara langsung antara satu dengan yang lain. Rajah 1 berikut merupakan salah satu contoh fungsi proses geoprocessing ModelBuilderT"'.

    72

  • Pola Persempadanan DUN Sabah

    Rajah 1: Analisis geoprocessing menggunakan GIS ModelBuilderTM

    RANGKA TINDAKAN SDC

    SDC telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Januari 2008 yang merupakan satu lagi rangka tindakan koridor pembangunan Sabah bagi tahun 2008 hingga 2025. Rangka tindakan koridor pembangunan yang mengambil tempoh selama 18 tahun merupakan satu ledakan pembangunan untuk menggembleng kesatuan dalam kepelbagaian untuk menjana kekayaan dan kesejahteraan sosial peringkat koridor Sabah. Sepanjang tempoh 18 tahun koridor pembangunan, Sabah dijangka akan menjadi salah sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Dalam tempoh rangka tindakan SDC, jumlah pelaburan diperuntukkan sebanyak RM 105 bilion dengan purata pelaburan tahunan sebanyak RM5.83 bilion. Dalam tempoh yang sama juga SDC

    menganggarkan modal insan atau peluang pekerjaan dapat dijana dalam lingkungan 900,000 orang.

    Rangka tindakan SDC dibahagikan kepada tiga subkoridor atau wilayah iaitu, Koridor Pantai Barat, Tengah dan Pantai Timur. Rajah 2 memaparkan tiga pembahagian subkoridor yang boleh menjana pusat-pusat pertumbuhan dan pembangunan mengikut zon-zon pertumbuhan ekonomi. Sebagai contoh, pembangunan Koridor Pantai Barat lebih menjurus kepada zon perindustrian Sabah dan zon agromakanan berskala kecil dan sederhana (IKS). Koridor Pembangunan Tengah pula berfokus kepada zon agropolitan pedalaman, zon pelancongan dan agritanah tinggi dan zon agroperhutanan utara, manakala Koridor Pantai Timur menekankan zon inovasi agrobio, zon konservasi biodiversiti, zon komersial agromakanan bersepadu, zon industri marin dan pelancongan serta kawasan lindungan hidupan liar Sabah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu pendekatan pembangunan dapat dilaksanakan mengikut keupayaan sumber

    73

  • MawWa Abd Tdlp d al.

    menerusi bilangan penduduk, sumber tenaga, sumber alam, prasarana dan sebagainya. Dalam konteks pembangunan ini, kekuatan sumber dan ekonomi telah dikenal pasti

    sekali gus mempengaruhi pelan strategik pembangunan yang telah dirangka.

    Rajah 2: Zon SDC mengikut subwilayah (Sumber: Rangka Tindakan SDC, (IDS 2008))

    POLA PEMBAHAGIAN DUN MENGIKUT SDC

    Jumlah DUN bagi negeri Sabah ialah sebanyak 60 kerusi. Pembahagian kerusi

    sebanyak 60 DUN diguna pakai sejak pilihan raya ke-11. Luas kawasan bagi setiap subkoridor diselaraskan berdasarkan kepada pembahagian DUN mengikut persempadanan daerah. Daripada pembahagian tersebut, Koridor Pantai Barat

    mempunyai keluasan sebanyak 11,042 kilometer persegi atau 15 peratus daripada

    74

  • Pola Persempadanan DUN Sabah

    keluasan negeri Sabah, Koridor Tengah seluas 19,298 kilometer persegi atau 26 persegi dan keluasan Koridor Pantai Timur ialah 43,657 kilometer persegi atau 59 persegi daripada keluasan keseluruhan (Rajah 3).

    Luas kawasan mengikut Subkoridor (km persegi)

    11,042,15%

    Koridor Pantai Barat

    koridorTengah

    Koridor Pantai Timur

    Rajah 3: Luas dan peratus keluasan kawasan mengikut subkoridor

    ]adual I di halaman berikutnya menunjukkan pembahagian DUN mengikut lokasi subkoridor negeri Sabah. Koridor Pantai Barat meliputi 25 kawasan DUN manakala Koridor Tengah clan Pantai Timur masing-masing mencakupi 13 clan 22 DUN. Keadaan ini menunjukkan wujudnya pola yang tidak seimbang di antara keluasan dengan bilangan DUN yang mewakili subkoridor berkenaan. Koridor Pantai Barat yang hanya meliputi 15 peratus daripada keluasan negeri Sabah mempunyai kawasan DUN yang paling tinggi iaitu sebanyak 25 kawasan. Kondor Tengah yang mewakili 26 peratus keluasan negeri Sabah hanya mengandungi 13 DUN. Akhir sekali, Pantai Timur yang mencakupi keluasan yang paling besar hanya mempunyai 22 DUN. Namun, daripada aspek persempadanan, mekanisme utama yang menjadi kayu pengukur kepada persempadanan DUN ialah kepadatan penduduk bagi sesuatu kawasan. Bagaimanapun, dalam penelitian awal, kertas kerja ini cuba menggambarkan pola persempadanan mengikut keluasan geografinya berdasarkan pembahagian subkoridor seperti dalam rangka tindakan pembangunan koridor Sabah.

    75

  • Ahuwpo Abd Talip er al.

    Jadual 1: Senarai DUN mengikut lokasi subkoridor

    KORIDOR PANTAI BARAT

    KORIDOR TE: NGAH

    KORIDOR PA: NTAI BARAT

    1. N. 6 Tempacuk N. 1 Banggi N. 39 Sugut

    2. N. 7 Kadamaian N. 2 Tg. Kapor N. 40 Labuk

    3. N. 8 Usukan N. 3 Pitas N. 41 Gum-Gum

    4. N. 9 Tamparuli N. 4 Matunggong N. 42 Sg. Sibuga

    5. N. 10 Sulaman N. 5 Tandek N. 43 Sekong

    6. N. I I Kiulu N. 29 Kundasang N. 44 Karamunting

    7. N. 12 Karambunai N. 30 Karanaan N. 45 Elopura

    8. N. 13 inanam N. 31 Paginatan N. 46 Tg. Papat

    9. N. 14 Likas N. 32 Tambunan N. 47 Kuamut

    10. N. 15 Api-Api N. 33 Bingkor N. 48 Sukau

    If. N. 16 Luvan N. 34 Liawan N. 49 Tungku

    12. N. 17 Tanjong Aru N. 35 Melalap N. 50 Lahad Datu

    13. N. 18 Peta as N. 36 Kemabong N. 51 Kunak

    14. N. 19 Ka a an N. 37 Sook N. 52 Sulabayan

    15. N. 20 ! vlo o N. 38 Nabawan N. 53 Scnallang

    l6. N. 21 Kawang Bugaya

    17. N. 22 Pantai Manis N. 55 Balung

    18. N. 23 Bongawan N. 56 Apas

    19. N. 24 Membakut N. 57 Sri Tanjong

    20. N. 25 Klias N. 58 Merotai

    21. N. 26 Kuala Penyu N. 59 Tg. Batu

    22. N. 27 Lumadan N. 60 Sebatik

    23. N. 28 Sindumin

    76

  • Pola Persempadanan DUN Sabah

    Rajah 4 dan 5 menggambarkar lokasi persempadanan DUN di peringkat negeri Sabah dan persempadanan pembahagian subkoridor pembangunan Sabah yang telah dirangka. Kedua-dua pola persempadanan ini akan dikembangkan untuk memperlihatkan sejauhmana pembahagian perwakilan mengikut DUN dapat

    mempengaruhi pembangunan yang telah dirangka bagi menjamin kelancaran

    pembangunan negeri Sabah seperti pelan perancangan pembangunan koridor

    menjangkau tahun 2025.

    Rajah 4: Sempadan DUN Sabah Rajah 5: Pembahagian pembangunan subkoridor Sabah (SDC)

    KEPADATAN PENDUDUK MENGIKUT POLA PERSEMPADANAN DUN DALAM SUBKORIDOR

    Mengikut perangkaan penduduk bagi tahun 2007, Sabah mempunyai penduduk seramai 2,997,000 (2.9 juta) orang. Jika taburan tersebut dibahagikan mengikut pembahagian subkoridor pembangunan Sabah, jumlah penduduk Koridor Pantai Barat meliputi 1.2 juta orang yang mewakili 40 peratus daripada keseluruhan penduduk di negeri Sabah, manakala 736.2 ribu orang atau 24.56 peratus dianggarkan menduduki Koridor Tengah dan 1.06 juta orang atau 35.43 peratus dianggarkan menempati bahagian Koridor Pantai Timur (sila rujuk Jadual 2 dan Rajah 6). Daripada angka ini didapati bahawa Koridor Pantai Barat mempunyai kepadatan yang paling tinggi iaitu 108 orang bagi satu kilometer persegi, diikuti oleh Koridor Tengah 38 orang satu kilometer persegi dan kawasan yang paling kurang kepadatan penduduknya ialah

    77

  • Mh a AcidTdpff at

    Koridor Pantai Timur iaitu 24 orang setiap satu kilometer persegi. Pola clan taburan ini menunjukkan bahawa kepadatan penduduk tertumpu di kawasan Koridor Pantai Barat, diikuti Koridor Tengah dan Koridor Pantai Timur.

    Jadual 2: Kepadstan penduduk mengikut subkoridor

    Subkoridor Jumlah Penduduk Keluasan Ke adatan

    Koridor Pantai Barat 1196600 11.042 108/km=

    Kondor Tengah 736200 19.296 38/kml

    Koridor Pantai Timur 1062000 43,657 24.1cm2

    1400

    I

    ANGGARAN PENDUDUK MENGIKUT SUBKORIDOR

    1198.8 1200 4

    1062

    .

  • Pola Persempadanan DUN Sabah

    Rajah 7 menunjukkan taburan penduduk DUN mengikut pembahagian Subkoridor Pembangunan Sabah mengikut perangkaan tahun 2007. Koridor Pantai Barat meliputi 22 kawasan iaitu Sindumin, Kuala Penyu, Lumadan, Klias, Membakut, Bongawan, Pantai Manis, Kawang, Petaga, Moyog, Likas, Inanam, Kiulu, Sulaman, Tamparuli, Kedamaian, Usukan, Tempasok, Matunggong, Kepayan dan Tanjong Kapor. Koridor Tengah pula meliputi 13 kawasan, iaitu Kemabong, Nabawan, Melalap, Sook, Liawan, Kundasang, Bingkor, Tambunan, Paginatan, Karanaan, Tandek, Pitas dan Banggi. Koridor Pantai Timur meliputi 20 kawasan iaitu Kuamut, Sebatik, Tanjung Batu, Merotai, Balung, Apas, Sri Tanjong, Sanallang, Bugaya, Sulabayan, Kunak, Lahad Datu, Tungku, Sukau, Sekong, Labuk, Gum-Gum, Elopura, Sungai Sibuga dan Sugut.

    Taburan penduduk DUN mengikut pembahagian Subkoridor Pembangunan Sabah seperti yang digambarkan dalam Rajah 7 menunjukkan kepadatan penduduk antara 18.80 hingga 38.60 ribu ialah kawasan Sindumin, Kuala Penyu, Tambunan, Banggi, Pitas dan Nabawan, sementara Kemabong, Melalap, Klias, Membakut, Umadan, Tandek dan Kunak mempunyai taburan penduduk sebanyak 38.61 hingga 71.80 ribu. Kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk antara 71.81 hingga 105.20 ribu pula ialah Sugut, Pantai Manis, Kawang, Bongawan dan Labuk. Kawasan

    yang meliputi kepadatan penduduk sebanyak 105.21 hingga 192.10 ribu ialah kawasan

    sekitar Kuamut, Lahad Datu, Tungku, Sukau, Bugaya, Senallang, Sulabayan, Tanjong Kapor, Sulaman, Tempasuk, Usukan, Kedamaian, Tamparuli, Kiulu, Karanaan, Kundasang dan Paginatan. Kawasan yang mempunyai kepadatan taburan penduduk yang meliputi 192.11 ribu ke atas ialah Sungai Sibuga, Gum-Gum, Elopura, Sikong, Sebatik, Tanjong Batu, Merotai, Balung, Apas, Bingkor, Liawan, Sook, Kepayan, Petagas, Moyog, Likas, Inanam dan Karambunai.

    79

  • Muswpa Abd Tahp e( al.

    Taturan Penduduk DUN Menglkut Pembahagian SubKorldor Pembangunan Sabah

    410

    7=i--

    [= a.. W. ou. s PanrdUk TaAaw 2ON (9M . J wo " so IMAM-no nn"mo - =21-02 0 . . .. r.

    p

    Anw. OuimwMp -. 4cfMJ A1oGb+lu*br

    wlKORR)OR IdORIDOR PANTN BARAT

    figg ImRIDOR TENGIW M IQ)RIDOR PNITN TIMUR

    Rajah 7: Pola dan kepadatan penduduk mengikut DUN dalam pembahagian subkoridor pembangunan

    80

  • Poles Persempadanan DUN Sabah

    POLA DAN TABURAN MENGIKUT KUMPULAN ETNIK

    Salah satu faktor yang mempengaruhi penentuan persempadanan DUN Sabah ialah kumpulan majoriti etnik-etnik atau suku kaum utama yang berada di negeri Sabah. Sabah mempunyai kumpulan etnik yang berbilang kaum iaitu Melayu, Bajau, Murut, Kadazan, Cina, bumiputera yang lain dan kaum-kaum yang lain.

    Oleh hal yang demikian, pola persempadanan mengikut etnik juga dapat digambarkan dengan jelas selepas proses pertindanan antara kumpulan etnik,

    sempadan DUN dan pembahagian subkoridor pembangunan. Walaupun pada dasarnya data bagi taburan etnik berdasarkan persempadanan pentadbiran daerah

    atau daerah kecil, hampir keseluruhan pentadbiran di peringkat daerah mempunyai

    wakil dalam DUN Sabah. Oleh itu, analisis yang telah dilakukan mendapati bahawa

    pola dan taburan mengikut kumpulan majoriti etnik-etnik di Sabah dapat

    menunjukkan adanya pendominasian kumpulan etnik mengikut persempadanan DUN serta mewakili bagi ketiga-tiga subkoridor seperti yang digambarkan dalam

    Rajah 8 dan Rajah 9.

    TABURAN ETNIK MENGIKUTSUBKORIOOR (2000)

    MCLMU

    &UAU

    MURUT

    KAOAZAN DS

    QNA

    BUMI LAIN

    LAIN LAIN

    KORK)ORPANTAI KORIDORftTfGNI KORIDORPANTAI 6ARAT TIMUR

    Rajah 8: Bilangan dan perbandingan kumpulan etnik utama di Sabah (20(0)

    81

  • Murwpa Abd Talh...