Upload
others
View
95
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Muka surat 1 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017
KENYATAAN MEDIA
PROGRAM HARI SIHAT HASIL
Cyberjaya , 5 Disember 2017 – Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam
membudayakan amalan hidup sihat dan cergas dalam kalangan agensi kerajaan,
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menganjurkan Program Hari Sihat
Hasil bermula pada 5 – 7 Disember 2017 di di Dewan Bangsawan, Menara Hasil
Cyberjaya.
Program yang diserikan dengan pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup sihat ini
dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM.
Antara objektif penganjuran Program Hari Sihat Hasil ini adalah bertujuan untuk menarik
minat dan perhatian warga kerja LHDNM terhadap kepentingan pembudayaan amalan
kesihatan yang baik, seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti kerja
sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara.
Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah pemeriksaan kesihatan,
senam robik, derma darah, pameran booth, jualan produk kesihatan serta beberapa siri
taklimat kesihatan.
Turut hadir sama dalam program ini ialah Datuk Noor Azian Abdul hamid, Timbalan Ketua
Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDNM, Datuk Mohd Nizom Sairi, Timbalan Ketua Pegawai
Eksekutif (Pengurusan) LHDNM, Encik. Abdul Manap Dim, Timbalan Ketua Pegawai
Untuk siaran segera
Muka surat 2 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017
Eksekutif (Pematuhan) LHDNM, Puan Noraini Mustafa, Pengarah Jabatan Pengurusan
Insan LHDNM dan pegawai-pegawai LHDNM.
# # #
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi I Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia : 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 5 Disember 2017
Muka surat 3 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017
Gambar 1 : CEO LHDNM sedang menyampaikan ucapan perasmian.
Gambar 2: Demonstrasi senaman regangan badan di tempat kerja.
Muka surat 4 daripada 4
Kenyataan Media LHDNM, 5 Disember 2017
Gambar 3 : CEO LHDNM meninjau pameran booth kesihatan.
Gambar 4 : Antara pengisian program Sihat Hasil.