52
REBAN TERTUTUP AYAM DAGING 1. LATARBELAKANG 1.1 Apa Itu Reban Tertutup Reban yang keseluruhan bahagiannya bertutup rapat kecuali di bahagian untuk udara keluar – masuk. Pengudaraan dalam reban dikawal. 1.2 Mengapa Menggunakan Reban Tertutup Menyediakan persekitaran dalam reban yang selesa kepada ayam dengan cara mengawal pengudaraannya. Dalam persekitaran yang selesa produktiviti ayam dioptimumkan. 2. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN REBAN TERTUTUP 2.1 Kebaikan a. Pengudaraan dalam reban boleh dikawal. b. Suhu dalam reban lebih rendah dari suhu di luar. c. Persekitaran dalam reban selesa kepada ayam. d. Perubahan suhu minimum dan maksimum dalam reban lebih kurang 4°C ( 24-28°C) berbanding sehingga 10°C ( 25- >35°C) bagi reban terbuka. e. Ayam kurang mengalami tekanan gangguan dari faktor luar minimum. f. Burung liar dan tikus yang boleh menjadi pembawa penyakit dapat dikawal dari memasuki reban dengan lebih baik. g. Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas ruang lantai bagi setiap ekor ayam boleh dikurangkan sepertiga berbanding menggunakan reban terbuka. h. Najis kering, mengurangkan gangguan bau tidak enak, busuk dan lalat kepada persekitaran. i. Kos pengeluaran lebih cekap kerana : Pengambilan makanan dan penukaran kepada daging yang optimum. Lebih banyak ayam boleh dipelihara pada saiz reban yang sama. Kos ubat dapat dikurangkan kerana kawalan penyakit yang lebih baik. Kos penggunaan antistress kurang kerana persekitaran yang selesa 1

Reban Tertutup Ayam Daging

  • Upload
    mszinc

  • View
    6.598

  • Download
    71

Embed Size (px)

Citation preview

REBAN TERTUTUP AYAM DAGING 1. LATARBELAKANG

1.1 Apa Itu Reban Tertutup

• Reban yang keseluruhan bahagiannya bertutup rapat kecuali di bahagian untuk udara keluar – masuk.

• Pengudaraan dalam reban dikawal. 1.2 Mengapa Menggunakan Reban Tertutup

• Menyediakan persekitaran dalam reban yang selesa kepada ayam dengan cara mengawal pengudaraannya.

• Dalam persekitaran yang selesa produktiviti ayam dioptimumkan.

2. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN REBAN TERTUTUP

2.1 Kebaikan

a. Pengudaraan dalam reban boleh dikawal. b. Suhu dalam reban lebih rendah dari suhu di luar. c. Persekitaran dalam reban selesa kepada ayam. d. Perubahan suhu minimum dan maksimum dalam reban lebih

kurang 4°C ( 24-28°C) berbanding sehingga 10°C ( 25->35°C) bagi reban terbuka.

e. Ayam kurang mengalami tekanan gangguan dari faktor luar minimum.

f. Burung liar dan tikus yang boleh menjadi pembawa penyakit dapat dikawal dari memasuki reban dengan lebih baik.

g. Lebih banyak ayam boleh dipelihara kerana keperluan luas ruang lantai bagi setiap ekor ayam boleh dikurangkan sepertiga berbanding menggunakan reban terbuka.

h. Najis kering, mengurangkan gangguan bau tidak enak, busuk dan lalat kepada persekitaran.

i. Kos pengeluaran lebih cekap kerana : • Pengambilan makanan dan penukaran kepada

daging yang optimum. • Lebih banyak ayam boleh dipelihara pada saiz reban

yang sama. • Kos ubat dapat dikurangkan kerana kawalan penyakit

yang lebih baik. • Kos penggunaan antistress kurang kerana

persekitaran yang selesa

1

• Kadar kematian dan kecederaan ke atas ayam kurang.

j. Peluang pasaran dan eksport lebih baik kerana kawalan penyakit dan kualiti yang lebih terjamin.

2.2 Kelemahan

a. Kos-kos menyediakan prasarana, bayaran balik pinjaman per ekor ayam, letrik, air, operasi dan penyelanggaraan lebih tinggi.

b. Pengusaha mesti mempunyai pengetahuan mendalam dan komitmen yang lebih tinggi terutama dalam menguruskan dan menyelenggara pengudaraan reban dan peralatan yang digunakan.

3. JENIS REBAN TERTUTUP

3.1. Pengudaraan Terowong Dengan Sistem Penyejuk Sejat Udara (Tunnel Ventilation With Evaporative Cooling System).

2

3.2. Pengudaraan Terowong Tanpa Sistem Penyejuk Sejat Udara.

4. KOMPONEN REBAN TERTUTUP 4.1 Komponen Utama

4.1.1 Bangunan Reban

• Bangunan bertutup rapat dengan lubang bagi udara masuk dan keluar

4.1.2. Sistem Pengudaraan

i) Kipas Ekzos

• Mengawal pengudaraan dalam reban. Kipas membantu penukaran udara dengan menyedut udara keluar dan masuk reban.

3

• Kelajuan angin melalui reban yang digerakkan oleh kipas memberi kesan dingin (windchill effect) kepada ayam.

ii) Penyejuk Udara

• Sistem penyejuk udara menambah-dinginkan

suhu dalam reban dengan menyejukkan udara yang melaluinya masuk ke dalam reban.

4.1.3. Bekalan letrik

• Bekalan letrik jenis “ three phase ”

4.1.4. Standby Generator

• Membekalkan tenaga letrik jika bekalan letrik utama terputus.

4.2 Komponen Sokongan

4.2.1. Pengesan Suhu dan Lembapan ( Temperature and Humidity

Sensor )

• Mengesan suhu dan lembapan dalam reban.

Gambar 1 : Sensor Haba Untuk Mengesan Suhu dalam Reban

4.2.2. Kelengkapan Sistem Amaran (Alarm System)

• Alat system amaran kecemasan seperti siren atau loceng.

4

• Alat ini akan serta merta berbunyi apabila ada peralatan reban yang mengalami gangguan atau tidak berfungsi.

4.2.3. Peralatan Makanan

• Bekas makanan jenis automatik (pan feeder, auger feeder, chain feeder) atau jenis manual (hanging hoper) boleh digunakan.

Gambar 2 : Bekas Makanan Automatik

Gambar 3 : Bekas Makanan Manual Jenis Hanging Hoper

5

4.2.4. Peralatan Minuman

• Peralatan minuman jenis automatik (nipple drinker) atau jenis manual (plasson bell drinker) boleh digunakan.

Gambar 4 : Bekas Minuman Automatik Jenis Putting ( Nipple Drinker) 4.2.5. Lampu

• Kemudahan cahaya dalam reban penting bagi reban tertutup.

• Cahaya warna biru dan hijau sering digunakan.

Gambar 5: Lampu Reban Warna Biru

6

4.2.6. Set Drug/ Vaccine Dispencer

• Peralatan ini memudahkan pemberian vaksin dan ubat kepada ayam tanpa menggunakan tenaga kerja yang ramai, menjimatkan masa dan boleh dikawal.

4.2.7. Panel Sistem Kawalan Automatik

• Panel kawalan automatik diperlukan jika reban hendak dikendalikan secara automatik.

• Panel dihubungkan kepada “sensor“ yang dipasang pada peralatan reban. Menggunakan panel ini fungsi peralatan-peralatan reban seperti kipas, peralatan makanan, motor pad penyejuk udara, lampu dan standby generator diselaraskan dan digerakan secara automatik apabila diperlukan.

Gambar 6: Panel Kawalan Automatik Dipasang Pada Dinding Reban di Lokasi Yang Sesuai 5. CIRI REBAN TERTUTUP YANG BERKESAN

5.1 Mempunyai Tahap Kedap Udara Yang Tinggi.

• Tidak ada rekahan atau lubang-lubang pada bahagian dinding, tabir, tempat di mana bahagian reban bersambung seperti antara tabir dengan dinding, pad penyejuk udara dengan dinding dan di bahagian pintu.

• Dinding dan tabir diperbuat dari bahan kedap udara yang baik.

• Jika reban jenis bertingkat, semua tingkat mempunyai tahap kedap udara yang baik

7

5.2 Kos Binaan Ekonomik 5.3 Kos Operasi Cekap

• Mudah diselenggarakan dan dibersihkan. • Kos penyelangaraan ekonomik. • Ukuran reban yang sesuai supaya fungsi dan keberkesanan

kos segala peralatan terutama kipas digunakan secara optima.

5.4 Kalis Burung dan Haiwan Perosak

• Dinding reban bahagian bawah cukup tinggi, diperbuat daripada bahan yang licin untuk mengelak haiwan seperti tikus memanjat.

• Jika mengunakan reban jenis berlantai tingkat atas atau bertingkat, pastikan tangga, tiang dan dinding tidak menjadi laluan tikus memanjat.

• Pintu reban bertutup rapat. • Setiap sudut bahagian reban tidak ada ruang untuk burung

liar masuk dan bersarang. • Mempastikan lubang untuk membuang air cucian reban

yang dibina pada bahagian lantai bertutup rapat.

5.5 Pengudaraan Dalam Reban Yang Sempurna

• Suhu yang hampir serata di seluruh bahagian reban. • Suhu udara antara kawasan pad penyejuk dan kipas ekzos

hampir sama (berbeza tidak melebihi 2°C). • Tahap lembapan yang serata diseluruh bahagian reban. • Pergerakan dan corak udara yang serata di seluruh

bahagian reban. • Tekanan statik dalam reban antara 0.05 – 0.1 inci.

6. MEMBINA REBAN TERTUTUP YANG BERKESAN

Rekabentuk reban tertutup, binaan serta kelengkapan sokongan yang digunakan penting dalam menentukan keberkesanan kecekapan kos dan kualiti ayam daging. 6.1. Orientasi Binaan Reban

Sebaiknya reban dibina dengan paksi memanjang mengarah timur-barat.

8

6.2. Bahan Binaan

Mengguna rangka besi atau konkrit lebih mahal tetapi tahan lama dan menjimatkan kos penyelanggaraan.

6.3. Tiang

Jumlah tiang dalam reban dikurangkan supaya; • pergerakan udara sempurna. • pengudaraan cekap. • mudah kerja membuang tahi ayam. • memaksimumkan penggunaan ruang lantai.

6.4. Bumbung Reban

i. Menggunakan bahan membalik haba yang baik. • dapat mengurangkan kesan pancaran matahari. • dapat mengurangkan kesan bahang haba ke atas

bahagian dalam reban.

ii. Menggunakan bahan yang tidak mudah rosak terutama tidak mudah koyak apabila terkena tiupan angin kuat.

iii. Kedua bahagian permukaan rabung dan antara cucur atap

dan dinding dipasang jaring berlubang halus atau ditutup rapat untuk mengelakkan burung-burung bertelur di atas siling.

iv. Bahagian tepi atau cucur atap cukup lebar (sekurang-kurangnya 3½ kaki) dapat mengurangkan sinaran cahaya matahari atau tempias hujan ke atas dinding dan pad penyejuk.

v. Tinggi bahagian tengah bumbung dari lantai antara 12-14

kaki dan bahagian tepi (tinggi dinding) 7-8 kaki.

6.5. Siling (Lelangit)

i. Bumbung Bersiling a) Siling dipasang sedikit meninggi di bahagian tengah

dan ada kecuraman untuk air mengalir kebawah jika terdapat kebocoran di bahagian bumbung.

9

Gambar 7: Siling Dibina Meninggi Di Bahagian Tengah

b) Guna bahan yang kurang menyerap haba seperti zink aluminium, aluminium foil, papan lapis dan plastik tebal. Pemilihan bahan-bahan bergantung kepada harga.

Gambar 8: Siling Menggunakan Zink Aluminium

10

Gambar 9: Siling Menggunakan Plastik

c) Permukaan bahan siling licin supaya tidak menjejaskan pergerakan udara melalui sepanjang reban.

d) Ketinggian antara lantai siling bersesuaian, (lebih kurang 7-8 kaki) supaya tidak menggangu kerja-kerja pengurusan ayam, menangkap ayam dan pembersihan reban.

e) Jarak siling dengan bahagian rabung bumbung lebih kurang 4-5 kaki untuk mengurangkan kesan bahang panas dari bumbung.

f) Bagi reban bertingkat, pengudaraan dan suhu di tingkat atas kurang memuaskan dan tinggi sedikit berbanding tingkat bawah menyebabkan prestasi ayam di tingkat atas tidak sebaik ayam di tingkat bawah. Langkah berikut boleh memperbaiki prestasi ayam tingkat atas; • jauhkan sedikit jarak antara siling dengan

bumbung. • kadar pertukaran udara sekurang-kurang

sekali dalam seminit. • kelajuan udara bergerak di dalam reban pada

kadar minimum 400 kaki seminit. • memberikan ruang lantai yang lebih besar bagi

setiap ekor ayam (kurangkan bilangan ayam jika tiada pilihan).

11

ii. Bumbung Tidak Bersiling a) Bahan seperti polyurethane foam disembur pada

lapisan bahagian dalam atap sebagai penebat haba boleh digunakan sebagai pengganti siling. Bahan ini mungkin cepat mengalami kerosakan seperti dimakan serangga jika tidak diselanggarakan baik, menyebabkan kurang berkesan sebagai penebat haba.

b) Meninggikan sedikit jarak antara lantai dan bumbung

juga dapat mengurangkan kesan haba dari bumbung.

6.6. Dinding dan Tabir

i. Ciri-ciri Bahan Dinding Bahan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;

• Tidak menyerap haba. • Mengurangkan radiasi dari luar. • Kedap udara. • Tidak mudah rosak atau koyak. • Mudah dibersih. • Boleh dicuci hama dengan berkesan. • Warna yang sesuai seperti warna putih dan

tidak bersinar kuat.

ii. Jenis Dinding Dinding reban boleh dibina kekal atau boleh dibuka apabila perlu. a) Dinding kekal

• Berisiko tinggi apabila berlaku kerosakan

kipas, bekalan letrik putus atau standby generator tidak berfungsi.

• Dinding kekal adalah seperti dinding konkrit, kepingan aluminium tebal atau galvanized lacquered sheet metal.

12

Gambar 10: Reban Setingkat Menggunakan Galvanised Lacquered Sheet Metal Sebagai Bahan Dinding

b) Dinding Tadbir (curtain) • Ia lebih digalakkan kerana dinding jenis ini

boleh dibuka, ditanggal, naik atau terjatuh dengan sendiri apabila berlaku kenaikan suhu dalam reban ke paras yang menjejaskan kesejahteraan ayam.

• Tabir dinding boleh dibuat daripada plastik atau kanvas.

Gambar 11 : Bahan Dinding Menggunakan Kanvas

13

Memasang Dinding Tabir

Bahagian tepi reban dipasang dawai BRC atau dawai mata punai atau setidaknya jaring menangkap ikan. Tabir dikepit rapat ke dinding untuk mempastikan seluruh bahagian reban tertutup rapat dan mencapai tahap kedap udara yang tinggi.

c) Gabungan dinding sebahagian kekal dan sebahagian tabir juga boleh digunakan.

Gambar 12 : Dinding jenis tabir yang boleh dibuka secara automatik di tingkat atas dan dinding konkrit di tingkat bawah (ayam dipelihara di tingkat atas sahaja)

6.7. Lantai Reban

a) Reban setingkat sebaiknya menggunakan lantai simen. b) Reban berlantai atas jenis slat yang diperbuat daripada kayu

bruti 1.5 inci x 1 inci atau slat plastik.

14

Gambar 13 : Lantai Reban Jenis Slat Kayu

c) Bagi reban bertingkat, lantai tingkat atas boleh menggunakan simen atau papan lapis. Jika menggunakan papan lapis pastikan ruang kedua-dua tingkat kedap udara supaya pengudaraan tingkat atas dan bawah tidak bercampur.

d) Slat kayu atau plastik boleh juga dipasang di atas lantai simen reban setingkat atau bertingkat. Slat dipasang 2-3 kaki tinggi dari lantai. • Slat daripada kayu lebih murah, boleh dibuat sendiri

tetapi jarak antara kayu mungkin tidak seragam. Jarak antara kayu slat adalah 0.5 inci. Jarak yang lebih besar menyebabkan anak ayam bolos ke bawah atau kecederaan kepada ayam.

• Slat dari plastik mempunyai saiz yang seragam tetapi harga lebih mahal.

Gambar 14 : Lantai Reban Menggunakan Slat Plastik

15

e) Jika reban berlantai atas, lantai hendaklah cukup tinggi (6-7 kaki) supaya kerja-kerja membuang tahi ayam sama ada secara manual atau menggunakan jentera pemungut najis mudah dijalankan.

6.8. Sarap Lantai

i. Bahan seperti tetal (ketaman) kayu dan sekam padi boleh

digunakan a) Tetal (ketaman) kayu.

• lebih sesuai kerana keupayaan menyerap air atau lembapan lebih baik.

• mudah hancur dan sebati dengan tahi ayam. • kelemahannya ia lebih berhabuk.

Gambar 15 : Sarap Lantai Menggunakan Tetal Kayu

b) Sekam padi atau jerami padi • Kurang berhabuk. • Kelemahannya ia kurang menyerap lembapan

dan tidak hancur.

ii. Tebal sarap lantai antara 5-8 cm. iii. Bagi reban bertingkat, sebelum diletakkan bahan sarap,

lantai atas dialas dahulu dengan plastik atau kanvas yang kedap udara dan air.

16

6.9. Kipas

i. Reban Jenis Bertingkat • Kipas dipasang di setiap tingkat.

ii. Reban Berlantai Atas a) Tingkat Atas

• Kipas yang dipasang berfungsi untuk pengudaraan

b) Tingkat Bawah

• Kipas di tingkat bawah untuk mengeringkan tahi ayam dan pengudaraan.

iv. Lokasi Kipas

• Kipas dipasang di penghujung belakang reban. • Jika ruang tidak mencukupi untuk menampung

bilangan kipas yang perlu dipasang, boleh dipasang di hujung sisi reban.

v. Jenis Kipas

Menggunakan jenis dan saiz kipas yang berikut;

• Mempunyai kapasiti bekerja yang dapat menyedia persekitaran dalam reban yang optimum.

• Kecekapan guna tenaga kerja yang minimum. • Kos yang ekonomik.

vi. Tinggi Kipas Dari Lantai

• Kipas dipasang pada ketinggian lebih kurang 8-12 inci

dari paras lantai. • Jika terlalu tinggi pengudaraan bahagian berhampiran

kipas kurang baik dan suhu lebih tinggi. • Jika dipasang terlalu rendah kelajuan pergerakan

udara melepasi paras ayam menyebabkan ayam tidak selesa.

vii. Penghadang Habuk

• Penghadang habuk dibina jika mendapati habuk yang

disedut keluar oleh kipas boleh mandatangkan kemudaratan kepada bangunan atau tanaman di hadapannya.

17

• Menggunakan jaring nursery atau kepingan zink dibina di bahagian hadapan kipas (jarak lebih kurang 30 kaki dari kipas).

6.10. Sistem Penyejuk Udara

i. Kaedah Penyejuk Udara Dalam Reban

a). Ventilasi terowong tanpa pad penyejuk udara • Suhu udara dalam reban boleh diturunkan

antara 4-7°C (10-12°F) lebih rendah berbanding suhu di luar.

• Lubang udara dibina di bahagian depan dan kipas ekzos di bahagian belakang reban lebih sesuai untuk teknik mendingin ayam menggunakan sistem pengudaraan terowong tanpa sistem penyejuk udara.

a) Ventilasi terowong dengan system sejuk sejatan

• Suhu dalam reban boleh diturunkan 6-12°C (10-20°F) lebih rendah berbanding suhu diluar.

• Tiga kaedah menyejukan sejat udara boleh digunakan iaitu; - Menggunakan pad penyejuk yang

dibuat daripada selulos. - Semburan halus air (mist/ fogger) terus

kepada udara dalam reban. - Semburan halus air ke atas sistem

lipatan tabir jaring dipasang pada dinding reban.

ii. Memasang Pad Penyejuk Udara

a. Pad penyejuk dipasangkan pada ketinggian lebih kurang 8-12 inci dari paras lantai (sama paras dengan kipas).

b. Jika terlalu tinggi pengudaraan bahagian berhampiran pad kurang baik dan suhu lebih tinggi.

c. Jika dipasang terlalu rendah pad terdedah kepada dirosakkan oleh tikus.

d. Jika menggunakan lipatan tabir plastik dan semburan halus air, hendaklah dari saiz sesuai, Jaring nursery/ green house (saiz 16) lebih sesuai kerana ia dapat memerangkap butiran air yang disembur dengan lebih baik.

18

e. Atap lebih kurang 2.5-3 kaki lebar dipasang di bahagian pad penyejuk bagi mengelakkan kesan cahaya panas dan hujan yang memudahkan pad rosak atau berkulat.

f. Jaring halus dipasang di bahagian luar pada jarak 2.5-3 kaki dari pad bagi menghalang habuk atau kotoran disedut bersama udara memasuki pad.

6.11. Bekalan Elektrik

• Jenis “three phase” • Bekalan setabil berterusan 24 jam.

6.12. Standby Generator

i. Standby generator disambung kepada panel kawalan automatik supaya ia dapat digerakkan secara automatik sebaik sahaja bekalan letrik utama terputus.

ii. Menggunakan generator yang tidak berbunyi kuat supaya tidak mengganggu ayam dan penduduk sekitar.

iii. Jenama dan saiz kuasa generator. • Menggunakan generator dari jenama yang diakui

bermutu. • Menggunakan generator berkapasiti bersesuaian

dengan keperluan dan kapasiti ladang. Sebuah reban yang berukuran 400 kaki x 40 kaki memerlukan generator dengan kuasa antara 20 dan 25 kva.

• Generator diselanggara dengan baik, dipastikan ada minyak dan bateri dalam keadaan berfungsi sepanjang masa.

6.13. Alat Pengesan Suhu

• Pengesan suhu dipasang di beberapa bahagian dalam reban pada paras ketinggian ayam dan disambung kepada panel kawalan automatik.

6.14. Panel Kawalan Automatik

• Panel kawalan automatik diletakkan di lokasi yang sesuai yang memberi keselesaan dan meningkatkan kecekapan tugas pekerja.Sebaiknya diletakkan di pintu masuk utama reban (bahagian luar atau dalam reban).

19

6.15. Mempunyai Kelengkapan Sistem Amaran

• Alat ini sebaiknya dipasang di reban, di pejabat dan di rumah pekerja/ penternak.

6.16. Lampu

i. Tahap terang cahaya dalam reban perlu dikawal. Cahaya yang benyak dan terang menyebabkan ; • ayam bergerak aktif, membazirkan tenaga dan

mengurangkan kecekapan makanan • menggalakkan kejadian patuk mematuk (pecking) dan

kecederaan kepada ayam.

ii. Tahap terang cahaya antara 5 dan 25 lux. iii. Warna lampu yang digunakan perlu sesuai.

6.17. Peralatan Makanan

i. Penggunaan peralatan automatik digalakkan kerana ; • Meningkatkan kecekapan penggunaan pekerja

dengan itu meminimumkan kos pengurusan. • Menjimatkan penggunaan ruang reban dan

mempastikan setiap ekor ayam mendapat ruang lantai yang optimum.

ii. Kos per ekor ayam peralatan makanan automatik bagaimanapun mahal (2-3 kali lebih tinggi berbanding bekas makanan manual).

6.18. Peralatan Minuman

i. Digalakkan menggunakan peralatan minuman automatik kerana; • Menjimat penggunaan ruang lantai. • Peralatan tidak perlu dicuci setiap hari. Dengan itu

meningkatkan kecekapan gunatenaga pekerja dan kecekapan kos operasi.

• Mengurangkan air minuman tumpah yang boleh membasahkan sarap dan tahi ayam.

• Meminimumkan pencemaran air minuman, meningkatkan keberkesanan pengurusan penyakit.

ii. Kos per ekor ayam peralatan minuman automatik lebih mahal (2-3 kali lebih tinggi berbanding bekas minuman manual)

20

6.19. Set Drug/ Vaccine Dispenser

Penggunaannya memberikan faedah yang berikut; • Memudahkan pemberian vaksin dan ubat kepada ayam. • Tidak menggunakan tenaga kerja yang ramai. • Menjimatkan kos pengurusan.

7. MODEL REBAN TERTUTUP

i. Reban Setingkat Berlantai Sarap Bahan lantai : simen Bahan alas lantai : tetal kayu, sekam padi dan lain-lain.

Gambarajah 3

ii. Reban Bertingkat Berlantai Sarap Bahan Lantai tingkat bawah : simen Bahan lantai tingkat atas :simen atau papan lapis Bahan alas lantai : tetal kayu, sekam padi dan

lain – lain.

Gambarajah 4

21

iii. Reban Berlantai Atas Bahan lantai tingkat atas : slat kayu atau plastik Bahan lantai tingkat bawah : simen Ayam : ditingkat atas Tahi ayam : jatuh ke bawah reban melalui celah-celah slat

Gambarajah 5

8. MENENTUKAN SAIZ DAN MODEL REBAN TERTUTUP

8.1. Ukuran, model reban dan lokasi peralatan dipasang mempunyai kecekapan kos, kecekapan pengurusan dan keberkesanan sesuatu reban tertutup.

8.2. Perkara diambil kira menentukan ukuran dan model reban tertutup: • Ukuran kawasan tapak untuk membina reban. • Panjang arah timur-barat tapak. • Modal • Risiko pencemaran kepada kawasan sekitar. • Kelajuan udara melalui reban dan kadar pertukaran udara

dalam reban. • Kesedia-adaan bekalan bahan sarap lantai yang mencukupi

di kawasan berhampiran. • Kaedah melupuskan tahi ayam atau sarap lantai.

22

8.3. Implikasi ukuran reban (panjang, lebar dan tinggi) kepada kecekapan kos pelaburan, kos peralatan (kawalan pengudaraan), Kecekapan kos guna tenaga letrik dan kos pengurusan. i. Kos peralatan dan letrik adalah tinggi bagi reban yang

pendek dan lebar kerana lebih banyak bilangan kipas diperlukan.

ii. Kapasiti dan kecekapan kipas digunakan di paras

maksimum bagi reban yang panjang. iii. Keberkesanan pengudaraan dan penggunaan kipas adalah

lebih baik jika reban kurang lebar dan kurang tinggi tetapi panjang.

iv. Saiz reban yang optimum adalah 40 – 48 kaki lebar, tinggi 7

kaki dan panjang 400 – 500 kaki kerana; • Kadar pertukaran udara dioptimumkan • Kelajuan udara melalui reban optimum • Kecekapan guna letrik optimum.

v. jika panjang reban melebihi 500 kaki, perbezaan suhu reban diantara satu hujung reban (berhampiran pad penyejuk udara) dengan hujung satu lagi (berhampiran kipas ekzos) menjadi lebih besar, menjejaskan FCR, keseragaman ayam dan purata berat ayam.

vi. Membina reban yang pendek tetapi banyak, kurang

ekonomik berbanding membina reban yang panjang yang boleh menampung kapasiti ayam yang sama kerana; a. Kos membina reban tinggi b. Lebih banyak peralatan diperlukan dengan itu kos

lebih tinggi.

8.4. Risiko mengguna sarap lantai

• Mungkin sukar melupuskan sarap kerana kurang mendapat pasaran.

• Sarap digunakan perlu dipastikan bersih..Sarap yang tercemar boleh menjejas kesihatan, prestasi ayam dan meningkatkan kos pengurusan.

• Sarap yang lembap menyebabkan risiko penyakit, ayam kurang bermutu, kadar ayam ditakai tinggi dan harga pasaran rendah.

23

9. PENGUDARAAN (VENTILATION) REBAN TERTUTUP Pengudaraan adalah satu keperluan yang berterusan sepanjang tempoh pemeliharaan ayam. Pengudaraan reban yang sempurna menyediakan persekitaran yang selesa kepada ayam dan kunci kejayaan kepada pengeluran ayam daging.

9.1. Apa Itu Pengudaraan Bermaksud penukaran antara udara kotor (tidak segar) dari dalam reban dengan udara bersih di luar reban.

9.2. Apakah Tujuan Pengudaraan Reban

Mewujudkan persekitaran dalam reban yang selesa kepad ayam. Persekitaran dalam reban yang selesa boleh meningkatkan produktiviti ayam sehingga 20 peratus dan memberi pulangan yang baik kepada penternak. Persekitaran yang selesa memberi faedah berikut; • Kadar penukaran makanan (FCR) yang effisien, • Tumbesaran yang baik, • Kadar kematian rendah • Kadar takaian rendah

9.3. Bagaimana Proses Pengudaraan Reban Tertutup Berlaku 9.3.1. Peringkat Proses

• Udara kotor dalam reban disedut keluar. • Udara bersih digerak ke dalam reban. • Udara yang masuk digerak dan dicampur sepanjang melalui

reban.

9.3.2. Hasil Proses Pengudaraan • Ayam berterusan mendapat udara segar. • Membekalkan oksigen untuk pernafasan ayam didalam

reban • Lebihan haba yang terkumpul dalam reban dikeluarkan. • Mengurangkan debu dalam reban. • Menghadkan pembentukan gas – gas yang menjejaskan

kesihatan ayam dan pekarja seperti ammonia di dalam reban.

9.4. Perbezaan Pengudaraan Reban Terbuka dan Reban tertutup

24

9.4.1. Pengudaraan Reban Terbuka

• Penukaran udara dalam dan luar reban tidak boleh dikawal. • Pengudaraan bergantung kepada pergerakan semula jadi

udara dan tiupan angin. • Sukar mencapai pengudaraan yang sempurna dan stabil.

9.4.2. Pengudaraan Reban Tertutup i. Pengudaraan adalah mengikut prinsip pengudaraan terowong. ii. Pengudaraan dikawal oleh pergerakan kipas ekzos

• Kipas menarik udara dalam reban keluar mewujudkan ruang bertekanan rendah (tekanan static rendah) di dalam reban.

• Disebabkan perbezaan tekanan, udara luar disedut masuk ke dalam reban melalui lubang udara yang disediakan, udara digerakkan melalui sepanjang reban dan seterusnya disedut keluar.

iii. Pergerakan kipas memudahkan kawalan dan pencorakan

pergerakan udara yang dibawa masuk dan keluar reban. Udara masuk ke dalam reban dengan kelajuan tertentu dipengaruhi oleh bilangan dan kapasiti kipas yang digunakan. Kelajuan udara yang masuk menggalakkan percampurannya dengan udara panas yang ada di dalam reban Khususnya yang berada di atas paras ayam.

9.5. Tekanan Statik

• Tahap negatif tekanan statik di dalam reban mempengaruhi kelajuan udara yang masuk ke dalam reban. Lagi rendah tekanan, lagi laju udara memasuki reban dan lagi baik percampuran udara terjadi.

• Tekanan statik didalam reban sebaiknya antara 0.05 hingga 0.1 inci. Tekanan kurang dari 0.05 inci menyebabkan udara kurang bercampur. Tekanan di atas meningkatkan beban kerja kipas dan menjejaskan fungsinya.

25

10. LOKASI MEMBINA LUBANG UDARA

i. Lubang keluar masuk udara boleh dibina di hujung atau di sisi reban.

26

ii. Keluasan lubang untuk udara masuk penting bagi reban tertutup • Lubang yang terlalu besar menghalang udara yang masuk

kedalam reban dari mencapai cukup tenaga untuk percampuran yang sempurna dan pengudaraan yang berkesan.

• Lubang yang tidak cukup luas menghalang kipas dari menarik cukup udara kedalam reban.

11. MENENTUKAN KEPERLUAN KIPAS

11.1. Ukuran Kipas i. Ada 3 saiz kipas di pasaran iaitu 36 inci, 48 inci dan 50 inci.

Setiap saiz mempunyai kapasiti yang berbeza. ii. Bergantung kepada saiz kipas, pada nilai tekanan statik 0.05

inci, kapasiti kipas biasanya adalah antara 10,000 dan 24,000 cfm.

11.2. Jenis Kipas

i. Bergantung kepada kaedah menggerakkan bilahnya, Kipas terbahagi kepada 2 jenis iaitu; a. Kipas “direct drive”

Gambar 16 : Kipas Jenis Kotak Tanpa Tali Kipas

27

• Tidak ada tali kipas untuk ditegangkan atau diganti.

• Kekuatan untuk menggerakkan udara kurang dan kurang kecekapan tenaga.

• Biasanya menjadi pilihan untuk kipas bersaiz kecil umpamanya kipas ukuran 36 inci atau kurang.

b. Kipas “belt drive”

Gambar 17 : Kipas Jenis Kon Mempunyai Tali Kipas

• Mempunyai tali kipas • Lebih cekap • Menjadi pilihan untuk kipas bersaiz besar melebihi

36 inci.

ii. Mengikut bentuk binaannya kipas ada dua jenis iaitu; a. Kipas jenis kotak (boxed fan) b. Kipas mempunyai kon (coned fan)

iii. Jenis kipas mempengaruhi kecekapan dan kapasitinya mengerakkan udara. a. Kipas berkon boleh meningkatkan kapasiti isipadu

udara yang dikeluarkan antara 7 dan 8 peratus. b. Kon yang baik boleh meningkatkan kecekapan kipas

sehingga 20 peratus. c. Kipas condong boleh meningkatkan pergerakan

udara antara 2-3 peratus.

28

11.3. Memilih kipas Memilih dan menggunakan jenis dan saiz kipas yang betul penting bagi menentukan kejayaan pengudaraan reban. Asas pertimbangan memilih kipas yang sesuai adalah;

• Kekuatan kipas. • Tekanan statik dalam reban. • Kadar Kecekapan tenaga sesuatu model kipas. • Jenis kipas. • Harga. • Kos penggunaan dan penyelenggaraan. • Tempoh jaminan.

11.4. Kekuatan Kipas

i. Adalah kapasiti aliran udara kipas yang akan hasilkan. Ia diukur dalam kaki padu seminit [cubic feet minute (cfm)].

ii. Kipas yang sama akan berbeza kekuatannya bergantung kepada tekanan statik ruang di mana kipas berkerja. a. Tekanan statik zero

• Kipas akan menggerakkan udara pada jumlah yang tertinggi.

b. Tekanan statik negatif • Kipas terpaksa bekerja dengan melawan sejumlah

halangan tekanan untuk menarik udara melalui lubang udara, menggerakkannya melalui sepanjang reban dan mengeluarkannya.

iii. Kapasiti kipas akan menurun apabila tekanan statik meningkat.

11.5. Kecekapan Kipas

i. Bermaksud keupayaan kipas mengalirkan udara per unit tenaga. Diukur dalam kaki padu minit per watt (cfm per watt). Ia menerangkan kos letrik per kilowatt jam untuk menggerakkan kipas bagi mendapatkan aliran udara dalam cfm.

ii. Kecekapan kipas menurun apabila tekanan statik meningkat. Standard kecekapan kipas yang biasa dijual ditunjukkan dalam cfm pada tekanan statik 0.05 inci.

iii. Kipas berkecekapan tinggi mahal harganya tetapi lebih baik dan kos penggunaan jangka panjang lebih menjimatkan.

29

11.6. Menentukan Bilangan Kipas

i. Bilangan kipas diperlukan bergantung kepada ukuran reban (panjang, lebar dan tinggi), Saiz kipas, Kekuatan kipas dan kadar pertukaran udara dicadangkan.

ii. Kaedah paling baik menentukan keperluan ialah berasaskan kepada mendapatkan sekurang-kurangnya satu penukaran udara diperlukan sekali seminit, kipas yang sesuai boleh menggerakkan udara dengan kelajuan 400 kaki seminit.

Contah :Reban satingkat berukuran 400 kaki panjang x 40 kaki lebar dan 10 kaki tinggi. Reban berukuran ini akan mempunyai sebanyak 160,000 kaki padu udara di dalamnya. Ini bermakna jumlah udara yang perlu ditukar setiap minit adalah sebanyak 160,000 kaki padu. Jika menggunakan kipas dengan kekuatan setiap satu 20,000 cfm, maka bilangan kipas diperlukan adalah 8 buah. Adalah baik jika bilangan ditambah sedikit, contohnya dua buah lagi. Bilangan kipas dipasang ditambah kerana; • Sebagai gantian/ sokongan sekiranya ada yang gagal

berfungsi. • Meningkatkan kelajuan dan kapasiti udara yang

masuk bagi menampung kemerosotan kelajuan dan kapasiti akibat kipas berhabuk, tali kipas longgar atau kecekapan kipas menurun akibat telah lama digunakan.

11.7. Menentukan Kelajuan Kipas

i. Memilih Kelajuan udara bergerak di dalam reban melebihi

400 kaki seminit dapat mengimbangi kemerosotan kelajuan angin pada paras ayam dan menentukan ayam sentiasa dalam keadaan persekitaran yang selesa terutama dalam keadaan cuaca panas terik dan ketika ayam semakin membesar.

ii. Apabila tekanan statik dalam reban meningkat, kelajuan gerakan udara akan menurun, dengan itu kapasiti kipas juga menurun.

iii. Kelajuan udara yang berlebihan boleh menyebabkan ayam kurang selesa. Ia juga boleh menyebabkan udara dalam reban terlalu kering (graught) dan mendedahkan ayam kepada penyakit.

30

Kelajuan udara yang kurang pula menyebabkan kurang udara segar dalam reban. Juga boleh menyebabkan penyakit kepada ayam.

Mengira Kelajuan Pergerakan Udara Dalam Reban.

Kelajuan Udara: Jumlah besar kapasiti semua kipas Keluasan garis lintang reban

(cross-sectional area)

Contah : Reban berukuran 400 kaki x 40 kaki x 10 kaki Kapasiti setiap kipas 20,000 cfm dan bilangan kipas 8 buah.

Kelajuan udara: 20,000 cfm x 8 buah

40 kaki x 10 kaki : 400 kaki seminit

Mengubahsuai Kelajuan Pergerakan Udara Dalam Reban

Kelajuan pergerakan udara dalam reban boleh diubahsuai mengikut keperluan. i. Meningkatkan Kelajuan Udara

Kelajuan Udara ditingkatkan bagi meningkatkan kecekapan pertukaran udara dan menambahkan kesan sejuk dingin (windchill effect). Ia boleh dicapai dengan cara; • Mengurangkan Tinggi Siling/ Bumbung

Jika ketinggian siling atau bumbung dikurangkan, kelajuan pergerakan udara akan meningkat.

Contah: Jika tinggi siling reban dikurangkan dari 10 kaki kepada 9.5 kaki, kelajuan udara adalah 426 kaki seminit.

• Memasang “baffle (tabir) Pada Bumbung atau Siling Reban.

Kelajuan udara bergerak melalui panjang reban boleh meningkatkan bagi menambahkan kesan sejuk angin (windchill effect) dengan memasang tabir (baffle) pada bumbung atau siling di setiap 30 – 50 kaki panjang reban.

31

Contoh: Reban Berukuran 300 kaki panjang, 40 kaki lebar dan 14 kaki tinggi akan mempunyai isipadu udara sebanyak 168,000 kaki padu. Kadar pertukaran udara sebanyak 168,000 cfm. Kelajuan Udara : 168,000 kaki padu seminit

40 kaki x 14 kaki : 300 kaki seminit

Tanpa memasang kipas tambahan, mengurangkan luas permukaan lintang reban dengan memasang tabir di siling merintangi reban setinggi 9.5 kaki dari lantai pada setiap 30 – 50 kaki sepanjang reban boleh meningkatkan kelajuan angin kepada 442 kaki seminit. Kaedah ini juga dapat meningkatkan kesan sejuk angin keatas ayam.

Kelajuan udara : Isipadu reban

Luas permukaan lintang reban (cross sectional area) : 168,000 kaki padu seminit 40 kaki x 9.5 kaki : 442 kaki seminit

ii. Mengurangkan Kelajuan Udara Kelajuan pergerakan udara boleh dikurangkan dengan cara mengurangkan bilangan kipas yang berfungsi pada satu - satu masa atau menambah tinggi bumbung reban. Contoh: Kelajuan udara : 20,000 cfm x 8 buah

40 kaki x 12 kaki : 337 kaki seminit

32

12. KAEDAH MENYEJUK UDARA DAN AYAM Pengudaraan reban tertutup adalah berasaskan konsep pengudaraan terowong. Udara disejukkan menggunakan pad penyejuk atau tabir jaring yang dibasahkan atau pengkabusan air dalam reban. Pad penyejuk atau tabir jaring boleh dipasang di bahagian hadapan atau di sisi reban.

Gambarajah 10 : Pad Penyejuk Udara Di Sisi Reban

Gambarajah 11 : Pad Penyejuk Udara Di Bahagian hadapan Reban

12.1. Mernggunakan Pad Penyejuk Air Berkitar (Recirculating Water Pad System)

• Pad penyejuk dibuat dari selulos. • Udara disedut masuk ke dalam reban melalui pad penyejuk,

akan disejukkan oleh air yang berkitar mengalir di dalamnya.

33

• Pad penyejuk jenis ini mudah diuruskan dan tidak menimbulkan risiko membasahkan reban.

Gambar 18 : Pad Penyejuk Jenis Selulos

12.2. Sistem Pengkabusan Air Dalam Reban (Mist Cooling System)

• Menggunakan sistem nozzle yang dipasang di bawah bumbung atau siling reban, air disembur halus ke atas udara yang melalui sepanjang reban. Semburan air menyerap haba panas dalam udara dan menyejukkannya.

• Jika terlalu banyak air disembur menyebabkan titisan air jatuh atas ayam atau sarap lantai dan membasahkannya.

• Kadangkala nozzle tersumbat menyebabkan tahap suhu sejuk diperlukan sukar dicapai.

Gambar 19 : Air Disembur Halus

Pancutan dari arah atas ke bawah. 15 ke 20 nozzle bagi setiap kipas ukuran 48 inci . Nozzle terakhir sekurang-kurangnya 10 kaki jauh dari kipas supaya dapat mengelakkan kipas berhabuk sebab kelembapan

34

• Pergerakan laju udara menambahkan lagi kedinginan yang dirasakan oleh ayam (windchill effect). Melalui sistem ini suhu dalam reban boleh diturunkan 6 - 12°C (10 - 20°F) lebih rendah berbanding suhu di luar.

12.3. Menggunakan Sistem Sembur Halus dan Lipatan Tabir Jaring

Penyejuk.

Tabir dipasang pada hujung atau sisi reban. Air disembur halus ke atas tabir menggunakan nozzle. Melalui cara ini udara yang masuk melalui tabir jaring yang basah disejukkan.

Gambarajah 20 : Air disembur Halus ke AtasTabir Jaring Menggunakan Nozzle

12.4. Keperluan Pad Penyejuk Udara

i. Luas permukaan pad penyejuk penting menentukan

keberkesanan kecekapan penyejuk sejat udara. ii. Memasang pad secara betul penting supaya aliran masuk

udara lancar dan tidak menyebabkan berlaku tekanan statik yang berlebihan atau kurang.

iii. Luas permukaan pad penyejuk disesuaikan dengan kapasiti kipas. Pad yang telah lama digunakan mungkin akan ditumbuhi oleh lumut (algae), berdebu atau disaluti oleh galian yang akan menjejaskan kecekapan.

Andaian : Ukuran reban 400 kaki x 40 kaki x 8 kaki Tebal pad pelembap udara 6 inci tebal dan 5 kaki tinggi.

35

Keluasan pad Diperlukan

: Kekuatan kipas dipasang x Bilangan kipas Kelajuan udara melalui pad

: 20,000 cfm x 8 400 kaki seminit :400 kaki persegi

13. PERSEKITARAN DALAMAN REBAN YANG SELESA

Ayam daging memerlukan persekitaran yang selesa untuk tumbesaran yang optimum. Suhu, lembapan, tahap kandungan gas dan tahap debu mempengaruhi persekitaran dalaman sesebuah reban tertutup.

13.1. Suhu

a. Matlamat utama pengudaraan reban tertutup adalah mengawal suhu dalam reban.

b. Suhu dikawal dengan cara; i. Mengeluarkan udara panas daripada dalam reban. ii. Menyejukkan udara yang masuk kedalam reban melalui

pengudaraan terowong iii. Menurunkan suhu sebenar udara yang masuk melalui

proses sejuk sejatan. c. Zon suhu reban yang selesa bagi ayam daging adalah 20 - 27°C. d. Ayam dalam zon suhu persekitaran selesa.

• menggunakan hampir semua tenaga dalam makanan yang diambil untuk tumbesaran.

• Kadar penukaran makanan dan kadar tumbesaran ditahap optimum dan kos pengeluran efisien.

e. Dalam persekitaran suhu terlalu rendah, ayam mengambil lebih tenaga (makanan) untuk mengekalkan suhu badan. Dalam persekitaran suhu terlalu panas, ayam akan mengurangkan pengambilan makanan untuk menghadkan penghasilan haba. Dalam kedua – dua keadaan ini, kadar penukaran makanan dan kadar tumbesaran terjejas dan kos pengeluaran tidak efisien.

f. Suhu reban yang selesa bagi ayam berubah sepanjang tempoh pembesarannya. • Anak ayam kurang upaya mengatur suhu dalam badan.

Diperingkat awal umur, adalah penting menentukan suhu. Pemeliharaan anak ayam cukup panas. Zon suhu selesa adalah sempit. Suhu reban perlu sekitar 90°F (32°C) di hari pertama pemeliharaan.

36

• Selaras dengan pembesaran yam, zon suhu selesa berubah menjadi lebih luas. Suhu persekitaran dalam reban perlu diturunkan sehingga pada masa umur tangkap sekitar 70°F (20°C).

• Ayam daging mula mengalami tekanan apabila suhu melebihi 30°C (85°F) terutamanya apabila lembapan diatas 80 peratus.

g. Untuk prestasi yang terbaik suhu dalam reban mestilah dalam lingkungan beberapa darjah dari suhu selesa dan serata diseluruh bahagian reban.

h. Suhu dalam reban diukur pada paras ayam. i. Suhu yang dirasa oleh ayam mungkin berbeza dengan suhu yang

diukur oleh jangkasuhu. Pergerakan laju udara merendahkan lagi suhu yang dirasa oleh ayam. Ini penting difahami dalam pengurusan anak ayam bagi mengelakkan anak ayam dari mengalami kesejukan.

j. Pengudaraan diperingkat umur anak Dalam tempoh dua minggu pertama umur anak ayam, reban memerlukan pengudaraan yang minimum. Pengudaraan minimum ini membawa secukup udara segar kedalam reban dan lebihan lembapan serta gas ammonia keluar reban tanpa menyebabkan anak ayam kesejukan.

13.2. Kelembapan

a. Tahap lembapan persekitaran udara yang selesa bagi ayam adalah 60 – 80 %

b. Tahap lembapan udara yang tinggi menyebabkan “condensation” dalam reban, sarap lembap, menyediakan persekitaran yang baik untuk kuman hidup membiak dan mendedahkan ayam kepada risiko penyakit terutamanya coccidiosis dan CRD

c. Tahap lembapan udara yang rendah pula menyebabkan reban berhabuk. Juga mendedahkan ayam kepada penyakit terutama berkaitan pernafasan.

13.3. Tahap Maksimum Paras Gas Dalam Reban

i. Gas Ammonia (NH3) • Dihasilkan oleh kegiatan bakteria didalam tahi ayam. Tahap

gas ammonia dalam reban bergantung kepada pengudaraan, suhu, lembapan dan kepadatan ternakan.

• Tahap gas ammonia hendaklah dibawah 20 ppm. • Tahap yang tinggi menyebabkan gangguan kepada salur

pernafasan ayam.

37

ii. Gas Hydrogen Sulfida (H2S) • Terhasil oleh proses penguraian (decomposition) tahi ayam. • Berbau busuk (bau telur tembelang) dan bahaya boleh

menyebabkan kematian. • Tahap hendaklah di bawah 5 ppm.

iii. Gas karbondioksida • Terhasil dari proses pernafasan ayam. Tahap

kandungannya digunakan untuk mengukur keberkesanan pengudaraan.

• Tahap hendaklah di bawah 0.3% iv. Gas karbon Monoksida

• Tidak berbau dan sangat bahaya. Terhasil dari proses pembakaran yang tidak lengkap disebabkan kekurangan oksigen terutamanya apabila menggunakan pemanas gas.

• Tahap dalam reban seharusnya zero. 13.4. Kadar Pertukaran Udara Reban

i. Jumlah udara yang dikeluarkan dan dimasukkan oleh sistem pengudaraan sesuatu reban bergantung kepada suhu persekitaran, jumlah, berat dan umur ayam yang dipelihara.

ii. Kadar pertukaran udara yang sesuai diperlukan pada sebarang masa. Lagi panas suhu di luar dan lagi besar ayam, lagi banyak gerakan sistem pengudaraan diperlukan.

Kaedah berikut boleh dijadikan panduan.

Suhu dan Umur Ayam

Haba dikeluarkan

Kadar Penukaran Udara Pergerakan Udara

1. Suhu sejuk 2. Anak ayam

Sedikit Rendah Kurang dari sekali petukaran seminit.

Aliran udara bergerak di atas ayam.

1.Suhu sederhana 2.Ayam besar

Sederhana Sederhana Sekali pertukaran seminit.

Aliran udara bergerak di atas ayam

1.Suhu panas 2.Ayam besar

Maksimum Maksimum Lebih dari sekali pertukaran seminit.

Pergerakan udara di paras ayam pada kelajuan tinggi untuk mempercepatkan pengeluaran haba dan meningkatkan kesan dingin udara.

38

14. REKABENTUK DAN MODEL REBAN TERTUTUP DI MALAYSIA

14.1. Saiz Reban

• Saiz yang ada ketika ini dari yang terkecil berukuran 180 kaki x 28 kaki sehingga yang terbesar 450 kaki x 48 kaki dan tinggi 7 – 8 kaki.

14.2. Kapasiti Reban

• Dari terkecil 5,000 ekor sehingga yang terbesar 22,000 ekor.

14.3. Kos Pembinaan

• Berbeza bergantung kepada jenis dan kualiti bahan yang digunakan serta kaedah membinanya. Kos reban sahaja dari RM 12.00 sehingga RM 20.00 seekor ayam. Purata RM 16.50 seekor ayam.

14.4. Jenis/ Model Reban

• Reban setingkat dan bertingkat berlantai sarap • Reban berlantai atas.

14.5. Kaedah Pengudaraan

• Pengudaraan terowong dengan atau tanpa sistem penyejuk sejat udara (pad selulos atau tabir jaring dengan nozzle).

14.6. Penggunaan teknologi

• Teknologi mekanisasi dan automasi digunakan dalam pelbagai bentuk dan kegunaan seperti peralatan makanan dan minumam automatik, alat pemberian vaksin dsb.

14.7. Contah rekabentuk reban tertutup yang terdapat di Malaysia pada

masa ini adalah seperti berikut;

Jenis reban : Satu tingkat Lantai : Lantai simen dipasang dislat plastik Ukuran : 40 kaki x 400 kaki x 7 kaki Dinding : Kekal diperbuat daripada Galvanized laquered sheet

metal Pad penyejuk udara: selulos

39

Gambar 21

Jenis reban : Satu tingkat Lantai : lantai simen dilapis dengan bahan sarap Ukuran : 40 kaki x 300 kaki x 7 kaki Dinding : kekal diperbuat daripada kanvas Pad penyejuk udara : selulos

Gambar 22: Reban Berbentuk Dome Dengan Dinding Dan Atap Menggunakan Kanvas

40

Jenis reban : Satu tingkat Lantai : Lantai simen dilapis dengan bahan sarap Ukuran : 40 kaki x 400 kaki x 7 kaki Dinding : Curtain drop diperbuat daripada kanvas Pad penyejuk udara : Tabir jaring dan semburan halus air.

Gambar 23 :

Jenis reban : Satu tingkat Lantai : Lantai simen dialas dengan bahan sarap Ukuran : 40 kaki x 220 kaki x 7 kaki Dinding : Curtain drop diperbuat daripada kanvas Pad penyejuk udara : Selulos

Gambar 24 :

41

Jenis reban : Bertingkat Lantai bawah : Simen Lantai atas ; Papan lapis dialas dengan bahan sarap Ayam : Dipelihara di kedua – dua tingkat Ukuran : 40 kaki x 220 kaki x 7 kaki Dinding : Curtain drop diperbuat daripada kanvas Pad penyejuk udara : Selulos

Gambar 25 :

Jenis reban : Berlantai atas Lantai atas : Lantai berslat kayu Lantai bawah : Simen Ayam : Dipelihara di tingkat atas sahaja Ukuran : 40 kaki x 220 kaki x 7 kaki Dinding : Curtain drop di tingkat atas diperbuat daripada

kanvas dan dinding bawah jenis konkrit. Pad penyejuk udara : Kertas selulos

Tahi ayam : Jatuh melalui celah – celah slat kelantai bawah.

42

Gambar 26 : Reban berlantai Atas Dengan Kipas Di Bahagian Bawah Untuk Mengeringkan Tahi Ayam

15. MENGUBAHSUAI REBAN TERBUKA KEPADA REBAN TERTUTUP

Reban terbuka boleh diubahsuai kepada reban jenis tertutup. Ciri – ciri reban yang boleh diubahsuai adalah seperti berikut;

• Mempunyai tiang kukuh • Tidak mempunyai terlalu banyak tiang. • Reban kukuh • Bekalan air yang megandungi tahap garam galian yang sesuai dan

bertapis bagi mengelakkan kerosakan pad penyejuk udara. • Bekalan letrik TNB yang setabil, tiada masalah dan boleh ditukar

kepada jenis “ three – phase “. • Ada perkhidmatan penyelenggraan standby generator yang

terdekat. • Orientasi paksi panjang reban yang sesuai dimana udara masuk

tidak tercemar dan udara keluar tidak menyebabkan pencemaran. • Hujung atau tepi reban mempunyai ruang yang cukup untuk

dipasang kipas dan pad penyejuk (dan bumbung tambahan atau ‘ dog house’).

• Tapak sekeliling reban yang rata supaya tabir dapat dipasang sempurna bagi mempastikan tahap kedap udara yang tinggi.

43

44

Gambar 27 : Reban terbuka berlantai atas

Gambar 28 : Reban telah Diubahsuai kepada Jenis Tertutup

Pelan Lakar Reban Tertutup Berlantai Bawah ( Pandangan Luar)

45

Pelan Lakar Reban Tertutup Dua Tingkat ( Pandangan Luar)

46

Pelan Lakar Reban Tertutup Berlantai Atas ( Pandangan Luar)

47

Pelan Lakar Susun Atur Peralatan Dalam Reban Tertutup

48

Plan Lakar Reban Tertutup Berlantai Atas ( 40 x 400 x 7 kaki)

(Dua reban disambungkan melalui stor dan loading bay)

49

50

51

52