Upload
truongdiep
View
272
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Rahsia Emel Bina Sistem Pemasaran Automatik
Anda Sendiri Dalam 7 Hari
Versi 1.0 oleh Gobala Krishnan
www.rahsiaemel.com
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 1
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Isi Kandungan
Latarbelakang Penulis ............................................................................................................................. 4
Kepentingan Pemasaran Emel ................................................................................................................ 7
Pemasaran Emel lwn SPAM .................................................................................................................. 10
Ciri‐ciri SPAM .................................................................................................................................... 10
Ciri‐ciri Pemasaran Emel ................................................................................................................... 11
Perisian Pemasaran Emel ...................................................................................................................... 13
Perisian Pemasaran Emel Yang Dihos ............................................................................................... 13
Skrip Pemasaran Emel ....................................................................................................................... 18
Perisian Desktop/PC .......................................................................................................................... 22
Jargon Pemasaran Emel ........................................................................................................................ 24
Opt‐in, Double Opt‐in dan Opt‐out ................................................................................................... 24
Autoresponder Dan Broadcast .......................................................................................................... 28
Permission Based (Berasaskan Keizinan) .......................................................................................... 29
Emel Pukal ......................................................................................................................................... 30
Hantar Emel Pukal lwn. Emel Yang Diperibadikan ............................................................................ 32
Bagaimana Untuk Bina Senarai Emel Yang Besar ................................................................................ 34
Laporan dan Kertas Putih Percuma ................................................................................................... 34
Percubaan Percuma dan Diskaun ..................................................................................................... 38
Landing Page dan Google AdWords .................................................................................................. 40
Skrip Tell‐A‐Friend (beritahu kawan)/ Rekomendasi ........................................................................ 45
Taktik Pemasaran Emel Terkini ............................................................................................................. 47
Emel dalam Teks lwn Emel dalam HTML .......................................................................................... 47
Integrasi dengan Sosial Media .......................................................................................................... 47
FaceBook Fan Page ........................................................................................................................... 48
RSS ke Emel lwn. Ezin Tradisonal ...................................................................................................... 49
Tarik Diri Pelangganan Penerima Secara Manual ............................................................................. 51
Jangan Ambil Khidmat Luar Bagi Pemasaran Emel Anda! ................................................................ 53
Bagaimana Untuk Jadi Pemasar Emel Yang Berjaya ............................................................................. 54
Bermula dalam 7 Hari ........................................................................................................................... 57
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 2
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Penafian & Notis Undang‐Undang
Walaupun semua usaha telah dilakukan untuk mengesahkan ketepatan maklumat di dalam penerbitan ini, sama ada pihak penulis atau pihak penerbitan tidak tanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, pengabaian atau percanggahan dengan tajuk yang dibincangkan di sini.
Penerbitan buku ini hanyalah untuk pembelajaran sahaja dan bukan dicadangkan untuk digunakan sebagai sumber laporan yang sah. Penerbit menekankan bahawa maklumat yang terkandung disini mungkin tertakluk mengikut keadaan atau undang‐undang dan peraturan tempatan sesuatu tempat. Semua pengguna dinasihatkan untuk menyemak undang‐undang dari negara masing masing yang boleh disesuaikan dengan butir‐butir perniagaan dan organisasi .
Pembeli atau pembaca maklumat ini bertanggungjawab dalam penggunaan material atau maklumat dalam buku ini. Kesetiaan kepada semua undang‐undang dan peraturan negeri, negara dan tempatan, lesen tempatan, kemahiran perniagaan dan semua aspek untuk melakukan perniagaan adalah tanggungjawab sepenuhnya pembaca atau pembeli.
Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku selepas pembelian buku ini terhadap pembeli atau pembacanya. Penulis dan penerbit juga tidak menyediakan konsultasi dan bantuan berhubung dengan kandungan dalam buku ini.
Sebarang perhubungan/ kaitan terhadap seseorang atau organisasi dalam buku ini adalah tidak disengajakan.
Hakcipta dan Tanda Perniagaan (Trademarks)
Penerbitan ini adalah hakcipta 2009 Gobala Krishnan dan EasyWordpress.com. Semua produk, penerbitan, perisian dan servis berkaitan dengan penerbitan ini adalah dilindungi dibawah akta hakcipta. Dengan kata lain semua Hakcipta dan Trademark adalah kepunyaan pemilik.
Anda tidak dibenarkan untuk menyebarkan atau berkongsi buku ini dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran.
Rujukan Polisi
• Penafian: www.incomattic.com/disclaimer.php
• Polisi Peribadi: www.incomattic.com/privacy.php
• Terma Servis: www.incomattic.com/terms.php • Polisi No‐Spam : www.incomattic.com/nospam.php
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 3
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Latarbelakang Penulis
Gobala Krishnan telah berkecimpung dalam pemasaran Internet lebih
daripada 10 tahun dengan pemasaran emel sebagai nadi keseluruhan
bisnes beliau.
Bermula secara sambilan pada tahun 2001 sebelum berani
melakukannya sepenuh masa pada tahun 2005. Permulaan beliau
penuh dengan cabaran. Tanpa sebarang jaminan akan berjaya dalam
pemasaran Internet, setahun beliau menyalahgunakan kad kredit dan
tidak membayar pinjaman pelajaran, akibatnya, beliau berhutang
sebanyak RM65,200.
Namun, Gobala telah buat keputusan untuk mengejar impian beliau iaitu memiliki bisnes Internet
yang berjaya dan mencapai gaya hidup impian beliau, dan juga mengawal kehidupan masa depan
beliau sendiri.
Dengan menggunakan strategi pemasaran emel yang terbukti, Gobala telah menjana lebih daripada
RM 2.13 juta pendapatan bagi syarikatnya dan membina senarai emel lebih daripada 40,000
pelanggan unik, hanya dalam tempoh lima tahun.
Kisah kejayaan beliau pernah disiarkan dalam penerbitan seperti The New Straits Times, The Malay
Mail dan lain‐lain media di Malaysia, dan juga dalam penerbitan luar Negara.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 4
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Gobala menulis mengenai bisnes dan bekerja daripada rumah dalam blog peribadi beliau:
www.GobalaKrishnan.com
Gobala juga telah mencipta beberapa produk popular di Internet seperti:
• PLR WordPress Videos – www.plrwpvideos.com
• LinkTrackr – www.linktrackr.com
Gobala juga telah meulis dua naskhah buku terlaris bagi Usahawan Internet Malaysia yang
memerlukan inspirasi, berjudul The New Millionaires dan Jutawan Era Baru.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 5
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Kini, kedua‐duanya boleh didapati dalam kebanyakan kedai buku di Malaysia.
Selama beberapa tahun, Gobala telah menguji pelbagai kaedah baru pemasaran emel.
Sebilangannya gagal teruk dan beliau telah rugi banyak. Sebahagian yang lain berjaya dan ia telah
membantu beliau mencipta pendapatan automatik, berhenti kerja dan mula sebuah syarikat
pemasaran Internet.
Dalam panduan khas ini, Gobala berkongsi pengalaman beliau apa yang efektif dan apa yang tidak
efektif. Jadi, anda dapat menjimatkan banyak masa dan dapat mengambil jalan pintas untuk berjaya
dalam pemasaran emel.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 6
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Kepentingan Pemasaran Emel
Pemasaran emel telah lama wujud, mungkin sejak adanya emel. Sejak dari itu, pemasaran emel telah
melalui banyak perubahan, menangkis gembar‐gembur sosial media dan terbukti menjadi alat paling
penting dalam pemasaran Internet.
Inilah sebab mengapa saya berpendapat bahawa pemasaran emel adalah alat bisnes online (dalam
talian) yang paling penting:
• Tiada Kos Pengiklanan – Menghantar emel kepada pelanggan sedia ada anda adalah
percuma ‐ RM0. Plus, pemasaran emel adalah cara paling pantas untuk menghubungi
pembeli dan audiens anda. Anda hanya perlu menulis sebuah emel dan klik butang “Send”.
• Atasi Persaingan – Kebanyakan pasaraya dan bisnes di Malaysia bergantung pada pelanggan
“masuk ke dalam premis”. Mereka tidak ada rekod pelanggan dan tidak bina sebarang
hubungan dengan pelanggan. Dengan kempen pemasaran emel yang baik, dengan mudah ia
dapat membantu anda mengatasi persaingan anda.
• Dapat Pelanggan Yang Setia – Orang yang pernah membeli daripada anda sekali,
kemungkinan besar akan membeli lagi. Pemasaran emel memberi anda peluang untuk
menghubungi pelanggan sedia ada dengan produk, tawaran dan diskaun baru.
• Pendapatan Yang Stabil dan Berterusan – Setiap pemilik bisnes tahu bahawa pendapatan
tidak boleh diramal, terutama jika anda bergantung pada perubahan musim dan lokasi
geografi. Pemasaran emel membantu pemilik bisnes kecil menstabilkan pendapatan mereka
kerana dengan satu klik, anda dapat hubungi pelanggan sedia ada anda dengan tawaran dan
promosi.
• Bina Pengikut yang Ramai – Ini amat penting jika anda seorang selebriti, orang kenamaan,
pemuzik atau artis yang cuba menjual karya anda sendiri di Internet. Tanpa bantuan syarikat
PR (perhubungan awam) dan bajet pemasaran yang tinggi, pemasaran emel adalah cara
yang terbaik bagi anda untuk terus berhubung dengan audiens anda yang semakin
membesar dan memasar kepada mereka.
Pemasaran emel adalah rahsia terbesar untuk membina bisnes Internet yang besar, stabil dan
menguntungkan. Saya akan memberi contoh kepada anda betapa hebatnya medium ini sebenarnya:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 7
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Dalam contoh di atas, saya telah hantar emel mempromosikan produk orang lain sebagai affiliate
(agen pemasaran). Dengan hanya menghantar satu emel, saya telah buat USD803.59 (lebih kurang
RM2,410.77 ketika menulis buku ini) dalam tempoh 20 hari. Berikut adalah contoh yang lebih awal,
juga hasil daripada mempromosi produk affiliate melalui emel:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 8
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Dengan hanya menghantar satu emel, saya telah buat USD1,458.14 (lebih kurang RM4,374.42 ketika
menulis buku ini) dalam tempoh 30 hari.
Kedua‐dua kempen ini tidak memerlukan saya mengeluarkan kos kerana saya menghantar emel
kepada pelanggan dan pembeli saya yang sedia ada. Oleh kerana ia menepati sasaran dan emel yang
dihantar berbentuk peribadi, pelanggan saya suka produk yang saya promosikan dan membuat
keputusan untuk membelinya.
Akhirnya, berlakulah situasi menang‐menang. Saya menang kerana saya dapat komisen affiliate dan
pelanggan saya menang kerana saya telah merekomen produk yang sangat bermanfaat buat
mereka, di mana mereka mungkin tidak akan tahu mengenainya jika tidak dengar daripada saya.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 9
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Pemasaran Emel lwn SPAM
Ramai rakyat Malaysia keliru dengan pemasaran emel yang profesional dengan ‘pemasaran emel’
SPAM, terutamanya mereka yang tidak celik IT. Bagi mereka, ia sama saja.
Namun, sebagai pemasar emel, ia tidak sama. Pemasaran emel akan bantu anda bina bisnes anda,
tetapi, SPAM akan bantu memusnahkannya.
Ciriciri SPAM
1. Pertama sekali, SPAM adalah rambang. Seorang spammer (orang yang melakukan SPAM)
menghantar emel yang sama kepada semua orang, tanpa mengira usia, agama, minat atau
keperluan mereka.
2. Tanpa izin. Seorang spammer tidak mendapat izin untuk menghantar emel kepada anda.
3. Tiada bukti langganan. Seorang spammer tidak boleh buktikan bahawa anda telah
melanggan kepada senarai emelnya.
4. Tidak ada alamat yang sah. Semua mesej spam tidak ada alamat pengirim yang sah seperti
yang dikehendaki oleh Akta CAN‐SPAM (akan diterangkan kemudian). Kadang‐kala emel
spam mengandungi alamat palsu dan ini adalah satu kesalahan undang‐undang.
Saya rasa anda sekarang sepatutnya sudah boleh mengenali SPAM, tetapi sebagai contoh, berikut
adalah beberapa SPAM yang saya terima hampir setiap hari:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 10
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Ciriciri Pemasaran Emel
Pemasaran emel yang sah dan beretika adalah berlawanan kepada SPAM.
1. Peribadi dan menepati sasaran. Semua mesej pemasaran emel yang sah yang diterima, akan
mengandungi nama anda dalam emel itu sendiri. Spammer boleh ambil alamat emel anda
tetapi mereka tidak boleh dapat nama anda dengan mudah melainkan anda memberinya.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 11
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
2. Dengan izin anda. Anda telah beri keizinan kepada pengirim untuk emel anda, sama ada
dengan anda memberi nama dan alamat emel anda untuk mendapatkan sesuatu maklumat
atau, dengan membeli produk pengirim.
3. Bukti langganan. Pemasar emel yang sebenar boleh tunjukkan alamat IP (internet protocol)
dan alamat URL laman web di mana anda sertai senarai emel mereka.
4. Alamat pengirim yang sah. Semua pemasar emel menggunakan alamat bisnes atau alamat
rumah yang sebenar, tertera pada bahagian bawah setiap emel yang mereka hantar.
Kini saya memiliki lebih daripada 40,000 pelanggan, tetapi saya masih boleh tunjukkan kepada anda
secara tepat di mana dan bagaimana setiap pelanggan melanggan:
Maklumat terpenting adalah Add IP (alamat IP) dan Add URL (alamat URL). Dengan maklumat ini,
anda akan sentiasa dapat buktikan kepada sesiapa saja, bahawa mereka sebenarnya yang meminta
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 12
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
untuk masuk ke dalam senarai emel anda, dan anda mendapat kebenaran untuk menghantar emel
kepada mereka.
Perisian Pemasaran Emel
Terdapat beberapa perisian pemasaran emel di pasaran dan kepada yang bukan ahli, semuanya
mungkin kelihatan sama. Sebenarnya, disebabkan strategi harga yang berbeza dan kempen
pemasaran yang digembar‐gemburkan, adalah sukar untuk mengenali perisian yang bagus dan yang
tak seberapa.
Walaubagaimanapun, terdapat tiga jenis perisian pemasaran emel yang berada dalam pasaran hari
ini. Perisian ini termasuklah hosted (yang dihos), script (skrip) dan perisian PC (komputer peribadi).
Perisian Pemasaran Emel Yang Dihos
Perisian pemasaran emel yang dihos oleh pihak ketiga memerlukan anda membuka satu akaun
dengan mereka. Kemudian, anda perlu masuk ke dalam akaun anda di laman web penyedia
perkhidmatan tersebut dan bukan pada laman web anda sendiri. Anda akan menggunakan sumber
mereka untuk mengendalikan kempen pemasaran emel anda. Semua prospek emel anda disimpan
dalam pangkalan data mereka, namun, anda dengan mudah boleh eksport senarai emel prospek ke
dalam fail Excel dan menyimpannya sendiri.
Anda juga akan menghantar emel daripada pelayan (server) mereka. Jadi, kebanyakan ISP (penyedia
khidmat Internet) akan nampak alamat IP pelayan mereka sebagai penghantar dan bukan alamat IP
anda sendiri.
Contoh autoresponder yang dihos pihak ketiga adalah Aweber – http://gigurl.com/aweber
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 13
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Sekarang, hanya perisian Aweber sahaja yang saya gunakan untuk mengendalikan semua kempen
pemasaran saya. Saya dapati ia adalah yang terbaik. Berikut adalah beberapa sebab mengapa:
• Cuma bermula daripada USD19 sebulan. Anda boleh terus mula pada kos yang rendah iaitu
USD19 sebulan dan anda boleh kumpul sebanyak 500 pelanggan.
• Percubaan USD1 bagi tempoh 30 hari. Aweber juga ada tawaran percubaan USD1 sebulan
untuk anda cuba perisiannya sebelum memutuskan untuk terus menggunakannya.
• Ciri‐ciri yang terbaik. Aweber mempunyai ciri‐ciri yang terbaik dari kalangan perisian lain
yang pernah saya cuba dan Aweber sentiasa menambah ciri‐ciri baru yang berguna.
• Terbaik buat newbie (orang baru). Aweber tidak teknikal dan mempunyai sistem sokongan
yang amat baik untuk bantu anda, jika ini adalah kali pertama anda cuba pemasaran emel.
Untuk mula dengan Aweber, pergi ke http://gigurl.com/aweber
Sudah tentu ada beberapa alternatif lain seperti GetResponse dan iContact.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 14
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
GetResponse – http://gigurl.com/getresponse iContact – http://gigurl.com/icontact
Kedua‐kedua perisian ini juga baik, dan harganya juga lebih kurang sama dengan Aweber.
Walaubagaimanapun, saya pernah cuba kedua‐duanya sebelum ini dan saya masih lebih suka
Aweber.
AMARAN: Dapatkan satu servis dan kekal menggunakannya kerana agak sukar untuk
memindahkan pangkalan data anda daripada satu perkhidmatan pemasaran emel kepada yang
lain.
Semua servis ini memberi anda I.D daftar masuk dan kata laluan, dan anda masuk ke dalam pusat
laman web mereka untuk membina senarai emel anda, mengurus senarai prospek anda dan juga,
untuk hantar siaran emel (email broadcast).
Ada beberapa kelebihan utama dalam menggunakan perkhidmatan pemasaran emel yang dihos.
Yang paling utama adalah kebolehhantaran emel (email deliverability).
Dalam kes perisian autoresponder yang dihos secara lokal, anda pasang skrip dalam komputer
desktop anda dan sebarang emel yang anda hantar akan datang daripada alamat IP laman web anda.
Dalam contoh autoresponder berasaskan desktop, emel datang daripada alamat IP komputer.
Dalam kedua‐dua kes ini, anda mungkin hanya ada satu alamat IP. Dalam pemasaran emel, ini amat
berisiko.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 15
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Jika penerima emel anda mengadu bahawa emel anda adalah SPAM, nahaslah anda. Dalam
sesetengah kes, hanya satu aduan SPAM sahaja akan menyebabkan anda berdepan dengan masalah
besar. Jika emel yang diadukan berasal daripada alamat IP akaun web hosting anda, ISP tertentu
akan melaporkannya kepada penyedia web hosting anda dan mereka mungkin akan tutup akaun
anda tanpa notis.
Jika itu tidak berlaku, ISP mungkin telah menyenarai hitam alamat IP anda. Akibatnya, sebarang emel
pada masa akan datang daripada alamat IP yang sama, yang dihantar kepada akaun emel percuma
yang disediakan oleh ISP tersebut, akan dihalang. Dalam banyak kes, jika beberapa pengguna
menandakan emel anda sebagai SPAM, semua emel anda yang akan datang, secara automatik akan
dimasukkan ke dalam folder SPAM. Kemudian, ISP mungkin akan memutuskan bahawa pengguna
lain yang menggunakan akaun emel percuma mereka, juga tidak boleh dapat emel anda.
Tindakan seperti ini adalah biasa bagi ISP dan penyedia emel percuma seperti AOL dan HotMail.
Yahoo dan Gmail kelihatan lebih baik dalam menentukan sama ada emel anda SPAM atau tidak
tetapi, jika cukup pengguna yang menandakannya sebagai SPAM, maka kadar kebolehhantaran anda
akan menurun dengan dramatik.
Perkhidmatan pemasaran emel yang dihos mempunyai beberapa kelebihan utama:
1. Hubungan yang lebih baik dengan ISP – Penyedia autoresponder hos anda, sebagai contoh
Aweber mempunyai hubungan yang baik dengan kebanyakan ISP kerana mereka
menghantar jutaan emel setiap hari daripada pelayan tertuju khas (dedicated server)
mereka sendiri. Sudah tentulah mereka mempunyai pengurus akaun bagi setiap ISP, yang
bertugas untuk mencipta saluran komunikasi yang betul dengan orang‐orang penting dalam
ISP tersebut.
2. Pengetahuan yang lebih baik tentang pemasaran emel – Penyedia autoresponder hos anda
juga lebih memahami undang‐undang pemasaran emel seperti Akta CAN‐SPAM. Mereka
juga tahu perubahan yang perlu dibuat untuk sentiasa mematuhi perubahan undang‐
undang.
3. Sistem penghantaran emel yang lebih kompleks – Penyedia autoresponder hos anda
memiliki sistem penghantaran emel yang lebih kompleks kerana mereka sentiasa
mengendalikan jumlah emel yang besar. Mereka berkemungkinan besar memiliki beberapa
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 16
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
pelayan tertuju khas atau pelayan di beberapa buah negara, salinan data lewah (redundant
data backups) dan banyak alamat IP. Jika perlu, mereka juga tahu bagaimana untuk alamat
IP mereka tidak dihalang oleh ISP besar.
4. Keselamatan yang lebih baik – Perkhidmatan pemasaran emel ini mempunyai perlindungan
keselamatan yang lebih baik pada pelayan mereka, yang menyukarkan penggodam untuk
mencuri data pelanggan anda.
Jika anda baru mula dengan autoresponder dan pemasaran emel, maka sistem autoresponder pihak
ketiga adalah cara yang terbaik bagi anda kerana:
• Kos permulaan yang rendah
• Proses pembelajaran anda lebih pendek
• Anda dapat banyak sokongan dan latihan
Kekurangannya adalah, anda
perlu bayar yuran bulanan, suku
tahunan atau tahunan untuk
kekalkan servis anda.
Juga, jika anda ada senarai emel
yang besar, (atau bina senarai
emel yang besar pada masa
hadapan), anda akan dicaj ekstra
bagi pelanggan tambahan
tersebut. Caj yang dikenakan
adalah mengikut sistem harga
beperingkat, di mana
kebanyakan khidmat
autoresponder pihak ketiga menyembunyikan fakta ini.
Namun, Aweber tidak begitu. Anda boleh lihat kos perkhidmatan mereka apabila senarai emel anda
semakin besar.
Sudah pasti ada justifikasi untuk harga berperingkat ini, semakin besar senarai emel anda, semakin
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 17
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
banyak sumber yang anda gunakan (jalur lebar, ruang storan dll).
Walaubagaimanapun, ada dua perkara penting yang anda perlu tahu tentang definisi Aweber
berkenaan “Subscribers” (pelanggan):
• Aweber mengenakan caj bagi jumlah keseluruhan pelanggan dalam akaun anda, tanpa
peduli, sama ada pelanggan anda aktif atau telah menarik diri. Membayar bagi pihak
pelanggan yang tidak aktif mungkin nampak rugi, kerana anda tidak lagi memerlukan
mereka, tetapi hanya ada satu cara sahaja untuk tidak dikenakan caj terhadap mereka iaitu,
dengan memadam butiran mereka secara manual daripada akaun anda.
• Aweber mengambil kira jumlah keseluruhan pelanggan dan bukan jumlah pelanggan yang
unik. Jika Minah Karen melanggan kepada tiga senarai emel yang berbeza dalam akaun
anda, dia mewakili tiga orang pelanggan, bukan seorang. Anda boleh nampak bagaimana
kuota 500 anda boleh cepat penuh jika anda mempunyai beberapa senarai emel dengan
pelanggan yang sama.
Walaupun harga naik sedikit, Aweber masih tetap khidmat autoresponder pihak ketiga yang kami
rekomen kerana kebolehpercayaannya, khidmat pelanggannya dan mempunyai banyak ciri‐ciri
tambahan yang bermanfaat.
Autoresponder pihak ketiga yang lain mungkin memberi khidmat yang sama, jadi pastikan anda
faham apa yang anda belanjakan dan baca semua terma dan syarat yang tertulis, terutamanya yang
ditulis secara halus.
Skrip Pemasaran Emel
Autoresponder yang dihos secara lokal atau “skrip” adalah perisian pemasaran emel yang lazim
digunakan yang anda akan jumpa.
Cara skrip autoresponder berfungsi adalah mudah. Anda beli skrip, muat turun skrip daripada
penjual dan kemudian, muat naik ke dalam akaun web hosting anda.
Anda mungkin perlu bina sebuah pangkalan data untuk stor semua butiran pelanggan anda supaya
skrip itu boleh berfungsi, jadi pastikan anda ada akaun web hosting yang bagus, yang mempunyai
pelayan pangkalan data SQL/MySQL. Saya cadangkan, anda dapatkan hosting berasaskan Linux
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 18
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
dengan cPanel dan Apache.
AMARAN: Kebanyakan khidmat berkongsi hosting (shared hosting
services) tidak membenarkan anda menjalankan skrip autoresponder anda
sendiri.
Jika anda menggunakan akaun berkongsi hosting, anda mungkin dapati
terma dan syarat tertera secara halus, di mana anda tidak dibenarkan
menghantar lebih daripada jumlah emel tertentu (biasanya 500) setiap hari.
Menghantar lebih daripada kuota tersebut akan menyebabkan akaun anda
digantung.
Ini tidak praktikal jika senarai emel anda adalah 20,000 pelangggan – sudah
pasti anda tidak mahu menghabiskan masa 40 hari, hanya untuk hantar satu
emel kepada mereka semua?
Jika anda merancang untuk mengggunakan skrip autoresponder dihos secara
lokal, tolong tanya penyedia web hosting anda.
Selepas anda pasang skrip autoresponder, anda boleh mula import butiran pelanggan sedia ada
anda (jika ada), ke dalam pangkalan data atau borang web yang anda telah buat. Borang ini akan
digunakan untuk menambah butiran pelanggan ke dalam pangkalan data anda, iaitu pelanggan
daripada laman web atau blog anda.
Anda boleh masuk ke dalam laman admin skrip anda dan boleh lihat butiran pelanggan anda, hantar
emel, buat emel autoresponder susulan dan banyak lagi.
Sebenarnya, terdapat ratusan pilihan autoresponder, termasuklah yang percuma dan berbayar.
Namun, 80% khidmat tersebut tidak boleh digunakan dan anda tidak perlu buang masa dengan
mereka. Selain daripada terlalu mudah, mereka lazimnya mudah bermasalah dan tidak menepati
standard pemasaran emel.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 19
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Plus, majoriti mereka tidak didatangkan dengan sebarang bentuk bantuan sokongan yang boleh
dipercayai, jadi anda dibiarkan sendiri terkial‐kial apabila sesuatu masalah timbul.
Berikut adalah beberapa skirp pemasaran emel yang disarankan:
AutoResponse Plus ‐
http://gigurl.com/arp
AutoResponse Plus adalah skrip yang
terbaik dengan mempunyai banyak ciri‐
ciri, mungkin lebih banyak daripada yang
lain. Tetapi, antara mukanya tidak mesra
pengguna dan memerlukan anda banyak
membaca untuk memahami bagaimana
untuk menggunakannya.
Interspire Email Marketer –
http://gigurl.com/interspire
Dibangunkan oleh sebuah syarikat
ternama daripada Australia. Skrip ini juga
mempunyai banyak ciri‐ciri tetapi ia lebih
mesra pengguna.
Ada kebaikan dan kelemahan dalam menggunakan skrip autoresponder, sesetengahnya amat
kompleks bagi pemasar biasa untuk memahaminya. Antara kebaikannya adalah:
• Kos jangka panjang yang rendah – Jangan terperanjat jika anda perlu bayar lebih daripada
USD200 untuk skrip autoresponder yang memenuhi keperluan anda. Tetapi, disebabkan kos
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 20
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
ini hanya sekali dan bukan bulanan atau suku tahunan. Jadi, untuk jangka masa panjang,
anda dapat jimat banyak duit.
• Tiada had atau syarat – Anda boleh gunakan skrip autoresponder sesuka hati anda. Anda
boleh menambah butiran pelanggan secara manual, guna single opt‐in sahaja. Malah, anda
boleh menggabungkannya dengan sistem shopping cart anda atau sistem backend lain anda.
Namun, ada beberapa kelemahan besar dalam menggunakan skrip autoresponder:
• Kebolehhantaran Lemah (Poor deliverability) – Hampir semua skrip yang dihos sendiri
mempunyai kebolehhantaran yang lemah. Ini kerana anda tidak tahu bagaimana pelbagai
ISP di luar sana memproses emel anda. Anda tidak tahu sama ada emel anda dihalang,
disenarai hitam atau dibaca oleh orang yang berjaya menerimanya. Jika anda menggunakan
skrip pemasaran emel, anda mungkin perlu guna www.SMTP.com untuk menghantar emel
daripada akaun web hosting anda sendiri.
• Kos hosting tersembunyi – Memang benar, mungkin dalam jangka panjang anda akan
dapati, menggunakan skrip autoresponder adalah pilihan yang lebih murah tetapi, ia
mempunyai kos hosting tersembunyi. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, anda tidak
boleh menggunakan akaun hosting yang bertaraf rendah jika anda serius tentang pemasaran
emel. Paling kurang, anda perlu dapatkan Pelayan Tertuju Khas (Dedicated Server) atau VPS,
dan ini menelan belanja tambahan USD47 – USD127 sebulan.
• Berkemungkinan untuk hilang data – Menggunakan skrip autoresponder mempunyai risiko
untuk hilang data kerja yang bertahun‐tahun lamanya untuk dikumpulkan dan banyak
butiran penting pelanggan yang lain akan hilang, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Dalam senario yang buruk, keseluruhan laman web anda terus hilang. Serangan virus,
kegagalan cakera keras, banjir dan masalah yang berkaitan dengan syarikat hosting anda,
dan semua masalah ini boleh berlaku pada bila‐bila masa sahaja.
Secara peribadi, saya tidak sarankan anda menggunakan skrip autoresponder untuk pemasaran
emel.
Saya pernah mencubanya sebelum ini dan telah mengalami banyak masalah yang saya nyatakan di
atas. Ia berfungsi dengan baik untuk komunikasi dalaman antara jabatan syarikat tetapi jika anda
menghantar emel komersil kepada orang yang tidak anda kenali, yang mungkin menerimanya atau
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 21
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
tidak, menggunakan skrip yang dihos sendiri mungkin akan lebih menyukarkan hidup anda.
Perisian Desktop/PC
Perisian pemasaran emel desktop adalah seperti mana‐mana perisian komputer yang pernah anda
pasang. Ia dijalankan dalam PC anda dan penggunaannya tidak memerlukan talian Internet.
Selepas anda beli perisian pemasaran emel desktop, anda perlu pasang perisian seperti mana‐mana
perisian lain. Kemudian anda boleh mengaksesnya dan terus menggunanya.
Berikut adalah cadangan autoresponder yang berasaskan PC/desktop:
• SendBlaster – http://www.sendblaster.com
• EmailMarketing Director – http://www.arialsoftware.com
Kelebihan menggunakan autoresponder berasaskan desktop adalah sedikit:
• Amat berkos rendah – Malah, anda tidak perlu banyak akaun web hosting. Anda hanya
perlukan komputer anda.
• Sangat Pantas – Bukan seperti khidmat yang dihos atau skrip autoresponder, anda tidak
dihadkan oleh kuota jalur lebar kelajuan talian Internet anda.
Kekurangan autoresponder desktop;
• Kebolehhantaran Lemah – Seperti skrip autoresponder berasaskan web, sukar untuk anda
menghantar emel anda masuk ke dalam inbox emel prospek anda. Lazimnya, anda akan
hantar emel daripada satu alamat IP yang mudah disekat oleh ISP.
• Berkemungkinan untuk hilang data – Kemungkinan ini adalah lebih besar untuk berlaku
pada autoresponder desktop daripada skrip yang dihos. Cuba ingat kembali, berapa kali
komputer anda telah gagal, tidak berfungsi ketika anda menggunakannya. Jika anda sering
buat backup (salinan sandar), maka risiko ini dapat dikurangkan tetapi sebagai manusia,
anda mungkin mudah cuai, maka hilanglah semua kerja anda dalam sekelip mata.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 22
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
• Bergantung pada komputer anda – Setiap kali anda mahu hantar emel menggunakan
autoresponder berasaskan desktop, anda perlu biarkan komputer anda terpasang. Jika tidak
gagal, bersyukurlah, tetapi jika gagal, anda perlu mulakan keseluruhan proses ini semula.
o Mengaturkan emel untuk dihantar pada waktu lain adalah lebih sukar untuk dibuat. Ini kerana, komputer riba anda mungkin kehabisan bateri sebelum sempat menghantar emel yang dijadualkan. Apabila ini berlaku, satu emel pun tidak dihantar.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 23
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Jargon Pemasaran Emel
Anda tidak boleh berjaya dalam pemasaran emel jika anda tidak memahami beberapa jargon
penting. Berita baiknya, cuma ada beberapa perkara penting saja yang anda perlu tahu. Yang lain,
anda sudah biasa mendengarnya, melainkan anda belum pernah menggunakan emel dalam hidup
anda.
Optin, Double Optin dan Optout
“Opt‐in” bermakna, prospek atau pelanggan anda membuat pilihan secara sedar, untuk menerima
emel anda. Bukan anda yang memasukkan emel dan nama mereka ke dalam sistem autoresponder
tetapi mereka yang memilih untuk memasukkannya sendiri ke dalam borang pada laman web anda
atau melalui kedai online anda.
Bukti opt‐in adalah amat penting bagi seorang pemasar emel kerana ia menunjukkan bahawa
prospek yang meminta untuk dihubungi bagi tujuan komersil dan bukan anda yang spam mereka.
Bukti ini amat berguna apabila hos anda atau autoriti lain mula bertanya berkenaan dengan aktiviti
emel anda.
“Single Opt‐in” bermakna, sebaik saja prospek anda memasukkan nama dan alamat emelnya ke
dalam borang web anda, dia telah “Single Opt‐in”, bermakna, butiran prospek dimasukkan ke dalam
pangkalan data anda secara automatik tanpa anda perlu mengesahkan tujuan dan alamat emelnya
terlebih dahulu.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 24
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Ada beberapa isu penting yang perlu difahami berkenaan tentang single opt‐in.
• Single opt‐in akan menghasilkan pangkalan data emel yang besar untuk anda kerana
pelanggan tidak perlu mengambil banyak langkah dan buat kerja tambahan untuk masuk ke
dalam sistem anda.
• Namun, ia juga menyebabkan alamat emel yang tidak sah digunakan kerana tidak ada
proses pengesahan.
“Double Opt‐in” bermakna, selepas seseorang memasukkan nama dan alamat emel mereka ke
dalam borang web anda, mereka akan dapat “emel pengesahan” yang akan meminta mereka
mengesahkan alamat emel mereka dengan mengklik “pautan pengesahan”.
Sekali lagi, ada beberapa isu penting yang perlu dipertimbangkan berkenaan double opt‐in.
• Double opt‐in akan mengurangkan sedikit jumlah pelanggan yang anda dapat kerana
sebilangan orang tidak akan cari emel pengesahan atau mereka tidak menjumpainya,
terutamanya jika mereka menggunakan alamat emel percuma seperti AOL atau HotMail,
yang sering menghantar emel pengesahan ke dalam kotak spam.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 25
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
• Tetapi, anda akan miliki senarai emel yang lebih responsif kerana anda 100% pasti bahawa
hanya alamat emel yang sah sahaja berada dalam sistem anda.
Lawan kepada opt‐in adalah opt‐out. Opt‐out bermakna, pelanggan atau pembeli anda boleh
memilih untuk mengeluarkan butiran mereka daripada sistem anda.
Ada beberapa perbezaan utama berkaitan dengan kaedah opt‐out daripada senarai emel yang anda
perlu ambil perhatian:
• Opt‐out Secara Automatik– Hanya dengan klik pautan “Unsubscribe” atau “Opt‐out” di
bawah emel, prospek akan dibawa kepada satu laman di mana mereka boleh buang butiran
mereka daripada pangkalan data syarikat atau Pemasar Internet tertentu.
• Opt‐out Secara Manual – Di sini, pengirim emel memberi arahan kepada prospek untuk
keluarkan butiran mereka daripada senarai emel. Biasanya, mereka perlu membalas emel
dengan mengatakan yang mereka mahu tarik diri dan pengirim akan buang butiran mereka
secara manual.
o Satu lagi variasi opt‐out secara manual adalah pelanggan anda menghantar emel
kepada alamat emel “opt‐out” anda dan secara automatik akan membuang butiran
mereka daripada sistem anda.
Jika anda menggunakan opt‐out manual, anda mungkin seorang spammer atau pemasar emel yang
tidak dapat ilmu yang betul mengenai pemasaran emel. Dalam kedua‐dua kes, dengan sekejap saja
anda boleh dapat masalah!
Pastikan anda sentiasa permudahkan orang untuk berhenti menerima emel anda kerana kebanyakan
orang tidak ada masa untuk minta anda keluarkan butiran mereka secara manual sehinggalah
mereka benar‐benar bengang dengan anda. Bila mereka emel anda, jangan terkejut dengan bahasa
kesat mereka.
Sudah pasti satu lagi cara untuk mereka opt‐out adalah dengan menandakan emel anda sebagai
SPAM! Terus mereka tidak akan nampak emel anda lagi.
Sebagai contoh, dengan menggunakan perkhidmatan Aweber, saya ada pautan opt‐out automatik
pada setiap emel yang saya hantar kepada senarai emel saya. Ia kelihatan begini:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 26
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Apabila pelanggan klik pada pautan opt‐out, mereka akan dibawa ke laman yang kelihatan seperti
ini:
Pada laman ini, mereka boleh:
• Lihat URL pendaftaran dahulu, di mana mereka daftarkan diri untuk masuk ke dalam senarai
emel anda
• Lihat semua senarai yang mereka sertai dan tarikh penyertaan mereka.
• Melanggan daripada senarai emel tertentu atau semua senarai emel yang dikendalikan oleh
saya
• Ubah alamat emel dan maklumat perhubungan.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 27
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Walaupun laman ini dihos oleh Aweber, dengan mudah anda boleh mengubahsuainya dengan logo
anda dan elemen reka bentuk lain. Tanpa proses opt‐out automatik yang professional seperti yang
dilaksanakan oleh Aweber, amat sukar bagi mana‐mana pemasar emel untuk kelihatan seperti
peniaga yang sah.
Autoresponder Dan Broadcast
Apabila orang bercakap tentang “autoresponder”, lazimnya mereka merujuk kepada perkhidmatan
yang menghantar emel kepada pelanggan secara automatik selepas mereka melanggan. Namun, ada
tiga jenis emel utama yang anda boleh cipta dengan perkhidmatan seperti Aweber:
• Emel Auto‐Respons (Autoresponder) – Ini adalah sama seperti emel “Ketika ini tidak berada
di ofis” yang anda dapat daripada kawan‐kawan dan rakan sekerja. Anda emel kepada
mereka dan anda dapat jawapan automatik daripada sistem emel yang memberitahu anda
bahawa orang yang anda emel sedang bercuti atau tiada.
• Emel susulan (Follow‐up email) – Selain daripada emel awal yang mereka terima ketika
melanggan melalui borang web anda, anda juga boleh tambah seberapa banyak mesej
susulan automatik yang anda mahu.
o Anda boleh tetapkan “sela masa” yang menentukan dengan tepat bila mesej‐mesej
ini dihantar. Sela masa ini boleh ditetapkan relatif kepada tarikh langganan. Secara
logik, anda boleh tetapkan mesej‐mesej susulan secara automatik selang tiga hari
untuk sepanjang tahun jika anda mahu, tetapi kebanyakan pemasar tidak
mempunyai lebih daripada 7 – 10 emel susulan.
• Emel Siaran (Broadcast) – Emel siaran biasanya dihantar secara manual kepada semua
orang dalam senarai pelanggan. Emel berbentuk ini amat berguna untuk mengumumkan
produk terbaru anda, mempromosi produk affiliate dan memberi sebarang maklumat
kepada seluruh senarai emel anda tanpa mengira bila mereka melanggan senarai emel anda.
Lazimnya, emel auto‐respons adalah emel yang anda berikan kepada pelanggan anda apa yang anda
telah janjikan sebagai pertukaran nama dan alamat emel mereka. Jadi, jika anda meminta orang
untuk melanggan daripada laman web anda untuk muat turun sebuah ebuku percuma atau
mendapat percubaan percuma ke atas perisian anda, pastikan arahan dan pautan muat turun
disertakan dalam emel auto‐respons anda.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 28
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Kemudian, anda boleh menghantar satu siri emel susulan untuk memberi maklumat lanjut yang
lebih penting berkenaan dengan ebuku atau perisian percuma anda dan, secara perlahan‐lahan
meyakinkan pelanggan anda untuk membeli produk yang lengkap atau dapatkan versi berbayar.
Ingat, tujuan emel susulan adalah untuk bina hubungan yang lebih erat dengan mereka yang tidak
pernah mengenali produk atau perkhidmatan anda sebelum ini. Dengan kaedah susulan yang betul,
anda akan kelihatan sebagai seseorang yang ikhlas dan ingin membantu. Malah, anda mungkin
kelihatan seperti orang yang mereka cari.
Oleh itu, biarkan emel jenis terakhir ini iaitu emel siaran, hanya bagi mereka yang sudah dapat
semua mesej susulan anda. Terutamanya jika anda menyiarkan maklumat tentang produk anda yang
lain atau produk orang lain yang anda promosikan sebagai affiliate.
Permission Based (Berasaskan Keizinan)
Dahulu, perkataan yang hangat diperkatakan dalam pemasaran emel adalah permission atau
keizinan. Hari ini, semua orang bercakap tentang pemasaran emel permission based (berasaskan
keizinan) tetapi ini bukanlah suatu perkara baru.
Ini semua bermakna yang anda mendapat izin untuk menghantar emel kepada penerima,
berbanding dengan spammer yang hanya mahu buat siaran kepada mana‐mana alamat emel yang
mereka dapat.
Jadi, bagaimana anda boleh dapat izin seseorang?
Dalam bab‐bab sebelum ini, kita telah berbincang tentang single opt‐in dan double opt‐in. Jika anda
dapat buktikan bahawa pelanggan anda memberi izin kepada anda untuk hantar emel kepada
mereka melalui opt‐in, maka anda sebenarnya mengamalkan pemasaran emel berasaskan keizinan.
Perkara paling penting adalah, anda boleh buktikan bahawa anda mendapat izin untuk menghantar
emel dengan menyediakan beberapa maklumat penting berikut:
• IP Address (Alamat IP)– Anda mesti ada alamat IP daripada mana pelanggan sertai senarai
emel anda.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 29
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
• Add URL – Anda mesti ada URL yang sebenar di mana pelanggan anda mengisi borang anda.
• Double‐opt‐in – Anda juga perlu ada bukti bahawa seseorang telah mengesahkan alamat
emel mereka dengan mengklik pada pautan dalam emel pengesahan anda.
Pemasaran emel berasaskan keizinan membantu anda membina hubungan jangka panjang dengan
prospek anda. Anda perlu faham sesuatu, walaupun seseorang mengizinkan anda menghantar emel
kepada mereka, tidak bermakna mereka akan terima apa jua bentuk emel.
Adalah mustahak untuk anda memastikan yang emel anda disasarkan kepada setiap pelanggan dan
hanya berkomunikasi dengan mereka dalam subjek yang diminati mereka.
Emel Pukal
Sekarang anda faham mengapa membeli senarai emel prospek adalah idea yang tidak bagus. Anda
mungkin telah jumpa laman web atau syarikat yang menawarkan ribuan alamat emel pada kos yang
rendah.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 30
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Berikut adalah beberapa contoh:
Anda mungkin teruja yang anda boleh dapat 500,000 emel rakyat Malaysia hanya untuk RM799.
Betul ke?
Kadang‐kadang, anda terima emel daripada beberapa syarikat asing yang mendakwa bahawa
mereka boleh jual kepada anda alamat emel CEO dan pengarah syarikat. Betul ke?
Kebiasaannya, jika anda beli senarai nama dan alamat emel, mereka tidak mengandungi Alamat IP
dan alamat URL di mana data itu diperolehi. Malah, jika alamat emel datang dengan maklumat ini,
mereka tidak mengizinkan ANDA untuk emel mereka.
Kebanyakan mereka dalam senarai seperti ini telah mengisi borang dalam laman web yang berlainan
dan pemilik laman web tersebut, sebagai contoh laman web kaji selidik atau syarikat kad kredit,
menjual butiran ini kepada syarikat lain.
Manakala, yang lain cuma himpunan emel yang dipungut daripada Internet dengan menggunakan
perisian “email harvester” (“jentuai emel”) yang akan pungut sebarang emel yang ia jumpa dan
menyimpannya ke dalam sebuah pangkalan data.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 31
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Melainkan sumber alamat emel ini adalah syarikat yang bereputasi baik, kemungkinan besar anda
telah beli alamat emel yang dipungut. Jika anda hantar emel kepada mereka yang tidak kenal anda,
maka anda sebenarnya menjalankan aktiviti SPAM.
Ya, saya tahu. Anda mungkin kata banyak syarikat yang buat begini sekarang. Anda mungkin juga
kata, sebab anda beri cara untuk opt‐out daripada senarai emel, mereka bebas untuk buat demikian
jika mereka tidak mahu menerima promosi anda. Itu masih bermakna yang anda tidak dapat
keizinan untuk menghantar emel kepada mereka.
Sebagai pemasar emel, adalah penting bagi kita merujuk balik kepada Akta CAN‐SPAM
(http://bit.ly/canspamact), kerana, ini adalah akta terpenting berkaitan dengan SPAM dan
pemasaran emel. Selagi anda mematuhi akta itu, anda tidak akan hadapi masalah.
Hantar Emel Pukal lwn. Emel Yang Diperibadikan
Kadang‐kala, apabila anda membeli senarai prospek, anda hanya terima alamat emel dan bukan
nama orang tersebut. Itulah sebabnya anda perasan, apabila sebuah syarikat mendapat emel anda
melalui pembelian atau sewaan senarai emel, mereka tidak akan menghantar emel peribadi.
Malah, jika anda dapat nama bersama emel mereka, mereka tidak kenal siapa anda atau mengapa
anda menghubungi mereka. Senang cakap, anda sebenarnya menghantar emel SPAM.
Ya, anda seorang spammer. Sah anda seorang spammer.
Menghantar emel pukal kepada senarai prospek yang dibeli, pada peringkat awal, anda mungkin
akan dapat beberapa respons tetapi, buat jangka masa panjang, anda sebenarnya menggadai
reputasi anda. Sebaliknya, jika anda mendapat alamat emel dengan sendiri iaitu melalui langganan
opt‐in yang sah, anda akan dapat nama dan butiran mereka lain juga. Ini membolehkan anda
menyebut nama mereka secara langsung dalam emel anda dan bina hubungan jangka panjang yang
lebih baik dengan mereka.
Dengan menghantar emel peribadi, anda mengucapkan salam kepada mereka dengan nama
sebenar mereka, menjadikan emel anda kelihatan lebih mesra.
Sebagai contoh, dalam akaun Aweber saya, terdapat pelbagai medan personalisasi yang boleh saya
guna:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 32
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Secara default, anda boleh peribadikan emel anda dan hantar setiap siaran berdasarkan lokasi
geografi:
• Mengikut negara, rantau dan bandar
• Mengikut longitud dan latitud
Namun, kebanyakan pemilik bisnes ingin dapat lebih banyak maklumat daripada pelanggan mereka,
sebagai contoh, nombor telefon, umur atau maklumat demografi lain.
Dalam Aweber, anda boleh lakukan ini dengan mudah, hanya dengan menambah Custom Fields
(medan mengikut kehendak anda) ketika anda mencipta borang optin anda. Anda cuma perlu masuk
ke dalam akaun Aweber anda dan pergi kepada My Lists > Custom Fields.
Anda boleh tambah sehingga 25 custom fields, dan dengan mudah menggunanya dalam borang
optin anda. Kemudian, anda boleh cari medan ini daripada keseluruhan senarai anda dan
memperibadikan emel anda dengan lebih lanjut.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 33
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Bagaimana Untuk Bina Senarai Emel
Yang Besar
Mungkin persoalan yang paling besar dalam pemasaran emel, terutamanya pemasaran emel
berasaskan keizinan adalah, bagaimana untuk bina senarai pelanggan yang besar. Apabila anda tidak
membeli senarai emel yang tidak menepati sasaran, tugas membina senarai emel kelihatan mustahil.
Namun, buat jangka masa panjang; emel anda akan dapat lebih banyak manfaat apabila anda
mengambil peranan yang aktif dalam membina senarai emel. Malah, yang lebih penting adalah
membina hubungan dengan senarai emel tersebut. Di sini, kami senaraikan beberapa cara yang
lazim dibuat tetapi amat efektif, untuk mendapat nama dan alamat emel dengan cepat dan efisien.
Laporan dan Kertas Putih Percuma
Jika anda menjual sebarang bentuk produk digital atau fizikal, dengan mudah anda boleh tulis satu
laporan atau kertas putih, jadikannya dalam format PDF dan kemudian berikan kepada pengunjung
laman web anda muat turunkannya.
Kaedah ini sangat mudah untuk anda mengabaikannya.
Sekarang anda mungkin terfikir, “Tapi, apa yang aku nak tulis?” Saya tidak dapat jawab soalan ini
kerana saya tidak tahu bentuk bisnes anda tetapi apa yang saya tahu; ada beberapa cara umum
untuk menulis laporan yang sangat menarik untuk sebarang bidang. Kaedah ini efektif sama ada
anda menjual produk digital, produk fizikal atau menyediakan perkhidmatan.
Kaedahnya seperti berikut:
• 10 Perkara Yang Anda Sentiasa Ingin Tahu Tentang [Subjek]
• 5 Langkah Untuk Dapat [Subjek] Yang Sempurna
• 7 Rahsia Tentang [Subjek] Yang Dirahsiakan Daripada Anda!
• Kesilapan Besar [Subjek] Yang Anda Mesti Hindari
• Kajian Kes [Subjek] Yang Paling Berjaya
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 34
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
• Bagaimana Memilih [Subjek] Terbaik
Dengan membuat laporan percuma seperti ini, anda berpeluang untuk memperkenalkan produk
atau perkhidmatan anda kepada pelanggan anda dan jual kepada mereka dengan memberi
maklumat yang berguna.
Contoh 1:
Anda ada sebuah laman web di mana anda memberi perkhidmatan reka bentuk web. Anda
perlu dapat mengumpulkan nama dan alamat emel prospek yang melawat laman web anda
yang tidak mengisi borang sebut harga.
Dengan mudah, anda boleh menulis satu laporan bernama, “Kesilapan Besar Pereka Bentuk
Web Yang Anda Mesti Hindari” atau “Kajian Kes Reka Bentuk Web Yang Paling Berjaya”.
Apabila pelanggan muat turun salah satu laporan ini, dengan mudah anda boleh tonjolkan
kesilapan kebanyakan orang dalam reka bentuk laman web atau contoh‐contoh reka bentuk
laman web yang hebat (mungkin yang anda buat?).
Contoh 2:
Anda ada laman web di mana anda menjual perkhidmatan reka bentuk dalaman. Pasaran ini
mempunyai permintaan yang tinggi, tetapi ia bukanlah suatu yang mudah untuk anda jual di
Internet. Malah, pelanggan anda mungkin mahu berjumpa dengan anda, mendapatkan
sebut harga dan macam‐macam lagi sebelum membuat keputusan untuk mengupah anda.
Anda boleh tulis satu laporan pendek berjudul, “7 Kesilapan Besar dalam Reka Bentuk
Dalaman Rumah” dan berikannya sebagai muat turun percuma. Mana‐mana pelanggan yang
baca panduan anda akan lebih tahu mengenai reka bentuk dalaman dan akhirnya lebih
terbuka untuk membeli.
Cuba teka daripada siapa yang mereka akan beli? Anda! Kerana anda telah membantu
mereka memahami reka bentuk dalaman dan anda telah menunjukkan kepakaran anda
dalam bidang reka bentuk dalaman!
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 35
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Tidak kira apa jua bentuk bisnes anda, anda sentiasa boleh dapatkan trafik web anda memberikan
nama dan alamat emel mereka. Trafik ini, daripada hanya menjadi nombor statistik laman web anda,
kini mereka adalah orang yang boleh anda hubungi di masa akan datang mengenai tawaran
istimewa, jualan penghabisan stok dan lain‐lain promosi.
Berikut adalah beberapa contoh yang menggunakan ebuku PDF percuma untuk mendapat pelanggan
yang banyak. Secara peribadi, saya menggunakan kaedah ini untuk mengumpul lebih daripada
20,000 orang pelanggan:
Bagi www.LinkTracker.com saya telah buat satu laporan ringkas yang membincangkan kesalahan‐
kesalahan besar yang dibuat oleh kebanyakan pemasar affiliate dan jadikan laporan ini dalam format
PDF yang anda boleh muat turun secara percuma.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 36
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Pertama, saya telah mengenalpasti pasaran sasaran saya iaitu pemasar affiliate! Kedua, laporan
percuma tersebut juga membincangkan bagaimana perisian kami menyelesaikan 7 masalah
tersebut. Ketika menulis buku ini, taktik ini sahaja telah berjaya mengumpul 3,659 pelanggan dalam
tempoh kurang dari 10 bulan.
Di GobalaKrishnan.com, saya juga menawarkan laporan pemasaran affiliate yang sama. Bagi laman
web ini, tiada produk khusus yang saya jual, namun selepas orang melanggan, saya berpeluang
untuk terus berhubung dengan mereka dan dengan segera boleh mempromosikan bimbingan
peribadi (personal coaching) saya, seminar dan produk‐produk saya pada masa akan datang.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 37
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Percubaan Percuma dan Diskaun
Percubaan percuma amatlah efektif jika anda menjual perisian di Internet. Cara terbaik untuk
pelanggan menilai sama ada perisian anda memenuhi keperluan mereka adalah dengan
mencubanya secara percuma sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Pastikan ia jelas dalam laman web anda, yang anda ada versi pecubaan yang mereka boleh muat
turun, tetapi, sebelum memberi mereka pautan muat turun, pastikan anda tunjukkan mereka
borang opt‐in. Beritahu mereka, selepas mereka masukkan nama dan alamat emel mereka, anda
akan hantar pautan muat turun kepada mereka dalam emel. Ini akan memastikan mereka memberi
anda alamat emel mereka yang sebenar.
Jika anda menjual pelbagai produk yang tidak berkaitan dan anda tidak ada percubaan percuma
untuk ditawarkan, maka, agak sukar bagi anda untuk mencipta laporan atau kertas putih yang
khusus. Dalam kes begini, anda boleh menawarkan kupon istimewa.
Namun, untuk dapat kod kupon istimewa, pengunjung laman web anda perlu memasukkan nama
dan alamat emel mereka, barulah kod kupon diemelkan kepada mereka. Berikut adalah beberapa
contoh menggunakan percubaan percuma untuk mendapat pelanggan:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 38
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Dalam contoh di atas, syarikat boleh memberi anda pautan muat turun bagi percubaan percuma
tetapi mereka tidak berbuat begitu. Malah, mereka meminta anda opt‐in agar mereka boleh hantar
lebih banyak maklumat dan juga meyakinkan anda untuk beli versi perisian yang berbayar.
Berikut adalah satu contoh di mana sebuah syarikat menggunakan kupon dan diskaun untuk
mendapat pelanggan. Dalam kes ini, Groupon Malaysia mendapat lebih daripada 100,000 pelanggan
dalam masa yang singkat:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 39
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Dalam contoh ini, GroupsMore.com (kini Groupon Malaysia) meminta anda mendaftar dan memilih
lokasi anda agar mereka boleh emel anda tawaran terbaik yang berhampiran dengan lokasi anda.
Landing Page dan Google AdWords
Apa kata, jika tak ada sebarang trafik ke laman web anda? Tak perlu risau, anda boleh beli trafik!
Dengan Google AdWords (http://adwords.google.com) anda boleh letakkan iklan ringkas dalam
Google.com dan 15 minit kemudian, anda akan dapat trafik sasaran ke laman web anda.
Terdapat beberapa cara bayaran, termasuklah:
1. Pay Per Click (PPC) – Bayaran dibuat apabila seseorang klik iklan anda.
2. Pay Per Impression (PPM) – Bayaran dibuat apabila Google memaparkan iklan anda.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 40
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
3. Jumlah pertukaran (conversion) – Bayaran dibuat apabila anda mendapat jualan atau
pertukaran lain seperti pendaftaran iaitu pengunjung laman web mendaftar.
Namun, kaedah paling popular adalah PayPer Click.
Sebenarnya, AdWords amat canggih sehingga anda boleh pilih untuk paparkan iklan anda secara
lokal (mengikut Negara, bandar atau poskod), agar anda boleh fokus membina senarai emel
setempat atau serantau, jika itulah sasaran audiens anda.
Jika anda cuba membina senarai pelanggan tempatan, AdWords adalah cara yang terbaik untuk
melakukannya. Sebagai contoh, jika anda mensasarkan pasaran Amerika sahaja, dengan mudah anda
boleh paparkan iklan anda kepada keseluruhan Amerika Syarikat atau negeri tertentu dalam
Amerika Syarikat.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 41
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
AdWords membolehkan anda melakukan lebih banyak daripada itu, dengan membenarkan anda
membuat sasaran mikro berdasarkan POSKOD anda (kod ZIP bagi Amerika Syarikat). Malah, anda
ada pilihan untuk memaparkan iklan anda dalam radius tertentu jika anda menjalankan perniagaan
kedai fizikal dan mahu fokus dalam mendapatkan lebih ramai orang datang ke kedai anda untuk
membuat belian.
Jika anda rakyat Malaysia yang cuba membina senarai emel pelanggan U.S., maka ini masih cara
yang terbaik untuk melakukannya. Tetapi, satu hal yang anda perlu tahu untuk beli trafik daripada
Google AdWords.
Dalam apa jua keadaan, anda tidak boleh hantar trafik kepada laman utama laman web anda.
Mengapa? Ini bukanlah idea yang bagus kerana setiap pengunjung memakan kos. Malah, jika anda
ada berjuta wang sekali pun untuk bajet pengiklanan, tidak masuk akal untuk hantar pengunjung ke
laman utama anda. Ini kerana, anda mahu pastikan setiap wang yang dilaburkan dalam membayar
Google akan menghasilkan keuntungan untuk anda, betul?
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 42
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Masalah dengan menghantar orang ke laman web anda yang biasa adalah mereka tidak tahu nak
buat apa setibanya di sana.
Pada laman web biasa, ada maklumat tidak berguna seperti sejarah syarikat anda, pautan kepada
laman web yang tidak menjual atau gangguan‐gangguan lain. Jika anda menjalankan portal
ecommerce, laman web anda mungkin ada banyak pilihan bagi mereka untuk klik dalam tempoh
yang singkat, iaitu 20 atau 30 minit mereka berada di laman utama anda.
Apa pun, laman utama adalah laman yang terakhir sekali anda mahu hantar trafik berbayar anda.
Pengunjung yang datang daripada pengiklanan Google, mungkin pada masa itu memutuskan yang
dia tidak dapat mencari apa yang dicarinya pada laman web anda, lalu meninggalkannya.
Bengangnya! Habis duit anda terus masuk ke dalam akaun bank Google. Sudah tentulah ADA
peluang yang pengunjung itu akan kembali ke laman web anda di kemudian hari tetapi, tiada
jaminan itu akan berlaku.
Jadi, anda perlu bina landing page. Landing page dibina dengan satu tujuan sahaja – untuk tukar
pengunjung menjadi pelanggan atau prospek dengan secepat mungkin. Landing page mesti direka
bentuk sebegitu rupa supaya ia padan dengan kata kunci yang anda bida dan teks pemasaran dalam
iklan anda.
Plus, ia mesti amat efektif supaya tidak mempunyai sebarang gangguan seperti pautan atau
maklumat lain yang tidak berkaitan. Jika ada gangguan, itu adalah pembaziran wang namanya.
Sekarang mungkin anda terfikir, “Tak bolehkah aku hantar mereka terus kepada laman produk aku?”
Ya, memang boleh. Anda boleh hantar pengunjung daripada AdWords terus ke laman produk tetapi,
dalam banyak kes, dengan buat begitu, ia akan jadi amat sukar bagi anda untuk mendapat pulangan
ROI yang positif. Jadi, anda perlu tukar lebih banyak orang kepada prospek atau pelanggan terlebih
dahulu sebelum terus tukar kepada pelanggan berbayar atau pembeli. Ini adalah amat benar jika
mereka belum pernah mengenali anda dan oleh itu, mereka mungkin sangsi atau skeptikal sedikit
dan ini menghalang mereka daripada terus membeli.
Berikut adalah contoh menggunakan landing page dengan Google AdWords.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 43
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Anda boleh lihat iklan Google AdWords yang ringkas yang disasarkan kepada Malaysia (anda tidak
akan nampak iklan ini jika anda berada di luar Negara) oleh GroupsMore/Groupon Malaysia. Apabila
seseorang klik pada iklan tersebut, mereka akan dibawa kepada landing page yang anda lihat di
bawah:
Ini adalah laman yang direka bentuk khas, bukan laman utama sebenar. Jika Groupon menghantar
trafik ke laman utama, mereka akan rugi kerana terlalu banyak yang boleh diklik pengguna , akhirnya
pengguna akan hilang tumpuan.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 44
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Dalam landing page Groupon, ada borang yang terus meminta alamat dan lokasi. Hanya selepas
memberikan maklumat tersebut, barulah anda ditunjukkan diskaun yang ditawarkan!
Skrip TellAFriend (beritahu kawan)/ Rekomendasi
Tahukah anda bagaimana FaceBook (FB) dan Twitter menjadi amat besar dalam masa yang singkat?
Cuba ingat balik ketika anda mula‐mula membuka akaun FaceBook. Apa yang FB minta daripada
anda?
FaceBook meminta anda syorkan kepada rakan‐rakan anda, betul?
Anda cuma perlu masukkan kata laluan dan kata nama akaun Gmail atau Yahoo anda, dan FaceBook
akan mendapatkan senarai semua orang dalam buku alamat anda dan akan dorong anda untuk
menjemput mereka menyertai anda dalam FaceBook, meletakkan mereka dalam senarai rakan anda
secara automatik.
Itulah kuasa pemasaran viral, atau lebih dikenali dalam dunia pengiklanan tradisional, pengiklanan
mulut ke mulut.
Iaitu, seorang mengesyorkan sesuatu kepada yang lain, dan orang itu pula mengesyorkan kepada
tiga yang lain dan mereka pula, setiap seorang mengesyorkan kepada tiga yang lain. Tanpa anda
sedari, perkhidmatan ini telah disyorkan kepada ratusan, ribuan, malah, kepada jutaan ahli yang
berpotensi.
Anda mungkin terfikir, tetapi bagaimana saya boleh buat seperti mana syarikat besar itu buat,
sedangkan saya tidak ada pengetahuan teknikal? Sebenarnya mudah saja untuk pasang skrip Tell‐A‐
Friend dalam laman web anda .
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 45
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Berikut adalah perkhidmatan percuma yang anda boleh terus guna dan ia berfungsi dengan amat
baik sekali: www.freetellafriend.com
Atau anda boleh cari dalam Google untuk kata kunci “Tell‐a‐friend script”, dan anda akan jumpa
pelbagai skrip yang menarik sama ada percuma atau yang berbayar.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 46
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Taktik Pemasaran Emel Terkini
Pada hari ini, pemasaran emel mempunyai wajah baru. Bukan lagi hanya pemasaran sehala dan alat
penyiaran tetapi, ia juga medium untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda dan mengenali
mereka dengan lebih dekat lagi. Bila difikirkan balik, bukankah itu tujuan asal emel?
Dalam bab ini, mari kita lihat pada beberapa perkembangan terkini dalam pemasaran emel dan lihat
bagaimana anda boleh implemennya ke dalam kempen anda dengan matlamat utama, untuk
meningkatkan keuntungan.
Emel dalam Teks lwn Emel dalam HTML
Walaupun emel HTML bukanlah perkara baru, cuma baru‐baru ini saja, semakin ramai pemasar emel
mula menggunanya. Pada peringkat awal dahulu, terdapat tentangan dalam menggunakan HTML
dalam emel kerana tidak semua emel boleh baca teknologi ini.
Namun hari ini, HTML seolah mempunyai dua kelebihan yang nyata berbanding teks. Kelebihan ini
adalah, membolehkan reka bentuk dan susun atur yang lebih menarik serta dapat mengesan
keseluruhan jejak dan laporan statistik yang lebih baik. Malah, syarikat seperti Aweber dan
GetResponse telah mula memberi pelanggan mereka banyak templat HTML yang cantik secara
percuma, di mana pelanggan dapat menggunakannya untuk mencipta surat berita ezin (ezine
newsletter) dan emel susulan (follow‐up emails).
Integrasi dengan Sosial Media
Sosial media seperti FaceBook dan Twitter –tanpa peduli anda sedar atau tidak kemasyhuran mereka
– adalah sangat besar bagi anda untuk abaikan sebagai pemasar Internet. Walaupun saya tidak akan
sesekali mengesyorkan anda menjadikan sosial media sebagai enjin pemasaran utama anda. Ada
cara yang anda boleh gunakan kedua‐dua idea tersebut bersama .
Sebagai contoh, dalam Aweber (http://gigurl.com/aweber) anda ada modul integrasi Twitter dan
FaceBook di mana anda boleh sindiket secara automatik siaran emel terkini anda kepada Twitter
atau FaceBook.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 47
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Semua siaran emel anda juga disimpan dalam Arkib Web, yang mempunyai sedutan RSS sendiri. Ini
membolehkan pelanggan anda merujuk emel yang terdahulu anda hantar atau akses kesemuanya
melalui “feed reader” (pembaca sedutan RSS).
FaceBook Fan Page
Mencipta FaceBook Fan Page adalah satu lagi idea yang menarik. Dalam FaceBook page, anda
dengan mudah boleh tambah borang web opt‐in dan mula mengumpul prospek. Jika anda buka
profil anda dengan betul, sertai beberapa grup yang relevan dan mula menambah rakan, dalam
masa yang singkat, anda akan dapat trafik yang banyak ke laman profil anda.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 48
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Sebagai pelanggan Aweber, anda boleh akses tutorial web mereka atau hadiri salah satu acara
program teleseminar mereka secara langsung dan belajar bagaimana untuk melakukannya.
Sosial media – setengah orang menyukainya, setengah orang membencinya.
Tidak peduli apa posisi anda, yang jelas, anda tidak boleh mengabaikannya terus. Apabila digunakan
dengan betul, ia boleh membantu anda membina senarai emel yang amat besar dalam masa yang
singkat.
RSS ke Emel lwn. Ezin Tradisonal
Ezin telah berada dipasaran selama emel, walaupun kebanyakan orang lebih suka untuk melanggan
sedutan RSS daripada blog dan laman web, ezin masih lagi relevan pada hari ini. Namun, ezin telah
diintegrasi dengan RSS dan blog, dan menjadi lebih automasi.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 49
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Sebagai contoh, Aweber mempunyai ciri istimewa iaitu RSS‐ke‐Emel yang bernama “Blog Broadcast”
yang mengambil isi kandungan daripada sedutan RSS blog anda, dan mengeluarkannya ke dalam
emel siaran blog anda, bersedia untuk disiarkan.
Malah, anda boleh grup seberapa banyak pos blog anda yang terkini ke dalam satu emel, bukan satu
emel bagi setiap pos blog. Kemudian, anda boleh set untuk hantar rumusan blog secara automatik
atau secara manual. Anda boleh tentukan dengan tepat, tarikh, hari dan masa yang anda mahu
siaran blog emel anda dihantar.
Sebenarnya, ciri menyiarkan blog dalam Aweber atau ciri pengumuman blog dalam GetResponse
membenarkan anda mencipta ezin yang automatik di mana isi kandungannya adalah isi
kandungan blog anda.
Dengan cara ini, anda hanya perlu fokus pada penulisan blog dan ezin bulanan atau mingguan anda
akan terurus dengan sendirinya. Malah, anda tidak perlu menekan butang hantar (send) jika anda
tidak mahu melakukannya.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 50
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Plus, Aweber boleh bersepadu dengan baik dengan perkhidmatan RSS seperti FeedBurner. Asalkan
anda menggunakan FeedBurner untuk menguruskan langganan blog anda, pelanggan Aweber anda
juga menjadi sebahagian daripada kiraan jumlah pelanggan anda.
Katakanlah anda ada 230 pembaca melalui FeedBurner (RSS atau emel), dan anda ada 300
pelanggan dalam Aweber, sedutan kiraan FeedBurner anda akan menunjukkan 530 pelanggan.
Memaparkan bukti sosial (menunjukkan kepopularan blog anda) amatlah penting untuk meyakinkan
orang lain untuk memasukkan alamat emel mereka dan melanggan pos blog anda yang terkini.
Aweber memberi anda alternatif untuk menggunakan servis seumpama FeedBurner. Ini dilakukan
dengan mengekalkan aspek terpenting sekali iaitu memaparkan jumlah nombor langganan.
Tarik Diri Pelangganan Penerima Secara Manual
Hal ini adalah suatu yang saya mula buat apabila saya kembali menggunakan alamat emel sebenar
daripada menggunakan alamat emel no‐reply (jangan balas). Oleh kerana saya dapat banyak respons
secara langsung daripada pelanggan saya, saya dapat lihat dengan jelas bahawa sesetengah orang
tidak akan nampak pautan unsubscribe (tarik diri pelangganan) di bawah setiap emel yang saya
hantar.
Apabila saya mendapat respons yang penuh dengan kemarahan (kadang‐kala dengan kata‐kata
kesat), secara manual saya akan menarik diri pelangganan penerima tersebut. Alasannya mudah
saja, dia memarahi saya kerana saya masih menghantar emel kepadanya setelah dia hilang minat
dalam apa yang saya tawarkan.
Dia sudah bosan dengan topik yang saya bincangkan. Jadi, tanpa membuang masa dan pening‐
pening kepala, saya menarik diri pelangganan mereka.
Oleh kerana saya menjual banyak produk informasi dan juga banyak buat seminar, saya juga dapat
pertanyaan daripada orang tentang bagaimana untuk mulakan blog sendiri. Kadang‐kala saya dapat
respons seperti ini:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 51
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Hai Gobala,
Saya dah baca tawaran anda tetapi saya sudah berumur 65 tahun, seorang pencen dan tidak
mempunyai wang tetapi saya betul‐betul perlu buat duit dengan cepat. Saya tak ada kad
kredit atau kad debit, dan saya tak tahu mengenai Internet atau bagaimana untuk berblog.
Kemahiran komputer saya hampir kosong, ada tak sesuatu yang boleh saya buat?
Apabila saya baca emel seperti ini, saya juga akan menarik diri pelangganan orang itu daripada
senarai emel saya. Mengapa?
Saya buat begitu sebab, berdasarkan pada respons yang saya terima, saya dapat lihat yang orang ini
bukanlah prospek bagi produk saya buat masa ini dan mungkin sampai bila‐bila. Jadi, saya tidak
mahu dia berada dalam senarai emel saya kerana mereka ini tidak akan menyumbang kepada
keuntungan saya. Jika ada pun, apa yang akan saya dapat hanyalah lebih banyak aduan dan aura
negatif.
Anda terkejut? Anda mungkin tidak akan buat begitu, saya boleh faham. Anda mungkin akan pilih
untuk bantu orang ini, ajar dia asas kemahiran komputer dan bantu dia dapatkan kad debit supaya
dia boleh buat bisnes Internet.
Secara peribadi, saya mungkin akan buat perkara yang sama tetapi sebagai tujuan bisnes, orang ini
sudah tergolong dalam golongan bukan prospek dan adalah lebih baik untuk kita jika dia “tukar bas
lain yang menghala ke destinasi yang dia hendak pergi”.
Apa yang saya belajar selama ini adalah cara sukar iaitu, saiz tidak penting. Bukanlah saiz senarai
emel anda yang penting tetapi apa yang penting adalah minat ahli senarai emel anda kepada produk
anda. Oleh sebab itu, membeli 500 ribu senarai emel tidak akan memberi manfaat berbanding
dengan membina senarai 1,000 orang prospek yang mempercayai anda dan mahu membeli daripada
anda lagi dan lagi.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 52
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Jangan Ambil Khidmat Luar Bagi Pemasaran Emel Anda!
Pemasaran emel adalah komunikasi peribadi antara pemilik bisnes dan klien. Anda perlu
melakukannya sendiri jika anda serius tentang membina bisnes bersama mereka. Apabila anda
mengambil khidmat luar bagi pemasaran emel, anda meletakkan jenama dan reputasi anda dalam
kawalan orang lain.
Jika anda memasarkan servis anda melalui rakan kongsi, maka pastikan mereka tidak menggunakan
kaedah emel pukal atau spam untuk promosikan produk anda. Jika anda tidak pedulikan amalan baik
pemasaran emel, andalah yang akan rugi buat jangka masa panjang.
Contoh terbaik yang boleh saya berikan adalah Robert G.
Allen.
Dahulu, Robert adalah penulis yang dihormati, seorang
penulis buku terlaris seperti “One Minute Millionaire”,
“Multiple Streams of Income” dan “Multiple Streams of
Internet Income”.
Tetapi, beliau terlalu bergantung pada rakan kongsi untuk memasarkan seminar dan produk‐produk
beliau yang lain. Rakan kongsi telah menggunakan taktik pemasaran emel yang tidak beretika dan
kadang‐kala SPAM, untuk memasarkan produk beliau. Pada kaca mata prospek, orang yang mereka
marah ialah Robert G. Allen.
Anda boleh lihat impak negatif ini apabila ramai orang mula membincangkannya dalam forum di
Internet tentang bagaimana untuk berhentikan SPAM daripada Robert dan rakan kongsinya:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 53
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Jika ini berlaku kepada bisnes atau jenama anda, impaknya lama. Orang akan kenal anda sebagai
spammer, walaupun anda sudah berhenti semua kempen spam anda. Itulah sebabnya, penting
untuk anda belajar bagaimana untuk buat pemasaran emel dengan betul, dan juga ajar rakan kongsi
anda cara yang betul.
Bagaimana Untuk Jadi Pemasar Emel Yang Berjaya Berikut adalah panduan ringkas untuk berjaya dalam pemasaran emel:
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 54
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
• Hantar maklumat yang bermanfaat. Pastikan anda menghantar maklumat yang berguna
dan bermanfaat kepada pelanggan anda tentang produk dan servis anda.
o Jadikan maklumat ini mudah untuk difahami, dan jika boleh, cuba jawab semua
pertanyaan mereka secepat mungkin.
o Apabila mereka membalas emel anda, balas balik secepat mungkin.
• Hanya tawarkan produk yang berkaitan sahaja. Jangan sesekali promosikan produk yang
tidak relevan dengan pelanggan.
o Sebagai contoh, mungkin seseorang telah melanggan daripada laman web anda
tentang bagaimana untuk bermain gitar. Selagi anda mempromosikan produk
berkaitan dengan gitar atau muzik, anda menghantar apa yang mereka minat.
o Jika anda mula mempromosikan pil atau peluang MLM kepada mereka, mungkin
sebahagian daripada mereka akan berminat tetapi majoritinya akan marah anda dan
akan tarik diri daripada senarai emel anda buat selamanya.
• Hubungi setiap orang setiap minggu. Salah satu kesalahan besar yang dilakukan kebanyakan
orang dalam pemasaran emel adalah mereka rasa tidak perlu kerap menghantar emel
kepada pelanggan mereka.
o Sesetengah syarikat hanya emel saya sekali setahun. Manakala yang lain, langsung
tidak emel saya selepas saya mendaftar.
o Masalahnya, jika anda lama tidak menghubungi pelanggan anda, mereka akan lupa
siapa anda dan mengapa anda emel mereka.
o Agar pelanggan anda kekal ingat siapa anda atau syarikat anda, 7‐10 emel perlu
dihantar.
o Sekurang‐kurangnya hantar emel kepada mereka sekali seminggu, walaupun
sekadar untuk bertanya khabar atau memberitahu mereka tentang pos terbaru blog
anda atau untuk menawarkan diskaun kepada mereka.
o Sebaliknya, menghantar terlalu banyak emel atau terlalu kerap boleh buat
pelanggan anda berang dengan anda. Jadi, anda perlu menjarakkan emel anda.
• Tulis emel anda sendiri. Jika anda mahukan pelanggan anda mengenali anda, memahami
anda dan menyukai anda, anda mesti menulis emel anda sendiri dengan gaya anda
tersendiri.
o Prospek menjangkakan yang anda bercakap dan berkelakuan seperti dalam emel
anda, jadi, mendapatkan khidmat luar untuk menulis emel anda adalah idea yang
tidak bernas.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 55
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
• Jangan sesekali jual senarai emel anda. Apabila orang melanggan senarai emel anda,
mereka memberi maklumat peribadi mereka kepada anda dan mereka mempercayai anda
untuk menyimpannya dengan selamat.
o Tidak kira berapa banyak wang yang ditawarkan kepada anda, jangan sesekali
menjual pangkalan data emel pelanggan anda.
o Sebaliknya, sertai program affiliate mereka untuk mempromosikan produk mereka
sebagai affiliate, atau caj mereka fi pengiklanan dan anda sendiri yang menghantar
emel tersebut.
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 56
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Bermula dalam 7 Hari
Pemasaran emel bukanlah hanya satu cara melakukan jualan, ia lebih daripada itu. Ia adalah cara
untuk bina bisnes yang mampu hidup sendiri, menguntungkan, dengan pelanggan setia yang berkali‐
kali membeli. Jika anda sudah bersedia untuk mula dengan cara yang betul, berikut adalah apa yang
saya hendak anda lakukan:
1. Bina laman web anda dahulu. Sama ada ia blog WordPress, Blogger atau FaceBook, bina
laman web anda, di mana anda sekarang akan mula mengumpulkan nama dan alamat emel.
Tak ada gunanya anda belajar semua perkara tentang pemasaran emel jika anda tidak boleh
siapkan langkah ini.
2. Dapatkan perisian Aweber. Secepat mungkin, dapatkan perisian pemasaran emel pihak
ketiga seperti Aweber (http://gigurl.com/aweber). Tak ada gunanya anda cuba jimat duit
dan menggunakan skrip percuma kerana akibat menggunakan skrip percuma tersebut hanya
akan menyusahkan anda untuk melakukan perkara yang betul.
3. Selidiki pasaran sasaran anda. Cuba fahami bentuk maklumat yang dikehendaki pasaran
anda dan buat satu strategi. Bolehkah anda memberi mereka tip percuma? Bolehkah anda
memberi pengguna baru anda diskaun istimewa?
4. Cipta laman web opt‐in. Cipta laporan/ebuku PDF yang ringkas, yang boleh mereka muat
turun secara percuma. Kemudian, cipta laman web opt‐in yang lain, yang anda boleh guna
jika anda mahu buat pengiklanan Adwords/Facebook untuk bantu anda mendapat
pelanggan.
5. Letak borang opt‐in pada tempat yang mudah nampak. Paparkan borang opt‐in pada laman
web anda dan secara aktif meminta orang memberikan nama dan alamat emel mereka jika
mereka mahu mendapatkan tawaran percuma anda.
6. Komunikasi. Hantar pelanggan anda emel yang terkini daripada blog anda dengan
menggunakan ciri Blog Broadcast. Bina hubungan dengan mereka secepat mungkin dan
mereka akan lebih terbuka untuk membeli produk atau servis anda.
Walaupun saya sudah menyampaikan segala pengalaman, pengetahuan dan kaedah rahsia saya
melalui RahsiaEmel.com, selebihnya terpulang pada anda. Jangan terus belajar subjek pemasaran
emel selamanya. Ia bukanlah sukar sangat – apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 57
Rahsia Emel oleh Gobala Krishnan
Copyright 2011 Incomattic Sdn Bhd 58
TINDAKAN YANG BANYAK. Setiap hari anda bertangguh, anda kehilangan peluang untuk bina
senarai pemasaran emel yang besar, yang akan menjamin kejayaan bisnes Internet anda.
Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam usaha pemasaran emel anda!
Ikhlas,
Gobala Krishnan