26

Click here to load reader

RPH sains 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains

Citation preview

SCE3108 Merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

SCE3108 Merancang Untuk Mengajar Sains Rendah

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5

Matapelajaran: Sains

Tarikh

: 6 Mac 2013

Masa

: 8.30am 9.30am (60 minit)

Kelas

: 5B

Bilangan murid: 32 orang

Tema

: Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta

Objektif pembelajaran: 2.3 Memahami fasa-fasa bulan.

Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat:i. Menyatakan secara lisan Bulan tidak memancarkan cahaya dan kelihatan terang apabila memantulkan cahaya Matahari.ii. Menulis nama 8 fasa Bulan dan melukis bentuk Bulan pada setiap fasa serta dapat menyusun 8 fasa-fasa Bulan mengikut urutan masa yang betul.

iii. Menerangkan kejadian fasa-fasa Bulan secara lisan dan mengaplikasikan pengetahuan topik ini ke dalam kehidupan sebenar, iaitu dapat mengetahui tarikh dengan melihat bentuk Bulan.Pengalaman lepas : i. Murid-murid pernah melihat Bulan pelbagai bentuk. ii. Murid-murid telah belajar bahawa Bulan memantulkan cahaya Matahari.

iii. Murid-murid pernah menyanyi lagu cina yang berkaitan dengan Bulan semasa kelas Muzik.Kemahiran Proses Sains: Memerhati, membuat inferens, meramal, berkomunikasi

Kemahiran Berfikir : Membandingkan dan membezakan, membuat urutan

Kecerdasan Pelbagai: Kecerdasan muzik, kecerdasan visual-ruang

Nilai Murni dan Sikap Saintifik: i. Bekerjasama

ii. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

iii. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Penggabungjalinan matapelajaran: Pendidikan Muzik

Bahan bantu mengajar : LCD projektor, komputer, slaid power point, model Bulan 2D, gambar-gambar fasa bulan, kertas aktiviti A, kertas aktiviti B dan lembaran kerja.Langkah / MasaIsi PelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Orientasi

(5 minit)

* Rujuk Lampiran 1 untuk penterjemahan.

1. Guru memaparkan lirik yang diubah daripada sebuah lagu cina yang berkaitan dengan bulan.2. Guru membimbing murid menyanyi lagu tersebut.

3. Guru memberitahu murid tajuk yang hendak dipelajari adalah Fasa Bulan.

BBM

LCD projektor, komputer,

slaid power point

KPS

Berkomunikasi

Pencetusan Idea

(10 minit)Soalan guru:

1. Apakah itu fasa Bulan?

2. Mengapakah rupa bentuk Bulan kelihatan bebeza pada malam yang berbeza?

Kemungkinan jawapan murid:

1. Fasa Bulan ialah rupa Bulan/ keadaan Bulan/ kadang-kala nampak, kadang-kala tak nampak

2. Kerana kedudukan Bulan tidak sama/ Bulan berputar mengelilingi Bumi

Kertas Aktiviti A* Rujuk Lampiran 2

1. Guru menujukan soalan kepada murid-murid dan murid-murid menjawab.

2. Guru membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan, iaitu Kumpulan Bumi, Bulan, Bintang dan Matahari.

3. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas aktiviti A.4. Setiap kumpulan diminta berbincang dan melukiskan bentuk Bulan pada kedudukan yang tertentu.

5. Ketua kumpulan keluar untuk membentangkan hasil mereka.

BBM

Kertas aktiviti A

KPS

Berkomunikasi, Membuat inferens,

Meramal

K. Berfikir

Membandingkan dan membezakan

Nilai MurniMensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Penstrukturan Semula Idea

(20 minit)Model Bulan 2D

* Rujuk Lampiran 3

Slaid Power Point

* Rujuk lampiran 4

Isi Kandungan slaid Power Point

Fasa Bulan

bentuk bulan yang selalu berubah-ubah jika dilihat dari bumi. Separuh dari permukaan bulan sentiasa diterangi matahari.

Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa. 4 fasa Bulan yang utama adalah:

i. Anak Bulan: berlaku pada hari pertama, Bulan berada di antara Matahari dan Bumi, tidak dapat melihat Bulan dari Bumi.

ii. Bulan Separa: berlaku pada hari ke-7, Bulan kelihatan D dari Bumi.

iii. Bulan Purnama: berlaku pada hari ke-15, Bumi berada di antara Bulan dan Matahari, Bulan kelihatan bulat.

iv. Bulan Separa Tua: berlaku pada hari ke-21, Bulan kelihatan dari Bumi.Perubahan Fasa Bulan Merupakan perubahan dari Anak Bulan ke Bulan Purnama dan dari Bulan Purnama ke Anak Bulan.

Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam. 8 fasa Bulan yang lengkap adalah:i. Anak Bulan

ii. Bulan Sabit Baru

iii. Bulan Separa

iv. Bulan Hampir Purnama

v. Bulan Purnama

vi. Bulan Selepas Purnama

vii. Bulan Separa Tua

viii. Bulan Sabit Tua

1. Guru mengingatkan murid bahawa Bulan mempunyai satu permukaan terang dan satu permukaan gelap dengan menggunakan model Bulan 2D.

2. Guru memberi penerangan tentang kejadian fasa bulan dan perubahan rupa bentuk 8 fasa Bulan utama dengan menggunakan slaid power point.3. Murid-murid memberi perhatian terhadap penerangan guru.

4. Murid-murid membaca nama-nama fasa Bulan.5. Murid-murid mengemukakan soalan jika terdapat sebarang ketidakfahaman.

BBM

Model Bulan 2D,

LCD projektor, komputer,

slaid power point

KPS

Berkomunikasi, Memerhati,

Meramal,

Membuat inferens

K. Berfikir

Membuat urutan

Sikap Sintifik

Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

Penggunaan Idea

(15 minit)Gambar-gambar fasa Bulan* Rujuk Lamipiran 5Kertas aktiviti B* Rujuk Lampiran 6

Aktiviti Individu

1. Guru menampalkan gambar-gambar fasa Bulan pada papan hitam.

2. Guru memanggil 8 orang murid keluar untuk menampalkan nama fasa Bulan pada gambar yang betul.

3. Guru memanggil lagi 8 orang murid untuk menyusun gambar-gambar fasa Bulan tersebut mengikut urutan yang betul.

4. Guru dan murid-murid lain menilai jawapan yang diberikan.

Aktiviti Kumpulan

1. Murid-murid masuk ke dalam kumpulan tadi untuk menjalankan aktiviti.2. Setiap kumpulan diberi sehelai kertas aktiviti B.3. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk melukis dan menuliskan nama-nama fasa bulan pada kedudukan yang betul.

4. Kumpulan yang paling cepat menghabiskan tugasan dan memberi jawapan yang betul merupakan pemenang.5. Guru dan murid-murid lain menilai jawapan yang diberikan.

BBM

Gambar-gambar fasa bulan,

Kertas aktiviti B

KPS

Berkomunikasi, Memerhati,

Meramal,

Membuat inferens

K. Berfikir

Membuat urutan

Sikap Sintifik

Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekelilingNilai Murni

Bekerjasama

Renungan Kembali

(10 minit)Lembaran kerja* Rujuk Lampiran 71. Guru meminta murid-murid menyatakan nama-nama fasa bulan yang dipelajari.

2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

3. Murid-murid melengkapkan lembaran kerja yang diberi.4. Murid-murid menyanyi sekali lagi lagu Fasa Bulan.

BBM

LCD projektor, komputer,

slaid power point,lembaran kerja

Lampiran 1

PenterjemahanLagu Fasa BulanPada malam yang gelap, tidak dapat melihat Bulan, fasa Bulan ini dikenali sebagai Anak Bulan

Tidak dapat melihat Bulan pada hari pertama

Bulan bulat, pastinya hari ke 15

Fasa Bulan ini dikenali sebagai Bulan Purnama

Fasa Bulan bukan hanya 2, tetapi ada 6 lagi

Bulan Separa dan Bulan Separa Tua merupakan bulan separuh dalam fasa bulan

Bulan Sabit dan Bulan Sabit Tua merupakan bulan lengkung dalam fasa bulan

Ada lagi Bulan Hampir Purnama dan Bulan Selepas Purnama

Semua ini adalah fasa-fasa Bulan yang lengkapLampiran 2Kertas Aktiviti A

Penterjemahan Lampiran 2

Lampiran 3Model Bulan 2D

Lampiran 5Gambar-gambar Fasa Bulan

Lampiran 6Kertas Aktiviti B

Penterjemahan Lampiran 6

Lampiran 7Lembaran Kerja

Penterjemahan Lampiran 7

Laporan Penggunaan Kemahiran-Kemahiran MikroKemahiran Penerangan

Set induksi Saya telah menggunakan kemahiran set induksi untuk memulakan pengajaran saya di Fasa Orientasi. Kemahiran set induksi adalah penting bagi membantu murid-murid bersedia dari sudut kognitif dan afektif.

Aktiviti menyanyi lagu Fasa Bulan yang dijalankan dapat menarik perhatian pelajar dan memperkenalkan objektif pembelajaran kepada pelajar. Pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar harus dihubungkaitkan.

Menyoal

Saya telah menggunakan kemahiran menyoal di fasa Pencetusan Idea untuk merangsang minda murid-murid dan mengenal pasti miskonsepsi murid. Kemahiran menyoal penting bagi menarik perhatian murid dan menimbulkan sifat ingin tahu serta melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini membolehkan guru mengenal pasti dan menangani miskonsepsi murid. Apabila soalan Mengapakah rupa bentuk Bulan kelihatan bebeza pada malam yang berbeza? ditujukan, minda murid adalah dirangsang untuk berfikir. Ini dapat membina kemahiran berfikir murid. Saya akan memberi masa berfikir yang sesuai kepada murid selepas soalan diajukan sebelum memberi respon kepada jawapan murid. Saya juga perlu memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan murid dan memastikan murid-murid lain memberi perhatian kepada jawapan kawan. Galakan juga perlu diberikan kepada murid untuk menjawab soalan guru.

Menerang Setelah mengetahui miskonsepsi murid, saya akan menggunakan kemahiran menerang di fasa Penstrukturan Semula Idea untuk menerangkan kejadian fasa Bulan kepada murid. Kemahiran menerang adalah penting dalam menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan serta membina pengetahuan dan kefahaman murid. Kebanyakan murid tidak tahu sebab kejadian fasa Bulan kerana fenomena ini adalah abstrak bagi mereka. Oleh itu, penerangan guru yang jelas dan teratur serta menggunakan intonasi yang berbeza dapat mewujudkan kefahaman dalam kalangan pelajar. Saya telah menggunakan bantuan ICT, iaitu slaid Power Point untuk menerangkan kejadian fasa Bulan kepada murid. Penggunaan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik dapat menjadikan penerangan lebih mudah difahami.

Mengilustrasi dengan contoh Topik fasa Bulan adalah abstrak bagi murid. Oleh itu, saya telah menggunakan kemahiran mengilustrasi dengan contoh di fasa Penstrukturan Semula Idea dan fasa Penggunaan Idea dalam P&P saya. Saya telah menyediakan pelbagai gambar fasa Bulan dalam slaid Power Point untuk dilihat oleh murid. Mengilustrasi dengan contoh dapat membimbing murid dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit. Kebanyakan murid adalah kurang faham dengan kejadian fasa Bulan. Dengan mengilustrasi menggunakan pelbagai gambarajah, murid akan lebih memahami konsep kejadian fasa Bulan. Kemahiran ini menjadikan idea yang abstrak atau sukar lebih mudah difahami. Bahan media yang sesuai juga digunakan berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta konsep dan prinsip yang hendak diajar. Di fasa Penggunaan Idea, murid-murid diminta untuk menyusun gambarajah fasa Bulan mengikut urutan masa yang betul. Kemahiran ini memerlukan persediaan guru sebelum pengajaran.

Mengendali perbincangan Saya telah menggunakan kemahiran mengendali perbincangan dalam fasa Pencetusan Idea dan fasa Penggunaan Idea. Perbincangan semasa Pencetusan Idea memberi gambaran awal tentang bentuk Bulan pada kedudukan tertentu kepada murid. Perbincangan semasa Penggunaan Idea pula dapat mengukuhkan kefahaman murid mengenai topik yang dipelajari.

Aktiviti perbincangan dalam kumpulan kecil telah dikendalikan dapat melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Hasil perbincangan juga dapat memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman murid. Saya juga mengingatkan murid tentang peraturan berbincang seperti mendengar apabila kawan lain sedang memberi idea dan mengelak daripada memburukkan idea atau soalan murid lain. Saya juga memastikan semua murid dilibatkan dengan memerhati semua murid apabila perbincangan dijalankan.

REFLEKSIPengenalan

Pada 23 Jun 2012, kami telah diberi kerja kursus untuk kursus SCE3108 oleh Dr. Parvinder Singh yang perlu dihantar pada 16 Mac 2013. Kerja kursus ini merangkumi beberapa bahagian yang memerlukan kami melaksanakannya secrara individu. Kami diminta merancang dan menulis rancangan pelajaran harian serta melaksanakan satu sesi pengajaran di sekolah selama 60 minit. Saya telah memilih topik Fasa Bulan untuk kerja kursus ini.Kekuatan

Sepanjang kerja kursus ini dilaksanakan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan. Semasa melaksanakan kerja kursus ini, saya telah bertungkus lumus merancang satu sesi pengajaran supaya pengajaran tersebut menarik dan dapat mencapai hasil pembelajaran. Pada mulanya, saya berpendapat bahawa saya tidak akan sempat melaksanakan pengajaran saya kerana peruntukan aktiviti yang banyak. Nasib baik murid-murid faham dengan arahan saya dan semua aktiviti berjalan dengan lancar. Aktiviti menyanyi lagu Fasa Bulan telah dapat menarik minat murid untuk belajar. Lagu ini berjaya menyediakan murid untuk belajar dan murid tahu bahawa tajuk yang hendak dipelajari adalah berkaitan dengan Bulan.Selain itu, aktiviti Pencetusan Idea yang meminta murid berbincang dan melukiskan bentuk fasa Bulan memberi gambaran awal kepada murid. Setelah mendengar penjelasan saya dan menjalankan aktiviti kumpulan di fasa Penggunaan Idea, murid-murid tahu bahawa jawapan yang mereka berikan semasa aktiviti Pencetusan Idea adalah salah. Ini telah berjaya membetulkan miskonsepsi mereka.

Di samping itu, penggunaan kemahiran perbincangan dalam P&P membolehkan murid-murid berkongsi pendapat dan membina keyakinan diri mereka. Murid-murid berasa seronok kerana dapat melibatkan diri secara aktif apabila menjalankan aktiviti bersama. Mereka faham dengan penjelasan saya dan dapat melukis bentuk 8 fasa Bulan serta menuliskan nama 8 fasa Bulan. Perbincangan semasa Penggunaan Idea ini dapat mengukuhkan kefahaman murid mengenai topik yang dipelajari. Gambar pelbagai fasa Bulan yang berwarna juga menimbulkan minat murid untuk belajar. Mereka tergesa-gesa keluar untuk menampalkan nama fasa Bulan pada gambar yang betul.Apabila mendapati murid-murid masih ada keliruan dengan penerangan saya selepas semua slaid power point digunakan, saya telah memberi satu penjelasan yang ringkas dengan melukiskan bentuk fasa Bulan di atas papan hitam. Daripada senyuman murid, saya tahu bahawa mereka telah faham dengan penjelasan saya ini.Kelemahan

Kelemahan yang didapati dalam P&P kali ini adalah gambar dalam Kertas Aktiviti A dan Kertas Aktiviti B adalah agak kecil untuk diperhatikan oleh semua murid apabila ketua kumpulan keluar untuk membentangkan hasil mereka.

Selain tiu, murid-murid senyap sahaja apabila saya memberi penerangan tentang kejadian fasa Bulan dengan menggunakan power point. Saya rasa ini mungkin adalah disebabkan saya telah memberi penjelasan yang terlalu panjang menyebabkan mereka berasa bosan. Saya juga rasa percakapan saya agak laju menyebabkan ada sebahagian murid kurang faham dengan penerangan saya.Di samping itu, semasa memberi penerangan menggunakan power point, saya mendapati murid-murid masih ada keliruan dengan penjelasan saya. Saya berasa bahawa slaid yang saya sediakan itu ada kekurangan. Murid-murid tidak mendapat gambaran yang sepenuhnya tentang susunan bentuk fasa Bulan mengikut urutan masa.Cadangan

Cadangan saya bagi mengatasi kekurangan pengajaran ini adalah saya perlu memperbesarkan gambar dalam Kertas Aktiviti A dan B. Saya boleh menggunakan kad manila yan lebih besar supaya murid-murid dapat melihat hasil kumpulan dengan lebih jelas.

Selain tiu, saya juga harus menjalankan pra-pengajaran di rumah setelah slaid power point telah siap disediakan. Ini dapat memberi gambaran awal tentang keadaan sebenar kepada saya supaya dapat membuat penambahbaikan slaid tersebut. Saya seharusnya menambah slaid untuk memberi contoh kalender yang menggunakan prinsip fasa Blan. Slaid gambar susunan bentuk Bulan yang lengkap juga harus ditambah selepas memperkenalkan setiap fasa Bulan. Ini akan dapat memberi gambaran sepenuhnya mengenai susunan bentuk Bulan mengikut urutan masa kepada murid. Slaid power point yang ditunjukkan juga harus diubahsuai supaya lebih banyak gambar yang ditunjukkan berbanding perkataan.

Di samping itu, saya harus bercakap dengan lebih perlahan supaya murid-murid faham dengan penjelasan saya. Kesimpulan Secara keseluruhan, saya berasa sesi pengajaran kali ini berjalan dengan agak lancar dan dapat mencapai hasil pembelajaran. Semua murid melibatkan diri secara aktif apabila aktiviti kumpulan dan aktiviti individu dijalankan. Kebanyakan murid dapat menyatakan secara lisan dan bertulis nama setiap fasa Bulan. Mereka juga boleh melukis bentuk setiap fasa Bulan. Hanya segelintir murid yang memerlukan bimbingan guru dan rakan untuk mengenalpasti nama fasa Bulan.

Saya berasa bersyukur dapat menyiapkan tugasan ini, walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Walaupun ianya tidak begitu lengkap dan mungkin tidak mencapai sasarannya, tetapi saya rasa inilah yang terbaik yang dapat saya hasilkan. Saya tetap gembira kerana jerih perih saya membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu kepada seorang cahaya mata yang baru berumur dua tahun, guru akademik dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, tetapi akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini.

Melihatkan riak wajah murid-murid yang begitu riang apabila P&P dijalankan membuatkan saya gembira. Walaupun telah mengajar selama sembilan tahun, pengajaran satu sesi ini masih memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada saya. Saya perlu berusaha lagi supaya dapat membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi.Berkesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Parvinder Singh yang telah memberikan nasihat dan bimbingan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini. Tidak lupa juga untuk suami tersayang yang begitu memahami diri dan guru pelatih PISMP yang menolong saya merakamkan video. Disediakan oleh,

LOW HUEY FEN

PPG SCE ABibliografi

Teacers Rock. (n.d.). Model Konstruktivisme 5-Fasa. Diperolehi dari http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htmWan Md Hatta Wan Ahmad. (2011, Februari 20). Reka Bentuk Pengajaran & Pembelajaran (RBT3105): Pengajaran Mikro. [Web Log Post]. Diperolehi dari http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=611. Menulis satu rancangan pelajaran harian

Rancangan lengkap untuk satu sesi pengajaran selama 60 minit.

Menggunakan format 5-Fasa Needham.

Topik berdasarkan huraian sukatan sains KBSR/ KSSR sekolah rendah.

Menyediakan lembaran kerja yang asli.

Bumi

Matahari

cahaya

Cahaya

Matahari

Bumi

1.

__________________________________________________________________________________________________________________________

2.

(i) Q___________(ii) S__________

(iii) T___________ (iv) V___________

(i) P___________(ii) R__________

(iii) T___________ (iv) V___________

Fasa Bulan

1.gambar 1

Gambar 1 menunjukkan lima fasa Bulan yang diperhatikan oleh Ah Beng pada hari yang berlainan dalam suatu bulan.

Berdasarkan kemunculan fasa Bulan yang berlainan, berikan satu inferens.

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Cuba lukis fasa Bulan dalam gambar 1mengikut urutan masa yang betul dalam petak yang disediakan.

2. gambar 2

Gambar 2 menunjukkan perubahan fasa Bulan.

Cuba tuliskan nama fasa Bulan apabilan Bulan berada pada kedudukan berikut.

(i) Kedudukan Q___________(ii) Kedudukan S__________

(iii) Kedudukan T___________ (iv) Kedudukan V___________

Cuba tuliskan tarikh kalender Lunar apabila Bulan berada pada kedudukan berikut.

(i) Kedudukan P___________(ii) Kedudukan R__________

(iii) Kedudukan T___________ (iv) Kedudukan V___________

Matahari

Bumi

2. Merancang dan melaksanakan satu sesi pengajaran

Menyediakan bahan bantu belajar yang sesuai. Mengambil gambar bahan bantu belajar tersebut sebagai bahan bukti.

Menjalankan satu sesi pengajaran selama 60 minit.

Merakam pengajaran tersebut.

Menulis laporan dalam bentuk jadual tentang kemahiran pengajaran mikro yang anda aplikasikan dalam pengajaran tersebut.

3. Penulisan refleksi

Melihat kembali rakaman pengajaran yang telah dilaksanakan.

Menganalisis pengajaran yang dijalankan dan membincangkan pengetahuan baru, kekuatan dan kelemahan serta mencadangkan penambahbaikan.

17Low Huey Fen