20
Rancangan Pengajaran Harian KSSR Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tarikh : 20 Ogos 2014 Tahun : 4 Ibnu Sina Bilangan Murid : 30 Orang Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi Tema : Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tajuk : “Lestarikan Alam Kita” Kemahiran : Aspek Seni Bahasa Standard Kandungan: 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. Standard Pembelajaran: 4.3.2 Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahan ransangan untuk menyampaikan nilai dan pengajaran dengan bahasa badan yang sesuai. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:- i. Menyatakan empat daripada lima nilai murni berdasarkan petikan teks dengan betul. ii. Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada situasi nilai murni yang diberi dengan bahasa badan yang sesuai. 10

Rph Bm Farah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rujukan

Citation preview

Rancangan Pengajaran HarianKSSR

Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTarikh: 20 Ogos 2014Tahun: 4 Ibnu SinaBilangan Murid: 30 Orang Masa: 8.45 pagi 9.45 pagiTema: Alam Sekitar dan Teknologi HijauTajuk: Lestarikan Alam KitaKemahiran: Aspek Seni Bahasa

Standard Kandungan: 4.3Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. Standard Pembelajaran: 4.3.2 Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahan ransangan untuk menyampaikan nilai dan pengajaran dengan bahasa badan yang sesuai. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-i. Menyatakan empat daripada lima nilai murni berdasarkan petikan teks dengan betul.ii. Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada situasi nilai murni yang diberi dengan bahasa badan yang sesuai.

Sistem Bahasa : Kosa kata : jalan raya, kemalangan : Sintaksis : Ayat Majmuk

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum :Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Muzik.Nilai : Kerjasama, Bertanggungjawab, Kesungguhan, Kerajinan, Keberanian, ToleransiKB : Menghubung kait, Menjana Idea, MenganalisisKP: Linguistik, Intrapersonal, Interpersonal, Muzik.KBT : Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran Konstruktivisme.TMK : Belajar melalui TMK

Bahan Bantu Mengajar: JenisBilangan

1. Topeng Tumbuhan dan Haiwan6 keping

2. Komputer Riba1 buah

3. Slaid PersembahanMengikut Keperluan

4. Pembesar Suara1 buah

5. Lembaran Kerja30 Helai

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari tentang konsep nilai murni pada pengajaran yang lepas.

Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi (5 minit)

Simulasi : Selamatkan haiwan di dalam hutan.

Topeng tumbuhan dan haiwan :(rujuk Lampiran 1)

Soalan :

1. Apakah tumbuhan dan haiwan yang terlibat dalam situasi tadi?2. Apakah nilai murni yang terdapat dalam situasi tadi?

Jawapan : 1. Pokok, Bunga, Gajah, Harimau, Burung dan Monyet.

2. Bantu haiwan yang berada dalam kesusahan.1. Beberapa orang murid dipilih untuk menjalankan aktiviti simulasi bersama guru menggunakan topeng tumbuhan dan haiwan.

2. Murid yang lain melihat lakonan mengenai simulasi menyelamatkan haiwan di dalam hutan dengan teliti.

3. Murid bersoal jawab tentang nilai murni yang terdapat pada simulasi yang dijalankan.

4. Guru mengaitkan simulasi dan jawapan murid dengan tema dan tajuk pelajaran.

Bahan Bantu Mengajar Topeng tumbuhan dan haiwan.

Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : Menjana Idea. Membuat keputusan.

Pembelajaran Konstruktivisme : Pengetahuan baharu Menyelesaikan masalah

Kecerdasan Pelbagai Intrapersonal Linguistik

Teknik : Soal Jawab, Simulasi.

Langkah 1 (15 minit)

Petikan Teks Kisah Lima Sekawan.(rujuk Lampiran 2)

Soalan : 1. Berdasarkan petikan, apakah yang kamu faham?2. Apakah nilai murni yang terdapat dalam Kisah Lima Sekawan?3. Bagaimanakah nilai murni tersebut boleh diamalkan dengan kehidupan seharian?

Jawapan : 1. Petikan berkaitan haiwan.2. Saling bekerjasama, Berkasih sayang, Keberanian, Kejujuran, Baik hati.3. Kasih sayang sesama manusia, berani mencuba dan jujur dalam percakapan.

Nyanyian LaguKisah Lima Sekawan(rujuk Lampiran 3)1. Murid diminta membaca petikan teks Kisah Lima Sekawan yang dipaparkan oleh guru secara mekanis

2. Murid dan guru bersoal jawab mengenai petikan teks Kisah Lima Sekawan.

3. Murid diminta menyanyikan lagu Kisah Lima Sekawan secara beramai-ramai.

4. Guru memberi bimbingan kepada murid dan merumus isi pelajaran.Bahan Bantu Mengajar : Slaid Persembahan Komputer Riba Pembesar Suara

Kemahiran Berfikir : Menganalisis, Menghubung kait

Teknik : Soal Jawab, Nyanyian.

Ilmu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Muzik.

KBTKecerdasan Pelbagai : Intrapersonal Linguistik

Nilai : Kerjasama, Bertanggungjawab, Kesungguhan, Mendengar Arahan.

Pembelajaran Kontekstual : Menghubungkait pengalaman harian dengan pelajaran

Langkah 2 (15 minit)

Dialog Situasi berkaitan Nilai Murni.

Situasi : 1. Baik Hati2. Berdikari3. Hemah tinggi4. Menghormati

(rujuk Lampiran 4)

1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang bagi setiap kumpulan.

2. Murid diminta duduk dan berada dalam kumpulan yang diberikan.

3. Murid diminta membincangkan situasi yang berkaitan dengan nilai murni yang diberikan.

4. Murid diminta untuk membina dialog berdasarkan situasi yang dibincangkan.

5. Dua kumpulan akan dipilih untuk melakukan situasi yang telah dibincangkan.

6. Kumpulan yang lain perlu mengujarkan dialog yang dibina di hadapan kelas.

7. Murid dan guru bersoal jawab tentang lakonan dan dialog yang diujarkan.

8. Guru memberi bimbingan kepada murid.Kemahiran Bernilai Tambah :Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal Linguistik

Kemahiran Berfikir : Menghubung kait.

Pembelajaran Konstruktivisme :Pengetahuan baharu

Nilai :Kerjasama, Keberanian.

Teknik : Soal Jawab, Sumbangsaran.

Langkah 3 (10 Minit)

Pentaksiran :

Lembaran Kerja( rujuk Lampiran 5) 1. Murid diminta mengisi tempat kosong mengikut situasi yang diberikan oleh guru.

2. Murid dan guru berbincang bersama-sama tentang jawapan yang betul.Bahan Bantu Mengajar :Lembaran Kerja

Kemahiran Berfikir :Menyelesaikan masalah,Menjana idea

Nilai : Mendengar Arahan, Bekerjasama.

Langkah 4 (10 minit)

Pengayaan(rujuk Lampiran 6)

Pemulihan(rujuk Lampiran 7)

1. Murid diminta menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan.

2. Murid dan guru berbincang tentang jawapan bersama-sama.

1. Murid dikehendaki memadankan gambar nilai murni dengan perkataan yang betul yang diberikan oleh guru.Bahan Bantu Mengajar : Lembaran Kerja

Kemahiran Berfikir : Menganalisis,Menyelesaikan masalah.

Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal.

Nilai : Mendengar arahan.

Penutup(5 minit)Rumusan:Sosial :

Kognitif :

1. Murid diminta menyanyikan semula lagu nilai murni.

2. Guru memuji penglibatan murid.

1. Murid menyatakan nilai murni yang dipelajari pada hari ini.

2. Guru meminta murid menyatakan semula isi pelajaran yang telah dipelajari.

3. Guru merumuskan isi pelajaran dengan mengaitkan aktiviti yang telah dilakukan.Kecerdasan Pelbagai Linguistik

NilaiBertanggungjawab, Toleransi, Kerjasama.

Kemahiran Berfikir :Menghubung kait

LAMPIRAN 1TOPENG HAIWAN DAN TUMBUHAN

Gambar Rajah 1.0 Topeng yang digunakan semasa aktiviti simulasi.

LAMPIRAN 2KISAH LIMA SEKAWAN

Di sebuah hutan terdapat sebuah kawasan yang menjadi tempat tinggal lima sekawan iaitu Sang Ketam, Sang Merak, Sang Bangau, Sang Arnab serta Sang Puyu. Mereka bersahabat baik. Pada suatu hari, air kolam yang menjadi tempat tinggal Sang Puyu dan Sang Ketam semakin kering. Sang Puyu dan Sang Ketam berasa sangat runsing. Pada suatu hari, Sang Bangau datang menemui Sang Puyu dan Sang Ketam. Sang Bangau berpura-pura mahu menolong mereka.Kamu boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering, kata Sang Bangau. Sang Puyu dan Sang Ketam bersetuju dengan cadangan Sang Bangau dan berasa sangat gembira. Sang Bangau menolong Sang Puyu dahulu untuk berpindah dari situ. Namun begitu, Sang Bangau telah bertindak di luar jangkaan apabila memakan kawan baiknya sendiri.Kemudian, tibalah giliran Sang Ketam untuk berpindah. Sang Ketam telah dibawa pergi oleh Sang Bangau. Alangkah terkejutnya Sang Ketam apabila melihat tulang ikan. Sang Ketam tahu bahawa Sang Bangau telah menipu. Sang Bangau mahu memakan Sang Ketam pula. Tetapi, Sang Ketam segera menyepit leher Sang Bangau. Akhirnya, Sang Bangau telah mati dan menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya.Sang Ketam telah menceritakan tentang perbuatan Sang Bangau kepada Sang Arnab dan Sang Merak. Sang Arnab dan Sang Merak berasa sangat marah dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tempat tinggal Sang Ketam. Sang Arnab dan Sang Merak telah merayau-rayau di sekitar kawasan hutan untuk mencari kolam takungan air. Akhirnya, mereka telah menjumpai jalan menuju ke hulu sungai dan membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan itu.Gambar Rajah 2.0Petikan Teks Kisah Lima Sekawan

LAMPIRAN 3

Tanya sama ikan apa sebab mati,Nanti jawab ikan, bangau yang keji,Tanya sama bangau apa sebab keji,Nanti jawab bangau, lapar sekali.

Tanya sama ketam, apa yang terjadi,Nanti jawab ketam, perlu bestari,Tanya sama arnab, apa yang dicari,Nanti jawab merak air dijumpai.

Gambar Rajah 3.0 Lirik Lagu Kisah Lima Sekawan

LAMPIRAN 4

Bincangkan satu situasi yang berkaitan dengan nilai yang diberi serta bina dialog berdasarkan situasi tersebut.

___________ : ____________________________________________

__________ : _____________________________________________

___________ : ____________________________________________

__________ : _____________________________________________

___________ : ____________________________________________

__________ : _____________________________________________

___________ : ____________________________________________

__________ : _____________________________________________

Gambar Rajah 4.0Contoh binaan dialog berdasarkan situasi nilai murni.

LAMPIRAN 5PENTAKSIRANIsikan tempat kosong dengan nilai murni yang betul mengikut situasi yang diberi.

1. k

2. 3.

e

4. j

s

5. r

1. Nina dan rakan-rakannya membantu Cikgu Aini menghias dewan untuk majlis perasmian Kempen Budi Bahasa.2. Aiman akan mengulang kaji pelajaran pada setiap petang sebelum bermain dengan rakan-rakannya.3. Sarah telah menyertai ekspedisi memanjat gunung bersama-sama bapanya walaupun usianya masih muda.4. Ashikin telah memulangkan wang yang dijumpai di dalam kelas kepada gurunya.5. Guru disiplin itu tidak bertindak melulu semasa menjatuhkan hukuman terhadap murid yang membuat kesalahan.

LAMPIRAN 6PENGGAYAANArahan : Baca dan senaraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan di bawah.

Hujung minggu yang lalu, Zara sekeluarga telah berpindah ke rumah baharu yang terletak di Taman Subang Mewah. Ayah Zara telah membeli rumah tersebut untuk keselesaan mereka sekeluarga. Mereka begitu teruja untuk tinggal di rumah sendiri.Zara berkongsi bilik dengan Zira. Ayah mereka telah membelikan katil serba guna bagi menjimatkan ruang bilik mereka. Katil ini diperbuat daripada kayu. Katil ini sangat sesuai untuk ruang bilik yang agak terhad. Inovasi ini dicipta bagi memaksimumkan penggunaan ruang serta mementingkan aspek kekemasan. Rekaan ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan mesra pengguna. Kayu yang digunakan adalah daripada jenis yang ringan serta tidak mempunyai bucu yang tajam.Ibu dan ayah meminta mereka berdikari mengemas bilik sendiri. Namun demikian, mereka boleh mendapatkan bantuan daripada ibu dan ayah jika terdapat sebarang masalah. Zara dan Zira patuh kepada permintaan ibu dan ayah mereka. Mereka mula memasukkan pakaian ke dalam almari. Selepas itu, mereka meletakkan buku-buku di rak yang disediakan. Memandangkan katil serba guna mereka mempunyai empat laci, mereka membahagikannya secara adil, iaitu dua laci seorang. Mereka sepakat untuk meletakkan barang mainan di dalam laci itu supaya bilik mereka tidak bersepah.Selepas siap mengemas bilik, mereka membantu ibu dan ayah mereka mengemas persekitaran rumah. Walaupun penat, mereka berasa sangat gembira dan bersyukur kerana telah memiliki rumah sendiri.

1. __________________________ 4. ______________________2. __________________________ 5. ______________________3. __________________________ 6. ______________________

LAMPIRAN 7PEMULIHAN

Gambar Rajah 5.0Panduan Nilai Murni

10