13
125 REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN MELOKALISASI PENTADBIRAN ZAKAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI Dicky Wiwittan Toto Ngadiman 1 , Salmy Edawati Yaacob 2 Hairunnizam Wahid 3 1 Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu, 88450, Malaysia; [email protected] 2 Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, 43600; [email protected] 3 Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM, Bangi, 43600; [email protected] ABSTRAK Antara cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pengagihan zakat adalah dengan melokalisasi urus tadbir zakat kepada kawasan yang lebih kecil dan ditadbir oleh amil tempatan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa lokalisasi akan mendatangkan hasil dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Walaubagaimanapun untuk melaksanakan konsep lokalisasi ini bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap negeri di Malaysia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri dalam menguruskan zakatnya. Banyak kajian perlu dilaksanakan dengan melihat banyak aspek termasuklah mengambil kira pandangan daripada banyak pihak. Kaedah pentadbiran zakat yang diamalkan di institusi zakat negeri juga berbeza disebabkan latarbelakang penduduk, demografi, ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyingkap reaksi awal pegawai zakat Pusat Zakat Sabah (PZS) terhadap cadangan melaksanakan lokalisasi pentadbiran zakat di Politeknik Sabah (PKK). Hasil kajian mendapati banyak perkara perlu dilihat dan dimantapkan sebelum perlaksanaannya. Beberapa implikasi dasar serta cadangan juga turut dibincangkan dalam kajian ini Kata kunci Lokalisasi, Pusat Zakat Sabah, Politeknik Sabah

REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

125

REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN MELOKALISASI

PENTADBIRAN ZAKAT DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Dicky Wiwittan Toto Ngadiman1,

Salmy Edawati Yaacob2

Hairunnizam Wahid3

1Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Kinabalu, 88450, Malaysia; [email protected]

2Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, 43600; [email protected]

3 Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM, Bangi, 43600; [email protected]

ABSTRAK

Antara cadangan untuk meningkatkan keberkesanan pengagihan zakat adalah dengan

melokalisasi urus tadbir zakat kepada kawasan yang lebih kecil dan ditadbir oleh amil tempatan.

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa lokalisasi akan mendatangkan hasil dari aspek

ekonomi, sosial dan politik. Walaubagaimanapun untuk melaksanakan konsep lokalisasi ini

bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap negeri di Malaysia mempunyai kelebihan dan kekurangan

tersendiri dalam menguruskan zakatnya. Banyak kajian perlu dilaksanakan dengan melihat

banyak aspek termasuklah mengambil kira pandangan daripada banyak pihak. Kaedah

pentadbiran zakat yang diamalkan di institusi zakat negeri juga berbeza disebabkan latarbelakang

penduduk, demografi, ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk

menyingkap reaksi awal pegawai zakat Pusat Zakat Sabah (PZS) terhadap cadangan

melaksanakan lokalisasi pentadbiran zakat di Politeknik Sabah (PKK). Hasil kajian mendapati

banyak perkara perlu dilihat dan dimantapkan sebelum perlaksanaannya. Beberapa implikasi

dasar serta cadangan juga turut dibincangkan dalam kajian ini

Kata kunci Lokalisasi, Pusat Zakat Sabah, Politeknik Sabah

Page 2: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

126

1.0 PENGENALAN

Zakat merupakah ibadah yang difardukan ke atas individu Islam apabila cukup nisabnya.

Sepertimana firman Allah SWT bermaksud,

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu

kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat.” (QS An-Nur 24:56)

Zakat daripada aspek bahasa membawa pelbagai maksud seperti bersih, suci, subur, berkat, dan

berkembang. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam istilah zakat adalah membersihkan harta dan

membersihkan diri orang berada daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain

ialah zakat membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki oleh orang miskin terhadap

orang berada. Zakat daripada aspek syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu

diberikan kepada asnaf tertentu yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat yang telah

ditetapkan oleh syarak. Antara tujuan dan pensyariatan ibadah zakat adalah untuk mengagihkan

sebahagian kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang

berkemampuan, membersihkan diri pembayar zakat, menyuburkan dan memberkati harta

pembayar zakat, mewujudkan rasa bersyukur terhadap nikmat kekayaan yang dianugerahkan

oleh Allah SWT kepada hambaNya, dan memberi peluang kepada golongan hartawan untuk

melakukan ibadat dalam bentuk mengeluarkan sebahagian harta mereka. Disamping itu juga

zakat dapat menyatukan umat Islam dalam pelbagai urusan termasuk aspek ekonomi dan

kewangan.

Terdapat banyak kajian terdahulu menunjukkan pengurusan zakat perlulah diuruskan

secara cekap supaya dapat menjaga kebajikan sosial dan memberi manfaat kepada gorongan

miskin (Nor Aini, 2006). Kesan daripada agihan zakat yang cekap dapat membantu sesebuah

negara membasmi kemiskinan (Muhammad Syukri, 2000). Sebenarnya, pengurusan zakat di

Malaysia adalah baik dan menunjukkan kemajuan dalam kutipan dari tahun ke tahun jika

dibandingkan dengan negara Islam yang lain. Ramai hartawan muslim mula sedar akan

kewajipan membayar zakat mula mengeluarkan zakat. Dengan adanya banyak cawangan

pungutan zakat yang ditubuhkan akan memudahkan lagi setiap individu Muslim untuk membuat

bayaran zakat (Muhammad Syukri, 2006). Sebagai contoh, sehingga November tahun ini, jumlah

zakat harta yang dikutip oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) adalah sebanyak RM71 juta,

Page 3: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

127

meningkat 1.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu disebabkan oleh inisiatif ini. Terdapat

juga kaunter bergerak zakat diwujudkan oleh institusi zakat untuk memudahkan pembayar zakat

melaksanakan rukun Islam tersebut.

Tidak dinafikan juga isu kecekapan dalam agihan zakat masih menjadi tajuk hangat

perbualan masyarakat. Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26 November 2015 melaporkan

kenyataan pegawai zakat yang mengakui bahawa agihan zakat lebih sukar barbanding pungutan

zakat dan beliau juga mengakui terdapat beberapa kritikan daripada aspek agihan zakat. Punca

kemiskinan dalam negara juga sering dikaitan dengan pentadbiran zakat yang tidak cekap.

Walaupun terdapat peningkatan daripada aspek kutipan zakat dan juga usaha pusat zakat di

seluruh negara untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem agihan, namun tidak dapat

dinafikan masih terdapat sebilangan besar masyarakat yang masih tidak berpuas hati

(Muhammad Syukri, 2002).

Turut menjadi isu adalah agihan bantuan zakat pendidikan di institusi pengajian tinggi.

Bagi membendung masalah ini berlarutan, Lembaga Zakat Selangor telah mengorak langkah

dengan melaksanakan konsep lokalisasi melalui pembukaan kaunter zakat dibeberapa IPT

tempatan. Sehingga 2016, pihak Lembaga Zakat Selangor telah menjalankan kerjasama dengan

11 Institut Pengajian Tinggi, antaranya ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Selangor

(KUIS), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Multi-Media (MMU), Universiti Tun

Abdul Razak (Unitar), Universiti Selangor (Unisel) dan Management and Science University

(MSU). Senario semasa di Sabah menunjukkan Pusat Zakat Sabah (PZS) telah merencanakan

kaedah ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah di mana satu perlapan

daripada pungutan zakatnya akan diserahkan semula kepada UiTM Sabah untuk diagihkan

sendiri oleh pentadbir zakat kepada pelajarnya yang diketegorikan sebagai asnaf. Kaedah ini

dikenali sebagai melokalisasi urus tadbir zakat. Kajian menunjukkan kaedah ini telah berjaya

meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan agihan zakat di UiTM tersebut. Namun begitu,

kajian ini mendapati kaedah ini masih belum dilaksanakan di institusi pengajian Politeknik,

justeru cadangan telah diajukan bagi mengikut jejak langkah UiTM untuk mengutip zakat di

kalangan staf dan komunitinya dan membuat agihan sendiri dikalangan pelajarnya.

Page 4: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

128

Perlaksanaan lokalisasi ini tidak semudah yang difikirkan. Walaupun terdapat teori yang

mengatakan banyak kebaikan dari segi ekonomi, sosial dan politik, tetapi kajian yang mendalam

perlu dilakukan. Justeru kajian dibuat bagi melihat apakah pandangan dan reaksi awal pegawai

PZS sekiranya Politeknik Kota Kinabalu terhadap cadangan melokalisasi pungutan dan agihan

zakat di institusi tersebut.

2.0 KAJIAN LEPAS

Kajian Muhamad Rahimi (2014) mendapati dengan penubuhan wakil zakat di institusi pengajian

tinggi dapat membantu ummah dalam kecemerlangan ilmu. Ini disokong oleh Muhammad

Shukri (2014) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu instrumen penting untuk

mengubah masyarakat. Antara punca keciciran pelajar dalam pendidikan ialah status sosio

ekonomi termasuk taraf pekerjaan ibu bapa. (Azman Ab Rahman, 2014). Kajian oleh Katty

Hsiao Jia Wong et al. (2011) mendapati sebaliknya iaitu pencapaian dalam pendidikan

mempengaruhi tahap kemiskinan di kalangan belia.

Penemuan oleh kajian Muhammad Rizal (2015) mendapati terdapat sebilangan asnaf di

IPT bekerja sambilan di masa lapang untuk menampung perbelanjaan. Hakikatnya jumlah

bantuan zakat yang diterima oleh asnaf agak kecil (Muhammad Syukri, 2006). Justeru,

Muhamad Rahimi (2014) dalam kajiannya mencadangkan supaya jumlah bantuan yang

disalurkan kepada asnaf berpadanan dengan kos pendidikan para asnaf agar mereka boleh

memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh Paimuzi

(1996), agihan zakat di Malaysia sekadar mencukupi sahaja dan masih terdapat

ketidakseimbangan agihan zakat terhadap asnaf. Kajian Paimuzi (1996) disokong oleh kajian

Dzaiuddin (2003) yang mendapati walaupun terdapat peningkatan dalam kutipan saban tahun

tetapi masih gagal mengurangkan kemiskinan.

Kebanyakan masalah pengagihan ini dapat dikesan oleh pembayar zakat yang merupakan

antara agen utama dalam sistem zakat. Kajian dalam kalangan pembayar zakat, termasuk

pembayar zakat di kalangan kumpulan akademik (Muhamad 2008), menunjukkan yang mereka

masih kurang berpuas hati dengan kaedah pengagihan zakat oleh institusi zakat (Mohamad

Dahan, 1998; Muhammad Syukri, 2006; Sanep et al. 2006; Hairunnizam et. al, 2009; dan

Page 5: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

129

Hairunnizam et. al, 2010). Kajian ini mendapati bahawa sekiranya institusi zakat tidak memberi

perhatian sepenuhnya kepada isu ini, ia akan menimbulkan beberapa isu lain seperti membayar

zakat kepada asnaf secara tidak formal atau membayar secara langsung dan terus kepada asnaf

zakat (Aidit, 1998; Muhammad Syukri, 2006; Sanep et al. 2006 dan Hairunnizam et al. 2009).

Justeru Muhammad Syukri (20062) telah mencadangkan kaedah lokalisasi pentadbiran zakat

dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kecekapan pengurusan zakat.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar, staf Muslim PKK dengan menganalisa persepsi mereka

terhadap pengagihan zakat pendidikan di institusi tersebut. Turut menjadi responden dalam

kajian ini ialah pegawai PZS. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar dan staf muslim

PKK secara rawak. Seramai 148 pelajar dan 93 staf telah menjawab soalan kaji selidik. Ukuran

skala Likert 3 mata digunakan untuk mengukur pembolehubah dalam kajian ini. Data yang

lengkap kemudian di analisisa secara kualitatif dan menggunakan analisis deskriptif dan skor

min.

4.0 HASIL KAJIAN

4.1 Analisis Demografi Responden: Responden yang paling ramai menjawab borang soal

selidik adalah dari kalangan pensyarah, berumur di antara 25 hingga 35 tahun, mempunyai

ijazah, sudah berkahwin, berkhidmat melebihi 5 tahun dan berpendapatan melebihi RM4,000

sebulan. Hanya 12.9 peratus responden adalah daripada aliran agama. Kajian mendapati bahawa

seramai 60 orang telah membuat potongan gaji untuk zakat pendapatan. Dikalangan pelajar,

responden terdiri dari semua semester dan program.

4.2 Tinjauan Ke Atas Pelajar

Pelajar memberi respon terhadap soalan-soalan berkaitan bantuan zakat pendidikan yang

diajukan secara on-line. Hasil tinjauan mendapati bahawa pinjaman PTPTN masih menjadi

Page 6: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

130

pilihan pelajar. Hanya 17 orang sahaja yang mendapat bantuan kewangan, dermasiswa dan zakat

sahaja. Daripada jumlah 17 pelajar, hanya 5 orang pelajar sahaja permohonan mereka diuruskan

melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang pelajar menerima zakat

daripada Pusat Zakat Sabah, manakala dermasiswa adalah diterima daripada badan-badan atau

organisasi lain. Daripada tinjaun di atas seramai 81 pelajar pernah memohon bantuan kewangan,

dermasiswa dan zakat melalui pejabat Pusat Zakat Sabah berbanding dengan pelajar yang

memohon melalui Politeknik Kota Kinabalu.

Jadual 1: Tinjauan ke atas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Item Kekerapan Peratusan

1. Pembiayaan kos pengajian dan sara hidup di PKK.

a) Pinjaman PTPTN 93 62.8%

b) Bantuan kewangan 4 2.7%

c) Zakat 12 8.1%

d) Dermasiswa 3 2%

f) Tiada 36 24.4%

2. Pernah memohon bantuan kewangan/dermasiswa/zakat

Melalui Hal Ehwal Pelajar PKK. (Termasuk yang tidak berjaya).

a) Ya 57 38.5%

b) Tidak 91 61.5%

3. Pernah berurusan di Pejabat Pusat Zakat Sabah untuk

memohon bantuan kewangan/dermasiswa/zakat.

(Termasuk yang tidak berjaya)

a) Ya 81 54.7%

b) Tidak 67 45.3%

4. Maklumat berkaitan bantuan kewangan/dermasiswa/zakat

sampai ke pengetahuan pelajar.

Page 7: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

131

a) Ya 63 42.6%

b) Tidak 49 33.1%

c) Tidak Pasti 36 24.3%

Tinjauan dikalangan pelajar yang tidak berjaya mendapat sebarang bantuan, membawa

kepada penemuan seorang pelajar yang menyatakan bahawa unit Hal Ehwal Pelajar adalah tidak

adil dan kadang-kadang memilih pelajar, sedangkan pelajar tersebuah dikalangan orang miskin.

Justeru, majoriti pelajar iaitu 87.8% bersetuju sekiranya bantuan kewangan diserahkan kepada

institusi zakat dengan mewujudkan kaunter zakat di Politeknik Kota Kinabalu, mereka akan

memohon zakat.

4.2 Reaksi Staf Politeknik Terhadap Bantuan Zakat Pelajar

Kajian ini juga meninjau tahap kepuasan staf PKK Sabah terhadap bantuan zakat pelajar di

institusi tersebut. Isu-isu berkaitan zakat pelajar dapat di lihat dalam Jadual 2. Secara

keseluruhannya, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan berhubung dengan bantuan zakat

kepada asnaf di institusi tersebut.

Jadual 2: Tahap Kepuasan Staf PKK Terhadap Isu-Isu Berkaitan Permohonan Bantuan

Zakat Kepada Pelajar Dalam Kategori Asnaf

Skala

Item 1 2 3 Min

1 Syarat permohonan terlalu ketat 12 54 27 2.16

(12.9) (58.1) (29) [.065]

2 Sukar berjumpa pegawai berkaitan 16 56 21 2.05

(17.2) (60.2) (22.6) [.066]

3 Borang lambat diproses 6 58 29 2.25

(6.5) (62.4) (31.2) [.059]

4 Pelajar tidak tahu mereka layak terima

zakat -

39 54 2.58

(41.9) (58.1) [.051]

5 Maklumat tidak sampai kepada pelajar 4 36 53 2.53

(4.9) (38.2) (56.9) [.060]

Page 8: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

132

Nota: berasaskan skala seperti berikut: 1 Tidak setuju; 2 Setuju;

3 Sangat setuju

Nilai purata keseluruhan konstruk ini ialah 2.31

( ) nilai peratus daripada jumlah responden

[ ] nilai ralat piawai bagi purata

Hasil pemerhatian juga mendapati responden kurang berpuas hati dangan isu birokrasi

seperti menggunakan borang, tempoh kelulusan permohonan dan pengesahan status asnaf oleh

pegawai tertentu. Merujuk kepada laman sesawang Pusat Zakat Sabah (PZS), untuk permohonan

zakat, borang perlu diambil di ibu pejabat PZS-MUIS. Sehingga ke hari ini belum ada

perkhidmatan untuk memohon secara on-line diperkenalkan. Menurut pegawai biasiswa

Politeknik Kota Kinabalu, pelajar perlu mengambil sendiri borang di pejabat PZS kemudian

pihak politeknik akan mengesahkan status terkini pelajar tersebut.

Di Politeknik setiap pelajar akan berada dalam pengawasan penasihat akademik masing-

masing. Sistem penasihat akademik membolehkan setiap urusan pelajar akan direkodkan seperti

permohanan pinjaman, cuti sakit, sokongan untuk permohonan biasiswa dan sebagainya.

Penasihat akademik bertindak sebagai orang tengah diantara pihak pengurusan dan pelajar.

Kadang-kadang perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu urusan akan diluahkan kepada

penasihat akademik.

Merujuk kepada Jadual 2, untuk urusan permohonan zakat seperti syarat permohonan

yang ketat, sukar berjumpa dengan pegawai PZS dan borang lambat diproses, majoriti responden

bersetuju dengan perkara tersebut. Ini kerana apabila pelajar ingin memohon zakat, mereka perlu

mengambil borang di pejabat PZS, kemudian mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada

HEP Politeknik. Majoriti responden sangat setuju bahawa maklumat berkaitan zakat tidak

sampai kepengetahuan pelajar. Ini mungkin disebabkan maklumat mengenai permohonan zakat

tidak ditampal di papan notis pelajar. Kajian ini juga mendapati majoriti pelajar di institusi

tersebut tidak tahu sama ada mereka layak memohon zakat atau tidak. Perkara ini disokong oleh

pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik, mengatakan bahawa taklimat berkaitan PTPTN akan

diberikan kepada pelajar-pelajar baru sedangkan taklimat berkaitan bantuan kewangan seperti

biasiswa dan zakat tidak dilakukan. Inilah juga antara punca statistic pelajar yang mendapat

Page 9: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

133

pinjaman PTPTN tinggi. Apabila pelajar telah mendapat pinjaman pendidikan seperti PTPTN,

secara langsung bantuan zakat tidak lagi layak bagi mereka. Sebenarnya pelajar-pelajar miskin

tidak mempunyai banyak masa dan pilihan kerana kemungkinan besar keluarga pelajar tersebut

juga tidak mempunyai banyak wang ringgit untuk bekalan anak mereka. Ketika pinjaman

pendidikan ditawarkan, mereka nampak seolah-olah inilah sahaja peluang yang ada untuk

menyara perjalanan hidup mereka di IPTA. Oleh yang demikian, kajian ini mencadangkan

supaya taklimat berkaitan bantuan zakat oleh wakil zakat juga diberikan di awal pendaftaran

pelajar di institusi tersebut dan juga di institusi-institusi pengajian tinggi yang lain sekiranya

perlu. Setelah penerangan dibuat, terserah kepada pelajar-pelajar miskin yang layak untuk

membuat pilihan samaada membuat pinjaman PTPTN atau memohon bantuan zakat. Sekurang-

kurangnya mereka telah diberi penerangan zakat dan juga bagi mengelakkan sebarang aduan

terhadap institusi zakat.

4.2 Reaksi Staf PZS Terhadap Bantuan Zakat Pelajar:

4.2.1 Sebaran Maklumat: Di zaman teknologi ini, sebaran maklumat tidak semestinya di

pamerkan di papan notis pelajar. Pelajar yang memerlukan bantuan perlu peka terhadap bantuan-

bantuan yang ditawarkan dengan sentiasa menyemak laman sesawang rasmi PZS. Tidak

dinafikan bahawa pihak PZS juga perlu menghubungi pegawai PKK berkaitan zakat. Untuk

permohonan zakat, pelajar perlu ke Pejabat PZS kerana pada masa ini permohonan melalui talian

belum lagi di buka. Begitu juga bagi pelajar yang ingin menyambung bantuan zakat, perlu

mengemukakan permohanan baru di kaunter PZS. Sekiranya ramai pelajar yang layak untuk

bantuan zakat, wakil PZS sendiri akan datang ke PKK untuk urusan temuduga. Masa

pemprosesan borang juga bergantung kepada kelengkapan dokumen yang diminta dan juga hasil

keputusan mesyuarat. Untuk program bersama penerima zakat dan menjejaki asnaf perkara ini

belum lagi menjadi amalan.

4.2.2 Reaksi Awal Staf PZS Terhadap Cadangan Lokalisasi: Sememangnya secara teori

konsep lokalisasi zakat yang kini dipraktikkan di beberapa IPT akan membantu agihan zakat atau

dermasiswa pendidikan secara berkesan. Disamping itu ianya akan memberikan satu bentuk

jaminan sosial kepada pelajar miskin. Tidak dinafikan juga bahawa dengan kemudahan dan

capaian sistem maklumat, PKK mampu menjadi wakil PZS untuk melancarkan segala urusan

pelajar miskin PZS.

Page 10: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

134

Walaubagaimanpun untuk menurunkan kuasa kepada PKK dalam menguruskan agihan

zakat pendidikan pelajar bukan perkara mudah. Banyak perkara perlu dipertimbangkan walaupun

dalam banyak kajian menyokong perlaksanaan konsep lokalisasi ini. Dengan bebanan tugas

hakiki di PKK, dijangkakan urusan agihan zakat secara berkesan, pemantauan asnaf dengan lebih

dekat mungkin sukar untuk dilaksanakan, dengan itu persepsi dengan melokalisasi urus tadbir

zakat di PKK akan mengurangkan karenah birokrasi mungkin tidak menjadi kenyataan. Merujuk

kepada cadangan menggunakan saluran bendahari dan Unit Hal Ehwal Pelajar PKK untuk

memudahkan kutipan dan pembayaran zakat, pihak PZS masih bersikap sederhana terhadap

perkara ini.

4.2.3.1 Kekuatan

Sesuai dilaksanakan disebabkan sistem pengurusan pelajar yang sistematik bagi

mengenalpasti pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan zakat pendidikan.

Pihak Politeknik lebih dekat kepada pelajar untuk menyalurkan bantuan zakat

pendidikan.

Mengurangkan birokrasi.

4.2.3.2 Kelemahan dan Cadangan

Peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.

Perlu penyeragaman sistem pengurusan agihan zakat bagi mengelakkan

permohonan bertindih.

Perlu adanya laporan tahunan agihan dana zakat.

Perlu ada integriti kepada sistem yang dipertanggungjawabkan mengurus agihan

dana zakat.

5.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Kajian ini juga dilaksanakan bagi melihat tahap kepuasan staf di IPT terhadap bantuan zakat dan

dermasiswa di IPT Pusat Zakat Sabah. Penambahbaikan terhadap sistem agihan zakat pelajar

haruslah dilakukan segera agar dapat membantu pelajar miskin. Antara cadangan

Page 11: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

135

penambahbaikan yang dikemukakan adalah melalui kaedah desentralisasi kuasa pengagihan dan

pentadbiran zakat di IPT dan lokaliti tertentu. Ini berdasarkan beberapa hujah keberkesanan

kaedah ini seperti meningkatkan tahap kecekapan agihan zakat serta meningkatkan tahap

kepercayaan masyarakat terhadap amil zakat yang akhirnya memungkinkan peningkatan jumlah

kutipan zakat di negeri berkenaan setiap tahun.

Kajian yang dijalankan oleh Dicky et al. (2016) mendapati kakitangan Politeknik Kota

Kinabalu menyambut baik kaedah lokalisasi untuk dilaksanakan di peringakat Politeknik Kota

Kinabalu. Melalui sistem penasihat akademik yang diperkenalkan di Politeknik ianya dapat

mengesan lagi asnaf dengan lebih kemas. Sebagai contoh apabila pelajar ponteng kelas atau tidak

mendaftarkan diri, penasihat akademik akan menghubungi pelajar tersebut untuk mengetahui

sebab pelajar berbuat demikian. Sekiranya kerana masalah kewangan, siasatan segera boleh

dibuat dan sekiranya benar, pelajar tersebut layak untuk menerima bantuan zakat. Ini dapat

mempercepatkan urusan agihan zakat dan mengurangkan karenah birokrasi kerana pelajar tidak

perlu pergi ke pusat zakat semata-mata untuk mengambil borang kemudian kembali semula ke

institusi untuk mendapatkan pengesahan status pelajar, kemudian hantar semula ke pusat untuk

menunggu panggilan temuduga sekiranya dirasakan layak untuk menerima zakat.

Kajian ini mencadangkan supaya kerjasama diantara institusi zakat dan IPT diwujudkan

dan menjadikan pelajar sebagai wakil institusi zakat. Oleh kerana lokasi geografi dan jaringan

kemudahan jalan raya yang tidak baik, amat sukar bagi kakitangan institusi zakat untuk membuat

lawatan ke kawasan-kawasan terpencil bagi menjejaki asnaf. Dengan kerjasama pelajar IPT

ianya dapat membantu institusi zakat menyalurkan maklumat sekiranya terdapat penduduk di

kawasan kediamannya kategori asnaf dan layak memohon bantuan.

6.0 KESIMPULAN

Semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani isu-isu zakat yang sering ditimbulkan dan

dalam usaha untuk memartabatkan institusi zakat di Malaysia. Isu kutipan, agihan dan kesedaran

mengenai zakat, di tambah pula dengan keadaan geografi dan jaringan perhubungan yang sukar

di Sabah, kaedah lokalisasi dilihat sebagai satu bentuk penyelesaian dan dapat membantu

institusi zakat dalam urus tadbir zakat. Walaubagaimanapun kajian yang mendalam perlu

Page 12: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

136

dilaksanakan untuk melihat apakah bentuk cabaran dan halangan dalam melaksanakan konsep

lokalisasi ini. Setiap negeri berbeza dari segi cabaran dan halangan, dan tidak semestinya teori

akan menyokong realitinya.

7.0 RUJUKAN

Aidit, Ghazali. (1998). Zakat- satu tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.

Anuar Muhamad. 2008 “Perception of academicians toward zakat administration particularly

zakat distribution: The case of Kelantan.” IIUM.

Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, Harunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016. “Kajian

Kepuasan Agihan Zakat Di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di Politeknik Kota Kinabalu,

Sabah.” Prosiding National Conferences On Sustainable Cities (Nacosc) 2016 Volume 2, ms

119

Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, Harunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Nor. 2016. “Cadangan

Melokalisasikan Agihan Zakat Di Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Di Politeknik Kota

Kinabalu, Sabah.” Prosiding Seminar Kebangsaan Emas Dalam Institusi Kewangan Di

Malaysia

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad, dan Radiah Abdul Kader (2009) “Pengagihan Zakat Oleh

Institusi Zakat di Malaysia: Megapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?”, Jurnal

Syariah, Jil. 17, Bil. 1, ms 97

Hairunnizam Wahid., Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader (2010). Pengagihan zakat oleh

institusi zakat kepada lapan asnaf: Kajian di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR 4(1):

141-170.

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Melokalisasikan Urus

Tadbir Pengagihan Zakat: Peranan Institusi Masjid di Malaysia. Asian Journal of

Accounting and Governance 3: 71–83

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Radiah Abdul Kader. (2012). Penerimaan Amil dan

Asnaf Terhadap Penyetempatan Pengagihan Zakat di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia.

46(1)(2012):39-51

Page 13: REAKSI INSTITUSI ZAKAT TERHADAP CADANGAN …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/12/05-Dicky... · melalui Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 12 orang

137

Mohamad Dahan Abdul Latif (1998) Zakat management and administration in Malaysia. Kertas

kerja dibentangkan di Seminar of zakat and Taxation di Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia.

Muhamad Rahimi Osman dan Ghafarullahhuddin Din, (2014) Pengurusan Zakat di Institusi

Pengajian Tinggi, Seminar Pengurusan Zakat di Institusi Pengajian Tinggi: Pengalaman dan

Hala Tuju, Universiti Teknologi Mara

Muhammad Rizal Jalil, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad. (2015). Lokalisasi Unit Zakat

Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan.

Prosiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 81-93 2015

Muhammad Sykuri Salleh et.al. (2000) Pengurusan Kemiskinan dalam Muhammad Sykuri

Salleh et.al Pengurusan Pembangunan Islam: Prosiding Seminar, Pulau Pinang, Pejabat

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. h.1.

Muhammad Syukri Salleh (2006). Lokalisasi Pengagihan Zakat: satu Cadangan Teoritis. dalam

Hailani & Abdul Ghafar (penyt). Zakat: Pensyariatan, Perekonomian & Perundangan.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Aini Idris (2006) Isu dan Masalah Kemiskinan di Malaysia”, dalam Ishak Yusoff et.al

(penyunting), Ekonomi Malaysia ke Arah Pascaindustri, Bangi, Penerbit Univerisiti

Kebangsaan Malaysia, h.150

Paimuzi Yahya (1996) Pengagihan Zakat Di Malaysia, Disertasi Sarjana Pengajian Islam,

Universiti Malaya.

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. (2006). Penswastaan Institusi Zakat dan

Kesannya Terhadap Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of

Management Studies 13 (2), 175-196.