10
DATE : 23 SEPTEMBER 2010 MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR MO5 E83 TEKUN USM Mr. MOHD SHAFIE ARIFFIN LECTURER of WUS 101 USM RE : Submission of WUS 101 Profail Usahawan Assignment. I am submitting the above assignment for your evaluation. Please contact me if you have any questions. THANK YOU

Profil Usahawan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Profil Usahawan

Citation preview

DATE : 23 SEPTEMBER 2010

MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR

MO5 E83

TEKUN

USM

Mr. MOHD SHAFIE ARIFFIN

LECTURER of WUS 101

USM

RE : Submission of WUS 101 Profail Usahawan Assignment. I am submitting the

above assignment for your evaluation. Please contact me if you have any questions.

THANK YOU

MOHD KHUSAIRI MASUKIDAR

109679

PROFIL USAHAWAN

Perusahaan percetakan merupakan salah satu jenis cabang perniagaan yang

berteraskan perkhidmatan. Terdapat beberapa jenis perusahaan percetakan seperti

percetakan kertas, cetakan baju dan pakaian mahu pun cetakan banner atau kain

rentang. Jenis perniagaan ini sebenarnya nampak mudah, tetapi dengan sedikit

kemahiran dan kemudahan teknologi, ianya mampu memberi pulangan yang lumayan

kepada pengusahanya.

Sehubungan dengan itu, Encik Fauze bin Ashari telah menubuhkan syarikat

Bernam Ink Sdn. Bhd. atau sebelum ini dikenali sebagai MS Edar Enterprise yang

memberikan perkhidmatan mencetak pakaian dan juga cetakan kain rentang atau

banner. Syarikat Bernam Ink Sdn. Bhd. aka MS Edar Enterprise telah didaftarkan

dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 22 April 2006 dengan nombor pendaftaran

001390425-W dan dialamatkan di No. 3 B, Kedai MDSB Taman Muhibbah, 45200

Sabak Bernam, Selangor. Dengan tertubuhnya syarikat ini, maka secara tidak langsung

beliau telah menambah bilangan usahawan Melayu di daerah ini sekaligus dapat

menambahkan persaingan khususnya dikalangan kaum bukan bumiputera.

Encik Fauze bin Shari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chip mendapat

pendidikan awal di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam.

Beliau juga merupakan pemegang lepasan Diploma Perguruan Malaysia dari Maktab

Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang (1996-1999). Beliau yang

memang merupakan anak jati Sabak Bernam kini mengajar di Sekolah Kebangsaan

Khir Johari, Sabak Bernam dan telah menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan

cetakan ini hampir 4 tahun dan kini masih lagi aktif menjalankan perniagaan ini

memandangkan permintaan yang sangat menggalakkan dari kalangan pelanggannya.

Penglibatan beliau dalam bidang percetakan ini berlaku secara tidak langsung di

mana beliau telah membantu salah seorang sahabatnya yang juga menjalankan

perniagaan cetakan pakaian di daerah Klang, Selangor. Bermula dengan minat,

pengalaman dan kemahiran tersebut, penglibatan secara tidak langsung itu, beliau

mula berminat dan menaruh keazaman untuk menubuhkan syarikat percetakannya

sendiri.

Sebagai permulaan modal, beliau telah berjaya mendapatkan dana perniagaan

sebagai asas berjumlah kira-kira RM60 ribu yang diperolehi melalui pinjaman

persendirian dari Bank Rakyat, beliau telah memulakan perniagaan cetakannya secara

berperingkat-peringkat. Ini mungkin kerana saingan yang dihadapinya dari syarikat

percetakan sedia ada, menyebabkan beliau cuba untuk mengurangkan sedikit risiko

kerugian selain mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap saingan.

Seperti yang kita ketahui perniagaan merupakan satu bidang yang amat berisiko

tinggi untuk mengalami kerugian. Begitu juga dengan pengalaman Encik Fauze sendiri,

beliau pernah menghadapi kerugian yang agak besar kerana terpaksa membayar ganti

rugi terhadap pelanggannya disebabkan masalah komunikasi sehingga grafik yang

dihasilkan pada pakaian dan banner tidak menepati kehendak pelanggan. Beliau juga

pernah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan stok kain atau baju yang sesuai

untuk dipadankan dengan bahan pewarna grafik seperti yang dimahukan pelanggan.

Ada juga di antara pelanggan beliau telah menipu dengan membayar menggunakan

cek yang tidak sah ditunaikan dan ini menambah beban kerugian syarikat.

Bagaimanapun, berkat kegigihan dan usaha Encik Fauze, kini syarikatnya boleh

bermegah dan boleh dianggap berjaya kerana hasil kerjanya berjaya meyakinkan

banyak pelanggan dan beliau sendiri telah memasang startegi bagi mengelakkan

masalah-masalah yang pernah berlaku dari berulang. Beliau juga turut menambah

kemahiran dalam penggunaan aplikasi komputer selain membeli peralatan yang

berteknologi tinggi bagi memenuhi keperluan dan tuntutan pelanggannya. Beliau juga

telah mampu mengupah beberapa orang pekerja yang dibayar gaji secara kontrak

harian mengikut kadar permintaan cetakan pakaian dan kain rentang yang dikehendaki.

Dengan strategi tersebut, akhirnya beliau telah berjaya mendapat kepercayaan

pekhidmatan cetakan ini bukan sahaja dari pelanggan sekitar daerah Sabak Bernam,

malahan sekitar negeri Selangor dan negeri Perak. Di antara pelanggan yang sentiasa

berhubung dengan beliau ialah dari sekolah-sekolah berhampiran, syarikat-syarikat dan

persatuan persendirian yang mahukan cetakan khususnya sebagai pakaian rasmi,

pakaian untuk majlis sambutan seperti hari sukan sekolah, dan juga majlis-majlis

keraian dan persendirian. Secara puratanya, keuntungan bersih syarikat boleh

mencapai sehingga RM6 ribu ke RM8 ribu mengikut permintaan setiap bulan.

Kemuncak permintaan pula kebiasaanya semasa sambutan hari sukan sekolah di mana

permintaan sangat tinggi dari sekolah-sekolah berhampiran sehingga pihak Encik

Fauze sendiri tidak menang tangan dan terpaksa memberi peluang kepada syarikat

cetakan lain untuk menyudahkan cetakan pakaian tersebut. Syarikat Bernam Ink Sdn.

Bhd. juga pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar khususnya dalam

menghasilkan cetakan baju seperti Syarikat Al-Ikhsan (syarkat peralatan sukan), TV3,

Digi dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Hasil dapatan profil usahawan ini, telah menjelaskan kepada kita bahawa setiap

perniagaan mempunyai risiko untung dan rugi serta ada pasang surut permintaan.

Bagaimanapun, hanya mereka yang benar-benar berminat, berusaha dan mepunyai

semangat kental serta kesabaran yang tinggi sahaja mampu meneruskan setiap

bidang perusahaan yang dijalankan.

LAMPIRAN

Syarikat Bernam Ink Sdn. Bhd. aka MS Edar Enterprise

Pemilik syarikat Bernam Ink Sdn. Bhd. aka MS Edar Enterprise, Cikgu Fauze Ashari

Cikgu Fauze Ashari sedang tekun meneliti grafik yang hendak disiapkan mengikut

permintaan pelanggan

Alatan Utama dalam cetakan pakaian, cat pelaka dan cat spray

Deretan blok yang digunakan sebagai acuan asas cetakan

Meja kerja cetakan

Peralatan mencetak

Mesin mencetak grafik kepada blok

Alatan tambahan lain untuk memudahkan cetakan

Papan kerja kenyataan tempahan

Deretan baju yang telah siap dicetak sebagai contoh kepada pelanggan

Contoh cetakan yang sudah siap