25
SJKT LADANG SUNGAI MUAR Rancangan Pengajaran Harian Tarikh : 20 Ogos 2013 Kelas : 2 kambar Tempoh : 60 minit (1 jam) Masa : 8.50 – 9.50 pagi Bilangan Pelajar : 15 orang Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Sihat Dan Bersih Tajuk : Menu Saya Berkhasiat Pengetahuan sedia ada pelajar : - Pelajar-pelajar telah mengetahui pelbagai jenis makanan. Objektif pengajaran : Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat: - Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan dan menu yang diambil pada setiap hari di rumah mahupun di sekolah. - Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda - Menggunting gambar dan Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan makanan dengan betul berdasarkan gambar. - Menjelaskan 1 kepentingan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan dapat membina ayat tunggal dan majmuk. Analyze State objective

Rph Modul Assure

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penerangan

Citation preview

Page 1: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 20 Ogos 2013

Kelas : 2 kambar

Tempoh : 60 minit (1 jam)

Masa : 8.50 – 9.50 pagi

Bilangan Pelajar : 15 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Sihat Dan Bersih

Tajuk : Menu Saya Berkhasiat

Pengetahuan sedia ada pelajar : - Pelajar-pelajar telah mengetahui pelbagai jenis

makanan.

Objektif pengajaran :

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat:

- Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan dan menu yang diambil pada

setiap hari di rumah mahupun di sekolah.

- Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan

makanan dengan menggunakan peta minda

- Menggunting gambar dan Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan

makanan dengan betul berdasarkan gambar.

- Menjelaskan 1 kepentingan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan

penerangan dan dapat membina ayat tunggal dan majmuk.

Analyze learners

State objective

Page 2: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Isi Pelajaran

Standard kandungan

2.1 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan

dan intonasi yang betul

Fokus sampingan

8.1 Membina dan menulis ayat tunggal dan Ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan

betul

Nilai-nilai murni : Bekerjasama , menjaga kebersihan dan

bertanggungjawab

Alat bantu mengajar : Lembaran kerja, slaid power point, CD ROM, bahan-

bahan maujud, seni kata lagu

Bahan rujukan : Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2,

Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2,

Page 3: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Langkah Penyampaian:

Langkah Isi pelajaran Kaedah penyampaian Catatan

Set

Induksi

10

minit

1.Nyanyian lagu

“Makan”

Senikata lagu

“Makan”

CD ROM lagu

“Makan”

2.Soal jawab antara

guru dan pelajar.

1.Guru memperdengarkan lagu dan

memperlihatkan senikata bertajuk

“Makan” .

2. Pelajar mendengar lagu sambil

menyanyi bersama-sama guru

3.Perbincangan guru dan murid

tentang makanan yang terdapat

di dalam lagu yang telah

diperdengarkan .

Contoh soalan:

A.Apakah cerita yang disampaikan

dalam lagu ini?

B.Sebutkan contoh-contoh makanan

yang dipaparkan melalui tayangan

CD.

Strategi P &P

Kaedah:

Perbincangan

Teknik :

Soal jawab

Kecerdasan

pelbagai

Muzik

Penggunaan

media:

-CD ROM

-Seni kata lagu

Nilai:

Keyakinan

Instructional

media

Page 4: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Langkah 1

10 minit

1.Penerangan tentang

makanan dari segi

khasiat dan

kepentingan.

2.Penggunaan bahan

maujud.

3.Menyentuh dan

Menyebut bahan-

bahan maujud.

1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan

tajuk yang akan diajar iatu

“Menu Saya Berkhasiat” sambil

mempamerkan contoh-contoh bahan

maujud (makanan sebenar) yang dibawa oleh

guru serta

2.Guru juga bersoal jawab tentang

kepentingan pengambilan makanan

seimbang dalam menu seharian.

Contoh soalan:

Mengapakah kita perlu mengambil

makanan seimbang setiap hari?

3. Pelajar-pelajar melihat dan

menyentuh makanan dan menyebut

nama makanan tersebut secara

Strategi P &P

Kaedah:

Demontrasi

Teknik:

Soal jawab

Bahan:

Bahan-bahan

maujud:

ikan, sotong,

telur, bayam,

epal, roti,

majerin, kelapa,

betik,

daging

Nilai:

Bersyukur

Langkah 2

15

minit

1.Pelajar menonton

slaid powerpoint.

2.Pelajar mencatat

contoh makanan

yang dilihat melalui

slaid.

1.Pelajar-pelajar menonton slaid

powerpoint tentang makanan yang

mengandungi khasiat tertentu.

2. pelajar mencatat jenis

makanan yang ditayangkan untuk

tujuan perbincangan.

- Ikan /sotong/telur/roti/epal/kelapa

- Betik/daging/bayam

Bbm

Pen, marker

Require learner

participation

Page 5: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Contoh :

Catatkan jenis-jenis makanan yang terdapat

dalam slaid powerpoint yang

ditayangkan dalam lembaran kerja yang

disediakan.

3.Guru mengimbas kembali ingatan

murid tentang penerangan secara

lisan oleh guru di langkah 1.

- Pelajar memperihalkan

tentang makanan seimbang

berdasarkan gambar yang telah

ditayangkan.

Contoh :

Murid menceritakan dengan

permulaaan ayat seperti berikut:

Makanan seimbang mestilah

mengandungi karbohidrat seperti

nasi, roti, mee hoon, kentang.

Makanan seimbang mestilah

mengandungi protin seperti

telur, susu, ayam, ikan.

Strategi P & P

Kaedah:

Bercerita

Teknik:

Soal jawab

Pengulangan

maklumat

Penggunaa

media:

-Slaid

powerpoint

-Komputer

-Lembaran

Kerja

Nilai:

usaha

Page 6: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Langkah 3

20

minit

1.Penerangan guru

kepentingan khasiat

makanan kepada

kesihatan manusia.

2.Menulis maklumat

dalam bentuk peta

minda.

3.Murid menerangkan

hasil perbincangan

1.Pelajar-pelajar diberi bimbingan

tentang jenis-jenis makanan dan

kepentingan khasiatnya.

Contoh:

a. Nasi, roti, mee hoon yang mengandungi

karbohidrat memberikan tenaga kepada

tubuh badan manusia.

b. Telur, susu, ayam dan ikan yang

mengandungi protein menggalakkan

pertumbuhan

manusia.

c. Sayur-sayuran dan buah-buahan

yang mengandungi vitamin

dapat melindungi badan manusia

dari serangan penyakit.

d. Makanan laut seperti sotong dan

ketam yang mengandungi garam

mineral membantu pertumbuhan

tulang.

e. Marjerin dan minyak masak

memberikan lemak kepada

badan manusia.

2.Pelajar dibahagikan kepada 4

kumpulan dan setiap kumpulan

dikehendaki melantik seorang ketua.

3.Guru menerangkan dan membimbing

murid membuat peta minda sambil

mengedarkan kertas dan pen marker.

Strategi P&P

Kaedah:

Demonstrasi

Perbincangan

Teknik :

Soal jawab

Penggunaan

Media :

Slaid power

point

Peta minda

Nilai:

Bekerjasama

Kemahiran

berfikir:

Kritis dan

kreatif

Page 7: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

4.Guru melukis contoh peta minda di

papan putih serta memberikan

pengkelasan makanan kepada setiap

kumpulan.

5.Murid menyiapkan peta minda iaitu

contoh-contoh makanan mengikut

khasiatnya dalam bentuk peta minda.

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Kumpulan 4

Page 8: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Langkah

5

(penutup)

2.Murid membina ayat

tunggal

berdasarkan gambar

3.Murid membaca

ayat yang ditulis

4.perbincangan murid

dengan guru

6. Setiap ketua kumpulan

mempamerkan dan menerangkan

hasil perbincangan.

1.Murid menjelaskan 1 kepentingan

makanan seimbang secara lisan

sebelum menjawab latihan yang diberi

2.Murid diedarkan lembaran kerja.

3.Murid diminta membina ayat tunggal dan

majmuk berpandukan gambar yang diberi

dalam lembaran kerja

4.Contoh lembaran kerja seperti yang

dilampirkan.

1.Pelajar diberi pengukuhan positif

dengan cara guru memberi pujian

kepada murid yang dapat membina ayat

majmuk dan ayat tunggal

Strategi P & P

Kaedah:

-Demonstrasi

Perbincangan

Teknik :

Bimbingan

Penggunaan

Media:

Majalah,

Gambar-gambar

dari internet.

Bahan:

Gam, gunting,

kertas putih A4

Nilai:

Berhati-hati

(Keselamatan

ketika

menggunakan

gunting)

Bekerjasama

Strategi P&P

Kaedah:

Perbincangan

Page 9: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Page 10: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

1.0 Pengenalan

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh

R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Pada pendapat beliau pengajaran dan

pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan

pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik

darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model ini dibina secara sistematik supaya murid-

murid dapat mencapai objektif yang dikehendaki oleh para guru di dalam kelas. Malah penyerapan

pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih

mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut

digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu

rancangan mengajar dan Model Assur.

ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu:-

A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar )

S = State objective ( Nyatakan Objektif )

S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media

Dan Bahan )

U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan

Bahan )

R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan

Pelajar )

E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di

dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain

menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

2.0 MODEL REKA BENTUK ASSURE

Page 11: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang

dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah

pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Bahasa Melayu tahun 2 Kambar di dalam kelas

saya. Rancangan pengajaran ini adalah selama 60 minit untuk kelas 2 Kambar .Seramai 30 orang

murid belajar di kelas 2 Kambar yang secara keseluruhannya merangkumi murid yang

cemerlang,sederhana dan galus.

2.1 Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Setiap guru harus mempunyai analisis murid yang diajarnya di dalam kelas.Ia adalah

penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku di dalam kelas ataupun di luar kelas. Perhatian dan

perancangan oleh guru dengan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan

jayanya. Sebagai guru kita perlu membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari

pelbagai aspek, antaranya ialah :-

2.11 Ciri-ciri umum pelajar

Saya mengambil Makanan Seimbang sebagai tajuk saya semasa mengajar murid

tahun 2 Kambar di kelas saya.Ia diambil dari sukatan Bahasa Melayu tahun 2. Dari pemerhatian

saya murid-murid ini mempunyai tahap kecergasan yang sederhana dan pandai. Mereka telah pun

menguasai kemahiran 3 m iaitu membaca,menulis dan mengira.Kebanyakan mereka adalah anak

kepada penduduk kampung yang rata-rata menjalankan kerja di kebun dan menjadi penoreh getah

dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah.

Walaupun begitu mereka memerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

2.11 Kompetensi khusus peringkat masuk

Page 12: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Setiap guru perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar, selain daripada melihat

ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupun pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar

merujuk kepada aras kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa

yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan

pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar.Di sini

murid-murid sememangnya telah sinonim dengan makanan, tetapi mereka tidak tahu tentang makanan yang

mengandungi kebaikan-kebaikan tertentu. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis makanan tetapi tidak

tahu tentang kumpulan makanan yang mereka makan setiap hari.

2.12 Stail / Gaya Pembelajaran

Seterusnya ialah gaya pembelajaran. Setiap murid di kelas 2 Kambar ini mempunyai gaya

pembelajaran yang tersendiri. Kecenderungan murid-murid ini berbeza kerana terdapat murid yang

cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik. Melalui ini maka seseorang

guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik

minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.Saya mendapati murid-murid 2

Kambar ini lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan

aktiviti pengayaan.

2.13 Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pengajaran yang baik akan membantu seseorang guru kearah pencapaian yang

dikehendaki. Objektif yang disediakan itu semestinya realistik dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta

minat murid. Ia perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan

pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu

dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) , peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori

(Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Sebagai

seorang guru langkah yang penting yang perlu diambil kira ialah bagaimana hendak mempraktikkannya

dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan

sebagai contoh :-

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat :

Page 13: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

1. Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang.

Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana penglibatan semua

pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni kata yang dibekalkan oleh guru.

Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara

yang terdapat dalam CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru.

2. Mengkelaskan makanan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut

kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda.

Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga, pelajar dapat melengkapkan contoh- contoh

makanan berdasarkan pengkelasan yang diberi mengikut kumpulan.

3. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan makanan dengan

betul.

Peringkat ini juga dilihat pada langkah 4, di mana murid dalam satu kumpulan akan

membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap gambar yang ditampal mengikut pengkelasan

makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba membina ayat tunggal dengan betul.

5. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan

penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Peringkat ini dilihat pada langkah kelima, pelajar cuba memberi 1 penjelasan tentang

kepentingan makanan seimbang kepada manusia secara lisan.

2.14 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods)

Banyak kaedah yang digunakan dalam sesuatu pembelajaran.Kaedah ini digunakan di setiap

peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set

induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi. Antara kaedah

pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah demonstrasi.

Saya memberikan pen marker serta kertas kepada setiap kumplan . Saya memberi penerangan dan

tunjuk cara bagaimana membuat peta minda untuk mengkelaskan makanan kepada kumpulannya

dengan penggunaan 2 bahan yang diberikan oleh saya. Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar

sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan

yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah

masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan.

Page 14: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

2.15 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media)

Pemilihan media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Pemilihan media bergantung

kepada isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, saya telah memilih untuk

menggunakan CD-Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan

mencetuskan motivasi pelajar. Secara keseluruhannya Ia juga dapat menggalakkan penglibatan

keseluruhan pelajar. Penggunaan CD-ROM dilaksanakan sewaktu set induksi. Saya memasang CD yang

mengandungi lagu “Makan” dengan tujuan menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

ketika itu. Malah isi kandungan yang ditayangkan itu juga membantu saya untuk mengajak murid bertanya

dan bersoal jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Makan

Seimbang. Selain daripada penggunaan CD-ROM, saya juga menggunakan slaid powerpoint bagi menarik

minat pelajar tersebut.Melalui penggunaan ini murid dapat mencatat contoh-contoh makanan disamping

menarik minat murid dengan variasi gambar makanan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh

dilakukan sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin melihat berulang kali contoh-

contoh makanan tersebut.

2.16 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials)

Pemilihan media yang dipilih oleh saya seperti bunyi dan gamba ryang dihasilkan dalam slaid

powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu.

Tambahan pula, penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah

mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar

merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih

menarik dan seronok.

2.17 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material)

Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan media yang sesuai, adalah penting untuk kita

mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan tugasan ini, kaedah soal

jawab, dan perbincangan dan digunakan bagi memberi kefahaman kepada pelajar.

Page 15: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Perbincangan

Kaedah perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan pengajaran

ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan

memerlukan pelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta minda

Soal jawab

Kaedah Soal jawab juga digunakan dalam pengajaran. Kaedah ini digunakan supaya ia berupaya

mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru

mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan :

i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar

iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir

Demonstrasi

Kaedah yang lain seperti demonstrasi adalah kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu

demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid

melihat kemahiran yang perlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta

minda

Penggunaan CD dan slaid powerpoint

Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal jawab bagi menarik minat pelajar

dan pelajar membantu mencetus idea buat pelajar.

2.18 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah proses yang mewujudkan penglibatan

murid dalam sesebuah kelas.Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu

dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, dan lain-lain lagi.

Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang aktif oleh pelajar

secara tidak langsung akan meningkatkan mutu pengajaran di sesebuah kelas.Selain itu ia juga dapat

memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti

pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954).

Page 16: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses

pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan.

2.19 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)

Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta

menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih

terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah

tercapai. Oleh yang demikian, seseorang guru boleh menilai sejauh mana keberkesanan rancangan

pengajaran yang dibuat terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun 2 Kambar . Antaranya adalah

seperti berikut:

Penilaian sebelum pembelajaran.

Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesi pembelajaran sebelum ini berlangsung.

Kemudian, analisis baru dibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar dapat bersoal

jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara lisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan

tersebut melalui bahan maujud.

Penilaian semasa pembelajaran

Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2 pengajaran hingga langkah ke 4 apabila

pelajar perlu melakukan pembelajaran aktif. Dalam setiap langkah pengajaran yang dilakukan, telah dapat

dikenalpasti pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka

memberi respon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, penerangan semasa

pengajaran dapat dibuat, menjurus kepada memberi pemahaman pelajar yang bermasalah.

Penilaian setelah pembelajaran

Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan memberikan pelajar latihan melalui

lembaran kerja serta meminta pelajar menyatakan kepentingan makanan seimbang mengikut pemahaman

murid.

Page 17: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teacher’s plan)

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian

akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun keputusan ini bukan

diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa

dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan dengan

kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke

garis penamat.

Menilai media dan kaedah

Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media

secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan :

a) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ?

b) Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses

pengajaran dan pembelajaran ?

c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan

cara yang betul ?

d) Adakah suasana pembelajaran selesa ?

e) Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ?

Menilai pencapaian pelajar

Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan lembaran kerja untuk menilai

keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir pengajaran,

pelajar –pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya

bertujuan untuk mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu

pelajar yang di bawah tahap penguasaan. Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan

diberikan bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses pengajaran yang telah

berlaku.

Page 18: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling

sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai

kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi

pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai

dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting

seperti pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan media,

analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan.

Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai.

Jika model ini dibandingkan dengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih

baik . Model SIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isi pelajaran

dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah dan penggunaan media. Penggunaan

media dan alat tidak dititik beratkan dalam model ini, jadi keberkesanan proses pengajaran

tidak dapat dimaksimumkan.

(3, 500 patah perkataan)

RUJUKAN / REFERENSI

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza

Publishing Sdn.Bhd.

2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan

Fajar Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :

Page 19: Rph Modul Assure

SJKT LADANG SUNGAI MUAR

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam

Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.

6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah

Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.

Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.