5
NURSYAFIQAH MOHAMAD NOR SX130202CSRS03 Profil Usahawan “From Zero-To-Hero” Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew PENERANGAN TENTANG PRODUK Pada sekitar tahun 1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah daripadanya adalah dari model Honda Boon Siew. Sedar atau tidak nama Boon Siew pada motorsikal Honda ini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal Honda terbabit ke Malaysia iaitu mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew. Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh kehadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini. Sehingga kini nama produk keluaran Honda terkenal di serata dunia.

Profil Usahawan Zero to Hero - Nursyafiqah (Individu)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Zero to Hero

Citation preview

NURSYAFIQAH MOHAMAD NORSX130202CSRS03

Profil Usahawan From Zero-To-HeroTan Sri Dato Loh Boon Siew

PENERANGAN TENTANG PRODUKPada sekitar tahun 1980an, boleh dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah daripadanya adalah dari model HondaBoon Siew. Sedar atau tidak nama Boon Siew pada motorsikal Hondaini bukanlah datang dari Negara Jepun tetapi ia adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motorsikal Hondaterbabit ke Malaysia iaitu mendiangTan Sri Dato Loh Boon Siew.

Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh kehadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada kejayaannya pada hari ini. Sehingga kini nama produk keluaran Honda terkenal di serata dunia.

BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British. Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKATBerasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula.

STRATEGI PERNIAGAAN BELIAUKami mendapati Tan Sri adalah seorang usahawan yang mengambil risiko secara sederhana. Ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang motorsikal yang terletak di Mak Mandin. Dengan terbinanya kilang ini, maka jualan dan permintaan terhadap motorsikal dapat dipenuhi secara konsisten.Ini kerana sekiranya berlaku masalah di Negara Jepun, motorsikal Honda masih dapat dikeluar dan dijual kerana ia dibuat di Malaysia sendiri. Ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kos jualan akibat cukai import yang dikenakan terhadap setiap motorsikal yang diimpot terus dari Jepun.Walaupun Boon Siew Sdn Bhd telah berjaya menjadi sebuah syarikat yang terkenal dan disegani di dalam bidang permotoran, Tan Sri mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan Boon Siew Sdn Bhd di Bursa Malaysia. Sehingga hari ini, Boon Siew Sdn Bhd masih lagi menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad. Ini secara tidak langsung dapat menjamin kestabilan syarikat kerana pegangan saham syarikat adalah terhad kepada keluarga Tan Sri atau pihak yang berkepentingan dengan Tan Sri sahaja.Walaupun Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak mempunyai latar belakang akademik yang tinggi serta formal, ia tidak menghalang Tan Sri daripada menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ini dapat dilihat dengan kejayaan motorsikal Honda untuk menjadi motorsikal nombor satu di Malaysia sehingga ke hari ini. Tan Sri Loh Boon Siew ialah seorang yang mempunyaitahap daya ingatan yang sangat tinggi.Dengan keyakinan yang tinggi untuk berjaya, Tan Sri dilihat telah berjaya mengenalpasti satu produk yang jelas amat diperlukan oleh rakyat Malaysia iaitu motorsikal bersaiz kecil dan ringan. Apabila Tan Sri ke Osaka, Jepun pada tahun 1957, Tan Sri telah melihat sebuah motorsikal yang bersaiz kecil dan ringan berada di jalan raya bandar Osaka, Jepun. Maka timbullah idea Tan Sri untuk cuba menjual motorsikal jenis ini di Malaysia. Lantaran itu, Tan Sri terus berhubung dengan Honda Motors Japan Limited bagi mendapatkan hak untuk menjadi pengedar tunggal di Malaysia. Tan Sri juga dilihat telah menjanakan idea yang bernas iaitu dengan membina kilang motorsikal di Mak Mandin. Langkah proaktif ini telah berjaya memastikan motorsikal Honda terus diminati di Malaysia. Dengan terbinanya kilang ini, ia dapat menjamin kestabilan harga jualan motorsikal Honda di Malaysia di mana faktor-faktor kenaikan duti import dapat diminimakan kerana pengeluaran motorsikal Honda dibuat secara domestik.

Selain daripada aktif dalam bidang permotoran, Tan Sri juga telah memperluaskan usaha niaganya dalam pembangunan hartanah, perladangan dan perhotelan melalui syarikat perlaburannya iaitu Oriental Holdings Sdn Bhd. Oriental Rubber and Palm Oil Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Oriental Holdings Sdn Bhd yang mengembangkan usaha niaga dalam sektor perladangan khususnya kelapa sawitke Indonesia pada tahun 1994. Ini menunjukan Tan Sri adalah seorang yang kreatif di mana beliau tidak mahu bergantung kepada satu bidang peniagaan (permotoran) sahaja. Melalui kenyataan di atas, kita dapat melihat bahawa proses kreativiti amat diperlukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Usahawan tidak perlu untuk menjadi terlalu kreatif di dalam mengenalpasti produk yang dipasarkan. Seperti Tan Sri, idea beliau hanya timbul semasa lawatannya ke Osaka, Jepun. Idea yang timbul secara tiba-tiba atau prompt idea inilah telah menjadikan beliau usahawan yang berjaya.

PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU Motorsikal Honda untuk menjadi motorsikal nombor satu di Malaysia sehingga ke hari ini. turut memainkan peranan dalam gabungan singkat antaraKwong Wah Yit PohdanThe Star (Malaysia)pada 1974, dan antara jasa baiknya merupakan penubuhan Hospital Lam Wah Ee dan Rumah Orang Tua Pulau Pinang - (Penang Old Folks Home). Orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu.KUNCI UTAMA KEJAYAAN LOH BOON SIEWUsaha keras merupakan kuncinya. Berjimat cermat dan merendah diri merupakan penawar yang efektif.Rujukan:https://forumusahawanmuda.wordpress.com/artikel-2/mengenai-kami/http://lailahasnim.blogspot.com/p/usahawan-berjaya.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew