6
8/6/2019 Rekod Induk Ikan Laga http://slidepdf.com/reader/full/rekod-induk-ikan-laga 1/6 REKOD INDUK IKAN LAGA

Rekod Induk Ikan Laga

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Rekod Induk Ikan Laga

8/6/2019 Rekod Induk Ikan Laga

http://slidepdf.com/reader/full/rekod-induk-ikan-laga 1/6

REKOD INDUK IKAN LAGA

Page 2: Rekod Induk Ikan Laga

8/6/2019 Rekod Induk Ikan Laga

http://slidepdf.com/reader/full/rekod-induk-ikan-laga 2/6

LANGKAH PEMBIAKAN IKAN LAGA

LANGKAH 1

Kenalpasti Jantina 

Cara untuk mengenalpasti ikan laga jantan dan ikan betina senang saja. Biasanya ikan jantan ekor dia

panjang, warna lebih terang, dan lebih agresif. Tapi pada masa kini para penternak sudah berjayahasilkan ikan betina yang ekornya panjang dan warna yang terang. Oleh itu, untuk mengenalpasti

ikan laga betina ialah melalui abdomennya.

Rajah 1: induk jantan Rajah 2: induk betina

LANGKAH 2

Pilih Induk Yang Matang 

Untuk membiakkan ikan laga, pastikan induk yang akan dibiakkan adalah matang. Ikan laga biasanya

telah matang bila mencapai umur 4 bulan sekiranya diberi makanan yang secukupnya.

y  Jantan 

Induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan.

 

Rajah 3: Buih yang dihasilkan oleh induk jantan

y  Betina 

Bagi yang betina pula, anda perlu perhatikan perut atau abdomennya.

 

Rajah 4: Bonjolan putih pada abdomen induk betina

menandakan ianya telah matang

Page 3: Rekod Induk Ikan Laga

8/6/2019 Rekod Induk Ikan Laga

http://slidepdf.com/reader/full/rekod-induk-ikan-laga 3/6

 

LANGKAH 3

Sediakan Tangki Yang Sesuai 

Bagi kaedah pembiakan, anda perlu menyediakan tangki yang selesa sekurang-kurangnya bersaiz 1kaki x 1 kaki x 1 kaki seperti akuarium, baldi, dan sebagainya. Semakin besar tangki semakin

meningkatkan peluang anak-anak ikan untuk hidup. Kemudian masukkan air lebih kurang 4,5 inci dari

dasar. Letakkan sedikit perlindungan untuk induk betina seperti, kayu atau pokok kiambang. Selain

itu bagi meransang pembentukan buih oleh jantan, sebaiknya letak polistrene atau kiambang untuk

mengekalkan buih kerana ikan akan suka buat buih di bawahnya.

RAJAH 5: Letakkan

polistrene bagi

membolehkan induk

 jantan membuat buih di

bawahnya. Manakala

pokok keladi buntig pula

bertujuan sebagai

kawasan ikan betina

menyorok.

Page 4: Rekod Induk Ikan Laga

8/6/2019 Rekod Induk Ikan Laga

http://slidepdf.com/reader/full/rekod-induk-ikan-laga 4/6

 

LANGKAH 4

Masukkan Induk Jantan Dahulu Dalam Tangki dan diikuti induk betina di dalam cawan plastik yang

lutsinar. Hal ini supaya ikan jantan dan ikan betina berkenalan dahulu. Jika tidak ikan jantan akan

bertindak agresif dengan menyerang ikan betina. Biarkan ikan betina sehingga ikan jantan telahmembuat buih. Setelah ikan jantan membuat buih, barulah boleh keluarkan ikan betina dari cawan

lutsinar itu tadi dan satukan dengan ikan jantan.

LANGKAH 5 :

Setelah selesai proses pengsenyawaan . asingkan ikan betina dari bekas tersebut. Hal ini kerana di

khuatiri ikan betina akan memakan telur2 yang telah dihasilkan. Ikan jantan akan mengawasi

telurnya dan akan mengutip telur-telur yang jatuh ke dasar bekas dan memasukkannyasemula

kedalam buih.

 Tips :

y pastikan induk betina diberi

makan secukupnya supaya

dapat menghasilkan telur 

yang banyak.

y sebaiknya dicampurkan atau

dikahwinkan di awal pagI

y menjelang tengahari ikan nie

akan melakukan ritual

peneluran, ikan jantan akan

menari dengan mengibaskan

ekornya,membelit betina dan

mengutip telur dan

memasukkannya ke dalam

buih

INFO 

Induk yang sihat boleh

menghasilkan 400-700 telur.

Page 5: Rekod Induk Ikan Laga

8/6/2019 Rekod Induk Ikan Laga

http://slidepdf.com/reader/full/rekod-induk-ikan-laga 5/6

 

LANGKAH 6

Setelah anak berusuia 1 hari, asingkan ikan jantan. Hal ini kerana ikan jantan akan memakan

anaknya. Setelah 3 hari anak ikan atau juga fry perlu diberimakan. Rotifer disamping air hijau

sebagai supplemen. Kebaikan air hijau ialah, ianya dapat melindungi badan anak ikan daripenembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.Air hijau

ini sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya,tetapi ada juga

banyak species lain yg ada.ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia,ikan keli. Selepas seminggu

cuba dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya.

Rajah 6: Anak yang baru berusia 5 hari

 Tips:ikan laga akan lebih cantik dan

cepat membesar jika diberi

makanan hidup mcm jentik-

 jentik ataupun frozen blood

worm.

Page 6: Rekod Induk Ikan Laga

8/6/2019 Rekod Induk Ikan Laga

http://slidepdf.com/reader/full/rekod-induk-ikan-laga 6/6

 

LANGKAH 7:

Asingkan anak-anak ikan tersebut setelah umurnya mencapai 3-4 bulan. Hal ini kerana mereka sudah

mula menunjukkan sifat sifat aggresif dan sudah mula untuk berlaga antara satu sama lain. Anak

ikan jantan tidak boleh bercampur dengan yang lain. Ia perlu di letakkan didalam satu bekas.

Manakala anak ikan betina boleh di campurkan sekali di dalam satu bekas.

Rajah 7: ikan laga betina boleh

disekalikan didalam satu bekas