32
CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN 1 MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 LATIHTUBI BAHASA MELAYU 1103/2 SOALAN 2(b) : PROSA MODEN (KOMPILASI SOALAN PERCUBAAN SPM KERTAS DUA TAHUN 2011) SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI KELANTAN http://cikgusazali.blogspot.com “ULI SAPA LET IT”

Prosa Moden SPM

  • Upload
    chaa2003

  • View
    1.019

  • Download
    43

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tepat dan senang digunakan

Citation preview

Page 1: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

1

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

2012

LATIHTUBI BAHASA MELAYU 1103/2

SOALAN 2(b) : PROSA MODEN

(KOMPILASI SOALAN PERCUBAAN SPM KERTAS DUA TAHUN 2011)

SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

SMK LALOH, KUALA KRAI KELANTAN

http://cikgusazali.blogspot.com

“ULI SAPA LET IT”

Page 2: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

2

LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Pagi masih lagi meredup, suram dan dingin. Dalam kepala Pak Itam, tujuh lapan khemah akan dipasang. Anak-anak Langat bolehlah menjamu selera. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput untuk menyanyikan lagu Ulek Mayang. Budak Zubir dari Pusat Kebudayaan UM juga akan datang bersama-sama gitarnya menyanyi lagu puisi. Aziz H.M. dan kumpulan teater Malininya akan mempersembahkan drama mereka. Bagi Pak Itam, makanan untuk fizikal mesti diselaraskan juga dengan makanan kerohanian. Pembangunan sosioekonomi sahaja tidak mencukupi, kiranya kita melupakan hal-hal kebudayaan, hal-hal kesenian bangsa, agama dan adat resam.

“Tempat letak kereta macam mana?” Pak Itam mendongak lagi ke muka Tuk Mat. “Semuanya beres, pak, sudah saya siapkan di tanah kosong seberang jalan!” Tuk Mat menjawab

cepat. “Aku tak mahu, kereta-kereta dan bas-bas tetamu mengganggu lalu lintas, jalan raya itu pun bukan

besar sangat!” balas Pak Itam. Dia mesti menghormati undang-undang, dia tidak mahu jalan raya jadi tersumbat kerana

kenderaan para tetamu jemputannya. Kalau kita sendiri tidak mahu menghormati undang-undang yang kita buat, siapa lagi? Bukankah dia anak Melayu pertama menjadi majistret di Malaya ini, yang ikut membubar dan mengubah suai undang-undang negara selepas Inggeris pergi.

(Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua

oleh Zahari Affandi dalam antologi Harga Remaja)

(i) Kemukakan dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya. [2 markah] (ii) Undang-undang negara perlu dihormati oleh setiap rakyat. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-

undang negara tidak dipatuhi. [3 markah] (iii) Huraikan satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan

Pak Itam dalam cerpen tersebut. [4 markah]

Page 3: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

3

SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (i) Dua persediaan Pak Itam - menyediakan lapan buah khemah tempat menjamu selera - menyediakan jamuan/makanan untuk tetamu - beberapa orang penyanyi dan kumpulan teater turut diundang untuk menghiburkan tetamu - menyediakan tempat letak kereta [maksimum 2 markah] (ii) Tiga kesan:

- Kesejahteraan hidup terjejas - Timbul perasaan tidak puas hati - Imej negara terjejas - Kadar jenayah meningkat - Rakyat hidup dalam ketakutan

[maksimum 3 markah] (iii) Perwatakan dalam petikan

- Mengambil berat. Contoh: selain menyediakan makanan, beliau telah mengundang penyanyi dan pelakon untuk menghiburkan tetamu.

- Menghormati tetamu - Pemurah - Bertanggungjawab - Prihatin

Perwatakan dalam keseluruhan cerpen - Patriotik. Contoh: Beliau sanggup dipenjarakan kerana menentang penjajah (terima mana-mana isi yang sesuai)

[maksimum 4 markah]

Page 4: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

4

LATIHAN 2 : MRSM

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tetapi dia mempunyai fikiran lain. Kalau bukan dia yang memberikan khidmat kepada ibu pertiwinya, maka siapa lagi orang lain?

Syahid tidak tahu. Biarlah. Biarlah dia lupakan dulu angan-angannya mahu menjadi seorang kekasih yang baik, isteri yang taat. Lima atau enam tahun lagi, andai kata mereka akan bertemu semula dan kalau ada jodoh. Dia tahu Syahid yang kacak itu akan mudah diapit oleh orang perempuan yang cantik, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanan. Dua puluh tahun lagi dia tentu sudah bercucu. Mungkin telah memandu sebuah motokar mewah yang diimport dan menjadi pengarah yang terkenal. Mungkin dia tidak kenal lagi dengan Mellisa yang memandu motokar tua, ekzosnya menyembur keluar asap kotor.

Dia sayang kepada negara ini, bangsa ini. Walaupun dia lahir di luar negara tetapi dia

warganegaranya. Dia besar dan bersekolah di sini. Baginya, dia tidak akan dapat hidup di negara lain biar bagaimana mewah dan maju sekalipun. Dia tidak akan dapat hidup di negeri China, walaupun dia berbangsa Cina, berkebudayaan Cina dan leluhurnya dahulu berasal dari Guangdong. Iklim di sana berbeza. Cara hidup di sana berbeza. Cara berfikirnya berbeza.

Sebelum dia mati, dia hanya ingin melihat negara dan rakyat negara ini hidup dalam aman dan

damai. Semua suku kaum hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka dan berjaya. Peristiwa hitam 13 Mei itu tidak berulang lagi. Dia lalu memeluk dengan erat kekasihnya yang sejati, M16.

(Dipetik daripada cerpen 'Mellisa' oleh Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan perkara-perkara yang diinginkan oleh Mellisa. [2 markah] (ii) Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja

menyertai pasukan keselamatan negara? (3 markah] (iii) Huraikan satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain

daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Page 5: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

5

SKEMA MRSM (i) Perkara yang diinginkan oleh Mellisa ....

- berkhidmat kepada ibu pertiwi/negara - negara dan rakyat negara ini hidup aman dan damai - semua suku kaum hidup dalam harmoni dalam sebagai

bangsa merdeka dan berjaya - peristiwa hitam 13 Mei tidak akan berulang

(ii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menarik minat remaja menyertai

pasukan keselamatan negara .... - Pihak keselamatan negara seperti polis atau tentera

menyampaikan penerangan yang terperinci kepada remaja - Membuat promosi / iklan / kempen di media cetak atau media elektronik - Pihak sekolah atau IPTA/IPTS mewajibkan penyertaan

pelajar sekolah dalam badan beruniform seperti polis, tentera dan JPA - Majikan memberi peluang anggota keselamatan untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi - Dorongan daripada ibu bapa - Kerajaan menyediakan gaji / elaun / kemudahan / insentif yang lebih baik

(iii) Satu perwatakan Mellisa yang terdapat dalam petikan ...

- Patriotik Beliau sanggup berkorban untuk menjadi anggota pasukan keselamatan negara dengan melepaskan cinta dan kerjayanya.

- Merendah diri

Mellisa menjangkakan dia hanya memandu motokar tua berbanding dengan Syahid yang mungkin memandu motokar mewah jika mereka berjumpa 20 tahun lagi.

- Berpendirian tegas

Dia sanggup melupakan hasrat untuk berumah tangga demi mengejar cita-citanya untuk menjadi askar. Satu perwatakan Mellisa yang tidak terdapat dalam petikan ...

- Penyayang Dia sentiasa teringat segala peristiwa yang dilalui bersama-sama sahabatnya Hisyam sejak mereka kecil

- Perahsia

Mellisa merahsiakan perasaan suka akan Syahid daripada pengetahuan rakan sekerjanya iaitu Farid.@ Mellisa merahsiakan keinginannya untuk berkhidmat kepada negara daripada pengetahuan Syahid.

- Gigih/Rajin/Tekun

Membuat kajian dan penyelidikan semasa menyiapkan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda

- Setia Cinta Mellisa hanya pada Hisyam walaupun Hisyam sudah lama meninggal dunia.

- Bijak

Mellisa melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Page 6: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

6

LATIHAN 3 : MPSM MELAKA Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam keadaan kami diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa, tiba-tiba Pak Husain menjongol dalam lingkungan kami di Kampung Dal. Tiap-tiap kami bagai melingkungi ahli silap mata. Kehadiran Pak Husain juga menakjubkan. Tiap-tiap kami berasa bahawa kehadirannya bersama-sama cerita yang dibawanya. tanpa disedarinya telah memanjatkan gelaran 'pahlawan' kepadanya. Ccritanya begini:

Waktu kami akan berangkat meninggalkan pangkalan, Pak Husain dalam perjalanan kerana memeriksa barang-barang rumahnya. Dengan tiba-tiba dia dicegat oleh dua orang tentera Jepun. Rupa-rupanya Jepun itu boleh berbahasa Melayu. Dia kenal orang Melayu. Dengan senapangnya, dia memaksa Pak Husain menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati. Ketika beberapa orang Jepun itu mahu mencari orang kampung, Pak Husain menyatakan semuanya sudah lari. Sekaliannya sudah pindah. Akibat daripada sikapnya yang berani itu, Jepun tidak turun ke pangkalan. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar. Mayat-mayat yang berpuluh-puluh (di Pantai Pak Amat sahaja) dikuburkan beramai-ramai. Dia bekerja sehari suntuk. Darah menyimbah ke seluruh badannya. Dia seorang diri. Hingga menjelang senja (dia pun diberi makan biskut dan air oleh tentera Jepun), dia meminta kepada tentera yang pandai berbahasa Melayu itu, mahu membuang air besar, Ketika itulah dia mengambil peluang untuk melarikan. Pak Husain menyeberangi sungai ke Tuk Lukup. Dari Tuk Lukup dia berjalan kaki ke Sungai Gali.

(Dipetik daripada 'Pahlawan Buntung' oleh S.Othman Kelantan.

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berdasarkan petikan, apakah arahan yang diberikan oleh tentera Jepun kepada Pak Husain? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang bergelar pahlawan. [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

Page 7: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

7

SKEMA MELAKA (i) Arahan tentera Jepun: - menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati - dipaksa menggali kubur besar [maksimum 2 markah] (ii) Ciri-ciri: - berani untuk mempertahankan hak - bijak dalam mengatur strategi - sesuatu tindakan diambil secara rasional - tidak pernah berputus asa [maksimum 3 markah] (iii) Nilai kemanusiaan dalam petikan: - Keberanian. Contoh: Pak Husain berani melarikan diri daripada tawanan tentera Jepun

- Bertanggungjawab. Contoh: Pak Husain bertanggungjawab melindungi orang-orang kampung daripada tentera Jepun.

Nilai kemanusiaan dalam cerpen:

- Kasih sayang. Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain ketika mereka berpindah.

- Patriotisme. Contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

[maksimum 4 markah]

Page 8: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

8

LATIHAN 4 : MPSM JOHOR Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu titik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhimya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berfiku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengallr di bawah bersama ikan yang cergas.

Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak

boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.

lbu juga bergerak di mana sahaja dla berada. Kalau di baruh, lbulah yang menajak dan menyisir

selut. lbulah yang pikul gemal dan tanam benih·benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pemah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung masuk jelapang.

Ceper pun serupa. Ia memancutkan aimya begitu deras bagaikan anak panah yang baru sahaja

lepas dari busumya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya rnatanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

(Dipetik daripadacerpen 'lbu dan Ceper'

oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan bukti-bukti yang menunjukkan kesibukan ibu dalam petikan di atas.

[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan kasih sayang anak terhadap ibu. Nyatakan tiga cara tersebut.

[3 markah]

(iii) Nyatakan satu pengajaran dalam petikan cerpen di atas dan tiga pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.

[4 markah]

Page 9: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

9

SKEMA JOHOR (i) Bukti kesibukan ibu: - ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari - ibu menajak menyisir selut di baruh - ibu memikul gemal dan menanam benih-benih - ibu mengejar burung apabila padi menguning - ibu menuai padi apabila padi masak [maksimum 2 markah] (ii) Cara-cara: - memberikan perhatian/kasih sayang - membantu membuat kerja-kerja di rumah - membawa ibu pergi melancong/mengerjakan haji/umrah - memberikan hadiah/belanja makan sempena hari ibu/ulang tahun - tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyakiti/menyinggung perasaan ibu - sering menghubungi/menelefon/sms - menziarahi/melawat/berkunjung ke rumah [maksimum 3 markah] (iii) Pengajaran dalam petikan: - kita mestilah rajin/gigih berusaha mencari rezeki dalam kehidupan - kita hendaklah mencintai/menghargai sungai Pengajaran dalam cerpen: - kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga - kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah membesarkan kita - setiap manusia mestilah tabah menghadapi dugaan hidup

- kita hendaklah mengelakkan perbuatan yang boleh mencemarkan alam semula jadi/sungai

[maksimum 4 markah]

Page 10: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

10

LATIHAN 5 : MPSM PERLIS

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Semua askar Punjabi mati. Kubu Kuala Pak Amat jatuh. Juga di Dasar dan Sabak. Jepun berada di mana-mana."

Suara Pak Husain sangat lemah. Dia sudah dimandikan oleh Mak Bidah. Darahnya sudah dicuci. Tetapi semangat Pak Husain sudah hilang. Dia menjadi takut-takut. Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun. Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya. Kwong yang menyerobot ke dalam perasaan Pak Husain sangat membimbangkan kami. Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain. Dia mesti dijaga. Dia yang bertanggungjawab datam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkatan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah!

Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar, di Kemumin, di Pancur, di Pualu Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat. Pak Husain telah menyetamatkan kamil

(Dipetik daripada 'Pahlawan Buntung'

oleh S.Othman Kelantan datam antologi Dirgahayu "Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) . Apakah kesan yang dialami oleh Pak Husain setelah dia dipaksa menguburkan mayat-mayat

tentera dan orang mati? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membalas jasa pejuang kemerdekaan negara seperti Pak Husain?

[4 markah]

(iii) Huraikan satu nilai berdasarkan petikan cerpen di atas dan dua nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

[3 markah]

Page 11: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

11

SKEMA PERLIS (i) Kesan yang dialami: - suara Pak Husain sangat lemah - semangat Pak Husain sudah hilang - dia menjadi takut-takut - dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun [maksimum 2 markah] (ii) Usaha-usaha: - membuat kajian tentang sejarah perjuangan - menjemput pejuang kemerdekaan ke sekolah semasa sambutan merdeka - menziarahi pejuang sebagai tanda penghargaan - mengadakan khidmat sosial untuk membantu pejuang [maksimum 3 markah] (iii) Nilai dalam petikan:

- Bertanggungjawab. Contoh: Pak Husain bertanggungjawab melindungi orang-orang kampung daripada tentera Jepun.

Nilai dalam cerpen:

- Kasih sayang. Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain ketika mereka berpindah.

- Patriotisme. Contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

[maksimum 4 markah]

Page 12: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

12

LATIHAN 6 : MPSM SABAH

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kucintai Sungai Ceper sama seperti kucintai ibu. Ia bermula dari satu titik air dan kemudian berkembang menjadi besar dan akhirnya membentuk dirinya sebagai sebuah sungai yang panjang berliku-liku membawa kejernihan yang benar-benar sejahtera dengan arus yang kuat mendukung ketenteraman. Pasir-pasir yang berbiji halus, batu-batu kerikil yang berkilat mengalir di bawah bersama ikan yang cergas.

Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki lubuk-lubuk yang dalam.

Ibu juga bergerak di mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah yang menajak dan menyisir selut. Ibulah yang pikul gemal dan tanam benih-benih itu dengan tulang empat kerat ibu yang tidak pernah tidak bermaya itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.

Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama ikan-ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

(Dipetik daripada “Ibu dan Ceper” oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan bukti-bukti ibu seorang yang tidak boleh duduk diam? [2 markah]

(ii) Bagaimanakah cara untuk meningkatkan taraf hidup pesawah? Berikan tiga cadangan anda. [3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan ibu yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Page 13: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

13

SKEMA SABAH (i) Bukti-bukti ibu seorang yang tidak boleh duduk diam

- Ibu sentiasa bergerak di mana-mana sahaja dia berada. - Ibulah yang menajak dan menyisir selut ketika di baruh. - Ibulah yang memikul gemal dan menanam benih-benih itu. - Ibulah yang mengejar burung apabila padi menguning.

- Ibu jugalah yang menuai apabila padi masak.

(ii) Cara meningkatkan taraf hidup pesawah - Memberikan pinjaman/ bantuan kewangan untuk membeli jentera pertanian moden.

- Memberi kursus tentang kaedah penggunaan jentera moden - Menubuhkan koperasi untuk membeli padi dengan harga berpatutan - Membina tali air untuk mengairi sawah padi - Mewujudkan penanaman padi secara berkelompok - Memberikan subsidi (baja, biji benih, racun perosak dll)

(iii) Satu perwatakan ibu dalam petikan

- Seorang yang rajin bekerja, contohnya: Ibu rajin mengerjakan sawah. - Seorang yang kuat , contohnya: Ibu mampu memikul dan menjunjung gemal padi masuk

ke jelapang. Satu perwatakan ibu daripada keseluruhan cerpen:

- Seorang yang cekap bekerja, contohnya: Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga Maghrib/ ibu melakukan hampir semua jenis kerja.

- Seorang yang mengamalkan cara hidup bermasyarakat, contohnya: Ibu tidak lupa menghadiri kenduri-kendara di kampung dan menziarahi orang yang meninggal dunia.

- Seorang yang kuat semangat / tabah, contohnya: Ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawah semula walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir.

Page 14: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

14

LATIHAN 7 : MPSM KELANTAN

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Biar aku tinggal sahaja di samudera itu. Ia bukan milik sesiapa.” Mir terus sahaja bersuara. Matanya tetap merenung jauh. Pandangan itu menjangkau angin, bukit dan pokok-pokok hijau di kampus itu. Dia seperti ternampak susuk tubuh kurus ayah meredah gelombang samudera itu. Samudera itulah yang bergulat dalam diri ayah sejak dulu. Sekarang pun, samudera itulah juga yang wujud dalam diri ayah. Ya. Sekarang pun. “Ayah tidak boleh dipisahkan daripada samudera itu. Ayah ialah samudera, Samudera ialah ayah.” Mulut Mir terus sahaja terkumat-kumit. Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanya menjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik kepada Mir.

(Dipetik daripada ‘Biarkan Samudera’ Oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah reaksi Hakimah setelah mendengar kata-kata Mir berdasarkan petikan di atas? [3 markah] (ii) Sebagai sahabat, apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya sahabat anda mengalami

masalah hilang keyakinan diri? [3 markah] (iii) Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang terdapat

dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Page 15: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

15

SKEMA KELANTAN (i) Reaksi - mengeluh - memeluk bahu Mir - ada kengiluan mengalir dalam diri/merasakan kesedihan Mir - memikirkan Mir harus diselamatkan [maksimum 2 markah] (ii) Tindakan yang perlu diambil - mendengar masalah/memberikan nasihat - bawa berjumpa dengan pakar/kaunseling/guru - mengajak mendekatkan diri kepada Tuhan/mendengar kuliah/ceramah agama - mengajaknya beriadah/berhibur - melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong/rakan muda - mengikuti kursus motivasi/kem bina semangat/PLKN [maksimum 3 markah] (iii) Persoalan dalam petikan - peranan seorang sahabat - sikap seorang yang mudah berputus asa Persoalan dalam keseluruhan cerpen - kemiskinan para nelayan - keikhlasan dalam persahabatan - keinsafan untuk mendekati ajaran agama - kepentingan menjaga alam sekitar (terima mana-mana persoalan yang munasabah) [maksimum 4 markah]

Page 16: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

16

LATIHAN 8 : MPSM PERAK

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. ONN:

Itu saya tahu Fatimah, janganlah kamu ingkar Berikan saja surat ini janganlah kamu gentar Kalau dia bertanya, katakan saya yang hantar Saya tak peduli pegawai Inggeris, menteri atau orang besar.

FATIMAH mengambil surat itu dan pergi. KORUS masuk lalu menyanyi dan menari beramai-ramai KORUS:

Kita harus berterus terang Itu tanda seorang pahlawan Jangan gentar buktikan kebenaran Barulah kita anak jantan.

ONN menyanyi. ONN:

Anak Melayu mesti berani Tunjukkan sikap berjiwa murni Menegur bukan erti melawan Kita sekadar berterus terang.

D.J CAMPBELL dan MAXWELL masuk. D.J CAMPBELL: Onn, saya mahu jumpa awak sekejap. Apa ini surat yang awak tulis kepada kami? Awak sudah menentang pentadbiran Inggeris.

Masuk lagu 15. ONN menyanyi. ONN:

Apa kamu kata, saya melawan? Surat itu hanya sebagai penerangan Saya bukan bekerja dengan tuan Saya rakyat baginda Sultan.

Page 17: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

17

ONN dan KORUS: Anak negeri patut diberi Hak untuk bersuara Jangan ditindas sesuka hati Marah kami membara.

Sudah sampai saat ketika Kamu lepaskan kuasa Negeri ini patut diperintah Dengan bebas merdeka.

(Dipetik daripada

Drama ‘Dato Onn’ oleh Othman Haji Zainuddin

dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan penjelasan yang diberikan oleh Onn kepada D.J Campbell tentang surat yang

diberikannya. [3 markah] (ii) Sebagai seorang warganegara, kemukakan cadangan-cadangan anda untuk mengekalkan

kemerdekaan negara? [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama dan satu persoalan lain daripada

drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [3 markah]

Page 18: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

18

SKEMA PERAK (i) Penjelasan: - sebagai penerangan kepada Inggeris bahawa beliau bukan bekerja dengan Inggeris - beliau ialah rakyat baginda Sultan - anak negeri/rakyat patut diberi hak bersuara

- anak negeri/rakyat tidak boleh ditindas sesuka hati kerana kemarahan mereka boleh memuncak

- meminta Inggeris melepaskan kuasanya/berundur - negeri ini patut diperintah dengan bebas dan merdeka [maksimum 2 markah]

(ii) Cadangan: - taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap negara/para pemimpin - berusaha mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat - sanggup berkorban demi negara - sedia mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman - menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran/semua negara - melengkapkan golongan remaja/belia dengan latihan ketenteraan [maksimum 3 markah] (iii) Satu persoalan dalam petikan

- Ketegasan pendirian. Contoh: Onn dengan tegas meminta Fatimah menghantar surat kepada Inggeris dan jangan ingkar.

- Patriotisme atau cinta akan bangsa dan agama. Contoh: Onn menyeru rakyat agar berani menentang penjajahan.

- Keberanian menentang/mengkritik Inggeris. Contoh: Onn berani menulis surat kepada ketuanya D.J Cambell supaya orang Inggeris berundur dari sini/supaya bangsa Melayu tidak ditindas.

Satu persoalan lain dalam drama:

- Kesedaran untuk membangkitkan semangat rakyat. Contoh: Dato’ Onn melalui akhbar Warta Malaya cuba membangkitkan kesedaran orang ramai untuk menentang penjajah.

- Ketabahan menghadapi dugaan. Contoh: Dato’ Onn tabah menjalani kehidupan sebagai nelayan selepas dibuang kerja sebagai Pegawai Pemungut Cukai.

- Persengketaan antara kaum tidak membawa kebaikan. Contoh: Persengketaan antara Melayu dan Cina hanya merugikan negara dan menyulitkan usaha untuk mencapai kemerdekaan.

- Mempertahankan hubungan kekeluargaan. Contoh: Onn berkahwin dengan Halimah, balu adiknya bagi memastikan hubungan kekeluargaan tidak terputus.

[maksimum 4 markah]

Page 19: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

19

LATIHAN 9 : MPSM KEDAH

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Hantarkan ke rumah kanak-kanak cacat. Buat susah-susah mak pelihara si Pungut tu, apa dapat? Kalau anak orang lain, dah besar dah boleh kerja, dah boleh batu bayar duit air, duit api.” Pilu hati MakTimah mendengar pendapat anak lelakinya tentang Pungut. Mak Timah hairan dengan sikap orang sekarang. Semuanya mengira duit, semuanya mahu untung, tidak mahu rugi. Pelihara anak mahu balasan. Orang sekarang, fikir Mak Timah, tidak seperti orang dahulu, memelihara anak ikhlas, menolong orang ikhlas, kerana Allah. Entahlah apa hendak jadi dengan orang sekarang ini? Setiap kali anak lelakinya mengeluarkan cadangan untuk menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat, Mak Timah akan menjawab, “Bila aku dah mati nanti, hantarlah dia ke mana kausuka, apabila aku dah tak ada nanti. Selagi aku hidup ini, biarlah aku pelihara, selagi aku masih terlarat. Dah dua puluh empat tahun pun aku pelihara dia, kalau kucing pun orang sayang, inikan pulak manusia. Aku hanya minta pada Tuhan biarlah Pungut mati dulu sebelum aku mati, biar dia tak susahkan kauorang lagi.” Itulah jawapan Mak Timah apabila terjadi pertengkaran dengan anak lelakinya. Anak lelakinya akan diam, tidak memberi sebarang cadangan apabila Mak Timah menyebut tentang mati.

(Dipetik daripada ‘Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong’ Oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah anak-anak Mak Timah mencadangkan Pungut dihantar ke rumah kanak-kanak

cacat? [3 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah nilai kemanusiaan semakin terhakis dalam masyarakat

sekarang? [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada cerpen

tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [3 markah]

Page 20: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

20

SKEMA KEDAH (i) Sebab - kehidupannya menyusahkan keluarga - tidak menguntungkan - tidak mendatangkan faedah - membebankan keluarga - tidak dapat membantu keluarga dari segi kewangan [maksimum 3 markah] (ii) Sebab - perasaan kasih sayang sesama insan semakin luntur - bersifat individualistik - enggan menanggung beban - terlalu mementingkan kebendaan - asas didikan agama kurang mantap - sikap prejudis/buruk sangka terhadap orang lain [maksimum 3 markah] (iii) Persoalan dalam petikan - keikhlasan menjaga anak istimewa Kerelaan Mak Timah menjaga Pungut walaupun dia telah tua dan tidak sihat - kasih sayang yang tidak terbatas sesama insan Mak Timah (Melayu) sanggup dan rela memelihara Pungut daripada keturunan China Persoalan yang tidak terdapat dalam petikan - ketabahan menjalankan tanggungjawab yang berat Mak Timah tetap menjaga Pungut walaupun dia telah tua dan tidak sihat - kepincangan masyarakat dalam hal menguruskan anak istimewa Siew Lan tidak mahu anak cacat dan hendak membuangnya. - kepercayaan tahyul dalam meramal masa depan Mak Timah berjumpa Bomoh Dollah untuk mengetahui sebab Pungut terkenan patung [maksimum 3 markah]

Page 21: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

21

LATIHAN 10 : MPSM NEGERI SEMBILAN

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bersarang perasaan geramnya di dalam hati apabila Israk beredar. Lagak Israk menewaskan lagak orang berlagak. Dia masih belum sedar daripada mimpinya. Agaknya kalau ditimpa musibah baru dia akan sedar. Sudah terhantuk baru tengadah. Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitam sahaja. Israk mencebik. “TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir. Dengan sopan kerusi ditolak ke bawah. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4 m x 6 m itu. Mata bundarnysa memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong. “Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!” Israk melemparkan pandangan ke luar jendela. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengejinya. Dia mengetap bibir. “Abang, kalau tanpa Wah, pa tidak lahir ke dunia. Sekali gus kita berdua pun tidak melihat dunia seperti sekarang.” “Teori pembiakan manusia itu abang sudah tahu. Tak perlu diajar lagi!” “Ini peluang bagi abang ... rebutlah. Jangan pula abang menyesal kemudian hari.”

(Dipetik daripada ‘Israk’ oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan dua perlakuan Israk yang menggambarkan dia tidak selesa berada di rumah neneknya. [3 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang ketika berada di rumah orang? [3 markah] (iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada

cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [3 markah]

Page 22: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

22

SKEMA NEGERI SEMBILAN (i) Dua perlakuan Israk - mencebik - meninggikan suara - berjalan mundar-mandir - mengetap bibir [maksimum 3 markah] (ii) Pendapat - menghormati tuan rumah - bercakap dengan nada dan suara yang sopan - memelihara tingkah laku - menjaga pandangan - tidak bertanyakan perkara yang boleh menyinggung perasaan tuan rumah [maksimum 3 markah] (iii) Satu pengajaran dalam petikan - sikap sombong dan ego janganlah menjadi amalan Israk memperlihatkan sikap sombongnya semasa berada di rumah neneknya di kampung - kita mestilah menjaga tingkah laku apabila berada di rumah orang Mikraj menolak kerusi ke bawah meja dengan sopan semasa berada di rumah neneknya - kita mestilah bertanggungjawab menegur kesalahan orang lain Mikraj bertanggungjawab menegur perlakuan Israk yang sombong dan berlagak Satu pengajaran dalam cerpen - kita mestilah bijak menyesuaikan diri di tempat baharu

Oleh sebab sudah biasa hidup di bandar, Israk berasa tidak selesa semasa berada di kampung

[maksimum 3 markah]

Page 23: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

23

LATIHAN 11 : MPSM SELANGOR

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dia emak kamu, emak yang mengandungkan kamu sembilan bulan 10 hari. Ke hulu ke hilir dikendong kamu dalam perutnya. Susu tubuhnya yang membesarkan kamu. Emak yang menjaga dan mendidik kamu daripada tapak kaki kamu selebar dua jari. Inikah cara kamu membalas budi emak kamu itu? Kalau kita ciskan emak kita sudah berdosa, ini apatah lagi. Sabariah, Sabariah. Mak Jah kamu turut rasa kecewa dengan sikap kamu tadi. Sebab itu dia tidak singgah sini. Dia tidak sanggup hendak singgah tadi. Dia kecewa dengan sikap kamu. Bahasa yang kamu gunakan pada emak kamu tidak sesuai. Yang kamu ingat kepentingan kamu saja. Inikah balasan kepada orang yang sudah jadikan kamu engineer, arkitek, manager? Ya Allah ... ingat Sabariah, mulut emak kita masin. Sumpahnya dimakbulkan Tuhan. Merana hidup sepanjang hayat. Percayalah ... Tuhan tidak zalim, dikurniakan emak dan bapa kamu seorang anak angkat yang sangat baik, supaya dapat kamu jadikan iktibar. Sani tahu dirinya siapa. Dia sedar, dia menumpang kasih emak bapa orang. Ditatangnya emak dan bapa kamu, macam menatang minyak yang penuh. Dia tahu cara hendak balas jasa orang yang pelihara dia.

(Dipetik daripada ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’ oleh Suriani Mohd Yusof dalam antologi Dirgahayu Bahasaku

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan pengorbanan ibu terhadap anaknya seperti yang terdapat dalam petikan cerpen. [2 markah] (ii) Berikan empat cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa. [4 markah] (iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran daripada

keseluruhan drama. [3 markah]

Page 24: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

24

SKEMA SELANGOR (i) Pengorbanan ibu: - mengandungkan anak sembilan bulan 10 hari - susu tubuhnya yang membesarkan anak - menjaga dan mendidik anak daripada tapak kaki selebar dua jari [maksimum 2 markah] (ii) Empat cara: - memberikan perhatian/kasih sayang - membantu membuat kerja-kerja di rumah - membawa ibu pergi melancong/mengerjakan haji/umrah - memberikan hadiah/belanja makan sempena hari ibu/ulang tahun - tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyakiti/menyinggung perasaan ibu - sering menghubungi/menelefon/sms - menziarahi/melawat/berkunjung ke rumah [maksimum 4 markah] (iii) Satu pengajaran dalam petikan:

- Kita janganlah lupa akan pengorbanan ibu. Contoh: Sabariah tidak sepatutnya melupai akan pengorbanan ibunya.

- Kita mestilah membalas budi baik orang lain. Contoh: Sani membalas budi emak dan bapa Sabariah meskipun mereka bukan ibu dan bapa kandungnya.

Dua pengajaran dalam drama:

- Kita perlu bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki. Contoh: Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

- Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Contoh: Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.

[maksimum 3 markah]

Page 25: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

25

LATIHAN 12 : MPSM TERENGGANU

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SHAHRUL : Huh, mari kejap...!(SANI datang kepadanya). Uhhhh, beginilah! Abang terpaksa balik petang, err

malam ini. Esok abang sudah mula kerja, Sani. SANI : Abang, buat apa abang cakap dengan Sani? Abang alang beritahu emaklah. SHAHRUL : (Resah) Itulah yang menjadi masalahnya. Usahkan aku hendak cakap fasal balik, cakap pun dia

tidak mahu. Hanya berzikir, berdoa, sebut nama bapa dan sebut Tuhan. Macam mana aku hendak beritahu dia?

SANI : Abang alang beritahu Sani, Sani hendak buat apa? Sama juga macam abang tak cakap dengan emak.

SHAHRUL : Tetapi, sekurang-kurangnya emak masih mahu cakap dengan engkau. SANI : Emak cuma cakap yang perlu saja, abang. Pukul berapa? Sudah masuk waktu atau belum? Hari

ini hari apa? Ada bapa engkau balik? Itu saja. SHAHRUL : Yang aku pelik, ini sudah hari ketiga bapa hilang. Sudah puas penyelamat survey muka laut, cari

ke pulau-pulau berdekatan tetapi masih tak jumpa mayat bapa. Kau suruh emak terima saja hakikat ini. Buat sembahyang ghaib, buat kenduri arwah. Habis cerita. Bukankah senang?

SANI : (Senyum sinis) Abang alang ... maafkan Sani. Abang tak patut luahkan ini pada Sani. Pertama, abang alang lebih dewasa daripada Sani. Kedua, abang alang belum ada apa-apa tanggungjawab. Apa salahnya kalau abang tinggal lama sedikit dengan emak. Tunggu sampai kita tahu keputusannya. (melafazkan dengan tenang)

SHAHRUL : (Mula meninggikan suara) Ohhh, engkau ingat, bank di Kuala Lumpur itu, bank aku? Kalau diberhentikan, macam mana?

SANI : Macam yang Sani katakan tadi. SHAHRUL : Kata apa? SANI : Abang alang berpelajaran tinggi. Graduan dan belum berumah tangga. Graduan abang! Nak

takut apa?. SHAHRUL : (Marah) Sani, engkau ingat cari kerja di Kuala Lumpur itu macam orang pasang pukat udang di

laut, ya? Tak banyak, sikit mesti ada yang sangkut? Engkau tahu atau tidak, berapa ribu graduan-graduan yang sedang menganggur sekarang ini? Tahu?

(Dipetik daripada ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’ oleh Suriani Mohd Yusof

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Sani beranggapan bahawa Shahrul tidak patut meluahkan perasaan yang terbuku di

hatinya?. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya pengangguran dalam

kalangan siswazah di negara ini? [4 markah] (iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan dua lagi nilai murni daripada

keseluruhan drama ini. [3 markah]

Page 26: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

26

SKEMA TERENGGANU (i) Sebab - Shahrul lebih dewasa daripadanya - Shahrul belum ada apa-apa tanggungjawab - Shahrul berpelajaran tinggi/graduan universiti [maksimum 2 markah] (ii) Punca: - sikap memilih pekerjaan dalam kalangan siswazah - berlaku lambakan siswazah dalam satu-satu jurusan pengajian di pasaran

- banyak syarikat/firma swasta mengutamakan pekerja yang berkemahiran dan sudah berpengalaman

- saingan daripada pekerja/tenaga kerja asing - banyak majikan lebih cenderung mengambil tenaga kerja asing yang lebih rendah kadar

upahnya [maksimum 4 markah] (iii) Satu nilai murni dalam petikan

- Kejujuran. Contoh: Sani secara jujur membidas sikap tidak bertanggungjawab abang alangnya itu yang hanya mementingkan diri sendiri.

- Tanggungjawab. Contoh: Sani meminta abang alangnya menangguhkan kepulangannya ke Kuala Lumpur sehingga ayah mereka yang hilang di laut ditemui.

- Keberanian. Contoh: Sani menyuarakan pendapatnya agar Shahrul berani membuat keputusan yang sewajarnya tanpa dibayangi kerisauan yang bersarang di hatinya.

Dua nilai murni dalam drama

- Kasih sayang. Contoh: Sani amat menyayangi Jimah dan Pak Jumaat walaupun mereka hanya ibu dan bapa angkatnya sahaja.

- Baik hati. Contohnya: Sebagai jiran, Pak Man telah memberikan sedikit hasil tangkapannya pada hari itu kepada Sani

- Mengenang budi. Contoh: Sebagai anak, Sani dan isterinya Wan Malini pulang menziarahi ibu dan bapanya di kampung pada setiap hujung minggu

- Kesabaran. Contohnya, Jimah sabar menunggu kepulangan suaminya Jumaat di tepi pantai dengan harapan suaminya pulang dalam keadaan selamat.

[maksimum 3 markah]

Page 27: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

27

LATIHAN 13 : MPSM PULAU PINANG

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SALMAH : Mengapa memilih Malaysia? MU II : Malaysia kami pilih kerana mempunyai beberapa potensi yang boleh dimajukan untuk

dijadikan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat..

CHANDRAN : Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan potensi yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami belum lagi mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap keadaan dalam negara ini adalah terkawal dan membanggakan.

MU I : Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model..

CHONG : Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.

SALMAH : Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan..

CHANDRAN : Kami juga mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia.

(Dipetik daripada Drama ‘Forum Remaja 2020’

oleh Syarif Shaary, dalam Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Salmah, Chandran, dan Chong begitu yakin bahawa Malaysia mampu untuk menjadi

sebuah negara model?. [2 markah] (ii) Pada pandangan anda, selain untuk mewujudkan integrasi nasional, apakah kepentingan bahasa

kebangsaan dalam masyarakat berbilang kaum? [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat

dalam keseluruhan drama. [4 markah]

Page 28: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

28

SKEMA PULAU PINANG (i) Sebab: - mempunyai kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model

- mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional

- mempunyai satu agama rasmi, sementara agama lain dibenarkan untuk dipraktikkan - mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara hidup masyarakat

Malaysia [maksimum 2 markah] (ii) Kepentingan: - memudahkan komunikasi antara rakyat berbilang kaum - meningkatkan persefahaman antara kaum - mengukuhkan jati diri rakyat - menggalakkan kerjasama antara kaum [maksimum 3 markah] (iii) Satu persoalan dalam petikan:

- Semangat cinta akan tanah air. Contoh: Salmah, Chandran dan Chong mempertahankan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara model dunia

- Integrasi nasional. Contoh: Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang diikat dengan satu bahasa kebangsaan, satu kebudayaan nasional, dan satu agama rasmi

- Malaysia sebagai negara model dunia. Contoh: Malaysia dikatakan berpotensi dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.

Satu persoalan dalam drama:

- Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Contoh: Generasi muda perlu memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi untuk membina sebuah tamadun bangsa.

- Kepentingan penghayatan nilai keagamaan. Contoh: Salmah, Chandran dan Chong berbincang tentang pentingnya nilai keagamaan dihayati untuk mengelakkan kelonggaran nilai agama dan kemerosotan moral

[maksimum 4 markah]

Page 29: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

29

LATIHAN 14 : MPSM PAHANG

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.

Sebelum itu ibu tidak pernah berleter apa-apa, malah ibu bagai takut pada bapa yang telah menjadi kaki burung ketitir itu hingga semua hal rumah dan keluarga diserahkan bulat-bulat kepada ibu. Tetapi siang itu, sebelum bapa melangkah pergi bersama-sama denak rajanya, ibu menjerit. Nyaring betul suara ibu.

“Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ni!”

Mungkin suara ibu macam suara air Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkah perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing.

Aku masih ingat lagi. Bapa dengan mudah sangkut kembali sarang denaknya ke paku di conggoh dan terus randuk banjir masuk ke dalam petak baruh untuk menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap. Tetapi bapa tidak boleh buat apa-apa juga. Himbauan air Ceper kuat sangat sehingga bapa sendiri beberapa kali terkial-kial jatuh.

Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak buah kampung kami menjadi papa kedana tahun ini. Bapa kemudian kembali kepada ketitir juga, tetapi setiap kali bapa pulang dari rimba belantara berdenak burung, bapa pulang membawa gadung seguni dua. Tahun ini kami makan gadung itulah kerana padi habis jahanam kerana sungai Ceper betul-betul mengamuk.

(Dipetik daripada “Ibu dan Ceper” oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan perkara yang diingati oleh penulis yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda jelaskan peranan yang boleh dilakukan oleh remaja dalam membalas jasa ibu mereka. [3 markah]

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Page 30: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

30

SKEMA PAHANG Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen

(i) - Ibu mengamuk marah kepada Ceper kerana padi buntingnya matin lemas. - Ibu menjerit kepada bapa kerana sejak pagi naik ke bukit berdenak ketitir. - Bapa menyangkut kembali sarang denaknya ke paku dan terus menolong ibu di sawah.

(ii) Peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam membalas jasa ibu mereka.

- Taat kepada ibu / dengar nasihat / tidak berkasar - Sentiasa menghubungi ibu ketika berjauhan. - Mengirimkan wang setiap bulan / menyediakan keperluan ibu.

- Menghantar ibu menunaikan fardhu haji / umrah. - menyediakan tempat tinggal yang selesa

. (iii) Satu nilai kemanusian dalam petikan cerpen.:

- Tanggungjawab. Contoh : Bapa tidak bertanggungjawab terhadap keluarga iaitu selalu meninggalkan rumah untuk berdenak ketitir.

- Kegigihan. Contoh. Berusaha menyelamatkan padi buntingnya daripada ditenggelami air.

Satu nilai kemanusiaan yang tidak terdapat dalam petikan.

- kasih sayang. Contoh : Penulis sanggup memangku ibunya yang lumpuh ketika ibunya itu hendak membuang air.

- Kerajinan Contoh. Ibu rajin mengerjakan sawah / menolong orang kampung / mengendalikan kenduri.

Page 31: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

31

LATIHAN 15 : MPSM SARAWAK

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. TUK WALI : (Merenung muka Ripin) Aku ni dah tua. Mariam, Ripin! Tak daya aku nak berkuat macam

dulu. RIPIN : Kalau wak penat, biar kami yang mengajar! Tapi, kami mau wak ada dalam gelanggang. MARIAM : Betul tu! Kami masih perlu bimbingan wak dalam gelanggang ini! TUK WALI : Aku berfikir, ada baiknya juga kalau engkau berdua ambil alih tempat aku. Teruskanlah

gelanggang ini. Aku dah tak daya lagi, Ripin. RIPIN : Mariam, saya tak taulah! Tapi, saya sendiri memang tak sanggup, wak! Saya belum

bersedia. MARIAM : Kalau Abang Ripin dah tak sanggup, apa pulak saya, tapi, kenapa tiba-tiba saja wak tak

mau mengajar? Mesti ada silap do mana-mana ni! Kalau saya yang buat salah, saya minta maaf, wak. Orang muda kadang-kadang terlanjur bila bergurau. Saya minta maaf, wak!

RIPIN : Saya pun macam tu juga! Kalau ada tingkah laku saya yang mengecilkan hati wak, saya minta maaf..

TUK WALI : (Berasa terharu dengan sikap muridnya) Kamu berdua tak ada apa-apa salah dengan aku! Kamu berdua ni murid aku yang terbaik! Tak perlu minta maaf, Ripin, undang-undang alam ini cukup mudah sebenarnya. Semua yang bermula pasti akan berakhir.

(Dipetik daripada ‘Gelanggang Tuk Wali’

oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua harapan Tuk Wali kepada Ripin dan Mariam berkaitan dengan gelanggang silatnya. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat menarik minat murid-murid di sekolah

terhadap seni silat? [3 markah] (iii) Huraikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai murni lain

daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

Page 32: Prosa Moden SPM

CSL2012 LATIHTUBI PROSA MODEN

32

SKEMA SARAWAK (i) Harapan: - mengambil alih tanggungjawab mengajar ilmu silat. - meneruskan aktiviti silat di gelanggang (ii) Usaha-usaha:

- mempersembahkan seni silat dalam majlis rasmi sekolah - memperkasakan persatuan seni silat dalam aktiviti kokurikulum - menggunakan bahan bacaan tentang ilmu silat dalam pengajaran bahasa Melayu - menayangkan cerita/drama yang berkaitan dengan seni silat pada waktu rehat atau di luar waktu

pengajaran.

(iii) Satu nilai murni yang terdapat dapat petikan: - Hemah tinggi

Ripin dan Mariam memohon maaf daripada Tuk Wali sekiranya mereka telah melakukan kesalahan - Mencintai warisan budaya

Ripin dan Mariam meneruskan usaha mengajar seni silat kepada anak-anak muda di kampung - Kesedaran

Tuk Wali sedar bahawa dia sudah tua dan tidak berdaya untuk mengajar seni silat dan perlu mencari pengganti.

- Rendah diri

Ripin dan Mariam tidak sanggup mengambil alih tugas Tuk Wali walaupun mereka merupakan anak murid terbaik Tuk Wali

- Mementingkan ilmu Tuk Wali memujuk Ripin dan Mariam agar meneruskan usaha mengajar ilmu silat.

Satu nilai murni lain dalam drama - Kegigihan

Walaupun demam, Tuk Wali tetap hendak mengikut Ripin ke rumah Haji Kodri untuk bersilat dalam majlis kenduri kahwin.

- Mencintai akan kampung halaman Tuk Wali tidak keluar mencari harta semata-mata untuk mempertahankan Teluk Penyabung.

- Keberanian Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak. - Menghormati tetamu

Walaupun tujuan kedatangan Siak dan Imam ke rumah amat menjengkelkan Mak Umi, namun dia tetap melayan mereka dengan mesra.