Upload
edson-ho
View
4.507
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
TMK DALAM PENDIDIKAN JASMANI
MULTIMEDIA PERSEMBAHANMEREJAM LEMBING
Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatanhttp://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?
f=52&t=178
EN. EDSON HO YEH XIANGJABATAN BELIA DAN SUKAN JOHOR
DARUL TAKZIM
ISI KANDUNGAN PENGENALAN ACARA REJAM LEMBING
ALATAN
KAWASAN REJAMAN LEMBING
PERATURAN-PERATURAN AM ACARA
PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING
KEMAHIRAN ASAS REJAM LEMBING
UJI MINDA
LIHAT SEBELAH
1.0 PENGENALAN ACARA REJAM LEMBING
LIHAT SEBELAH
1.1 – Sejarah Rejam Lembing
1.2 – Maklumat Acara
1.3 – Jaguh Negara
Malaysia
1.4 – Jaguh Acara
Merejam
1.0 PENGENALAN ACARA REJAM LEMBING
Mengikut catatan acara merejam lembing
adalah acara rejaman yang tertua dalam
sejarah sukan olahraga. Acara ini mula
dipertandingkan buat pertama kali di dalam
Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia
merupakan salah satu acara padang yang
penting di dalam sukan olahraga. Acara ini
dipertandingkan mengikut kategori lelaki
dan wanitaLIHAT SEBELAH
1.1 SEJARAH REJAM LEMBING
Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga
yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak
zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan
untuk memburu dan sebagai senjata dalam
peperangan. Acara merejam lembing mula di
pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada
tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing
merupakan satu acara balingan dalam semua
acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan
di peringkat negeri, daerah atau sekolah.
LIHAT SEBELAH
1.2 MATLAMAT ACARA
Matlamat acara ini ialah merejam
lembing sejauh yang dapat dilakukan
dengan mengikut peraturan dan di
dalam kawasan yang telah ditetapkan.
Para pemenang akan ditentukan
menerusi rejaman atau balingan yang
paling jauh. Peralatan yang perlu bagi
atlet acara ini ialah lembing dan
kawasan membuat rejaman iaitu
padang.
LIHAT SEBELAH
1.3 JAGUH NEGARA MALAYSIA
Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan
Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara
Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas
untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu
juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham
Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan
SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada
jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan
peranan yang penting untuk menjadi perejam yang
terbaik dalam acara ini.
LIHAT SEBELAH
1.4 JAGUH ACARA MEREJAM
Jaguh acara merejam lembing iaitu
Petronoff dari Rusia yang mempunyai
susuk badan yang tegap dan berbadan
sasa telah berjaya merejam lembing
melebihi 90 meter dan rejaman beliau
adalah antara yang terbaik dalam
sejarah merejam lembing. Beliau juga
merupakan pemegang rekod dunia
dalam acara merejam lembing sehingga
sekarang.
LIHAT SEBELAH
RAJAH MEREJAM LEMBING
LIHAT SEBELAH
2.0 ALATAN - LEMBING
LIHAT SEBELAH
2.1 – Ciri-ciri Lembing
2.2 – Rajah Lembing
2.1 Ciri-ciri Lembing
Ciri - ciri Maklumat Alatan
Bahan Berbuatan : Kayu / Besi / Logam Campuran
Bahagian Lembing
: Kepala (panjang), pegangan (grip), hujung/ekor (tajam)
Ukuran Bahagian Lembing
: a. BHG. Kepala : 25cm -33cmb. BHG. Pegangan :
15cm – 16cm (lelaki) 14cm – 15cm (perempuan / lelaki bawah18
tahun )
Ciri- ciri Pegangan (Grip)
: a. Terletak pusat graviti lembingb. Berat minimum 800g (kategori
lelaki), 600g (kategori perempuan)
LIHAT SEBELAH
2.2 Rajah Lembing
LIHAT SEBELAH
3.0 KAWASAN REJAMAN LEMBING
LIHAT SEBELAH
3.1 – Kawasan Rejam Lembing
3.2 – Kawasan Khas
3.3 – Rajah Kawasan Rejam Lembing
3.1 Kawasan Rejam Lembing
Ciri-ciri Maklumat
Kawasan Larian : Panjang ≥36.5 m , lebar 4 m
Kawasan Rejaman
: Dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut.
Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.
KAWASAN REJAMAN HENDAKLAH BEBAS DARIPADA SEBARANG GANGGUAN ATAU HALANGAN SERTA TIDAK MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN ORANG RAMAI.
LIHAT SEBELAH
3.2 Kawasan Khas
Kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai menyaksikan acara itu dijalankan. Biasanya kawasan khas ini disediakan di atas padang bola atau stadium terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF.
LIHAT SEBELAH
3.3 Rajah Kawasan Rejam Lembing
4.0 PERATURAN REJAM LEMBING
LIHAT SEBELAH
4.1 - Peraturan-peraturan Am Rejam Lembing
4.2 - Penggunaan Kasut
4.3 - Pita Pengukur
4.4 - Kesilapan Umum
4 . 1 - P e r a t u r a n - p e r a t u r a n A m R e j a m L e m b i n g
Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya dan mesti direjam melalui atas bahu.
Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang dibenarkan.
Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepala lembing menyentuh tanah dahulu.
Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat.
LIHAT SEBELAH
Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman adalah sah.
Sarung tangán tidak dibenarkan.
Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mará ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.
LIHAT SEBELAH
4.2 - Penggunaan Kasut
Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike.
Jika menggunakan kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian tapaknya.
LIHAT SEBELAH
4.3 - Pita Pengukur Pita pengukur yang digunakan hendaklah
yang lebih pajang ukurannya.
Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda
LIHAT SEBELAH
4.4 - KESILAPAN UMUM
Peluang melakukan kesalahan dalam acara lontaran atau lompatan adalah tinggi berbanding dengan acara larian. Dalam mengambil bahagian dalam acara-acara lontaran, peserta bukan sahaja perlu mengawal diri, tetapi pada masa yang sama mengawal peralatan yang digunakan serta kawasan yang membolehkannya membuat lontaran. Setiap anggota tubuh peserta juga dapat mengawal dan mengimbangi kedudukan semasa, sebelum dan selepas melakukan lontaran. Akibatnya sering berlaku kesilapan sepanjang pergerakan peserta.
LIHAT SEBELAH
5.0 PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING
Pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing.
Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing.
Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.
6.0 KEMAHIRAN ASAS REJAM LEMBING
6.1 - Fasa
Persediaan
6.2 - Fasa Lari
Landas
6.3 - Fasa Rejaman
6.4 - Fasa Ikut
Lajak
LIHAT SEBELAH
6.1 Fasa Persediaan
Fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental.
6.1.1 Teknik Memegang
Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari
dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.
Gaya Pegangan - U Lembing dipegang di antara jari
telunjuk dan jari tengah.
LIHAT SEBELAH
Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari
dan jari tengah.
LIHAT SEBELAH
6.1.2 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Ialah:
Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles
Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa
Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah
Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman
Pandang ke arah kawasan rejaman
LIHAT SEBELAH
6.2 Fasa Lari Landas
Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala
Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal
Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya
Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman
LIHAT SEBELAH
6.3 Fasa Rejaman Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa
kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan
ke tanah, kilaskan badan ke sisi
Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang
Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembingPerlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman
LIHAT SEBELAH
6.4 Fasa Ikut Lajak
Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki
Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi
Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan
Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan
LIHAT SEBELAH
UJI MINDA
LIHAT SEBELAH
UJI MINDA
Soalan 1 Bilakah permainan rejam lembing
diperkenalkan dan dimainkan?
A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Purba
C. Zaman Logam
D. Zaman Mesolitik
LIHAT SEBELAH
Jawapan : B. Zaman Purba
Soalan 2 Berikut adalah ciri-ciri lembing, manakah yang
BUKAN ciri-ciri lembing?
A. Struktur lembing terdiri daripada kepala, pegangan, dan ekor.
B. Diperbuat daripada besi atau kayu.
C. Bagi kategori perempuan, berat pegangan (grip) sebanyak 500g.
D. Panjang bahagian kepala lembing ialah antara 25cm hingga 33cm.
LIHAT SEBELAH
Jawapan : C
Soalan 3 Berikut merupakan teknik-teknik memegang
lembing. Yang manakah teknik di mana lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.
A. Teknik Finnish
B. Teknik Pegangan-U
C. Teknik Mengayuh
D. Teknik Amerika
LIHAT SEBELAH
Jawapan : A. Teknik Finnish
Soalan 4 Berikut yang manakah merupakan peraturan
dalam acara rejam lembing.
I. Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike.
II. Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya dan mesti direjam melalui bawah bahu.
III. Sarung tangán tidak dibenarkan.
IV. Lembing yang patah sama ada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman adalah tidak sah.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
LIHAT SEBELAH
Jawapan : B. I dan III
Soalan 5 Berikut merupakan fasa-fasa rejam lembing.
Susun semula fasa-fasa berikut mengikut susunan yang betul.
I. Fasa Rejaman
II. Fasa Persediaan
III. Fasa Lari Landas
IV. Fasa Ikut Lajak
A. I, III, II, dan IV
B. II, III, I, dan IV
C. I, II, III, dan IV
D. IV, III, I, dan II
LIHAT SEBELAH
Jawapan : B. II, III, I, dan IV
Soalan 6
Soalan 7 Huraikan latihan ansur maju.
Jawapan : Ia merupakan latihan tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. LIHAT
SEBELAH
Apakah objektif acara rejam lembing?
Jawapan : Objektif acara rejam lembing ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan.
Soalan 8 Apakah yang difokuskan dalam fasa persediaan?
LIHAT SEBELAH
Jawapan : Fasa persediaan focus kepada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental.
Soalan 9 Mengapakah pemindahan kuasa kaki ke lembing
adalah penting semasa merejam lembing?
Jawapan : Pemindahan kuasa kaki ke lembing dapat memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman.
Soalan 10 Mengapakah kawasan khas haruslah disediakan?
Jawapan : Kawasan khas haruslah disediakan kerana acara ini memerlukan larian dan rejaman yang jauh maka kawasan yang lebih luas atau besar daripada sebarang gangguan atau halangan.
LIHAT SEBELAH
Sekian Terima Kasih