8
PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID Kandungan: Muka Surat 1. Adab Semasa Belajar di Bilik Darjah. 2. Adab Semasa Perhimpunan. 3. Adab Semasa Berhubung Sesama Manusia. 4. Adab Dengan Alam Sekitar. 5. Adab Kepada Guru. 6. Adab Kepada Ibu bapa. 7. Adab Sesama Rakan. 8. Adab Semasa Permainan / Aktiviti. 9. Adab Semasa Bersama Masyarakat. 10. Adab Kepada Pemimpin. 2 3 5 6 7 8 8 9 10 11 A. ADAB SEMASA BELAJAR DI BILIK KELAS. 1. Tingkahlaku Pelajar. 1

PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Kandungan: Muka Surat

1. Adab Semasa Belajar di Bilik Darjah.

2. Adab Semasa Perhimpunan.

3. Adab Semasa Berhubung Sesama Manusia.

4. Adab Dengan Alam Sekitar.

5. Adab Kepada Guru.

6. Adab Kepada Ibu bapa.

7. Adab Sesama Rakan.

8. Adab Semasa Permainan / Aktiviti.

9. Adab Semasa Bersama Masyarakat.

10.Adab Kepada Pemimpin.

2

3

5

6

7

8

8

9

10

11

1

Page 2: PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

A. ADAB SEMASA BELAJAR DI BILIK KELAS.

1. Tingkahlaku Pelajar.

Pelajar harus mengucapkan “Selamat Pagi/Petang” kepada guru semasa guru masuk dalam kelas.

Pelajar mengucapkan “Terima kasih Cikgu” semasa guru keluar dari kelas.

Mengamalkan amalan mengucapan terima kasih setelah menerima sesuatu daripada guru dan rakan.

Mengamalkan amalan memohon maaf kepada guru dan rakan jika membuat kesilapan..

Meminta kebenaran daripada guru yang mengajar jika ingin keluar dari kelas.

Pelajar yang ingin masuk semula atau ingin membuat pegumuman dari kelas ke kelas harus mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk daripada guru yang mengajar pada waktu tersebut.

Pelajar harus menumpukan penuh perhatian semasa guru mengajar. Harus mematuhi segala arahan daripada guru semasa dalam kelas. Pelajar harus mengangkat tangan untuk mengambil perhatian guru

sebelum menanyakan soalan atau meminta penerangangan lebih lanjut.

Pelajar dilarang menyampuk atau menganggu semasa guru mengajar. Pelajar harus menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru

kepadanya dengan penuh hormat dan tanggungjawab. Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan pelajar lain untuk

memastikan keadaan kelas bersih, ceria dan kondusif untuk P&P dijalankan.

Setiap pelajar harus bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri, pelajar lain dan juga harta benda sekolah dalam kelas.

Pelajar harus membuat kerja sendiri secara senyap semasa ketiadaan guru.

Pelajar juga harus menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti semasa guru mata pelajaran tiada dalam kelas.

Pelajar dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran guru.

Pelajar yang lewat masuk ke kelas harus meminta kebenaran daripada guru sebelum masuk untuk pelajaran seterusnya.

Jika kelas perlu ke makmal, bengkel atau perpustakaan, pelajar harus berbaris dan bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa menganggu kelas-kelas lain.

2. Tingkahlaku Guru.

Guru tidak boleh menghina mana-mana pelajar. Guru tidak boleh menjatuh maruah pelajar dengan kata-kata kesat atau

sinis di depan pelajar lain. Guru harus sentiasa menunjukkan contoh dan teladan baik kepada

pelajar dengan menunjukkan tingkahlaku serta gaya yang baik.

2

Page 3: PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Guru harus sentiasa menggalakkan pelajarnya mencapai kecemerlangan dengan memberi kata-kata puji atau memberi galakkan dan motivasi.

Guru sentiasa memberi peluang untuk pelajar membela diri jika beliau dituduh melakukan kesalahan.

Guru harus bertindak segera dan menyiasat segala aduan yang dibuat oleh pelajar.

Guru harus menyiasat dan bertindak secara adil terhadap pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan.

B. ADAB SEMASA PERHIMPUNAN.

1. Tingkahlaku Pelajar.

Semua pelajar harus bergerak secara teratur ke tapak perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan bermula.

Ketua kelas harus memastikan bilik kelas dikunci dan tidak ada pelajar lain tertinggal di dalam kelas semasa perhimpunan.

Pelajar harus berbaris mengikut kelas dengan pelajar lelaki di bahagian depan dan perempuan di bahagian belakang.

Pelajar harus sentiasa kemas berpakaian seragam yang lengkap untuk perhimpunan sekolah.Pemakaian aksesori dan barang kemas adalah dilarang sama sekali di kawasan sekolah.

Semua pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan pengawas sekolah.

Pelajar harus berada dalam keadaan senyap semasa perhimpunan dijalankan.

Setiap pelajar harus berdiri tegak semasa lagu kebesaran negara/ negeri dan lagu sekolah dimainkan.

Pelajar harus menumpukan penuh perhatian kepada segala amanat, peringgtan dan pengumuman yang dibuat semasa perhimpunan.

Pelajar dilarang makan, bising atau bermain sepanjang perhimpunan.. Setiap pelajar dipertanggunjawabkan untuk memastikan kawasan

perhimpunan tidak dikotori. Pelajar harus bergerak dalam barisan untuk diperiksa oleh JKDS dan

pengawas selepas perhimpunan. Setiap kelas yang ditugaskan untuk mengemaskan tapak perhimpunan

harus tinggal untuk sementara waktu sehingga tapak perhimpunan bebas daripada pelajar-pelajar.

2. Tingkahlaku Guru.

Guru harus menunjukkan contoh dan teladan baik dengan berada di tempat perhimpunban tepat pada masanya.

Setiap teguran dan nasihat yang disampaikan harus bersifat positif dan bersifat baik pulih untuk membina sahsiah pelajar yang cemerlang.

Guru dan sekolah dilarang menghukum pelajar yang melakukan kesalahan di khalayak ramai terutama semasa perhimpunan sekolah.

3

Page 4: PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Barang-barang haram yang dirampas semasa perhimpunan akan disimpan dan hanya dikembalikan jika pelajar boleh memberi penjelasan yang munasabah.

C. ADAB SEMASA BERHUBUNG SESAMA MANUSIA.

1. Tingkahlaku Pelajar.

Setiap pelajar harus peka dan menghormati adat resam, agama dan sensitiviti kaun lain.

Pelajar harus sedar kedudukan diri dan melayani serta menghormati orang lain terutama sekali orang yang lebih tua sesuai dengan pangkat dan peringkat umur mereka mengikut budaya dan norma masyarakat setempat.

Pelajar tidak boleh bermain sehingga keterlaluan seperti mengejek dan menghina nama rakan atau nama ibubapa rakan sehingga menjatuhkan maruah dan harga diri pelajar tersebut di depan orang lain.

Semua pelajar harus mengamalkan budaya positif seperti mengucapkan terima kasih atau memohon maaf kepada pelajar lain jika ada menyinggung perasaan mereka.

Mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat dan menyumpah orang adalah dilarang sama sekali.

Pelajar tidak dibenarkan untuk menyebar khabar angin . Pelajar harus menunjuk raut wajah yang sentiasa ceria dan sentiasa

bertegur sapa dengan pelajar dan guru.

2. Tingkalaku Guru.

Melayani dan menganggap semua pelajar seperti anak sendiri dan melayani serta bertindak seolah-olah berdepan anak sendiri.

Menunjukkan wajah ceria, menegur dan bersapa dengan pelajar. Menyiasat dan bertindak terhadap segala aduan pelajar dan

menyelesaikan konflik antara pelajar secara adil dan tidak pilih kasih. Bersedia membantu mana-mana pelajar dalam kesulitan dan

mengambil berat tentang kebajikan pelajar yang di bawah jagaan beliau.

Tidak mengambil tindakan yang boleh menghina atau menjatuhkan maruah pelajar, keluarga, budaya atau bangsanya.

Sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada kepada pelajar. Guru harus sentiasa sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi

kebajikan dan kemajuan pelajarannya.

D. ADAB DENGAN ALAM SEKITAR.

4

Page 5: PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

1. Tingkahlaku Pelajar. Pelajar harus mempunyai nilai cinta terhadap alam sekitar dengan

sentiasa memelihara dan memuliharanya kebersihan dan keceriannya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga kebersihan

kawasan kelas dan sekolah. Setiap pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam menceriakan

dan mencantikkan kawasan sekolah agar menjadi kodusif untuk proses P&P dijalankan.

Setiap pelajar harus memastikan kawasan sekolah bebas daripada sampah setiap masa.

Sampah sarap yang terdapat di tong sampah harus dihantar ke tempat pemgumpulan sampah setiap hari agar dapat dilupuskan oleh Majlis Tempatan.

Pelajar harus mengamalkan budaya mengutip sampah jika terserempak dengannya dimana-mana sahaja di kawasan sekolah.

Pelajar dikehendaki menjaga keselamatan semua harta benda sekolah. Sebarang kerosakan atau kes vandalisme harus dilaporkan dengan serta merta agar tindakan segera boleh diambil.

Pelajar harus berkerjasama dengan jawatan kuasa 4K peringkat kelas untuk menceriakan kelas masing-masing.

2. Tingkahlaku Guru.

Guru harus menunjukkan pada setiap masa, perasaan cinta kepada alam sekitar agar menjadi contoh kepada pelajar.

Guru harus peka terhadap keadaan kawasan sekolah atau kelas dan memastikan ada pelajar bertugas menjaga kebersihannya.

Pihak pentadbir harus menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk kawasan sekolah.

E. ADAB KEPADA GURU.

1.Tingkahlaku Pelajar. Pelajar harus menghormati semua guru sama ada guru sesi pagi atau

guru sesi petang. Pelajar harus mengucakan serlamat pagi/tengahari atau petang jika

terserempak dengan guru di mana-mana sahaja. Seiap pelajar harus menganggap guru sebagai ibu bapa mereka dan

memberi layanan seperti mana mereka melayani ibu bapa mereka sendiri.

Guru yang masuk kelas, sama ada guru mata pelajaran atau guru gantian harus dipatuhi, dihormati dan dilayani sepertimana mereka melayani guru kelas masing-masing.

Setiap pelajar harus menerima apa jua teguran dan nasihat guru . Kawasan Bilik Guru, Pejabat dan bilik-bilik khas adalah kawasan

larangan dan kemasukkan pelajar ke kawasan ini hanya dibenarkan jika mendapat izin daripada guru.

Pelajar tidak bolek masuk ke pejabat atau bilik guru jika pada waktu itu tiada guru di dalamnya.

5

Page 6: PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Jika pelajar disuruh mengambil sesuatu daripada meja guru di bilik guru, dia harus memberitahu guru-guru lain dalam bilik siapa yang menyuruhnya berbuat demikian.

Semua pelajar harus bantu menjaga harta benda sekolah dan harta guru merka.

Pelajar harus meminta kebenaran guru yang mengajar jika ingin keluar daripada kelas. Untuk itu, guru akan memberi pas keluar kelas kepada pelajar berkenaan.

Pelajar harus mengetuk pintu dan minta izin daripada guru yang mengajar jika ingin masuk ke dalam kelas semula.

Semasa P&P dijalankan, pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan buat kerja secara senyap.

Jika pelajar inginkan guru memberi penjelasan lanjut, beliau harus mengetuk meja atau mengangkat tangan sebelah dahulu untuk mengambil perhatian guru berkenaan sebelum mengajukan komen atau pertanyaan.

Pelajar tidak boleh menyampuk, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat .

F. ADAB KEPADA IBUBAPA.

1. Tingkahlaku Pelajar. Setiap pelajar harus menghormati dan mentaati ibubapa mereka.

Pelajar harus mendapat kebenaran ibubapa mereka jika ingin keluar dan mengambil bahagian dalam aktiviti di luar kawasan sekolah.

Pelajar juga harus memberitahu ibubapa atau penjaga mereka tentang polisi, peraturan dan kehendak sekolah seperti jadual waktu, buku teks dan mata pelajaran yang diajar.

Pelajar harus menunjukkan laporan kemajuan akademik mereka kepada ibubapa mereka.pada penghujung setiap semester. Semua buku laporan harus ditandatangani oleh ibu bapa mereka sendiri.

Pelajar harus melayan mana-mana ibu bapa yang datang ke sekolah dengan hormat dan berbudi bahasa serta memberi bantuan seperti mana mereka mahu ibu bapa mereka sendiri dilayan oleh orang lain.

Pelajar tidak boleh memfitnah, mengkritik , mengeluarkan kata-kata kesat atau menyebar khabar angin yang boleh menjatuhkan maruah dan integriti ibubapa pelajar lain.

G. ADAB SESAMA RAKAN.

Setiap pelajar harus menganggap pelajar lain sebagai saudara sendiri dan memberi layanan sepatutnya sesuai dengan peringkat umur mereka.

Pelajar harus mengelakkan daripada menaruh perasaan hasad dengki dengan pelajar lain. Sebarang masalah harus dirujuk kepada guru dan pihak pentadbir sekolah agar dapat diselesaikan secara adil dan saksama.

Pelajar harus mengamalkan amalan bertegur sapa dan berbudi bahasa sesama sendiri.

Pelajar harus menunjukkan wajah ceria di kawasan sekolah.

6

Page 7: PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Pelajar harus menghormati budaya dan agama pelajar lain. Pelajar harus peka terhadap sifat kelainan setiap individu dan

menghormati perbezaan ini. Pelajar harus peka dan sedar tentang hak orang lain dan sentiasa

menghormatinya. Menjaga keselamatan diri dan orang lain serta harta benda mereka

adalah tanggungjawab semua orang termasuk pelajar. Setiap pelajar haruslah melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pihak sekolah.

Pelajar harus meminta maaf sekiranya telah melakukan kesilapan sehingga menyinggung perasaan pelajar lain. Dia harus berani mengaku kesalahan dan kelemahan diri.

Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan semua pihak di sekolah terutama dalam penjagaan kebersihan, keselamatan dan keceriaan dalam kawasan sekolah.

Mengejek, mengumpat, menyumpah, menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat dengan tujuan menjatuhkan maruah dan integriti pelajar lain adalah dilarang sama sekali.

H. ADAB SEMASA PERMAINAN / AKTIVITI .

Dalam mana-mana permainan atau aktiviti, semua pelajar wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.

Setiap peserta harus datang tetap pada masanya agar aktiviti dapat dijalankan dengan lancarnya.

Setiap ahli pasukan harus berkerjasama dengan ahli yang lain demi kejayaan bersama. Mereka harus bersaingan dengan penuh semangat kesukanan.

Pihak lawan harus dihormati. Pasukan yang bertanding harus berjabat tangan dengan pihak lawan

dan mengucap selamat berjaya. Selepas setiap perlawanan, para pemain harus berjabat tangan sekali

lagi dan mengucapkan perkataan tahniah kepada mereka yang menang. Bagi mereka yang kalah harus diucapkan semoga berjaya lain kali.

Penyokong tidak boleh menghasut pemain bergaduh. Mereka harus menghormati pasukan lawan dengan tepuk sorak. Mengejek dan menghina pasukan yang kalah adalah dilarang sama sekali.

Setiap pemain harus mementingkan keselamatan pemain lain tidak boleh sama sekali bermain secara kasar atau bertindak dengan tujuan mencedera atau menipu pasukan lawan.

Para peserta aktiviti pula harus mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur selepas aktiviti selesai.

I. ADAB SESAMA MASYARAKAT.

7

Page 8: PROGRAM PEMBUDAYAAN ADAB MURID

Pelajar harus menghormati orang lain terutama sekali orang yang berpangkat atau yang lebih tua.

Pelajar harus menghulurkan bantuan kepada kaum yang lemah dan memberi keutamaan mereka seperti semasa menaiki bas atau di tempat lain.

Pelajar harus mengamalkan budaya berbaris dan tidak boleh potong queue semasa berbaris.

Pelajar harus dan mesti sanggup membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti orang miskin dan kurang upaya.

Pelajar harus mengamalkan adab sopan santun semasa menziarahi rumah orang lain atau semasa menghadiri majlis perkahwinan atau di tempat ibadat

Pelajar sebagai ahli masyarakat harus membantu menjaga harta benda awan dengan melaporkan kerosakan kepada pihak berkaitan.

Pelar juga harus dapat berkerjasama dengan pihak lain seperti polis, ambulan dan bomba terutama semasa kecemasan.

Pelajar harus memberi laluan keutamaan kepada kereta bomba dan ambulan semasa berada dijalan raya.

Jika memandu, pelajar harus mematuhi segala peraturan lalulintas termasuk memberi isyarat-isyarat yang betul agar tidak berlaku kemalangan.

Perlajar harus peka dan hormati adat, budaya agama masyarakat lain. Mereka harus sedar tentang sensitiviti kaum lain dan tidak melakukan

perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan dan konflik antara ahli masyarakat .

J. ADAB SESAMA PEMIMPIN.

Mengenali pemimpin setempat dan memberi hormat serta menegur jika terserempak dimana-mana.

Melayan pemimpin yang menjadi tetamu kehormat di sekolah dengan penuh budi bahasa serta tertib yang sesuai mengikut protokol yang sedia ada.

Para penerima harus sentiasa mengucapkan terima kasih Datuk / Datin / Yang Berhormat kepada pemimpin yang memberi sijil dan hadiah dalam majlis penyampaian apa-apa jenis sijil atau hadiah.

Menghormati dan tidak merosakkan seperti menconteng apa-apa bentuk gambar atau lambang para pemimpin negara.

Sentiasa menyebut gelaran dahulu sebelum nama pemimpin negara disebut.

Tidak menyebar fitnah, khabar angin atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mana-mana pemimpin.

8