42
ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

roadmap pembangunan industri perabot kayu negeri johor

Embed Size (px)

Citation preview

ROADMAPPEMBANGUNAN

INDUSTRIPERABOT KAYUNEGERI JOHOR

ROADMAP PEMBANGUNAN

INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOhOR

Copyright © Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, 2015

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Penerbit.

Diterbit oleh:

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Tingkat 13-17, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, Peti Surat 10887, 50728 Kuala Lumpur Tel: +603-9282 2235 Faks: +603-9281 0729 / 9200 3769 E-mel: [email protected] Laman web: www.mtib.gov.my

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOhOR

Bibliografi: P. 33

ISBN 978-967-5384-50-9

1. Lumber trade--Johor. 2.Timber--Johor

I. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

338.1749809595119

Dengan kerjasama:

Pusat Pembangunan Usahawan Negeri Johor (EDC) Lot 40, 42, 44, Uda Business Centre, Jalan Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Tampoi, Johor Bahru, Johor. Tel: +607-244 5644 Faks: +607-244 5844 Laman web: www.edcofjohor.org Facebook: Perbadanan Usahawan Johor - PUJB

i

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

KANDUNGAN

Kata Alu-aluan YAB Menteri Besar Johor ii

Kata Alu-aluan Ketua Pengarah MTIB iii

Ringkasan Eksekutif v

Singkatan Nama vi

1.1 Latar Belakang 2

1.2 Status Industri Kayu 2014 3

1.3 Status Industri Perabot Kayu di Johor 5

1.4 Taburan Kilang Perabot Kayu di Johor 6

2.1 ISU 1: Kekurangan Pekerja 8

2.2 ISU 2: Kilang Tanpa Lesen 9

2.3 ISU 3: Bahan Mentah 10

2.4 ISU 4: Penglibatan Bumiputera 11

3.1 Metodologi 14

3.2 Teras Strategik 15

3.3 Objektif Teras Strategik dan Mengatasi Isu 16

3.4 Kerjasama Strategik Bumiputera Bersama MFA 21

4.1 Pembangunan Industri Perabot Kayu Masa Hadapan 24

5.1 Pelan Tindakan Pembangunan Industri Perabot Kayu 26 Negeri Johor

6.1 Bibliografi 32

ii

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

KATA ALU-ALUAN YAB MENTERI BESAR JOhOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Muafakat Johor.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di bawah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC), kerana berjaya menerbitkan buku Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor.

Industri perabot kayu merupakan satu industri yang penting untuk negeri Johor. Pada tahun 2014, nilai eksport perabot kayu Malaysia berjumlah RM6.4 bilion. Johor telah menyumbang sebanyak RM3.61 bilion atau 56.8% daripada jumlah keseluruhan nilai eksport perabot kayu Malaysia itu, berbanding RM2.5 bilion (43.8%) pada tahun 2013.

Pelancaran buku Roadmap ini diharap dapat menjadi panduan kepada pertumbuhan produktiviti industri perabot kayu, menerusi pelan-pelan strategik yang telah digariskan dan seterusnya mengukuhkan lagi momentum positif ini.

Ianya disediakan setelah mengambil kira isu-isu semasa seperti soal tenaga pekerja, bahan mentah dan keusahawanan yang menjadi cabaran kepada perkembangan industri, serta turut menggariskan langkah-langkah penyelesaian yang diharapkan dapat dijadikan rujukan utama kepada para pengusaha perabot kayu di Johor.

Saya berharap para pemain industri akan beroleh manfaat daripada penerbitan ini dan semoga segala perancangan yang telah digariskan di dalamnya dapat dilaksanakan dengan lancar demi kemajuan industri perabot kayu negeri Johor.

Sekian, terima kasih.

DATO’ MOhAMED KhALED NORDIN

iii

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAh MTIB

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Nilai eksport produk kayu-kayan pada tahun 2014 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 5.4% kepada RM20.8 bilion berbanding RM19.5 bilion pada tahun 2013. Perabot merupakan penyumbang utama kepada nilai eksport produk kayu Malaysia iaitu sebanyak RM6.4 bilion (31%), diikuti oleh papan lapis sebanyak RM5.2 bilion (25%) dan kayu gergaji sebanyak RM2.7 bilion (13%). Produk kayu Malaysia telah dieksport ke 189 negara di seluruh dunia. Pasaran eksport utama pada tahun 2014 adalah Jepun dengan perkongsian pasaran sebanyak RM4.2 bilion (20%), diikuti oleh Amerika Syarikat (AS) sebanyak RM2.4 bilion (12%) dan India dengan nilai RM1.8 bilion (8%).

Johor merupakan negeri yang paling banyak menyumbang kepada nilai eksport perabot negara. Pada tahun 2014, nilai eksport perabot kayu Malaysia berjumlah RM6.4 bilion, dan Johor telah menyumbang sebanyak RM3.61 bilion atau 56.8% daripada jumlah keseluruhan nilai eksport perabot kayu Malaysia berbanding sebanyak RM2.5 bilion (43.8%) pada tahun 2013. Pada tahun tersebut (2013) nilai eksport perabot Johor menurun sebanyak 26.5% jika dibandingkan dengan tahun 2010 iaitu sebanyak RM3.4 bilion. Sekiranya permasalahan industri di Johor tidak diselesaikan, adalah dikhuatiri prestasi industri ini akan sekali lagi menurun atau merudum pada masa yang akan datang.

Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor ini dibangunkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan industri perabot kayu negeri Johor terus memainkan peranan yang lebih aktif bagi membantu kerajaan mencapai sasaran Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) iaitu sebanyak RM53 bilion pada tahun 2020.

Dalam konteks Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor ini, penekanan aspek seperti isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh industri telah diberi perhatian utama. Pembangunan teras strategik, strategi penyelesaian isu-isu, kerjasama strategik Bumiputera

iv

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

bersama Persatuan Perabot Muar (MFA) dan pembangunan industri perabot telah dirangka bagi memastikan kesinambungan industri perabot negeri Johor. Adalah diharap negeri Johor dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam sektor perabot yang pada masa ini 56.8% eksport perabot adalah datangnya dari negeri ini.

Dalam setiap teras strategik yang telah dirangka ia akan dijalankan oleh MTIB dengan kerjasama rakan strategik melalui Bengkel Pemerkasaan Industri Perabot Johor dan Pelan Transformasi Industri Perabot Kayu Johor. Dengan adanya buku roadmap ini hasil kerjasama dan komitmen oleh kerajaan negeri Johor untuk memajukan industri perabot kayu, diharapkan dapat menjadi panduan bagi menjadikan industri perabot kayu terus berdaya saing dan kompetitif di peringkat global.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga program yang dirangka akan dijalankan mengikut sasaran yang telah ditetapkan.

Sekian.

DR. JALALUDDIN hARUN Ketua Pengarah MTIB

v

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Ringkasan Eksekutif

Pelan induk dan hala tuju industri perabot kayu Johor ini dirangka melalui

penglibatan aktif wakil kerajaan persekutuan dan negeri bagi merungkai

permasalahan industri dan seterusnya merangka program bersesuaian bagi

memastikan industri perabot Johor terus memain peranan yang penting

bagi pertumbuhan dan kelestarian perniagaan perabot Malaysia di peringkat

global.

Bertolak dari pelaksanaan Bengkel Pemerkasaan Industri Perabot Johor

pada 16 April 2014 oleh Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC), satu

pendekatan holistik bagi memacu daya saing industri perabot yang lebih

maju telah diberikan perhatian yang serius. Setiap isu dan solusi yang

digariskan dalam bengkel tersebut menjadi asas kepada permulaan jaringan

kerjasama strategik antara pihak kerajaan dan swasta dalam bidang

berkaitan kelestarian perniagaan, keusahawanan, kemahiran teknikal dan

penerokaan sumber alternatif baru seperti penggunaan batang kelapa sawit

(OPT) sebagai bahan mentah kepada penghasilan produk papan lapis, kayu

gergaji dan akhirnya digunakan untuk pembuatan perabot.

Melalui sesi bengkel yang diadakan, hala tuju industri perabot kayu di

Johor telah dibincangkan dan dikenalpasti untuk tindakan selanjutnya.

Untuk itu, beberapa strategi dan program diatur seperti program

pemutihan kilang, penempatan semula kilang tanpa lesen, pembangunan

modal insan, pemerkasaan pengusaha Bumiputera. Program-program

ini sedang diatur bagi membantu menyelesaikan permasalahan industri

serta mempertingkatkan usaha bagi memperkasa industri perabot Johor

khususnya dan Malaysia secara keseluruhannya.

vi

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Bp – Bumiputera

EDC _ Pusat Pembangunan Usahawan Negeri Johor

FDM – Furniture Design & Making

FELCRA – FELCRA Berhad

FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

FLEGT – Forest Law Enforcement, Governance and Trade

GLULAM – Glue Laminated Timber

JPBDNJ – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor

JSIC – Pusat Pelaburan Negeri Johor

KDRM – Kastam Diraja Malaysia

KPI – Indeks Pengukuran Prestasi (KPI)

MFA – Persatuan Perabot Muar

MFC – Malaysian Furniture Council

MPIC – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

MPM – Majlis Perbandaran Muar

MRTIA – Malaysian Rubberwood Trade Industry Association

MTIB – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

MyTLAS – Malaysian Timber Legality Assurance System

NATIP – Dasar Perindustrian Kayu Negara

OBM – Own Branding Manufacturing

ODM – Own Design Manufacturing

OPT – Batang kelapa sawit

RISDA – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

SLDN – Sistem Latihan Dual Nasional

SCORE – SME Competitive Rating to Enhancement

SLSAM – Soft loan Scheme for Automation & Modernisation

TBC – Trade & Business Center

TPF – Teknologi Kemasiapan dan Pemprosesan Kayu

UPENJ _ Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

WIAS – Skim Perantisan Industri Kayu

WISDEC – Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu

Singkatan Nama

1

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

BAB 1INDUSTRI

PeRaboT kayU DI MaLaySIa

Balak Kayu Getah

2

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Sumber: MTIB

1.1 Latar Belakang

Berdasarkan laporan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang kukuh sebanyak 5.8% pada suku keempat 2014. Bagi keseluruhan tahun 2014, pertumbuhan KDNK adalah pada 6% mencapai had atas sasaran 5.5%-6.0%. Pertumbuhan kukuh ini disokong oleh permintaan dalam negeri dalam pelaburan dan penggunaan swasta tertentu. Dari segi penawaran, semua sektor mencatatkan pertumbuhan yang positif kecuali sektor pertanian yang menguncup disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit yang rendah.

Berdasarkan pelaporan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia bahawa industri kayu, mencatatkan pertumbuhan nilai tambah bagi tahun 2013 sebanyak 3.89%. Pertumbuhan ini adalah disebabkan oleh peningkatan eksport sektor perabot kayu. Prestasi produktiviti sektor perabot kayu juga mencatatkan pertumbuhan produktiviti yang memberangsangkan iaitu 9% bagi tahun 2013 berbanding tahun 2012 sebanyak 6.49%.

Nilai eksport produk kayu-kayan pada tahun 2014 mencatatkan jumlah RM20.8 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 5.4% berbanding dengan tahun 2013 yang bernilai RM 19.52 bilion.

Jika dilihat dari sudut Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK), serta hubungannya dengan pertumbuhan eksport produk kayu Malaysia, didapati corak pertumbuhan KDNK dari tahun 2004 hingga 2014 mempunyai hubungan berkadar langsung. Graf 1 menunjukkan perubahan pada kadar KDNK saling mempengaruhi pertumbuhan eksport produk kayu.

Graf 1: Pertumbuhan Eksport Sektor Perkayuan dan Trend Ekonomi Malaysia

3

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

1.2 Status Industri Kayu 2014

1.2.1 Prestasi dan Trend Eksport

Eksport produk kayu Malaysia banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi Malaysia dan status ekonomi negara luar khususnya pengimport. Secara keseluruhannya aktiviti eksport di Malaysia menunjukkan pengukuhan yang semakin baik. Eksport keseluruhan Malaysia bagi tahun 2014 meningkat sebanyak 6.4% kepada RM766.13 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan eksport kayu Malaysia menunjukkan peningkatan dan dijangka akan terus positif bagi tahun 2015. Graf 2 menunjukkan nilai eksport produk kayu dan Graf 3 merupakan eksport produk kayu yang terpilih.

Graf 2: Nilai Eksport Produk Kayu pada Tahun 2014 (Berdasarkan Bulan)

Graf 3: Nilai Eksport Produk Kayu Terpilih, 2014

Sumber: MTIB Jumlah: RM20.78 Bilion

Sumber: MTIB

4

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

TaiwanRM0.99 bilion (5%)

Republik KoreaRM0.96 bilion (5%)Singapura

RM0.95 bilion (5%)

AustraliaRM0.91 bilion (4%)

ChinaRM0.87 bilion (4%)

ThailandRM0.60 bilion (3%)

United KingdomRM0.76 bilion (4%)

* Lain-lain NegaraRM6.35 bilion (30%)

JepunRM4.16 bilion (20%)

ASRM2.45 bilion (12%)

IndiaRM1.78 bilion (8%)

Papan GentianRM1.05 bilion (5%)

Kayu TanggamRM1.01 bilion (5%)

* Lain-lain ProdukRM0.90 bilion (4%)

Kayu KumaiRM0.72 bilion (3%)

Papan SerpaiRM0.34 bilion (2%)

VenirRM0.31 bilion (1%)

Bingkai KayuRM0.12 bilion (1%)

Perabot RotanRM0.04 bilion (0%)

Perabot KayuRM6.36 bilion (31%)

Papan LapisRM5.2 bilion (25%)

Kayu GergajiRM2.66 bilion (13%)

BalakRM2.07 bilion (10%)

Perabot merupakan penyumbang utama kepada nilai eksport produk kayu Malaysia. Pada tahun 2014, perabot menyumbang 31% dari nilai eksport produk kayu, diikuti oleh papan lapis (25%) dan kayu gergaji (13%). Maklumat terperinci seperti di Carta 1.

Produk kayu Malaysia telah dieksport ke 189 negara di seluruh dunia. Pasaran utama pada tahun 2014 adalah Jepun dengan perkongsian pasaran sebanyak 20%, diikuti oleh Amerika Syarikat (AS) (12%) dan India (8%). Carta 2 menggambarkan prestasi eksport kayu dan produk kayu Malaysia mengikut destinasi.

Carta 1: Malaysia : Eksport Kayu dan Produk Kayu, 2014

Carta 2: Malaysia : Eksport Kayu dan Produk Kayu Mengikut Destinasi Pasaran, 2014

Sumber: MTIB & DOSM

RM20.8 Bilion

RM20.8 Bilion

Sumber: MTIB & DOSM

* Lain-lain Negara: 179 Negara

5

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Jadual 1: Eksport Perabot Kayu Mengikut Negeri, 2014

Sumber: CUSDEC MTIB & DOS Nota: * Wilayah Persekutuan

1.3 Status Industri Perabot Kayu di Johor

Johor merupakan negeri yang banyak menyumbang kepada nilai eksport perabot Negara. Pada tahun 2014, nilai eksport perabot Malaysia berjumlah RM6.4 bilion, dan Johor merupakan pengeksport utama perabot yang menyumbang sebanyak RM3.61 bilion atau 56.8% daripada jumlah eksport perabot kayu negara. Rujuk Jadual 1.

Bil Negeri Nilai (RM) %

1 Johor 3,614,351,070 56.8

2 Selangor 1,696,070,321 26.7

3 Pulau Pinang 311,688,181 4.9

4 Negeri Sembilan 281,697,480 4.4

5 Melaka 188,983,080 3.0

6 Perak 115,537,643 1.8

7 Sarawak 38,142,642 0.6

8 Kedah 33,521,845 0.5

9 Sabah 31,633,570 0.5

10 * Kuala Lumpur 27,579,154 0.4

11 Pahang 18,769,945 0.3

12 Terengganu 5,332,256 0.1

13 Kelantan 64,428 0.0

14 * Labuan 4,417 0.0

15 Perlis 672 0.0

JUMLAh 6,363,376,705 100.0

6

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

1.4 Taburan Kilang Perabot Kayu di Johor

Pada tahun 2014, dianggarkan terdapat sejumlah 957 kilang perabot di seluruh negeri Johor. Taburan kilang adalah seperti berikut:

Segamat – 37

Muar – 430

Batu Pahat – 161

Kluang – 140

Johor Bahru – 176

Lain-lain lokasi – 13 (Kulai, Ledang, Pontian)

JUMLAh 957

7

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

BAB 2ISU DaN

CabaRaN

Tekstur Kayu Getah

8

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Sumber: MFA & MTIB

Isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perabot kayu di Johor telah dilihat memberi impak yang besar kepada prestasi eksport keseluruhan kayu dan produk kayu Malaysia. Beberapa isu dan cabaran telah

dibangkitkan dan dibahaskan dalam pelbagai forum. Kesemua isu dan cabaran tersebut boleh dibahagikan kepada empat (4) permasalahan utama.

2.1 ISU 1: Kekurangan Pekerja

Industri perabot kayu di Malaysia termasuk industri perabot di Johor menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja. Hasil kajian yang dilaksanakan oleh MTIB dan MFA mendapati terdapat 12 kilang perabot yang menutup operasi, manakala 90 syarikat perabot di sekitar menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang kritikal kerana pekerja tempatan lebih berminat bekerja di sektor peruncitan dan perkhidmatan berbanding bekerja di sektor perabot kayu.

Berikut adalah hasil penemuan kajian:

Carta 3: Kekurangan Pekerja dan Kesan dalam Sektor Perabot Kayu

Jadual 2: Anggaran Jualan Tahunan 12 Syarikat yang Ditutup di Muar (Tamat Operasi: Mei-November 2013)

Jenis Kilang Bilangan Syarikat

Purata Jualan Tahunan/Syarikat (RM juta)

Jualan Tahunan (RM juta)

Syarikat pengeluar perabot 4 59.10 236.40

Syarikat Sub-kontraktor 8 1.35 10.85

Jumlah 12 247.25

90 buah kilang yang kritikal untuk mendapatkan tenaga kerja

(Januari 2014)

Penutupan 12 kilang perabot di Muar (Mei-Nov 2013)

Kekurangan pekerja seramai 6,020 orang di sektor

perabot kayu / perabot

Kesan

9

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

2.2 ISU 2: Kilang Tanpa Lesen

Hasil kajian Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor, MTIB, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan MFA mendapati 328 kilang industri berasaskan kayu tidak berlesen di Johor. Lanjutan itu, permasalahan kilang haram dan tidak berlesen ini telah membawa impak negatif kepada pertumbuhan industri perabot di Malaysia amnya dan negeri Johor khususnya.

Carta 4: Permasalahan dan Kesan yang Dihadapi oleh Pemilik Kilang Tanpa Lesen

Jadual 3 : Anggaran Jualan Tahunan 90 Syarikat yang Menghadapi Kekurangan Pekerja Asing yang Kritikal, Januari 2014

Jenis Kilang Bilangan Syarikat Purata Jualan

Tahunan/Syarikat (RM juta)

Jualan Tahunan (RM bil)

Syarikat pengeluar perabot 69 17.1 1.180

Syarikat Sub-kontraktor 21 3.2 0.067

Jumlah 90 1.25

Sumber: MFA

Permohonan mendapatkan pekerja

asing ditolak

Tidak memenuhi keperluan

FLEGT/MyTLAS

Sukar mendapatkan perlindungan insurans, pembiayaan kewangan

& insentif

Masalah Kilang Tanpa Lesen

Kesan

10

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

2.3 ISU 3: Bahan Mentah

(A) Bekalan Kayu Getah

Pada masa ini, lebih 80% pengusaha perabot di Johor menggunakan kayu getah sebagai bahan mentah utama dalam pembuatan perabot. Walau bagaimanapun, isu harga yang tidak konsisten dan kualiti bekalan yang merosot memberi implikasi kepada industri perabot di Johor khususnya di sekitar Muar.

(1) Faktor harga

Situasi harga bekalan kayu getah yang tinggi pada tahun 2012 adalah disebabkan manipulasi harga oleh orang tengah yang telah menyebabkan MFA menyuarakan kebimbangan bahawa kesan buruk akan menimpa para pekebun kecil / peneroka. Ini kerana kebanyakan para peneroka RISDA, FELDA dan FELCRA yang mengusahakan tanaman getah amat bergantung kepada orang tengah iaitu pembeli kayu getah, pemproses kayu getah gergaji dan pengeksport kayu getah yang mana telah menyebabkan harga kayu getah yang tidak konsisten.

Keadaan ini telah menyebabkan ramai pengusaha perabot tempatan beralih kepada pembekal kayu getah dari luar negeri seperti Thailand bagi mendapatkan harga dan kualiti yang diperlukan. Hasilnya menyebabkan berlakunya lebihan stok bekalan kayu getah di Malaysia pada tahun 2013 dan 2014 di mana situasi ini telah menyebabkan kejatuhan harga kayu getah. Ia secara langsung memberi implikasi negatif kepada pekebun kecil atau peneroka kerana terpaksa menjual kayu getah dengan harga yang murah. Senario harga kayu getah yang tidak konsisten ini telah mengakibatkan industri perabot Malaysia menjadi tidak kompetitif. Menurut industri, ia telah mengakibatkan pelanggan dari luar negara beralih ke negara lain seperti Vietnam dan China.

(2) Kualiti

Pihak industri perabot tempatan turut mendakwa bahawa kualiti bekalan kayu getah tempatan dikatakan rendah berbanding dengan kayu asing (Thailand) kerana teknik pemprosesan di Malaysia yang tidak efektif dan mengambil masa yang panjang.

(B) Bekalan kayu Acacia

Kayu Acacia (Acacia spp.) banyak dihasilkan di Sabah dan Sarawak. Acacia biasanya digunakan di dalam pembuatan perabot taman (outdoor furniture) dan permintaannya amat terhad. Bahan ini pernah diuji kaji untuk pembuatan perabot hiasan dalaman (indoor furniture) beberapa tahun yang lalu oleh pengusaha perabot di Johor tetapi tidak begitu berjaya.

Baru-baru ini, pengusaha perabot di Johor secara teknikalnya telah berjaya menggunakan kayu Acacia sebagai bahan mentah bagi pembuatan perabot dalaman dan menghasilkan perabot yang lebih berkualiti dan menguntungkan dengan harga premium antara 30%-100% di pasaran dunia terutama untuk pasaran di China berbanding dengan perabot dari kayu getah. Ini merupakan prospek baru yang boleh diketengahkan oleh sektor perabot Muar/Johor.

11

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Walau bagaimanapun, pada masa ini isu logistik perlu diselesaikan sekiranya ingin membawa masuk bekalan bahan mentah Acacia dari Sabah dan Sarawak ke Muar, Johor. Ini akan melibatkan kos pengangkutan yang tinggi kerana melibatkan dua fasa iaitu pengangkutan air dan pengangkutan darat.

(1) Kualiti

Aspek pembangunan dan penyelidikan (R&D) terhadap kualiti bahan mentah Acacia untuk kegunaan perabot perlu dipergiat bagi mengatasi masalah retakan (crack) semasa proses pengeringan.

Teknologi dan teknik pengeringan kayu Acacia yang terkini dapat menjimatkan masa. Sebelum ini, pengeringan kayu Acacia secara semulajadi mengambil masa yang lama sehingga enam bulan. Ia juga dapat mengatasi masalah peningkatan kos operasi kilang yang disebabkan oleh faktor penyimpanan stok yang lama.

2.4 ISU 4: Penglibatan Usahawan Bumiputera

Pada masa ini terdapat 43 syarikat Bumiputera di Johor yang terlibat di dalam industri kayu di mana lapan (8) syarikat merupakan syarikat bertaraf Sdn. Bhd. manakala 35 syarikat bertaraf enterprise. Kebanyakan usahawan menghasilkan produk:

i) Kabinet dapur

ii) Perabot sekolah

iii) Perabot hiasan dalaman / wardrobe

iv) Perabot pejabat

v) Almari

vi) Perabot taman

vii) Ukiran

Dari segi lokasi, kebanyakan syarikat usahawan Bumiputera terdapat di :

i) Ledang – 1 kilang

ii) Muar – 5 kilang

iii) Batu Pahat – 7 kilang

iv) Pontian – 3 kilang

v) Johor Bahru – 17 kilang

vi) Kulai – 9 kilang

viii) Segamat – 1 kilang

Jumlah 43 kilang

Usahawan perabot kayu Bumiputera di Johor masih lagi perlu diberi perhatian dan bimbingan bagi menyaingi persaingan di peringkat domestik dan global. Berikut adalah hasil penemuan mengenai tahap kemajuan usahawan Bumiputera:

12

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Carta 5: Tahap Kemajuan Usahawan Bumiputera

Produk tidak dapat menembusi pasaran terbuka dan eksport

Jaringan perniagaan

tidak mantap

Teknologi dan mesin terhad

Kurang kebijaksanaan

dalam perniagaan

Bahan mentah sukar diperolehi

Kekurangan tenaga mahir

Modal kecil / rendah

Kualiti rendah, harga mahal dan rekabentuk tidak

menarik

Kurang aktiviti promosi pasaran

Pengusaha tidak mampu

membiayai kos pemasaran

Kekurangan bilangan usahawan

yang berwibawa

Kapasiti dan produktiviti

pengeluaran rendah

BAB 3STRaTeGI MeNGaTaSI

ISU-ISU INDUSTRI kayU DI JoHoR

Struktur Glulam di Galeri Glulam, Johor Bharu

14

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

3.1 Metodologi

Bagi membangunkan industri perabot kayu di Johor, beberapa usaha telah dilaksanakan oleh semua pihak termasuk agensi kerajaan dan pihak industri bagi membolehkan industri perabot kayu di Johor terus berdaya saing dan memberi kesan yang signifikan kepada pertumbuhan industri kayu di Malaysia.

Beberapa siri perbincangan mengenai pembangunan industri perabot Johor telah diadakan. Antaranya ialah:

i) Kunjungan hormat Ketua Pengarah MTIB ke pejabat YAB Datuk Seri Menteri Besar Johor pada 27 Mac 2014;

ii) Bengkel Pemerkasaan Industri Perabot Johor pada 16 April 2014;

iii) Lawatan tapak baru dan perbincangan hala tuju industri perabot Johor pada 8-9 Mei 2014 bersama MFA; dan

iv) Mesyuarat peningkatan pekerja tempatan dalam industri kayu pada 3 Jun 2014.

Beberapa inisiatif dan program telah dirangka bagi memastikan industri perabot Johor terus memainkan peranan aktif bagi menyokong pertumbuhan industri kayu di Malaysia secara amnya. Antara inisiatif dan program baru yang sedang dan bakal dilaksanakan adalah seperti berikut:

i) Satu Jawatankuasa berkaitan pemerkasaan perabot Johor dibentuk oleh pihak Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC);

ii) Memperkasa usahawan industri perabot Bumiputera di Johor oleh Pembangunan Usahawan Johor Bharu (PUJB) dan MTIB;

iii) Pembangunan modal insan dan latihan teknikal oleh MTIB, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan MFA;

iv) Program pemutihan kilang tidak berlesen antara MTIB dan kerajaan negeri;

v) Program penempatan semula kawasan perindustrian perabot baharu;

vi) Pembangunan Ledang International Furniture Tradehub (LIFT) antara kerajaan persekutuan, negeri, Cahaya Jauhar Sdn. Bhd. dan Pengusaha perabot Johor;

vii) Karnival Kerjaya Dalam Sektor Pengilangan Perabot antara MTIB, Jabatan Tenaga Kerja, Job Malaysia Point Muar dan MFA.

15

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

3.2 Teras Strategik

Berdasarkan kepada isu dan cabaran yang dihadapi oleh sektor perabot kayu di Johor, lima teras strategik telah digariskan. Teras strategik tersebut adalah seperti berikut:

i) Penyelesaian Kekurangan Pekerja Industri Perabot Kayu di Negeri Johor

ii) Penempatan Semula Industri Perabot Kayu

iii) Bekalan Bahan Mentah

iv) Pembangunan Usahawan

v) Pembangunan, Pemantapan dan Promosi Industri Perabot Kayu Johor

Kelima-lima teras strategik yang digariskan adalah bertujuan untuk:

Mewujudkan persekitaran kondusif bagi pembangunan industri kayu melalui peningkatan imej industri dan pengamalan integriti perniagaan yang baik

Menggariskan strategi jangka pendek dan panjang bagi memperkasa industri perabot kayu di Johor

Mengenalpasti mekanisma yang sesuai bagi membantu pertumbuhan industri perabot kayu melalui kerjasama strategik antara usahawan kayu dengan agensi kerajaan dan pihak swasta

Meningkatkan daya saing usahawan kayu melalui program kecemerlangan industri

1

2

3

4

16

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Carta 6: Teras Strategik 1: Penyelesaian Kekurangan Pekerja Industri Perabot Kayu di Negeri Johor

1. Menarik minat pekerja tempatan dalam industri perabot

2. Meningkatkan kemahiran pekerja

3. Memperkenalkan Pengurusan Lean dan Good Manufacturing Practices (GMP) kepada industri sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing

3.3 Objektif Teras Strategik dan Cara Mengatasi Isu yang Dihadapi oleh Industri Perabot Kayu di Johor

Isu kekurangan pekerja dalam industri perabot adalah merupakan isu yang sering dibangkitkan oleh pihak industri kepada kerajaan. Sehubungan ini, pihak kerajaan sedang merangka dan akan melaksanakan beberapa program bersesuaian seperti menarik minat pekerja tempatan bekerja di sektor perabot kayu, meningkatkan aspek latihan kemahiran pekerja dan mempromosi pelaksanaan Pengurusan Lean untuk industri kayu.

Carta di bawah menerangkan objektif utama bagi lima teras strategik yang digariskan beserta strategi penyelesaian bagi setiap isu yang dihadapi oleh industri perabot kayu di Johor.

Berikut adalah beberapa strategi penyelesaian bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di sektor perabot kayu:-

Strategi Penyelesaian Kekurangan Pekerja Industri Perabot di Negeri Johor

Penyelesaian Kekurangan Pekerja Industri Perabot Kayu

di Negeri Johor

• Pengurangankepadakebergantungantenaga pekerja asing

• ProgramLatihanIndustriUntukBelia/Tempatan

• PenglibatanpekerjatempatandidalamProgram Latihan Jangka Pendek

• Analisalatihan/Tracer Study

• PenganjuranHariKomoditibagimendapatkan pekerja tempatan

• PengamalanLean Manufacturing

• Good Manufacturing Practices (GMP) – 5S/OSHA

• AplikasiAutomasidanMekanisasi

Tenaga Kerja Pemerkasaan Proses Pengeluaran

17

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Carta 7: Teras Strategik 2: Penempatan Semula Industri Perabot Kayu

Penempatan Semula Industri Perabot Kayu

1. Memperkasa imej syarikat berasaskan kayu di Johor melalui program pemutihan kilang

2. Menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif dengan mengambilkira pematuhan prosedur dan pertumbuhan industri kayu di Johor

3. Menyediakan kawasan perindustrian baru bagi perkembangan infrastruktur yang lebih baik kepada pengusaha kayu di Johor

Penempatan semula kilang perabot di Johor adalah merupakan usahasama antara MTIB, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), JSIC, Majlis Perbandaran Muar (MPM), MFA dan lain-lain agensi. Inisiatif ini diambil bagi mengatasi masalah kilang tidak berlesen di Muar. Selain itu, ia juga dapat memperkasa imej industri perabot kayu.

Dengan adanya kilang yang tersusun di atas zon kawasan perindustrian, maka ia dapat mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan membantu dalam pengembangan perniagaan syarikat. Hal ini secara langsung dapat membantu syarikat di dalam permohonan mendapatkan pekerja asing dan mendapatkan liputan insurans dan kewangan daripada penyedia perkhidmatan insurans dan kewangan. Rujuk Carta 7 di bawah untuk maklumat terperinci.

Bagi merungkai permasalahan kilang tanpa lesen ini, berikut adalah beberapa penyelesaian untuk perkembangan industri perabot kayu ke tahap yang lebih dinamik dan progresif.

Program Pemutihan

Program pemutihan merupakan salah satu usaha penyelesaian jangka pendek dan jangka sederhana bagi mengatasi masalah kilang berasaskan kayu yang

tidak berlesen di negeri Johor

Penempatan Semula (Relocation)

InsiatifrelokasiindustrimerupakansatuinisiatifMTIBdankerajaannegerikearah mewujudkan susun atur bandar dan

zon industri yang terancang

Strategi Penyelesaian Kilang Tanpa Lesen

18

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Carta 8: Teras Strategik 3: Bekalan Bahan Mentah

Antara teras strategik lain yang digariskan bagi menyokong roadmap ini adalah bekalan bahan mentah. Umum mengetahui, isu bekalan bahan mentah merupakan isu yang sering dibincangkan dalam pelbagai platform antara pihak industri dengan pihak kerajaan.

Carta 8 di bawah menunjukan sebahagian objektif dan strategi penyelesaian ke arah memperkasa bekalan bahan mentah untuk kesinambungan industri perabot kayu di Malaysia amnya dan negeri Johor khususnya.

1. Memperkukuh penyelidikan dan pembangunan ke atas spesies kayu tropika bagi menghasilkan produk kayu bernilai tambah tinggi yang baharu

2. Memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak kerajaan, swasta dan industri bagi mempertingkat rantaian nilai pembekalan bahan mentah bagi penghasilan produk perabot kayu nilai tambah tinggi

3. Menggalakkan penyertaan sektor swasta bagi Program Pembangunan LadangHutan

Bekalan Bahan Mentah

19

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Berikut adalah strategi penyelesaian bagi mengatasi permasalahan bekalan bahan mentah yang dihadapi oleh industri perabot kayu di Johor:-

Menggalakkan penggunaan bahan mentah alternatif

seperti kayu getah, Acacia dan Oil Palm Trunk (OPT) dalam

pembuatan perabot kayu

Memajukan industri sekunder

pemprosesan kayu getah

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas pemprosesan kayu getah gergaji bagi meningkatkan

kualiti dan harga premium di pasaran

antarabangsa

Menggalakkan penanaman pokok ladang hutan kayu

sebagai bahan mentah

Penubuhan hub pembekalan dan

pemprosesan bahan mentah kayu-kayu tempatan dan

import

PenglibatanMTIB,RISDA,

FELDA,FELCRAdan MFA dalam

pembekalan kayu getah gergaji kepada MFA

Strategi Penyelesaian Bekalan Bahan Mentah

20

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Antara strategi penambahbaikan bagi memperkasa usahawan perabot kayu Bumiputera di Johor adalah seperti berikut:-

Pembangunan usahawan merupakan salah satu agenda kerajaan dalam memperkasa dan memacu pertumbuhan ekonomi negara. Penglibatan usahawan Bumiputera dalam industri kayu untuk pasaran eksport pada masa ini masih kurang. Dalam roadmap ini tumpuan diberi kepada agenda pembangunan usahawan terutama Bumiputera. Carta 9 di bawah menunjukkan strategi pemerkasaan pembangunan usahawan dalam industri kayu di Johor.

Carta 9: Teras Strategik 4: Pembangunan Usahawan

Meningkatkan bina upaya

keusahawanan

Peningkatan kapasiti

pengeluaran

Pemerkasaan perniagaan

Pengukuhan eko-sistem rantaian

nilai usahawan Bumiputera

Program perolehan bahan

mentah untuk Pengusaha Kecil & Sederhana (PKS)

Bumiputera

Strategi Memperkasa Pembangunan Usahawan

1. Meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera menerusi penempatan syarikat yang teratur dan persekitaran kondusif

2. Memantapkan keupayaan usahawan kayu Bumiputera dalam bidang teknikal dan teknologi, dan pemasaran pengurusan perniagaan

3. Meningkatkan peluang di kalangan usahawan kayu Bumiputera untuk menceburi pasaran terbuka di negeri Johor

4. Memperkukuh rantaian nilai, promosi dan pembangunan pasaran produk kayu usahawan Bumiputera antarabangsa

Pembangunan Usahawan

21

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Selaras dengan Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) yang mensasarkan nilai eksport RM53 bilion pada tahun 2020, satu pelan transformasi dalam pemantapan dan penjenamaan industri kayu Johor perlu digarap.

Carta 10 di bawah menunjukkan hubung kait antara objektif dan strategi penyelesaian bagi pemantapan, promosi dan penjenamaan industri perabot Johor.

1. Meningkatkan program promosi industri perabot kayu Johor

2. Mewujudkan identiti seperti penjenamaan Muar Furniture

3. Membantu syarikat perabot kayu mendapatkan polisi perlindungan insurans / kewangan

4. Menyediakan insentif untuk usahawan baru dalam menceburi industri perabot kayu Malaysia

Pembangunan, Pemantapan dan Promosi Industri Perabot Kayu Johor

Carta 10: Teras Strategik 5: Pembangunan, Pemantapan dan Promosi Industri Perabot Kayu Johor

Berikut adalah beberapa strategi penyelesaian bagi aspek pemantapan, promosi dan penjenamaan industri perabot kayu Johor:-

Pembangunan dan promosi produk

Penghasilan buku panduan usahawan

perabot dengan kerjasama MFA

Melaksanakan penjenamaan

‘Muar Furniture’

Risk Profiling & Star Rating Model

(MyRisk)

Ledang International Furniture

Tradehub (LIFT)

Skim insentif industri kayu

Strategi Mempergiat Pembangunan, Pemantapan dan Promosi Industri Perabot Kayu Johor

22

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

3.4 Kerjasama Strategik Bumiputera Bersama MFA

Terdapat tiga cara kerjasama strategik dengan MFA bagi meningkatkan penglibatan usahawan Bumiputera di industri perabot Johor. Pihak MFA mengalu-alukan kerjasama dalam bidang: -

(1) Sub-kontraktor

Di antara syarikat-syarikat perabot yang sedia ada, terdapat pekerja-pekerja Bumiputera yang berbakat dan telah lama berkhidmat. Pekerja-pekerja yang berpengalaman ini berkebolehan untuk mendirikan kilang mereka sendiri dan boleh menjadi sub-kontraktor dalam membekalkan komponen-komponen perabot kepada pengeluar utama perabot. Namun begitu, faktor kekurangan modal menjadi penghalang bagi mereka untuk pergi lebih jauh. Dalam perkara ini, bantuan kewangan seperti pinjaman dan insentif perlu diberikan bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha Bumiputera terlibat dalam industri ini.

Selain daripada itu, pihak majikan juga boleh berperanan dan bertindak secara proaktif dengan membantu pengusaha Bumiputera dari segi:-

(a) Membeli produk atau komponen perabot daripada mereka;

(b) Memantau operasi dan prestasi pengeluaran; dan

(c) Memantau dan memastikan kewangan diuruskan secara teratur dan tepat mengikut matlamat perancangan asal perniagaan syarikat.

(2) Ekuiti

Dicadangkan syarikat berkepentingan kerajaan (GLC) yang sedia ada atau sebuah GLC baru didirikan, yang mewakili ekuiti Bumiputera, dapat melabur ke dalam sesetengah kilang perabot di Muar yang berprestasi baik dan merancang bagi mengembang ke luar negeri. Pelabur baru boleh melantik pengarah dan pengurus Bumiputera yang berkelayakan dan ingin menceburi bidang perabot secara serius untuk sama-sama menguruskan kilang-kilang tersebut bersama majikan yang sedia ada.

(3) Franchise

Pihak kerajaan dan swasta boleh membangunkan satu sistem franchise perabot Muar dan para usahawan Bumiputera digalakkan menjadi franchisee yang memasarkan perabot Muar ke pasaran tempatan, terutamanya di kawasan-kawasan kediaman Bumiputera atau kampung-kampung, serta pasaran asing, terutamanya di Indonesia dan Timur Tengah.

23

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

BAB 4HaLa TUJU

Pulau Manukan, Sabah

24

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

4.1 Pembangunan Industri Perabot Kayu Pada Masa hadapan

Selaras dengan NATIP, MTIB berperanan lebih aktif dalam memperkukuh daya saing industri perabot kayu. Sokongan padu Kerajaan Negeri Johor, pihak industri, agensi kerajaan lain dan pihak swasta akan membantu syarikat perabot kayu di Johor untuk mempertingkat daya saing agar lebih dinamik dan progresif dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Pengusaha perabot kayu juga seharusnya memainkan peranan lebih aktif serta berfikiran lebih kreatif bagi memajukan perancangan perniagaan mereka. Selain itu, pelan strategik dan rangka program baharu yang dirancang bersama dengan agensi kerajaan juga turut menyokong usaha untuk mewujudkan persekitaran industri perabot kayu yang lebih kondusif agar pertumbuhan industri perabot kayu terus relevan pada masa akan datang. Ini secara langsung dapat membantu pertumbuhan eko-sistem industri perabot kayu yang mampan dan mesra pelabur.

RUMUSAN DAN CADANGAN

Pelan tindakan yang digariskan dalam pembangunan industri perabot kayu negeri Johor ini mengambil masa lima tahun iaitu bermula dari tahun 2015 hingga tahun 2020.

Roadmap ini dijadikan sumber rujukan dalam pembangunan hala tuju industri perabot kayu di Johor. Setiap program baharu yang ingin dilaksanakan perlu mempunyai indeks pengukuran prestasi (KPI) sebagai ukuran bagi kejayaan sesuatu program yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa pemantauan roadmap ini telah ditubuhkan oleh MTIB bagi memastikan setiap program yang dirancang menepati objektif dan pelan strategi yang telah digariskan.

1

2

3

Deep Furniture Sdn. Bhd.

LaMPIRaN I

26

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

5.1 Pelan Tindakan Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor

STRATEGI 1 – PENYELESAIAN KEKURANGAN PEKERJA INDUSTRI PERABOT KAYU DI NEGERI JOhOR

Objektif

1. Menarik minat pekerja tempatan dalam industri perabot kayu

2. Meningkatkan kemahiran pekerja

3. Memperkenalkan Pengurusan Lean dan Good Manufacturing Practices (GMP) kepada industri sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing

Bil. Aktiviti Indeks Prestasi Utama (KPI)

Sasaran

Jangka Pendek

(2015-2017)

Jangka Panjang

(2018-2020)

1. Tenaga Kerja

• Pekerja asing

• Program Latihan Industri Untuk Belia (Program Latihan Jangka Panjang)

• Penglibatan pekerja tempatan di dalam Program Latihan Jangka Pendek

- Latihan Kemahiran dalam pelbagai bidang, khususnya rekabentuk, carpentry, dsbnya.

• Analisa latihan

• Penganjuran hari komoditi/ pameran dalam usaha menarik pekerja tempatan ke industri perabot kayu

• Pengurangan kepada kebergantungan tenaga pekerja asing

• Bilangan program Latihan Industri

• Bilangan pelatih

• Bilangan program latihan industri

• Bilangan pekerja yang dilatih

• Bilangan laporan tracer study

• Bilangan hari komoditi/pameran yang dianjurkan

Kadar nisbah pekerja

tempatan dan asing ialah 1 : 3

3

45

10

300

3

5

Kadar nisbah pekerja

tempatan dan asing ialah 2 : 1

3

60*

15

500

3

5

2. Pengurusan Lean

Good Manufacturing Practices (GMP) - 5S / OSHA)

Aplikasi Automasi dan Mekanisasi

• Bilangan syarikat yang menyertai program pengurusan Lean

• Bilangan syarikat yang menyertai program pengurusan Good Manufacturing Practices (GMP)

• Bilangan syarikat yang menyertai program pengurusan aplikasi automasi dan mekanisasi

28

21

42*

12*

9*

60*

* RMKe-11

27

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

STRATEGI 2 – PENEMPATAN SEMULA INDUSTRI PERABOT

Objektif

1. Menyediakan kawasan perindustrian baru bagi perkembangan infrastruktur yang lebih baik kepada pengusaha kayu di Johor

2. Menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif dengan mengambilkira pematuhan prosedur dan pertumbuhan industri kayu di Johor

3. Memperkasa imej syarikat berasaskan kayu di Johor melalui program pemutihan kilang

Bil. Aktiviti Indeks Prestasi Utama (KPI)

Sasaran

Jangka Pendek

(2015-2017)

Jangka Panjang

(2018-2020)

1. Penempatan Semula Industri Kayu

• Penempatan semula bagi kilang yang tidak mempunyai lesen

• Penyertaan usahawan Bumiputera dalam kawasan industri baru

• Bilangan kilang yang tiada lesen

• Pembukaan kawasan perindustrian perabot yang baharu

• Bilangan kilang bumiputera

100

1

-

60

-

21

2. Program Pemutihan Kilang dan Penguatkuasaan

• Bilangan pemberian Lesen Sementara Tahunan (LST) oleh pihak berkuasa tempatan kepada pengusaha perabot kayu di Johor.

100 100

28

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

* tertakluk persetujuan bersama antara pihak MFA, syarikat perabot dan RISDA

STRATEGI 3 – BAhAN MENTAh

Objektif

1. Untuk mengatasi permasalahan kekurangan bahan mentah dalam industri kayu di Johor.

2. Memperkukuh penyelidikan dan pembangunan ke atas spesies kayu tropika bagi menghasilkan produk kayu bernilai tambah tinggi yang baharu.

3. Memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak kerajaan, swasta dan industri bagi mempertingkat rantaian nilai pembekalan bahan mentah bagi penghasilan produk perabot kayu nilai tambah tinggi.

4. Menggalakkan penyertaan sektor swasta bagi Program Ladang Hutan

Bil. Aktiviti Indeks Prestasi Utama (KPI)

Sasaran

Jangka Pendek

(2015-2017)

Jangka Panjang

(2018-2020)

1. Menggalakkan penggunaan bahan mentah alternatif seperti kayu getah, Acacia dan oil palm trunk (OPT) dalam pembuatan perabot.

• Jumlah pengusaha yang menggunakan bahan mentah alternatif

5 5

2. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan ke atas pemprosesan kayu getah gergaji bagi meningkatkan kualiti dan harga premium di pasaran antarabangsa.

• Jumlah program penyelidikan dan pembangunan

1 1

3. Penubuhan hub pembekalan dan pemprosesan bahan mentah kayu-kayan tempatan dan import.

• Penubuhan satu material hub 1 1

4. Penglibatan MTIB, RISDA, FELDA, FELCRA dan MFA dalam pembekalan kayu getah gergaji kepada MFA.

• Pembentukan jawatankuasa di antara pihak MFA dan agensi – agensi kerajaan

1 -

5. Memajukan industri sekunder pemprosesan kayu getah

• Satu pusat pemprosesan sekunder kayu getah gergaji di wilayah terpilih*.

1 -

6. Menggalakkan penanaman pokok ladang hutan kayu sebagai bahan mentah

• Jumlah keluasan tanaman (hektar) 2,000 2,000

29

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

STRATEGI 4 – PEMBANGUNAN USAhAWAN

Objektif

1. Meningkatkan dayasaing usahawan Bumiputera menerusi penempatan syarikat yang teratur dan persekitaran kondusif

2. Memantapkan keupayaan usahawan kayu Bumiputera dalam bidang teknikal & teknologi, pengurusan perniagaan dan pemasaran

3. Meningkatkan peluang di kalangan usahawan kayu Bumiputera untuk menceburi pasaran terbuka di negeri Johor

4. Memperkukuh rantaian nilai, promosi dan pembangunan pasaran produk kayu usahawan Bumiputera

Bil. Aktiviti Indeks Prestasi Utama (KPI)

Sasaran

Jangka Pendek

(2015-2017)

Jangka Panjang

(2018-2020)

1. Meningkatkan Bina Upaya Keusahawanan menerusi:

i) Penyatuan Enterprise Mikro ke tahap Kecil & Sederhana

ii) Business Coaching – MTIB

iii) Program Rancangan Perniagaan – EDC

• Jumlah penyatuan syarikat

• Jumlah usahawan yang menyertai business coaching

• Jumlah usahawan yang akan menyertai program

1

6

4

2

6

6

2. Peningkatan Kapasiti Pengeluaran menerusi:

i) Usahawan mengaplikasikan mesin-mesin berteknologi

ii) Usahawan yang beroperasi dipremis yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)

• Bilangan usahawan

• Bilangan usahawan

2

4 (EDC mengenalpasti

lot-lot sedia ada untuk disewakan)

2

6 (Muar Furniture Industrial

Park)

3. Pemerkasaan Perniagaan menerusi:

i) Pengeluaran produk untuk dieksport

ii) Pemerkasaan Pemasaran Tempatan

• Bilangan usahawan yang menjadi vendor/pengeksport Muar

• EDC mengenalpasti outlet untuk jualan usahawan Bumiputera

6

3

6

3

4. Pengukuhan Eko-sistem Rantaian Nilai Usahawan Bumiputera

• Pembangunan Vendor MTIB bersama MFA

• Pewujudan Pusat Bekalan Bersepadu Bahan Mentah Industri Perabot bagi usahawan Bumiputera Johor

• Bilangan program vendor

• Bilangan pusat bekalan

1

1

1

1

30

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

STRATEGI 5 – PEMBANGUNAN, PEMANTAPAN DAN PROMOSI INDUSTRI PERABOT KAYU JOhOR

Objektif1. Meningkatkan program promosi industri perabot kayu Johor2. Mewujudkan identiti seperti penjenamaan Muar Furniture3. Membantu syarikat perabot kayu mendapatkan kadar polisi perlindungan insurans.4. Menyediakan insentif untuk usahawan baru dalam menceburi industri perabot perabot kayu Malaysia

Bil. Aktiviti Indeks Prestasi Utama (KPI)

SasaranJangka Pendek (2015-2017)

Jangka Panjang (2018-2020)

1. Pembangunan dan Promosi Produk• Penyelidikan

Pembangunan dan Pengkomersialan produk OPT

• Inovasi Pembangunan produk dan rekabentuk (TANGGAM)

• Program promosi industri perabot kayu Johor

• Bilangan kajian OPT

• Pengeluaran rekabentuk inovasi berkaitan penggunaan bahan, pemprosesan (mesin) dll – ODM/OBM

• Bilangan brosur dan material promosi yang dihasilkan

• Bilangan program kempen dan publisiti yang dilaksanakan

• Bilangan penyertaan dalam pameran dan karnival jualan

• Bilangan penyertaan siri seminar/talk/ bengkel/persidangan

• Bilangan aktiviti suai padan perniagaan (Business-matching) dan jaringan perdagangan tempatan dan antarabangsa

• Bilangan aktiviti penembusan pasaran seperti misi perdagangan/dialog/round-table discussion bagi membantu meningkatkan akses pasaran kayu-kayan Malaysia termasuk produk keluaran Muar Furniture ke pasaran global.

2

5

3

1

9

3

10

1

2

5

3

1

9

3

10

1

2. Penjenamaan ‘MUAR FURNITURE’• Menjalankan kajian

Pasaran Terhadap Jenama “Muar Furniture”

• Pelancaran jenama• Program publisiti dan

promosi• Penyertaan pameran

• Menjalankan aktiviti suai padan perniagaan (Business-matching) dan jaringan perdagangan tempatan dan antarabangsa melibatkan Muar Furniture dan pengimport/pembeli berpotensi.

• Pelantikan konsultan bagi menjalankan kajian Pasaran Terhadap Jenama “Muar Furniture”

• Program pelancaran jenama • Aktiviti publisiti dan promosi melalui media

elektronik dan media cetak• Penyertaan di pameran tempatan dan

antarabangsa• Jumlah aktiviti suai padan perniagaan

dan jaringan perdagangan tempatan dan antarabangsa

1

13

3

3

- -3

3 3

31

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

• Menjalankan aktiviti penembusan pasaran seperti misi perdagangan/dialog/round-table discussion bagi membantu meningkatkan akses pasaran kayu-kayan Malaysia termasuk produk keluaran Muar Furniture ke pasaran global.

• Jumlah aktiviti penembusan pasaran 4 4

3. Ledang International Furniture Tradehub (LIFT)

• Pusat Promosi Perabot

• Design Incubation Centre (DIC)

• Penjenamaan produk - TANGGAM

• Kemudahan pengujian perabot

• Penyertaan syarikat usahawan Bumiputera

• Penyertaan terbuka kepada syarikat bukan Bumiputera

• Bilangan pembangunan DIC

• Jumlah aktiviti yang dijalankan di DIC

• Jumlah rekabentuk yang dihasilkan

• Jumlah sesi business matching antara pereka TANGGAM bersama pihak industri

• Kemudahan bagi pengujian perabot seperti kerusi, meja, katil, storage rak akan disediakan untuk kegunaan industri perabot.

• Bilangan syarikat yang mendapatkan perkhidmatan pengujian perabot kepada industri

-

-

1

-

5

5

1 bengkel/makmal

-

15 15

-

5

10

10

-

30

4. Skim Insentif Industri Kayu

• Jumlah syarikat yang menerima Insentif pembelian mesin

• Jumlah syarikat yang menerima Skim jaminan industri

• Jumlah syarikat yang menerima Insentif retrofitting & fabrication

42

8

20

60

9

30

5. Penghasilan Buku Panduan Usahawan Perabot Dengan Kerjasama MFA

• Jumlah buku panduan bagi sektor nilai tambah yang dihasilkan

• Jumlah edaran buku panduan

1

200

-

200

6. Risk Profiling & Star Rating Model

• Pangkalan data berkaitan Risk Profiling & Star Rating Model (MyRisk) untuk keperluan insurans kepada sektor perabot kayu di Malaysia.

• Jumlah syarikat yang menggunakan Risk Profiling & Star Rating Model

100 150

* RMKe-11

32

ROADMAP PEMBANGUNAN INDUSTRI PERABOT KAYU NEGERI JOHOR

Malaysian Timber Industry Board. Insurance Coverage, Financing and Incentives for

Timber Industry : The Roadmap 2013-2020. Kuala Lumpur : Malaysian Timber

Industry Board, 2013.

Malaysian Timber Industry Board. MTIB Strategic Planning 2014-2020. Kuala Lumpur :

Malaysian Timber Industry Board, 2014.

Malaysian Timber Industry Board. National Timber Industry Policy (NATIP) 2009-2020.

Kuala Lumpur : Malaysian Timber Industry Board, 2009.

Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ). Pelan Tindakan Strategik PKS Negeri

Johor 2015 - 2020. Nusajaya, Johor : Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

(UPENJ), 2015.

6.1 Bibliografi

MTIBLEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

(Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi)Tingkat 13 - 17, Menara PGRM, No. 8 Jalan Pudu Ulu, Cheras

Peti Surat 10887, 50728 Kuala Lumpur.

Tel: 03-9282 2235 Faks: 03-9200 3769Emel: [email protected]

Laman Web: www.mtib.gov.my

9 789675 384509