47
RAHSIA DIRI ANDA DAN SI DIA BERDASARKAN ZODIAK Nota “Rahsia Diri……” ini memuatkan fakta , di antara lain; tentang ciri positif, ciri negatif, penampilan diri, kegemaran, kesesuaian warna dan bau – bauan, gelagat pergaulan, perhubungan seks, kerjaya dan rumah tangga. Walaupun sebuah ‘nota’, iaitu panjangnya kurang daripada 40 muka surat quarto, namun penulisan ini disempurnakan setelah melalui penyelidikan khas kira – kira dua tahun. Ia termasuk pembacaan, uji selidik terhadap sekumpulan orang, pemerhatian, pergaulan, perbualan dan pengalaman. Sebenarnya masa, tenaga dan pemikiran semasa menyusun nota ini mungkin lebih daripada harga nota yang dinyatakan. Namun saya berasa puas apabila nota ini anda miliki dan membacanya. Lebih menggembirakan saya jikalau didapati 70 peratus daripada fakta yang dicatatkan bertepatan dengan diri dan peribadi anda selama ini.Ini suatu kepuasan bagi saya! Dengan memiliki dan membaca nota ini, anda bukan saja dapat mengetahui ‘rahsia’ diri anda sendiri tetapi juga dapat mengetahui ‘rahsia’ orang lain, berdasarkan tarikh lahir 'si dia'. Sebagai panduan umum, dalam nota ini, kawan/pasangan yang dinyatakan adalah berdasarkan dua/tiga zodiak yang sesuai , dan dua / tiga zodiak yang tidak sesuai.Walau bagaimana pun, zodiak yang dinyatakan sebagai “tidak sesuai” dalam nota ini bolehlah dianggap sesuai pada tahap ‘sederhana / biasa’ dengan diri anda. Seterusnya, mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal menilik nasib adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita lupa, kita hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukannya.Jadi , salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan tarikh lahirnya. Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia dijadikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai, kegemaran, pembawaan (ketrampilan), dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001 jawapan (rahsia) yang cuba dibongkarkan dalam nota in. Saya mengucapkan ribuan ‘Terima Kasih’ kerana anda sudi menghubungi saya untuk memiliki nota yang tidak sepertinya ini.Wassalam….. Sekiranya anda pertanyaan tentang "Rahsia" ini atau ingin memesan nota secara lengkap, anda boleh e-melkan kepada saya RAHSIA DIRI ANDA DAN SI DIA BERDASARKAN ZODIAK

Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

RAHSIA DIRI ANDA DAN SI DIA BERDASARKAN ZODIAK

Nota “Rahsia Diri……” ini memuatkan fakta , di antara lain; tentang ciri positif, ciri negatif, penampilan diri, kegemaran, kesesuaian warna dan bau – bauan, gelagat pergaulan, perhubungan seks, kerjaya dan rumah tangga. Walaupun sebuah ‘nota’, iaitu panjangnya kurang daripada 40 muka surat quarto, namun penulisan ini disempurnakan setelah melalui penyelidikan khas kira – kira dua tahun. Ia termasuk pembacaan, uji selidik terhadap sekumpulan orang, pemerhatian, pergaulan, perbualan dan pengalaman. Sebenarnya masa, tenaga dan pemikiran semasa menyusun nota ini mungkin lebih daripada harga nota yang dinyatakan. Namun saya berasa puas apabila nota ini anda miliki dan membacanya. Lebih menggembirakan saya jikalau didapati 70 peratus daripada fakta yang dicatatkan bertepatan dengan diri dan peribadi anda selama ini.Ini suatu kepuasan bagi saya!

Dengan memiliki dan membaca nota ini, anda bukan saja dapat mengetahui ‘rahsia’ diri anda sendiri tetapi juga dapat mengetahui ‘rahsia’ orang lain, berdasarkan tarikh lahir 'si dia'. Sebagai panduan umum, dalam nota ini, kawan/pasangan yang dinyatakan adalah berdasarkan dua/tiga zodiak yang sesuai , dan dua / tiga zodiak yang tidak sesuai.Walau bagaimana pun, zodiak yang dinyatakan sebagai “tidak sesuai” dalam nota ini bolehlah dianggap sesuai pada tahap ‘sederhana / biasa’ dengan diri anda.

Seterusnya, mungkin ada pihak yang mengatakan bahawa nota ini semacam usaha ‘menilik nasib‘ , walhal menilik nasib adalah suatu amalan yang ditegah dalam Islam. Tetapi jangan kita lupa, kita hanya mampu merancang; tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukannya.Jadi , salahkah kita mengkaji pelbagai gelagat manusia berdasarkan tarikh lahirnya. Sedangkan usaha ini sejajar dengan hakikat bahawa manusia dijadikan oleh Allah dalam pelbagai bentuk, rupa, warna kulit, saiz, perangai, kegemaran, pembawaan (ketrampilan), dan perasaan? Sudah tentu tersembunyi 1001 jawapan (rahsia) yang cuba dibongkarkan dalam nota in. Saya mengucapkan ribuan ‘Terima Kasih’ kerana anda sudi menghubungi saya untuk memiliki nota yang tidak sepertinya ini.Wassalam…..

Sekiranya anda pertanyaan tentang "Rahsia" ini atau ingin memesan nota secara lengkap, anda boleh e-melkan kepada saya

RAHSIA DIRI ANDA DAN SI DIA BERDASARKAN ZODIAK

Page 2: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

CAPRICORN : YANG POSESIFCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah

zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan,

reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab,

memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa,

membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam

ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk

memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda

ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.

CAPRICORN SEPINTAS LALU

Lambang Kambing

Kunci Kata Kejayaan

Kekuatan Keupayaan menukar mimpi menjadi kenyataan

Perlu Perbaiki Rasa simpati

Cepat Mesra Dengan Taurus

Perlu Belajar Daripada Cancer

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Aries

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Libra

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Virgo dan/atau Sagittarius

Warna Kesukaan Hitam dan/atau Biru Nila(Indigo)

Page 3: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniPerak dan/atau Ungu Tua (Puce)

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Biru Pekat

Batu Permata Oniks (mutiara) Hitam

Logam Plumbum

Bau-bauan Magnolia dan/atau pokok Pain

Hari Terbaik Sabtu

CAPRICORN : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan, orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong). Dalam pergaulan

yang membuahkan cinta, anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan

perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak-budakkan.

Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian

adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.

Orang yang di bawah naungan Aries (21 Mac – 20 April ) , Taurus ( 21 April – 20 Mei) atau Libra (23

September – 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat

mendamaikan hati Capricorn. Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi.

Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur ,

memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan

Capricorn. Libra sangat berhati – hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak

akan terluka.

Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21

Mei – 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn – Aquarius bukanlah

hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat

mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila

rasa cemburu anda sedang meluap-luap.

Page 4: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang

Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering

berubah – ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia

suka berpesta, berteman banyak dan berseronok – seronok.

CAPRICORN : PERHUBUNGAN SEKS

Capricorn sentiasa menanti hubungan seks yang mendalam dan kerap beranggapan banyak

pasangannya mudah mengecewakan keinginannya. Jauh di sudut hatinya, Capricorn bersedia meledak

dengan keghairahan dan pasangan anda bernasib baik sekiranya anda dapat sama – sama

menikmatinya. Capricorn sangat tradisional dan mengharapkan sahabat atau pasangannya memainkan

peranan tertentu . Sekiranya dia perempuan, dia akan memasak dan mencuci. Sekiranya dia lelaki, dia

akan membeli makanan dan soal cuci – mencuci tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

CAPRICORN : KERJAYA DAN KEWANGAN

Capricorn memang bercita – cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia

bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan

berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai

menjadi perdana menteri.

Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda

berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan

rakan seorganisasi menghormati anda.

Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan

harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang

ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.

Page 5: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

CAPRICORN : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah

tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak – anak dan

serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu

atau bapa.

AQUARIUS: YANG RASIONALCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak

Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan,

ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan,

dan manfaat manusia.

Ciri NegatifWalau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka

membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah,

dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan

kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil.

Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan

SCORPIO.

AQUARIUS SEPINTAS LALU

Lambang Gelombang (Alur air)

Kunci Kata Kemanusiaan

Page 6: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Kekuatan Keunikan dan wawasan

Perlu PerbaikiRasa hormat pada ego orang lain dan cinta

peribadi

Cepat Mesra Dengan Gemini

Perlu Belajar Daripada Leo

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Taurus

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Scorpio

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Capricorn dan/atau Libra

Warna Kesukaan Biru Kilat dan/atau Kelabu

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniEmas dan/atau Oren

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Warna Air (Aqua)

Batu Permata Mutiara Hitam; Baiduri; Biru Nilam

Logam Plumbum

Bau-bauan Azelea dan/atau Bunga Cina (Gardenia)

Hari Terbaik Sabtu

AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara.

Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan

bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan

seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat

menjadi ‘ratu dapur'. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !

Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei -

Page 7: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

20 Jun). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21

Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).

Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk

menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang

terbuka.Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya

intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya

turut disenangi oleh Gemini.

Oleh sebab Aquarius bersikap dingin,

anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun begitu, anda berdua sama –

sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo.

Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila berpasangan denganVirgo yang serius.

AQUARIUS : PERHUBUNGAN SEKS

Aquarius lebih tertarik pada cinta minda daripada cinta jasmani. Anda bijak dan

sangat tekun. Sikap Aquarius terhadap seks bercampur – campur. Sesetengahnya

mengemari seks, manakala sebahagian golongan lagi berasa lebih gembira tanpa

seks.Kebanyakan yang berlambang Aquarius berada dalam keadaan keliru lantaran hanya

diri anda sahaja yang memahami diri sendiri.

AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja

sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan ,

kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.

Page 8: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan

organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya

yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.

Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda

biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau

sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain.

Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata – mata.

AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil.

Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.

Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan

dan kauliti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan

cinta ke dalam rumah dan keluarga.

PISCES : YANG SENSITIFCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak

Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari

ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama,

bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah - diri, kecewa,

bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya

penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun

Page 9: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda

ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.

PISCES SEPINTAS LALU

Lambang Ikan

Kunci Kata Cinta Sejagat

Kekuatan Penerimaan dan Persefahaman

Perlu Perbaiki Penumpuan

Cepat Mesra Dengan Cancer

Perlu Belajar Daripada Virgo

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Gemini

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Sagittarius

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Aquarius dan/atau Scorpio

Warna Kesukaan Akuamarin dan/atau Hijau-Biru

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniBatu Tanah; Kuning;Oren-Kuning

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Merah; Ungu

Batu Permata Permata Putih

Logam Bijih Timah

Bau-bauan Teratai

Hari Terbaik Khamis

PISCES : GELAGAT PERHUBUNGAN

Page 10: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Dalam pergaulan, cita rasa Pisces mudah berubah – ubah. Ini mungkin membingungkan orang

sekitarnya. Pisces seorang sensitif ! Tersinggung sedikit cepat menanggis. Anda mudah cemburu tetapi

anda hangat dan romantik. Anda akan berusaha menyenangkan kawan atau kekasih. Pisces suka pada

pujian dan mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasih. Justeru itu, seseorang yang

berkeperibadian kuat adalah pendamping yang tepat untuk anda.

TAURUS ( 21 April – 20 Mei) yang pendiam tetapi mantap, sesuai untuk Pisces. Sikap Taurus yang

dewasa, bersikap melindungi , akan mententeramkan hati Pisces yang sensitif ini. CANCER ( 21 Jun –

20 Julai ) yang matang dan gemar melindungi, juga diidamkan Pisces.Pasangan Cancer dan Pisces akan

senada seirama lantaran kedua – duanya sama – sama berpandangan kolot.

Sebaliknya, ARIES ( 21 Mac – 20 April ) bukan teman yang tepat untuk Pisces. Lagak cakap Aries

yang terlalu becok menyukarkan anda yang sensitif. Aries juga banyak meminta – minta buat anda.

GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) juga bukan ideal anda. Sifatnya yang pembosan dan kerap berubah – ubah

boleh menyebabkan anda tersinggung.

PISCES : PERHUBUNGAN SEKS

Pisces adalah pemimpi dan hidup dalam dunia fantasi. Anda adalah lambang asmara dan

menyenangi makan malam di bawah sinaran lilin dan muzik rentak perlahan. Walaupun Pisces

romantik, atau begitu menyintai pasangan anda, namun anda tidak berupaya mengungkap perasaan itu

kepada si dia. Tetapi, jangan bimbang, memang itu perangai anda!

PISCES : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai. Kerjaya yang banyak

cabaran juga bermaksud anda perlu banyak belajar, merantau , dan menimba pengalaman

di mana – mana. Sikap penyayang menjadikan kerjaya

kelahiran Pisces sebagai doktor, jururawat atau guru.Walaupun kerjaya anda memang

Page 11: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

menjamin pendapatan yang cukup lumayan tetapi wang bukanlah segala – galanya. Pisces

cenderung menjadi pemurah jika mempunyai lebihan wang untuk diri dan keluarga.

PISCES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga kelahiran Pisces ini perlu melakukan lebih

banyak komunikasi lisan. Anda tidak suka dikongkong, sebaliknya inginkan kebebasan.

Pertukaran idea dan pendapat yang tidak emosional dan tenang, memanfaatkan orang lain.

Pisces menggemari persekitaran rumah tangga yang mampu membuahkan kepentingan

intelek dan minda. Pisces suka melayan jiran sebagai keluarga. Keseluruhannya, demi

keharmonian diri, keluarga dan jiran, anda perlukan keseimbangan antara layanan emosi

dan layanan intelektual, atau antara keluarga dengan jiran.

ARIES : YANG PENUH DAYA TARIKANCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak

Aries, yang berlambang Biri-biri Jantan. Dengan yang demikian , anda seorang yang berani, yakin,

inisiatif, mengutamakan tindakan , ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan

pencipta nasib.

Ciri NegatifWalau bagaimanapun, ada kalanya anda ini terlalu pemikir

, ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan , agresif, hasil kerja tak

sempurna, dan ada kelemahan.

Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk

memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda

ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.

Page 12: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

ARIES SEPINTAS LALU

Lambang Biri-biri Jantan

Kunci Kata Diri Sendiri

Kekuatan Wira Cabaran

Perlu PerbaikiRasa Terlalu Pemikir dan Menghargai Perasaan

Orang Lain

Cepat Mesra Dengan Leo

Perlu Belajar Daripada Libra

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Cancer

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Capricorn

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu

OlehSagittarius; Pisces

Warna Kesukaan Merah Gincu (carmine); Merah; Merah Marah

Warna Yang Membuahkan Cinta,

Asmara Dan HarmoniHijau; Hijau Jed

Warna Yang Menampilkan Kehebatan

DiriHijau

Batu Permata Jed

Logam Besi; Waja

Bau-bauan Bebuas; Bukit

Hari Terbaik Selasa

ARIES : GELAGAT PERHUBUNGAN

Page 13: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Aries punya daya pesona yang tinggi. Dalam pergaulan , anda kelihatan lincah, pintar, berkeperibadian

kuat dan teman bual yang mengasyikan. TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) , GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) dan

AQUARIUS ( 20 Januari – 18 Febuari ) adalah kekasih yang tepat bagi Aries. Sebaliknya, anda perlu berhati

– hati apabila berkasih dengan CAPRICORN (21 Disember – 19 Januari) atau CANCER (21 Jun – 20 Julai).

Taurus yang matang adalah pendamping yang tepat bagi Aries . Dengan sikapnya yang tenang; Taurus

yang berlambang Lembu Jantan , mampu menundukkan Biri – biri Jantan (Aries ) yang tidak mahu duduk

diam. Gemini juga boleh menjadi kekasih yang ideal bagi Aries . Kebetulan Gemini dan Aries mempunyai

banyak persamaan, iaitu aktif , cerdas dan bijak. Dengan kematangannya , Aries boleh mengendali

kekurangan Gemini. Di samping Aquarius , Aries mampu mengecapi bahagia. Aries tidak mempersoalkan

sifat kekasih yang romantik seperti Aquarius. Sebaliknya kecerdasan Aquarius menjadi daya tarikan yang

kuat buat Aries.

Capricorn bukan pula pasangan yang ideal bagi Aries yang aktif dan terbuka. Sifat Capricorn yang

konservatif dan tertutup boleh membosankan anda . Namun , Capricorn setia orangnya ! Sebaliknya , anda

sukar berdamping dengan Cancer yang sensitif. Apabila anda tersalah cakap , Cancer mungkin murung

berterusan. Walau bagaimana pun , Cancer jujur dan pelindung orangnya.

ARIES : PERHUBUNGAN SEKS

Sebagaimana SCORPIO ( 23 Oktober – 22 November ) , Aries adalah lambang paling seksi.

Orang kelahiran Aries nampak sahaja dingin dari segi luaran , tetapi apabila mendapat

kesempatan , mereka akan “mengodam" pasangannya (Aries ) habis – habisan sebelum dia

(Aries ) sempat bersedia ! Lelaki dan perempuan Aries senantiasa memikirkan seks ! Namun

mereka cukup penyayang dan mudah pula terluka . Kalau pandai menjaga hatinya pasti kelahiran

Aries akan meminta selalu.

ARIES : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran berlambang Aries ini sentiasa bercita – cita merintis kerjaya sendiri daripada

hanya bekerja dengan majikan. Walau bagaimana pun , Aries jarang menyelesaikan projek hingga

Page 14: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

ke penghasilan yang memuaskan ! Namun , pada jangka pendek , tiada siapa yang mampu

mengatasi daya rintis Aries. Lantaran itu , supaya berhasil ke puncak kerjaya , orang Aries

perlu memperbaiki kualiti pengurusan dan pentadbiran pada jangka panjang. Pada umumnya ,

Aries mementingkan tindakan , dan pemantauan daripada mencari dan mengumpulkan wang

semata – mata. Orang yang kelahiran Aries biasanya pekerja yang kuat dan rajin dan anda

mampu memperolehi banyak wang kerana kekuatan tenaga dan pemikiran.

ARIES : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Orang yang berlambang Aries adalah raja dalam rumah ( bos ) ! Lelaki Aries akan

menyerahkan tugas hal – ehwal dalam rumah tangga kepada pihak perempuan ( isterinya ).

Manakala perempuan Aries pula akan cenderung untuk memerintah ! Aries

gemarkan keluarga yang besar dan memerlukan peranan setiap ahli keluarganya . Dalam hal ini,

Aries adalah orang keluarga yang baik walaupun anda tidak semestinya suka terperap

(terpenyap) di dalam rumah ! Aries sukakan kanak – kanak dan sebenarnya lembut dan mesra

dengan pasangannya. Pada keseluruhannya , Aries suka pulang ke rumah setelah bekerja lama

dan kuat di luar rumah.

TAURUS : YANG SETIACiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak

TAURUS, yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan,

ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, gemar berpeleseran, kesuburan, terlalu praktis, murah

rezeki dan ketabahan .

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras

hati , suka menurut rasa

hati dan buntu fikiran .

Page 15: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Kualiti Astrologi Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan,

dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau

berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah AQUARIUS, LEO

dan SCORPIO.

TAURUS SEPINTAS LALU

Lambang Lembu Jantan

Kunci Kata Wang Ringgit

Kekuatan Ketahanan Diri

Perlu Perbaiki Kawalan Selera Makan

Cepat Mesra Dengan Virgo

Perlu Belajar Daripada Scorpio

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Leo

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Aquarius

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Aries; Capricorn

Warna Kesukaan Batu Tanah; Hijau; Oren; Kuning

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniUngu Merah; Ungu

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Kuning; Kuning-Oren

Batu Permata Merjan; Zamrud Hijau

Logam Tembaga

Bau-bauan Badam Pahit; Mawar; Vanila; Violet

Hari Terbaik Jumaat

Page 16: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

TAURUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Taurus sangat berhati – hati memilih kawan , sahabat lebih – lebih lagi kekasih , sehingga menjadi

seorang yang sangat pemilih. Walau bagaimana pun ,

sebaik – baiksahaja

mendapat pendamping yang serasi , Taurus akan menjaga

perhubungan itu supaya tetap berpanjangan.

Taurus mudah mesra , setia pada kekasih , bersikap melindungi , tetapi sifat ini juga bermakna

mengongkong. Taurus suka tinggal di rumah , suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada

berpeleseran. Pendamping yang diidamkan Taurus adalah seorang yang setia dan memberi perhatian penuh

padanya . Ini bermakna Taurus sangat bergantung pada pasangannya.

CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September ) adalah pasangan yang ideal bagi

Taurus . Walau bagaimana pun, Taurus perlu berhati – hati apabila berpasangan dengan ARIES ( 21 Mac –

20 April ) atau GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun) .

Cancer memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian Cancer yang matang dan tidak berubah

– ubah sesuai dengan cita rasa Taurus . Lagi pun , Cancer mempunyai pandangan yang konservatif ( kolot )

seperti anda. Sikap Virgo yang tenang dan agak kolot juga sesuai bagi Taurus.

Pasangan Taurus – Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana , Aries bercita – cita tinggi, lincah dan

terbuka berbanding dengan Taurus yang tenang tetapi matang . Gemini juga bukan pasangan ideal bagi

Taurus . Sifat Gemini yang mudah berubah – ubah boleh menyebabkan Taurus mudah berasa kecewa.

TAURUS : PERHUBUNGAN SEKS

Taurus merupakan satu lagi lambang

yang paling seksi . Walaupun demikian, orang kelahiran lambang ini lebih lambat pergerakkannya tetapi

Page 17: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

cukup mengasyikkan. Oleh sebab mereka ‘lambat’ , jangan pula anda beranggapan mereka ( Taurus )

membosankan. Kelahiran Taurus sangat setia dan sangat pemilih terhadap sesiapa yang menjadi

pasangannya. Mereka akan selalu membiarkan pasangannya mengambil berat dan memastikan mereka jujur

terhadap pasangannya.

TAURUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet , kreatif dan mementingkan ‘

deadline ‘ ( tempoh siap ). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun , Taurus

sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya. Anda menghormati orang mempunyai kesedaran

meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.

Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda tidak pernah bersikap malas , tetapi berasa

seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan . Taurus kurang gemar menanggung risiko yang

tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia.

Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian

yang terperinci

dengan penuh kesabaran dan keterlibatan. Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam

perkebunan dan pertanian. Secara umumnya , orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan

daripada prestij atau pengiktirafan orang awam . Justeru itu , Taurus hanya akan mengejar prestij dan

kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya !

Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan . Kekayaan adalah kestabilan . Dan

Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya!Sehubungan dengan

itu , Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini , Taurus

perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun , sikap bertolak ansur selalu diperlukan

untuk memastikan kejayaan Taurus.

TAURUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Page 18: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Rumah dan keluarga merupakan dua ‘ harta ‘ ( aset ) dan tanggungjawab adalah perkara

yang sangat penting bagi Taurus. Orang kelahiran Taurus memang sayangkan anak – anak . Untuk

kelengkapan rumah , orang Taurus gemar membeli perabot dan perhiasan untuk keselesaan.

Rumah bukan untuk tempat tinggal

semata – matatetapi tempat untuk kreativiti dan hiburan . Oleh sebab itu,

semua alat dan perabot sentiasa tersusun dan bersih.

Semakin tua , Taurus gemar tinggal di rumah , terutama rumah yang jauh dari kebisingan.

Taurus memang sukakan tanah tempat tumpah darah apabila menjelang hari tua. Taurus memang

penyayang tetapi agak tegas pada anak – anak . Segala – galanya disediakan dan diawasi demi

kebajikan dan kebaikan mereka . Bagi Taurus , kasih sayang bukan diucap tetapi dipraktiskan.

Walau bagaimana pun , Taurus tidak menyenangi kebisingan oleh kanak – kanak.

GEMINI : YANG BEBASCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak

Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi ,

suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada

sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak –

anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura.

Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya

penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun

tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda

ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS

GEMINI SEPINTAS LALU

Page 19: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Lambang Saudara Kembar

Kunci Kata Komunikasi

Kekuatan Wira Reka Bentuk dan Penerimaan

Perlu Perbaiki Hati Nurani

Cepat Mesra Dengan Libra

Perlu Belajar Daripada Sagittarius

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Virgo

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Pisces

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Taurus; Aquarius

Warna Kesukaan Biru; Kuning; Oren-Kuning

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniBiru Langit

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Perang; Perak

Batu Permata Akik; Akuamarin

Logam Perak Cergas

Bau-bauan Gandaria (Lavender); Teratai Lembah

Hari Terbaik Rabu

GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang

yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga

dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.

Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa

Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20

Page 20: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan

VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.

Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama

Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang

disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh

perhatian buat Gemini . Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini .

Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat

Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah .

Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar

berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang

setia orangnya ! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . Kesukaan

Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini.

GEMINI : PERHUBUNGAN SEKS

Gemini dikatakan zodiak yang paling kurang seksi . Mudah sahaja mereka menganggap seks

sebagai aktiviti yang membosankan . Tetapi , mereka mampu terpesona terhadap pasangan yang

pandai dan sesuai. Orang kelahiran Gemini mengemari kecerdasan otak daripada kecantikan dan

mereka menyenangi perbualan .

GEMINI : KERJAYA DAN KEWANGAN

Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan

kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan

orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam

kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh

yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi .

Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran,

Page 21: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini

adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup

yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat

terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan . Gemini gemar

membuat perbincangan atau ‘tawar – menawar‘ dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda

boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan

anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah

; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah – olah

tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai

cara untuk membantu keluarga.

GEMINI : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam rumah orang Gemini kelihatan agak cerewet . Anda cenderung supaya pasangan dan

anak – anak menerima ukuran keinginan yang anda tetapkan . Jika ini tidak dipatuhi , anda mudah

merungut dan mengkritik. Namun , orang Gemini merupakan keluarga yang baik dan suka melayan

keluarga dengan cara yang praktikal dan berfaedah . Rumah Gemini menyenangkan dan

meransangkan . Anda berkeupayaan bertukang dan mengemas . Kalau di rumah, ada sahaja yang

anda lakukan supaya kelihatan terlalu sibuk selalu! Gemini memahami perasaan anak – anak dan

mesra dengan mereka . Sebagai orang yang mahir berkomunikasi Gemini berkebolehan

menjelaskan sesuatu dan perkara kepada anak – anak , dan sudah tentunya mendapat kasih

sayang dan rasa hormat daripada anak – anak . Sesuai dengan pepatah ‘ bapa borek anak rintik ‘ ,

orang Gemini juga menggalakkan anak – anaknya supaya sekreatif dan suka berbual sepertinya .

Page 22: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

CANCER : YANG HANGATCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak

CANCER, yang berlambang Ketam. Dengan yang demikian , Cancer

sukakan rumah tangga , keluarga , kesihatan , makanan , ada rasa simpati, memberi

perlindungan , agak sensitif , punya kesabaran , kejujuran , dan kepintaran.

Ciri NegatifWalau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak – anakan , berbolak – balik , berpuak – puak

, tidak selamat , terlalu bertahan dan takut pada perpisahan .

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk

memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda

ialah ARIES, CAPRICORN dan LIBRA.

CANCER SEPINTAS LALU

Lambang Ketam

Kunci Kata Perasaan; Keluarga

Kekuatan Perasaan Psikik

Perlu Perbaiki Rasa Batasan Realistik

Cepat Mesra Dengan Scorpio

Perlu Belajar Daripada Capricorn

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Libra

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Aries

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Gemini; Pisces

Warna Kesukaan Biru; Ungu Tua; Perak

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Hitam; Biru Nila

Page 23: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Dan Harmoni

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Emas; Oren

Batu Permata Batu Bulan; Mutiara

Logam Perak

Bau-bauan Melati; Kayu Cendana

Hari Terbaik Isnin

CANCER : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan , orang Cancer adalah seorang yang setia. Dalam perhubungan yang

membuahkan cinta pula , Cancer adalah zodiak yang sentiasa hangat dan setia pada pasangannya.

Demi cinta, Cancer sanggup mengorbankan apa saja . Sehingga mudah menyulitkan keadaan sebab

anda juga seorang yang kuat cemburudan mengongkong. Sifat anda yang mudah sensitif sukar

difahami oleh pasangan anda. Contohnya , anda mudah menangis tanpa ada sebab yang tertentu.

Seseorang yang berperibadian yang matang adalah pasangan yang ideal buat Cancer. Di sini ,

TAURUS (21 April – 20 Mei) dan VIRGO (22 Ogos – 22 September) merupakan pendamping yang ideal

bagi Cancer. Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES (21 Mac – 20 April) dan GEMINI (21 Mei – 20

Jun) adalah kurang sesuai .

Taurus yang tenang adalah pasangan yang dicari oleh Cancer . Bersama – sama Taurus, anda

akan tenteram . Sikap Taurus yang matang

dan berperibadian yang kuat menjadikan anda berasa terlindung ( selamat ). Virgo juga pasangan yang

sesuai untuk Cancer . Namun demikian , Virgo cenderung menjadi dingin dan tidak romantis . Cancer

perlu menunggu ungkapan cintanya ! Bersabarlah, kerana Virgo sememangnya lambat dalam soal

cinta ini. Namun , Virgo juga seorang yang ‘ hangat ‘.

Seterusnya, Aries bukanlah pasangan yang tepat buat anda . Aries gemar berleter, padahal

Page 24: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Cancer adalah seorang yang sangat sensitif. Kalau Aries suka berteman dan mudah berkumpul dengan

teman – temannya ; Cancer pula adalah sebaliknya. Dengan Gemini yang mudah bosan dan berubah –

ubah sifatnya , juga menjadikan hubungan Cancer dengan Gemini kurang sesuai . Cancer mudah kesal

lantaran Gemini tidak memperlihatkan sifat tetap yang anda perlukan .

CANCER : PERHUBUNGAN SEKS

Sesiapa yang berlambang Cancer adalah seorang yang sensitif , lembut dan sangat penyayang.

Sesuai dengan lambang ibu zodiak , Cancer mampu terikat kukuh pada pasangannya. Kelahiran Cancer

agak emosi dan pada mereka ( Cancer ) , seks adalah pelepas kesepian yang paling mengasyikkan . Kalau

anda sebagai pasangan perlu berhati – hati supaya tidak segera mengasingkan diri darinya selepas selesai

hubungan seks. Orang yang berlambang Cancer sukakan kehangatan seks . Anda akan terasa terluka jika

ditinggalkan kekasih ketika sedang ‘ berkhayalan ‘ , dan menuduh kekasih anda hanya inginkan tubuh

anda sahaja. Kalau ada seseorang yang sedia membelai anda dengan cinta dan nafsu , pasti dia seseorang

yang dilahirkan di bawah lambang Cancer.

CANCER : KERJAYA DAN KEWANGAN

Dari segi kerjaya , orang Cancer memang mengambil masa yang agak lama sebelum mampu

memulakan bisnes (perniagaan) secara bersendirian . Dengan yang demikian , Cancer memang

patuh pada ketuanya atau majikannya di tempat kerja. Pada Cancer , dalam dunia kerjaya anda

mengharapkan ketuanya sebagai wira dalam pertahanan. Hanya sekiranya Cancer ditakdirkan

menjadi ketua atau berjawatan kanan barulah anda bersedia menjadi ‘panglima perang'. Cancer

gemar bekerja dengan anak – anak , sehingga anda menjadi pendidik atau guru yang dedikasi.

Dari segi kewangan , Cancer kerap memperolehi harta menerusi perniagaan keluarga . Walau pun

ianya bukan milik keluarga sendiri , tetapi anda akan berusaha menimbulkan suasana

kekeluragaan di tempat kerja. Contoh sumber kewangan yang mudah diperolehi Cancer ialah

dalam perniagaan yang berbentuk hotel, restoran , kelab malam atau urusan jual beli tanah .

Page 25: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Untuk memantapkan pegangan kewangan , Cancer perlu memperbaiki diri , misalnya mengurangi

rasa murung , dan meningkatkan kestabilan dan kemantapan .

CANCER : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam soal rumah tangga kejayaan Cancer lebih menyerlah . Persekitaran rumah dan

keluarga yang diciptanya merupakan kerja seni yang diserlahkan . Cancer rapat dengan

keluarga , sanak saudara , dan terutama ibunya. Cancer sayangkan keluarganya dan terikat erat

hingga ke akhir hayatnya. Cancer sayangkan kanak – kanak dan sedia memberikan mereka

keperluan . Sebagai ibu atau bapa , Cancer segera memaafkan kesalahan anak – anaknya atau

saudara mara, sesuai dengan ungkapan “ Walau apa pun terjadi , anda atau dia adalah keluarga

kita “ . Mempertahankan institusi kekeluargaan merupakan sebab utama mengapa Cancer terus

hidup. Anda mempunyai banyak perkara untuk diajar kepada orang lain . Lantaran berorentasi

keluarga , rumah tangga Cancer sentiasa bersih , tersusun dan menyenangkan. Anda menyukai

perabot dan langsir ciptaan baru dan lama.

LEO : YANG DAPAT DIPERCAYAICiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak

LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta , mesra , bersifat pemurah , ada daya kepimpinan , menonjolkan kemegahan , sentiasa hidup , menonjolkan keagungan , keberanian , keupayaan , rapat dengan anak – anak , berbakat dan suka pada hiburan.

Ciri NegatifWalau bagaimana pun,ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego , banyak cakap , memperlihatkan

sifat ketuanan , menunjuk – nunjuk , mengejar kemewahan , dan menghadapi komplek rendah diri dan

bangga diri.

Kualiti Astrologi Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan

Page 26: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil.

Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS dan

SCORPIO.

LEO SEPINTAS LALU

Lambang Singa

Kunci Kata Cinta

Kekuatan Tujuan Diri Sendiri

Perlu PerbaikiKespontanan dan penerimaan ketidak

terdugaan

Cepat Mesra Dengan Sagittarius

Perlu Belajar Daripada Aquarius

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Scorpio

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Taurus

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Aries; Cancer

Warna Kesukaan Emas; Oren; Merah

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniHitam; Biru Nila; Biru Laut

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Kuning-Oren; Kuning

Batu Permata Ambar; Intan Kuning

Logam Emas

Bau-bauan Kemenyan; Kasturi

Hari Terbaik Ahad

Page 27: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

LEO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan , orang yang dilahirkan dengan lambang Leo , memang dapat dipercayai. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta, Leo memang serius . Demi kelancaran hubungan cinta , Leo bersedia melakukan apa saja ! Lantaran itu , anda yang berzodiak Leo adalah setia dan dapat dipercayai. Bagi Leo , cinta adalah sesuatu yang peribadi , sehinggakan anda tidak

memperlihatkan kasih sayang anda di khalayak ramai . Leo suka bergaul sehingga tidak dapat berdampingan dengan seseorang yang cemburu dan mengongkong. Dalam situasi ini , Libra ( 23 September – 22 Oktober ) , Sagittarius ( 23

November – 20 Disember ) , dan Taurus ( 21 April – 20 Mei ) adalah pendamping ideal buat Leo. Sebaliknya , Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Scorpio ( 23 Oktober – 22 November)

agak kurang sesuai . Hubungan dengan Libra dapat membahagiakan Leo. Seperti anda , Libra juga memerlukan cinta

yang menyeronokkan . Libra tidak suka memutuskan perhubungan lantaran dia matang dalam membuat keputusan. Pasangan yang juga tepat bagi Leo ialah Sagittarius dan Taurus . Sifat

Sagittarius yang periang dapat menjadikan anda berbahagia . Daya fikir Sagittarius yang luas sehinggakan mengagumkan anda (Leo). Walaupun kurang romantis , namun Sagittarius tahu bagaimana cara menyenangkan kekasihnya.Taurus yang matang , penyabar dan penyayang

memang sesuai buat Leo , terutama dalam meningkatkan mutu kerjaya. Capricorn yang cemburu bukanlah pasangan yang ideal bagi Leo . Anda juga berasa terlalu kaku

dan kolot dalam soal berfikir. Apabila anda melemparkan sesuatu idea, Capricorn mungkin mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Leo juga agak sukar berdamping dengan Scorpio

. Apabila Scorpio berasa marah , Leo pastinya tidak dapat bertahan (bersabar). Kata – kata Scorpio yang berbentuk leteran juga membosankan Leo.

LEO : PERHUBUNGAN SEKS

Leo adalah satu lambang cinta di dalam zodiak . Orang kelahiran lambang Leo cukup romantik. Mereka sedia menyelimuti pasangan dengan hadiah dan kasih sayang. Seseorang yang selalu kecewa dengan pasangannya yang tidak menyatakan perasaan cinta dengan jelas , hendaklah

mencari pasangan di bawah lambang Leo . Dia tidak akan berhenti – henti

Page 28: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

menyatakan betapa cintanya dia pada anda.Kelahiran Leo juga merupakan lambang peneraju yang sentiasa inginkan teraju kepimpinan di atas ranjang. Oleh sebab Leo begitu romantik , seks

baginya merupakan pengalaman yang sentiasa menyeronokan.

LEO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Leo ini memang suka kelihatan mewah dan bergaya. Kalau anda seorang yang kaya , anda gemar memiliki rumah besar dengan tanah dan kebun yang luas. Dalam kerjaya, anda cemerlang dalam jawatan yang ada kuasa dan kata pemutus. Anda baik dalam hal membuat

keputusan tetapi gemar menyerahkan perkara yang lebih terperinci kepada orang bawahan anda. Leo dihormati rakan sejawatan dan orang bawahan , sebahagiannya disebabkan anda

sememangnya memahami perasaan orang sekeliling anda. Dalam sebarang kerjaya , Leo sentiasa berusaha mencapai kedudukan tertinggi walaupun anda bermula dari bawah . Ini bermakna , Leo seorang yang tekun bekerja. Walau bagaimana pun , anda seorang yang tidak suka di arah untuk ‘buat itu dan ini '. Dari segi perolehan kewangan , Leo memang seorang ketua yang hebat tetapi ini bukan bermakna anda pengurus yang baik.

Namun, Leo mempunyai wawasan dan jika bekerja sebagai eksekutif , daya pengurusannya lebih berhasil.

Sehubungan ini , Leo mencari wang yang lebih lantaran anda seorang yang cintakan kekayaan bagi kebahagian yang diperolehi. Anda gemarkan gaya hidup mewah dan glamour. Leo memang

seorang yang pemurah . Anda sedia menggunakan kekayaan membantu orang lain turut mengecap nikmat hidup. Kekayaan bagi Leo adalah untuk membeli perkhidmatan dan keupayaan mengurus.

Dengannya , Leo berusaha mencipta pekerjaan bagi orang lain dan memberi kebajikan yang sewajarnya. Ini bermakna , kekayaan bagi Leo adalah kebaikan dan sesuatu yang perlu dinikmati

sepenuhnya.

LEO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dari segi luaran , memang Leo gemar melayan dan mengasihi orang lain . Namun , dari segi dalaman , hanya segelintir kawan yang tahu apa sebenarnya kehidupan harian Leo. Bagi orang berlambang Leo , rumah adalah ruang yang menyenangkan , rekreasi , mahligai , dan kamar persendirian . Leo sangat setia pada keluarga. Anda menyukai anak – anak dan memastikan

Page 29: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

mereka di jaga dan di pupuk dengan sewajarnya. Namun , sebagai ketua dalam rumah tangga , sebaik – baiknya anda sentiasa bersedia menyelami hati atau perasaan orang lain dengan lebih menyeluruh.

VIRGO : YANG SERIUSCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah

zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil

kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi

penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib,

suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.

Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya

penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun

tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda

ialah GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS.

VIRGO SEPINTAS LALU

Lambang Seorang Gadis

Kunci Kata Kerja; Kesihatan

Kekuatan Kuasa Analisis

Perlu PerbaikiRasa kemaafan; pemahaman; komplek teka-

teki

Cepat Mesra Dengan Capricorn

Perlu Belajar Daripada Pisces

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Sagittarius

Page 30: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Gemini

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Sagittarius

Warna Kesukaan Perang Tanah; Kuning Tanah; Oren; Kuning

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniBiru Laut

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Hijau Jed; warna Lembayung

Batu Permata Akik

Logam Perak Kilat

Bau-bauan Cendana; Teratai; Lilak

Hari Terbaik Rabu

VIRGO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 22 Ogos hingga 22 September sentiasa

tenang, serius dan agak kolot. Dari segi berkawan , anda mungkin tidak suka menunjuk – nunjuk

bahawa anda ini adalah seorang kawan yang dapat dipercayai , tetapi anda adalah seorang kawan

yang bertanggungjawab. Dari segi pergaulan yang membuahkan cinta, Virgo mungkin tidak

romantis tetapi anda dapat menjadi kekasih yang 'hangat'. Kata – kata “ Biar Lambat Asal

Selamat “ dapat anda terapkan dalam percintaan. Apabila anda tertarik pada seseorang , anda

tidak akan terburu – buru bergaya atau memikat ( menggoda ) . Sebaliknya anda akan mengamati

dan meneliti dahulu sebelum mengungkap isi hati anda . Lantaran itu anda bukan petualang cinta.

Cancer ( 21 Jun – 20 Julai ) dapat menjadi kawan atau kekasih yang baik bagi Virgo . Manakala

bersama Virgo yang serius , Cancer yang cemburu ; tidak akan berasa resah . Di samping sifat

Cancer yang sukar dijangka akan membuatkan Virgo menjadi ceria memikirkan sesuatu yang

tersirat di fikiran . Pasangan yang juga tepat bagi Virgo ialah Leo( 21 Julai – 21 Ogos ) . Sifat

Leo yang gemar berubah menurut kehendak hati ; tetapi Leo tahu cara untuk menggembirakan

kawan atau kekasih seperti Virgo. Sebaliknya , Sagittarius( 23 November – 20 Disember ) bukan

Page 31: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

pasangan yang ideal buat Virgo. Sagittarius pecinta kebebasan sedangkan Virgo cenderung

untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. Seterusnya , sifat Virgo agak tertutup ,

misalnya dalam hal mengungkapkan rasa cinta, manakala sifat Sagittarius lebih terbuka ,

sehingga tidak segan – silu menciumi kekasihnya di khalayak ramai !

VIRGO : PERHUBUNGAN SEKS

Virgo sangat berhati – hati terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya di ranjang. Mereka memiliki cita rasa moral yang tinggi dan tidak biasa mempunyai lebih daripada seorang pasangan

pada satu –satu masa. Sesetengah Virgo bersifat penyayang , tetapi sebahagian lagi terlalu penyegan . Maksud di sini , Virgo hanya memilih pasangan yang bijak , melainkan anda dapat

membuktikan kepada Virgo bahawa anda bijak dan cantik . Jika sebaliknya , tunggulah saat anda kehilangan Virgo.

VIRGO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Virgo mencapai saat mantap dalam kerjaya apabila dia dapat memperlihatkan ilmu dan kemahirannya yang dapat difahami oleh orang lain. Ini bermakna , kelahiran Virgo perlu

mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomunikasi dengan orang lain . Kerjaya yang sesuai adalah guru atau wartawan . Virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian . Anda suka belajar sebarang jenis pekerjaan asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. Oleh sebab anda

seorang yang tekun , cekap dan sentiasa produktif ; sebagai ganjaran terhadap sikap anda itu , anda sentiasa berada dalam kecukupan dari segi kewangan. Virgo mudah dapat wang tetapi anda

bukan seorang pemboros. Sebaliknya , suka menyimpan . Kalau terlibat dalam pelaburan sekalipun , anda sentiasa berhati – hati supaya risikonya tidak tinggi.

VIRGO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah orang berzodiak Virgo sentiasa kemas , bersih dan teratur. Kalau berada di dalam rumah

Page 32: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Virgo , anda jangan cuba – cuba mengalihkan susunan perabotnya ! Namun , Virgo perlu bertimbang rasa terhadap anak – anak dan ahli – ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya,

sebab tidak semua orang sama cita rasa dalam hal mengemas rumah dan menyusun perabot . Aneh juga bagi anda yang berlambang Virgo sebab , kalau ada sedikit masalah , anda gemar ‘

berkurung ‘ dan menyendiri di dalam rumah. Namun , jika tiada bermasalah , Virgo gemar menjadi tuan rumah kepada perkumpulan untuk sembang – sembang dan makan minum. Virgo

menyukai kanak – kanak , tetapi agak tegas , lantaran anda bercita – cita menjadikan anak – anak

bermoral dan pandai berdikari apabila dewasa. VIRGO : YANG SERIUS

Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah

zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil

kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi

penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib,

suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.

Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya

penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun

tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda

ialah GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS.

VIRGO SEPINTAS LALU

Lambang Seorang Gadis

Kunci Kata Kerja; Kesihatan

Kekuatan Kuasa Analisis

Perlu PerbaikiRasa kemaafan; pemahaman; komplek teka-

teki

Page 33: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Cepat Mesra Dengan Capricorn

Perlu Belajar Daripada Pisces

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Sagittarius

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Gemini

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Sagittarius

Warna Kesukaan Perang Tanah; Kuning Tanah; Oren; Kuning

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniBiru Laut

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Hijau Jed; warna Lembayung

Batu Permata Akik

Logam Perak Kilat

Bau-bauan Cendana; Teratai; Lilak

Hari Terbaik Rabu

VIRGO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 22 Ogos hingga 22 September sentiasa

tenang, serius dan agak kolot. Dari segi berkawan , anda mungkin tidak suka menunjuk – nunjuk

bahawa anda ini adalah seorang kawan yang dapat dipercayai , tetapi anda adalah seorang kawan

yang bertanggungjawab. Dari segi pergaulan yang membuahkan cinta, Virgo mungkin tidak

romantis tetapi anda dapat menjadi kekasih yang 'hangat'. Kata – kata “ Biar Lambat Asal

Selamat “ dapat anda terapkan dalam percintaan. Apabila anda tertarik pada seseorang , anda

tidak akan terburu – buru bergaya atau memikat ( menggoda ) . Sebaliknya anda akan mengamati

dan meneliti dahulu sebelum mengungkap isi hati anda . Lantaran itu anda bukan petualang cinta.

Cancer ( 21 Jun – 20 Julai ) dapat menjadi kawan atau kekasih yang baik bagi Virgo . Manakala

bersama Virgo yang serius , Cancer yang cemburu ; tidak akan berasa resah . Di samping sifat

Cancer yang sukar dijangka akan membuatkan Virgo menjadi ceria memikirkan sesuatu yang

Page 34: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

tersirat di fikiran . Pasangan yang juga tepat bagi Virgo ialah Leo( 21 Julai – 21 Ogos ) . Sifat

Leo yang gemar berubah menurut kehendak hati ; tetapi Leo tahu cara untuk menggembirakan

kawan atau kekasih seperti Virgo. Sebaliknya , Sagittarius( 23 November – 20 Disember ) bukan

pasangan yang ideal buat Virgo. Sagittarius pecinta kebebasan sedangkan Virgo cenderung

untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. Seterusnya , sifat Virgo agak tertutup ,

misalnya dalam hal mengungkapkan rasa cinta, manakala sifat Sagittarius lebih terbuka ,

sehingga tidak segan – silu menciumi kekasihnya di khalayak ramai !

VIRGO : PERHUBUNGAN SEKS

Virgo sangat berhati – hati terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya di ranjang. Mereka memiliki cita rasa moral yang tinggi dan tidak biasa mempunyai lebih daripada seorang pasangan

pada satu –satu masa. Sesetengah Virgo bersifat penyayang , tetapi sebahagian lagi terlalu penyegan . Maksud di sini , Virgo hanya memilih pasangan yang bijak , melainkan anda dapat

membuktikan kepada Virgo bahawa anda bijak dan cantik . Jika sebaliknya , tunggulah saat anda kehilangan Virgo.

VIRGO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Virgo mencapai saat mantap dalam kerjaya apabila dia dapat memperlihatkan ilmu dan kemahirannya yang dapat difahami oleh orang lain. Ini bermakna , kelahiran Virgo perlu

mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomunikasi dengan orang lain . Kerjaya yang sesuai adalah guru atau wartawan . Virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian . Anda suka belajar sebarang jenis pekerjaan asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. Oleh sebab anda

seorang yang tekun , cekap dan sentiasa produktif ; sebagai ganjaran terhadap sikap anda itu , anda sentiasa berada dalam kecukupan dari segi kewangan. Virgo mudah dapat wang tetapi anda

bukan seorang pemboros. Sebaliknya , suka menyimpan . Kalau terlibat dalam pelaburan sekalipun , anda sentiasa berhati – hati supaya risikonya tidak tinggi.

Page 35: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

VIRGO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah orang berzodiak Virgo sentiasa kemas , bersih dan teratur. Kalau berada di dalam rumah Virgo , anda jangan cuba – cuba mengalihkan susunan perabotnya ! Namun , Virgo perlu bertimbang rasa terhadap anak – anak dan ahli – ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya, sebab tidak semua orang sama cita rasa dalam hal mengemas rumah dan menyusun perabot . Aneh juga bagi anda yang berlambang Virgo sebab , kalau ada sedikit masalah , anda gemar ‘ berkurung ‘ dan menyendiri di dalam rumah. Namun , jika tiada bermasalah , Virgo gemar menjadi tuan rumah kepada perkumpulan untuk sembang – sembang dan makan minum. Virgo menyukai kanak – kanak , tetapi agak tegas , lantaran anda bercita – cita menjadikan anak – anak bermoral dan pandai berdikari apabila dewasa.

LIBRA : YANG BIJAKCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah

zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang

berzodiak Libra biasanya berciri – ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan

perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa

dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang

tegas, atau tindakan kurang seimbang.

Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini

anda dianggap baik untuk merangsang dan memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang

termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan CAPRICORN

LIBRA SEPINTAS LALU

Lambang Dacing

Kunci Kata Perhubungan

Page 36: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Kekuatan Kesinambungan; Kehalusan

Perlu Perbaiki Rasa Diri

Cepat Mesra Dengan Aquarius

Perlu Belajar Daripada Aries

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Capricorn

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Cancer

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Gemini; Virgo

Warna Kesukaan Biru; Hijau Jed

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniMerah Gincu; Merah; Merah Marah

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Merah Perang; Ungu; Ungu-Merah

Batu Permata Kemerah-merahan; Merjan; Zamrud

Logam Tembaga

Bau-bauan Mawar; Badam; Vanila

Hari Terbaik Jumaat

LIBRA : GELAGAT PERHUBUNGAN

Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu –

ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan – kawan anda

yang dapat anda percayai.

Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda jadikan

kekasih anda… Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum

bertemu dengan seseorang

yang sesuai anda yakini.

Page 37: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan

anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda

kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjaga

perbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.

Pendamping yang ideal buat Libra ialah TAURUS ( 21 April – 20

Mei ) dan LEO (21 Julai – 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES ( 21 Mac – 20

April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) didapati kurang sesuai .

Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang

sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik

buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang – nimbang sesuatu

keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.

Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah tentu tidak

sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang – nimbang dan sentiasa ragu – ragu itu.

Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat

dalam memberi keputusan.

Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda .

Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah – ubah itu sememang sukar di ‘pegang’

memungkinkan anda cepat berasa kecewa.

LIBRA : PERHUBUNGAN SEKS

Orang berlambang Libra didapati sangat suka bermain dengan cinta lantaransikap Libra

suka berkawan banyak. Tetapi, berhati – hati ! Pada sesiapa yang mahu memulakan perhubungan

yang serius dengan Libra , anda akan mudah kecewa kerana Libra sememangnya rakus dan gemar

mempunyai lebih dari satu pasangan. Betulkah begitu ?

Page 38: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Tetapi , yang pasti orang berlambang Libra sentiasa memerlukan pasangan di sampingnya. Kebanyakan

Libra yang suka ber’main’ cinta ini , sebenarnya berasa benci dengan sikap diri yang sebegitu . Namun ,

mereka terlalu mudah untuk jatuh cinta jika dibandingkan dengan zodiak – zodiak yang lain. Akibatnya, orang

berlambang zodiak Libra ini akan mudah ter’luka’.

LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN

Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya

adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi

ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.

Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan

perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di

samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.

Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan

perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan,

Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada

dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara

keluarga atau kawan.

Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk

hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang

memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang

senang datang dan senang pula pergi”.

LIBRA : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Page 39: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak

malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya !Apabila termampu , Libra rela mengupah

orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga

dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti ,

dan sering saja Libra membiarkan anak – anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau

bagaimana pun , kebebasan anak – anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?

LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN

Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya

adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi

ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.

Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan

perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di

samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.

Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan

perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan,

Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada

dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara

keluarga atau kawan.

Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk

hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang

memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang

senang datang dan senang pula pergi”.

LIBRA : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Page 40: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak

malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya !Apabila termampu , Libra rela mengupah

orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga

dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti ,

dan sering saja Libra membiarkan anak – anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau

bagaimana pun , kebebasan anak – anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?

SCORPIO : YANG RASIONALCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah

zodiak SCORPIO, yang berlambang Kala Jengking. Anda mempunyai daya penarik, kreatif, ada

keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka

'membinasakan diri', melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.

Kualiti Astrologi Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan

kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil.

Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan

AQUARIUS.

SCORPIO SEPINTAS LALU

Lambang Kala Jengking

Kunci Kata Kreatif

Kekuatan Kuasa Menukar Kehidupan Sepenuhnya

Page 41: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Perlu Perbaiki Pengetahuan Wang dan Pemilikan

Cepat Mesra Dengan Pisces

Perlu Belajar Daripada Taurus

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Aquarius

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Leo

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Cancer; Libra

Warna Kesukaan Ungu Merah

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniHijau

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Biru

Batu PermataBatu Darah; Malakit; Manikam Kuning

(Topaz)

Logam Besi; Waja; Radium

Bau-bauan Kelapa; Ceri; Cendana; Tembikai

Hari Terbaik Selasa

SCORPIO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Di sebalik penampilan yang agak kasar ,Scorpio adalah seorang yang lemah . Anda suka disanjung dan

takut pada kritikan. Anda sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan anda sehingga anda sampai

menjadi seorang yang pengongkong dan mudah cemburu.

Kalau anda disakiti , anda cepat melenting. Dalam hubungan ini , kawan atau kekasih yang ideal bagi

Scorpio adalah seseorang yang mempunyai daya kesabaran yang paling tinggi dan berupaya menawan

kekasaran anda.

Page 42: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Orang yang bernaung di bawah lambang TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) dan CANCER (21 Jun – 20

Julai)

merupakan

pendamping yang sesuai yang diperlukan oleh Scorpio. Sebaliknya, orang yang bernaung di bawah naungan

ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) pula perlu dihindari oleh Scorpio.

Taurus adalah pedamping yang diperlukan oleh Scorpio . Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh

Taurus , Scorpio mampu melenyapkan sikap kasarnya.Dengan sikap Taurus yang matang dan mantap akan

menyebabkan sifat Scorpio yang pencemburu itu akan mudah berasa damai ( tenang ).

Berpasangan dengan Cancer pun akan menyenangkan Scorpio. Cancer biasanya seorang yang boleh

dipercayai dan mantap . Dia mampu memberi perlindungan dan kedamaian yang diperlukan. Tambahan pula ,

Cancer juga berpandangan konservatif seperti Scorpio.

Sebaliknya, Aries bukanlah pasangan yang idela bagi Scorpio . Aries cenderung memperkatakan

sebarang perkara , sedangkan Scorpio takut dikritik. Demikian juga dengan hubungan Scorpio – Gemini . Sifat

Gemini yang keanak – anakan tidak sesuai bagi Scorpio yang juga cenderung bersifat demikian.

SCORPIO : PERHUBUNGAN SEKS

Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi. Cubalah tanya pada orang yang pernah

bercinta dengan scorpio. tentulah dia setuju dengan hakikat itu. Scorpio laksana magnet dan

orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali, sesiapa yang bukan dari jenis yang

setia, jangan cuba-cuba mendekati Scorpio. Orang yang berlambang Scorpio sentiasa berhati-

hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya tertipu, tunggu sajalah sengatannya yang berbisa!

Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang-kala sukar untuk dijangka

tindakannya. Namun, anda dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang betul-betul menyintai

anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio. Tetapi, apabila anda mendapat

Page 43: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

kepercayaan daripada Scorpio, sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak

memerlukan orang lain.

SCORPIO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Scorpio ingin menjadi pemimpin.Namun, hasrat itu sentiasa dirahsiakan dan tidak

dinyatakan secara umum, barangkali sebagaimana orang yang berlambang Leo. Cita-cita utama

Scorpio dalam hidup ialah supaya diangkat oleh teman-teman atau masyarakat sebagai sumber

kehidupan dan kebanggaan. Scorpio biasanya berjaya sebagai akauntan, peguam, pengurus atau

ahli bank. Dari segi kewangan pula, wang ringgit adalah kuasa bagi orang Scorpio. Wang akan

menjadi penyebab kepada perubahan dan pengawalan. Dalam hubungan ini, jika tidak dikawal,

Scorpio mudah menjadi manusia yang mengutamakan kebendaan dan dikuasai oleh tujuan

mendapatkan wang semata-mata! Dari segi lain, kerjaya kebanyakkan orang berlambang Scorpio

akan terlibat dalam bidang kewangan seperti akauntan atau pengurus bank. Tetapi, perlu

berhati-hati supaya tidak berlaku penyalah-gunaan kuasa wang! Walau bagaimanapun, biasanya

Scorpio memperolehi wang dari usaha sendiri yang gigih.

SCORPIO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Scorpio sememangnya inginkan rumahtangga dan keluarga yang harmoni. Namun, cara yang

dilakukan untuk menimbulkan suasana tersebut kadang kala dilakukan secara paksaan yang

sudah tentunya menyinggung perasaan setiap ahli keluarga. Dalam hubungan ini, nampaknya

Scorpio perlu membina sikap mengutamakan kehidupan berkeluarga dan rumahtangga. Anda

sepatutnya menimbulkan suasana melayan aktiviti keluarga sebagai satu pasukan, yang mana

setiap ahli keluarga perlu menyumbangkan peranan dan tugas yang sesuai. Ini adalah penting

kerana sikap Scorpio yang rakus, bersemangat dan sedia memberi penumpuan, jika tidak

diimbangi dengan sikap bertolak-ansur, boleh membawa ke arah sikap 'kuku besi'. Dengan yang

Page 44: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

demikian, sewajarnya Scorpio memperlajari ilmu dan teknik penjagaan anak, rasa bertolak ansur

dalam keluarga dan berusaha mengurus rumahtangga secara persefahaman.

SAGITTARIUS : YANG BERWAWASAN LUASCiri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah

zodiak SAGITTARIUS, yang berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara,

kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada

keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.

Ciri Negatif

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang,

berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak

bertanggungjawab.

Kualiti Astrologi Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya

penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun

tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda

ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.

SAGITTARIUS SEPINTAS LALU

Lambang Pemanah

Kunci Kata Optimis

Kekuatan Ketahanan Diri

Perlu Perbaiki Keupayaan Berkomunikasi

Cepat Mesra Dengan Aries

Perlu Belajar Daripada Gemini

Page 45: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Pisces

Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Virgo

Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Leo; Scorpio

Warna Kesukaan Biru; Biru Tua

Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara

Dan HarmoniKuning; Kuning-Oren

Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Hitam; Biru Nila

Batu Permata Pekung; Firus

Logam Timah

Bau-bauan Melati; Bunga Teluki; Damar

Hari Terbaik Khamis

SAGITTARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Orang yang dilahirkan dibawah lambang Sagittarius adalah seorang yang cintakan kebebasan. Jadi , ini

bermakna anda bukanlah seorang yang posesif ( pengongkong ). Anda merupakan kawan atau pasangan yang

menyenangkan kerana anda mempunyai wawasan yang luas dan bersikap tenang.

Anda gemar mencari seberapa banyak kawan tetapi hanya segelintir sahaja yang anda dapat percayai.

Dari segi perhubungan yang membuahkan cinta , Sagittarius gemar bertukar – tukar kawan atau pasangan

sebelum bertemu dengan pasangan yang paling secocok.

Namun , Sagittarius seorang kekasih yang setia. Pasangan yang anda gemari ialah bukan dari jenis

yang cemburu. Jadi , pasangan yang sesuai dengan anda ialah ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI

( 21 Mei – 20 Jun ). Sebaliknya , hubungan anda dengan CAPRICORN ( 21 Disember – 19 Januari ) atau

CANCER (21 Jun – 20 Julai) perlu anda hindari lantaran kurang sesuai dengan anda.

Page 46: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

Aries sesuai dengan anda kerana Aries juga menyukai pada kebebasan .

Sifat Aries yang periang dan cerdas juga sangat menyenangi anda. Begitu juga dengan hubungan anda

dengan Gemini kerana Gemini sukakan kebebasan dan periang yang mana sudah tentu sesuai dengan anda.

( Sagittarius )

Walau bagaimana pun , Capricorn yang cemburu dan posesif agak kurang sesuai bagi Sagittarius yang

gemarkan kebebasan. Begitu juga hubungan anda dengan Cancer yang agak sensitif . Ini kerana orang

Sagittarius tidak bersedia untuk meluangkan masanya untuk menyelami isi hati orang yang sensitif.

SAGITTARIUS : PERHUBUNGAN SEKS

Orang yang berkelahiran Sagittarius akan terus mencari cinta sejati. Tetapi, apabila anda

menemui cinta sejati, anda akan terus mengabdikan diri anda pada pasangan anda itu.

Sagittarius suka berterus-terang tetapi ada kalanya anda suka menimbang-nimbangnya terlebih

dahulu. Sebaik-baik sahaja sudah membuat keputusan, anda akan ke ranjang dengan pasangan

anda sehingga dia tidak berupaya menolak lagi sehingga kamu berdua mendapat kepuasan

bersama. Anda bersedia menggunakan kuasa mempergaruhi sehingga tidak banyak daripada

pasangan anda yang berpeluang menolak kemahuan anda. Dengan kata lain, anda selalu

menjadikan sesuatu yang dibayangkan menjadi kenyataan. Lantaran itu, pasangan anda harus

bersedia mengendalikan setiap tindak tanduk Sagittarius demi mengelakkan kelukaan.

SAGITTARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Sagittarius agak memilih pekerjaan. Anda seorang pemikir yang mempunyai impian yang

'besar'. Anda mengkehendaki wang, nama, glamour, prestij dan pengiktirafan masyarakat.

Namun, kerjaya yang sesuai bagi Sagittarius ialah tugas dan tanggungjawab yang melibatkan

perkhidmatan amali kepada orang lain seperti jururawat, doktor, agen pelancongan, pegawai

kewangan atau pegawai di syarikat menjual ubat-ubatan. Di tempat kerja, anda sememangnya

rajin, tekun, suka menolong rakan sekerja dan suka memuji kawan dan ketua. Dengan mempunyai

Page 47: Rahsia Diri Anda Dan Si Dia Berdasarkan Zodiak

kerjaya yang sesuai, anda biasanya mudah mendapatkan wang. Tetapi, anda tidak mengutamakan

wang begitu banyak, lantaran sikap kesederhanaan yang terdapat dalam diri anda. Apabila

menghadapi masalah kewangan, anda biasanya mudah mendapat bantuan dari keluarga atau

perniagaan keluarga. Ini berlaku demikian kerana sememangnya sifat anda sentiasa

mementingkan kawan, sehingga apabila diri anda berada dalam kesempitan ada sahaja kawan

yang menghulurkan bantuan nasihat atau kebendaan.

SAGITTARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Sagittarius sukakan keluarga dan rumah tangga yang harmoni. Sikap

demikian menyebabkan sebarang masalah yang dihadapi Sagittarius segera

dapat diatasi dengan bantuan anggota keluarga. Anda suka memberi kebebasan

kepada kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, apabila berhadapan

dengan anak-anak sendiri, anda agak mengongkong mereka. Walaupun terdapat

sedikit masalah dengan anak-anak pada peringkat awal, namun pada

keseluruhannya, anda berjaya mengatasinya berkat kerjasama dan

persefahaman.