PSV3112 LUKISAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

JENIS-JENIS LUKISAN

Citation preview

  • AHLI KUMPULAN:

    Wan Nor Amira Fateen binti Wan Ahmad Fu-ad

    Faten Nadiah binti Mohd Fauzi

    Fatin Izzati binti Hussin Pakri Siti Nur Athirah binti Mazlan

    Norsyuhada binti Suhaime

    Siti Suraya binti Ismail

    PISMP SEMESTER 1, PSV (2011)

    NAMA PENSYARAH: TUAN HJ. NAZLI BIN HAMZAH

    6/18/2013 1 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

  • Definisi Lukisan Banyak pengertian tentang lukisan. Kita hanya memetik beberapa sahaja antaranya: Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari perkataan Old English iaitu dragan yang bermaksud to drag dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan. salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus yang dihasilkan melalui garisan sehingga mewujudkan rupa, bentuk, cahaya, bayang, jalinan dengan menggunakan media kering. Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, keintelektual & spiritual manusia. Biasanya lukisan dihasilkan secara spontan, mengikut gerak hati & perasaan pelukis masing-masing. Ini menjadi landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.

  • Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat

    (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai

    penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan akan mengikatkan kita

    dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.

    Boleh dikaitkan dengan pengalaman yg istimewa kepada seseorang

    pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati, diterjemahkan

    di atas permukaan untuk dijadikan bahan dokumentasi.

    Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yg boleh dikaitkan

    dengan keperluan psikologi, sejarah dan artistik ini terbukti bahawa

    pelukis perlu mempunyai tiga nilai kerangka dalam dirinya iaitu; daya

    visualisasi, daya emosi dan daya estetika.

    Definisi Lukisan

  • Melukis merupakan satu daripada medium

    yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus

    dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan

    sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran)

    atau dunia imaginasi (dalaman). Selain itu

    lukisan juga sebagai alat komunikasi idea serta

    data menyimpan memori pelukis bagi

    penghasilan karya terbaik dalam media

    pilihan.

  • Kepentingan Lukisan Menurut Betti & Sale (1997), secara umumnya empat

    kepentingan lukisan, antaranya ialah:

    untuk penyelidikan, kajian & untuk melihat sesuatu

    peristiwa yang sebenar

    untuk merakamkan sesuatu peristiwa

    sebagai alat komunikasi idea ( mencari idea yg terbaik)

    sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk

    menghasilkan satu karya yang terbaik.

  • KONSEP LUKISAN

    FIGURATIF DAN NON

    FIGURATIF

  • Lukisan Figuratif Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

  • Seni figuratif merujuk kepada apa-apa bentuk seni yang jelas merupakan satu imej dari dunia sebenar. Seni figuratif, bermula pada zaman kuno dan biasanya merujuk kepada seni yang mempunyai rangka manusia atau rangka haiwan sebagai subjek. Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.

  • Elemen yang perlu yang perlu diberi keutamaan utk melukis lukisan figuratif. 1. Model anatomi penggunaan bahan dan pemilihan sudut

    melukis. 2. Ciri - ciri penting lukisan perspektif. 3. Penggunaan titik tetap dan garisan memancar 4. Objek yang dilukis menampakkan ruang dimensi 5. Baseline adalah pemisah ruang atas dan bawah sesebuah

    gambar

  • Non figuratif adalah lawan kepada figuratif, iaitu gambar atau motif yang dilukis tanpa berfokus apa apa seperti abstrak . Tetapi ianya hanya penyusunan bidang, garis atau titik yang membentuk motif-motif yang bersifat geometri

    NON FIGURATIF

  • Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.

  • CONTOH KARYA

    NON FIGURATIF

  • 6/18/2013 20 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

  • LUKISAN ARKITEKTURAL

    Bidang seni dan seni reka yang menjurus kepada rekabentuk bangunan dikenali sebagai arkitek.

    Lukisan arkitektural memerlukan lakaran yang terperinci dari segi ukuran dan bentuk.

    Ini bermakna lukisan arkitektural ialah gambaran dan dokumen reka bentuk arkitek.

    Lukisan arkitektural umumnya merujuk kepada melukis pelan bangunan.

  • Ianya digunakan oleh akritek dan orang tertentu untuk beberapa tujuan antaranya: - membangunkan idea rekaan untuk dikemukakan sebagai proposal,

    - menghubungkan idea dan konsep rekaan, - memberi keyakinan kepada pelanggan tentang

    manfaat dan kebaikan rekaan, - untuk membolehkan kontraktor bangunan

    memahami rekabentuk bangunan yang hendak dibina,

    - sebagai dokumentasi kerja yang telah siap, - sebagai satu rekod sebuah bangunan yang telah

    wujud.

  • Lukisan-lukisan seni bina dilakar berdasarkan kepada beberapa persetujuan, antaranya ialah diagram, umumnya sebagai skala, ditunjukkan dari pandangan atas yang memperlihatkan perkaitan setiap bilik, ruang dan ciri-ciri fizikal yang lain dalam sesuatu struktur.

    Secara konvensional, lakaran-lakaran ini dibuat menggunakan dakwat atas kertas, ini menyukarkan kerja membuat salinan yang dilakukan dengan melakar semula dengan tangan.

  • Abad ke-20 memperlihatkan satu anjakan iaitu melukis pelan menggunakan kertas surih, memudahkan membuat salinan dengan lebih cekap.

    Pembangunan komputer memberi satu kesan yang besar dalam kaedah merekabentuk dan mewujudkan lukisan-lukisan teknikal.

    Melukis secara manual merupakan kaedah lama dan ketinggalan. Hari ini kebanyakan lakaran dihasilkan menggunakan perisian-perisian seperti Autocad (CAD), 3dsmax, Adobe Photoshop.

  • Lukisan Teknikal Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan

    dengan saintifik. Dikenali juga sebagai merangka atau melukis yang

    memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat.

    Sesuatu lakaran rangka yang secara visual memberi informasi tentang bagaimana ia berfungsi atau cara ia dibina.

  • Lukisan Teknikal

    Untuk memahami lukisan-lukisan teknikal, seseorang perlu menggunakan piawaian teknikal iaitu kefahaman terhadap simbol-simbol lazim, perspektif, unit-unit ukuran, sistem-sistem tatatanda, gaya visual, atau susunan.

    Ini memudahkan pelukis teknikal dapat memperlihatkan perkaitan setiap unit dengan lebih ringkas dan mudah. Kelaziman sedemikian membentuk satu bahasa visual yang membolehkan lukisan mudah untuk difahami.

  • Lukisan Teknikal

    Ini memerlukan satu bentuk kemunikasi yang jelas terutama dalam menyediakan dokumentasi fungsi-fungsi setiap objek yang dirangka. Peranan ini membezakan lukisan teknikal dengan lukisan ekspresif seni tampak.

    Apabila mentafsir lukisan-lukisan artistik, tafsirannya mempunyai maksud yang pelbagai namun bagi lukisan teknikal ianya mempunyai satu makna yang hendak disampaikan.

  • 6/18/2013 34 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 35

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 36

    Satu paparan visual yang dipersembahkan sama ada dalam bentuk lukisan, gambar

    foto atau karya seni lain untuk menjelaskan maklumat (seperti sebuah cerita, sajak atau rencana akhbar) melalui satu persembahan

    visual dalam bentuk grafik.

    Menerangkan atau menghiasi suatu cerita, tulisan, puisi, atau informasi tertulis

    lainnya. Diharapkan dengan bantuan visual, tulisan tersebut lebih mudah dicerna. Ilustrasi dapat memperjelas teks atau

    ungkapan terutama bagi kanak-kanak yang belum mampu membaca.

    Merupakan bentuk visual dari teks atau ungkapan. Dengan menggambarkan suatu adegan dalam sebuah cerita, ianya dapat menerangkan secara umum karakter atau keseluruhan isi cerita. Selain itu, ilustrasi berfungsi untuk menarik pembaca agar

    tertarik untuk membaca cerita.

    Sebuah ilustrasi yang dipaparkan dalam sebuah majalah berfungsi sebagai

    pendukung estetik dari sebuah cerita. Selain fungsi tersebut, ilustrasi juga dapat

    mewakili perwatakan cerita yang ditampilkan, ada korelasi antara visual dan

    latar belakang cerita.

    KONSEP

    ILUSTRASI

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 37

    Ilustrasi adalah hasil visualisasi dari suatu tulisan dengan teknik drawing,

    lukisan, fotografi, atau teknik seni rupa lainnya yang lebih menekankan

    hubungan subjek dengan tulisan yang dimaksud daripada bentuk.

    "Ilustrasi gambar adalah gambaran singkat alur cerita suatu cerita guna

    lebih menjelaskan salah satu adegan" (Kusmiyati,1999:46). Secara umum

    ilustrasi selalu dikaitkan dengan menjelaskan sebuah cerita.

    Gambar ilustrasi adalah gambar atau bentuk visual lain yang menyertai

    suatu teks, tujuan utama dari ilustrasi adalah memperjelas naskah atau

    tulisan di mana ilustrasi itu dikumpulkan (Ensiclopedia

    Americana,1990,No;14:787).

    Dengan demikian, gambar ilustrasi adalah gambar yang bercerita yang

    memiliki tema sesuai dengan tema isi cerita tersebut.

    KONSEP

    ILUSTRASI

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 38

    Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni membuat gambar yang berfungsi untuk memperjelas

    dan menerangkan naskah.

    Menurut Jan D. White (1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas, yang mampu

    mengkomunikasikan permasalahan tanpa menggunakan kata.

    Ia dapat menggambarkan suasana, seseorang, dan bahkan objek tertentu agar

    dapat menarik penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita.

    Kemahiran ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator.

    Seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh

    manusia, binatang, dan bentuk-bentuk benda lainnya

    secara benar, dan dapat mengatur komposisi yang

    baik, memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik, dan menguasai

    teknik menggambar.

  • Fungsi khusus ilustrasi antara lain:

    Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita

    Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan ilmiah

    Memberikan bayangan langkah kerja Mengkomunikasikan cerita. Menghubungkan tulisan dengan

    kreativiti dan individualisasi manusia. Memberikan humor-humor tertentu

    untuk mengurangi rasa bosan. Dapat menerangkan konsep.

    Ilustrasi berfungsi untuk Menarik perhatian. Merangsang minat pembaca

    terhadap keseluruhan pesan. Menonjolkan keistimewaan daripada

    produk Memenangkan persaingan Menciptakan suasana khas

    dramatisasi pesan. Menonjolkan suatu semboyan dan

    mendukung judul iklan.

    6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 39

  • Bentuk ilustrasi awal telah digunakan di dalam kerajaan purba Mesir dalam bentuk gulungan daun papyrus dan kertas kulit. Ciri khas ilustrasi tersebut berupa dekorasi naskah dengan pewarnaan, dan gambar dengan hiasan tepi bersalut emas. Konsep ilustrasi juga awal juga dapat ditinjau kembali ke zaman silam melalui lukisan dinding prasejarah dan konsep tulisan hieroglyph.

    Ilustrasi awal tamadun Mesir menggunakan warna dan kertas yang diperbuat dari papyrus.

    6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 40

    Ilustrasi awal tamadun Mesir menggunakan warna dan kertas yang diperbuat dari papyrus

  • Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penghasilan ilustrasi. Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran. Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek.

    6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 41

    Young Hare Albrecht Drer,1502 Lion resting - Rembrandt 1652

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 42

    Will Murai berasal berasal dari Sao Paulo, Brazil. Pada mulanya, dia hanya menggunakan pencil dan kertas dan menghabiskan berjam-jam untuk menghasilkan sebuah seni. Setelah memperolehi kelulusan dalam bidang Pereka Grafik, Will Murai mempunyai beberapa bidang kerja antaranya dalam buku komik, pengiklanan, infografik, internet dan game.

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 43

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 44

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 45

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 46

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 47

  • 6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 48

  • CARTA

  • Media visual bukan tayangan seperti carta telah digunakan untuk menunjukkan sesuatu idea atau konsep dengan cara visual. Carta didapati amat penting, terutama dalam menerangkan sesuatu konsep atau idea. Penerangan sesuatu idea atau konsep secara lisan sahaja tentu tidak memuaskan dan kurang daya tarikan.

  • Ada pelbagai jenis carta, diantaranya ialah carta aliran, carta pohon, carta jadual, carta masa dan lain lain. Dalam membuat pemilihan jenis jenis carta, guru haruslah memilih yang sesuai untuk tujuan pengajaran. Carta carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, carta aliran, carta jadual dan carta pengalaman.

    Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya menggabungkan pelbagai jenis visual seperti gambar, lukisan, kartun, graf, gambar rajah dan bentuk bentuk garisan.

  • CONTOH-CONTOH CARTA

  • GRAF

  • Dengan berpandukan graf, pelajar dapat memahami sesuatu dengan hanya melihat tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci daripada guru. -graf mengandungi hanya maklumat penting yang perlu diketahui oleh pelajar.

    Graf amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran berkaitan statistik dan matematik. -graf tidak memerlukan huraian dengan ayat yang banyak.

    Hanya isi-isi penting sahaja yang ditulis di dalam graf.

  • CONTOH-CONTOH GRAF

  • RAJAH

  • Gambar rajah mengandungi gambar berserta label.

    Gambar rajah sesuai digunakan untuk

    pelajar di peringkat rendah kerana pelajar mendapat visual atau gambaran tentang sesuatu perkara berserta huraian dalam masa yang sama.

    Penggunaan gambar rajah dapat

    meningkatkan kefahaman pelajar. Selain itu, penggunaan gambar rajah amat sesuai untuk mata pelajaran yang mengandungi konsep yang konkrit serta memerlukan huraian terperinci contohnya biologi dan kajian tempatan.

  • CONTOH-CONTOH RAJAH

  • 6/18/2013 63 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112

  • ILUSTRASI FESYEN

    Salah satu daripada keperluan asas manusia ialah pakaian selain daripada makanan dan tempat tinggal. Tujuan manusia berpakaian adalah untuk menutup tubuh badan yang berfungsi sebagai pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lain-lain.

    Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain mengikut adat dan budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi menunjukkan personaliti seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

  • Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain mengikut adat dan budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi menunjukkan personaliti seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

    Pengetahuan tentang evolusi berpakaian adalah penting untuk kita mengetahui asal-usul pakaian yang dipakai sekarang. Terdapat tiga aspek mengapa manusia perlu berpakaian, iaitu aspek fisiologi, aspek psikologi dan aspek sosiologi.

  • Ilustrasi fesyen popular sejak 1920an untuk menggambarkan pakaian semasa. illustrasi jenis ini ketika itu tidak mementingkan figuratif dan lebih bertumpu kepada kehalusan dan ketelitian rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen moden lebih bergaya. Ketelitian diberi kepada posisi tubuh figura untuk memberi kesan visual yang unggul pada rekaan pakaian.

    Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain daripada pensel, pen, dakwat yang digunakan pada peringkat awal. terdapat juga ilustrasi bagi fesyen rambut, kasut, dan sebagainya.

  • Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Pembuatanya memerlukan keseimbangan antara gambar dan perincian pakaian yang realistik. Inilah sebabnya mengapa ilustrasi fesyen termasuk keterampilan yang kurang dikuasai.

    Salah satu bidang kerjaya yang memerlukan kreativiti seseorang individu itu ialah bidang seni reka fesyen. Dunia bidang fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta.

    Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi ajaran monopoli kaum wanita, sebaliknya boleh diceburi oleh kaum lelaki juga. Ramai juga pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia rekaan fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

  • PERSPEKTIF Perubahan saiz, jarak dan warna objek alam akan berlaku apabila objek tersebut dilihat pada jarak jauh. Dalam konteks seni, proses tersebut dinamakan perspektif. Perubahan nilai ton warna kanan mewujudkan ruang kedalaman atau kecetekan sesuatu ruang mengikut ktentuan pelukis. Dalam karya 2 dimensi, garisan grid digunakan untuk menimbulkan ruang dan ilusi 3 dimensi melalui 3 cara iaitu :- 1. Perspektif 1 titik lenyap

  • 2. Perspektif 2 titik lenyap

  • 3. Perspektif 3 titik lenyap

  • RUANG dan PERSPEKTIF

    DEFINISI RUANG Ruang ialah jarak dua objek yang menjadikan kawasan di antara objek itu satu keluasan dan kelebaran saiz. Konsep ruang memainkan peranan yang amat penting dalam seni grafik, reka bentuk hiasan dalaman dan reka bentuk seni bina. Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang terbuka (ruang konkrit) dan ruang ilusi (ruang tampak).

    Ruang Terbuka (Ruang Konkrit) Ruang sebenar yang wujud pada persekitaran seperti bangunan, alam ciptaan ALLAH S.W.T, kenderaan dan lanskap persekitaran. Ruang Ilusi (Ruang Tampak) Ruang yang dihasilkan oleh pengkarya seni dalam sesebuah karya dua dimensi berupa lukisan atau catan, model reka bentuk industri serta model reka bentuk hiasan dalam dan luar bangunan.

  • KONSEP RUANG DALAM KARYA SENI Ruang Dalam Ruang yang dipersembahkan dalam karya yang memperlihatkan keluasan

    dari segi saiz dan jarak. Konsep ruang dalam ini mempunyai kedudukan perspektif titik lenyap

    yang terbahagi kepada tiga jenis perspektif. (Perspektif satu titik lenyap, Perspektif dua titik lenyap dan Perspektif tiga titik lenyap).

    Selalunya pelukis menghasilkan ruang dalam dalam karya mereka akan memilih tema pemandangan dan lukisan alam.

    Ruang dalam ini akan mempamerkan pembahagian ruang hadapan,ruang tengah dan ruang belakang. Sejajar dengan itu ton warna, jalinan dan komposisi setiap objek akan serentak menjadi penting untuk menunjukkan konsep ruang.

  • Ruang Cetek Ruang yang kelihatan dekat. Kebiasaannya ruang cetek tidak mempunyai keluasan

    atau kedudukan perspektif titik lenyap yang jelas. Pelukis menghasilkan ruang cetek dalam karya akan memilih tema lukisan atau catan

    potret dan karya abstrak yang tidak menunjukkan konsep ruang.

  • Ruang Rata Ruang rata merupakan ruang yang paling minimum dan tidak

    menunjukkan kedudukan dalaman. Konsep ruang rata ini boleh dilihat dari hasil logo, corak dan karya

    abstrak. Ciri-ciri ruang rata adalah bersifat mendatar dan tidak ada ruang

    perspektif.

  • HUBUNGAN RUANG DAN WARNA Perspektif warna dapat menimbulkan ilusi jarak dan ruang. Dalam catan pemandangan, kawasan atau objek diwarnakan

    dengan warna yang lebih gelap dan dilukis dengan lebih jelas dan teliti.

    Kawasan atau objek yang jauh pula diwarnakan dengan warna terang, pudar dan lembut untuk menonjolkan konsep ruang dalam catan.

    Nilai ton warna akan memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada keluar atau ke dalam mengikut cahaya yang diwujudkan melaluinya.

    HUBUNGAN RUANG DAN BENTUK Saiz bentuk yang berturutan dari besar ke kecil dan sebaliknya akan memberi impak ruang yang nyata. Maka konsep ruang terbuka akan lebih berjaya ditonjolkan.

  • http://psv3.blogspot.com/p/ilustrasi.html

    http://mbagiilmu.blogspot.com/2011/11/apa-itu-ilustrasi.html

    http://www.sukacuka.com/2013/05/40-ilustrasi-dan-konsep-seni-oleh-will-murai/

    http://psv3.blogspot.com/2012/07/lukisan.html

    http://unforgettableart.blogspot.com/search/label/3d%20and%20architectural%20works

    6/18/2013 LUKISAN DAN PENYUBURAN DIRI - PSV3112 77