PUSAT PUSAT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains sains

Citation preview

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    1/28

    Home

    AWAL SAINS DAN

    KANAK-KANAK" we love science"stay updated via rss LATEST POSTS

    o EKSPERIMEN BOTOL MUZIKo Assalamualaikumo MARI KITA CUBA BUAT AISKRIM GOYANG..o SURPRISE.TELURTERAPUNG !!!!!!o EKSPERIMEN OH EKSPERIMEN..o LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA PADA 23 -10-2011o KITAR SEMULA DAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

    o KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU DARIPADA KEPUPUSANo TEORI PELAZIMAN THORNDIKEo Bahan Bacaan Sains Kanak-Kanak

    CATEGORIESo eksperimen (1)o Uncategorized (10)

    LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA PADA 23 -10-2011Posted: November 26, 2011 inUncategorized

    0

    http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/feed/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/14/eksperimen-botol-muzik/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/12/assalamualaikum/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/12/assalamualaikum/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/21/assalamualaikum-2/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/21/assalamualaikum-2/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/21/assalamualaikum-2/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/surprise-telur-terapung/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/surprise-telur-terapung/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/eksperimen-oh-eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/eksperimen-oh-eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/eksperimen-oh-eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/20/kitar-semula-dan-kanak-kanak-prasekolah/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/12/kempen-selamatkan-harimau-daripada-kepupusan/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/10/27/teori-pelaziman-thorndike/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/10/18/bahan-bacaan-sains-kanak-kanak/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/#respondhttp://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/#respondhttp://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/#respondhttp://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/uncategorized/http://syimarsogimin.wordpress.com/category/eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/10/18/bahan-bacaan-sains-kanak-kanak/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/10/27/teori-pelaziman-thorndike/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/12/kempen-selamatkan-harimau-daripada-kepupusan/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/20/kitar-semula-dan-kanak-kanak-prasekolah/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/11/26/lawatan-ke-pusat-sains-negara-pada-23-10-2011/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/eksperimen-oh-eksperimen/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/18/surprise-telur-terapung/http://syimarsogimin.wordpress.com/2011/12/21/assalamualaikum-2/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/12/assalamualaikum/http://syimarsogimin.wordpress.com/2013/07/14/eksperimen-botol-muzik/http://syimarsogimin.wordpress.com/feed/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/http://syimarsogimin.wordpress.com/
  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    2/28

    Pada 23hb Oktober yang lalu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pusat Sains Negara

    (http://www.psn.gov.my/bm/default.htm )

    Tiket berharga RM3.00 boleh didapati di kaunter pintu masuk. Waktu lawatan: Isnin Ahad (9:00 pagi5:00 petang);

    Pelawat dibenarkan masuk hingga pukul 4:00 petang.

    SEKITAR LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA (PSN)

    http://www.psn.gov.my/bm/default.htmhttp://www.psn.gov.my/bm/default.htmhttp://www.psn.gov.my/bm/default.htmhttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5909.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf5933.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6125.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6126.jpghttp://www.psn.gov.my/bm/default.htm
  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    3/28

    Pada hari Ahad bersamaan 23hb Oktober 2011, kami telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara (PSN).

    Kami tiba di PSN pada jam 1:30 petang. Memandangkan hari tersebut adalah hari kelepasan am, ramai pengunjung berada

    disanasamada mereka datang dengan keluarga ataupun dengan rombongan sekolah. Lawatan ini adalah sebahagian daripada

    tugasan mata pelajaran Awal Sains Kanak-kanak. Selain PSN, ada beberapa tempat pameran berunsurkan sains yang

    terdapat di sekitar Lembah Klang seperti Petro Sains KLCC, Aquaria KLCC, taman burung, rama-rama dan sebagainya.

    Sepanjang lawatan tersebut banyak fakta-fakta dan pengalaman menarik kami peroleh. Kami percaya dengan lawatan ini,

    kami dapat menimba pengalaman dan memberi idea dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) awal kanak-kanak khasnya

    mata pelajaran Awal Sains.

    Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran sains yang dinamakan Laluan ke Alam Sains.

    Kami melihat berbagai-bagai objek sains yang dipamerkan berkenaan manusia, makanan, tumbuhan, percambahan biji

    benih, alam cakerawala, bumi, bintang, cahaya, bunyi dan sebagainya. Kami berpeluang mencuba sendiri dengan objek yang

    dipamerkan.

    Antara bahan pameran yang menarik perhatian kami adalah:

    Objek yang dinamakan Sejuta Putaran dimana ianya memiliki enam (6) gear roda besar danlima(5) gear roda kecil.

    Tombol ataupun engkol merah diputarkan mengikut arah jam. Apabila diputarkan roda besar pertama akan bergerak

    sehingga menyentuh roda kecil pertama dan begitulah seterusnya sehingga habis kesemua roda yang ada diputarkan. Bagi

    menjatuhkan gelas di hujung roda, memerlukan sebanyak sejuta putaran. Kami mencuba membuat putaran mengikut arahan

    yang diberikan akan tetapi untuk mencapai putaran sebanyak sejuta pusingan agak mustahil. Di satu sudut dipamerkan

    gambaran Kitaran Bumi yang menceritakan keadaan muka bumi yang terbentuk 200 juta tahun dahulu. Fakta yang ditulis

    menyatakan bahawa bumi dibentuk menjadi superbenua yang dinamakan Pengaea. Superbenua kemudiannya terpisah

    perlahan-lahan dan benua terus bergerak dan diliputi lautan sehinggalah membentuk rupa Bumi pada hari ini. Dinyatakan

    juga perubahan atau pergerakan Bumi disebabkan oleh tektonik plat. Pergerakan dan perlanggaran plat ini menyebabkan

    kejadian yang dinamakan gempa bumi, selain itu terdapat kemungkinan berlakunya pembentukan gunung berapi. Di sini

    juga menceritakan bahawa dari permukaan kerak ke bahagian dalam Bumi terdiri daripada lapisan yang bergerak. Lapisan-

    lapisan tersebut terdiri daripada lapisan pepejal dan juga cecair yang mempunyai suhu yang tinggi. Terdapatlima(5) butang

    pada carta yang dipamerkan bagi mengetahui jumlah suhu setiap lapisan Bumi yang dinyatakan; namun butang tersebut

    tidak berfungsi. Lapisan Bumi yang dinyatakan adalah:

    1) Teras dalam (The inner core)

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    4/28

    2) Teras luar (The outer core)

    3) Mantel (The mantle)

    4) Zon peralihan (The transition zone)

    5) Kerak (The crust)

    Lebih menarik lagi, di satu sudut Bumi Dari Udara mempamerkan pandangan Bumi yang dilihat dari angkasa lepas dan

    ianya dibina seolah-olah Bumi sedang berputar.

    Pada bahagian pameran yang dinamakan Bioteknologi dalam industri makanan. Di sini ditunjukkan rajah berkenaan

    penghibridan, kesihatan dan faedah nutrisi dan bahan tambahan dan bantuan pemprosesan. Di sini dinyatakan kesan

    bioteknologi kepada industri makanan dalam menghasilkan produk-produk makanan. Contoh-contoh bahan makanan yang

    dipamerkan seperti jagung, minyak canola, cuka putih,perasa (flavourings), keju, garam, gula, emulsifier dan bicarbonate

    of soda.

    Di sini terdapat juga sudut pameran yang mempamerkan rangka burung yang sebenar. Akan tetapi tiada fakta lanjut yang

    dinyatakan berkenaan rangka burung tersebut. Selain itu, ditunjukkan rupa sebenar pembentukan katak. Proses metamoforsis

    katak yang bermula telur, menetas menjadi berudu, pembentukan kaki dan kemudiannya berubah secara berperingkat

    sehingga menjadi seekor katak dewasa.

    Kami juga melihat gambarajah proses pembesaran tumbuhan biji benih yang bercambah dan kemudiannya menjadi pokok

    besar. Gambarajah dan penerangan yang ditunjukkan adalah jelas dan mudah difahami.

    Seterusnya, bagi menguji kelikatan bendalir (liquid) dimana ianya dinamakan Tiub Kelikatan. Seperti dalam arahan,

    tombol ditolak dan ditarik kembali bagi tujuan mengepam udara. Bagi membezakan kelikatan atau kepekatan bendalir di

    dalam tiub tersebut, pemerhatian dibuat berdasarkan kelajuan bendalir tersebut bergerak. Dinyatakan juga semakin besar

    rintangan bermakna semakin likat bendalir tersebut. Dapat kami simpulkan bahawa semakin pekat bendalir tersebut maka

    semakin perlahan pergerakannya.

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    5/28

    Bahagian pameran ini memang menarik perhatian. Ianya dinamakan Sinaran Cahaya. Di sini kami berpeluang bermain

    sambil membuat eksperimen pantulan cahaya. Setiap jenis kanta akan memantulkan corak cahaya (rays) yang berbeza. Kanta

    cembung dan kanta leper menghasilkan serakan atau corak yang berbeza; begitu juga jika sudut kanta dialihkan kepada sudut

    darjah berbeza.

    Kami melalui bahagian pameran yang menceritakan tentang Langit yang sentiasa resah (The restless sky), Kebijaksanaan

    zaman kuno (Ancient Wisdom), Gambar-gambar di langit (Pictures in the sky) berkenaan gambaran yang terbentuk oleh

    kumpulan bintang, Peralatan ahli sains Islam (Instruments of Islamic scientist), Jam cakerawala (The celestial time

    clock), Mengukur alam semester (Measuring the universe),

    Hujan Asid menceritakan tentang kejadian hujan yang turun bergabung dengan karbon dioksida dan g as-gas yang terdapat

    di atmosfera menghasilkan hujan asid. Gas-gas yang bercampur dengan air hujan berpunca dari pencemaran udara yang

    dihasilkan oleh asap kenderaan, kilang dan sebagainya.

    Kami berpeluang mencuba eksperimen berkaitan Arus Udara; apabilabutang ditekan udara akan keluar melalui corong dan

    bola akan terapung. Apabila kelajuan dinaikkan bola akan terapung semakin tinggi.

    Kids Dicovery Place adalah satu ruang pembelajaran sains bagi kanak-kanak. Kami tertarik dan teruja akan tempat ini.

    Saiz, bentuk, warna, susun atur dan hiasan perabot disesuaikan dengan saiz kanak-kanak. Situasi di sini menarik minat

    kanak-kanak meneroka dan bermain dengan peralatan yang disediakan. Setiap meja dan sudut disediakan dengan set

    permainan atau aktiviti sains dan matematik. Kami lihat kanak-kanak leka bermain dan memberi tumpuan terhadap perkara

    yang dilakukannya. Di satu sudut lantai, ditunjukkan susunan planet yang terdapat di cakerawala manakala salah satu

    dinding pula menunjukkan gambar matahari. Setiap sudut dan ruang dipenuhi dengan informasi bergambar menarik yang

    bertemakan teknologi, planet dan angkasawan. Siling juga tidak ketinggalan dihias dengan menarik.

    Kami melalui bahagian ruang tengah PSN, di sini terdapat KidzWorld dimana terdapat ruang bermain untuk kanak-kanak

    berumur 4 tahun ke bawah dinamakan Peneroka Comel (Little Explorers). Permainan pelbagai bentuk seperti cendawan,

    ulat bulu, hidupan laut dan sebagainya mengujakan bagi kanak-kanak. Di sini kanak-kanak kelihatan bebas bermain dan

    bergerak. Bagi kanak-kanak yang matang mereka boleh bermain di Foam Factory di mana mereka menembak bola supaya

    mengenai sasaran. Pertunjukan eksperimen sains juga diadakan di bahagian ini.

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    6/28

    Kami berpeluang mengunjungi Pameran Dinasor yang julung kali diadakan. Pameran tersebut diadakan di tingkat dua

    bangunan PSN. Pelbagai fakta menarik yang kami perolehi antaranya mengenal spesis dinasor seperti Stegosaurus,

    Iguanadon, Lambeosaurus, Stegosaurus, Triceratops dan banyak lagi. Setiap specis dinasor yang dipamerkan diberikan

    penerangan lengkap contohnya saiz, ketinggian, berat, jenis diet atau makanan dan jangka hayat. Di luar ruang pameran

    dinasor kami lihat aktiviti kanak-kanak bermain pasir berwarna membentuk dinasor.

    Selepas itu, kami singgah sekejap ke bahagian Alam Mesin Pintar di mana kami dapat melihat teknologi komputer yang

    lama dipamerkan. Selain itu, terdapat banyak lagi jenis peralatan teknologi yang dipamerkan.

    Memandangkan hari telah lewat petang, kami bergegas keluar ke Subterranean Journey untuk mengalami sendiri suasana

    pengembaraan maya. Bangunan tersebut terletak berdekatan kaunter tiket pintu masuk ke PSN. Pada mulanya kami

    sangkakan bangunan tersebut tutup tetapi petugas yang melihat kami menyuruh kami masuk dari pintu belakang

    memandangkan bahagian ruang pameran depan sedang diubahsuai. Disanakami diarahkan memakai kaca mata 3D bagi

    mengalami keadaan pengembaraan maya. Kami berasa gembira dan seronok berada disana, filem yang dimainkan

    berdasarkan pengembaraan di dasar laut kemudian melalui kawasan hutan dan gunung berapi dan berdepan dengan haiwan

    purba seperti dinasor dan burung yang besar. Suasana di dalam kabin gelap dan tempat duduk akan bergerak mengikut jalan

    cerita yang dimainkan seperti cepat dan lambat. Kerana terlalu teruja kami menaiki kabin tersebut sehingga tiga (3) kali.

    Di luar bangunan Subterranean Journey dipamerkan fakta dan gambar-gambar berkenaan cetusan gunung berapi.

    Memandangkan kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan kami tidak dapat melihat dan bereksperimen dengan bahan pameran

    berkenaan gunung berapi. Kami hanya mengambil gambar dan fakta melalui gambar yang dipamerkan.

    Memandangkan waktu lawatan hampir tamat kami pun bersurai sekitar pukul 4:30 petang. Pengalaman lawatan ini amat

    bermakna bagi kami kerana banyak bahan yang didapati yang boleh diimplementasikan dalam P&P awal sains kanak-kanak.

    a) ANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DISEDIAKAN

    1.Demonstrasi Sains

    Merupakan satu aktiviti sains yang menyeronokkan dan menakjubkan. Demonstrator akanmenunjukkan fenomena sains kepada penonton yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian.

    AKTIVITI-AKTIVITI

    Elektrostatik

    Ais Ajaib

    Matematik, Topologi, Berseronok dengan Nombor

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    7/28

    Buih Sabun

    Ilusi Optik

    Cyrogenic Fun

    Tindakbalas Kimia

    Awesome Experiments

    WAKTU PROGRAM

    Hari: Setiap hari kecuali Jumaat

    Masa: 12.00 tengahari, 2.30 petang, dan 4.00 petang

    2. Ekperiment

    * Pusat Sains Negara telah menyediakan satu sudut yang dinamakan sebagai Sudut Eksperimen Sains. Sudut ini adalah khas

    bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga bagi keluarga.

    * Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis eksperimen sains yang bercorak hands -on dan minds-on yang dirangka untuk

    meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains.

    * Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat ujikaji dan pemerhatian sains yang terdapat di sudut Eksperimen Sainst. Pada

    satu masa terdapat 3 atau lebih eksperimen mudah yang boleh dijalankan.

    * Sudut Eksperimen sains ini dibuka setiap hari KECUALI Jumaat dari jam 9.00 pagi5.00 petang. Ianya terletak di

    ruangan Atrium Pusat Sains Negara dan penyertaan

    3. Peneroka Comel (pra sekolah)

    Merangsang perasaan ingin tahu kanak-kanak yang berumur 24 tahun mengenai sains di

    sekeliling mereka melalui aktiviti sentuhan tangan secara berpandu dan berselia.

    Tajuktajuk aktiviti :a) Mengenal warna dan saiz -mengasingkan bola mengikut perbezaan warna dan saiz

    b) Kesedaran kerjaya melalui bermain -alami pengalaman sebagai seoran gdoktor, jurutera,

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    8/28

    angkasawan dan juruselam

    c) Bermain dengan blok geometri -kesedaran tentang bentuk geometri dalam kehidupan seharian

    d) Aktiviti mengenali haiwan -mengenali corak jejak kaki dan meneka bunyi haiwan

    e) Aktiviti berat dan keseimbangan -bermain dengan burung dan clown (mengimbang objek)

    f) Cahaya dan Bayang-bayang -Cahaya dan bayang-bayang mencipta dan mengubah saiz bayang-bayang

    g)Bunyimenghasilkan pelbagai bunyi dan menentukan kelansingan bunyi

    h) Jejak dedaun -membuat pengkelasan daun mengikut saiz, bentuk, warna dan corak urat daun

    i) Warna -melihat warna pelbagai objek dengan menggunakan cermin mata berwarna

    j) Pertumbuhan biji benih -memerhati dan mengasingkan biji benih serta melihat pertumbuhannya

    k) Penerokaan deria sentuh -mengenalpasti persamaan dan perbezaan pelbagai jenis objek

    b) AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIRANCANG SECARA TAHUNAN

    Kalendar aktiviti 2011

    Top of Form

    Tahun 2011 Tahun 2010 Tahun 2009 Tahun 2008 Tahun 2007 Tahun2006

    Bottom of Form

    Bulan

    Program

    Januari

    PameranDinos Alive !

    Hari Inovasi Malaysia

    Februari

    PameranDinos Alive !

    MBBC Cheque Hand-over ceremony

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    9/28

    Mac

    PameranDinos Alive !

    Dinos Festival

    Dinos Science Camp

    Science On Wheels

    April

    PameranDinos Alive !

    Karnival Kimia Malaysia

    Mei

    PameranDinos Alive !

    1Malaysia Solar Competition

    Perasmian Tahun Penggalakan Sains dan Matematik 2011

    The Ice Age Experience (Pusat Sains Negara Caw. Wilayah Utara)

    Science On Wheels

    Science On The Move

    Kelana Sains

    Jun

    PameranDinos Alive !

    Draw My Farm Carnival

    Science On Wheels

    Kelana Sains

    Karnival Sains Udara (Pusat Sains Negara Caw. Wilayah Utara)

    Julai Special Science Day

    Ogos Science On The Move

    September

    Robotic Festival

    Pertandingan Robotik Kebangsaan (Akhir)

    Science On The Move

    Oktober Science Kid

    November First Malaysia Paper Plane Competition

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    10/28

    Disember

    Pelancaran Tahun Sains Negara 2012

    Sambutan Jubli Perak Pusat Sains Negara

    Pesta Sains

    Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah berasaskan sifat semula jadi kanak-kanak yang sememangnya

    ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka. Pendidikan sains pada peringkat awal kanak-kanak adalah memupuk

    dan membina minat dan kegemaran kanak-kanak supaya terus meneroka dan mencari penjelasan kepada fenomena yang

    diperhatikan dalam kehidupan mereka sehari hari.

    Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu teknik pengajaran yang menggunakan kaedah lawatan. Bersesuaian dengan subjek

    yang di ambil, program ini juga dilihat boleh meningkatkan pengetahuan sedia kami,memberi idea baru kepada kami untuk

    mengajar kanak-kanak kerana ia dapat meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak,memperolehi ilmu baru dan sekali

    gus memberi peluang kepada kami mendalami ilmu sains dengan lebih dekat lagi.Diharapkan dengan pelaksanaan projek ini

    akan mendapat manfaat yang maksimum sekaligus mencapai objektif projek ini.

    Lawatan tersebut adalah sebahagian dari tugasan yang berkaitan dengan subjek Awal Sains bagi semester ini. Banyak

    perkara yang boleh dilihat, diperhatikan, diaplikasikan untuk pengajaran dan pembelajan (P&P) dan memberi ruang

    terutamanya kepada kanak-kanak mempelajari serta meneroka dunia Sains. Kami juga berkesempatan menyaksikan pameran

    Dinasour.

    Dalam pada itu, saya dan rakan kumpulan bagi tugasan Awal Sains, Hazlina dan Margaret bercadang membuat projek sains

    berkenaan gunung berapi (Volcano)Berikut adalah Rancangan Pengajaran yang telah kami buat sebagai kesinambungan

    kepada lawatan yang telah kami lalui.

    5. RANCANGAN MENGAJAR

    Kelas : Prasekolah Dahlia

    Tarikh : 19.10.2011 (Selasa)

    Masa : 10.00 pagi (25 minit)

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    11/28

    Bilangan Murid : 25 orang

    Umur : 6 tahun

    Tema : Alam Sekitar

    Tajuk : Kejadian Gunung Berapi

    Tunjang Utama : Sains Dan Teknologi

    Standard Kandungan : (ST 5.1) Meneroka fenomena alam iaitu letusan gunung berapi.

    Standard Pembelajaran : (ST 5.1.4) Menjalankan aktiviti membentuk letusan gunung berapi

    Kesatuan Tunjang : (PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.

    Objektif : Pada akhir pengajaran murid akan dapat :

    1. Mengetahui bagaimanana terjadinya letusan gunung berapi.

    2. Mengetahui kesan yang ditinggalkan setelah berlakunya letusan gunung berapi.

    Pengetahuan sedia ada : Kanakkanak pernah melihat letusan gunung berapi di televisyen.

    Nilai-nilai murni : Menghargai alam sekitar

    Mengetahui kejadian alam semesta

    Alat bantuan mengajar : Model binaan gunung berapi, cuka, baking , pewarna, pencuci pinggan mangkuk

    Langkah /Masa

    Isi Kandungan Aktiviti Catatan/Bahan

    Set InduksiModel Gunung Murid-murid memerhatikan guru masuk ke kelas bersama Model Model Gunung Berapi

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    12/28

    (3 minit) Berapi gunung berapi.

    Guru bersoal jawap dengan murid.

    Contoh soalan:

    1.Apakah benda ini?

    (gunung)

    2.Siapa pernah mendaki gunung?

    3.Apa warna gunung?

    Guru memperkenalkan tema minggu ini.

    Bimbingan

    Guru

    Langkah 1

    (7 minit)

    -proses gunung

    berapi meletup

    Muridmurid ditunjukkan gambar-gambar kejadian gunung

    berapi.

    Murid-murid memerhati dan bersoal jawab dengan guru.

    Contoh soalan:

    1.Mengapa gunung berapi berlaku?

    2.Bagaimana terjadinya letusan gunung berapi?

    Gambar gunung berapi

    Bimbingan

    guru

    Langkah 2

    (12 minit)

    -Demonstrasi letupangunung berapi

    Guru memperkenalkan bahan atau alatan untuk menghasilkan

    letupan gunung berapi.

    Murid-murid memerhatikan tunjuk cara guru dalammenghasilkan letupan gunung berapi.

    Muridmurid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru.

    - Model gunung berapi.

    - Cuka

    - Pewarna

    - Pabun

    - Baking soda

    Penutup

    (3 minit)

    -Cerita pendektentang kesan gunung

    berapi

    Murid-murid diminta bercerita tentang kesan selepas gunung

    berapi terjadi.

    Contoh:

    binatang mati, pokok terbakar dan lain-lain.

    - Replika binatang, pokokdan lain-lain.

    -Model gunung

    berapi yang telahdigunakan

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    13/28

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    14/28

    Dari awal tugasan diberikan sehinggalah ke tahap ini, saya berasa amat gembira dengan pencapaian saya dan ahli kumpulan

    saya. Segala kesukaran yang saya dan ahli kumpulan lain telah hadapi akhirnya membuahkan hasil yang baik.

    Laporan yang telah dihasilkan ini adalah hasil daripada lawatan yang telah diadakan pada 23 Oktober 2011. Tujuan lawatan

    adalah untuk melihat dan mengenalpasti subjek yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran diprasekolah

    berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah. Saya dan ahli kumpulan perlu mencari subjek yang sesuai untuk diajar kepada

    kanak-kanak diperingkat prasekolah.

    Saya dan ahli kumpulan telah tertarik dengan subjek kejadian letusan gunung berapi kerana subjek ini boleh dilakukan

    secara amali atau eksperimen bersama kanak-kanak. Jadi, saya dan ahli kumpulan mencari fakta-fakta yang berkaitan dengan

    gunung berapi di Pusat Sains Negara.

    Disamping mencari fakta tentang gunung berapi itu, saya berasa amat kagum melihat beberapa kejadian alam seperti putaran

    system solar, kitaran benda hidup, proses tenaga hidrolik,puting beliung, system perkumuhan, system pernafasan, pasang

    surut air laut dan macam-macam lagi. Saya amat tertarik untuk mengetahui punca-punca, bagaimana,bila,kenapa dan

    mengapa kejadian ini berlaku dimuka bumi ini.

    Pameran Dinosour juga menarik perhatian saya walaupun bilik pamerannya tidak begitu besar tetapi ada lebih kurang 10

    jenis dinosaur yang dipaparkan berserta habitatnya dan makanannya. Ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang

    haiwan alam purba yang bersaiz besar ini.

    Alhamdulillah, secara keseluruhannya, saya berasa amat puas hati dan gembira dengan lawatan ini dan berasa amat

    bersyukur kerana berjaya menyiapkan laporan ini bersama ahli kumpulan saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan

    Kamariah Bt Abu Bakar diatas tunjuk ajar yang diberikan. Jasa puan amat saya hargai. Terima kasih juga kepada semua

    rakan-rakan sekelas dan yang terlibat.

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    15/28

    Ramai kunjungi Pusat Sains Negara

    http://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6117.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6116.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6115.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6112.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6136.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6131.jpghttp://syimarsogimin.files.wordpress.com/2011/11/dscf6127.jpg
  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    16/28

    Gelagat orang ramai yang mencuba peralatan disediakan di Pusat Sains Negara semasa cuti Hari Raya Aidilfitri di KualaLumpur, kelmarin.

    KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pusat Sains Negara merupakan antara pilihan orang ramai untukdilawati pada cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

    Tinjauan Utusan Malaysiasemalam mendapati, kebanyakan pengunjung terdiri daripada warga

    kota yang tidak pulang ke kampung untuk menyambut lebaran.

    Seorang pekerja swasta dari Selayang, Samsiah Mat Razali, 42, berkata, cuti umum adalahmasa terbaik untuknya meluangkan masa bersama keluarga melawat di tempat menarik.

    "Saya kerja kilang, jadi masa terluang bersama anak-anak tidak menentu, musim cuti sekolahpun kadang-kadang susah dapat cuti," katanya di sini.

    Seorang lagi pengunjung, Khider Abdul Rahim, 33, memberitahu, keadaan ibu negara yangmasih lengang menyebabkan dia menggunakan kesempatan melawat Pusat Sains Negara.

    "Saya datang ke sini untuk beri peluang kepada anak-anak merasai pengalaman beriadah sambil

    belajar. Sebelum ini ramai pengunjung, tidak berpeluang sertai program disediakan," katanya.

    Bagi seorang peniaga, Mohd. Ruzaizey Rozlan, 30, bekerja sendiri menyebabkan dia jarangmempunyai masa bersama anak-anak, tambahan pula isterinya bekerja di syarikat swasta.

    "Saya pulang beraya di Kelantan. Jadi dengan ada baki cuti apabila kembali ke sini, saya ambilpeluang melawat tempat pendidikan interaktif seperti Pusat Sains Negara agar anak-anak dapatberhibur sambil belajar," katanya.

    Kakitangan awam, Hamdan Mohamed Hashim, 45, berkata, dia hanya berpeluang bercutisetiap tiga tahun sekali dan sememangnya kesempatan yang ada digunakan untuk bersamakeluarga.

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    17/28

    "Saya guna masa yang ada untuk berhibur bersama keluarga melawat sekitar ibu kota keranasaya jarang dapat cuti dan kami pula hanya beraya di Kuala Lumpur," katanya.

    Seorang pengunjung dari Kedah, Sazrina Md. Isa, 42, berkata, dia memilih Kuala Lumpursebagai destinasi percutian sempena hari raya kerana kurang sesak berbanding hari-hari biasa.

    "Saya berhari raya di rumah saudara-mara di sini, keadaan jalan raya lengang saya gunakanuntuk bawa keluarga melawat tempat pelancongan sekitar Kuala Lumpur," katanya.

    Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pameran Pusat Sains Negara, Phyllis Lamberkata, sejak dibuka semula semalam berikutan cuti umum sempena hari raya, sambutanditerima amat menggalakkan.

    "Biasanya musim seperti ini bilangan pengunjung meningkat kerana ibu bapa dan anak-anak cutiserentak," katanya.

    Kata beliau, banyak aktiviti disediakan di Pusat Sains Negara untuk menarik minat orang ramai

    antaranya program pendidikan.

    "Selain itu, pengunjung juga boleh nikmati suasana taman luar yang membolehkan merekabermain air dan melihat rama-rama serta pameranDinosaur Liveyang dilanjutkan sehinggaOktober depan." katanya.

    A A A

    English

    B.Malaysia

    Carian UTAMA

    MENGENAI KAMIo PROFIL KORPORAT

    o PIAGAM PELANGGAN

    o KONSEP & PERANAN

    o CARTA ORGANISASI

    o GARISAN MASAo KELAB PSN

    http://www.psn.gov.my/en/gallery-and-display/http://www.psn.gov.my/en/gallery-and-display/http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/category/mengenai-kami/http://www.psn.gov.my/profil-korporat/http://www.psn.gov.my/piagam-pelanggan/http://www.psn.gov.my/konsep-peranan/http://www.psn.gov.my/carta-organisasi/http://www.psn.gov.my/garisan-masa/http://www.psn.gov.my/kelab-psn/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/kelab-psn/http://www.psn.gov.my/garisan-masa/http://www.psn.gov.my/carta-organisasi/http://www.psn.gov.my/konsep-peranan/http://www.psn.gov.my/piagam-pelanggan/http://www.psn.gov.my/profil-korporat/http://www.psn.gov.my/category/mengenai-kami/http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/en/gallery-and-display/
  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    18/28

    o PAUTAN

    INFO PELAWAT

    o MERANCANG LAWATAN

    o BAYARAN MASUK

    o WAKTU OPERASI

    o LOKASI

    o SOALAN LAZIM

    o GARIS PANDUAN

    o BORANG TEMPAHAN LAWATAN

    TEROKAo GALERI DAN PAMERAN

    o TAMAN PENDIDIKAN SAINS

    o KEMUDAHAN

    BORANG TEMPAHAN KEMUDAHAN

    o PETA INTERAKTIF

    PROGRAMo PROGRAM SEKOLAH

    BORANG TEMPAHAN PROGRAM SEKOLAH

    o PROGRAM AWAMo PROGRAM STI

    o PROGRAM JANGKAU LUAR

    BORANG TEMPAHAN PROGRAM KELANA SAINS

    o PROGRAM FASILITATOR

    BORANG PERMOHONAN PROGRAM FASILITATOR

    o KALENDAR

    MEDIAo BERITA / ARKIB

    o SIARAN AKHBAR / ARKIB

    o GALERI GAMBAR

    o GALERI VIDEO

    o HIBURAN & PERMAINANo PENERBITAN

    o MUAT TURUN

    HUBUNGI KAMI

    o BORANG MAKLUMBALAS

    http://www.psn.gov.my/pautan/http://www.psn.gov.my/info-pelawat/http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=1http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=2http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=3http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=4http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=5http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=6http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=7http://www.psn.gov.my/category/teroka/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/http://www.psn.gov.my/taman-pendidikan-sains/http://www.psn.gov.my/kemudahan/http://www.psn.gov.my/wordpress/borang-tempahan-kemudahan/http://www.psn.gov.my/peta-interaktif/http://www.psn.gov.my/category/program/http://www.psn.gov.my/program-sekolah/http://www.psn.gov.my/borang-tempahan-program-sekolah/http://www.psn.gov.my/program-awam/http://www.psn.gov.my/program-sti/http://www.psn.gov.my/program-jangkau-luar/http://www.psn.gov.my/borang-tempahan-program-kelana-sains/http://www.psn.gov.my/program-fasilitator/http://www.psn.gov.my/borang-permohonan-program-fasilitator/http://www.psn.gov.my/kalendar/http://www.psn.gov.my/media/http://www.psn.gov.my/category/media/psn-berita/http://www.psn.gov.my/category/media/psn-akhbar/http://www.psn.gov.my/galeri-gambar/http://www.psn.gov.my/media/galeri-video/http://www.psn.gov.my/category/media/hiburan-permainan/http://www.psn.gov.my/category/media/psn-penerbitan/http://www.psn.gov.my/category/media/muat-turun/http://www.psn.gov.my/hubungi-kami/http://www.psn.gov.my/borang-maklumbalas/http://www.psn.gov.my/borang-maklumbalas/http://www.psn.gov.my/hubungi-kami/http://www.psn.gov.my/category/media/muat-turun/http://www.psn.gov.my/category/media/psn-penerbitan/http://www.psn.gov.my/category/media/hiburan-permainan/http://www.psn.gov.my/media/galeri-video/http://www.psn.gov.my/galeri-gambar/http://www.psn.gov.my/category/media/psn-akhbar/http://www.psn.gov.my/category/media/psn-berita/http://www.psn.gov.my/media/http://www.psn.gov.my/kalendar/http://www.psn.gov.my/borang-permohonan-program-fasilitator/http://www.psn.gov.my/program-fasilitator/http://www.psn.gov.my/borang-tempahan-program-kelana-sains/http://www.psn.gov.my/program-jangkau-luar/http://www.psn.gov.my/program-sti/http://www.psn.gov.my/program-awam/http://www.psn.gov.my/borang-tempahan-program-sekolah/http://www.psn.gov.my/program-sekolah/http://www.psn.gov.my/category/program/http://www.psn.gov.my/peta-interaktif/http://www.psn.gov.my/wordpress/borang-tempahan-kemudahan/http://www.psn.gov.my/kemudahan/http://www.psn.gov.my/taman-pendidikan-sains/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/http://www.psn.gov.my/category/teroka/http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=7http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=6http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=5http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=4http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=3http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=2http://www.psn.gov.my/info-pelawat-kandungan/?pg=1http://www.psn.gov.my/info-pelawat/http://www.psn.gov.my/pautan/
  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    19/28

    GALERI DAN PAMERAN

    Anda disini:Laman Utama Teroka Galeri Dan Pameran

    Semua

    Kuala Lumpur

    Kedah

    Alamilah pengalaman interaktif sains dan teknologi anda semasa ketika melawati galeri dan pameran

    di Pusat Sains Negara. Mulakan penerokaan anda di sini!

    Flight

    Kuala Lumpur

    Mendedahkan pengunjung kepada dunia penerbangan serta sains di sebaliknya seperti prinsip

    Bernoulli, tekanan udara dan kelajuan. Belajar cara mengendalikan helikopter serta melancarkan roket

    melalui bahan-bahan pameran yang disediakan kepada para pengujung.

    Alam Mesin Pintar

    http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/category/teroka/http://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125#allhttp://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125#kuala-lumpurhttp://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125#kedahhttp://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125#kedahhttp://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125#kuala-lumpurhttp://www.psn.gov.my/galeri-dan-pameran/?doing_wp_cron=1396858876.5131618976593017578125#allhttp://www.psn.gov.my/category/teroka/http://www.psn.gov.my/
  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    20/28

    Kuala Lumpur

    Tingkatkan kefahaman tentang bagaimana komputer, telekomunikasi dan robot dapat membantu

    memudahkan hidup manusia, menjadikan kehidupan lebih senang, cekap dan ceria.

    Alam Kanak-Kanak

    Kuala Lumpur

    Galeri ini dibangunkan khas untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 14 tahun dengan menerapkan

    konsep Me and My World. Rekabentuk bahan pameran di galeri ini mengambil kira sembilan elemen

    kepintaran kanak-kanak yang dapat menjana minda yang kreatif dan inovatif. Galeri ini terbahagi

    kepada 4 bahagian utama iaitu Bunyi dan Muzik, Mesin, Kreativiti, dan Istimewanya Saya.

    Peneroka Comel

    Kuala Lumpur

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    21/28

    Direka khas untuk anak kecil 3 tahun dan ke bawah. Kawasan ini merangsang kemahiran motor di

    kalangan kanak-kanak dan bayi.

    Science Wonderland

    Kuala Lumpur

    Science Wonderland dengan rasminya telah dibuka kembali kepada para pengujung pada 17 Januari

    2011. Ia merupakan sebuah taman pendidikan sains yang merangkumi semua aspek-aspek sains

    daripada segi teknologi & inovasi. Selain itu, tempat ini juga memberi keseronokan yang maksimum

    kepada para pengujung selain mempelajari ilmu sains.

    Kids Discovery Place

    Kuala Lumpur

    Galeri ini berkonsepkan penerokaan sambil berseronok yang disasarkan kepada kanak-kanak berusia

    4 hingga 6 tahun dan terbahagi kepada 4 zon iaitu kejuruteraan, astronomi, robotik dan sains ceria.

    Antara aktiviti yang dijalankan di galeri ini ialah Program Saintis Tunas dan Program Hari Jadi.

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    22/28

    Eureka

    Kuala Lumpur

    Galeri yang mampu membuka minda para pengujung supaya lebih kreatif dan inovatif. Galeri ini

    menempatkan lebih kurang 20 30 bahan pameran interaktif yang dibahagikan kepada tiga zon

    utama iaitu Mathmagic, Creativity Igniteddan Fun Science. Pengunjung berpeluang untuk berinteraksi

    dengan bahan pameran bertaraf antarabangsa ini dan kebanyakan bahan pameran ini merupakan

    bahan pameran yang popular dari seluruh dunia. Antaranya ialah bahan pameran Moon Walker.

    Laluan Ke Alam Sains

    Kuala Lumpur

    Terokai dan fahami prinsip-prinsip asas sains dan mengembara merentasi dunia makro dan mikro

    dalam bidang biologi, fizik, kimia dan astronomi.

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    23/28

    Wonderspark

    Kuala Lumpur

    Merupakan laluan utama masuk ke galeri-galeri Pusat Sains Negara. Ia menampilkan tiga elemen

    utama semula jadi iaitu air, udara dan cahaya. Ketiga-tiga elemen ini diterapkan pada bahan pameran

    yang disediakan di galeri tersebut. Pengunjung yang memasuki galeri ini akan teruja untuk terus

    menerokai galeri lain.

    Akuarium

    Kuala Lumpur

    Alamilah pengalaman berjalan melalui terowong akuarium dan melihat kepelbagaian ikan air tawar

    tropika serta kehidupan dalam sungai dari sudut pandangan hidupan sendiri.

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    24/28

    Taman Pendidikan Oryza

    Kedah

    Taman pendidikan yang berkonsepkan pembelajaran dalam taman. Di mana para pelawat dapat

    meluangkan masa bersama keluarga sambil mempelajari konsep sains yang terdapat di taman ini.

    Science Mall

    Kedah

    Ruang luas yang merangkumi pelbagai teori dan konsep sains seperti mekanikal, penghasilan bunyi,

    anatomi manusia dan banyak lagi. Sesuai untuk semua peringkat umur menerokai dunia sains dan

    teknologi.

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    25/28

    Sudut Elektrik

    Kedah

    Sesuai bagi si cilik dan remaja yang meminati bidang mengenai kuasa, elektrik, dan elektronik sambil

    berhibur ketika berinteraktif dengan bahan-bahan pameran yang menarik ini.

    Teater 3D

    Kedah

    Alami keseronokkan menonton dokumentari pendek mengenai sains dan teknologi dalam bentuk 3D

    yang sememangnya pasti menakjubkan!

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    26/28

    Sudut Islam dan Sains

    Kedah

    Ketahui penemuan teori-teori sains dan matematik yang dilakukan oleh ahli ilmuan Islam terdahulu

    yang hebat. Pelajari sejarah Islam dan Sains hari ini!

    Fascinating Tunnel

    Kedah

    Laluan terowong yang mengasyikkan dengan himpunan bahan-bahan pameran yang berkonsepkan

    cahaya dan optik yang pasti membuka minda sesiapa yang mencuba.

    Pusat Sains Negara

    Kementerian Sains, Teknologi

    dan Inovasi

    Persiaran Bukit Kiara

    50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur

  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    27/28

    Tel : +603-2089 3400

    Faks : +603-2089 3401

    Emel : psn[at]psn.gov.my

    Hakcipta Terpelihara Pusat Sains Negara, 2012

    TAMAN PENDIDIKAN SAINS

    Anda disini:Laman Utama Teroka Taman Pendidikan Sains

    Science Wonderland dengan rasminya telah dibuka kembali kepada para pengujung pada 17 Januari

    2011. Ia merupakan sebuah taman pendidikan sains yang merangkumi semua aspek-aspek sains

    daripada segi teknologi & inovasi. Selain itu, tempat ini juga memberi keseronokan yang maksimum

    kepada para pengujung selain mempelajari ilmu sains.

    Science WonderlandActivity Arena

    http://www.psn.gov.my/hakcipta/http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/category/teroka/http://www.psn.gov.my/category/teroka/http://www.psn.gov.my/http://www.psn.gov.my/hakcipta/
  • 5/27/2018 PUSAT PUSAT

    28/28

    TEROKA