8
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 3 Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Aktiviti : Topeng Tajuk : Haiwan Kesayangan Masa : 11.30 hingga 12.30 tengahari (1 jam) Tahun/Kelas : Tahun 3 Tekun Objektif : Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat; i. membuat binaan topeng berdasarkan tema haiwan kesayangan. ii. melakukan aktiviti melakar, menggunting dan menampal hasil kerja mereka dengan betul. iii. menghargai hasil kerja tangan mereka sendiri Strategi Pengajaran & Pembelajaran : 1) Pedagogi : Kecerdasan pelbagai : Verbal Linguistik, Kecerdasan pelbagai : Muzik, Simulasi 2) Sumber P&P : Puzzle Kucing, Topeng Haiwan, Video Lagu Bunyi Binatang, Laptop dan LCD Alat/bahan : i. Gunting

Psv Thn 3 Topeng

  • Upload
    qiera

  • View
    281

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

topeng psv

Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 3Mata Pelajaran:Pendidikan Seni VisualBidang: Membentuk dan Membuat BinaanAktiviti: TopengTajuk: Haiwan KesayanganMasa: 11.30 hingga 12.30 tengahari (1 jam)Tahun/Kelas: Tahun 3 TekunObjektif: Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat;i. membuat binaan topeng berdasarkan tema haiwan kesayangan.ii.melakukan aktiviti melakar, menggunting dan menampal hasil kerja mereka dengan betul.iii.menghargai hasil kerja tangan mereka sendiriStrategi Pengajaran & Pembelajaran :1) Pedagogi: Kecerdasan pelbagai : Verbal Linguistik,Kecerdasan pelbagai : Muzik, Simulasi2) Sumber P&P:Puzzle Kucing, Topeng Haiwan, Video Lagu Bunyi Binatang, Laptop dan LCDAlat/bahan: i. Gunting ii.Gam iii. Kad manilaTeknik Penghasilan: Guntingan/Cantuman/Tampalan/GamPengetahuan sedia ada: Mengetahui haiwan-haiwan yang menjadi haiwan peliharaan di rumah.Nilai Murni: i. Sikap bekerjasama dan tolong-menolong. ii. Sikap sayang kepada haiwan.

Langkah/MasaIsi pelajaran/Isi kandunganAktiviti Pengajara dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)Puzzle Kucing

1.Guru memilih 3 orang murid secara rawak untuk menyelesaikan puzzle di hadapan kelas.2. Murid meneka gambar apa yang terbentuk pada puzzle tersebut.3. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan pelajaran hari ini.4. Guru menunjukkan beberapa contoh topeng yang berbentuk haiwan kepada murid. PuzzleTopeng

Langkah 1(10 minit)Bahan yang diagihkan:Kad manila,gunting,gam dan gelang getah.Cara membuat lakaran:1. Lakaran yang dibuat pada kertas manila kad hendaklah mengikut saiz muka murid.2. Melukis bentuk muka haiwan pada kad manila seperti lakaran mata, hidung, mulut, telinga dan lain-lain.

1.Guru memberi penerangan tentang cara-cara menghasilkan topeng dan menyatakan bahan-bahan yang diperlukan.2.Guru mengagihkan bahan-bahan kepada murid di samping menekankan aspek kebersihan dan keselamatan semasa melakukan aktiviti.3.Murid melakar gambar muka haiwan di atas kad manila mengikut idea masing-masing sambil dibimbing oleh guru.

Teknik Penghasilan:Lakaran

Bahan:kadmanila

Langkah 2(15 minit)Cara menggunting:1. Semasa menggunting, pastikan mengikut garisan lakaran yang telah dibuat.2. Untuk bahagian mata dan telinga, tebukkan sedikit dan kemudian gunting seperti langkah yang pertama tadi.

1. Guru menunjukkan cara- cara menggunting mengikut lakaran yang telah dibuat tadi.2. Setelah itu, murid sendiri menggunting lakaran mereka masing-masing.3. Kemudian, guru menunjukkan cara menebuk lubang bahagian mata dan membentuk sepasang mata haiwan yang mereka buat.4. Selepas itu, murid diminta menebuk pada bahagian telinga topeng haiwan yang telah mereka buat.5. Guru membimbing murid memasukkan getah pada lubang telinga topeng untuk membolehkan dilekatkan pada bahagian telinga murid.

Teknik Penghasilan: guntingan

Bahan:gunting

Langkah 3(15 minit)Cara Menampal/ Mencantum/ Mengam:1. Sebelum menampal kertas warna, topeng tadi telah diwarnakan mengikut warna yang sesuai. 2. Kertas warna juga telah digunting terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing untuk ditampal pada permukaan topeng.3. Semasa aktiviti ini dijalankan boleh mengunakan teknik kolaj untuk menampal, mencantum dan mengam.

1.Guru membimbing murid membuat kemasan secara kreatif pada topeng muka haiwan 2. Murid diminta untuk mewarna bentuk muka haiwan yang telah dilukis dengan padanan warna yang sesuai.3. Guru menunjuk cara menampal dan gamkan topeng dengan kertas warna agar lebih cantik dan menarik . 4. Guru membantu murid yang kurang mahir menampal.Teknik Penghasilan:Tampalan/Cantuman/GamKolaj

Kaedah:Tunjukcara

Langkah 4(10 minit)Aktiviti memakai topeng dan membunyikan bunyi haiwan tersebut.

Arahan diberikan oleh guru bagaimana menjalankan aktiviti ini.

Contoh:Bunyi Itik Kuek..kuek..Pergerakan itik Berjalan sambil menggerakkan kedua-dua belah tangan seperti kepak itik.

1. Apabila sudah siap ,guru meminta semua murid memakai topeng masing-masing.2. Beberapa orang murid diminta ke hadapan kelas dalam keadaan bertopeng untuk mempamerkan hasil mereka kepada kawan-kawan yang lain. 3. Guru juga meminta murid berbunyi dan mengayakan pergerakan seperti haiwan yang dilukis pada topeng. Nilai;Sayang pada binatang.

Kaedah:Simulasi

Kecerdasan pelbagai:Verbal Linguistik

Penutup(5 minit)Menyanyikan lagu Bunyi Binatang

1. Guru menayangkan slaid lagu Bunyi Binatang.2. Murid dan guru menyanyi bersama sambil mengayakan pergerakan binatang tersebut.3. Guru dan murid membersihkan kelas selepas selesai menyanyi.Nilai:Kebersihan

Kecerdasan pelbagai:Muzik